Anda di halaman 1dari 18

PERIBAHASA

A. SIMPULAN BAHASA Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa paling mudah. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah perkataan yang membawa maksud yang tepat dan padat.

SIMPULAN BAHASA 1. 2. 3. 4. 5. Ada akal Ada angin Ada gaya Ada bakat Ada hati

MAKSUD Memiliki idea Berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika Menunjukkan ada tokoh / bakat Mempunyai tokoh atau perwatakan Mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu Rupa atau wajah seseorang Memperlagakan seseorang Tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang Penuh dengan tipu muslihat Makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan Anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri Anak yang disayangi oleh bapa Orang yang di bawah jagaan seorang ketua / anak saudara Anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya Anak raja Memuji kebolehan diri sendiri Meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab Negara-negara di sebelah barat / dengan mudah (pekerjaan)

6. Air muka 7. Adu domba 8. Ajak ajak ayam 9. Akal kancil 10.Alas perut

11.Anak angkat 12.Anak bapa 13.Anak buah 14.Anak emas 15.Anak gahara 16.Angkat diri 17.Angkat kaki 18.Atas angin

19.Atas pagar 20.Ayam tambatan

Tidak menyebelahi mana-mana pihak Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan 21.Bahasa pasar Bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya 22.Bangkai bernyawa Orang yang hidupnya tidak berguna 23.Banyak mulut Orang yang banyak bercakap 24.Batu api Orang yang suka menghasut 25.Batu loncatan Sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati 26.Bau-bau bacang Tali persaudaraan yang jauh 27.Bawah angin Negara-negara di sebelah timur 28.Bekas tangan Hasil kerja tangan seseorang 29.Beralih angin Pergi ke sesuatu tempat untuk berehat 30.Berat mulut Pendiam atau tidak suka bercakap banyak 31.Berat tulang Orang yang malas bekerja 32.Berat sebelah Tidak berlaku adil 33.Berbelah bagi Sukar untuk membuat keputusan 34.Bergolok-gadai Mengeluarkan perbelanjaan di luar kemampuan 35.Berhati batu Degil dan sukar menerima nasihat 36.Berhutang budi Patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga 37.Beri muka Membiarkan seseorang bebas melakukan sesuatu sesuka hati 38.Bermuka dua Tidak jujur 39.Bertikam lidah Bertengkar / berdebat 40.Besar hati Bergembira atau berbangga akan sesuatu 41.Besar kepala Degil / sukar menerima pandangan orang lain 42.Bidan terjun Orang yang terpaksa membuat sesuatu dengan serta-merta 43.Bintang terang Orang yang bernasib baik 44.Bodoh sepat Nampak sahaja bodoh tetapi sebenarnya cerdik 45.Bongkok udang Bongkok tengah badan 46.Bongkok sabut Bongkok sedikit sahaja 47.Buah hati Orang yang dikasihi / dipuja 48.Buah mulut Sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai 49.Buah pena Hasil karangan seseorang 50.Buah tangan Hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang 51.Buaya tembaga Penipu yang sangat kejam 52.Buka tembelang Memberitahu keburukan seseorang

