Anda di halaman 1dari 37

SENARAI SIMPULAN BAHASA

Simpulan Bahasa
1. Abang angkat
Lelaki yang lebih tua daripada seseorang yang tidak mempunyai pertalian
keluarga tetapi dianggap sebagai abang sendiri
2. Abang ipar
Abang kepada isteri atau suami seseorang
3. Abang kandung
Abang seibu dan sebapa
4. Abu jahal
Orang yang suka menghalangi usaha yang baik
5. Abu nawas
Orang yang bijak melepaskan diri
6. Ada angin
Mempunyai perasaan yang tertentu mengikut keadaan
7. Ada bakat
Mempunyai kebolehan dalam sesuatu bidang
8. Ada bukti
Ada tanda atau keterangan tentang sesuatu hal atau peristiwa
9. Ada hajat
Mempunyai keinginan atau maksud
10. Ada hati
Mempunyai keinginan lebih daripada keupayaan
11. Ada jalan
Ada cara untuk melakukan sesuatu
12. Air muka
Wajah atau rupa seseorang
13. Ajak-ajak ayam
Tidak sungguh-sungguh mempelawa
14. Akad nikah
Perjanjian dalam perkahwinan
15. Akal kancil
Orang yang cerdik dan pandai menipu
16. Alas cakap
Kata pendahuluan sebelum perundingan atau perbincangan dijalankan
17. Alas dulang
Wang hadiah yang ditinggalkan dalam dulang
18. Alas meja
Kain penutup meja
19. Alas perut
Makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar
20. Ambil angin
Bersiar-siar
21. Ambil berat
Memberikan perhatian
22. Ambil hati
Membuat sesuatu untuk menggembirakan orang lain
23. Ambil masa
Tidak tergopoh-gopoh; memakan masa
24. Anak angkat
Anak orang lain yang dianggap / dijadikan seperti anak sendiri
25. Anak bapa
Anak lelaki kesayangan sesebuah keluarga
26. Anak beranak
Sekeluarga
27. Anak buah
Orang yang di bawah jagaan seorang ketua
28. Anak buangan
Orang yang tersingkir daripada sesebuah keluarga
29. Anak cucu
Keturunan; zuriat
30. Anak dara
Gadis yang belum berkahwin
31. Anak dayung
Orang yang mendayung perahu
32. Anak emas
Anak kesayangan
33. Anak haram
Anak luar nikah
34. Anak kembar
Anak yang dilahirkan bersama-sama daripada satu kandungan
35. Anak sulung
Anak yang tertua atau pertama
36. Angin-angin
Khabar yang belum tentu benar salahnya
37. Angin berkisar
Berpaling tadah
38. Angin buritan
Angin yang mengikut arah perahu
39. Angin gila
Kelakuan yang tidak tentu arah
40. Angin lalu
Khabar yang tidak tentu benar atau salahnya
41. Angin ribut
Taufan
42. Angkat alis
Menunjukkan rasa atau tanda hairan
43. Angkat bahu
Menyatakan tidak tahu
44. Angkat diri
Sombong
45. Angkat suara
Meninggikan suara
46. Angkat sumpah
Bersumpah
47. Asam garam
Pengalaman hidup
48. Atas angin
Negara-negara di Timur Tengah dan Eropah
49. Atas pagar
Tidak menyebelahi mana-mana pihak
50. Ayam tambatan
Orang harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan
51. Bahasa daerah
Bahasa yang digunakan di daerah tertentu sahaja
52. Bahasa kesat
Bahasa atau tutur kata yang kasar, kotor, dan menyakitkan hati
53. Bahasa ibunda
Bahasa sendiri
54. Bahasa dalam
Bahasa yang digunakan oleh raja-raja
55. Bangkai bernyawa
Orang yang tidak berguna langsung
56. Banyak akal
Banyak helah
57. Banyak lemak
Kelakuan yang mengada-ngada
58. Banyak mulut
Suka bercakap banyak
59. Bapa ayam
Lelaki yang berkahwin banyak tetapi tidak menghiraukan anak-anaknya
60. Barang berkat
Barang yang halal
61. Barang kemas
Barang-barang berharga yang dipakai oleh kaum wanita, seperti cincin emas,
loket berlian, dan sebagainya
62. Batu api
Orang yang menghasut dua pihak yang lain sehingga bergaduh
63. Batu loncatan
Sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan
64. Bau-bau bacang
Tali persaudaraan yang jauh
65. Bawa berunding
Diajak bermuafakat
66. Bawa bermenung
Memikirkan masak-masak
67. Bawa bersemuka
Bawa bertemu muka; berunding
68. Bawa hati
Perasaan kecewa
69. Bawa kaki
Berjalan tanpa hala tujuan
70. Bawa ke tengah
Bawa ke muka pengadilan
71. Bawah angin
Negara-negara yang terletak di sebelah timur
72. Bawah umur
Belum dewasa
73. Bekas tangan
Hasil buatan sendiri; pukulan
74. Bengkak perut
Sakit hati
75. Berani mati
Tidak takut mati
76. Berat kepala
Sukar menerima pelajaran
77. Berat lidah
Pendiam
78. Berat mata
Mengantuk
79. Berat sebelah
Tidak adil
80. Berat tulang
Malas bekerja
81. Berbulan madu
Bersiar-siar ke tempat lain setelah berkahwin
82. Berganti tikar
Mengahwini kakak atau adik isterinya setelah isterinya meninggal dunia
83. Beri muka
Memberikan kebebasan atau memanjakan seseorang
84. Bermain kayu tiga
Melakukan perbuatan yang jahat
85. Bertegang leher
Bertengkar
86. Besar hati
Gembira
87. Besar kepala
Degil
88. Bidan terjun
Orang yang disuruh membuat sesuatu secara mendadak
89. Bintang hati
Kekasih
90. Bodoh alang
Bodoh sedikit
91. Bodoh sepat
Kelihatan bodoh tetapi sebenarnya cerdik
92. Bongkok sabut
Bongkok orang tua
93. Buah fikiran
Pendapat
94. Buah mulut
Perkara yang menjadi percakapan orang ramai
95. Buat duit
Melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan keuntungan
96. Buaya darat
Lelaki yang suka menukar teman wanitanya
97. Buka mata
Ambil tahu atau sedar
98. Buruk makan
Gelojoh atau pelahap
99. Buta huruf
Tidak tahu menulis dan membaca
100. Cacing kepanasan
Gelisah
101. Cahaya mata
Anak
102. Gaji buta
Gaji yang diterima tanpa bekerja
103. Cakap angin
Percakapan yang belum tentu betul salahnya
104. Cakar ayam
Tulisan yang buruk
105. Cakap besar
Mengatakan tahu atau pandai, tetapi sebenarnya tidak pandai
106. Campur aduk
Bercampur dengan tidak menentu lagi
107. Campur tangan
Turut serta dalam urusan orang lain
108. Cangkul angin
