Anda di halaman 1dari 25

PENGENALAN Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan proses pemerolehan bahasa paling asas terhadap kanak - kanak sama

ada di rumah ataupun di sekolah . Dua kemahiran ini merupakan elemen yang paling utama semenjak lahir ke dunia . Murid - murid yang menguasai kedua - dua kemahiran ini dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik . Murid - murid yang mempunyai kemahiran mendengar yang baik akan dapat memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat . Demikian juga dengan seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan . Murid - murid yang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis . KEMAHIRAN MENDENGAR Kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan (receptive level ). Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaanmurid mendengar dengan teliti,memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan respons . Seseorang murid yang menguasai kemahiran ini dapat mendengar dengan baik maklumat yang disampaikan dan memahami apa yang disampaikan seterusnya menginterpretasikan apa yang mereka fahami daripada maklumat tersebut . Dalam buku ' Pengajaran Dan Pembelajaran ' yang ditulis oleh Kamarudin Haji Husin menyatakan bahawa pendengaran merupakan gabungan segala yang didengar,difahami dan diingat . Perkembangan kanak - kanak menunjukkan bahawa kanak - kanak mula mendengar ,selepas itu mengajuk dan seterusnya bercakap . Proses penguasaan bahasa ini perlu diutamakan dalam pengajaran bahasa. Kanak kanak menguasai bahasa daripada apa yang didengar dan dialaminya,dan dia

cuba meniru dan menuturnya berulangkali apa yang didengar daripada orang yang berada di sekelilingnya . Melalui kajian yang dilakukan oleh Kamarudin Haji Husin menyatakan bahawa pendengaran berlaku melalui latihan - latihan khas yang dilakukan secara berperingkat - peringkat. Dalam bukunya Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia (1990) menyatakan bahawa Ahli linguistik telah bersetuju bahawa proses mendengar terbahagi kepada dua aras iaitu peringkat awal dimana pendengar mendengar dan mengenali bunyi bahasa . Peringkat ini mengutamakan kepekaan serta tanggapan pendengar terhadap bunyi yang didengari. Peringkat yang kedua ialah peringkat pertengahan di mana pendengar pula mendengar dan memahami bunyi bahasa . Pada peringkat ini lebih mengutamakan pemahaman pendengar terhadap maksud dan butir - butir bunyi yang didengari. Model pembelajaran bagi kanak - kanak ialah terdiri daripada orang disekeliling mereka terutamanya ibu bapa,ahli keluarga dan guru - guru. Penggunaan bahasa oleh mereka ini akan menjadi ikutan kepada kanak - kanak. Mereka akan mendengar pertuturan seharian yang digunakan oleh orang disekeliling mereka . Jika penggunaan bahasa yang sama dengan bahasa matlamat iaitu bahasa yang digunakan di sekolah . Maka keadaan ini akan menguntungkan kanak - kanak itu. Jika penggunaan bahasa sebaliknya seperti bahasa pasar dan juga dialek negeri akan menyulitkan mereka dalam pembelajaran seterusnya . Guru - guru di sekolah kebangsaan tidakmengalami masalah seperti yang dialami oleh guru - guru di sekolah jenis kebangsaan yang terpaksa menggunakan bahasa ibunda dalam pengajaran bahasa melayu . Kanak - kanak belajar bercakap melalui pendengaran . Kedua - dua kemahiran mendengar dan bertutur adalah termasuk dalam kemahiran lisan. Walaupun kedua - duanya berhubung rapat namun,ia merupakan kemahiran yang berbeza. Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama - sama dengan kemahiran lain. Murid - murid tidak hanya mendengar sahaja tanpa menggunakan kemahiran yang lain setelah mendengar dan mendapat maklumat daripada kemahiran mendengar ( Kamarudin Hj Husin.1999 ) .

Kemahiran mendengar terdiri daripada proses mendengar. Murid - murid akan mendengar bunyi dan juga pertuturan bahasa . Selepas itu,mereka akan mendengar deretan bahasa dalam kandungan bunyi yang didengarkan oleh guru . Peringkat yang seterusnya,murid - murid akan cuba memahami bunyi bahasa . Selepas itu,mereka akan menilai bunyi dan akan bertindak terhadap bunyi tersebut .

