Anda di halaman 1dari 13

PENGAMATAN PENDENGARAN Pengamatan pendengaran ini boleh dihuraikan sebagai satu proses mengenal maklumat melalui kaedah mendengar

dengan teliti , memahami maklumat yang didengar, memproses maklumat yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan,bunyi sesuatu, perbualan, soal jawab, laporan berita dan perbincangan. Kemahiran pengamatan pendengaran ini merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan (receptive level). Menurut ILA(1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya lagi,

terdapat dua cara komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan atau pendengaran. Pendengaran juga merupakan suatu kemahiran yang asas dan utama

dalam proses komunikasi. Tetapi , aktiviti ini diabaikan dan tidak diberikan perhatian yang serius oleh kebanyakan orang lain. Memahami maksud serta boleh mentafsir apa sahaja yang didengar dengan tepat merupakan tahap penguasaan bagi kemahiran pengamatan pendengaran yang telah dikuasai oleh kanak-kanak. Ini bertujuan agar mereka dapat menerima maklumat yang disampaikan dengan berkesan sekali. Ini supaya membolehkan mereka untuk meneruskan kehidupan seharian dengan penuh bermakna. Sekiranya pelajar tidak menguasai

kemahiran mendengar dengan baik, maka mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dan tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kemahiran mendengar juga memberikan peluang kepada pelajar untuk mendapatkan makna bagi mesej yang didengar bagi bahasa itu. Hal ini juga dapat membantu pelajar memperbaiki kemampuan dari segi penggunaan bahasa dengan baik. Menurut seorang pakar motivasi ,Paul Rankin (1929) , 70% daripada waktu tidur kita dalam sehari digunakan untuk berkomunikasi dan 45% pula digunakan untuk mendengar sesuatu. Manakala 30% digunakan unutk membaca dan hanya 9% dihabiskan untuk

menulis. Kajian yang dibuat oleh kebanyakan pakar menunjukkan bahawa kira-kira 85% daripada pengetahuan kita diperolehi melalui pendengaran. Keperluan pengamatan pendengaran ini telah diberi penekanan yang besar melalui Program Bahasa Melayu dalam Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ).

Pelaksanaannya dilakukan secara gabung jalin bersama beberapa subjek pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan kemahiran asas kepada kemahiran membaca dan

menulis. Maka guru perlulah memperkukuhkan segala kaedah dan konsep pendengaran yang baik untuk murid menguasai kemahiran yang lain pula. KEPENTINGAN PENGAMATAN PENDENGARAN Orang bijak pandai mengatakan kita dikurniakan oleh Tuhan dengan dua telinga untuk lebih banyak mendengar dan hanya satu mulut unutk lebih sedikit berbicara. Ini dapat kita fahami betapa pentingnya mendengar sesuatu demi kebaikan. Dalam konteks sekolah rendah pula ianya merupakan kemahiran yang boleh mendedahkan bunyi-bunyi yang betul untuk mereka meneliti dan menterjemahkan semula bunyi yang didengar. Ini bagi mengelakkan kanak-kanak salah membuat tanggapan tentang sesuatu yang didengari dan salah mentafsir kepada bunyi-bunyi yang mengelirukan. Ini melibatkan proses psikologi seperti pengamatan, kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan, iaitu fahami dan bertindakbalas. Mendengar juga merupakan

kemahiran yang ditekankan sebelum kemahiran bertutur, membaca dan kemahiran menulis dikuasi oleh murid. Pengamatan pendengaran juga penting untuk mewujudkan satu aliran maklumat yang sempurna antara satu sama lain. Ia juga menunjukkan satu tanda pemahaman atau persetujuan seperti anggukan kepala, perubahan air muka dan sebagainya. Proses pengamatan pendengaran juga menunjukkan seseorang itu boleh menerima dan memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas dan tepat. Sebagai contoh, pelajar dikehendakai menumpukan perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru semasa berada di dalam kelas. Ini menggalakkan mereka menghayati apa yang didengari oleh guru untuk ditafsirkan semula.