Perbuatan yang sia-sia
109. Cantik molek
Elok rupa paras
110. Cari akal
Mencari jalan
111. Cari fasal
Sengaja mencari sebab untuk bergaduh
112. Cari nama
Berikhtiar atau membuat jasa supaya nama menjadi masyhur
113. Cencaru makan petang
Permainan yang semakin baik pada akhir pertandingan
114. Cepat tangan
Orang yang cekap mencari
115. Cinta monyet
Cinta anak-anak kecil
116. Curi hati
Melakukan daya penarik untuk memikat hati orang supaya mendatangkan kasih
117. Curi tulang
Mengelak daripada bekerja semasa waktu kerja
118. Dakap bantal
Kecewa atau putus harapan
119. Daki dunia
Harta benda seperti wang, emas, permata, dan lain-lain.
120. Dalam tangan
Sudah tentu dapat
121. Dapat bahagian
Menerima pukulan atau denda
122. Dapat terpijak
Mendapat sesuatu dengan mudah
123. Darah ikan
Buah yang baru separuh masak; warna yang merah
124. Darah daging
Anak kandung
125. Darah muda
Semangat atau perasaan orang muda
126. Datang hati
Sampai hati atau tergamak
127. Daya penarik
Mempunyai sesuatu kebolehan atau kuasa yang boleh memikat hati seseorang
128. Delima merkah
Bibir yang merah
129. Demam puyuh
Berpura-pura demam
130. Dendam kesumat
Kebencian yang amat sangat
131. Diam ubi
Diam orang berakal kerana berfikir
132. Diam penggali
Diam orang yang bodoh
133. Dingin kepala
Berfikiran tenang dan sihat
134. Dua sejoli
Sepasang (kekasih atau suami isteri)
135. Duit kopi
Bayaran tidak rasmi sebagai sagu hati
136. Durian runtuh
Keuntungan besar yang diperoleh tanpa bersusah payah
137. Garam hidup
Pengalaman hidup
138. Gatal mulut
Suka mencela orang
139. Gatal tangan
Suka melakukan kerja yang bukan-bukan
140. Gelap mata
Hilang pertimbangan fikiran; pitam
141. Geli hati
Rasa hendak ketawa
142. Gelora hati
Perasaan hati
143. Genap bulan
Sudah cukup masa (melahirkan anak)
144. Genggam bara
Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh
145. Gerak hati
Rasa yang lahir dari dalam hati
146. Gerhana matahari
Dalam kesusahan
147. Gila babi
Sejenis penyakit sawan
148. Gila bahasa
Kurang waras fikiran
149. Gila bayang
Mencintai seseorang tetapi tidak mendapat balasan
150. Gila harta
Mementingkan atau mengejar harta dunia
151. Gila pangkat
Orang yang selalu mengejar pangkat
152. Golok kayu
Orang yang bodoh tetapi berlagak seperti orang yang pandai
153. Gulung tikar
Berhenti membuat sesuatu pekerjaan kerana kerugian
154. Habis akal
Tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi
155. Halwa telinga
Sesuatu yang menyedapkan pendengaran
156. Hampa tangan
Tidak membawa atau mendapat apa-apa
157. Hancur hati
Sedih
158. Hanyut diri
Sesat langkah
159. Harga diri
Kehormatan diri; maruah
160. Harga pokok
Harga asal sesuatu barang
161. Harga mati
Harga yang tetap dan tidak boleh ditawar lagi
162. Hati batu
Tidak menaruh belas kasihan
163. Hati emas
Baik hati
164. Hati tikus
Penakut
165. Hentam keromo
Memukul atau mengkritik tanpa usul periksa
166. Hidung belang
Lelaki yang suka mengganggu perempuan
167. Hidung tinggi
Sombong atau bongkak
168. Hilang akal
Tidak tahu apa yang harus dibuat lagi; agak kurang waras
169. Hisap darah
Mengambil keuntungan yang berlebihan
170. Hisap jari
Menunjukkan kekecewaan
171. Hitam manis
Orang yang berkulit agak gelap tetapi cantik dipandang
172. Hujan panas
Hujan tetapi matahari kelihatan bersinar
173. Ibu angkat
Wanita yang dianggap seperti ibu sendiri oleh orang lain
174. Ibu ayam
Perempuan yang memperdagangkan pelacur
175. Ibu kandung
Ibu sendiri
176. Ibu pertiwi
Tanah tempat tumpah darah
177. Idah gelap
Pemberian tanda cinta tanpa bercadang untuk berkahwin
178. Ikat perut
Menahan lapar kerana hendak berjimat
179. Ikut telunjuk
Mengikut segala perintah orang
180. Iri hati
Cemburu
181. Isi rumah
Keluarga atau penghuni sesebuah rumah
182. Jadi umang-umang
Suka memakai pakaian orang lain
183. Jaga mulut
Berhati-hati dalam percakapan
184. Jalan buntu
Tidak mendapat sebarang kata sepakat atau penyelesaian
185. Janda berhias
Perempuan yang kematian suami dan belum disentuh oleh suaminya
186. Jantung hati
Orang yang amat dicintai
187. Jatuh hati
Jatuh cinta
188. Jauh hati
Tersinggung atau merajuk
189. Jejak-jejak bara
Hampir tercecah ke tanah
190. Jinak-jinak merpati
Perempuan yang pada lahirnya mudah dipikat tetapi sebenarnya tidak semudah
yang disangkakan
191. Jiwa besar
Mempunyai cita-cita yang tinggi dan mulia
192. Kaki ayam
Tidak memakai kasut
193. Kaki bola
Orang yang sangat suka bermain atau menonton perlawanan bola sepak
194. Kaki borak
Orang yang sangat suka berbual
195. Kaki judi
Orang yang suka berjudi
196. Kaki botol
Peminum arak
197. Kacang hantu
Orang yang jahat
198. Kaki lima
Kawasan laluan di hadapan kedai
199. Kecil hati
Tersinggung
200. Kepala angin
Orang yang mudah berubah perangainya
201. Kepala batu
Tidak mahu mendengar nasihat
202. Kera sumbang
Orang yang selalu mengasingkan diri daripada orang lain
203. Kerang busuk
Tersengih-sengih dengan tidak menentu
204. Keras kepala
Tidak mahu mengalah; degil
205. Kerja tangan
Hasil kerja yang dibuat dengan tangan
206. Kering darah
Terperanjat
207. Ketam batu
Kedekut
208. Khabar angin
Berita yang belum tentu sah kebenarannya
209. Kucing kurap
Orang yang sangat hina dalam masyarakat
210. Kuku besi
Memerintah dengan zalim
211. Kutu embun
Orang yang suka berfoya-foya hingga larut malam
212. Lancang mulut
Mudah mengeluarkan perkataan yang boleh menyakiti hati orang lain
213. Langkah bendul
