Anda di halaman 1dari 19

Abu Jahal Orang yang jahat

Ada air, adalah ikan Ada negeri pastilah ada rakyatnya

Ada bakat Mempunyai keupayaan

Ada hari, ada nasi Asal masih hidup, pasti akan beroleh rezeki

Ada hati Mempunyai kemahuan / keinginan

Ada jalan Mempunyai kaedah / cara

Ada padi, semua kerja jadi Orang yang berkemampuan akan dapat mencapai sesuatu hajatnya
dengan senang

Ada ubi ada talas, ada budi ada balas Membuat kebaikan dibalas baik, membuat jahat dibalas
jahat

Ada udang di sebalik batu Mempunyai agenda yang tersembunyi

Ada jalan Mempunyai kaedah / cara

Ada padi, semua kerja jadi Orang yang berkemampuan akan dapat mencapai sesuatu hajatnya
dengan senang

Ada ubi ada talas, ada budi ada balas Membuat kebaikan dibalas baik, membuat jahat dibalas
jahat

Ada udang di sebalik batu Mempunyai agenda yang tersembunyi

Air beriak tanda tak dalam Ramai bercakap biasanya tanda tak berilmu

Air besar sampan tak hanyut Maksud tiada mencapai

Air dicincang takkan putus Pergaduhan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan

Air didih menganak sungai Hiburan yang amat mewah

Air digenggam tiada tiris Amat berhati-hati membelanjakan wang

Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam Amat sedih, sampai tidak enak makan dan
minum

Air muka Wajah atau nama yang bagus

Air susu dibalas dengan air tuba Kebaikan dibalas dengan kejahatan

Ajak-ajak ayam Ajakan yang tanpa bersungguh-sungguh

Alas kaki Kasut

Alas perut Makan saja untuk menahan daripada lapar

Ambil angin Bersiar-siar / berjalan-jalan

Ambil berat Memberi perhatian / mengambil tahu

Ambil pati, buangkan ampas Pakai yang baik, yang tak baik dibuang
Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat Orang yang tiada berilmu tidaklah mungkin dapat
kedudukan baik

Anak baik, menantu molek Amat berbahagia

Anak dagang Orang asing / merantau

Anak emas Anak yang sangat disayangi oleh keluarga

Anak gahara Anak raja dari keturunan raja yang tulen

Anak kambing takkan menjadi anak harimau Seseorang yang pengecut tentu pengecut

Angguk bukan, geleng ya Lain di mulut, lain di hati

Angkat diri SombongAngkat kaki Cabut diri daripada sesuatu tempat dengan tergesa-gesa

Angkat muka Tidak tahu gentar / takut

Angkuh seperti merak Gemar menganggap sendiri lebih baik daripada orang lain

Asam garam Sangat banyak pengalaman hidup

Atas pagar Seseorang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak

Ayam baru belajar berkokok Saja cukup umur

Ayam jalak Orang yang berani

Ayam tambatan Orang harapan di dalam sesuatu pertandingan

Ayam terlepas, tangan bau tahi Seseorang yang membuat kejahatan akhirnya akan dapat malu

Bagai anjing beranak enam Kurus akibat sering melahirkan anak / seseorang yang dibenci oleh
masyarakat

Bagai anjing dengan kucing Bergaduh apabila berjumpa

Bagai anjing tersepit di pagar Mudah mencampurkan sesuatu hal yang tidak baik jika
diperdekatkan