Proses Mendengar

Mendengar deretan bahasa

Memahami bunyi bahasa

Ketika mendengar seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap apa yang mereka dengar . Selepas Bertindak itu,mereka akan menghubungkan bunyi bahasa Menilai bunyi terhadap bunyi yang mereka dengari dengan pengalaman sedia ada mereka dari segi makna bahasa tersebut . Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan . Bunyi tadi akan dijadikan asas oleh pendengar tesebut bagi membuat tindakan,huraian kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut . Dalam proses mendengar,seseorang pendengar yang baik yang tidak mengalami masalah pendengaran akan menggunakan pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Tanggapan yang mengatakan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif adalah salah dan tidak boleh diterima . Proses mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar,memahami,menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan. PERINGKAT - PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR Bagi mencapai objektif - objektif pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dengan baik dan dapat mengaitkan bahasa yang didengar dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada serta dapat menghuraikan bahasa

yang didengar kepada orang lain dengan baik . Murid - murid perlu melalui beberapa peringkat dalam pembelajaran kemahiran mendengar . Diantara peringkat - peringkat yang harus dilalui oleh para pelajar ialah peringkat awal,peringkat pertengahan dan peringkat maju . Peringkat Awal (a) Mengecam,mengajuk dan memilih bunyi Aktiviti ini boleh dijalankan dengan menyediakan beberapa bunyi yang berlainan seperti bunyi hon, ayam berkokok dan burung, kemudian meminta pendengar untuk mengecam setiap bunyi tersebut lalu memintanya mengajuk. Seterusnya, pendengar diminta memilih bunyi-bunyi berkaitan. Aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak di peringkat prasekolah. (b) Mendengar dan mengecam makna perkataan,rangkai kata dan ayat ayat Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan rakaman lagu atau pantun. Pendengar diminta mendengar kemudian mencatatkan perkataan yang didengar lalu menyatakan makna perkataan tersebut secara spontan. Akitiviti ini sesuai dilakukan kepada kanak-kanak peringkat sekolah rendah. (c) Melakukan sesuatu yang disuruh Aktiviti yang boleh dijalankan ialah, seorang guru memberikan arahan mengikut urutan, contohnya arahan melipat sehelai kertas A4 kepada empat lipatan. Kemudian meminta pelajar melakukan arahan tersebut mengikut arahan yang telah diberikan dengan tertib. (d) Menjalankan perintah dan permintaan (e) Bertindak terhadap soalan - soalan mudah Contoh aktiviti yang sesuai ialah memberikan soalan-soalan secara lisan kepada pendengar untuk dijawab dalam bentuk terbuka. (f) Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat - ayat mudah secara tepat.

Peringkat Pertengahan (a) Mengecam dan mengingat fakta Pelajar berupaya mengingat fakta dan butiran yang didengar secara tepat dan terperinci lalu memindahkan fakta yang diperolehi dalam bentuk nota. (b) Mengenal maklumat khusus Dalam aspek ini, pendengar berupaya mengasingkan yang mana maklumat penting dan tidak penting. Selalunya, maklumat penting merupakan inti kepada perbualan penutur. Oleh itu, pendengar dengan mudah dapat memahami maksud penutur. (c) Mengesan urutan maklumat Pendengar dapat mengesan dan melakukan sesuatu perkara mengikut urutan yang didengarnya. Contohnya, seorang suri rumah melakukan satu demi satu urutan cara membuat menu Gulai Ayam yang didengarnya dalam rancangan Bersama Chef Wan. (d) Mengenal sebab dan akibat Dalam hal ini, pendengar perlu mendengar dengan baik terhadap sesuatu perkara. Ini akan memudahkan pendengar mengenal pasti punca dan sebab kejadian sesuatu perkara. Lalu berupaya menjelaskan kesan dan akibat yang bakal berlaku. (e) Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi Sekiranya penutur merupakan seseorang yang tidak dikenali oleh pendengar, maka pendengar akan menumpukan lebih perhatian kepada ujaran penutur untuk mengenal hubungan antara penutur. (f) Mengenal sikap dan perasan orang yang bercakap Pendengar yang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap ujaran penutur sepanjang perbualan berupaya mengesan sikap dan perasaan orang yang bertutur. Dengan ini, pendengar dapat menelah sama ada penutur memberikan sokongan ataupun menyatakan bantahan terhadap isu yang sedang dikemukankan.