Adik perempuan berkahwin dahulu daripada kakaknya
214. Langkah kanan
Untung
215. Langkah kiri
Malang
216. Langkah seribu
Cabut lari
217. Lari anak
Berlari dengan langkah yang pendek; berlari perlahan
218. Lebai malang
Orang yang selalu malang
219. Lemah semangat
Orang yang mudah terperanjat
220. Lepas tangan
Tidak masuk campur dalam sesuatu hal
221. Lidah biawak
Percakapan yang selalu berubah-ubah
222. Lidah beracun
Kata-kata yang menyakitkan hati
223. Lintah darat
Orang yang sering mahu akan keuntungan yang tinggi
224. Lipas kudung
Membuat kerja dengan cepat
225. Loyar buruk
Orang yang membangkang sebab mencari kemenangan
226. Lupa daratan
Lupa diri atau lupa akan asal usul
227. Mabuk cendawan
Jatuh cinta
228. Mahkota hati
Kekasih
229. Makan angin
Pergi bercuti
230. Makan gaji
Bekerja untuk mendapatkan upah
231. Makan hati
Bersedih kerana perbuatan orang lain
232. Makan suap
Menerima rasuah
233. Malu-malu kucing
Pura-pura malu
234. Mandi darah
Berlumuran darah
235. Mandi kerbau
Mandi dengan tidak bergosok dan bersabun
236. Masin lidah
Terbukti benar atau berlaku apa-apa yang diucapkan oleh seseorang
237. Masuk jawi
Bersunat atau berkhatan
238. Mata duitan
Terlalu tamak akan wang
239. Mata keranjang
Lelaki yang suka melihat perempuan cantik
240. Mati celik
Mati sebelum tercapai hajat atau cita-cita
241. Mati katak
Kematian yang sia-sia
242. Mengadu untung
Mencari rezeki
243. Menjolok mata
Perbuatan yang keterlaluan
244. Muka dua
Orang yang menyebelahi kedua-dua belah pihak
245. Muka tebal
Tidak tahu malu
246. Mulut manis
Lemah lembut tutur kata
247. Mulut murai
Orang yang becok
248. Nafsu makan
Keinginan untuk makan (kemaruk)
249. Naik angin
Meradang
250. Naik kepala
Mengada-ngada
251. Naik pelamin
Berkahwin
252. Naik saksi
Menjadi saksi
253. Nipis telinga
Lekas marah
254. Nyawa-nyawa ikan
Hampir mati
255. Orang atas
Orang yang berpangkat besar
256. Orang bawah
Orang yang berpangkat rendah; orang biasa
257. Otak cair
Orang yang pantas berfikir dan bijak
258. Orang gaji
Orang yang diberi upah kerana bekerja di rumah
259. Orang harapan
Orang yang dipercayai
260. Orang rumah
Isteri
261. Otak udang
Bodoh
262. Panas hati
Marah dalam hati
263. Panjang akal
Cerdik
264. Panjang tangan
Suka mencuri
265. Panjang umur
Hidup sangat lama
266. Pasang badan
Berhias diri
267. Pasang telinga
Mendengar dengan teliti
268. Pasar gelap
Menjual barang-barang tanpa mengikut undang-undang
269. Patah hati
Kecewa
270. Patung bernyawa
Hidup tanpa cita-cita
271. Payung mahkota
Raja yang memerintah
272. Pecah tembelang
Terbuka rahsia
273. Pekak badak
Betul-betul pekak; pura-pura tidak dengar
274. Perang dingin
Perang yang belum menggunakan senjata
275. Perang mulut
Bergaduh dengan menggunakan kata-kata yang kasar
276. Pilih kasih
Berat sebelah
277. Pisau cukur
Perempuan yang suka menghabiskan wang lelaki
278. Puteri lilin
Gadis yang tidak tahan panas
279. Putih hati
Jujur
280. Putih tulang
Lebih baik mati
281. Rabun ayam
Kurang jelas atau kurang terang penglihatannya
282. Raja sehari
Pengantin baharu
283. Rambang mata
Sukar untuk memilih kerana semuanya cantik
284. Retak tangan
Nasib badan
285. Ringan mulut
Peramah; suka bercakap-cakap
286. Ringan tangan
Suka mencuri; suka menolong
287. Ringan tulang
Rajin bekerja
288. Rosak nama
Hilang kehormatan
289. Sakit hati
Berasa marah atau tersinggung kerana dihina atau ditipu
290. Sampai hati
Tergamak atau tidak menaruh belas kasihan
291. Sejuk hati
Tenang
292. Senapang bambu
Orang yang nampaknya berbahaya tetapi sebenarnya tidak
293. Senyum kambing
Senyum mengejek
294. Serkap jarang
Menuduh tanpa usul periksa
295. Setengah masak
Belum sempurna
296. Tabir besi
Negara-negara blok Rusia
297. Tahi judi
Orang yang suka berjudi
298. Tajam akal
Pintar
299. Tajam mulut
Suka mengeluarkan kata-kata yang pedas
300. Talak tiga
Penceraian yang tidak boleh dirujuk lagi
301. Tanda mata
Hadiah sebagai ingatan
302. Tangan terbuka
Murah hati atau suka menolong
303. Tangkai jering
Orang yang sangat kedekut
304. Tangkap basah
Ditangkap semasa lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berdua-duaan di
tempat yang sunyi dan terlindung
305. Telinga kuali
Orang yang tahan hati walaupun dihina dan dicerca
306. Telinga lintah
Tajam pendengaran
307. Terang hati
Mudah mengerti
308. Terbit keringat
Malu atau segan; bekerja bertungkus lumus
309. Tiang kampung
Orang yang tertua di sesebuah kampung
310. Tidur ayam
Tidur yang tidak nyenyak
311. Tin kosong
Orang yang tidak berpelajaran tetapi bercakap besar
312. Tipis harapan
Harapan yang sedikit untuk memperoleh sesuatu
313. Tua keladi
Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda
314. Tulang belakang
Orang yang menjadi tunjang kekuatan atau harapan
315. Ubat basah
Berita yang tidak dipercayai orang
316. Ukur jalan
Orang yang tidak mempunyai pekerjaan selain berjalan-jalan sahaja tanpa
tujuan
317. Undi sulit
Mengundi dengan tidak diketahui oleh orang lain
318. Untung batu
Nasib malang
319. Urut dada
Menahan perasaan
320. Wang buta
Wang upah yang diberi kepada orang yang sudah bersara
321. Wang hangus
Wang yang diberi oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan untuk perbelanjaan
kahwin
322. Wang sogok
Wang suap atau rasuah
323. Yatim piatu
Orang yang tidak mempunyai ayah dan ibu
324. Zaman atom
Zaman yang penuh dengan kemajuan
325. Zaman batu
Zaman dahulu kala