53.Bulat hati

Bersungguh-sungguh ketika membuat sesuuatu / sudah nekad 54.Buruk siku Mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain 55.Buta hati Tidak dapat menerima pengajaran / zalim /kejam 56.Cahaya hidup Anak yang boleh member kesenangan hidup 57.Cahaya mata Anak 58.Cakar ayam Tulisan yang buruk 59.Campur tangan Turut serta / mencampuri urusan orang lain 60.Cari jalan Berusaha / berikhtiar melakukan sesuatu 61.Cepat tangan Suka mencuri / suka mengambil barang-barang orang lain 62.Cupak hanyut Hidup melarat 63.Daki dunia Harta dunia yang tidak boleh dibawa mati 64.Dalam tangan Sudah pasti akan diperoleh 65.Dapat terpijak Dapat sesuatu dengan senang 66.Darah daging Anak kandung 67.Durian runtuh Keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka 68.Emas urai Emas yang halus 69.Embun jantan Embun kasar 70.Fajar menyingsing Hari mula siang 71.Gaji buta Mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah / bekerja bersungguh-sungguh 72.Ganti tikar Berkahwin dengan adik isterinya yang telah meninggal dunia 73.Gelap mata Hilang pertimbangan kerana terpengaruh dengan wang / harta 74.Gigi air Bahagian tepi air 75.Harga diri Maruah / kehormatan seseorang 76.Harga mati Harga tetap yang tidak dapat dikawal lagi 77.Hati batu Degil / keras hati 78.Hidung tinggi Sombong / tinggi diri 79.Hilang akal Tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat / hilang pertimbangan diri 80.Hilang lenyap Hilang tidak berbekas 81.Hangat hati Sangat marah 82.Hisap darah Mendapat kekayaan dengan tenaga orang lain 83.Hutang darah Menuntut bela dengan nyawa

Orang tua yang berlagak muda Menahan lapar kerana berjimat Orang yang sangat istimewa Menyimpan perasaan dengki / cemburu Perasaan dalam hati Tidak ada jalan penyelesaian Membuat sesuatu perkara dengan berhati-hati Perempuan yang peramah tetapi cukup berhatihati 92.Kacang hantu Orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain 93.Kaki ayam Tidak berkasut / berselipar 94.Kaki bangku Tidak berkebolehan bermain bola 95.Kaki botol Suka minum minuman keras 96.Kecil hati Berasa tersinggung / merajuk 97.Keliling pinggang Sangat banyak 98.Ketam batu Sangat kedekut 99.Ketawa raja Ketawa yang dibuat-buat 100.Kepala angin Perangai yang tidak menentu 101.Kepala batu Degil dan tidak mendengar nasihat 102. Kera sumbang Orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain 103. Khabar angin Berita yang belum tentu benarnya 104. Kucing bertanduk Perkara yang mustahil dilakukan 105. Langkah kanan Bernasib baik 106. Langkah seribu Cepat-cepat lari kerana ketakutan 107. Lidah bercabang Kata-kata yang tidak dapat dipercayai 108. Lidah pendeta Kata-kata hikmat 109.Lintah darat Mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan / mendapat kekayaan daripada tenaga orang lain 110.Lipas kudung Cepat membuat sesuatu 111. Makan angin Bersiar-siar untuk berehat 112. Makan garam Orang yang lebih berpengalaman 113.Makan suap Menerima rasuah 114.Malu-malu kucing Berpura-pura malu di hadapan orang 115.Mandi keringat Bekerja dengan sepenuh tenaga 116.Mandi peluh Bekerja kuat 117.Mandi kerbau Mandi yang tidak bersih 118.Mata petai Orang yang matanya kurang terang

84.Ibu keladi 85.Ikat perut 86.Intan terpilih 87.Iri hati 88.Isi hati 89.Jalan buntu 90.Jejak bara 91.Jinak merpati

119.Mati katak 120.Membabi buta 121.Membawa diri 122.Membuka jalan 123.Membuka tembelang 124.Memeras otak 125.Menarik diri 126.Mencari jalan 127.Mencuci mata 128.Mencuit hati 129.Mengabui mata 130.Mengadu domba 131.Mengambil angin 132.Mengambil berat 133.Mengambil hati 134.Mengasah bakat 135.Muka dua 136.Muka tembok 137.Mulut murai 138.Mulut tempayan 139.Murah hati 140.Naik angin 141.Nasi damai 142.Nyawa-nyawa ikan 143.Nyiur gading 144.Oleh - oleh 145.Omong kosong 146.Orang atasan 147.Otak cair 148.Otak kapur 149.Otak kering 150.Otak udang 151.Paku Belanda 152.Paling tadah 153.Panas hati 154.Panjang tangan