Bagai aur dengan tebing Membantu antara satu sama lain

Bagai ayam disambar helang Orang yang hilang dengan tiba-tiba

Bagai ayam mengeram telur Keelokan muka perempuan / muka merah

Bagai bulan dipagar bintang Seorang perempuan yang cantik

Bagai bulan jatuh ke riba Dapat sesuatu yang tidak disangka

Bagai dakwat dengan kertas Hubungan yang tidak pernah dipisahkan

Bagai duri dalam daging Hal yang tidak menyenangkan hati

Bagai gagak menggonggong telur Gadis hodoh berpakaian bagus

Bagai isi dengan kuku Persahabatan amat erat


Bagai itik pulang petang Amat lambat berjalan

Bagai katak di bawah tempurung Seseorang yang cetek pengetahuan

Bagai kucing kehilangan anak Orang yang kehilangan akal

Bagai kucing lepas senjaSusah dicari

Bagai limau masam sebelah Berat sebelah

Bagai melulur bersitungging Membuat sesuatu pekerjaan dengan terpaksa

Bagai menghitung bulu kambingMembuat kerja yang sia-sia

Bagai pinang dibelah dua Dua orang serupa atau sangat mirip

Bahasa dalam Bahasa istana

Bahasa pasar Bahasa percakapan yang tidak mengikut tatabahasanya

Bak cetus api Amat cepat

Bakar tak berapi Cinta secara tidak dengan sebenarnya atau berdiam-diam

Balik belakang lain bicara Mungkir janji

Banyak mulut Bercakap banyak

Batu api Orang yang menyebabkan pergaduhan antara dua pihak

Bau-bau bacangMempunyai hubungan saudara yang jauh

Bekas tangan Hasil buatan seseorang

Berat mata Berasa mengantukBerat mulut Orang yang pendiam

Berat sebelah Tidak adil

Berat tulang Malas

Besar diri Sombong / bongkak

Besar hati Bangga / gembira

Biar putih tulang jangan putih mata Lebih baik mati daripada menyerah diri untuk menjaga
maruah diri

Bintang terang Bernasib baik

Buah tangan Hadiah

Buka langkah Melarikan diri sebab takut akan sesuatu

Buka tembelang Membocorkan rahsia yang tersimpan

Buku lima Penumbuk

Bulat fikiran Tetap fikirannya

Bulat hati Tetap hati dan bersugguh-sungguh


Burung terbang dipipiskan lada Bersedia merayakan sesuatu yang belum diperolehi

Buta hati Gelap fikiran / tidak menerima pengajaran orang

Cacing hendak menjadi naga Orang kecil mahu menjadi orang yang hebat

Cacing kepanasan Orang yang selalu gelisah

Cacing menelan naga Yang kuat dapat dikalahkan oleh yang lemah

Cahaya mata Anak

Cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada Bercakap seperti orang kaya, sebenarnya miskin

Cakap besar Membesarkan diri sendiri

Cakar ayam Tulisan sangat buruk

Memikat hati / jatuh suka

Curi tulang Malas bekerja

Dada lapang Sabar dan tidak mudah marah

Dada manusia tidak dapat diselam Pengetahuan seseorang itu tidak dapat diketahui

Dagangan bersambut yang dijualnya Cerita dari orang lain yang dia ceritakan

Dalam berselam, dangkal berjingkat Pendapatan sedikit itu dipada-padakan

Dalam dua tengah tiga Tidak berjujur

Dalam tangan Sesuatu yang tentu akan diperoleh

Dapat bahagian Denda / kena pukul

Dapat khabar Menerima khabar

Darah daging Saudara mara sendiri

Darah gemuruh Mudah rasa gugup

Darah manis Mudah mendapat bahaya

Darah muda Semangat atau perasaan tidak sabar

Darah panas Orang yang cepat marah

Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruhDari sifat mulia, tak akan lahir budi bahasa
yang kasar

Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada Sedikit sudah cukup daripada tiada
langsung
Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga Tiada sama kasih kepada anak sendiri
dengan kasih kepada anak saudara

Daun nipah dikatakan daun labu Jika malas bertanya, tentulah timbul salah faham

Daya fikir Kekuatan berfikir

Dengan kartu terbuka Dengan terus terang

Depan hidung Sangat dekat

Detak hati Perasaan / kata hati

Di bawah ketiak orang Di bawah kekuasaan seseorang

Di luar merah di dalam pahit Lahirnya baik, tetapi fikirannya jahat

Di lurah maka hendak angin, di bukit maka hendak air Mahu sesuatu tidak pada tempatnya

Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak Di mana ada gadis, anak-anak muda akan
ada di situ

Di mana makan di situ berak Melakukan kejahatan dalam tempat orang mencari rezeki

Diam-diam ubi Perkara berlaku secara senyap

Diberi berpadang luas Diberi kebebasan penuh

Dicocok orang hidungnya Menurut saja perintah orang lain

Didengar ada, dipakai tidak Nasihat yang sia-sia

Digantung tinggi, dibuang jauh Tidak berkuasa sedikit jua

Dimakan mati emak, diluah mati bapa Dalam situasi yang serba salah

Duit kopi Rasuah / wang sogokan

Durian runtuh Mendapat keuntungan secara tiba-tiba

Ekor mata Lihat dengan hujung mata / berhati-hati

Ekor pulau Hujung pulau

Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga Orang miskin yang ingin meniru tindakan
orang kaya