SIMPULAN BAHASA
Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan
dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya, terdapat
daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat dan nyata.
Ringkasnya, erti simpulan bahas berlainan daripada perkataan yang digunakan.

Contoh :

1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna.


 Ada angin :
(a) Mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
(b) Sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.
 Anak buah :
(a) Orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti penghulu.
(b) Anak saudara.

2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama.


 Muka talam; Muka tebal; Muka tembok
Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu.
 Tua keladi; Tua kutuk; Tua lengkuas
Seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi perangai tidak senonoh atau jahat.

Bentuk atau Ciri Simpulan Bahasa

1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am.

Contoh:

Anak buah; Buah tangan; Lipas kudung.


Kata Nama Am: anak, buah dan lipas

2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja.

Contoh:

Ajak-ajak ayam; Buat bodoh; Pasang telinga.


Kata Kerja: ajak, buat dan pasang

3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjekif.

Contoh:

Besar kepala; Bodoh sepat; Kecil hati.


Kata Adjektif: besar, bodoh dan kecil

4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas.

Contoh:

Abu Jahal; Mat Jenin; Pak Kaduk.


Kata Nama Khas: semua di atas

5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan.

Contoh:

Air pinang; Batu buyung; Makan bulan.


Nilai kepercayaan: semua di atas berkaitan dengan kepercayaan orang Melayu.

Contoh Simpulan Bahasa dan Maksudnya.

SIMPULAN BAHASA MAKSUD


Ada angin Berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
Ada bakat Mempunyai tokoh atau perwatakan
Air muka Rupa atau wajah seseorang
Bahasa pasar Bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
Banyak mulut Orang yang banyak cakap
Batu api Orang yang suka menghasut
Cahaya mata Anak
Cakar ayam Tulisan yang buruk
Campur tangan Turut serta atau mencampuri urusan orang lain

Dalam tangan Sudah pasti akan diperolehi


Darah daging Anak kandung
Durian runtuh Keuntungan yng diperoleh dengan tidak disangka-sangka
Gaji buta Mendapat gaji tanpaperlu bersusah payah
Harga diri Maruah atau kehormatan seseorang
Hati batu Degil atau keras hati
Hidung tinggi Sombong atau tinggi diri
Ikat perut Menahan lapar kerana berjimat
Iri hati Cemburu atau menyimpan perasaan dengki
Langkah kanan Bernasib baik
Lidah cabang Kata-kata yang tidak dapat dipercayai

Untuk lebih lanjut, boleh klik disini SUMBER.

Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.


Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang
tepat dan padat.
Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:

Simpulan Bahasa Maksudnya


ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan
atau memiliki sesuatu
air muka rupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan
alas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan
makanan yang mengenyangkan
anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapa anak yang disayangi oleh bapa
anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas angin negara-negara di sebelah barat
atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulut orang yang banyak bercakap
batu api orang yang suka menghasut
batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang
dihajati
bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh
bawah angin negara-negara di sebelah timur
bekas tangan hasil kerja tangan seseorang
beralih akal berubah fikiran atau pendapat
beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hati enggan; malas
berat mulut pendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulang orang yang malas bekerja
berat sebelah tidak berlaku adil
berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan
berhati batu degil dan sukar menerima nasihat
berhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka dua tidak jujur
bertikam lidah bertengkar; berdebat
besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hati orang yang dikasihi atau dipuja
buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bush tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hat! bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mata anak
cakar ayam tulisan yang buruk
campur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalan berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
epat tangan suka mencuri
dalam tangan sudah pasti akan diperoleh
darah daging anak kandung
durian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji buta mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja
bersungguh-sungguh
gelap mata hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga diri maruah atau kehormatan seseorang
harga mati harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batu degil atau keras hati
hidung tinggi sombong atau tinggi diri
hilang akal tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perut menahan lapar kerana berjimat
iri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hati perasaan dalam hati
jalan buntu tidak ada jalan penyelesaian
kacang hantu orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayam tidak berkasut atau berselipar
kaki bangku tidak berkebolehan bermain bola
kaki botol suka minum minuman keras
kecil hati berasa tersinggung atau merajuk
kepala angin perangai yang tidak menentu
kepala batu degil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbang orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar angin berita yang belum tentu benarnya
langkah kanan bernasib baik
langkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabang kata-kata yang tidak dapat dipercayai
lipas kudung cepat membuat kerja
lintah darat mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan angin bersiar-siar untuk berehat
makan suap menerima rasuah
malu-malu kucing berpura-Aura malu di hadapan orang
mandi peluh bekerja kuat
mati katak mati dengan sia-sia
membabi buta melakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diri tahu menjaga diri
membuka jalan memberi laluan kepada orang lain
membuka menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
tembelang
memeras otak terlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diri tidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalan berusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci mata gembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hati lucu; menggelikan hati
mengabui mata cuba memperdaya; menipu
mengadu domba memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan
dan sebagainya
mengambil angin bersiar-siar untuk berehat
mengambil berat memberi sepenuh perhatian
mengambil hati dapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakat latihan untuk mengembangkan bakat
muka tembok tidak berasa malu
mulut murai kuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayan tidak dapat menyimpan rahsia
murah hati suka bederma; tidak kedekut
naik angin terlalu marah
nyawa-nyawa ikan hampir-hampir mati
orang atasan orang yang berpangkat tinggi
otak cair pintar atau bijak
otak kering kurang siuman
otak udang bebal atau bodoh
paku belanda barangan yang tetap harganya
panas hati meradang atau marah
panjang tangan suka mencuri
pasang telinga mendengar dengan teliti
pekak badak kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang
kuat
pembasuh mulut makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulut pertengkaran
pilih kasih memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukur perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilin tidak tahan terkena panas matahari
putih hati ikhlas; jujur
putih mata mengalami kekecewaan
rabun ayam penglihatan yang kurang jelas
rambang mata sukar membuat pilihan
ringan tangan suka membuat kerja: menolong orang
sampai hati tergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarang membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbuka menyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jering orang yang kedekut
tawar hati tidak mempunyai minat lagi
tebal muka tidak tahu malu
telinga kuali tahan hati menerima kemarahan
telinga lintah tajam pendengaran
telinga nipis cepat marah atau meradang
terang hati mudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyak
tin kosong bercakap besar tanpa ilmu
titik peluh hasil usaha yang bersungguh-sungguh
Simpulan Bahasa
A
1 Abu Dajal [Pengganggu]