Mati dengan sia-sia Melakukan sesuatu tanpa berfikir Tahu menjaga diri Memberi laluan kepada orang lain Menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain Terlalu kuat berfikir / belajar Tidak turut serta / meletak jawatan Berusaha melakukan sesuatu Gembira memperhatikan sesuatu yang indah Lucu / menggelikan hati Cuba memperdaya / menipu Memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya Bersiar-siar untuk berehat Memberi sepenuh perhatian Dapat memikat / mempengaruhi Latihan untuk mengembangkan bakat Orang yang suka berpura-pura Tidak berasa malu Kuat bercakap / berbuat bising Tidak dapat menyimpan rahsia Suka menderma / tidak kedekut Terlalu marah Nasi adap-adap Hampir-hampir mati Anak gadis yang cantik-cantik Hadiah / cenderamata Percakapan yang tiada faedah Orang yang berpangkat tinggi Orang yang bijak / pintar Orang yang mudah lupa Orang yang kurang siuman Bebal / bodoh Barangan yang tetap harganya Orang yang belot Meradang / marah Suka mencuri

155.Pasang telinga 156.Pasar gelap 157.Patah arang 158.Pekak badak 159.Patah kandar 160.Pembasuh mulut 161.Pening lalat 162.Perang mulut 163.Pilih kasih 164.Pisau cukur 165.Puteri lilin 166.Putih hati 167.Putih mata 168.Rabun ayam 169.Rambang mata 170.Retak seribu 171.Ringan tangan 172.Sampai hati 173.Saudara anjing 174.Saudara baru 175.Sebatang kara 176.Sehelai sepinggang 177.Sekangkang kera 178Sekapur sirih 179.Sengkang mata 180.Senyum kambing 181.Serkap jarang 182.Tali barut 183.Tangan terbuka 184.Tangkai jering 185.Tawar hati 186.Tebal muka 187.Tebal telinga

Mendengar dengan teliti Berjual beli secara haram Putus hubungan selama-lamanya Kurang jelas pendengarannya / tidak dapat mendengar bunyi yang kuat Hilang tempat bergantung Makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi Rasa pening-pening Pertengkaran Memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai Perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki Tidak tahan terkena panas Ikhlas / jujur Mengalami kekecewaaan Penglihatan yang kurang jelas Sukar membuat pilihan Terlalu banyak retak Suka membuat kerja / menolong orang Tergamak melakukan sesuatu kerja Saudara seibu tetapi berlainan bapa Orang yang baru memeluk Islam Tinggal seorang diri Hanya tinggal pakaian di badan Tanah yang tidak luas Ucapan alu-aluan Berjaga malam Berpura-pura senyum / senyum menyindir Membuat tuduhan secara agak-agak / tanpa usul periksa Orang suruhan musuh Menyambut sesuatu dengan senang hati Orang yang kedekut Tidak mempunyai minat lagi Tidak tahu malu Orang yang susah menerima nasihat

188.Tebus darah 189.Telinga kuali 190.Telinga lintah 191.Telinga nipis 192.Telinga tempayan 193.Teluk rantau 194.Terang hati 195.Tidur-tidur ayam 196.Tin kosong 197.Titik peluh 198.Tulang belakang 199.Ulat buku 200.Untung batu 201.Wang hangus 202.Wang muka

Tuntut bela Tahan hati menerima kemarahan Tajam pendengaran Cepat marah / meradang Tidak peduli apa orang kata Daerah sekeliling Mudah memahami sesuatu Tidur yang tidak nyenyak Bercakap besar tanpa ilmu Hasil usaha yang bersungguh-sungguh Orang yang menjadi harapan Suka membaca Nasib malang Wang hantaran / wang cengkeram yang tidak akan dikembalikan Wang pendahuluan

B. PERUMPAMAAN Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8

PERUMPAMAAN Bagai air titik ke batu Bagai aur dengan tebing Bagai ayam dimakan tungau Bagai bunyi cempedak jatuh Bagai bulan dipagari bintang

MAKSUDNYA Memberi nasihat dan ajaran yang siasia Tolong-menolong antara satu dengan yang lain Sangat gelisah Bunyi jatuh yang kuat Kecantikan gadis yang tiada bandingannya Perasaan yang sangat pedih Sesuatu hal yang tidak menyenangkan Hanya mementingkan diri sendiri

