Anda di halaman 1dari 11

MEMBINA KEMAHIRAN LISAN PENGENALAN Lisan adalah pertuturan atau percakapan.

Apabila seseorang bercakap,ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar.Ini bermakna untuk menguasai kemahiran lisan dengan baik,seseorang itu perlu menguasai kemahiran mendengar dan bertutur terlebih dahulu.Misalnya seseorang yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga kerana kemahiran mendengar dan bertutur berkait antara satu sama lain. KEMAHIRAN MENDENGAR Kemahiran mendengar ialah kemahiran lisan yang paling asas dan kemahiran ini berlaku pada peringkat penerimaan.Seseorang yang telah menguasai kemahiran mendengar dengan baik biasanya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta membuat tafsiran daripada apa yang didengar. Kemahiran mendengar melibatkan kemahiran menerima maklumat secara lisan.Proses mendengar merupakan satu proses fizikal yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi bahasa.Proses memahami pendengaran pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti pengamatan ,kecerdasan dan pemikiran yang disepadukan untuk membolehkan seseorang itu memahami apa yang didengarnya dan membuat tindakbalas yang sesuai. KEPENTINGAN KEMAHIRAN MENDENGAR Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehidupan kerana kemahiran mendengar adalah asas kepada proses komunikasi.Interaksi dua hala akan terganggu apabila salah seorang gagal mendengar dengan baik.Kemahiran mendengar adalah kebolehan bahasa yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak. Sebaik sahaja organ pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk di dalam kandungan ibu mereka sudah mula mendengar.Bayi yang baru lahir akan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di sekitarnya dan mereka akan ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang biasa didengarnya ketika dalam kandungan ibunya. Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan memahami disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog,mesyuarat dan idea yang dalam

penjelasan

proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan,perbincangan dan mesyuarat); untuk

mendapat hiburan (radio, televisyen, filem) dan memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) . Oleh itu kemahiran mendengar amat penting dalam kehidupan kita.kerana ia merupakan asas kepada kemahiran berbahasa iaitu bertutur,membaca dan menulis .Apatah lagi kemahiran mendengar merupakan kemahiran bahasa yang paling kerap digunakan oleh manusia. PROSES MENDENGAR Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat.Terdapat empat peringkat proses mendengar iaitu:

a) Mendengar Deretan Bunyi Bahasa Individu mendengar bunyi daripada unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah datangnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendengar beberapa kali, barulah deretan bunyi itu didengar secara total. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal. b) Memahami Bunyi Tersebut Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur, pendengar akan berhubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi tersebut. Dalam perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau tingkah laku yang dilakukan dengan bunyi yang dilafazkan. Proses ini yang berukangkali dilakukan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.

c) Menguasai Makna Beberapa Deretan Bunyi

Ia dapat memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Pendek kata, pendengar yang baik akan faham dan

mengerti maksud setiap ujuran yang dilafazkan. Mereka bukan sahaja boleh memahami malah boleh juga membuat interpretasi daripadanya.

d) Bertindak Terhadap Bunyi Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.

JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR Kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu : a) Mendengar Secara Intensif Mendengar jenis ini dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya dilaksanakan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pertama ia menekankan kepada latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan dan latihan berpusatkan kepada kefahaman makna.Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci boleh dijalankan dalam berbagaibagai cara. Antaranya ialah: i) Mendengar Arahan Murid-murid mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas terhadapnya. Arahan itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru besar, ketua darjah atau rakan-rakan mereka sendiri. Biasanya, murid-murid yang dapat mendengar dengan baik akan dapat memahami maksud yang didengarnya itu dan segera bertindak terhadapnya. Murid-murid seperti ini dapat menghasilkan sesuatu tindak balas secara tepat dan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah melengkapkan peta, membuat corak, mencari jalan pada peta sesebuah bandar dan sebagainya.

ii) Menjawab Soalan Kefahaman Murid-murid mendengar soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta mengenal pasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut kemungkinan berbentuk fakta dan biasanya boleh diperoleh daripada petikan yang diberi. Berbagai-bagai aktiviti boleh dilakukan oleh murid-murid. Antaranya ialah memberi penerangan,memberi makna, membuat huraian, menyatakan sebab, menjelaskan sesuatu, membuat taksiran, membuat andaian interential, memberi komen dan sebagainya. iii) Mendengar Untuk Mendapatkan Maklumat Dalam latihan ini perhatian murid-murid ditumpukan kepada bahagian-bahagian tertentu daripada apa yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih murid-murid mendengar dengan teliti maklumat-maklumat yang berkenaan sahaja dan mengenepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-murid. Antaranya ialah mendengar tentang cara untuk membuat kuih, mendengar dari seorang jurujual mengenai sebuah kereta yang akan dibeli, mendengar dan mendapatkan maklumat tentang rumah yang akan dibeli, mendengar dan mendapatkan maklumat- maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh orang tertentu dalam seminggu dan sebagainya. iv) Membuat Ringkasan Murid-murid mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat ringkasan tentang apa yang telah didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakam terlebih dahulu. Murid-murid diminta membuat catatan isi-isi penting ketika mendengar sesuatu petikan itu. Ringkasan itu kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk laporan bertulis. v) Menyelesaikan Masalah Murid-murid mendengar sesuatu masalah dan kemudian diminta berbincang bersama-sama rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Murid-murid pada mulanya diminta mendengar masalah itu dengan teliti. Setelah dapat memahami maksudnya, mereka diminta mencari punca masalah tersebut dan selepas itu mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Kadangkala murid-murid diminta memberi penerangan atau mentafsirkan tajuktajuk rangsangan secara bernas dan logik. Misalnya, 'Semua orang Melayu boleh bertutur Bahasa Melayu, tetapi bukan semua orang Melayu'. Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran mendengar secara intensif.