Peringkat Maju (a) Mengenal isi - isi penting Dapat mengenal pasti maklumat - maklumat penting yang dituturkan oleh penutur dengan baik . (b) Mengenal peranan dan perhubungan orang yang bercakap Dapat mengenalpasti sama ada penutur bertutur bagi pihaknya ataupun bagi pihak orang lain. (c) Mentafsir maksud orang yang bercakap (d) Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi (e) Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar (f) Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan (g) Mentafsir tujuan penutur menggunakan berbagai - bagai struktur nahu PRINSIP PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR (a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama - sama dengan kemahiran bahasa yang lain seperti kemahiran bertutur,membaca dan menulis . (b) Kemahiran mendengar bersifat dinamik dan aktif seperti kemahiran berbahasa yang lain . Justeru ,aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti. (c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid - murid boleh melibatkan diri secara proaktif,memberi respon yang pelbagai dan murid diberi peluang sebaik - baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid - murid boleh memperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing - masing melalui aksi atau lakonan dan aktiviti yang berkaitan. (d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berperingkat peringkat daripada konkrit kepada yang abstrak,daripada yang dekat kepada yang lebih jauh bagi memudahkan murid memahami maklumat bahasa yang hendak disampaikan . (e) Guru tidak perlu terlalu ghairah untuk mengajar kemahiran mendengar

sehingga

begitu

membebankan

atau

menyusahkan

dirinya

semasa

melaksanakan proses berkenaan . (f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak - kanak. (g) Kanak -kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya insiatif murid itu sendiri .

KEMAHIRAN BERTUTUR Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan,menyampaikan maklumat,pendapat , perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penekanan juga diberi kepada penggunaan tatabahasa yang betul. Kemahiran bertutur juga merujuk kepada kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan manusia. Ia merupakan kemahiran interaksi menggunakan bahasa dan berlaku pada productive level . Ianya tidak boleh dicipta oleh pelajar tetapi ia mesti ditiru dan diajuk. Dalam kemahiran bertutur sebutan dan intonasi amat dititikberatkan. Oleh itu, guru perlu memastikan murid - muridnya dapat membezakan sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang tidak betul serta kurang sesuai . Menjadi tugas guru juga dalam memastikan murid - muridnya dapat mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun menggunakan frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan. Bertutur juga pula didefinisikan sebagai aktiviti melafazkan dan melahirkan bunyi-bunyi bahasa yang bermakna bagi membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain dalam suasana berbahasa. Secara alamiah, bertutur merupakan keupayaan manusia untuk mengujarkan kata-kata. Umumnya mengetahui bahawa bertutur mesti melibatkan individu untuk tujuan berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi yang berlaku