9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19

Bagai dihiris dengan sembilu Bagai duri dalam daging Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing Bagai itik pulang petang Berjalan lambat sekali Bagai isi dengan kuku Persahabatan yang sangat erat Bagai kacang melupakan kulit Orang yang tidak tahu mengenang budi Bagai kumbang putus tali Amat cepat / terlepas daripada sengsara Bagai melepaskan batuk di Membuat kerja sambil lewa sahaja tangga Bagai menatang minyak yang Mendidik anak dengan penuh belaian penuh kasih saying Bagai mencencang air Membuat pekerjaan yang sia-sia Bagai murai tercabut ekor Seseorang yang becok mulutnya Bagai pelita kehabisan Tidak berseri-seri lagi minyak Bagai perian pecah Suara yang tidak merdu Bagai pinang dibelah dua / Pasangan yang sama padan dan sama

20 21

seperti cincin dengan permata Bagai pucuk pisang didiang Bagai si kudung mendapat cincin Bagai tikus membaiki labu Bagai rasa batang pisang Laksana batik lasam Laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku Laksana lembu kasi Laksana mencari sungai yang tiada berhulu Seperti abu di atas tunggul / seperti telur di hujung tanduk Seperti anak ayam kehilangan ibu Seperti anjing dengan bayang-bayang Seperti anjing dengan kucing Seperti api dalam sekam Seperti aur ditarik songsang Seperti ayam berak kapur Seperti Belanda minta tanah Seperti bertih jagung Seperti cacing kepanasan Seperti duduk dalam duri Seperti embun di hujung rumput Seperti gergaji dua mata / seperti talam dua muka Seperti gunting makan di

22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40

cantik Lemah tidak berdaya Orang yang tidak dapat merasai nikmat / menggunakan kemudahan yang diperoleh Merosakkan lagi barang yang dibaikinya Tubuh seseorang yang terasa dingin Sesuatu yang semakin lama dipakai semakin baik Pengetahuan yang tidak sempurna dan tidak berfaedah Orang yang bertubuh besar tetapi penakut Penat lelah yang tidak membawa faedah Kedudukan tidak tetap / tidak terjamin Berpecah / hilang tempat bergantung Orang yang tamak / tidak cukup dengan apa yang ada Adik-beradik yang suka bergaduh Dendam / perbuatan jahat yang tersembunyi Sesuatu yang susah diselesaikan kerana tersalah melakukannya Muka pucat dan tidak bermaya Menumpang tetapi merosakkannya Bunyi bising / percakapan yang tidak berhenti-henti Tidak diam / tenang / selalu gelisah Sangat gelisah Kasih sayang yang tidak berkekalan Seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan antara dua pihak Membuat sesutau dengan diam-diam

41

42 43

44 45 46 47 48

hujung Seperti harimau menyembunyikan kukunya Seperti hujan jatuh ke pasir / seperti mencurahkan air ke daun keladi Seperti katak di bawah tempurung Seperti katak, sedikit hujan banyak bermain Seperti kera kena belacan Seperti kera mendapat bunga

tetapi berhasil Menyembunyikan kebolehan yang ada pada dirinya Member nasihat kepada orang tetapi tidak berkesan

49 50 51 52 53 54 55 56

57

58 59 60

Orang yang cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar Orang yang malas, uzur sedikit dikatakan tenat Tidak suka duduk diam Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain Seperti kerbau dicucuk hidung Seseorang yang lurus / menurut segala perintah orang lain tanpa usul periksa Seperti langit dengan bumi Perbezaan yang amat ketara Seperti lintah menghisap Menipu dengan cara yang lemahdarah lembut Seperti melukut di tepi Tidak berharga dalam masyarakat gantang Seperti mengajar itik Mengajar seseorang yang arif / pandai berenang daripada kita Seperti mentimun dengan Orang yang lemah melawan orang durian yang kuat Seperti pacat kenyang Beredar selepas makan Seperti pahat dengan penukul Orang yang hanya bekerja apabila diperintah Seperti pungguk rindukan Mengharapkan sesuatu yang tidak bulan mungkin diperolehi / merindui seseorang Seperti rusa masuk ke Berasa hairan dan tercengangkampung cengang apabila berada di tempat yang baru Seperti sampah hanyut Orang miskin yang hidup melarat Seperti tikus jatuh ke beras Memperoleh kekayaan yang tidak disangka-sangka Seperti ular kena palu Jalan / barisan yang bengkang / bengkok