Elok arak di hari panas Orang yang bersuka-cita kerana mencapai tujuan

Elok buruk dan busuk hanyir Kesenangan dan kesusahan sentiasa ada

Elok lenggang di tempat datar Berseronok-seronok perlu pada tempat dan masa yang sesuai

Emak buyung Wanita yang suka bercerita kepada kanak-kanak

Emak saudara Kakak atau adik perempuan kepada ayah atau ibu

Emas putih Campuran emas berwarna putih

Emas sebungkalBarang yang berharga


Emas tempawan Orang yang dikasihi

Embacang buruk kulit Ia kelihatan buruk tetapi ia sangat baik

Embun betina Embun yang kecil-kecil

Embun di hujung rumput Tiada kekal

Embun jantan Embun yang besar-besar

Enak hati Gembira / senang hati

Enau sebatang dua sigainya Satu pekerjaan yang diketuai oleh dua orang

Enggan seribu daya, mahu sepatah kata Jika tidak menyukai biasanya banyak alasan

Enggang lalu ranting patah Sesuatu yang berlaku secara kebetulan meninggalkan akibatnya

Entimun bongkok Tiada mengira di dalam pergaulan

Fajar menyingsing Waktu pagi hari

Fikir itu pelita hati Fikiran suluh kebenaran

Fikiran buntu Sukar dapat memikir penyelesaian

Fikiran sempit Seseorang fikiran yang cetek

Fikiran tajam Sangat cepat faham akan sesuatu

Fikiran terbuka Sanggup mempertimbangkan sebarang cadangan

Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga Tindakan yang terlanjur, walaupun sedikit akibatnya
sama juga dengan yang besar

Gagak bersuara murai Nampaknya hodoh, tetapi suaranya merdu dan baik hati

Gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar juga Kelakuan orang miskin yang gemar meniru
orang kaya

Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit Jika raja-raja berselisih, rakyat akan dapat susah

Gajah berhati, kuman pun berhati juga Kaya dan miskin bersama berfikiran dan bernafsu

Gajah dipandang seperti kuman Terlalu marah

Gajah ditelan ular lidi Yang kuat dapat dikalahkan oleh yang lemah

Gajah empat kaki lagi tersaruk Orang yang berkuasa itu waktunya sampai akan kehilangan
kebesarannya

Gaji buta Orang yang tidak bekerja tetapi mendapat gaji

Gali lubang tutup lubang Pinjam wang untuk bayar hutang

Gar-gar gelegar, rasuk juga menahannya Jangan senang percaya dengan perkataan orang

Garam dikulum tak hancur Orang yang cerdik menyimpan rahsia

Garam jatuh di air Nasihat itu diterima dengan baik


Garuda diburu layang-layang yang dapat Barang yang didapatkan tidak seimbang dengan
yang diinginkan

Gatal mulut Suka cakap keburukan orang

Gatal tangan Suka membuat sesuatu yang bukan-bukan

Gaya saja, rasanya wallah Rupanya sahaja yang bagus, tetapi budi pekertinya buruk

Gayung tua, gayung memutus Kata-kata orang tua biasanya betul

Gedang kayu, gedang dahannya Banyak pendapatan, banyak belanjanya

Gelap hati Sukar faham pelajaran

Gelap mata Mengamuk

Gelegar buluh Cakap besar tetapi tiada berfaedah

Geleng seperti si patung kenyang Berjalan melonjak-lonjak sebab sombongnya

Gerak badan Senaman

Gerak hati Perasaan dari dalam hati

Gigit jari Menyesal

Gila bahasa Orang yang tidak panjang fikirannya

Gila bayang Inginkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh

Gila judi Suka bermain judi

Goyang kaki Dapat kesenangan dalam cara yang mudah

Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah Tindakan yang tidak sempurna

Gulung tikar Perniagaan tetap ditutup

Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan Digunakan apabila terdapat keperluan,


selepas itu ditinggalkan

Gunung payung Orang kesayangan / buah hati

Habis akal Bingung setelah daya usaha

Habis jodoh Bercerai

Habis kapak berganti beliung Amat rajin bekerja

Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah Susahkan orang kecil kerana ingin
menyenangkan orang yang hebat

Habis madu sepah dibuang Digunakan apabila ada keperluan, selepas itu ditinggalkan