sebenarnya bertujuan untuk melahirkan pendapat dan perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna dan difahami oleh pendengar. Konsep kemahiran bertutur di sekolah pula merujuk kepada keupayaan pelajar menggunakan tatabahasa yang betul dalam setiap pengucapannya. Kemahiran Lisan merupakan aspek kemahiran bahasa yang penting dan utama dan merupakan asas sebelum menguasai kemahiran yang lain seperti kemahiran membaca dan menulis. Lisan adalah percakapan atau pertuturan yang melahirkan bahasa melalui sebutan dan suara. Kita mempelajari lisan bukan hanya untuk mempelajari bahasa tetapi untuk mencapai tahap kompetensi dalam komunikasi. PERINGKAT - PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR Bagi mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengemukakan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan betul yang sesuai dengan situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kemahiran bertutur perlu dicapai melalui secara berperingkat - peringkat. Pada peringkat awal, pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjahsehinggalah mereka boleh bertutur dengan masyarakat di luar . Kemahiran bertutur dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat awal,peringkat pertengahan dan peringkat maju . PERINGKAT AWAL (a) Melafazkan, mengajuk perkataan dan ayat yang didengar. (b) Menyoal untuk mendapatkan maklumat bertindak terhadap soalan - soalan mudah. (c) Membuat ayat mengenai ibu dan bapa,diri sendiri dan rakan serta ayat - ayat daripada gambar. PERINGKAT PERTENGAHAN (a) Membuat diskripsi tentang objek atau gambar. (b) Bercerita berdasarkan gambar dan juga pengalaman

(c) Menyoal dan menjawab soalan (d) Memberi ucapan pendek (e) Perbualan mudah (f) Memberi komen mudah (g) Memberi ulasan,pendapat atau pandangan mudah PERINGKAT MAJU (a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa,kejadian,pengalaman,objek dan lain - lain. (b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. (c) Mengambil bahagian dalam perbincangan,perbualan atau dialog. (d) Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan. (e) Mendeklamasi puisi PRINSIP PENGAJARAN KEMAHIRAN BERTUTUR (a) Prinsip kemahiran bertutur ialah guru perlu mendorong murid - murid berinteraksi dengan rakan - rakan mereka . Murid - murid akan berkomunikasi jika pembelajaran dalam bilik darjah mempunyai objektif untuk membolehkan mereka berkomunikasi. (b) Guru perlu memperkembangkan hubungan yang positif di kalangan murid murid serta di antara guru dengan murid. Dengan cara ini,akan terbentuk persekitaran yang sihat bagi membantu seseorang murid itu menguasai kemahiran bertutur. (c) Guru perlu mendedahkan murid dengan pengalaman dan pengetahuan dengan menggunakan alat bantu mengajar,lawatan,keratan akhbar ,bahan bacaan dan bahan rakaman.Aktiviti bertutur akan dapat terlaksana dengan baik dan berjaya jika murid - murid mempunyai pengalaman tentang perkara - perkara yang dibincangkan . Kemahiran mendengar dan bertutur ialah merupakan kemahiran lisan . Kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kanak kanak sebelum menguasai kemahiran yang lain . Kemahiran lisan merupakan tunjang kepada peningkatan penguasaan semua pembelajaran dan kecekapan

berbahasa . Pelajar yang telah menguasai kedua - dua kemahiran ini akan dapat menghasilkan idea- idea dan pendapat yang bernas yang dapat melahirkan bahasa - bahasa yang baik dan tepat . Penguasaan kemahiran lisan juga biasanya akan menghasilkan satu tabiat berbahasa yang baik dan berkomunikasi dengan sempurna dan berkesan. Perkembangan bahasa kanak kanak mengikut secara semulajadi menunjukkan kanak - kanak mula - mula mendengar,kemudian mengajuk dan selepas itu bercakap. Dengan ini, kanak kanak akan mengiterpretasikan lambang - lambang yang tertulis dengan berkesan. Dari segi perkembangan sosial, murid - murid yang menguasai kemahiran lisan ini dengan baik akan berani untuk berkawan dan bergaul dengan kanak kanak lain. Ini kerana mereka dapat melahirkan idea - idea dan meluahkan perasaan,memberi pendapat dan pandangan. Perkembangan mental bagi murid - murid yang tidak dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik dipercayai tidak bergikir dengan jelas. Ini akan menghalangnya untuk menerapkan fikiran fikiran tadi dalam bentuk tulisan . Guru mengalami masalah dalam usaha untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur ini . Bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran guru perlu membuat kajian terlebih dahulu terhadap murid - murid dari segi latar belakang mereka melibatkan fizikal, mental dan kehidupan seharian mereka . Ini kerana ini akan mempengaruhi penguasaan murid - murid terhadap kemahiran mendengar dan bertutur .