61 62

63 64

65 66 67 68

69 70 71

Umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga Umpama buah kepayang, dimakan mabuk, dibuang sayang Umpama bunga sedap dipakai, layu dibuang Umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas, badan terkurung Umpama tangan di jari ada bercincin Umpama kayu buruk, buruk dek panas, reput dek hujan Umpama kiambang di air, akar tidak menjejak bumi Umpama memerah nyiur, santan diambil, hampas dibuang Umpama minyak setitik, di laut sekali pun timbul jua Umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri Umpama pucuk dan embut, tiada lauk baru dibaham

Perangai yang tidak boleh diubah Sesuatu yang amat disayangi tetapi membawa keburukan Kasih sayang sementara Anak gadis yang tidak bebas

Hukuman yang kurang adil Nasib malang yang tidak dapat dielakkan Tidak tetap pada sesuatu tempat Mendengar nasihat untuk memilih yang baik Orang yang baik akan dimuliakan walau di mana pun berada Orang yang lemah dalam kuasa orang kuat, tidak daya melawan Tidak ada yang baik, yang kurang baik pun diterima

C. KIASAN Kiasan ialah bentuk ungkapan yang menggambarkan sifat seseorang atau benda secara bandingan. Bandingan yang digambarkan itu adalah jelas.

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27

KIASAN Adil seperti hakim Alim seperti ulama Angkuh seperti merak Baik seperti malaikat Bebas seperti burung Becok seperti murai Berani seperti harimau Berat seperti batu Bersinar seperti bintang/permata Besar seperti gajah Bijak seperti pendeta Biru seperti laut Bising seperti pasar Bodoh seperti keldai Bulat seperti bola Bujur seperti telur Busuk seperti tahi / bangkai Cantik seperti bidadari Cepat seperti kilat Cerah seperti siang Cerdik seperti kancil Daalam seperti lautan Degil seperti keldai Deras seperti rebut / anak panah Diam seperti tunggul Gagah seperti gergasi Ganas seperti harimau / singa

BIL 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57

KIASAN Gelojoh seperti langau Gemuk seperti badak / babi Hangat seperti api Harum seperti bunga Hijau seperti daun / rumput Hina seperti kucing kurap Hitam seperti arang / kuali Ikal seperti mayang Halus seperti sutera / habuk / kuman/baldu Jahat seperti iblis / hantu / syaitan Jernih seperti cermin Jinak seperti kucing / merpati Kaku seperti mayat Kasar seperti kulit biawak / kulit nangka Kecil seperti semut / kuman Kencang seperti ribut Keras seperti batu / besi Kesat seperti pasir Kotor seperti najis Kuat seperti badang Kuning seperti kunyit Kurus seperti lidi Laju seperti roket Laku seperti pisang goreng panas Lancar seperti air Lari seperti kuda Lembut seperti sutera

28 29 30 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84

Garang seperti harimau Gebu seperti kapas Gelap seperti malam / gua Lambat seperti kura-kura / siput Luas seperti lautan Lurus seperti bendul / sumpitan Mahal seperti emas / berlian Malas seperti keldai Malu seperti pengantin / kongkang Mancung seperti seludang Manis seperti gula / madu Masam seperti cuka Masin seperti garam Merah seperti biji saga/ darah Merdu seperti buluh perindu Menangis seperti budakbudak Miskin seperti pengemis Mulia seperti raja Nipis seperti kertas Pahit seperti hempedu Panas seperti api / matahari Pandai seperti kancil Panjang seperti galah Pantas seperti kilat Pedas seperti cili Pekak seperti badak Pucat seperti mayat