6 KOMPONEN ATAU AKTIVITI UNTUK MENJAYAKAN PENGAMATAN PENDENGARAN 1 2 3 4 5 6 DISKRIMINASI PENDENGARAN PENERIMAAN PENDENGARAN PERKAITAN PENDENGARAN INGATAN PENDENGARAN MELENGKAPKAN PENDENGARAN PERCANTUMAN PENDENGARAN

DISKRIMINASI PENDENGARAN Bertujuan untuk melihat keupayaan murid-murid mengenali dan mengamati

persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar oleh mereka. Ia juga merupaka cara yang mudah untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu yang telah didedahkan kepada mereka. Pada peringkat permulaan mereka dikehendaki mengamati bunyi yang didengar dan boleh mentafsir bunyi yang talah didengar itu. Kemudian mereka dapat mengenali sama ada suara atau bunyi itu untuk diperjelaskan dengan pelbagai kaedah. Contohnya selepas mendengar bunyi dentuman tembakan mereka boleh memberitahu kepada kelas itu adalah bunyi yang dikeluarkan oleh selaras senapang atau pistol. Contoh lain seperti mengenali suara haiwan, bunyi tinggi dan rendah, memilih gambar yang sama dan membezakan bunyi, ulangi bunyi huruf, perkataan, ayat dan sebagainya. Permainan mengetuk sesuatu juga dapat memberika diskriminasi atau perbezaan pendengaran kepada murid-murid. Seseorang murid yang boleh membezakan sesuatu bunyi yang didengari dapat membuat penilaian yang tepat terhadap bunyi tersebut. Ini membolehkan mereka lebih yakin dan dapat melakukan sesuatu perkara itu dengan yakin dan betul.

2.

PENERIMAAN PENDENGARAN

Penerimaan pendengaran ini merujuk kepada keupayaan murid-murid memperoleh atau mendapat makna daripada apa-apa yang telah didengari atau yang dipercakapkan. Ia juga mempunyai kaitan dengan kemahiran kognitif dan kebolehan berbahasa muridmurid. Penerimaan pendengaran juga merupakan kebolehan murid-murid untuk menginterpretasi sesuatu bunyi yang didengari, perkataan yang di keluarkan dan sesuatu ayat yang di dengar oleh mereka. Sebagai contoh penerimaan pendengaran ini murid-murid dapat menamakan atau memilih sesuatu benda melalui gambar yang telah disediakan setelah mereka diperdengarkan sesuatu bunyi . Contohnya murid telah diperdengarkan bunyi angin yang bertiup kencang . Guru meminta supaya murid memilih gambar yang mempunyai situasi yang betul seperti mana bunyi yang diterima oleh mereka. Maka, murid dapat memilih gambar yang tepat iaitu sekeping gambar yang menunjukkan angin bertiup kencang. Inilah merupakan salah satu kemahiran kognitif dan kebolehan murid berbahasa dengan betul setelah apa yang di terima oleh mereka melalui pendengaran yang berkesan.

3.

PERKAITAN PENDENGARAN

Perkaitan pendengaran merujuk kepada keupayaan murid-murid untuk mengaitkan konsep-konsep yang telah disampaikan oleh guru. Murid juga berkeupayaan untuk menyatukan idea setelah mendengar sesuatu yang telah diberikan oleh guru. Contoh perkaitan pendengaran ini yang dapat kita berikan ialah dengan keupayaan seseorang murid itu dapat meneka sesuatu bunyi yang telah diperdengarkan kepada mereka. Setelah mengamati sesuatu bunyi itu tadi maka murid dapat membuat perkaitan dengan memaklumkan kepada guru tentang bunyi yang di dengari olehnya. Murid juga dapat meningkatkan tahap pemahaman mereka dalam sesuatu aspek pembelajaran yang

di alami mereka. Dengan ini murid akan lebih berminat dan mampu untuk menyampaikan maklumat yang telah diterima.

4.