FAKTOR - FAKTOR YANG MENGHALANG PENGUASAAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Diantara faktor - faktor yang menghalang penguasaan kemahiran mendengar

dan bertutur ialah kecerdasan . Ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh,menyampai dan memproses maklumat aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa . Faktor yang kedua ialah kesihatan . Ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaanberbahasa dalam kalangan murid - murid . Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa, bahkan gagalberfikir dan berkomunikasi dengan baik. Faktor yang ketiga ialah fizikal . Ia berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi seperti lidah , gigi , gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyi - bunyi bahasa,makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. Kanak - kanak yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah dalam menguasai kemahiran ini. Faktor yang keempat ialah persekitaran. Hal ini terutamanya yang melibatkan dalam kalangan ahli keluarga , ibu bapa,masyarakat sekeliling,tahhap pendidikan,lokasi penempatan sama ada dibandar atau luar bandar dan juga tahap sosio ekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak kanak . Umumnya kanak - kanak yang hidup dalam suasana kampung mempunyai kosa kata yang terhad berbanding dengan kanak - kanak yang hidup di bandar . Faktor yang kelima ialah jantina. Jantina memainkan peranan penting dalam penguasaan kemahiran lisan . Kanak - kanak perempuan lebih cepat menguasai kemahiran mendengar dan bertutur berbanding kanak - kanak lelaki . Kanak kanak lelaki yang berumur 7 hingga 9 tahun lambat menguasai kemahiran mendengar dan bertutur berbanding kanak - kanak perempuan yang sama umur lebih cepat menguasai kemahiran lisan . KESIMPULAN Kemahiran lisan terdiri daripada kemahiran mendengar dan bertutur . Kanak - kanak perlu menguasai kedua - dua kemahiran ini dulu sebelum menguasai

kemahiran lain seperti kemahiran membaca dan menulis . Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak - kanak secara semula jadi . Pertuturan mereka banyak dipengaruhi oleh apa yang mereka dengar di persekitaran mereka terutama daripada ibu bapa mereka dan masyarakat di sekeliling mereka . Bahasa yang didengar banyak melalui pengalaman mereka . Tugas seorang guru ialah perlu membuat kaji selidik terhadap murid - murid mereka sebelum mengajar kemahiran mendengar dan bertutur . Ini penting bagi setiap pengajaran dan pembelajaran mencapai objektifnya . Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi setiap orang murid dalam penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur . Kedua - dua kemahiran ini merupakan pemerolehan bahasa paling asas dan kedua - dua kemahiran ini menjadi teras dalam pengajaran Bahasa Melayu .

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun Bil. Murid Masa Tarikh Tema Tajuk : 3 Aman : 35 orang : 8.10 pagi 9.10 pagi : 21/ 8/ 2013 : Perpaduan : Suasana Perayaan STANDARD PEMBELAJARAN 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.

STANDARD KANDUNGAN 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Objektif i) ii) iii)

: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid berupaya: Menjawab soalan kuiz dengan betul secara lisan. Bercerita mengenai situasi dengan betul. Menyampaikan perkara yang didengar dengan betul. : mengunjungi, dodol, menghidangkan, menghulurkan.

Sistem Bahasa Kosa Kata

Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum Ilmu : Kajian Tempatan, Pendidikan Moral, Muzik Nilai murni : Hormat-menghormati,prihatin, disiplin.

Strategi KB : Menyelesaikan masalah, menaakul, mengecam TKP : Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal kinestatik, visual, muzik BCB : Memproses maklumat mengenai sambutan perayaan kaum majoriti di Malaysia. Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan sambutan perayaan masing-masing.