2 Abu Jahal [Orang yang sangat jahat]

3 Ada angin [Perangai atau tingkah laku yang tidak tetap]

4 Ada bakat [Mempunyai kebolehan]

5 Ada hati [Bercita-cita untuk membuat sesuatu / Menaruh minat terhadap seseorang
secara diam-diam]

6 Ada jalan [Mempunyai peluang]

7 Ada sengat/Ada taring [Mempunyai kuasa]

8 Air bujang [Hidangan minuman tanpa kuih]

9 Air muka [Wajah atau rupa seseorang]

10 Akal kancil [Cerdik dan pandai membuat helah]

11 Alas cakap/Alas kata [Kata-kata pendahuluan yang diberi sebelum sesuatu perkara
utama dibincangkan]

12 Alas perut [Makan sedikit untuk menahan lapar]

13 Ali Baba [Orang Melayu yang mendapat lesen atau kontrak dan menggadaikannya
kepada orang bukan Melayu]

14 Alim kucing [Berpura-pura baik]

15 Ambil angin [Keluar bersiar-siar mengambil udara nyaman di taman atau di tepi
pantai]

16 Ambil berat [Mengambil tahu tentang sesuatu perkara atau seseorang]

17 Ambil hati [Membuat sesuatu supaya disukai oleh orang/tersinggung atas perbuatan
seseorang]

18 Anak angkat / Anak tut [Anak orang yang dipelihara sebagai anak sendiri]
19 Anak bangsawan /Anak panggung / Anak wayang [Pelakon atau orang yang
menceburkan diri dalam bidang lakonan pentas atau layar perak]

20 Anak anak [Boneka atau patung]

21 Anak bapak [Anak lelaki yang berani]

22 Anak buah [Anak saudara, iaitu anak kepada abang atau kakak / Orang kampung
yang di bawah jagaan penghulu atau ketua kampung]

23 Anak bulan [Bulan yang baru terbit pada awal bulan / Leher baju kurung yang
digunakan sebagai pola]

24 Anak emas [Anak yang sangat disayangi / Pekerja yang disayangi oleh majikan]

25 Anak gahara [Anak yang dilahirkan oleb permaisuri raja daripada keturunan raja juga]

26 Anak gundik [Anak raja daripada isteri orang kebanyakan]

27 Anak kapal [Pekerja kapal atau awak-awak]

28 Anak kandung [Anak sendiri]

29 Anak yatim piatu [Anak yang kematian ibu bapa]

30 Angin-angin / Khabar angin [Khabar yang belum tentu sah/ desas-desus]

31 Angkat bakul [Memuji diri sendiri]

32 Angkat kaki [Cabut lari / Meninggalkan sesuatu tempat dengan segera atau secara
tergesa-gesa]

33 Angkat muka [Berani menentang]

34 Asam garam [Pengalaman hidup / Bahan masakan]

35 Atas angin [Negara di sebelah Barat]

36 Atas pagar [Tidak memihak pada mana-mana pihak atau kumpulan]

37 Ayam tambatan [Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pasukan]

38 Ajak-ajak ayam [Pelawaan yang tidak sungguh-sungguh]


B
39 Bagi muka [Terlalu dimanjakan]

40 Bahasa dalam / Bahasa istana [Bahasa khas yang digunakan oleh golongan istana]

41 Bahasa kesat [Bahasa yang kasar dan kurang sopan]

42 Bahasa pasar [Bahasa yang tidak betul struktur dan tatabahasanya]

43 Baik sangka [Mempunyai tanggapan yang baik terhadap seseorang]

44 Balik gagang [Balik ke tempat asal]

45 Bangkai bernyawa [Kurus kering dan tidak bermaya]

46 Banyak lemak [Perangai yang mengada-ngada]

47 Banyak mulut / Mulut murai [Suka bercakap banyak atau suka berleter]

48 Bapak ayam [Bapa yang tidak mempedulikan anak-anaknya]

49 Barang kemas [Banang perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak, atau batu
permata]

50 Batu api [Penghasut yang menyebabkan dua pihak bergaduh, bermasam muka, atau
tidak bertegur sapa]

51 Batu loncatan [Asas untuk mencapai sesuatu kejayaan]

52 Bau-bau bacang [Pertalian keluarga yang jauh]

53 Bawa bersemuka [Menemukan dua pihak yang berselisihan untuk mencari jalan
penyelesaian]

54 Bawa ke tengah [Mengemukakan sesuatu perkara kepada pihak tertentu untuk


dibincangkan dan diambil tindakan]