Hancur hati Sedih / kecewa

Hangat hati Amat marah

Hangat-hangat tahi ayam Tidak bersungguh-sungguh membuat perkara


Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari Membantu seseorang yang ditimpa kesusahan

Hapus panas setahun kerana hujan Kebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang
sedikit

Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap Cakapnya sahaja yang hebat tetapi
buktinya tidak ada

Harga diri Maruah seseorang

Harga mati Harga yang tetap

Harga pokok Harga tiada mengambil kira sebarang keuntungan

Hari guruh takkan hujanOrang yang amat marah biasanya tidak sampai pukul

Hari ini sedang panas panjang, kacang telah lupakan kulitnya Orang miskin menjadi kaya,
melupakan dirinya

Hari tak selamanya panas Nasib baik dan malang secara bergantian

Hari tidak siang saja Tidak selalu senang secara berterusan

Harimau ditakuti sebab giginya Orang berkuasa itu ditakuti kerana kekuasaannya

Harimau mati kerana belangnya Mendapatkan kemalangan kerana kelebihannya

Harimau menunjukkan belangnya Orang yang menunjukkan kekuatannya

Harta orang hendak digalas Orang yang ingin mengambil harta orang lain

Hati bagai baling-baling Pendirian yang tidak tetap

Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang Orang yang tidak mempunyai perasaan

Hati batu Seseorang yang dengil dan tidak mahu mendengar nasihat

Hati emas Hati yang baik

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Pembahagian yang sama rata

Hati kecil Perasaan hati yang sesungguhnya

Hati perut Bertimbang rasa

Hati tungau Penakut

Hati waja Terus berusaha dan tidak menyukai berputus asa

Hempas tulang tak berbalas jasa Berpenat telah tetapi tidak mempunyai hasilnya

Hendak air pancuran terbit Memperoleh lebih daripada yang dikehendaki

Hendak masak langsung hangus Kerana terlalu banyak meninggikan diri akhirnya dapat malu saja

Hendak terbang tiada bersayap Ingin melakukan sesuatu tetapi tidak berkuasa

Hentam kromo Membuat sesuatu kerja dengan sesuka hati

Hidung belang Orang yang suka mengusik perempuan


Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong Gemar ikut campur di dalam urusan orang lain

Hidung tinggi Sombong

Hidup segan mati tak mahu Hidup melarat

Hilang akal Jadi bingung / gila

Hilang di mata di hati jangan Walaupun tempat tinggal adalah jauh tetapi sentiasa diingati di hati

Hilang harapan Telah putus asa

Hujung lurus, pangkal berkait Ia kelihatan baik, tetapi di hatinya adalah kejahatan

Hutang keliling pinggang Menanggung pinjaman yang terlalu banyak

Ibarat beban, belum lepas daripada bahu Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai

Ibarat negeri berubah rasam, ibarat tahun berubah musim Orang yang tidak tetap
kedudukannya

Ibarat perahu takkan karam sebelah Simpati dengan kaum keluarga yang ditimpa masalah

Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali Orang melarat dapat pertolongan

Ibu angkat Perempuan yang membesarkan seseorang seperti anaknya sendiri

Ibu ayam Perempuan yang menjaga pelacur untuk mendapatkan duit

Ibu kandung Ibu sendiri

Ibu keladi Orang tua yang bersikap seperti orang muda

Ibu pertiwi Negara tempat kelahiran

Ikan di hulu tuba di hilir Perbuatan yang sia-sia

Ikan di kuali, habis melompat Bernasib malang

Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor Kerana yang sedikit rosak yang ramai

Ikan tergantung, kucing tunggu Mengharapkan untuk memperoleh barang yang dikehendaki

Ikat diri Sangat berat

Ikat hati Menawan

Ikat janji Membuat perjanjian

Ikat perut Orang yang menahan lapar

Ikut jejak Mencontoh sifat baik

Ingin di buah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi Inginkan sesuatu yang sudah
diperoleh

Intan baiduri Seseorang yang dikasihi

Intan berlian jangan dipijakkan Untung bahagia jangan dielakkan

Iri hati Perasaan dengki


Isi dada bekal berjalan Jika mempunyai ilmu ke mana pergi mudah rezeki

Isi hati Perasaan

Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita Kita yang berkerja, orang lain yang senang