Bahan Bantu Belajar Bil 1 2 3 4 5 Jenis Kompter riba Pembesar suara LCD Lembaran petikan Sambutan Perayaan Upin dan Ipin Soalan bergambar

Langkah Pengajaran: Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Catatan

Masa Lagu: -Hari Raya Aidilfitri -Tahun Baru Cina -Hari Deepavali
Soalan cadangan: i) Pernahkan anda mendengar lagulagu ini? ii) Bilakah bisanya lagu ini didengar? iii) Berapakah perayaan kaum utama di Malaysia? iv)Bagaimanakah susana sambutan hari perayaan? v) Bolehkah kaum yang berbeza menyambut perayaan setiap kaum lain?

dan Pembelajaran 1) Guru meminta semua murid menumpukan perhatian. 2) Murid-murid diperdengarkan dengan 3 buah lagu perayaan. 3) Murid-murid diminta mendengar lagu dengan teliti. 4) Guru mengulang semula lagu dan murid-murid boleh bernyanyi bersama-sama. 5) Murid-murid diminta meneka jenis lagu yang diperdengarkan mengikut perayaan kaum masingmasing. 6) Guru dan murid bersoal jawab mengenai lagu. 7) Guru menyatakan tajuk pengajaran pada hari ini. BCB: -k.mendengar -k.bertutur TKP: -visual -verbal -muzik -interpersonal Teknik: -soal jawab -perbincangan BBB: -komputer riba -pembesar suara -lagu

Induksi Set (5 minit)

Petikan dialog: Suasana Perayaan

1) Guru mengedarkan petikan kepada semua murid.

BBB: -petikan

Akmal Di Kampung"
Suasana Perayaan Akmal Di Kampung Pada pagi raya yang indah,Akmal menjemput rakan-rakan mereka untuk beraya di rumah mereka. Akmal berpakaian dan baju adiknya Melayu

2) Murid-murid diminta membaca petikan secara mentalis. 3) Beberapa orang murid dipilih untuk membacakan petikan secara mekanis. 4) Murid-murid membacakan petikan mengikut kumpulan. 5) Guru membincangkan isi petikan bersama murid-murid. 6) Guru dan murid berbincang mengenai kosa kata yang tidak difahami. 7) Guru menjalankan sesi soal jawab secara lisan berdasarkan petikan. 8) Murid-murid dipilih berdasarkan cabutan beracun. 9) Murid yang dapat menjawab soalan dengan tepat akan mendapat ganjaran. 10)Guru merumuskan nilai murni yang terdapat dalam aktiviti ini. Nilai: -Keberanian -Hormatmenghormati -Prihatin BCB: -k.mendengar -k.bertutur -k.membaca TKP: -verbal -intrapersonal -interpersonal -kinestetik Teknik: -perbincangan -sumbang saran

bewarna kuning dan biru. Opah menjemput rakanrakan Akmal masuk ke dalam rumah. Emak pula menghidangkan kuih muih,

Langkah 1 (15 minit)

ketupat mereka.

dan

air

kepada makan

Mereka

dengan gembira. Selepas makan, Opah menghulurkan duit raya kepada Akmal dan rakan rakannya . Mereka semua bermaaf-maafan di hari raya. Selepas itu, Akmal dan rakan-rakan pergi beraya di rumah Tok Mat dan Pak Mail. Tok Mat menyediakan dodol yang sedap untuk mereka. Pak Mail pula menghidangkan ketupat dan rendang yang sangat enak. Akmal dan rakan-rakan berasa sangat gembira di hari raya. Mereka dapat berkumpul beramai-ramai, bermaaf-maafan dan mengunjungi sanak saudara di hari raya.

Kosa kata cadangan: -menghulurkan

-dodol -mengunjungi -menghidangkan Aktiviti: Jom Reka 1) Guru memberikan lembaran bergambar kepada semua murid. 2) Semua murid dikehendaki Dan atau lalu yang membaca soalan secara senyap. 3) Guru menerangkan kehendak soalan. 4) Murid-murid diminta membina sebuah cerita yang sesuai Langkah 2 (15 minit) berdasarkan gambar. 5) Murid-murid boleh menggunakan ayat tunggal atau ayat majmuk yang sesuai. 6) Murid-murid digalakkan berbincang dengan ahli kumpulan. 7) Guru membimbing penggunaan kata hubung. 8) Beberapa wakil kumpulan akan dipilih untuk membacakan cerita yang direka di hadapan kelas. 9) Guru membimbing ayat murid. 10)Guru merumuskan nilai yang terdapat dalam aktiviti ini. Nilai: -Prihatin -Kerjasama BCB: -k.bertutur -k.mendengar -k.menulis TKP: -visual -interpersonal -intrapersonal -verbal Teknik: -penerangan -perbincangan KB: -menaakul BBB: -lembaran bergambar