58 59 60 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108

Liat seperti getah Licin seperti belut Ligat seperti gasing Putih seperti kapas Rajin seperti semut Ramai seperti ulat / semut Rata seperti padang Ringan seperti kapas / kekabu Riuh seperti pasar Sabar seperti nabi Segak seperti putera raja Sayang seperti nyawa Sejuk seperti air batu / mayat / salji Sibuk seperti lebah Takut seperti tikus Tajam seperti sembilu / pedang / pisau cukur Tandus seperti padang pasir Tawar seperti air Tenang seperti tasik Terang seperti siang / bulan mengambang Tinggi seperti galah Tipis seperti kertas Tua seperti lengkuas Tumpul seperti belakang parang Unggu seperti biji kundang Wangi seperti bunga / haruman Zalim seperti firaun

PENJODOH BILANGAN
Senarai kata bilangan dan perkataan yang menggunakannya
BIL PENJODOH BILANGAN UNTUK MEMBILANG CONTOH

Baris

Benda-benda yang berbaris

2 3 4

Bentuk Berkas Bidang

Biji / butir

Bilah

Buah

8 9

Buku Carik

Askar, murid, orang, rumah, tulisan, kedai, pokok dan lain-lain Benda-benda yang berbentuk Mata kail, cincin, subang dan lain-lain Benda-benda yang telah diikat Buluh, kayu, ranting, atau diberkas pensel, rotan dan lain-lain Benda-benda yang sangat luas, Bendang, kain, kebun, lebar dan rata lading, tanah, sawah, tikar dan lain-lain Jenis buah-buahan atau benda- Durian, nanas, pinggan, benda kecil mangkuk, guli, telur, cawan, piring, bola, bawang, kelapa, manik, permata, gula-gula dan lain-lain Semua jenis senjata atau besi Kapak, lembing, pedang, yang tajam pisau, parang, keris, golok, tombak dan lain-lain Benda-benda yang besar, Bandar, buku, negeri, padu, tiada tentu bentuk dan pulau,basikal, bas, beg, jenisnya, semua tempat lori, almari, motokar, bangunan dan semua jenis kapal, rumah, kerusi, meja, kenderaan kampung, gunung, lautan, hutan dan lain-lain Benda-benda yang bulat Roti, sabun, benang, kuih dan lain-lain Sebahagian daripada bendaKain, kertas, daun, daging, benda nasi, perca dan lain-lain

10 11 12 13

Cekak Cubit Das Ekor

Benda yang dapat dicekak Sebahagian sedikit daripada benda-benda Bunyi tembakan Semua jenis binatang

14 15 16 17 18 19

Gelung Genggam Gulung Gugus Gumpal Helai

Semua benda yang panjang Benda dalam kepalan tangan Benda yang panjang dan bergulung Buah-buahan yang berangkai Benda yang berkepal Semua benda yang panjang, lebar dan lembut Sebahagian daripada bendabenda Semua benda yang terikat

20 21

Hiris Ikat

22 23

Jambak Jemput

Benda yang bertangkai Benda yang diambil dengan hujung jari

Benih padi, tangkai serai dan lain-lain Daging, ikan, makanan, garam dan lain-lain Meriam, pistol, senapang dan lain-lain Ayam, itik, ular, babi, kambing, harimau, gajah, cacing, ulat dan lain-lain Rotan, tali, dawai, wayar dan lain-lain Beras, tanah, pasir, gula dan lain-lain Filem, tikar, kertas, tilam, permaidani dan lain-lain Kelapa sawit, buah nipah, rambutan dan lain-lain Kapas, tembakau, tanah dan lain-lain Kain, rambut, kertas, baju, seluar, tuala, selimut dan lain-lain Daging, bawang, lobak dan lain-lain Kayu, sirih, atap, buahbuahan, papan, sayursayuran dan lain-lain Karangan bunga, kunci dan lain-lain Kuih, gula, kunyit, tembakau dan lain-lain