INGATAN PENDENGARAN

Keupayaan seseorang murid itu untuk mengingati apa yang telah diperdengarkan dan dapat mengulangi semula bunyi itu. Ini membolehkan seseorang murid itu mampu mengamati , mengingati dan mengulangi semula untuk menunjukkan bahawa mereka dapat mengecam dan boleh mempraktikkan semula apa yang telah didengari oleh mereka. Murid-murid juga berkemampuan untuk menggunakannya apabila berbahasa. Sebagai contoh ingatan pendengaran ini ialah murid melakukan permainan mengetuk tin. Mereka mendengarkan seseorang mengetuk tin minuman dan murid hendaklah mengingati rentak atau ketukan itu tadi dan dapat mengulangi semula cara ketukan itu . Maka dengan ini murid dapat meneliti sesuatu perkara itu dengan baik setelah apa yang mereka pelajari. Ingatan pendengaran ini juga membolehkan seseorang murid dapat menilai sesuatu perkara sama ada baik mahupun buruk.

5.

MELENGKAPKAN PENDENGARAN

Melengkapkan pendengaran ini bertujuan supaya murid boleh mengenali bunyi yang didengar dan berupaya untuk mencantumkan unit-unit bunyi itu tadi supaya dapat memikirkan apakah maksud atau satu turutan peristiwa berdasarkan turutan bunyi yang diberi. Setelah mendengar turutan bunyi tersebut murid dapat menyatakan sesuatu makna untuk disampaikan kepada umum.

Contoh melengkapkan pendengaran ini ialah dalam Permainan Bahasa yang diadakan di dalam kelas. Ianya juga dapat disampaikan secara lisan kepada murid-murid lain

6.

PERCANTUMAN PENDENGARAN

Kebolehan murid murid untuk mencantumkan bunyi-bunyi yang terasing supaya menjadi satu suku kata yang lengkap. Percantuman ini juga boleh mewujudkan satu bentuk perkataan dan menjadi satu ayat yang bermakna. Maka dengan ini murid dikehendaki mengamati bunyi dan boleh mencantumkan semula bunyia-bunyi yang didengari untuk membentuk satu suku kata atau perkataan Contoh yang boleh di gunakan disini untuk tujuan percantuman pendengaran ialah bunyi huruf : I + t + i + k = maka bunyinya ialah Itik ( menjadi satu perkataan )

Kaedah ini seperti ini merupakan satu kaedah yang digunakan oleh guru-guru untuk mengajar murid-murid mengeja dan seterusnya mereka mampu membaca. Sekiranya murid-murid kurang mengamati dan tidak boleh mencantumkan bunyi-bunyi tersebut maka mereka gagal untuk membina perkataan dan membina satu ayat yang lengkap. Ini merupakan kemahiran yang sangat penting dan perlu di teliti oleh semua guru bagi memastikan murid-murid tersebut boleh membaca pada akhirnya. Kemahiran ini juga merupakan satu proses yang penting dalam aktivit prabacaan sebelum mereka diajarkan kepada kemahiran membaca. Melalui tajuk yang telah diberikan , kami telah merancang untuk menggunakan beberapa bahan bantu belajar yang akan kami gunakan bagi menerangkan konsep Pengamatan Pendengaran ini. Kami juga banyak membuat rujukan dan mencari beberapa contoh yang sering digunakan untuk akviti pengamatan pendengaran ini.

Kami telah memuat turun beberapa jenis bunyi untuk diperdengarkan kepada kelas. Di antaranya ialah bunyi haiwan iaitu burung, ayam, kambing, lembu, kucing dan itik. Setelah kami memainkan bunyi tersebut, pelajar-pelajar yang lain akan mengamati bunyi tersebut dan membuat beberapa latihan yang diberi. Diantaranya ialah memadankan gambar dan bunyi yang betul. meneka bunyi yang didengar dan mengikut semula bunyi yang didengari. Lembaran kerja juga disediakan untuk menyokong aktiviti ini. Adalah diharap, bahan bantu belajar ini dapat memberikan maklumat atau kesan yang positif dalam mempelajari kaedah pengamatan pendengaran ini