Isi perut Perasaan yang sesungguhnya

Isi rumah Keluarga

Itik bertaji Amat penakut, tetapi sombong

Itik diajar berenang Membuat kerja yang sia-sia

Itik mendapat air Memperoleh sesuatu yang sangat disukainya

Jadi abu Sesuatu yang sudah hancur berkecai

Jadi air mandi Sudah menjadi kebiasaan

Jadi alas cakap Hadiah kepada orang yang merit

Jadi penghubung kaki tangan Tempat harapan yang sentiasa memberi pertolongan

Jaga hati Bertolak ansur

Jaga mulut Bercakap dengan berhati-hati

Jalan buntu Menemui sesuatu yang tidak ada penyelesaian

Jalan fikiran Cara berfikir

Jalan keluar Cara penyelesaian masalah yang telah buntu

Jalan mati Jalan yang berhujung

Janda berhias Perempuan masih muda tetapi suaminya sudah mati atau diceraikan

Jangan bagai babi merasa gulai Orang yang hina tidak boleh berkahwin dengan orang bangsawan

Jangan berkemudi di haluan Jangan terlalu mengikut kata-kata isteri

Jangan bersandar di batang rengas Jangan mencari perlindungan pada orang hebat yang jahat

Jangan diajar orang tua makan kerak Jangan diajar oleh orang yang sudah tahu

Jangan difikirkan air pasang saja Jangan mengharapkan sentiasa dapat nasib yang baik

Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting Perbuatan yang buruk jangan
dibiasakan

Jangan memberi bunga kepada monyet Memberi sesuatu yang baik sepatutnya pada tempat yang
sesuai

Jangan menggerak ular tidur Bahaya jangan mencari

Jangan seperti si buta mematah tongkat Orang yang membantu kita, jangan bermusuh

Jantung hati Orang yang sangat dikasihi

Jari kudung dimasukkan cincin Membuat perkara tidak pada tempatnya


Jarum halus kelindan sutera Tipu muslihat yang amat halus

Jatuh hati Menaruh sayang kepada seseorang

Jauh di mata, dekat di hati Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tiada lupa pada yang
ditinggalkan

Jauh hati Sedih kerana berasa tersinggung

Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor Cakap besar di belakang-belakang sahaja

Jauh panggang dari api Jawapan atau sindiran yang tidak tepat

Jejak langkah Mencontohi kelakuan orang yang terdahulu

Jika baik ada cacatnya Tidak ada yang sempurna sebenarnya

Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut Yang jahat itu masih jahat

Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu Mestilah berusaha untuk dapatkan
sesuatu yang dihajati

Jinak-jinak merpati Perempuan yang mudah mesra tapi akan menjauhkan diri apabila didekati

Jiwa besar Mempunyai cita-cita yang tinggi

Juling air Juling sedikit

Kacang hantu Seseorang yang nakal dan suka mengganggu orang lain

Kacang lupakan kulit Orang yang lupa akan asal-usul atau orang yang pernah menolongnya

Kain basah kering di pinggang Amat miskin

Kain dalam lipatan Wanita yang membuat kejahatan di dalam diam-diam

Kain sehelai sepinggang habis Mengalami kerugian atau kecurian

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang Orang miskin yang perlu sentiasa bekerja

Kaki ayam Tidak memakai kasut berjalan

Kaki bangku Tidak tahu bermain bola

Kaki botol Orang yang suka minum arak

Kaki judi Seseorang yang suka bermain judi

Kaki lima Lantai di depan kedai

Kaki naik, kepala turun Bekerja tiada berhenti-henti siang dan malam, sentiasa sibuk

Kaki pekuk lenggang ke perut Buruk dan bodoh

Kata hati Perasaan dari dalam hati

Kata putus Keputusan yang terakhir

Katak ditimpa kemarau Berkeluh kesah dengan tiada keruan

Ke gunung tak dapat angin Gagal untuk dapat keuntungan


Ke mana condong, ke mana rebah Telah dilakukan menurut adat yang biasa

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Peribadi anak selalu dipengaruhi oleh ibu bapa
dirinya

Kebenaran di hujung lidah Tiada keadilan

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa Pengetahuan itu bukan pasti pada orang
tua-tua saja, orang muda-muda ada juga

Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan Menyatakan terima kasih atas pertolongan orang lain

Kecil-kecil anak harimauWalaupun kecil tetapi berani

Kecut perut Perasaan takut

Kembang hati Gembira

Kena luluk kandang kering Dapat kesusahan tidak pada tempatnya

Kepala angin Orang yang cepat marah

Kepala batu Degil

Kepala berat Bodoh

Kepala ke bawah, kaki ke atas Bekerja tiada berhenti-henti siang dan malam, sentiasa sibuk