Aktiviti: Siapa Peka Langkah 3 (20 minit)

1) Guru menjalankan aktiviti telefon karat 2) Setiap ketua kumpulan diminta ke hadapan kelas untuk mencabut kad tugasan. 3) Selepas membaca dengan teliti, ketua perlu membisikkan ayat yang dipilih kepada ahli kumpulan mengikut turutan. 4) Ahli kumpulan yang terakhir diminta ke hadapan kelas dan menuturkan semula apa yang didengarnya.

BBB: -kad tugasan TKP: -interpersonal -intrapersonal -verbal -kinestatik KB: -mengecam BCB: -k.mendengar -k.bertutur

Ah Chong memakai Cheong Sam pada Hari Tahun Baru Cina

Hari Raya Aidilfitri di sambut pada setiap 1 Syawal

Raju suka makan muruku di Hari Raya Deepavali.

5) Kumpulan yang dapat menuturkan semulaayat yang dipilih dengan tepat atau hamper tepat dikira sebagai pemenang. 6) Aktiviti diulang untuk ayat yang kedua. 7) Guru merumuskan nilai yang terdapat dalam aktiviti ini.

Akmal dan rakan rakannya beraya di rumah Tok Mat dan Pak Mail.

Rumusan isi pelajaran. Kognitif:

1) Guru bertanyakan tentang sambutan perayaan pelbagai kaum. 2) Murid-murid dikehendaki

BBB: -komputer riba -pembesar suara -LCD

-Aktiviti memupuk keharmonian Penutup (5 minit) -Cara menghormati perayaa kaum lain Sosial: -Menyebut Selamat hari raya beramairamai -Nyanyian lagu Balik Kampung.

memberikan contoh aktiviti yang mengeratkan hubungan antara kaum. 3) Guru meminta murid menyatakan nilai-nilai murni yang diperoleh dalam PDP. 4) Guru dan murid bersamasama menyanyikan lagu hari raya. Nilai murni: -perihatin -bekerjasama -tanggungjawab -hormatmenghormati KB: -merumus TKP: -muzik

PETIKAN CERITA Suasana Perayaan Akmal Di Kampung Pada pagi raya yang indah,Akmal menjemput rakan-rakan mereka untuk

beraya di rumah mereka. Akmal dan adiknya berpakaian baju Melayu bewarna kuning dan biru. Opah menjemput rakan-rakan Akmal masuk ke dalam rumah. Emak pula menghidangkan kuih muih, ketupat dan air kepada mereka. Mereka makan dengan gembira. Selepas makan, Opah menghulurkan duit raya kepada Akmal dan rakan rakannya . Mereka semua bermaaf-maafan di hari raya. Selepas itu, Akmal dan rakan-rakan pergi beraya di rumah Tok Mat dan Pak Mail. Tok Mat menyediakan dodol yang sedap untuk mereka. Pak Mail pula menghidangkan ketupat dan rendang yang sangat enak. Akmal dan rakan-rakan berasa sangat gembira di hari raya. Mereka dapat berkumpul beramai-ramai, bermaaf-maafan dan mengunjungi sanak saudara di hari raya.

Hari ini merupakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Penduduk Taman Andalas telah mengadakan majlis rumah terbuka. Terdapat pelbagai juadah makanan yang dihidangkan . Penduduk Taman Andalas yang terdiri daripada ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ KAD TUGASAN

Ah Chong memakai Cheong Sam pada Hari Tahun Baru Cina

Hari Raya Aidilfitri di sambut pada setiap 1 Syawal

Rama suka makan muruku di Hari Raya Deepavali.