55 Bawah angin [Negara di sebelah timur]

56 Bekas tangan [Hasil ciptaan atau gubahan seseorang / Kesan pukulan]

57 Bendera putih [Mengaku kalah]


58 Berat badan [Seseorang yang malas / Sarat mengandung]

59 Berat kepala [Pening atau sakit kepala / Susah memahami sesuatu pengajaran]

60 Berat hati [Enggan atau tidak rela berbuat sesuatu]

61 Berat lidah / Berat mulut [Pendiam atau tidak peramah]

62 Berat mata [Mengantuk]

63 Berat sebelah [Bersikap tidak adil]

64 Berat tulang [Malas]

65 Berbadan dua [Hamil]

66 Berbahasa [Mempunyai budi bahasa yang baik dan bersopan santun]

67 Berbulan madu [Pergi bercuti ke sesuatu tempat selepas berkahwin]

68 Berdiri di alas pagar [Tidak menyebelahi mana-mana pihak atau bersikap berkecuali]

69 Berganti tikar [Berkahwin dengan adik atau kakak atau saudara isteri yang telah
meninggal dunia]

70 Bergolok-bergadai [Berikhtiar untuk mendapatkan wang dengan apa cara sekalipun


untuk sesuatu tujuan]

71 Beri jalan [Memberi pendapat atau menunjukkan cara untuk menyelesaikan sesuatu
masalah]

72 Beri muka [Terlalu memanjakan seseorang]

73 Bermasam muka [Berkecil hati lalu tidak bertegur sapa]

74 Bermuka-muka [Berpura-pura atau melakukan sesuatu dengan tidak ikhlas]

75 Bermain kayu tiga [Tidak jujun terhadap suami atau isteri]

76 Berpaling tadah [Menyebelahi pihak lain atau bertukar kesetiaan]

77 Berpeluk tubuh [Tidak berbuat apa-apa]

78 Bersaksi ke lutut [Mengambil saudara-mara atau sahabat sebagai

saksi dalam sesuatu perbicaraan /Meminta petunjuk daripada onang yang bodoh]
79 Bertegang urat / Bertegang leher [Berkeras dan tidak mahu mengaku kalah walaupun
pendapatnya salah]

80 Bertikam lidah [Bertengkar atau berdebat]

81 Besar hati [Bangga]

82 Besar kepala [Degil / bongkak/ sombong]

83 Bidan terjun [Menjadi pengganti secara tiba-tiba]

84 Bodoh alang [Agak bodoh]

85 Bodoh sepat [Pura-pura bodoh, tetapi sebenarnya cerdik]

86 Bongkok sabut [Bongkok kerana sudah tua]

87 Bongkok udang [Bongkok di tengah bahagian belakang (biasanya pada orang


muda)]

88 Buah fikiran [Pendapat]

89 Buah hati / Mata air [Orang yang disayangi / kekasih]

90 Buah mulut [Bahan perbualan]

91 Buah pena [Hasil karya seseorang penulis]

92 Buah tangan [Hasil pekerjaan (bekas tangan) seseorang]

93 Buat duit [Membuat sesuatu yang menguntungkan atau berikhtiar untuk mendapat
banyak duit]

94 Buat helah [Berdalih untuk melepaskan diri daripada sesuatu]

95 Buaya darat [Lelaki yang gemar bertukar-tukar teman wanitanya]

96 Budak makan pisang [Mentah atau belum cukup akal]

97 Budaya kuning [Cara hidup atau adat resam yang sumbang dan bertentangan
dengan masyarakat timur]

98 Buka mata [Sedar daripada kelalaian]

99 Buka tembelang/Pecah tembelang [Membuka rahsia atau membongkar keburukan


seseorang]

100 Buku lima [Penumbuk]

101 Bulat fikiran [Pendirian yang tetap atau mengambil keputusan yang muktamad]

102 Bulat hati [Azam yang sungguh-sungguh]

103 Buat kata [Muafakat dalam melakukan sesuatu]

104 Bunga dedap [Perempuan yang cantik, tetapi berperangai burukl

105 Bunga wang [Keuntungan daripada wang simpanan atau pinjaman]

106 Buruk makan [Makan dengan gelojoh atau lahap atau rakus]

107 Buruk siku [Meminta balik barang atau sesuatu yang telah diberi kepada orang lain]

108 Buruk hati [Niat yang jahat]

109 Buruk laku [Kelakuan yang tidak baik]

110 Buruk sangka [Salah sangka]

111 Buta huruf / Buta kayu [Tidak tahu membaca dan menulis]

112 Buta hati [Seseorang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan / Tertutup akal
fikiran atau tidak berilmu pengetahuan]

113 Buta ayam [Rabun ayam / Kabur mata atau penglihatan pada waktu senja]

114 Buta belalang [Buta, tetapi mata tidak rosak]

115 Buta tuli [Berbuat sesuatu tanpa berfikir]

116 Buta warna [Tidak dapat membezakan warna]

C
117 Cabut nyawa [Rasa hendak mati]

118 Cacing kepanasan [Orang yang sentiasa gelisah atau kehidupan yang sangat
sempit dan serba-serbi kekurangan]
119 Cahaya mata [Anak / kekasih]

120 Cahaya muka [Seri muka seseorang]

121 Cakap angin [Butir percakapan yang tidak sah atau tidak betul]

122 Cakap besar [Meninggi diripadahal tidak mampu melaksanakan apa yang dikata]

123 Cakar ayam [Tulisan yang buruk]

124 Campurtangan [Ambil tahu akan urusan orang lain]

125 Cangkul angin / Menghitung buah kerayung [Perbuatan yang sia-sia]

126 Cari jalan [Berikhtiar untuk mencapai tujuan]

127 Cina buta [Mengambil upah mengahwini dan menceraikan isteri yang ditalak tiga]

128 Cepat tangan [Suka mencuri]

129 Cukup bulan [Akhir bulan / Genap hari untuk ibu bersalin]

130 Curi tulang [Tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh]

D
131 Dalam tangan [Sudah pasti boleh dapat]

132 Dalam genggaman [Di bawah perintah / sudah mendapat sesuatu yang dihajati]

133 Dapat terpijak [Mendapat sesuatu dengan mudah]

134 Darah daging [Tali persaudaraan yang rapat seperti abang, kakak, adik, atau anak]

135 Darah muda [Semangat atau perasaan orang modal

136 Darah gemuruh [Mudah gugup atau cemas apabila menghadapi sesuatu keadaan]

137 Darah manis [Mudah mendapat bahaya atau cedera]

138 Darah panas / Naik darah [Lekas menjadi marah]


139 Duit kopi / Duit teh [Wang yang diberi kepada seseorang untuk mendapatkan
sesuatu]

140 Dunia terbalik [Keadaan yang berlawanan jika dibandingkan dengan keadaan yang
sebenarnya]

141 Durian runtuh [Mendapat keuntungan atau rezeki secara tiba-tiba]

G
142 Gaji buta [Gaji yang diterima tanpa bekerja]