Kepala tersangkut dengan kulit babi Memperolehi malu besar

Kepala yu, ekor babi Bermuka dua

Kera sumbang Orang yang tidak suka bergaul

Kerang busuk Tersengih-sengih tanpa alasan

Ketam batu Orang yang amat kedekut

Ketam menyuruhkan anaknya berjalan betul Orang yang beri nasihat, tetapi diri sendiri tidak
membetulkan sebagai yang dinasihatkannya

Khabar angin Berita yang belum tentu benarnya

Kucing bertanduk Perkara yang mustahil berlaku

Kuku besi Bersifat kejam dan keras dalam pemerintahan

Kutu embun Seseorang yang suka merayau-rayau sehingga lewat malam

Kutu jalan Orang yang suka merayau-rayau tanpa maksud

Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni. Persahabatan yang sangat erat

Ladang yang berpunya Gadis yang sudah kahwin

Lagi jatuh ditimpa tangga Berturut-turut mendapat masalah

Lagi lauk lagi nasi Lebih kaya, lebih banyak sahabatnya

Lagi lebai lagi berjanggut Berilmu dan berbudi


Lagi murah, lagi ditawar Lebih diberi, lebih banyak lagi yang diminta

Lain bengkak lain bernanah Orang lain yang bersalah, yang lain menanggung akibatnya

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati Setiap orang dengan kesukaannya

Lain mangkuk lain cawan Tidak sama pembawaan dan kegemaran

Lain padang lain belalang Adat negeri sentiasa berlain-lainan

Laksana burung diam dalam sangkar Orang yang terikat hidupnya

Laksana cempedak mambung, pulur saja jual tak laku Gadis gemuk yang tidak disukai orang

Laksana garam dengan asam Pasangan yang jodoh akan bertemui betapa pun jauhnya

Laksana layang-layang melawan angin Membuat kerja yang sia-sia

Langkah bendul Adik perempuan berkahwin lebih dulu dari kakaknya

Langkah kanan Bernasib baik

Langkah kiri Tidak bernasib baik

Langkah seribu Cabut lari

Lapang dada Berasa tenang

Lebai malang Nasib yang kurang baik

Lebar mulut Bercakap banyak

Lembut hati Orang yang mudah menerima nasihat

Lena ayam Belum tidur lena

Lepas diri Tidak bertanggungjawab

Lepas tangan Tidak menyukai campur tangan

Lidah bercabang Percakapan yang tidak boleh dipercayai

Lipas kudung Menyiapkan sesuatu kerja dengan cepat

Lonjak sebagai labu dibenam Sombong / angkuh

Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga Orang yang berselisih faham meskipun sudah berdamai
tetapi kenangan-kenangannya masih teringat juga

Lupa daratan Melakukan sesuatu yang melampaui batas

Lurus akal Jujur

Mabuk di enggang lalu Amat tertarik hatinya pada orang yang belum dikenal

Macam betung seruas Orang yang terlalu jujur

Macam orang biduk Semua orang makan dan minum bersama tetapi bayar sendirinya

Macam ular kekenyangan Orang yang buncit perutnya sampai jalan pun sudah tak betul lagi
Mahal dibeli sukar dicari Sesuatu yang sangat susah didapat

Makan angin Bersiar-siar / berjalan-jalan

Makan angkat Suka dipuji

Makan bubur panas-panas Kelakuan dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan

Makan diri Perkara yang merosakkan diri sendiri

Makan gaji Bekerja untuk mendapatkan upah

Makan hati Perasaan sedih

Makan kawan Berbahayakan kawan sendiri

Makin banyak orang, makin banyak niat Setiap orang mempunyai kemahuan sendiri-sendiri