Akmal dan rakan - rakannya beraya di rumah Tok Mat dan Pak Mail.

REFLEKSI Terlebih dahulu saya ingin bersyukur ke hadrat ilahi kerana berjaya menyiapkan tugasan projek Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (BMM 3104).Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pensyarah iaitu Tuan Haji Razali Bin Haji Abdul Manap kerana membimbing kami dalam proses menyiapkan tugasan ini . Tugasan ini yang berkaitan dengan kemahiran mendengar dan bertutur . Bagi saya kedua - dua kemahiran ini merupakan asas pemerolehan bahasa sebelum menguasai kemahiran - kemahiran lain seperti kemahiran membaca dan menulis.Dalam penulisan esei kedua - dua kemahiran ini saya telah membuat analisis kemahiran - kemahiran yang terdapat dalam Bahasa Melayu . Pada mulanya, ia menyulitkan saya kerana sebelum ini saya tidak pernah mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Setelah membuat kajian kepada kedua - dua kemahiran ini, saya mula faham bahawa murid - murid perlu menguasai kedua - dua kemahiran sebelum kemahiran lain . Sebagai guru,kita perlu memainkan peranan penting dalam usaha untuk melahirkan murid yang boleh bertutur dengan baik dan menjadi pendengar yang baik . Murid - murid yang berjaya menjana idea dan pendapat yang baik serta penggunaan bahasa yang betul tidak akan menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis Sekarang saya mula memahami bahawa seseorang guru perlu membuat kaji selidik terlebih dahulu kepada murid - murid mereka sebelum pengajaran dan pembelajaran . Di sini, kita akan dapat mengesan kelemahan dan kekuatan murid. Ini akan membantu untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran . Murid - murid di sekolah mempunyai latar belakang yang berlainan. Ini yang akan mempengaruhi tahap penguasaan murid terhadap kemahiran bertutur dan

mendengar . Faktor - faktor seperti kecerdasan,kesihatan,sosio ekonomi,jantina dan persekitran memainkan peranan penting dalam konteks penguasaan murid terhadap kedua - dua kemahiran ini. Dalam penyediaan rancangan mengajar dan pembinaan alat bantu mengajar juga menyulitkan saya pada mulanya kerana sebelum ini tidak pernah pun membuat rancangan mengajar harian dan alat bantu mengajar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Setelah pelbagai rujukan dibuat,saya mula memahami bagaimana cara untuk membuat rancangan mengajar harian dan alat bantu mengajar untuk Bahasa Melayu . Dalam proses membuat rancangan mengajar harian saya mula faham bahawa pengajaran Bahasa Melayu banyak berkaitan dengan peristiwa yang berlaku disekeliling kita. Setiap peristiwa yang dikemukakan mestilah sesuai dengan pengetahuan sedia ada dan pengalaman murid kerana ini akan dapat menjana idea murid dengan baik . Dari segi pembinaan alat bantu mengajar pula, guru perlu sesuaikan dengan tema dan tajuk yang diajari. Alat bantu mengajar pula mestilah dapat menarik minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat membantu murid untuk memahami sesuatu perkataan . Secara jujurnya, saya memperolehi pengetahuan yang baharu dalam pengajaran Bahasa Melayu . Tugasan ini yang berkaitan dengan kemahiran yang utama dalam Bahasa Melayu. Sekarang saya telah mengetahui bahawa setiap murid perlu menguasai kemahiran ini terlebih dahulu dengan baik sebelum menguasai kemahiran - kemahiran yang lain. Tugasan ini juga mendedahkan saya bagaimana cara untuk membuat rancangan mengajar harian dan cara untuk membuat alat bantu mengajar untuk Bahasa Melayu . Secara kesimpulannya,tugasan projek ini banyak memberi manfaat kepada saya terutama dalam penyediaan rancangan mengajar harian dan juga bagaimana memilih teknik pengajaran untuk Bahasa Melayu. Sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pensyarah pembimbing kerana banyak memberi pendedahan kepada saya dalam proses menyelesaikan tugasan projek ini.

Anda mungkin juga menyukai