143 Ganti rugi [Memberi barang atau wang sebagai menggantikan sesuatu kerugian
(wang pampasan)]

144 Gelap hati [Sukar belajar]

145 Gelap mata [Hilang fikiran yang waras kerana melihat wang yang banyak]

146 Gila bahasa [Perangai yang kurang sihat atau tidak panjang fikiran]

147 Gila bayang [Perasaan ingin akan sesuatu, tetapi tidak mungkin diperoleh]

148 Gulung tikar [Mengalami kerugian terhadap sesuatu yang diusahakanl

H
149 Halwa telinga [Bunyi-bunyian atau nyanyian untuk hiburan]

150 Hancur hati [Perasaan sedih yang amat sangat]

151 Hangat-hangat tahi ayam [Tidak bersungguh-sungguh melakukan sesuatu usaha


atau pekerjaan]

152 Hantar cincin / Beri cincin [Memberi cincin tanda pertunangan]

153 Harga diri [Maruah seseorang]

154 Harga mati [Harga tetap]


155 Harga pokok [Harga modal]

156 Hati batu [Bersikap degil]

157 Hentam keromo [Membuat sesuatu perkara secara sambil lewa]

158 Hidung belang [Lelaki yang suka mengganggu perempuan]

159 Hidung tinggi [Sombong dan megah]

160 Hilang akal [Tiada pertimbangan]

161 Hisap darah [Mencani keuntungan yang berlebihan]

162 Hitam putih [Pengesahan atau bukti secara bertulis]

163 Hitam manis [Warna kulit yang hitam kemerah-merahan]

I
164 Ibu angkat [Perempuan yang memelihara anak orang lain sebagai anaknya sendiri]

165 Ibu ayam [Perempuan yang memperdagangkan perempuan lain]

166 Ibu keladi [Ibu yang beranak ramai / orang tua yang masih berkelakuan seperti
orang muda]

167 Ikat perut [Mengurangkan makan kerana susah atau berjimat]

168 Iri hati [Cemburu atau dengki]

169 Isi hati [Perasaan seseorang]

170 Isi rumah [Penghuni dalam sesebuah rumah]

171 Isi perut [Hati budi]

J
172 Jadi kaki [Orang yang menjadi anggota sesuatu kumpulan jahat]
173 Jadi perkakas [Orang yang bekerja untuk orang lain]

174 Jadi umang-umang [Orang yang suka bergaya atau berlagak dengan pakaian orang
lain]

175 Jantung hati [Orang yang disayangi]

176 Jatuh hati [Tertarik atau menaruh harapan]

177 Jauh hati [Merajuk]

178 Jejak-jejak bara [Hampir-hampir sampai]

179 Jejak langkah [Menurut langkah yang dilakukan oleh orang terdahulu)

180 Jinak-jinak lalat [Orang yang bercampur dengan orang lain, tetapi tidak begitu rapat
atau mesra]

181 Jinak-jinak merpati [Perempuan yang kelihatan ramah dan mudah bergaul tetapi
menjauhkan diri apabila didekati]

182 Jiwa besar [Bercita-cita tinggi]

183 Jiwa hamba [Orang yang tidak bercita-cita tinggi dan selalu berasa rendah diri]

184 Juling air [Juling sedikit]

185 Kacang hantu [Orang yang nakal dan suka mengganggu orang lain]

186 Kaki ayam [Berjalan tanpa memakai kasut]

187 Kaki botol / Kaki arak [Orang yang suka minum minuman keras]

188 Kaki bangku [Orang yang tidak pandai bermain bola]

189 Kaki judi [Orang yang suka berjudi]

190 Kata putus [Kata yang menentukan sesuatu perkaral

191 Kaki lima [Tempat laluan di tepi rumah atau bangunan]

192 Kecil hati [Merajuk kerana tersinggung]

193 Kepala angin [Orang yang mudah berubah perangainya]


194 Kepala batu [Degil dan tidak mahu mendengar nasihat orang]

195 Kepala udang / Otak udang [Orang yang bodoh]

196 Kera sumbang [Orang yang tidak suka bercampur dengan orang lain]

197 Keramat hidup [Orang ailm atau orang yang disegani dalam masyarakat kerana
ikhlas dan amanah]

198 Kerang busuk [Asyik tersengih sahaja]

199 Keras hati [Degil dan tidak mahu mendengar nasihat orang]

200 Ketam batu [Kedekut]

201 Khabar angin [Berita yang belum pasti kebenarannya atau belum disahkan]

202 Kuku besi [Pemerintahan yang zalim]

203 Kutu embun [Orang yang suka merayau-rayau tidak tentu haluan pada malam
hari]

204 Langkah kanan [Bernasib baik]

205 Langkah kiri [Tidak bernasib baik]

206 Langkah seribu [Lari dengan pantas]

207 Lepas tangan [Tidak mahu bertanggungjawab atau mengambil tahu]

208 Lidah bercabang [Suka bercakap bohong]

209 Lidah biawak [Bercakap berdolak-dalik]

210 Lipas kudung [Pantas membuat sesuatu kerja]

M
211 Mabuk asmara / Mabuk kepayang / Mabuk kecubung [Hilang akal atau seperti gila
kerana jatuh cinta]