Makin murah, makin menawar Lebih diberi, lebih banyak lagi yang diminta

Malang tak berbau Kemalangan yang terjadi dengan tiba-tiba

Malas bergarit, perut perit Malas mencuba tentulah kelaparan

Malu berani, mati takut Orang yang pengecut

Malu-malu kucing Berpura-pura malu di depan orang

Mandi kerbau Mandi tidak bersih

Mandi peluh Bekerja dengan sepenuh tenaga

Masam muka Tidak bertegur sapa

Masih berbau pupuk jerangau Tidak ada pengalaman

Mata duitan Orang yang amat tamakkan wang

Mata keranjang Lelaki suka menggangu perempuan cantik

Membabi buta Melakukan sesuatu tanpa berfikir dahulu

Membuka pekung di dada Membocorkan keburukan sendiri atau keluarga-keluarga

Memerah keringat Berusaha

Mencurah air ke daun keladi Berikan nasihat yang sia-sia

Merdu bagai buluh perindu Suara yang bagus dan enak didengar

Mulut murai Seseorang yang bercakap banyak

Murah hati Pemurah

Naga ditelan ular lidi Orang yang ada darjat tinggi berkahwin dengan orang biasa

Naik angin Amat marah

Naik basuh kaki saja Mengerjakan sesuatu perkara dengan mudah

Naik kepala Membuat sesuatu yang melampaui batas


Naik pitam Pening

Naik tak bertangga, turun tak berpintu Lakukan suatu perbuatan yang salah

Naik tangan Mudah memukul orang

Nasi masak, periuk pecah Keputusan yang akhir

Nasi sudah menjadi bubur Kerosakan telah tidak boleh dibaiki lagi

Nyawa-nyawa ikan Hampir-hampir mati

Omong kosong Percakapan yang tidak berfaedah

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa Setiap pertolongan orang hendaklah
kita kenangi

Orang dapur Perempuan

Orang harapan Orang yang boleh dipercayai

Orang kanan Orang yang diharapkan

Orang kebanyakan Bukan orang bangsawan

Orang luar Orang datang dari tempat lain

Orang rumah Isteri

Otak beku Orang yang bodoh

Otak cair Pandai / Cerdik

Otak udang Orang yang bodoh

Pacat ingin menjadi ularOrang yang miskin berlagak jadi orang yang kaya

Pahit di luar manis di dalam Kata-kata yang kasar tetapi maksudnya baik dan menguntungkan

Paku Belanda Harga tidak boleh ditawar-tawar

Panas baran Seseorang yang mudah marah

Panjang tangan Orang yang suka mencuri

Pasang telinga Mendengar dengan teliti

Patah hati Kecewa

Patah kandar Hilang tempat berlindung atau bergantung

Pekak badak Seseorang yang pura-pura tidak mendengar

Pelanduk dua serupa Dua orang yang seolah-olah rupanya

Perang mulut Berbahas yang hanya meluahkan kata-kata

Perut kosong Lapar

Pipit sama pipit enggang sama enggang Pengelasan orang mematuhi pangkat dan darjat
Puteri Lilin Seseorang yang tidak tahan dengan panas

Rabun ayam Penglihatan yang rabun menjelang waktu malam

Rambang mata Tidak tahu yang mana satu dapat dipilih

Rambut sama hitam hati lain-lain Sungguhpun cara hidup seseorang itu mempunyai
kesamaan, tetapi kehendak dan fikiran adalah berlainan

Ranting reput Sesuatu sudah tiada harapan

Rebung tidak jauh dari rumpun Kelakuan anaknya tidak jauh dari tingkah laku ayahnya

Rebung tidak miang, bembam pula yang miang Orang bersangkutan senyap diri, orang lain pula
yang campur tangan

Rendah diri Tidak sombong

Retak-retak mentimun Retak halus yang cuma di luar saja

Rezeki harimau Makanan yang ramai dan berjenis-jenis

Rezeki mata Sesuatu perkara yang bagus ditengok

Ringan kepala Mudah memahami sesuatu yang diajarkan

Ringan mulut Peramah

Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul Bersama-sama dalam membuat sesuatu kerja

Ringan tulang Rajin

Ringan tulang, berat perut Sesiapa yang rajin bekerja dia akan memperoleh rezeki yang lebih

Rumah buruk disapu cat Orang tua yang gemar bersolek

Rumah siap pahat berbunyi Kerja sudah siap, tetapi tak sempurna atau masih dipertikaikan

Runtuh iman Tergoda untuk melakukan kejahatan

Rusuh hati Gelisah

Sagu hati Hadiah

Sakit hati Perasaan tersingguh dan membuatkan orang marah

Sakit mata Benci memandang sesuatu

Sampah masyarakat Orang yang amat hina

Sampai hati Tidak segan-segan

Sauk air mandikan diri Orang yang hidup berusahalah sendiri

Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga Kerana keburukan yang sedikit jadi semua kebaikan pun
rosak