REFLEKSI Pada perjumpaan kali pertama bagi semester kedua untuk pelajar-pelajar Program Pensiswazahan Guru iaitu bertarikh 7 Januari 2012, saya telah menerima satu tugasan kerja kursus jangka pendek bagi mata pelajaran Literasi Bahasa. Pensyarah juga telah mengagihkan beberapa tajuk untuk dipilih. Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang diberikan iaitu selama dua minggu sahaja. Dengan masa yang agak singkat ini saya telahpun membuat perancangan untuk mengagihkan gerak kerja yang tersusun supaya dapat menyiapkan tugasan dalam jangka masa yang ditetapkan. Pada mulanya saya berasa kurang yakin dapat menyiapkan tugasan ini dengah baik memandangkan terlalu banyak kerja hakiki yang perlu disiapkan untuk kegunaan pihak sekolah saya. Alhamdulillah akhirnya dapat saya menyiapkan tugasan ini. Saya telah berusaha untuk menjalankan tugasan dengan mengikut langkahlangkah seperti yang dirancang. Terdapat seramai tiga orang ahli dalam kumpulan saya. Langkah pertama kami telah mengagihkan tajuk tugasan mengikut tajuk yang diberi. Ini supaya dapat memudahkan saya dan rakan sekumpulan menyiapkan tugasan . Ini penting supaya tiada pelanggaran waktu untuk menyiapkan tugasan yang lain. Saya terpaksa berbuat begitu untuk menghadapi masalah kekangan masa. Terdapat sedikit maklumat mengenai aktiviti prabacaan dalam modul yang diberikan kepada saya. Pada mulanya saya agak risau untuk mencari bahan rujukan kerana kurang dedahan kepada saya. Saya juga telah melayari internet di rumah dan berjaya mendapatkan maklumat yang banyak mengenai tajuk saya ini. Penggunaan Bahasa Melayu di internet juga memudahkan pencarian saya. Pelbagai bahan bacaan yang dapat saya cari unutk mendapatkan maklumat aktiviti pengamatan pendengaran ini. Saya juga telah meminta bantuan rakan sekolah yang merupakan seorang guru Prasekolah di sekolah saya. Dengan adanya beberapa lembaran kerja dan bahan rujukan maka dapatlah saya gunakan bagi menyiapkan tugasan saya ini. Saya juga membuat rujukan pada beberapa buah buku yang berkaitan dengan awal pembelajaran kanak-kanak melalui kaedah Prabacaan. Kekuatannya disini , untuk

menyiapkan tugasan saya berjaya mendapatkan beberapa bahan rujukan yang sesuai. Ini menjadikan saya lebih yakin dan seronok. Sekiranya terdapat masalah yang timbul, saya dan rakan kumpulan telahpun membuat perbincangan bersama memandangkan kami tinggal tidak jauh diantara satu sama lain. Kerjasama dan bersikap terbuka menjadi punca utama berjayanya sesuatu program yang kami usahakan. Bak kata pepatah , sepakat membawa berkat. Pada masa menyiapkan tugasan ini saya juga telah membelajari betapa pentingnya pengamatan pendengaran ini untuk seseorang pelajar itu. Tujuannya amat berguna semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku bagi memastikan ilmu yang dipelajari itu digunakan secara berterusan. Akhirnya. Walaupun menghadapi masalah dan tekanan dalam menyiapkan tugasan ini, itu bukanlah merupakan penghalang bagi saya. Malah dengan ini telah menjadi semangat dan kekuatan dalam diri saya untuk meneruskannya dan mencapai kejayaan pada masa akan datang. Saya juga telah memperolehi pelbagai cabaran , dugaan dan pengalaman bagi meneruskan pengajian saya ke arah kecemerlangan suatu hari nanti

LEMBARAN Murid meneka bunyi yang diperdengarkan oleh guru Siapakah saya?........................

Murid meneka bunyi kenderaan yang diperdengarkan Siapak saya?

Murid mengulangi semula bunyi.

AYAM SINGA

KUDA ITIK

KUCING

GAJAH

HARIMAU KAMBING

BURUNG ANGSA BURUNG HELANG LEMBU

Anda mungkin juga menyukai