212 Mabuk darah [Pening kerana melihat atau kehilangan terlalu banyak darah]

213 Makan angin [Pergi bersiar-siar]

214 Makan angkat [Suka dipuji]

215 Makan diri [Terkena dir sendiri]

216 Makan hati [Terlalu dukacita]

217 Makan suap [Menerima rasuah]

218 Mandi bunga [Mandi dengan pelbagai jenis air bunga untuk menolak bala]

219 Mandi kerbau [Mandi dengan tidak membersihkan badan]

220 Mandi peluh [Bekerja dengan bersungguh-sungguh]

221 Masin lidah [Apa yang diucapkan selalunya secara kebetulan menjadi kenyataan]

222 Masuk angin [Sakit perut kerana kesejukan]

223 Masuk ajar [Mahu mendengar atau menenima nasihat orang]

224 Masuk akal [Dapat diterima oleh akal]

225 Masuk campur / Masuk tangan [Turut serta dalam sesuatu perkara]

226 Mata air [Orang yang disayangi atau kekasih]

227 Mata duitan [Tamak akan wang]

228 Mata keranjang [Lelaki yang pantang melihat perempuan cantik]

229 Mata petai [Mata yang tidak dapat melihat dengan betul]

230 Mata kayu / Buta huruf [Tidak tahu menulis atau membaca]

231 Mati celik [Meninggal dunia sebelum mendapat apa yang dihajati]

232 Membabi buta [Membuat sesuatu secara sembarangan atau tergesa-gesa]


233 Membawa hati [Meninggalkan sesebuah tempat kerana kecewa]

234 Mencolek hati [Menggelikan hati]

235 Menjolok (mencolok) mata [Sesuatu yang tidak manis dipandang]

236 Mengadu domba [Melaga-lagakan orang lain supaya berpecah-belah]

237 Mengadu untung [Mencari rezeki]

238 Mengikut telunjuk [Mengikut arahan tanpa usul periksa]

239 Menunjukkan muka [Hadir di sesuatu majlis untuk menunjukkan diri sahaja]

240 Menyimpan hati [Mempunyai perasaan terhadap seseorang / bercita-cita untuk


memiliki sesuatu]

241 Minta diri [Meminta izin untuk pulang]

242 Minta nyawa [Meminta supaya jangan dibunuh atau diapa-apakan]

243 Muka dua [Menyebelahi dua pihak]

244 Muka tebal [Tidak ada perasaan malu]

245 Muka tembok [Muka yang tidak tahu malu]

246 Mulut murai [Orang yang banyak bercakap]

247 Mulut tempayan [Orang yang tidak boleh menyimpan rahsia]

248 Muntahkan darah [Makan dengan banyak dan gelojoh]

249 Musuh dalam selimut / Gunting dalam lipatan [Orang yang kita sangkakan kawan
sebenarnya musuh yang cuba menjahanamkan kita]

N
250 Naik angin / Naik darah [Menjadi marah]

251 Neraka dunia [Kehidupan yang penuh dengan kesusahan]

252 Nyawa-nyawa ikan [Hampir-hampir mati]


O
253 Orang gaji [Pembantu rumah]

254 Orang harapan [Orang yang diharap-harapkan]

255 Otak cair [Orang yang cerdik, pandai, dan pintar]

256 Orang rumah [isteri]

257 Otak udang [Orang yang bodoh]

258 Otak Pandir [Orang yang bodoh dan tolol]

P
259 Panjang tangan [Suka mencuri]

260 Pasang kaki [Mengupah orang untuk menyiasat atau mengintip]

261 Pasang telinga [Mendengar dengan teliti]

262 Pasar gelap [Tempat urusan jual beli barang secara haram]

263 Patah hati [Kecewa kerana gagal mendapatkan sesuatu]

264 Patah kandar [Hilang tempat bergantung]

265 Pecah tembelang [Terbuka rahsia]

266 Pejam mata [Tidak mahu mengambil tahu / Meninggal dunia]

267 Pekak badak [Telalu pekak]

268 Pembasuh mulut [Buah-buahan atau kuih yang dimakan selepas makan makanan
berat]

269 Pening lalat [Pening sedikit]


270 Penyapu baru [Orang yang rajin kerana baru bekerja]

271 Perang dingin [Tidak bertegur sapa kerana berselisih pendapat]

272 Perang mulut [Bertengkar]

273 Pilih kasih [Tidak berlaku adil atau berat sebelah]

274 Pisau cukur [Perempuan yang memikat lelaki dengan tujuan untuk mengikis
wangnya]

275 Potong leher [Menjual barang dengan harga yang terlalu mahal]

276 Pukul curi [Menyerang dan belakang atau secara bersembunyil

277 Puteri lilin [Perempuan yang tidak tahan kena panas]

278 Putih hati [Jujur dan ikhlas]

279 Putih mata [Kecewa kerana tidak dapat sesuatu yang dihajati]

280 Putih tulang [Sanggup mati daripada mendapat malu]

Q
281 Quran buruk [Orang lama yang pada suatu masa dahulu berpengaruh, tetapi kini
tidak lagi]

R
282 Raja sehari [Pengantin]

283 Rambang mata [Tidak boleh membuat pilihan]

284 Rendah diri [Tidak angkuh atau sombong]

285 Rendah hati [Perasaan serba kekurangan]

286 Ringan mulut [Bersikap ramah]

287 Ringan tulang [Rajin bekerja dan berusaha]


S
288 Sakit mata [Benci memandang]

289 Sakit telinga [Benci mendengar]

290 Salah langkah [Silap perhitungan]

291 Samar muka [Waktu hampir gelap atau senja]

292 Sampah masyarakat [Orang yang tidak berguna]

293 Saudara anjing [Adik-beradik tiri, iaitu seibu, tetapi berlainan bapa]

294 Saudara pungut [Anak angkatl

295 Sejuk hati [Tidak risau, lega, dan tenang]

296 Senyum kambing [Senyum sedikit]

297 Sepak kertas [Orang yang tidak mempunyai pekerjaan]

298 Serkap jarang [Menuduh sembarangan tanpa usul periksa]

299 Setengah masak [Belum cukup matang atau sempurna]

T
300 Tahi judi [Orang yang kuat berjudi]

301 Tahi minyak [Cerewet atau banyak kerenah]

302 Tajam hati [Cerdas atau pintar]

303 Tali barut [Orang suruhan yang menyampaikan maklumat sulit kepada pihak
musuh]

304 Tanda mata [Barang atau hadiah sebagai ingatan]

305 Tangan terbuka [Suka menolong orang atau murah hati]


306 Tangkai jering [Sangat kedekut]

307 Tangkap buta [Menangkap orang tanpa menyiasat terlebih dahulu]

30B Telinga lintah [Pendengaran yang baik]

309 Telinga nipis [Mudah marah]

310 Terang-terang tanah [Waktu pagi ketika matahari baru hendak terbit]

311 Tidur-tidur ayam [Tidur yang tidak lena]

312 Tidur mati [Tidur dengan nyenyak]

313 Tin kosong [Orang yang hanya pandai bercakap, tetapi tidak tahu melakukannya]

314 Titik peluh [Usaha sendiri]

315 Tolak ansur [Bertoleransi atau saling memberi dan menerima]

316 Tulang belakang [Orang kuat di sesebuah pejabat atau pasukan]

317 Wang kopi / Wang teh [Wang yang diberi sebagai hadiah kerana mengerjakan
sesuatu]

318 Zaman atom [Zaman yang mengejar kemajuan sains dan teknologi]

Anda mungkin juga menyukai