Anda di halaman 1dari 4

Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami
perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal
jawab, laporan berita, dan perbincangan. Kemahiran mendengar ini adalah kemahiran lisan yang
paling asas dan ia berlaku pada peringkatpenerimaan (receptive level).

Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa masalahnya,


sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius? Hakikatnya kemahiran
mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak
sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar
berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali sebelum kanak- kanak ini boleh berkomunikasi atau
bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa.
Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa –
memperoleh, mempelajari, mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya
daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba dan
mengungk apkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam
ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru, alam persekitaran
merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini bermakna,
kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik, cenderung untuk
menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu.

Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar:

Terdapat perbezaan antara “listening” dan “hearing”. Kedua-dua perkataan bahasa Inggeris tersebut
mempunyai maksud yang sama dalam bahasa Melayu. Namun sebenarnya “hearing” adalah
mendengar yang bersifat fizik, bermaksud ada suara yang didengari oleh telinga kita, namun tidak
diperhalusi oleh fikiran kita, jadi apa-apa yang didengari oleh kita bersifat angin lalu, iaitu tidak
berkesan. “Listening” pula melibatkan usaha-usaha aktif dari fikiran kita dan perhatian penuh atas
apa yang kita dengar melalui telinga kita.

Dengan demikian mendengar yang efektif adalah seperti “listening” dalam Bahasa Inggeris yang
merupakan sebuah proses serius yang tidak boleh dilakukan hanya dengan mengandalikan
kebiasaan, refleks atau perasaan. Mendengar yang efektif adalah upaya untuk menghubungkan titik-
titik yang kadangkala menyatakan nasihat yang tersembunyi yang perlu kita tahu.

Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam
kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang kanak-kanak @ murid yang
telah menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja
yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud; boleh mentafsir
apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat.

Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam
bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai
sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar
kepada mereka.

Mengapa kemahiran mendengar perlu?


Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses maklumat
dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan
memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan
penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti
mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat); untuk
mendapa t hiburan (radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di
radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kes
usasteraan).

Proses Mendengar

Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Proses
pertama terlaksana melalui pertuturan sementara p roses yang kedua berlaku melalui pendengaran.
Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek pendenga ran amat kurang diberi
perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat peringkat
proses mendengar:

(a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;


(b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;
(c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan
(d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.

Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap gabungan
bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian pendengar itu akan menghubungkan bunyi-
bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap
bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan
pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh
pendengar itu tadi akan digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan
pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.

Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang baik
menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa
mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar
merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan
menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan.

Tujuan kemahiran mendengar

Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:

(a) memperoleh idea;


(b) mencari isi-isi penting;
(c) melakukan arahan/ tindak balas;
(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;
(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
(f) mentafsir makna-makna yang te rsirat,
(g) mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan
(h) mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda, iaitu seperti
memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa
yang diperkatakan.
Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan
pelbagai cara, antara lain:

(a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;


(b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;
(c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan
(d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.

Bentuk kemahiran mendengar

Apakah bentuk kemahiran mendengar itu?

Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain proses
mendengar:

(a) secara pasif;


(b) secara bertelau-telau;
(c) tanpa tindak balas;
(d) secara menebuk-nebuk;
(e) dengan beremosi;
(f) secara berhati-hati dengan pen gamatan; dan
(g) secara kritikal.

Aspek-aspek mendengar

Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar

(a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan dingati;
(b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat;
(c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada
kecerdasan otaknya;
(d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang;
(e) pendenga ran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan;
(f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan;
(g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu;
(h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzi k, aspek kesusasteraan
dan aspek seni serta estatika; dan
(i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis
terhadap bentuk dan isi.

Pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid, pertamanya: menguasai


kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi- bunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej
yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan
tepat, bersesuaian dengan mesej yang diterima itu.

Jenis-jenis mendengar

Terdapat dua jenis kemahiran meendengar. Yang pertama adalah mendengar secara aktif.
Mendengar secara aktif ini dikenali juga sebagai mendengar secara interaktif. Mendengar secara
aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar. Masing-masing berperanan
secara aktif semasa sesi perbualan tersebut.

Semasa aktiviti mendengar aktif, seseorang itu boleh mencelah dengan mengemukakan soalan
tambahan bagi mencari penjelasan, pengulangan ataupun mengucapkan semula. Jadi, pelajar
tidaklah merasa tidak dilibatkan semasa perbualan di dalam kelas. Mereka berpeluang
mempraktikkan mendengar secara interaktif melalui perbualan dalam kelas biasa yang dapat
membantu penguasaan kemahiran itu.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar, masa yang sedikit
diperuntukkan tidak dapat membantu pelajar secara maksimum penguasaan kemahiran itu. Pelajar
tidak berpeluang menjadi pendengar yang baik. Hal ini disebabkan guru lebih banyak
meperuntukkan isi pengajarannya bagi menyediakan pelajar dengan keperluan penguasaan
kemahiran yang berkaitan dengan peperiksaan. Penekanan ini juga menjadikan pelajar diabaikan
dalam aspek kemahiran mendengar. Penguasaan untuk menguasai kemahiran mendengar secara
efektif yang terbatas boleh mengakibatkan pelajar tersebut gagal dalam mengaplikasikan kemahiran
mendengar tersebut dalam kehidupan seharian

Dari segi kenyataan, aktiviti mendengar wujud dalam situasi yang berbeza dengan penutur yang
berbeza. Fikirkan semua individu berbeza yang sudah bertutur dalam jangka masa 24 jam dengan
kita. Anda sebenarnya mendengar beberapa individu bertutur dengan cara yang berbeza.
Berdasarkan kepelbagaian pengalaman dalam aktiviti mendengar, pelajar sebenarnya memerlukan
latihan tambahan untuk menyediakan diri sebagai pendengar yang baik.

Pendengaran secara aktif juga merupakan suatu kemahiran dan seperti kemahiran yang lain, latihan
dan amalan adalah penting. Kita boleh mempelajarinya untuk berbuatnya secara baik serta
berkesan. Tambahan pula, kita boleh menambahbaikkannya sepanjang hayat kita.

Pendengaran aktif adalah penting untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan kita. Kita perlu
mengubah tabiat buruk pendengaran kita dan menjadi sebagai seorang pendengar aktif yang baik.
Anda menjadi pendengar aktif apabila anda membuat suatu ringkasan atau rumusan mengenai
hujah atau alasan penting yang dikemukakan oleh seseorang, menilainya dan menanya soalan bagi
mendapat penjelasan mengenai apa yang diutarakan oleh seorang penutur. Tumpuan perhatian
kepada minat ,kebimbangan atau kerisauan, bunyi bising, gangguan dan rupa serta perawakan
penceramah menjadi halangan kepada pendengaran yang berkesan atau aktif.

Dalam mewujudkan kemahiran berkomunikasi yang berkesan dalam sesebuah organisasi pelbagai
cara dan kaedah boleh digunakan. Untuk menjadi pendengar yang baik, kita perlu menghayati apa
yang diperkatakan. Menghayati memerlukan perhatian, penganalisisan dan mengingati setiap
stimulasi yang didengar. Kedua-dua aspek ini penting untuk membolehkan seseorang menjadi
pendengar yang aktif. Mendengar tanpa menghayati adalah perkara yang sia-sia sahaja.

Sebagai panduan, adalah wajar seseorang itu mendengar dengan aktif dan serius tentang apa yang
diperkatakan dari segi Intensif, empati membina kemahiran mendengar yang efektif, membina
kemahiran bertindak balas.

Anda mungkin juga menyukai