Latihan Mendengar Bahasa Yang Dituturkan Setelah murid-murid memahami dan boleh menanggapi apa yang didengarnya, guru boleh meneruskan kerja mereka selanjutnya secara terperinci bahasa. Pada peringkat awal, muridmurid akan didedahkan kepada bahasa-bahasa yang asli iaitu bahasa yang belum dipermudahkan. Tujuan mendedahkan mereka kepada bentuk bahasa seperti ini adalah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa mereka boleh menterjemah sebahagian besar ciri-ciri bahasa walaupun mereka tidak memahami apa yang diperkatakan. Murid-murid dapat juga menyuburkan keyakinan diri mereka terhadap pembelajaran bahasa di samping memberi mereka peluang mendengar berbagai-bagai bentuk bahasa. Selain daripada belajar mengenal pasti laras dan tujuan bahasa itu digunakan, guru boleh juga membimbing murid-murid mereka untuk mengesan kesalahan-kesalahan yang terdapat sewaktu bahasa itu dituturkan. Guru boleh membawa perhatian murid-murid kepada aspekaspek bahasa yang lazim diperkatakan seperti sebutan,intonasi, jeda, nada,tekanan, gaya, bentuk dan struktur serta kesalahan-kesalahan seperti ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan kemahiran bahasa lisan murid. b) Mendengar Secara Ekstensif Latihan mendengar secara ekstensif adalah latihan yang dijalankan setelah murid-murid dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif. Mendengar secara ekstensif ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan dan tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang seumpamanya. Latihan mendengar secara ekstensif biasanya dilakukan melalui aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar yang telah sedia diperolehi.Mendengar secara ekstensif menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logis.Murid-murid boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa yang didengarnya itu. Kemungkinan murid-murid boleh memberi komen daripada apa yang didengarnya, atau melengkapkan cerita, atau mencari isi penting daripada sebuah tafsiran dan sebagainya. Latihan mendengar seperti ini membantu menyediakan murid-murid untuk boleh memberi pandangan dan pendapat serta hujah dengan baik.

BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR Bentuk-bentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.Antaranya ialah: a) Mendengar Secara Pasif Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya. Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebutkan semula perkaraperkara yang didengar itu.Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif. Antaranya ialah, mungkin kerana bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka. b) Mendengar Secara Bertelau-telau Mendengar secara bertelau-telau berlaku dikalangan pelajar bahasa kedua. Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya daripada kemahiran mendengar secara pasif.Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu mendengar dan menangkap bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan. Mereka kurang biasa mendengar dan bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa itu. c) Mendengar Tanpa Tindak Balas Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana si pendengar tidak peka terhadap katakata yang diucapkan itu. Mungkin si pendengar tidak memahami sepenuhnya hubungan makna antara kata-kata dalam ayat-ayat yang diucapkan menyebabkan mereka tidak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih, simpati atau sebagainya d) Mendengar Secara Membuak-buak Hal ini berlaku dikalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menebuk-nebuk kata atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Di peringkat ini, kemahiran mendengar pelajar yang menuturkan bahasa itu masih rendah.Kemahiran mendengar secara menebuk ini juga berlaku di kalangan pelajar bahasa ibunda. Ini berlaku

kerana mereka pasti yang mereka cukup berupaya memahami dan menggunakan bahasa sendiri, walhal darjah kefahaman mereka terhadap bahasa itu adalah pada peringkat yang masih lemah. e) Mendengar Dengan Beremosi Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa yang dituturkannya. Ini dikatakan begitu kerana pendengar dapat merasakan sesuatu hingga memberanngsangkan emosinya. Mereka sudah boleh mendengar, memahami dan bertindak terhadap ujaran tersebut. f) Mendengar Secara Berhati-hati Mendengar di peringkat ini memerlukan seseorang itu mendengar dengan teliti dan secara bersungguh-sungguh. Dia harus menumpukan pendengarannya terhadap kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat di dalam sesuatu percakapan itu. Tujuan mendengar dengan teliti setiap ujaran yang dilafazkan itu adalah untuk menentukan supaya setiap butir yang dituturkan itu dapat difahami dengan tepat dan betul. g) Mendengar Secara Kritikal Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini kemahiran mendengar si pendengar itu telah mencapai tahap yang tinggi. Dia boleh menentukan kesahihan sesuatu fakta yang didengarnya. h) Mendengar Dengan Pengamatan Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku di kalangan pelajar yang sudah boleh berfikir secara kritikal. Mendengar cara ini akan lebih bermakna jika proses mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman si pendengar. Ini bermakna si pendengar itu akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan jika ujaran-ujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya. i) Mendengar Secara Kreatif Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi dan ia menjadi matlamat pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar. Pada peringkat ini, si pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu setelah ia dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan. Ini bermakna ia dapat memahami ujaran-ujaran yang