24 25 26 27

Kaki Kajang Kandang Kawan

Semua benda yang bertangkai Benda yang berkajang Tempat atau ruang yang berpagar Kumpulan manusia atau binatang Kumpulan manusia Sirih dikapur untuk dimakan Benda yang berkepal Semua benda yang lebar, rata dan leper

28 29 30 31

Kaum Kapur Kepal Keping

32 33 34 35

Kerat

Bahagian dipotong daripada sesuatu Ketul Semua benda yang berketul dan padu Ketumbukan Sesuatu berkumpulan Kotak Benda yang berada di dalam kotak Kumpulan manusia atau binatang Untuk membilang bunga Jenis-jenis senjata Benda-benda yang halus

36

Kumpulan

37 38 39

Kuntum Laras Lembar

Bunga, payung, cendawan, lilin dan lain-lain Kertas, atap dan lain-lain Kambing, lembu, kerbau, kuda dan lain-lain Penyamun,perompak, penculik,gajah,rusa,merpati kerbau dan lain-lain Buruh, petani, pelajar dan lain-lain Sirih Nasi pulut, tanah dan lainlain Papan, gambar, atap, kertas,roti, tanah dan lainlain Tali, rotan, dawai dan lainlain Batu, sabun, arang, daging, ais dan lain-lain Tentera, pengganas, pemberontak dan lain-lain Mancis, paku, butang, benang, rokok, pensil dan lain-lain Murid, penjahat, kanakkanak, rusa, punai, gagak dan lain-lain Ros, cempaka, melati, anggerik dan lain-lain Meriam, senapang dan lainlain Benang, rambut, tali dan lain-lain

40 41

Lingkar Longgok

Benda yang bergulung

42 43

Mayang Orang

44 45 46

Papan Pangsa Pasang

47 48 49 50 51

Patah Pintu Potong Pasukan Pucuk

52 53 54 55

Puntung Rawan Ricih Ruas

Ular, tali, rotan, wayar dan lain-lain Benda-benda yang berlonggok Batu, keladi, buah-buahan, pasir, sampah, ikan dan lain-lain Buah-buahan yang bertangkai Kelapa, pisang, pinang dan lain-lain Bagi manusia Melayu, Cina, India, guru, polis, menteri, wartawan dan lain-lain Benda-benda yang banyak Mercun, gambir, petai dan lain-lain Bahagian buah-buahan Durian Semua benda yang Gelang, subang, kasut, berpasangan sarung kaki, burung merpati, pakaian dan lainlain Percakapan atau perkataan Kata, perkataan, pertuturan Bangunan yang berderet Kedai, rumah dan lain-lain Bahagian benda yang Kek, kuih, daging dan laindipotong lain Kumpulan-kumpulan Polis, tentera, pengakap, pandu puteri dan lain-lain Benda atau senjata yang Surat, jarum, pistol, menggunakan letupan senapang, meriam dan lainlain Benda-benda yang pendek Rokok, unggun api dan lain-lain Untuk membilang bendaJaring, jala, pukat dan lainbenda lain Bahagian benda yang diricih Kuih, roti, daging dan lainlain Benda yang beruas Buluh, tebu dan rotan

56 57 58 59 60 61 62

Rumpun Sikat/ sisir Tandan Tangkai Timbun Titik Ulas

Tumbuhan yang tumbuh berkumpul Buah pisang Gugus buah

63 64

Urat Utas

Buluh, lading, padi, tebu, serai dan lain-lain Pisang Kelapa,nipah, kabung, pinang dan lain-lain Benda yang bertangkai Bunga, buah-buahan dan lain-lain Benda yang bertimbun Batu, pasir, padi, beras, sampah dan lain-lain Benda yang menitik Air, cat, darah, dakwat dan lain-lain Isi buah-buahan Nangka, cempedak, limau, durian, langsat, rambai, manggis dan lain-lain Benda yang panjang dan halus Benang, rambut, tali dan lain-lain Untuk membilang bendaTali, rantai, dan lain-lain benda

ATIE M / SKBT 29 / 2013

Anda mungkin juga menyukai