Sebelum ajal berpantang maut Tidak akan mati sebelum masa kematian dia tiba

Sebulat suara Semua orang bersetuju dalam hal yang tersebut


Sehelai sepinggang Pakaian yang ada pada tubuh

Sekali air bah, sekali pantai berubah Apabila keadaan berubah, suasana berubah

Senyum kambing Senyum yang mengejek

Separuh mati Terlalu penat

Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia Kedudukan atau pekerjaan yang tidak
terjamin, mungkin dipecat bila-bila masa

Seperti anai-anai makan kayu Lakukan sesuatu yang begitu rajin

Seperti anjing bertemu pasir Orang yang telah menemui barangan kegemaran dirinya

Seperti api dalam sekam Perbuatan jahat yang dilakukan secara tersembunyi

Seperti api dengan asap Hubungan yang tidak boleh diputuskan

Seperti ayam berak kapur Muka pucat kerana menghidap penyakit

Seperti cincin dengan permata Pasangan yang sesuai, sama padan

Seperti ikan kena tuba Tidak berdaya lagi

Seperti kucing dapat tikus Tidak tahu duduk diam

Seperti mentimun dengan durian Orang yang lemah berlawan dengan orang yang kuat

Seperti pahat dengan penukul Tolong-menolong antara satu sama lain

Seperti rusa masuk kampung Berasa hairan atau terkagum pada tempat baru

Seperti tikus membaiki labu Membaiki barang tetapi tak tahu cara, lalu menjadi lebih rosak

Setengah tiang Gila-gila

Sirih pulang ke gagang Kembali ke tempat yang asalnya

Sudah terhantuk baru terngadah Sudah terkena, hanya teringat

Tajam akal Cerdik

Tak lapik dek hujan, tak lekang dek panas Adat tidak mengubah atau sesuatu adalah utuh

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata Tentulah ada sebabnya apabila orang
menyatakan sesuatu perkara

Tangkai jering Kedekut

Tangkap muat Pilih tidak teliti

Tarik muka Tidak puas hati

Tawar hati Tidak bersemangat

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk akibatnya Kata-kata yang sudah diucapkan
tidak boleh ditarik balik dan sendirinya yang menanggung akibatnya
Tidak dapat dibaiki, jangan dirosakkan Sekiranya anda tidak pandai memperbaiki sesuatu,
janganlah pecahkannya

Tidur mati Tidur yang tidak sedarkan diri

Tinggal kain sehelai sepinggang Kehilangan harta akibat bencana

Tinggi hati Sombong dan Megah

Tumbuk rusuk Rasuah

Ubur-ubur airnya hitam Orang yang jahat boleh dilihat pada tingkah laku dan perkataannya

Ucap habis niat sampai Keputusan yang diperoleh dengan segera

Udang hendak mengatai ikan Tak faham kekurangan dirinya

Ukur baju di badan sendiri Berbelanja mengikut mampuan diri / Keburukan diri tidak boleh
diukur dengan keburukan orang lain

Ukur jalan Merayau-rayau tanpa arah dan tujuan

Ukur mata dengan telinga Mengikut penglihatan dan pendengaran

Ular berkepala dua Tiada tetap pihak mana yang diikuti

Ulat buku Orang yang suka membaca buku

Umpama kayu buruk, buruk dek panas, reput dek hujan Bernasib buruk yang tidak dapat dielakkan
lagi

Umpama kayu lempung belum ditolak condong sendiri Seseorang mudah mengikuti kehendak
orang lain

Untung bagai untung kapas Orang yand terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan

Untung batu Bernasib buruk

Untung sabut Selalu bernasib baik

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam Jika nasib baik akan dapat kejayaan, tapi jika nasib
buruk akan dapat kerugian

Wang kopi Wang diberikan sebagai hadiah kerana tolong mendapatkan sesuatu

Wang pokok Duit modal

Wang saku Wang yang diberi untuk perbelanjaan harian

Warta dibawa pikat dan langau Khabar angin

Wau melawan angin Perbuatan yang sia-sia

Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan Ia mudah untuk dijanjikan, tetapi sukar menepatinya

Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran Untung yang dijangkakan tidak dapat,
sedangkan yang telah ada terhilang pula

Zaman beralih, musim bertukar Segala-galanya mesti disesuaikan pada keadaan zaman

Anda mungkin juga menyukai