dikemukakan kepadanya dengan baik. Ia juga boleh membuat interpretasi, mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang bernas dan jitu. KEMAHIRAN BERTUTUR Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan atau dikenali juga sebagai artikulator.Bertutur merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa dan berlaku pada peringkat produksi. Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks dan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsurunsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bahasa isyarat dan pergerakan badan) bagi menguatkan maksud pertuturan. Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi

bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan

menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental mendengar TUJUAN BERTUTUR Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan ,guru,ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan.Di samping itu murid dapat membezakan antara sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai.Murid juga dapat mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun menggunakan perkataan atau frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan. Namun begitu,dalam menguasai kemahiran bertutur,guru haruslah memastikan murid boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan betul daripada segi sebutan,intonasi serta

menggunakan perkataan dan ayat yang tepat.

KONSEP PERTUTURAN

a) Pertuturan merupakan gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi. Ia berlaku setelah si penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. c) Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya. d) Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina noleh mempengaruhi kemahiran bertutur. e) Pertuturan yang dapat dikuasai dengan baik akan menghasilkan tabiat berbahasa yang baik. Tabiat berbahasa yang baik itu pula akan membolehkan penghasilan interaksi dengan baik juga. f) Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi penguasaan sistem bunyi.

ASPEK-ASPEK PENTING DALAM KEMAHIRAN BERTUTUR a) Sebutan Murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf,sukukata, perkataan,rangkai kata dan ayat.Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna. b) Tekanan Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempattempat tertentu.Biasanya dilakukan pada suku kata dan bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.Lambangnya ialah /?/.Dalam Bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak. c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat) Merupakan kadar sesuatu bunyi itu diucapkan.Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora. d) Kefasihan Boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas.

e) Laras bahasa Kemampuan menggunakan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai.Ia melatih pelajar menggunakan bahasa mengikut larasnya dan bertujuan untuk berkomunikasi.Fungsi komunikasi merupakan bahasa meminta izin, bahasa meminta maaf, bahasa untuk menyatakan perasaan, bahasa untuk mengemukakan pendapat atau pandangan,bahasa untuk bertanya atau menyoal untuk mendapatkan maklumat dan bahasa yang sesuai mengikut keadaan seperti dengan guru, ibu bapa, rakan-rakan, di kedai dan di majlis rasmi.

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN BERTUTUR

Kemahiran bertutur terbahagi kepada tiga peringkat iaitu : a) Peringkat Awal Aktiviti yang boleh dijalankan pada peringkat ini ialah : i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) Melafazkan pengucapan bertatasusila Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar Menyoal untuk mendapatkan maklumat Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi tertentu Bertindak terhadap soalan-soalan mudah Memberi arahan Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri .rakan,ibubapa dan sebagainya Membuat ayat-ayat daripada gambar

b) Peringkat Pertengahan Aktiviti bagi peringkat pertengahan ialah : i) ii) iii) iv) v) vi) vii) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu Membaca iklan dan peraturan Memberi ucapan pendek dan mudah Memberi komen secara mudah

viii)

Menyoal

dan

menjawab

soalan-soalan

berhubung

dengan

peribadi

seseorang,masa bersekolah ,persekitaran di rumah dan sebagainya. ix) x) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah Membuat ulasan,member pendapat atau pandangan secara mudah.

c) Peringkat Maju Aktiviti bagi peringkat maju ialah : i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Mendeskripsikan sesuatu peristiwa ,objek,permainan,proses dan sebagainya. Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. Mengambil bahagian dalam perbincangan ,perbualan atau dialog. Bertanya untuk mendapatkan maklumat Menerangkan proses ,kejadian,prosedur dan peraturan. Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat Memberikan ceramah atau syarahan. Mengambil bahagian dalam perbahasan ,diskusi,forum,perbincangan,seminar dan lain-lain. ix) x) xi) xii) Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan Mendeklamasikan puisi Menyampaikan komen ,laporan atau ulasan Mengkritik cerpen,pendapat,puisi,,novel dan sebagainya.

RUMUSAN Berdasarkan huraian di atas,maka untuk membina kemahiran lisan ,seseorang pelajar itu perlulah menguasai kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur dengan baik terlebih dahulu kerana kedua-dua kemahiran ini merupakan asas kepada kemahiran lisan.Ini disebabkan kemahiran mendengar berkait rapat dengan kemahiran bertutur.Pelajar yang mahir dalam kemahiran lisan akan dapat melahirkan perasaan dan pendapat dengan baik dan akan lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang lain dalam apa jua situasi .Oleh itu kemahiran lisan amat penting dalam membentuk keperibadian dan kecemerlangan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai