Anda di halaman 1dari 68

Peribahasa dan Maksudnya

Ada hati

Ada keinginan

Ada jalan

Ada cara, ikhtiar, usaha

Ada udang di sebalik batu

Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan

Air muka

Permukaan air Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan) Maruah, harga diri

Air seni

Air kencing, air kecil

Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas

Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas

Akar umbi

Akar tunjang Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti

Alah bias tegal biasa

Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa mengalaminya

Alah membeli menang memakai

Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dan sebagainya)

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan

Ambil langkah

Mulai hendak berjalan Mulai bertindak

Ambil berat

Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa

Anak emas

Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa

Asam garam

Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka)

Ayam tambatan

Orang harapan

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka

Bagai aur dengan tebing

Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan

Bagai ayam disambat helang

Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa

Bagai bulan dipagar bintang

Wajah perempuan yang cantik

Bagai kaca terhempas ke batu

Sangat sedih

Bagai kacang lupakan kulit

Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya) setelah menikmati kesenangan

Bagai minyak dengan air

Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu

Bagai murai dicabut ekor

Orang yang suka bercakap banyak

Bagai cincin dengan permata

Sama padan, cocok benar

Bagai menatang minyak yang penuh Baik sangka

Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna

Rasa muhibah Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang

Banyak makan garam

Mempunyai banyak pengalaman hidup

Batu loncatan

Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu

Belut kena ranjau

Orang yang cerdik kena tipu

Beradu nasib

Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan

Beradu tenaga

Bertanding untuk menentukan siapa kuat

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Bersusah payah dahulu baru bersenang-senang

Berat mulut

Tidak suka berkata-kata, pendiam

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Berat tulang

Baik buruk sama-sama dipikul

Malas

Berbalik hati

Berubah hati

Berdiri sama tegak, duduk sama rendah

Sama taraf atau sejajar antara dua pihak

Beri jalan

Memberikan idea Memberikan peluang kepada orang lain untuk mendapat keuntungan

Berkatalah benar walaupun pahit

Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin

menyakitkan hati seseorang

Berkayuh sambil bertimba

Melakukan dua pekerjaan sekaligus

Bermurah hati

Suka memberi, tidak kedekut Pengasih dan penyayang

Berpeluk tubuh

Malas berusaha

Berputih mata

Kalah dalam sesuatu persaingan

Bersatu teguh, bercerai roboh

Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah

Bersekutu bertambah mutu

Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi daripada satu pihak sahaja

Bertikam lidah Besar hati

Bertengkar Bangga, gembira

Besar pasak daripada tiang

Besar belanja daripada pendapatan

Biar mati anak, jangan mati adat

Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adapt yang dipegang terpelihara

Bidan terjun

Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara secara tiba-tiba

Buah fikiran

Pendapat

Cahaya mata

Anak Kekasih, buah hati

Cakap besar

Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri

Campur tangan

Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang lain Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain

Carik-carik bulu ayam, lamalama bercantum juga

Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai kerana perselisihan

Celik computer

Arif atau tahu tentang computer

Dalam tangan

Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi

Dapat sama laba, cicir sama rugi

Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka keuntungan itu diberikan sama rata dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama

Darah daging

Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah

Darah panas

Pemarah, lekas marah

Darah seni

Bakat semula jadi dalam bidang seni

Diam-diam ubi berisi, diamdiam besi berkarat

Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung

Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya Mematuhi peraturan di tempat yang didiami

Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari

Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan

Durian rintuh

Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka

Enggang lalu ranting patah

Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah

Genggam bara biar sampai jadi arang

Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti

Goyang kaki

Bersenang-senang

Gunting makan di hujung

Mencapai sesuatu dengan diam-diam

Habis madu sepah dibuang

Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan

Hancur hati

Sedih, putus asa

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati

Hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicecah

Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sdikit sama-sama mendapat sedikit

Hati kecil

Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian sebaliknya

Hidup segan mati tak mahu

Orang yang hidup melarat

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung Ibarat melukut di tepi gantang

Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri

Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan

Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah

Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain

Ilmu itu pelita hati

Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak

Jantung hati

Orang yang dikasihi

Jauhari juga mengenal manikam

Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara

Jauh berjalan luas pandangan

Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya

Jinak-jinak merpati

Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak

Kacang hantu

Orang jahat

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak makan)

Kaki joli

Orang yang suka berfoya-foya

Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya

Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu yang besar

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan

Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang

Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

Bekerjasama melakukan sesuatu

Kecil hati

Berasa tersinggung

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa

Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja

Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan

Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan

Keras lidah

Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul

Lain lubuk lain ikannya

Lain negeri lain orangnya

Lemak manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dimuntahkan

Yang nampak baik itu jangan terus diterima, dan yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak

Lidah tidak bertulang

Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya

Lupa daratan

Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan

Lintah darat

Orang kaya yang menindas orang miskin dengan meminta bayaran tinggi daripada yang dihutangi

Makan angin

Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih

Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut

Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mencapai kejayaan

Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk

Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling

kekandang kerbau menguak

Mata hati

Perasaan hati

Mati kutu

Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea

Membaca jambatan ilmu

Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan

Membanting tulang Membuka pekung di dada

Bekerja keras Mendedahkan keburukan diri sendiri

Menapak baru setapak, mendaki baru sekaki

Baru hendak belajar sesuatu

Menangguk di air keruh

Mencari keuntungan sementara ada kekacauan

Mencolok mata

Menyakitkan pandangan

Mencari jalan

Mencari ikhtiar, usaha dan idea

Mengangkat bendera putih

Menyerah kalah

Menunggu buah yang tak gugur

Mengharapkan sesuatu yang tak jelas

Nafas baru

Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan baru

Naik darah

Menjadi marah

Nasi sudah menjadi bubur

Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi)

Orang mengantuk disorongkan bantal

Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki

Otak batu

Bodoh

Otak cair

Pandai

Padang jarak padang tekukur

Padang atau tanah luas yang kosong

Panas baran

Cepat marah, sangat pemarah

Pandai makan pandailah simpan Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia

Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa hadapan

Perang dingin

Bergaduh dengan tidak bercakap

Pijak semut tak mati Pilih kasih

Perihal seorang perempuan yang baik lagi teratur Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan lain-lain

Pucuk dicita ulam mendatang

Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan

Rezeki kalau secupak tidak akan jadi segantang

Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi

Ringan mulut

Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap

Ringan tulang

Rajin bekerja, tangkas

Ringan tulang berat perut

Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki

Rupa tidak dapat diubah, perangai dapat diubah

Perangai seseorang dapat diubah sedangkan penampilannya dari segi fizikal tetap sama

Sambil menyelam minum air

Sambil melakukan sesuatu perkara, ada perkara lain yang turut

dilakukan

Sayangkan anak tangantangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan

Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong

Sediakan payung sebelum hujan

Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik

Seperti api dalam sekam

Sesuatu yang berlaku diam-diam

Seperti aur dengan tebing

Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan

Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing Seperti kera sumbang

Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja

Orang yang takut mencampuri orang ramai

Tajam akal

Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik

Sudah terhantuk baru terngadah

Sudah terkena baru beringat; orang yang lambat menyedari kesilapan

Tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Tangan kosong

Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun zaman berubah

Tidak membawa apa-apa

Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia Tangkai jering

Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara

Kedekut

Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti, barang yang tersedia dilepaskan

Tulang belakang

Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan

Ukur baju dibadan sendiri

Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita

Umpama biawak bercabang lidah Umpama lebah membuang sengat

Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya

Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang

Yang bulat datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang

Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendirinya

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran

Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada pula hilang atau habis

Kepantingan Penanda Wacana Dalam Karangan

Tidak dapat dinafikan bahawa sebuah penulisan karangan yang baik ialah karangan yang mempunyai isi yang banyak dan bertepatan dengan tajuk. Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah karangan itu tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai, maka sudah tentu karangan itu menjadi tidak sempurna disebabkan binaan ayatnya yang tidak gramatis. Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan. Antara penanda wacana yang sering digunakan termasuklah: Selain itu, Keadaan ini, Namun begitu, Akibatnya, Begitu jua, Sebaliknya, Walaupun, Kesimpulannya, Pada amnya, Pada keseluruhannya, Akhirnya, Seterusnya, Jadi, Sementara, Kalau demikian, Walau bagaimanapun, Sebelumnya, Kini, Khususnya, Ringkasnya, Pada umumnya, Keseluruhannya, Tegasnya, Dalam nada berbeza, Justeru, Sejajar dengan itu, Meskipun demikian, Oleh hal demikian, Dengan perkataan lain, Jelaslah,

Penanda wacana perlu diberikan perhatian dalam bahagian karangan daripada bahagian pendhuluan,si,huraian isi,contoh dalam huraian hinggalah bahagian penutup.Perbincangan ini akan melihat bagaimana penanda wacana dapat digunakan dalam semua bahagian yang disebutkan. Penanda Wacana untuk Bahagian Pendahuluan

Sejak akhir-akhir ini keruntuhan moral dalam kalangan remaja menjadi isu hangat diperkatakan. Dalam alaf moden ini,penggunaan komputer menjadi satu dalam kehidupan manusia. Sebelum saya membicarakan tajuk ini dengan lebih lanjut,eloklah saya menerangkan maksud iklan. Semasa cuti sekolah yang lalu ,aku telah dijemput oleh bapa saudaraku untuk bercuti di rumahnya.

Memang tidak dinafikan bahawa kegawatan ekonomi yang melanda sekarang ini menghimpit kehidupan rakyat ,terutamanya golongan bawahan. Isu pendatang asing sudah menjadi suatu isu yang serius yang perlu ditangni segera.

Penggunaan frasa kata dalam contoh ayat yang diberikan membentuk pola ayat yang sesuai dalam usaha memulkan sebuah karangan. Penanda Wacana untuk Bahagian Isi

Pelbagai punca yang dikenal pasti mengakibatkan berlakunya masalah ini,antaranya termasuklah.... Faktor ibubapa punca utama menyebabkan berlakunya kemerosotan displin dalam kalangan remaja masa kini. Selain itu,faktor.... Di samping itu,sikap remaja juga.... Terdapat berbagai-bagai langkah yang dapat dijalankan untuk mengatasi masalah ini,seperti.... Salah satu langkah yang paling berkesan bagi mengatasi maslah ini adalah dengan penguatkuasaan undang-undang.Undang-undang yang tegas hendaklah dilaksanakan supaya.... Selain itu kerajaan juga... Langkah lain yang boleh diambil termasuklah.... Peranan ibu bapa juga penting dalam usaha mengatasi masalah ini.Ibu bapa boleh memainkan peranannya dengan.... Semua pihak hendaklah bertanggungjawab dan kerjasama bagi mengatasi maslah ini.

Dalam bahagian ini penggunaan fraa kata seperti Pelbagai punca...,Selain itu .. dan lain-lain telah mewujudkan suatu variasi atau keragaman dari segi perbendaharaan kata yang sanagt diperlukan dalam penulisan sesebuah karangan. Penanda Wacana untuk Bahagian Huraian Isi

Hal ini berlaku kerana tiadanya pengawasn ibu bapa di rumah sehingga menyebabkan anak-anak terlepas bebas melakukuan apa-apa sahaja yang disukainya. Adakah kita ingin melihat anak bangsa hanyut dalam dunianya,sedangkan merekalah nantinya yang bakal mengambil alih teraju kepimpina negara. Walaupun begitu,masih banyak yang tidak menginsafi masalah yang berlaku. Dengan kata lain,kita tidak seharusnya berpeluk tubuh dengan hanya membiarkan gejala yang merosakkan ini tersebar luas Seharusnya kita sebagai anggota masyarakat peka keadaan persekitaran Sungguhpun kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah,langkah tersebut tidak akan berkesan seandainya tidak mendapat kerjasama semua pihak Oleh itu, kita sebagai warganegara tentunya tidak mahu melihat negara ini hancur akibat campur tangan pihak luar

Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Dalam huraian isi, penanda wacana dan pola perlu diberikan perhatian juga.Penggunaan kata yang sesuai penting supaya huraian pada isi pokok itu tidak kelihatan terpisah antar satu sama lain. Penanda Wacana untuk Contoh dalam Huraian Isi

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh ...kes penderaan kanak-kanak meningkat ke angka ...pada tahun 1997. Masyarakat boleh membantu dalam usaha mengatasi kegawatan ini, dengan cara mengurangkan perbelanjaan harian.... Penderaan kanak-kanak semakin serius.Kes terbaru ialah ..... Sebagai contoh....

Dalam usaha mengemukakan contoh dalam huraian ,penggunaan frasa yang sesuai diperlukan juga dan hendaklah mengikut kesesuain konteks ayat juga Penanda Wacana untuk Bahagian Penutup

Tegasnya,banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya gejala sosial .Oleh itu.... Kesimpulannya, pendisplinan diri menjadi kunci kepada kejayaan seseorang individu kerana.... Akhir kata sambutlah salam anakanda dari kejauhan dan semoga ayahanda..... Sebelum mengundur diri, terimalah serangkap pantun daripada kami.... Saya sudahi ucapan ini dengan.....

Jelaslah,aspek penanda wacana akan mempengaruhi pengolahan,sturktur ayat,pemerenggan ,kosa kata, dan bahasa secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan yang baik.Contoh-contoh yang dipaparkan di atas diharap dapat dijadikan garis panduan kepada pelajar dalam menghasilkan sebuah karangan yang berkualiti.

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A' 1. Abang Angkat Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya. Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah. 2. Abang Ipar Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami. Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar. 3. Abang Kandung Maksud: Abang yang seibu sebapa. Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia. 4. Abu Angin Maksud: Telah musnah sama sekali. ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar. 5. Abu Jahal Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan. 6. Abu Lahab Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. 7. Abu Nawas Maksud: Orang yang suka berhelah. Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu. 8. Ada Akal Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya. 9. Ada Angin Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu. Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah. 10. Ada Bakat Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya. Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel. 11. Ada Can Maksud: Ada peluang. Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata

Amin kepada Umair. 12. Ada Gaya Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya. Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan. 13. Ada Hati Maksud: Keinginan. Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti. 14. Ada Jalan Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank. 15. Ada-Ada Maksud: Ada sesuatu. Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar. 16. Adat Balai Maksud: Adat dalam istana raja. Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai. 17. Adik Angkat Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah. Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara. 18. Adik Ipar Maksud: Adik kepada isteri atau suami. Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor. 19. Adik Kandung Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa. Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu. 20. Adu Buku = Beradu Buku Maksud: Bertinju. Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid. 21. Adu Domba = Mengadu Domba Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain. Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang. 22. Adu Kening = Beradu Kening Maksud: Berhadap-hadapan muka.

Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbualbual. 23. Adu Lengan = Beradu Lengan Maksud: Beradu kekuatan. Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu. 24. Adu Nasib = Mengadu Nasib Maksud: Mencari rezeki. Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan. 25. Adu Untung Maksud: Mencari rezeki. 26. Air Mandi Maksud: Sudah menjadi kebiasaan. Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari. 27. Air Muka Maksud: a) Wajah b) Maruah Contoh Ayat: a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di padang. b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai," kata Imad kepada Husin. 28. Air Pasang Maksud: Paras air laut yang meningkat. Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air. 29. Air Sembilan Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat. Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital.

30. Air Setaman Maksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi. Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman. 31. Air Surut Maksud: Paras air laut yang turun. Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut. 32. Ajak-Ajak ayam Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh. Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam. 33. Akal Belut Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.

Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah. 34. Akal Kancil Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat. 35. Akal Sejengkal Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain. Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain. 36. Alas Cakap Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan. Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan. 37. Alas Kata Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan. 38. Alas Perut Maksud: Makan sedikit. Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah. 39. Alih Akal = Beralih Akal Maksud: Berubah pendapat atau fikiran. Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak. 40. Alih Angin = Beralih Angin Maksud: Berpindah tempat tinggal. Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih. 41. Alih Muka = Beralih Muka Maksud: Menyamar. Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali. 42. Alim Kucing Maksud: Pura-pura baik. Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya. 43. Aliran Masa Maksud: Perubahan masa. Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan aliran masa kini. 44. Aliran Masyarakat Maksud: Kehendak masyarakat. Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit. 45. Ambil Abu

Maksud: Maksud yang tidak kesampaian. Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja. 46. Ambil Ada Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada. Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya. 47. Ambil Angin Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih. Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang. 48. Ambil Bahagian Maksud: Menyertai. Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah. 49. Ambil Berat Maksud: Beri perhatian. Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami. 50. Ambil Haluan = Mengambil Haluan Maksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang lumayan. 51. Ambil Hati Maksud: Berasa tersinggung. Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati untuk kebaikan. 52. Ambil Ibarat Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan. Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada tahun lepas. 53. Ambil Ingatan Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian. Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam perhimpunan pagi tadi. 54. Ambil Muka = Mengambil Muka Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai. Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah dia disukai. 55. Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah. Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu. 56. Ambil Tahu = Mengambil Tahu Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara. Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya.

57. Anak Adam Maksud: Umat manusia. Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika langkah-langkah pencegahannya tidak diambil. 58. Anak Air Maksud: Sungai kecil. Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman. 59. Anak Angkat Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri. Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi. 60. Anak Baju Maksud: Baju dalam. Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju. 61. Anak Buah Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita. Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah. Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi. 62. Anak bukit Maksud: Bukit kecil. Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu. 63. Anak Didik Maksud: Orang di bawah jagaan kita. Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya. 64. Anak Emas Maksud: Orang yang sangat disayangi. Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya. 65. Anak Gahara Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan. Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah. 66. Anak Haram Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama. Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim. 67. Anak Jantan Maksud: Lelaki yang berani. Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.

68. Anak Kandung Maksud: Anak sendiri. Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya. 69. Anak Kapal Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal. Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah. 70. Anak Negeri Maksud: Penduduk di sesebuah negeri. Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam perusahaan desa. 71. Anak Perahu Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal. 72. Anak Piatu Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu. Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti. 73. Anak Pungut Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri. 74. Anak Tunggal Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain. Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya. 75. Anak Tut Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri. 76. Angkat Alis = Mengangkat Alis Maksud: Kehairanan. Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah misteri yang dimenanginya. 77. Angkat Bahu Maksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab. Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya tentang kucing yang mati itu. 78. Angkat Diri Maksud: Sombong. Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan dengan kamu, kata Cikgu Karim kepada Khalid. 79. Angkat Kaki Maksud: Pergi meninggalkan. Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya. 80. Angkat Kening Maksud: Kehairanan.

81. Angkat Mata Maksud: Menentang sesuatu tindakan. Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya. 82. Angkat Muka Maksud: Dimanja-manjakan. Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka. 83. Angkat Nama Maksud: Terkenal. Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian. 84.Angkat Senjata Maksud: Berperang. Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata menyerang musuh. 85. Angkat Suara Maksud: Meninggikan suara. Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila bercakap dengan mereka. 86. Angkat Sumpah Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah. 87. Anjing Hitam Maksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya. Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering memeras ugut masyarakat pelombong di situ. 88. Anjing Kurap Maksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya. Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke sana ke mari. 89. Api Peperangan Maksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan. Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh menyebabkan tercetusnya api peperangan. 90. Api Percintaan Maksud: Perasaan cinta yang meluap-luap. Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid. 91. Arang Di Dahi Maksud: Mendapat malu. Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak mahkamah membuktikan dia tidak bersalah. 92. Arang Di Kening Maksud: Mendapat malu. 93. Maksud: Arang di muka

Mendapat malu. 94. Asam Garam Maksud: Pengalaman. Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh Pak Dollah. 95. Atas Angin Maksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah. Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin. 96. Atas Nama Maksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan. Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu Kampung Jenerak. 97. Atas Pagar: Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak. Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana meminati keduadua pasukan itu. 98. Ayam Jalak: Maksud: Orang yang berani. Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut. 99. Ayam Tambatan: Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan). Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.

Sumber diperolehi dari seribahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'B' 1. Babi Buta = Membabi Buta Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir. Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam terkorban. 2. Bahasa Ibunda Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum. Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin. 3. Bahasa Kasar = Berbahasa Kasar Maksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.

Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh dengan kakaknya. 4. Bahasa Pasar Maksud: Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya. Contoh Ayat: Jangan menggunakan bahasa pasar apabila membuat karangan. 5. Baik Budi Maksud: Baik hati. Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua. 6. Baik Hati Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada rumah anakanak yatim. 7. Baik Sangka Maksud: Berpendapat yang orang lain baik. Contoh Ayat: Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap semua orang. 8. Balas Budi = Membalas Budi Maksud: Balas jasa dan berterima kasih. Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya sebagai membalas budi keluarga angkatnya itu. 9. Balas Guna Maksud: Balas jasa dan berterima kasih. 10. Balik Gagang = Berbalik Gagang Maksud: Berpihak kepada musuh. Contoh Ayat: Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya, Ahmad telah berbalik gagang dengan membocorkan rahsia syarikatnya. 11. Balik Hati = Berbalik Hati Maksud: Berubah pendirian. Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi meninggalkan kampungnya. 12. Bangkai Bernyawa Maksud: Orang yang tidak berguna. Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa. 13. Bantal Lengan = Berbantal Lengan Maksud: Kehidupan yang terlalu miskin. Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan dia jarang bergaul dengan jiran tetangganya. 14. Banting Tulang = Membanting Tulang Maksud: Bekerja bermati-matian. Contoh Ayat: Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga. 15. Banyak Akal

Maksud: Banyak helah. Contoh Ayat: Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya. 16. Banyak Cakap Maksud: Orang yang suka berleter. Contoh Ayat: Halijah banyak cakap sehingga pening kepala saya mendengarnya. 17. Banyak Mulut Maksud: Orang yang suka berleter. 18. Bapa Angkat Maksud: Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah. Contoh Ayat: Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri kata Salmah kepada Karim. 19. Bapa Kandung Maksud: Bapa sebenar. Contoh Ayat: Bapa kandung saya tinggal di Perak. 20. Basuh Mulut = Pembasuh Mulut Maksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas makan. Contoh Ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai sebagai pembasuh mulut. 21. Batu Api Maksud: Orang yang suka menghasut. Contoh Ayat: Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya. 22. Batu Loncatan Maksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai hajat yang lebih besar. Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan. 23. Bau-Bau Bacang Maksud: Persaudaraan yang jauh. Contoh Ayat: Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana kami memang ada baubau bacang. 24. Bawa Alamat Maksud: Memberi tanda. Contoh Ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan. 25. Bawa Diri = Membawa Diri 26. Bawa Hati Maksud: Merajuk. Contoh Ayat: Setelah pinangannya ditolak, Amar bawa hati dan belayar ke negeri orang. 27. Bawa Hidup Maksud: Merantau mencari penghidupan.

Contoh Ayat: Rahul bawa hidup ke Malaysia untuk mencari pendapatan yang halal. 28. Bawa Mati Maksud: Menyebabkan mati. Contoh Ayat: Penyakit kanser boleh bawa mati jika tidak diubati di peringkat awal. 29. Bawa Mulut Maksud: Bercerita tentang keburukan orang lain. Contoh Ayat: Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya. 30. Bawa Nasib Maksud: Merantau mencari penghidupan. 31. Bawa Nyawa Maksud: Menyelamatkan diri. Contoh Ayat: Masing-masing bawa nyawa dengan lari bertempiaran ketika gempa bumi berlaku. 32. Bawa Sial = Membawa Sial Maksud: Mendatangkan malang. Contoh Ayat: Tiada siapa yang membawa sial. Semuanya telah ditakdirkan Allah. 33. Bawa Tempurung Maksud: Minta sedekah. Contoh Ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung. 34. Bawa Tuah = Membawa Tuah Maksud: Mendatangkan keuntungan. Contoh Ayat: Tindakan Ahmad membeli anak syarikat itu membawa tuah kepada perniagaannya. 35. Bawah Angin Maksud: Negeri-negeri di sebelah Timur. Contoh Ayat: Kapal itu belayar ke negeri bawah angin. 36. Bawah Bendera Maksud: Berada dalam perlindungan sesuatu kuasa. Contoh Ayat: Pada suatu masa dahulu negeri-negeri di Tanah Melayu berada bawah bendera Inggeris. 37. Bawah Tanah Maksud: Pergerakan rahsia atau pergerakan gelap. Contoh Ayat: Ketika zaman darurat, tentera komunis menjalankan pergerakan bawah tanah. 38. Bayang Kata = Dibayang Kata Maksud: Dikias. Contoh Ayat: Semasa makan malam, Mak Long telah dibayang kata oleh ayah tentang sikap cemburunya itu. 39. Bayar Nyawa Maksud: Mengorbankan diri. Contoh Ayat: Mak Melur sanggup bayar nyawa untuk mendapatkan hak penjagaan anak

lelakinya daripada bekas suaminya. 40. Bekas Tangan Maksud: Sesuatu yang diusahakan. Contoh Ayat: "Terendak yang cantik ini adalah bekas tangan Syamsiah," kata Pak Mail memuji menantunya. 41. Belah Bumi = Membelah Bumi Maksud: Bunyi yang sangat kuat. Contoh Ayat: Petir yang membelah bumi petang tadi amat menakutkan saya. 42. Belah Hati = Berbelah Hati Maksud: Tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan. Contoh Ayat: Usahlah berbelah hati untuk meninggalkan keluarga demi mencari masa depan yang lebih baik. 43. Belahan Hati Maksud: Orang yang sangat dikasihi. Contoh Ayat: Anak bongsunya itulah belahan hatinya. 44. Belahan Jiwa Maksud: Orang yang sangat dikasihi. 45. Belahan Nyawa Maksud: Orang yang sangat dikasihi. 46. Belakang Hari Maksud: Kemudian hari. Contoh Ayat: "Berusahalah dengan bersungguh-sungguh, supaya hidup kamu senang belakang hari," nasihat ayah kepada abang. 47. Bendera Putih Maksud: Mengaku kalah. Contoh Ayat: Tentera Siam terpaksa mengibarkan bendera putih kerana tidak sanggup menentang serangan kerajaan Melaka yang hebat itu. 48. Bengkak Perut Maksud: Berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu. Contoh Ayat: Rajan bengkak perut apabila ibunya menghadiahkan abangnya sebuah rumah. 49. Berat Lalat Maksud: Pura-pura berani. Contoh Ayat: Dia berani lalat sahaja apabila mengaku akan menjaga dusun durian pada waktu malam. 50. Berani Mati Maksud: Tidak takut mati. Contoh Ayat: Angkatan Tentera Malaysia berani mati dalam mempertahankan tanah air tercinta. 51. Berat Bibir

Maksud: Orang yang pendiam. Contoh Ayat: Menantu saya berat bibir tetapi rajin ke dapur. 52. Berat Hati Maksud: Kurang senang. Contoh Ayat: Berat hati saya melepaskan dia pergi seorang diri. 53. Berat Kaki Maksud: Malas. Contoh Ayat: Dia berat kaki untuk ke pesta hari jadi temannya. 54. Berat Lidah Maksud: Tidak dapat berkata-kata. Contoh Ayat: Berat lidah Jimah hendak menceritakan hal sebenar kepada ibunya. 55. Berat Mata Maksud: Mengantuk. Contoh Ayat: Baru pukul sembilan malam adik sudah berat mata. 56. Berat Mulut Maksud: Orang yang pendiam. 57. Berat Sebelah Maksud: Tidak adil. Contoh Ayat: Sikapnya yang berat sebelah mengecewakan saya. 58. Berat Tangan Maksud: Pemalas. Contoh Ayat: Saedah memang berat tangan. Dia hanya tidur dan tidak mahu menolong kakaknya di dapur. 59. Berat Tulang Maksud: Pemalas. 60. Beri Jalan Maksud: Beri pendapat atau fikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Contoh Ayat: "Beri jalan untuk menyelesaikan masalah adik kamu ini," kata ibu kepada abang. 61. Beri Muka Maksud: Memanjakan. Contoh Ayat: Kalau kerap diberi muka, mereka akan menjadi malas. 62. Berita Hangat Maksud: Berita baharu yang menjadi perbualan. Contoh Ayat: Kisah seorang kanak-kanak berumur lapan tahun yang bijak Matematik menjadi berita hangat dalam semua akhbar tempatan. 63. Besar Cakap Maksud: Orang yang suka bercakap sombong. Contoh Ayat: Akmal besar cakap sahaja tetapi dia sebenarnya bukanlah orang yang berharta.

64. Besar Hati = Berbesar Hati Maksud: Gembira. Contoh Ayat: Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan meriah oleh orang bawahannya. 65. Besar Kepala Maksud: Tidak mahu mendengar nasihat, degil. Contoh Ayat: Lijah menjadi besar kepala semenjak kematian ayahnya. 66. Besar Mulut Maksud: Suka bercakap besar. Contoh Ayat: "Jangan suka besar mulut menceritakan kekayaan keluarga kita yang tak seberapa," kata kakak. 67. Besar Perut Maksud: Hamil. Contoh Ayat: Kami bakal mendapat anak saudara kerana kakak sudah besar perut. 68. Betul Bendul Maksud: Orang yang lurus dan ada kalanya bodoh. Contoh Ayat: Jamil memang betul bendul, sebab itulah orang suka mempermain-mainkannya. 69. Biang Keladi Maksud: Orang atau hal yang menjadi punca kejahatan. Contoh Ayat: Rajoolah yang menjadi biang keladinya dalam kes kecurian lembu baru-baru ini. 70. Bidan Tarik Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba. Contoh Ayat: Majlis keraian itu diadakan secara bidan tarik menyebabkan ramai yang tidak hadir. 71. Bidan Terjun Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba. 72. Bintang Gelap Maksud: Bernasib malang. Contoh Ayat: Kehidupannya umpama bintang gelap setelah kakinya dipotong akibat kecederaan serius yang dialaminya dalam kemalangan tempoh hari. 73. Bintang Hati Maksud: Orang kesayangan kekasih. Contoh Ayat: Zahid berasa gelisah kerana bintang hatinya akan ke luar negara. 74. Bintang Terang Maksud: Nasib baik. Contoh Ayat: Sejak tamat pelajaran, dia berbintang terang kerana mendapat pekerjaan yang baik. 75. Bongkar Sauh

76. Bongkok Sabut Maksud: Bongkok sedikit. Contoh Ayat: Pemuda yang bongkok sabut itulah suami saya. 77. Bongkok Udang Maksud: Terlalu bongkok kerana tua. Contoh Ayat: Nenek yang bongkok udang itu masih kuat membuat kerja-kerja di kebunnya. 78. Buah Bibir Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai. Contoh Ayat: Kisah pendakian Gunung Everest itu masih menjadi buah bibir rakyat Malaysia. 79. Buah Cakap Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai. 80. Buah Fikiran Maksud: Pendapat. Contoh Ayat: Dalam mesyuarat, buah fikiran ahli yang hadir perlu diambil kira. 81. Buah Hati Maksud: Orang kesayangan kekasih. 82.Buah Helah Maksud: Mencari helah. 83. Buah Kalam Maksud: Hasil tulisan atau karya. Contoh Ayat: Novel itu adalah buah kalam Hamid yang pertama. 84. Buah Mulut Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai. 85. Buah Pena Maksud: Hasil tulisan atau karya. 86. Buah Tangan Maksud: Hadiah. Contoh Ayat: Kami membawa buah tangan semasa melawat Zaini di hospital. 87. Bual Kosong Maksud: Bercakap tentang perkara yang tidak penting. Contoh Ayat: Zalina dan Badariah suka berbual kosong di serambi rumah. 88. Buang Adat Maksud: Tidak menggunakan sesuatu adat lagi. Contoh Ayat: Kita perlu buang adat yang menyalahi hukum agama. 89. Buang Air Besar Maksud: Berak. Contoh Ayat: Hari ini sudah tiga kali dia buang air besar.

90. Buang Air Kecil Maksud: Kencing. Contoh Ayat: Penyakit batu karang menyebabkan penghidapnya berasa sakit ketika membuang air kecil. 91. Buang Anak = Membuang Anak Maksud: Menggugurkan anak. Contoh Ayat: Membuang anak merupakan perbuatan yang dikeji oleh Tuhan. 92. Buang Arang Di Muka Maksud: Menghilangkan malu. Contoh Ayat: Pak Lah menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada jemaah masjid di kampung itu bagi membuang arang di mukanya. 93. Buang Diri = Membuang Diri Maksud: Merantau. Contoh Ayat: Dia membuang diri setelah difitnah mengganggu anak dara orang. 94. Buang Lelah Maksud: Berehat untuk meredakan kepenatan. Contoh Ayat: Beberapa buah wakaf telah dibina dalam taman rekreasi itu sebagai tempat buang lelah. 95. Buang Malu Maksud: Menghilangkan malu. 96. Buang Muka = Membuang Muka Maksud: Tidak suka. Contoh Ayat: Dia membuang muka apabila bertemu dengan pemuda yang mengganggunya. 97. Buang Negeri = Dibuang Negeri Maksud: Diperintah keluar dari sesebuah negeri. Contoh Ayat: Ken Long dijatuhi hukuman buang negeri, setelah didapati bersalah kerana menyertai kongsi gelap. 98. Buang Sauh Maksud: Berlabuh. Contoh Ayat: Kapal itu buang sauh di pelabuhan yang berhampiran setelah sebulan belayar tanpa henti. 99. Buang Sial Maksud: Berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang. Contoh Ayat: Kebiasaan penduduk di situ akan mengadakan adat mandi bunga sebagai usaha buang sial. 100. Buang Tabiat Berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia. 101. Buang ubat

Maksud: Tembakan yang tidak kena pada sasarannya. Contoh Ayat: Buang ubat sahaja, kerana gagak yang ditembak tidak pun kena. 102. Buat Akal Maksud: Mencari helah. Contoh Ayat: Dia buat akal apabila disuruh membuat kerja sekolah. 103. Buat Bodoh Maksud: Pura-pura tidak tahu akan sesuatu. Contoh Ayat: Uyob buat bodoh apabila orang lain heboh tentang kehilangan motosikal yang diletakkan di depan rumahnya. 104. Buat Jahat = Berbuat Jahat Maksud: Melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan lelaki dan perempuan. Contoh Ayat: Dia dituduh berbuat jahat dengan anak gadis Tuk Penghulu. 105. Buat Perkara Maksud: Berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik. Contoh Ayat: Salina terpaksa berhenti kerja kerana suaminya buat perkara. 106. Buaya Darat Maksud: Orang yang suka memperdaya perempuan. Contoh Ayat: Perangai Pak Ya yang buaya darat itu telah dimaklumi jiran tetangganya. 107. Bujur Sirih Maksud: Bentuk muka seolah-olah bentuk sirih. Contoh Ayat: Mukanya yang bujur sirih itu bertambah ayu apabila dia memakai selendang sutera putih. 108. Buka Langkah Seribu Maksud: Lari kerana takut disebabkan sesuatu. Contoh Ayat: Fuad buka langkah seribu apabila dikejar oleh Pak Mat. 109. Buka Mata Maksud: a) Melihat dan meluaskan pandangan. b) Menyedarkan atau menginsafkan orang lain. Contoh Ayat: a) Kunjungan ke Kashmir telah membuka mata saya tentang keindahan alam semula jadinya. b) Setelah Adi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana barulah saudara-maranya buka mata. 110. Buka Mulut Maksud: a) Berkata-kata. b) Mengadu untuk mendapatkan pertolongan. Contoh Ayat: a) Semua yang ada tidak berani buka mulut apabila melihat Pak Busu Berang. b) Saya terpaksa buka mulut untuk meminjam wang daripadanya. 111. Buka Pintu Maksud: Memberi peluang. Contoh Ayat: Bantuan modal itu telah membuka pintu kepada peniaga kecil untuk memulakan perniagaan mereka.

112. Buka Tanah = Membuka Tanah Maksud: Mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman di atas hutan atau tanah yang terbiar. Contoh Ayat: Peneroka Felda telah buka tanah untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit. 113. Buka Telinga Maksud: Mendengar baik-baik. Contoh Ayat: Bala sentiasa buka telinga dan menerima nasihat orang yang telah lama bertugas di syarikat itu. 114. Buka Tembelang Maksud: Membocorkan rahsia. Contoh Ayat: Si Hamid telah membuka tembelang dengan mengatakan Si Guna yang mencuri kambing Kurupaya. 115.Buku Lima Maksud: Penumbuk. Contoh Ayat: Yunus naik marah lalu menunjukkan buku limanya ke arah Amran. 116. Bulan Kesiangan Maksud: Berwajah pucat. Contoh Ayat: Mukanya seperti bulan kesiangan apabila dia tidak bersolek. 117. Bulan Madu Maksud: Pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin. Contoh Ayat: Pengantin baru itu bercadang untuk berbulan madu di Langkawi. 118. Bulan penuh Maksud: Cantik. Contoh Ayat: Mukamu bagai bulan penuh. Saya suka menatapnya. 119. Bulat Fikiran Maksud: Mengambil keputusan yang tetap. Contoh Ayat: Dia telah bulat fikiran untuk meneruskan pelajarannya ke luar negeri. 120. Bulat Kata Maksud: Keazaman yang bersungguh-sungguh. Contoh Ayat: Keluarga Khadijah telah bulat kata hendak mewakafkan tanah pusaka mereka untuk dijadikan tapak sekolah agama. 121. Bunga Bangsa Maksud: Orang yang berjasa kepada negara. Contoh Ayat: Jasa perajurit yang gugur di perbatasan akan sentiasa dikenang sebagai bunga bangsa. 122. Bunga Bibir Maksud: Kata-kata yang manis. Contoh Ayat: Jangan mudah terpengaruh dengan bunga bibirnya. 123. Bunga Dedap

Maksud: Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa. Contoh Ayat: Tina laksana bunga dedap, harapkan rupanya sahaja cantik tetapi tidak tahu menghormati jiran tetangga. 124. Buru Hutang = Diburu Hutang Maksud: Terdesak kerana berhutang. Contoh Ayat: Hidup Chee An sentiasa diburu hutang kerana dia suka berjudi. 125. Buru Nafsu = Terburu Nafsu Maksud: Melakukan sesuatu secara terburu-buru. Contoh Ayat: Jangan terburu nafsu dalam mengambil keputusan, fikirlah baik buruknya. 126. Buru Pangkat = Memburu Pangkat Maksud: Berusaha mencari pangkat. Contoh Ayat: Walaupun mahu memburu pangkat, tetapi janganlah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. 127. Buru Pelajaran = Memburu Pelajaran Maksud: Berusaha mencari ilmu pengetahuan. Contoh Ayat: Encik Azlan masih terus memburu pelajaran pada usia enam puluhan. 128. Buruk Hati Maksud: Orang yang jahat. Contoh Ayat: Perempuan yang buruk hati itu tidak membenarkan anak saudaranya menumpang di rumahnya. 129. Buruk Laku Maksud: Kelakuan tidak senonoh. Contoh Ayat: Perangai Ahmad yang buruk laku menyebabkan dia tersisih daripada masyarakat. 130. Buruk Makan Maksud: Pelahap. Contoh Ayat: Budak yang buruk makan itu, membedal semua kuih-muih yang dihidang di atas meja. 131. Buruk Mulut Maksud: Percakapan yang kasar. Contoh Ayat: Sejak pulang daripada menunaikan haji, perangai buruk mulutnya telah tiada, sebaliknya dia bercakap dengan lemah lembut. 132. Buruk Perut Maksud: Kuat makan. Contoh Ayat: Orang yang buruk perut mudah mendapat penyakit. 133. Buruk sSngka Maksud: Menaruh curiga. Contoh Ayat: "Jangan buruk sangka kepada kata-kata Zalina, entahkan dia berniat baik," kata Fairuz kepada Azri. 134. Buruk Selera

Maksud: Makan apa sahaja. Contoh Ayat: Jauhkan amalan buruk selera dan makanlah makanan yang seimbang. 135. Buruk Siku Maksud: Meminta barang yang telah diberikan. Contoh Ayat: Agus buruk siku kerana meminta semula motosikal buruk yang telah diberikan kepada adiknya. 136. Busuk Budi Maksud: Perangai yang jahat. Contoh Ayat: Sikapnya yang busuk budi itu tidak disukai oleh saudara-maranya. 137. Busuk Hati Maksud: Orang yang berhati jahat. Contoh Ayat: Dia busuk hati walaupun dengan kakaknya sendiri. 138. Busung Dada Maksud: Sombong. Contoh Ayat: Azri bersikap busung dada sejak ayahnya dilantik menjadi wakil rakyat di daerah itu. 139. Buta Ayam = Rabun Ayam Maksud: Mata yang rabun menjelang senja. Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia buta ayam. 140. Buta Hati Maksud: Bersikap kejam. Contoh Ayat: Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh orang tua yang tidak berdaya itu. 141. Buta Huruf Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis. Contoh Ayat: Walaupun Ah Seng buta huruf, dia sentiasa memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran. 142. Buta Kayu Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis. 143. Buta Malam Maksud: Rabun pada waktu malam. Contoh Ayat: Dia tidak dapat hadir dalam aktiviti rukun tetangga pada waktu malam kerana dia buta malam. 144. Buta Perut Maksud: Tidak bertimbang rasa. Contoh Ayat: Kita janganlah jadi orang yang buta perut, perlulah fikirkan nasib mereka yang malang. 145. Buta Warna Maksud: Tidak dapat membezakan warna.

Contoh Ayat: Satu daripada syarat untuk mengikuti program "Memandu Kapal Terbang" ialah peserta tidak buta warna.
Sumber diperolehi dari seribahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'C' 1. Cabut Nyawa Maksud: Membunuh. Contoh Ayat: "Janganlah kau cabut nyawaku," pinta Rashidah. 2. Cacing Gila Maksud: Meronta-ronta. Contoh Ayat: Kesakitan yang dialaminya menyebabkan dia seperti cacing gila. 3. Cacing Kepanasan Maksud: Gelisah. Contoh Ayat: Dia seperti cacing kepanasan apabila disoal polis. 4. Cacing Naik Ke Mata Maksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau. Contoh Ayat: "Nampaknya perbuatan pegawai Inggeris itu seperti cacing naik ke mata," kata Tuk Penghulu. 5. Cahaya Mata Maksud: Anak. Contoh Ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata yang kedua. 6. Cakap Angin Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah. Contoh Ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke perpustakaan. 7. Cakap Besar Maksud: Meninggi diri. Contoh Ayat: Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya. 8. Cakap Mulut Maksud: Bahasa yang digunakan dalam percakapan harian. Contoh Ayat: Terdapat perbezaan antara bahasa tulisan dengan cakap mulut. 9. Cakap Tinggi Maksud: Meninggi diri. 10. Cakar Awan = Pencakar Awan Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi. Contoh Ayat: Di kota besar banyak bangunan pencakar awan.

11. Cakar Ayam Maksud: Tulisan yang buruk. Contoh Ayat: Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca. 12. Cakar Langit = Pencakar Langit Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi. 13. Campur Cakap Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain. Contoh Ayat: "Kamu jangan campur cakap kalau kamu tidak tahu perkara yang sebenarnya," kata ayah. 14. Campur Mulut Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain. 15. Campur Tangan Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain. 16. Cangkul Angin Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia. Contoh Ayat: Ah Lau cangkul angin sahaja kerana perniagaannya tidak membawa keuntungan. 17. Cari Akal = Mencari Akal Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. Contoh Ayat: Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan persekolahan anak-anaknya. 18. Cari Bala Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. Contoh Ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan kepada pendatang asing. 19. Cari Fasal Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan. Contoh Ayat: Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan menendang kasut Kasim. 20. Cari Fikiran Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. 21. Cari Ikhtiar Maksud: Berusaha bersungguh-sungguh. Contoh Ayat: Limah sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit anaknya. 22. Cari jalan Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. 23. Cari Makan Maksud: Bekerja atau mencari rezeki. Contoh Ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari makan kerana masalah pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

24. Cari Muka Maksud: Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran. Contoh Ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada. 25. Cari Nama = Mencari Nama Maksud: Berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai. Contoh Ayat: Siti Nurhaliza mencari nama dengan melibatkan diri dalam bidang nyanyian. 26. Cari Rezeki Maksud: Bekerja atau mencari rezeki. 27. Cari Salah Maksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang. Contoh Ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan membuka semula laporan peribadi kawannya itu. 28. Cari Seteru Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan. 29. Cari Susah Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. 30. Cecah Bahu = Mencecah Bahu Maksud: Sampai ke paras bahu. Contoh Ayat: Rambut anak gadisnya dibiarkan panjang hingga mencecah bahu. 31. Cecah Bumi = Mencecah Bumi Maksud: Jejak ke bumi. Contoh Ayat: Pohon teratai tumbuh di air dan akarnya tidak mencecah bumi. 32. Cepat Lidah Maksud: Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu. Contoh Ayat: Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah menyebabkan kami berasa tersinggung. 33. Cepat Mulut Maksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya. Contoh Ayat: Sikap Murni yang cepat mulut menyebabkan rakan-rakan menjauhinya. 34. Cepat Tangan Maksud: Orang yang suka mencuri. Contoh Ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis. 35. Cerai Hidup Maksud: Suami isteri yang bercerai ketika hidup. Contoh Ayat: Kamisah bercerai hidup dengan suaminya sejak sepuluh tahun lalu. 36. Cerai Kasih = Bercerai Kasih Maksud: Putus percintaan. Contoh Ayat: Akibat bercerai kasih dengan tunangannya, dia membawa diri ke ibu kota.

37. Cerai Mata = Bercerai Mata Maksud: Berpisah. Contoh Ayat: Sejak bercerai mata dengan ibunya, anak kecil itu sering menangis. 38. Cerai Mati = Bercerai Mati Maksud: Suami isteri yang bercerai kerana salah seorang daripadanya meninggal dunia. Contoh Ayat: Kalsom bercerai mati dengan suami pertamanya yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. 39. Cerai Susu = Bercerai Susu Maksud: Bayi yang telah berhenti menghisap susu. Contoh Ayat: Bayi itu telah diberikan makanan pejal sejak bercerai susu. 40. Cerita Burung Maksud: Berita yang tidak berasas. Contoh Ayat: Jangan percaya dengan berita yang dikhabarkan oleh Si Husin kerana itu semua cerita burung belaka. 41. Cermin Bangkai = Bercermin Bangkai Maksud: Menanggung malu akibat sesuatu kejadian. Contoh Ayat: Lebih baik mati daripada hidup bercermin bangkai. 42. Cuci Mata Maksud: a) Melihat pemandangan yang cantik. b) Melihat perempuan yang cantik-cantik. Contoh Ayat: a) Semasa bercuti di Air Terjun Lasir dapatlah kami mencuci mata melihat keindahan alam semula jadi di sekitarnya. b) Kasim suka duduk-duduk di serambi rumahnya sambil mencuci mata melihat gadis yang lalu di hadapan rumahnya. 43. Cuci Perut Maksud: Membersihkan perut dengan julap dan lain-lain. Contoh Ayat: Doktor menyuruh saya cuci perut sebelum pembedahan dilakukan. 44. Cuci Tangan Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan. Contoh Ayat: Dia cuci tangan setelah melanggar kambing kepunyaan Mutusamy. 45. Cucur Keringat Maksud: Bekerja keras. Contoh Ayat: Nasir terpaksa cucur keringat untuk mengisi perut anaknya yang lima orang itu. 46. Cucur Peluh Maksud: Bekerja keras. 47. Cupak Hanyut Maksud: Lenggang yang lembut.

Contoh Ayat: Gaya berjalan Mak Long bagai cupak hanyut. 48. Curi Hati = Mencuri Hati Maksud: Memikat hati. Contoh Ayat: Tingkah laku Ayu yang lemah lembut telah mencuri hati Hasyim. 49. Curi Tulang Maksud: Pemalas. Contoh Ayat: Orang lain sibuk bekerja di dapur tetapi dia curi tulang dengan berbual-bual di serambi.
Sumber diperolehi dari seribahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'D' 1. Dabik Dada = Mendabik Dada Maksud: Menunjuk-nunjukkan keberanian atau kebanggaan. Contoh Ayat: Dia mendabik dada dan mencabar sesiapa sahaja yang berani menentangnya. 2. Dagang Piatu Maksud: Orang asing yang tidak mempunyai saudara-mara. Contoh Ayat: Ameer berasal dari Bangladesh dan dia dagang piatu di Malaysia. 3. Daki Dunia Maksud: Harta dunia. Contoh Ayat: Hidup mesti amanah, jangan mudah terpengaruh dengan daki dunia. 4. Dakwat Tumpah Maksud: Rambut yang hitam lebat. Contoh Ayat: Rambut Rozita yang bagai dakwat tumpah itu sungguh cantik dipandang. 5. Dalam Kekeringan Maksud: Sewaktu seseorang itu tidak mempunyai wang. Contoh Ayat: Saya dalam kekeringan bulan ini kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membaiki kereta saya yang rosak. 6. Dalam Tangan Maksud: Sesuatu yang pasti akan dimiliki. Contoh Ayat: Pasukan Selangor berjaya ke perlawanan akhir bola sepak Piala Diraja, sekurangkurangnya untuk menjadi naib juara sudah dalam tangan. 7. Dapat Hati Maksud: Beroleh cinta, cinta yang berbalas. Contoh Ayat: Sejak dapat hati daripada gadis sebelah rumah, Jusoh sering kelihatan tersenyum sendirian. 8. Dapat Khabar = Mendapat Khabar

Maksud: Menerima berita. Contoh Ayat: Pak Leman mendapat khabar anaknya menjadi pelajar terbaik di United Kingdom. 9. Dapat Malu = Mendapat Malu Maksud: Menanggung malu. Contoh Ayat: Ah Hok mendapat malu apabila dia ditangkap kerana mengedar dadah. 10. Dapat Nama = Mendapat Nama Maksud: Menjadi terkenal. Contoh Ayat: Anisa mendapat nama setelah memenangi hadiah pertama peraduan mengarang cerpen. 11. Dapat Terpijak Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka. Contoh Ayat: Zainon dapat terpijak hadiah bonus yang bernilai RM5000. 12. Darah Daru Setampuk Pinang Maksud: Masih muda. Contoh Ayat: Walaupun Sira seperti darah baru setampuk pinang dia berani berhadapan dengan musuh di perbatasan. 13. Darah Daging Maksud: Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri. Contoh Ayat: Anak abang saya adalah darah daging saya. 14. Darah Gemuruh Maksud: Mudah gugup. Contoh Ayat: Swee King tewas dalam pertandingan syarahan itu kerana dia darah gemuruh. 15. Darah Manis Maksud: Mudah mendapat bahaya atau kecederaan. Contoh Ayat: Orang yang sedang bertunang dikatakan berdarah manis dan perlu sentiasa berhatihati apabila melakukan sesuatu kerja. 16. Darah Panas Maksud: Cepat marah. Contoh Ayat: Berhati-hati apabila bercakap dengannya kerana dia darah panas. 17. Darah Putih Maksud: Keturunan bangsawan. Contoh Ayat: Kassim sebenarnya berdarah putih dan nama sebenarnya ialah Raja Kassim bin Raja Alauddin. 18. Datuk Nenek Maksud: Leluhur. Contoh Ayat: Petua datuk nenek tidak harus dilupakan. 19. Delima Merekah Maksud: Warna bibir yang cantik. Contoh Ayat: Bibirnya yang bagai delima merekah itu sentiasa mengukir senyuman.

20. Depan Hidung = Di Depan Hidung Maksud: Terlalu dekat. Contoh Ayat: Bakul besar yang di depan hidung pun dia tidak nampak, apalagi kalau disuruh mencari jarum. 21. Detak Hati Maksud: Perasaan, kata hati. Contoh Ayat: Detak hatinya mengatakan bahawa adiknya masih hidup. 22. Detik Jantung Maksud: Bunyi degup jantung. Contoh Ayat: Seakan terhenti detik jantung Ayu apabila mendengar berita kematian sahabat baiknya. 23. Diam Diri = Berdiam Diri Maksud: Tidak berkata-kata. Contoh Ayat: Dia hanya berdiam diri dalam mesyuarat itu. 24. Diam Penggali Maksud: Orang yang diam dan memudaratkan dirinya. Contoh Ayat: Kalau tidak faham hendaklah bertanya, jangan jadi diam penggali. 25. Diam-Diam Lepu Maksud: Pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali. Contoh Ayat: Jangan percayakan Azhar itu kerana dia diam-diam lepu. 26. Diam-Diam Ubi Maksud: Orang yang diam tetapi pandai dan rajin. Contoh Ayat: Lisa diam-diam ubi, nampak pendiam tetapi keputusan peperiksaannya sangat cemerlang. 27. Dingin Hati Maksud: Tidak riang. Contoh Ayat: Dila dingin hati di majlis hari jadinya kerana ayahnya telah tiada lagi. 28. Dingin Kepala Maksud: Berfikiran tenang dan waras. Contoh Ayat: Membuat sesuatu keputusan, biarlah ketika dingin kepala. 29. Dingin Tangan Maksud: Orang yang pekerjaannya selalu berjaya. Contoh Ayat: Puan Lim dingin tangan kerana sayur-sayuran yang ditanamnya menjadi belaka. 30. Duduk Perut Maksud: Hamil. 31. Duit Kopi Maksud: Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah. Contoh Ayat: Zali memberi RM50 sebagai duit kopi kepada Abu.

32. Durian Runtuh Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.

Sumber diperolehi dari seribahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'E' 1. Ekor Belangkas Maksud: Pedang atau golok yang berbentuk ekor belangkas. Contoh Ayat: Ekor belangkas yang dipamerkan di muzium itu adalah hasil ukiran anak Kelantan. 2. Ekor Lipas Maksud: Rambut pada lubang tengkuk. Contoh Ayat: Anak remaja sekarang gemar dengan fesyen rambut ekor lipas. 3. Ekor Mata Maksud: Sudut mata. Contoh Ayat: Dia memandang saya dengan ekor mata yang tajam. 4. Ekor Pulau Maksud: Hujung pulau. Contoh Ayat: Tanah di bahagian ekor pulau itu sangat subur. 5. Elok Budi Maksud: Berkelakuan baik, bersopan dan pemurah. Contoh Ayat: Jalilah yang sentiasa elok budinya merupakan menantu kesayangan Mak Cik Puteh. 6. Emas Putih Maksud: Campuran emas berwarna putih. Contoh Ayat: Cincin perkahwinannya yang diperbuat daripada emas putih itu berharga beriburibu ringgit. 7. Emas Tempawan Maksud: Orang yang dikasihi. Contoh Ayat: Anak tunggalnya Si Melati itulah emas tempawan baginya. 8. Embun Betina Maksud: Titis embun yang kecil-kecil. Contoh Ayat: Embun betina yang turun mendinginkan lagi suasana malam itu. 9. Embun Jantan Maksud: Titis embun yang besar-besar.

Sumber diperolehi dari seribahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'F' 1. Faham Kiri = Berfahaman Kiri Maksud: Berfikiran politik yang radikal. Contoh Ayat: Dia berfahaman kiri dan suka menentang kerajaan. 2. Fajar Menyingsing Maksud: Awal pagi. Contoh Ayat: Kami akan memulakan ekspedisi mendaki Gunung Ledang sebelum fajar menyingsing.
Sumber diperolehi dari seribahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'G' 1.Gadai Bergolok = Bergadai Bergolok Maksud: Berbelanja sehingga berhabis. Contoh Ayat: Arfah bergadai bergolok untuk mengadakan kenduri kahwin anak tunggalnya. 2. Gadai Nyawa = Bergadai Nyawa Maksud: Meletakkan diri dalam keadaan yang boleh membawa maut. Contoh Ayat: Mei Kee bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya dalam kebakaran itu. 3. Gadis Sunti Maksud: Anak perempuan yang belum baligh. Contoh Ayat: Gadis sunti itu sudah biasa membuat kerja-kerja di dapur apabila ibunya tiada di rumah. 4. Gaji Buta Maksud: Mendapat gaji tanpa perlu bekerja bersungguh-sungguh. Contoh Ayat: Saya mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab ini bersungguh-sungguh supaya tidak makan gaji buta sahaja. 5. Gaji Pokok Maksud: Gaji tanpa bayaran yang lain. Contoh Ayat: Walaupun gaji pokok saya kecil tetapi elaunnya lumayan. 6. Gambaran Hidup Maksud: Teladan. Contoh Ayat: Kita patut menjadikan kejadian tanah runtuh itu sebagai gambaran hidup.

7. Ganti Tikar Maksud: Berkahwin dengan adik isteri setelah isteri meninggal dunia. Contoh Ayat: Arif rela ganti tikar daripada mengahwini perempuan lain tambahan pula anakanaknya amat manja dengan adik iparnya itu. 8. Garam Hidup Maksud: Pengalaman. Contoh Ayat: Semasa berada di rantau orang sudah tentu banyak garam hidup yang kita tempuhi. 9. Gatal Mulut Maksud: Suka bercerita keburukan orang. Contoh Ayat: Tidak salah berbual-bual dengan jiran tetangga asalkan tidak gatal mulut. 10. Gatal Tangan Maksud: Suka membuat yang bukan-bukan. Contoh Ayat: Saya tidak mahu membawa Halizah ke rumah Mak Busu kerana dia suka gatal tangan sehingga habis bunga Mak Busu dirosakkan. 11. Gelap Buta Maksud: Sangat gelap. Contoh Ayat: "Salmah, jangan berjalan dalam gelap buta seorang diri, takut terjadi sesuatu yang tidak diingini," nasihat Pak Mat kepada anaknya. 12. Gelap Fikiran Maksud: Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah. Contoh Ayat: Tamam mengamuk kerana dia menjadi gelap fikiran apabila melihat rumahnya dibakar. 13. Gelap Hati Maksud: Sukar memahami pelajaran. Contoh Ayat: Murid yang gelap hati dalam mata pelajaran Matematik akan diberikan bimbingan khusus. 14. Gelap Mata Maksud: A) Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah. B) Pitam. Contoh Ayat: Jabu terjatuh sebaik saja kakinya mencecah di garisan penamat dalam perlumbaan 500 meter itu kerana gelap mata. 15. Gelap Pemandangan Maksud: Pitam. 16. Gelap Wang = Menggelapkan Wang Maksud: Menggunakan wang yang bukan hak. Contoh Ayat: Pekerja yang menggelapkan wang syarikat itu sekarang berada dalam tahanan polis. 17. Gelegar Buluh Maksud: Bercakap besar tetapi kosong.

Contoh Ayat: Saya tidak berminat mendengar ceramahnya kerana cakapnya lebih berbunyi gelegar buluh daripada tindakan sebenarnya. 18. Geli Hati Maksud: Rasa lucu hendak tertawa. Contoh Ayat: Geli hati saya melihat telatah badut dalam persembahan sarkas itu. 19. Gelora Hati Maksud: Perasaan yang tidak tenang. Contoh Ayat: Dia tidak dapat menahan gelora hati untuk bertemu dengan sahabat penanya dari Kashmir. 20. Gelora Semangat Maksud: Perasaan berkobar-kobar. Contoh Ayat: Bergelora semangatnya untuk mempertahankan rekod dunianya di Sukan Olimpik kali ini. 21. Gencatan Senjata Maksud: Memberhentikan peperangan. Contoh Ayat: Kedua-dua belah pihak yang berjuang telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata. 22. Gendang Paha = Bergendang Paha Maksud: Bersuka ria kerana orang lain ditimpa kesusahan. Contoh Ayat: Musuh politiknya bergendang paha apabila tersebar berita dia dijatuhi hukuman penjara. 23. Gerak Badan Maksud: Bersenam. Contoh Ayat: Setiap pagi pasukan kadet itu berkawad dan melakukan gerak badan di padang kem tentera tersebut. 24. Gerak Hati Maksud: Perasaan. Contoh Ayat: Gerak hatiku mengatakan aku akan berjaya dalam peperiksaan SPM kali ini. 25. Gerak Jalan Maksud: Latihan berjalan sebagai satu pasukan. Contoh Ayat: Rumah Biru mengadakan latihan gerak jalan pada setiap hari Sabtu. 26. Gerakan Gelap Maksud: Gerakan tidak sah yang dirahsiakan. Contoh Ayat: Pasukan polis yakin bahawa penyeludupan itu dilakukan oleh gerakan gelap yang bergiat di bahagian sempadan. 27. Gigi Air Maksud: Tepi air laut. Contoh Ayat: Indah sungguh pemandangan di gigi air pada waktu senja. 28. Gigi Hutan

Maksud: Tepi hutan. Contoh Ayat: Arsyad mencari kerbaunya yang hilang hingga ke gigi hutan. 29. Gila Angau Maksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain. Contoh Ayat: Jasiman gila angau kepada Jeha. 30. Gila Babi Maksud: Penyakit sawan babi. Contoh Ayat: Apabila penyakit gila babinya menyerang, kelam-kabut kami dibuatnya. 31. Gila Bayang Maksud: Cinta kepada seseorang yang tidak tahu dia dicintai. Contoh Ayat: "Beritahulah perasaan kamu kepadanya supaya kamu tidak dikatakan gila bayang," nasihat Zakir kepada Daud. 32. Gila Bayang-Bayang Maksud: Berhajatkan sesuatu yang mustahil. Contoh Ayat: Usah gila bayang-bayang, bersyukurlah pada apa yang telah diperoleh. 33. Gila Harta Maksud: Sentiasa mementingkan harta kekayaan. Contoh Ayat: Ibunya gila harta, pinangan orang miskin tidak akan diterima. 34. Gila Isim Maksud: Gila kerana tersalah menuntut ilmu batin. Contoh Ayat: Kasim gila isim sekembalinya daripada menuntut ilmu di Indonesia. 35. Gila Judi Maksud: Orang yang suka bermain judi. Contoh Ayat: Tabiat gila judi akan menyebabkan orang menjadi papa. 36. Gila Kuasa Maksud: Sangat ingin mendapat kuasa. Contoh Ayat: Temenggung yang gila kuasa itu sanggup memfitnah Raja Tengah. 37. Gila Pangkat Maksud: Sentiasa ingin mendapat pangkat. Contoh Ayat: Dia bekerja keras bukan kerana gila pangkat tetapi ingin meningkatkan prestasi cemerlang jabatannya. 38. Gila Perempuan Maksud: Sangat berkeinginan kepada seseorang perempuan. Contoh Ayat: Dia memang gila perempuan sampai lupa akan anak isteri di rumah. 39.Gila Talak Maksud: Teringat-ingat akan bekas isteri atau suami setelah bercerai. Contoh Ayat: Pak Leh gila talak setelah bercerai dengan Mak Leha. 40. Gila Urat

Maksud: Sangat ingin kepada lelaki atau perempuan yang dicintainya. Contoh Ayat: Hamid gila urat akan Asma sehingga sanggup mengekori Asma ke mana sahaja dia pergi. 41. Gila-Gila Air Maksud: Kurang sihat ingatan (fikiran). Contoh Ayat: Dia gila-gila air kerana ingatannya kadang-kadang tidak menentu. 42. Gila-Gila Bahasa Maksud: Kurang sihat atau tidak panjang fikiran (cepat marah, pemberani, tidak malu). Contoh Ayat: Apabila dia mula gila-gila bahasa, orang sukar untuk mempercayai cakapnya. 43. Golok Kayu Maksud: Orang bodoh yang berlagak pandai. Contoh Ayat: Dia seperti golok kayu, kononnya dia tahu segala-galanya tentang perkembangan politik negara. 44. Gulung Tikar Maksud: Muflis. Contoh Ayat: Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaannya merosot dan dia akhirnya terpaksa gulung tikar. 45. Gunting Hati = Menggunting Hati Maksud: Melukai perasaan. Contoh Ayat: Perbuatan anak gadisnya yang lari dari rumah itu telah menggunting hatinya. 46. Gunung Hati = Menggunung Hati Maksud: Tersangat ingin. Contoh Ayat: Menggunung hati kami hendak bertemu ibu yang telah terpisah sejak kami kecil lagi. 47. Gunung Payung Maksud: Orang kesayangan. Contoh Ayat: Dialah cucu tunggal yang menjadi gunung payung kepada nenek. 48. Gunung Runtuh Maksud: Bunyi bergemuruh. Contoh Ayat: Bunyi letupan dari kuari batu kapur yang berhampiran dengan kampung itu seperti gunung runtuh.
Sumber diperolehi dari seribahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'H'

1. Habis Akal Maksud: Bingung setelah berusaha sedaya upaya. Contoh Ayat: Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun depan. 2. Habis Bulan Maksud: Hujung bulan. Contoh Ayat: Habis bulan Mac ini, dia akan berpindah ke Sarawak. 3. Habis Jadi Abu Maksud: Musnah. Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir dan impian untuk bergelar juara habis jadi abu. 4. Habis Jodoh Maksud: Bercerai. Contoh Ayat: Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah sepuluh tahun berkahwin. 5. Habis Modal Maksud: A) Tidak ada lagi modal yang tinggal. B) Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan. Contoh Ayat: A) Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini. B) Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk bercakap. 6. Habis Nyawa = Menghabiskan Nyawa Maksud: A) Mati. B) Menebus dengan nyawa. Contoh Ayat: A) Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa ketika saya menghampirinya. B) Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap harimau yang telah membaham ayahnya. 7. Habis Perkara Maksud: Selesai. Contoh Ayat: Pertelingkahan semalam dianggap sudah habis perkara dan jangan dibangkitkan lagi. 8. Habis Tahun Maksud: Penghujung tahun. Contoh Ayat: Habis tahun ini saya akan berpindah ke luar negeri kerana ayah telah dilantik sebagai duta negara. 9. Halwa Mata Maksud: Persembahan yang mengasyikkan. Contoh Ayat: Persembahan tarian tradisional pada malam meraikan ahli sukan negara itu telah menjadi halwa mata para penonton.

10. Halwa Telinga Maksud: Sesuatu yang baik untuk didengar. Contoh Ayat: Rancangan "Senandung Malam" yang sering ke udara di radio itu akan menjadi halwa telinga apabila saya bersendirian di rumah. 11. Hampa Tangan Maksud: Tidak mendapat apa-apa. Contoh Ayat: Dia pulang dengan hampa tangan apabila kalah dalam pertandingan bahas itu. 12. Hancur Hati Maksud: Sangat sedih. Contoh Ayat: Hancur hati ibunya apabila menerima berita anaknya terlibat dalam kemalangan itu. 13. Hangat Hati Maksud: Sangat marah. Contoh Ayat: Hangat hati saya melihat dia memijak-mijak batas sayur itu. 14. Hangat-Hangat Kuku Maksud: Suam-suam. Contoh Ayat: Setiap pagi saya terpaksa menyediakan air yang hangat-hangat kuku untuk mandian adik. 15. Hangat-Hangat Tahi Ayam Maksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan. Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh-sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam. 16. Hangus Hati Contoh Ayat: Maksud: Sangat marah. 17. Harga Diri Maksud: Maruah. Contoh Ayat: Harga diri mesti dijaga walau di mana pun kamu berada. 18. Harga Mati Maksud: Harga tetap. Contoh Ayat: Semua barang di pasar raya itu dijual dengan harga mati. 19. Harga Pokok Maksud: Harga yang belum dicampur dengan belanja lain. Contoh Ayat: Harga pokok sebutir berlian ini RM5000, tetapi apabila dicampur dengan emas dan upah tukang menjadikan harganya bertambah mahal. 20. Hati Batu Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat. Contoh Ayat: Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh ibunya. 21. Hati Berlian = Berhati Berlian

Maksud: Sangat baik hati. Contoh Ayat: Ibu tiriku berhati berlian. Dia menjaga kami adik-beradik bagai anaknya sendiri. 22. Hati Kecil Maksud: Perasaan dalam batin. Contoh Ayat: Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu hari nanti saya pasti akan bertemu dengannya. 23. Hati Muda Maksud: Rasa muda dalam hati. Contoh Ayat: Saya tidak suka berkawan dengannya. Walaupun sudah tua tetapi tetap berhati muda. 24. Hati Nurani Maksud: A) Hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan. B) Perasaan hati yang murni. Contoh Ayat: A) Pendidikan agama dapat membentuk hati nurani manusia untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur. B) Jangan mengecewakan hati nurani anak kecil yang tidak berdosa. 25. Hati Tawajuh Maksud: Hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan. Contoh Ayat: Dia berhati tawajuh, kemewahan dunia tidak lagi dihiraukan. 26. Hati Terbuka Maksud: Ikhlas. Contoh Ayat: Kami menerima kedatangannya dengan hati terbuka. 27. Hati Tungau = Berhati Tungau Maksud: Penakut. Contoh Ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya berhati tungau. 28. Hati Waja Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa. Contoh Ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya Salma menjadi seorang pengusaha yang berjaya. 29. Hentam Kromo Maksud: Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan. Contoh Ayat: Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir dahulu jangan hentam kromo sahaja. 30. Hidung Belang Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan. Contoh Ayat: Perangai Ghabi yang hidung belang menyebabkan dia dimarahi oleh bapanya. 31. Hidung Tinggi Maksud: Orang yang sombong. Contoh Ayat: Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawan-kawan.

32. Hidup Terbuang Maksud: Tersia-sia diri. Contoh Ayat: Sudahlah nasib dirinya hidup terbuang, selalu pula diserang penyakit. 33. Hilang Akal Maksud: Gila. Contoh Ayat: Sejak berlakunya kemalangan yang mengorbankan anak dan isterinya, dia telah hilang akal. 34. Hilang Di Mata Jangan Hilang Di Hati Maksud: Walaupun tinggal berjauhan tetapi selalu dalam ingatan. Contoh Ayat: Meskipun kakak menetap di London, tetapi kami sering berutus surat, agar yang hilang di mata jangan hilang di hati pula. 35. Hilang Harapan Maksud: Tiada mempunyai harapan lagi. Contoh Ayat: Hilang harapan Sameon untuk memulakan perniagaannya kerana semua harta bendanya musnah dalam kebakaran itu. 36. Hilang Ingatan Maksud: Gila. 37. Hilang Lenyap Maksud: Hilang tanpa berita. Contoh Ayat: Badrun hilang lenyap setelah berlakunya kejadian amuk di kampung itu. 38. Hilang Nyawa Maksud: Mati. Contoh Ayat: Beberapa pekerja telah hilang nyawa dalam kemalangan itu. 39.Hilang Semangat Maksud: Terkejut. Contoh Ayat: Hilang semangat saya apabila disergah begitu. 40. Hilang-Hilang Timbul Maksud: Sekejap ada sekejap tiada. Contoh Ayat: Perangainya yang hilang-hilang timbul semasa latihan drama diadakan menaikkan darah pelakon-pelakon lain. 41. Hilir Mudik Maksud: Berjalan ke sana ke mari. Contoh Ayat: Janganlah hilir mudik sahaja, lebih baik tolong ayah kamu berniaga, kata ibu. 42. Hina Budi Maksud: Berkelakuan buruk. Contoh Ayat: Biar rupa kita buruk tetapi jangan hina budi, nasihat emak kepada kakak. 43. Hisap Darah Maksud: Memeras atau menindas orang.

Contoh Ayat: Sejak ditubuhkan syarikat koperasi, orang tengah tidak dapat hisap darah petani lagi. 44. Hisap Jari Maksud: Kecewa. Contoh Ayat: Razlan terlambat menghantar borang permohonan untuk memasuki universiti tahun ini, menyebabkan dia terpaksa hisap jari. 45. Hujung Pangkal Maksud: Asal mula. Contoh Ayat: Cuba ceritakan kepada saya masalah itu supaya saya tahu hujung pangkalnya, kata Ah Seng kepada Ah Siew. 46. Hukum Alam Maksud: Sesuatu yang berkenaan kejadian alam. Contoh Ayat: Kemarau panjang tahun ini tidak dapat dielakkan kerana sudah menjadi hukum alam. 47. Hukum Allah Maksud: Takdir Tuhan. Contoh Ayat: Hukum Allah telah menentukan kapal terbang itu meletup di angkasa. 48. Hutang Darah Maksud: Menuntut bela atas sesuatu kejadian. Contoh Ayat: Ismail berhutang darah denganku, kerana dia telah menyebabkan kematian adikku, kata Ehsan. 49. Hutang Lapuk Maksud: Hutang yang sudah lama tidak dibayar. Contoh Ayat: Hutang lapuk syarikat itu berjumlah RM0.8 juta. 50. Hutang Nyawa Maksud: Nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain. Contoh Ayat: Rina berhutang nyawa dengan Rini kerana Rini telah menyelamatkan Rina daripada lemas tempoh hari.
Sumber diperolehi dari seribahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'I' 1. Ibu Angkat Maksud: Perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri. Contoh Ayat: Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya berumur tiga tahun. 2. Ibu Ayam

Maksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur. Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah. 3. Ibu Kandung Maksud: Perempuan yang melahirkan seseorang; ibu sendiri. Contoh Ayat: Ibu kandung saya meninggal dunia ketika melahirkan saya. 4. Ibu Keladi Maksud: Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda. Contoh Ayat: Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan seluar berwarna oren. 5. Ibu Pertiwi Maksud: Tanah tempat kelahiran. Contoh Ayat: Malaysia merupakan ibu pertiwiku yang dicintai. 6. Ikat Diri = Mengikat Diri Maksud: Terlalu berat. Contoh Ayat: Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para peserta sehingga saya tidak ada masa untuk bersantai. 7. Ikat Hati = Mengikat Hati Maksud: Menawan. Contoh Ayat: Senyumannya telah mengikat hati saya. 8. Ikat Janji = Mengikat Janji Maksud: Membuat perjanjian. Contoh Ayat: Teruna telah mengikat janji dengan Dara untuk hidup bersama. 9. Ikat Kata = Mengikat Kata Maksud: Menggubah kata. Contoh Ayat: Penulis lirik lagu itu sangat pandai mengikat kata dalam lirik lagu yang ditulisnya. 10. Ikat Perut Maksud: Mengurangkan makan kerana kemiskinan. Contoh Ayat: Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah uzur dan tidak dapat bekerja menangkap ikan di laut. 11. Intan Baiduri Maksud: Orang yang dikasihi. 12. Iri Hati Maksud: Dengki. Contoh Ayat: Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum. 13. Isi Dada Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati. Contoh Ayat: Setelah lama mendiamkan diri, dia mengeluarkan isi dada yang terpendam selama ini. 14. Isi Hati

Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati. 15. Isi Perut Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati. 16. Isi Rumah Maksud: Keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan. Contoh Ayat: Seluruh isi rumah itu masih berkabung atas kematian salah seorang ahlinya.
Sumber diperolehi dari seribahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'J' 1. Jadi Abu Arang Maksud: Barang yang telah rosak. Contoh Ayat: Basikal saya yang dipinjamnya telah menjadi abu arang. 2. Jadi Bapa Kuda Maksud: Orang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak bertanggungjawab. Contoh Ayat: Menjadi bapa kuda memang mudah tetapi fikirkanlah masa depan anak-anak yang dilahirkan itu. 3. Jadi Bumi Langit Maksud: Orang yang sangat diharapkan. Contoh Ayat: Dia anak piatu, sayalah yang menjadi bumi langit kepadanya. 4. Jadi Fikiran = Menjadi Fikiran Maksud: Masalah yang harus difikirkan. Contoh Ayat: Kenaikan harga barang-barang makanan menjadi fikiran kepada suri-suri rumah. 5. Jadi Umang-Umang Maksud: Suka menggunakan hak orang lain. Contoh Ayat: Kemeja yang saya pakai ini milik Murad, jadi umang-umanglah saya hari ini. 6. Jaga Hati = Menjaga Hati Maksud: Bertolak ansur dan saling menghormati. Contoh Ayat: Apabila bersahabat hendaklah saling menjaga hati masing-masing. 7. Jaga Mulut Maksud: Berhati-hati bila bercakap. Contoh Ayat: Jaga mulut apabila bercakap supaya tidak menyinggung hati kawan-kawan. 8. Jalan Belakang Maksud: Menggunakan cara yang tidak sah. Contoh Ayat: Ahmad memperoleh lesen perniagaannya melalui jalan belakang.

9. Jalan Buntu Maksud: Sesuatu yang tiada penyelesaian. Contoh Ayat: Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu menemui jalan buntu kerana sehingga ke hari ini masih belum diketahui punca penyakit tersebut. 10. Jalan Damai Maksud: Menyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan. Contoh Ayat: Perselisihan antara Arief dan Haqeemie akhirnya menemui jalan damai apabila masing-masing telah memohon maaf dan mengaku kesilapan. 11. Jalan Fikiran Maksud: Cara berfikir. Contoh Ayat: Jalan fikiran kamu biarlah dapat membantu kita menyelesaikan masalah ini. 12. Jalan Kaki Maksud: Berjalan tanpa kenderaan. Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh. 13. Jalan Tengah Maksud: Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah. Contoh Ayat: Saya mengambil jalan tengah supaya kedua-dua pihak yang bertelingkah dapat didamaikan. 14. Jarum Halus Maksud: Tipu muslihat. Contoh Ayat: Amin menggunakan jarum halus sehingga Hamidah terpedaya dan menyerahkan semua wang simpanannya kepada Amin. 15. Jatuh Air Muka Maksud: Menjadi malu. Contoh Ayat: Jatuh air muka Tuk Penghulu kerana kelakuan anaknya yang biadab itu. 16. Jatuh Bangun Maksud: Maju mundur. Contoh Ayat: Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak di atas kebijaksanaan pengurusnya. 17. Jatuh Cinta Maksud: Menaruh cinta (kasih). Contoh Ayat: Harith jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah. 18. Jatuh Dari Langit Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka. 19. Jatuh Harga Diri Maksud: Jatuh maruah. Contoh Ayat: Walaupun Shamsul berjawatan tinggi dan anak orang ternama tetapi perlakuan sumbangnya telah menyebabkan jatuh harga dirinya.

20. Jatuh Hati Maksud: Menaruh cinta (kasih). 21. Jatuh Melarat Maksud: Menjadi miskin. Contoh Ayat: Dia jatuh melarat dan ditinggalkan oleh kekasihnya setelah semua perniagaannya mengalami kerugian. 22. Jatuh Nama Maksud: Menanggung malu. 23. Jatuh Sakit Maksud: Mendapat sakit. Contoh Ayat: Dia jatuh sakit selepas memakan makanan yang dijual di gerai tepi jalan itu. 24. Jatuh Semangat Maksud: Hilang keberanian. Contoh Ayat: Dalam peperangan itu tentera Jawa telah jatuh semangat apabila ketua mereka dibunuh oleh musuh. 25. Jejak Bahu Maksud: Sampai ke paras bahu. 26. Jejak Bara Maksud: Sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah. Contoh Ayat: Semasa saya duduk di kerusi empuk itu kaki saya jejak bara kerana kerusi itu tinggi dan besar. 27. Jejak Keruh Maksud: Perbuatan yang kurang baik. Contoh Ayat: Hindari diri kamu daripada berkawan dengannya, kerana dia suka berbuat jejak keruh. 28. Jejak Langkah Maksud: Mencontohi. Contoh Ayat: Dia mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang perajurit. 29. Jejak Orang Tua Maksud: Mengikut kelakuan orang tuanya. Contoh Ayat: Perangai Jamiah mengikut jejak orang tuanya yang berbudi pekerti dan suka menolong orang. 30. Jinak-Jinak Lalat Maksud: Persahabatan yang tidak mesra. Contoh Ayat: Saya hanya jinak-jinak lalat dengannya walaupun kami sekelas, kata Suzy. 31. Jinak-Jinak Merpati Maksud: Orang yang pada zahirnya lembut tetapi hakikatnya tidak. Contoh Ayat: Zaidah jinak-jinak merpati dan tidak mudah dipengaruhi.

32. Juling Air Maksud: Juling sedikit. Contoh Ayat: Walaupun dia juling air, wajahnya sentiasa berseri-seri. 33. Juling Itik Maksud: Apabila memandang sesuatu, kepala disengetkan. Contoh Ayat: Murni juling itik semasa memandang kerana lehernya pernah mengalami kecederaan semasa kecil.
Sumber diperolehi dari seribahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'K' 1. Kacang Hantu Maksud: Orang jahat. Contoh Ayat: Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu suka berkumpul di tepi jambatan dan mengganggu setiap gadis yang lalu di situ. 2. Kaki Arak Maksud: Orang yang suka minum arak. Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk membeli arak. 3. Kaki Ayam = Berkaki Ayam Maksud: Tidak memakai kasut. Contoh Ayat: Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang. 4. Kaki Bangku Maksud: Tidak pandai bermain bola. Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak. 5. Kaki Botol Maksud: Orang yang suka minum arak. 6. Kaki Buli Maksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah. Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang diketuai oleh Hamzah. 7. Kaki Gaduh Maksud: Orang yang suka bergaduh. Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di kampungnya. 8. Kaki Gunung

Maksud: Di bahagian permulaan gunung. Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan pendakian ke puncak. 9. Kaki Hutan Maksud: Tepi hutan. 10. Kaki Judi Maksud: Orang yang suka bermain judi. Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya di meja judi. 11. Kaki Langit Maksud: Langit di bahagian bawah. Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja. 12. Kaki Lima Maksud: Bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah. Contoh Ayat: Aishah berteduh di kaki lima kedai makan sementara menunggu hujan berhenti. 13. Kaki Perempuan Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan. 14. Kaki Rambu Maksud: Orang yang suka merayau. Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri ketika sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu. 15. Kaki Seribu Maksud: Cabut lari. 16. Kaki Umpat Maksud: Orang yang suka mengumpat orang. Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya menceritakan keburukan orang sahaja. 17. Kaki Wayang Maksud: Orang yang suka menonton wayang. Contoh Ayat: Fadzil kaki wayang. Dia akan menonton setiap filem baru yang ditayangkan di panggung itu. 18. Kaku Lidah Maksud: Tidak dapat bercakap dengan lancar. Contoh Ayat: Ahmad menjadi kaku lidah apabila disoal tentang penglibatannya dalam kes rasuah. 19. Kambing Hitam Maksud: Orang yang dipersalahkan. Contoh Ayat: Dia menjadi kambing hitam apabila berlaku kecurian di kawasan perumahan itu. 20. Kampung Halaman

Maksud: Kampung tempat dilahirkan. Contoh Ayat: Setelah lama belajar di luar negeri dia rindu hendak kembali ke kampung halamannya. 21. Kata Dua Maksud: Pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang mengemukakan tuntutan yang mesti diterima oleh pihak lain yang terlibat dalam perundingan. Contoh Ayat: Aman diberi kata dua iaitu berhenti daripada membuat kekacauan atau dipindahkan ke daerah lain. 22. Kata Hati Maksud: Perasaan. 23. Kata Pujangga Maksud: Perkataan orang bijak pandai. Contoh Ayat: Orang tua-tua sering menggunakan kata pujangga ketika memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang muda. 24. Kata Putus Maksud: Ketentuan yang terakhir. Contoh Ayat: Mesyuarat yang diadakan gagal mencapai kata putus kerana ahli-ahlinya bertelagah. 25. Kaya Anak Maksud: Banyak anak. Contoh Ayat: Walaupun keluarga Ahmad hidup dalam kemiskinan tetapi dia kaya anak dan hidup bahagia. 26. Kaya Hati Maksud: Pemurah. Contoh Ayat: Dia seorang yang kaya hati kerana sering menghulurkan derma. 27. Kaya Hutang Maksud: Orang yang banyak hutang. Contoh Ayat: Jali kaya hutang kerana mengikutkan kehendak isterinya yang gemar membeli baju berjenama. 28. Kecil Hati Maksud: Berasa tersinggung. 29. Kecut Hati Maksud: Takut. Contoh Ayat: Semasa perahu kami dilanda ombak besar, terasa kecut hati saya. 30. Kelas Kambing Maksud: Tempat duduk (wayang atau kenderaan) yang paling murah harganya. Contoh Ayat: Kami membeli tiket kelas kambing semasa menonton wayang. 31. Keliling Pinggang Maksud: Sangat banyak.

Contoh Ayat: Hutangnya keliling pinggang kerana dia boros berbelanja. 32. Ke Luar Negeri Maksud: Pergi ke negeri lain. Contoh Ayat: Zaki ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran. 33. Kembang Hati Maksud: Gembira. Contoh Ayat: Kembang hati Noraini kerana anaknya dapat masuk ke sekolah berasrama penuh. 34. Kembang Sayap = Mengembangkan Sayap Maksud: Meluaskan usaha. Contoh Ayat: Syarikat itu mengembangkan sayap dengan menceburi industri berat pula. 35. Kena Tangan Maksud: Dipukul. Contoh Ayat: Pencuri itu kena tangan penduduk kampung ketika cuba mencuri di salah sebuah rumah di kampung itu. 36. Kepala Angin Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu. 37. Kepala Batu Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat. 38. Kepala Berat Maksud: Bodoh. Contoh Ayat: Ikram perlu diajar perlahan-lahan dan sedikit-sedikit kerana dia kepala berat. 39. Kepala Berita Maksud: Tajuk sesuatu berita. Contoh Ayat: Kemalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya itu telah menjadi kepala berita di hampir semua akhbar tempatan terbitan hari ini. 40. Kepala Dingin Maksud: Penyabar. Contoh Ayat: Dia kepala dingin, walaupun dimarah tetapi tetap tenang. 41. Kepala Dua Maksud: Orang yang tidak setia. Contoh Ayat: Bedul bersikap kepala dua kerana dia telah memberitahu maklumat sulit syarikat ini kepada syarikat lawan. 42. Kepala Kain Maksud: Bahagian kain (biasa kain batik) yang coraknya berlainan. Contoh Ayat: Kepala kain itu bercorak pucuk rebung. 43. Kepala Udang Maksud: Bodoh.

44. Kera Sumbang Maksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain. Contoh Ayat: Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis makan malam itu kerana dia seorang yang pemalu. 45. Kerang Busuk Maksud: Tersengih-sengih tanpa sebab. Contoh Ayat: Dia diam dan hanya tersengih bak kerang busuk. 46. Keras Hati Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa. 47. Keras kepala Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat. 48. Keras Lidah Maksud: Tidak pandai bercakap. Contoh Ayat: Ah Lin keras lidah apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana dia kurang mahir. 49. Keras Mulut Maksud: Tidak mahu kalah dalam perdebatan. Contoh Ayat: Jamil tetap keras mulut dalam perbincangan itu walaupun pendapatnya tidak diterima oleh orang lain. 50. Kerat Rotan = Berkerat Rotan Maksud: Memutuskan perhubungan. Contoh Ayat: Keluarga Dewi telah berkerat rotan dengan keluarga Saroja kerana tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka. 51. Kering Darah Maksud: Terkejut. 52. Kering Hati Maksud: Tiada rasa belas kasihan. Contoh Ayat: Dia menerima berita kemalangan itu tanpa rasa sedih kerana dia seorang yang kering hati. 53. Keringat Dingin Maksud: Takut. 54. Kerja Tangan Maksud: Pertukangan tangan. Contoh Ayat: Kerja tangan pelajar-pelajar sekolah vokasional dipamerkan dalam pameran kraf tangan itu. 55. Ketam Batu Maksud: Sangat kedekut. Contoh Ayat: Raju tidak pernah menghulurkan derma kepada yang memerlukan kerana sikapnya seperti ketam batu.

56. Ketawa Raja Maksud: Ketawa tetapi dalam kesedihan. Contoh Ayat: Rosna ketawa raja di hadapan tetamu untuk menyembunyikan kesedihan yang sedang dialaminya. 57. Khabar Angin Maksud: Berita yang belum sah. Contoh Ayat: Khabar angin mengatakan dia mati dibunuh. 58. Khabar Burung Maksud: Berita yang belum sah. 59. Kucing Bertanduk Maksud: Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Contoh Ayat: Walaupun ditunggu sampai kucing bertanduk, dia pasti tidak akan mengerjakannya. 60. Kucing Kurap Maksud: Orang yang tidak berguna. 61. Kuku Besi Maksud: Memerintah dengan kejam. Contoh Ayat: Pemerintah yang mengamalkan kuku besi akan dibenci dan digulingkan oleh rakyat. 62. Kuku Kambing Maksud: Alat yang digunakan untuk menanam padi. Contoh Ayat: Suatu masa dahulu kuku kambing digunakan untuk menanam padi. 63. Kunci Diri = Mengunci Diri Maksud: Mengurung diri. Contoh Ayat: Dia mengunci diri di dalam bilik sejak pagi tadi. 64. Kunci Hati Maksud: Rahsia. Contoh Ayat: Peristiwa itu tetap menjadi kunci hatinya dan tidak akan diceritakan kepada sesiapa pun. 65. Kunci Mulut Maksud: Tidak dapat berkata-kata kerana terkejut. Contoh Ayat: Terkunci mulut Pak Ngah apabila diberitahu anaknya yang bersalah. 66. Kurang Adab Maksud: Tidak sopan. Contoh Ayat: Bercakap dengan meninggikan suara kepada orang tua, kurang adab namanya. 67. Kurang Adat Maksud: Tidak sopan.

68. Kurang Ajar Maksud: Tidak sopan. 69. Kurang Akal Maksud: Tidak pandai. Contoh Ayat: Kalau bercakap dengan Senah perlu menggunakan bahasa yang mudah kerana dia kurang akal. 70. Kurang Asam Maksud: Tidak sopan. 71. Kurang Bahasa Maksud: Tidak halus budi bahasanya. Contoh Ayat: Roslina dikatakan kurang bahasa kerana dia suka bercakap dengan suara yang kuat dan menggunakan bahasa yang kasar. 72. Kurang Fikir Maksud: Tidak berhati-hati. Contoh Ayat: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan kurang fikir akan membawa kerugian. 73. Kurang Hati Maksud: Tidak berminat. Contoh Ayat: Saya kurang hati dalam seni tekat-menekat kerana agak rumit untuk melakukannya. 74. Kurang Iman Maksud: Mudah terpedaya. Contoh Ayat: Mujurlah Riduwan tidak kurang iman dan menolak apabila ditawarkan wang yang lumayan untuk mengedar dadah. 75. Kurang Ingat Maksud: Pelupa. Contoh Ayat: Jabu yang kurang ingat itu jangan dipesan apa-apa. 76. Kurang Jadi = Kurang Menjadi Maksud: Tidak mendatangkan hasil atau tuaian yang banyak. Contoh Ayat: Saya mengalami kerugian kerana kebun langsat saya kurang menjadi tahun ini. 77. Kusut Fikiran Maksud: Susah hati. Contoh Ayat: Kusut fikiran Haji Lamin memikirkan anaknya yang belum mendapat kerja di Kuala Lumpur. 78. Kutu Embun Maksud: Orang yang suka merayau pada malam hari. Contoh Ayat: Rusli kutu embun dan hanya pulang ke rumah pada pukul 3 pagi. 79. Kutu Jalan Maksud: Orang yang suka merayau.
Sumber diperolehi dari seribahasa

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'L' 1. Langit Hijau Maksud: Sangat jauh. Contoh Ayat: Saya akan mencari adik kandung saya itu, walaupun sampai ke langit hijau. 2. Langkah Baik Maksud: Waktu yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu pekerjaan; permulaan yang baik. Contoh Ayat: Pada pendapat saya, hari Jumaat merupakan langkah baik bagi kita melangsungkan perkahwinan antara Zarina dan Amran. 3. Langkah Bendul Maksud: Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya. Contoh Ayat: Oleh sebab Suraya langkah bendul, pengantin lelaki memberikan hadiah kepada kakak Suraya. 4. Langkah Kanan Maksud: Bernasib baik; bertuah. Contoh Ayat: Hari ini, Suzana langkah kanan kerana ketika dia tiba di rumah abangnya, mereka sedang menikmati buah durian. 5. Langkah Kiri Maksud: Malang. Contoh Ayat: Kami langkah kiri hari ini kerana kereta kami rosak dalam perjalanan. 6. Langkah seribu Maksud: Cabut lari. Contoh Ayat: Kami membuka langkah seribu apabila dikejar oleh orang gila itu. 7. Langkah Sumbang Maksud: Cara atau perbuatan yang tidak betul. Contoh Ayat: Pelajar baru itu perlu berlatih lagi kerana banyak langkah sumbang yang telah dilakukannya semasa bersilat tadi. 8. Lapang Dada Maksud: Perasaan lega. Contoh Ayat: Puan Rashidah berasa lapang dada setelah selesai menguruskan kemasukan anak sulungnya ke universiti. 9. Lapang Hati Maksud: Perasaan lega. 10. Lapik Perut Maksud: Makan Sedikit. 11. Lari Semangat

Maksud: Terkejut. 12. Laut Lepas Maksud: Tengah laut. Contoh Ayat: Ikan paus itu berada di laut lepas. 13. Lebai Malang Maksud: Orang yang selalu mengalami nasib malang. Contoh Ayat: Nasibnya umpama lebai malang, sudahlah keretanya rosak, duitnya pula dicuri orang. 14. Lembut Gigi Daripada Lidah Maksud: Pandai berkata-kata; memujuk rayu. Contoh Ayat: Salmah terpedaya dengan kata-kata suaminya yang lembut gigi daripada lidah. 15. Lembut Hati Maksud: Penyayang. Contoh Ayat: Anak muridnya sayang dan hormat kepadanya kerana dia seorang yang lembut hati. 16. Lena Ayam Maksud: Belum tidur betul. Contoh Ayat: Semasa anaknya menjerit ketakutan, dia baru lena ayam. 17. Lepas Angan-Angan Maksud: Membuat sesuatu yang diingini. Contoh Ayat: Apabila ayahnya bertolak ke luar negeri, Hamdan lepas angan-angan untuk membeli kereta baru. 18. Lepas Diri Maksud: Tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal. Contoh Ayat: Darwis lepas diri daripada kes rasuah itu kerana dia tidak tahu tentang hal itu. 19. Lepas Tangan Maksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan. 20. Lidah Bercabang Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah. Contoh Ayat: Lamin lidah bercabang dan cakapnya tidak boleh dipercayai. 21. Lidah Biawak Maksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah. 22. Lidah Keras Maksud: Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul. Contoh Ayat: Oleh sebab Rafiq lidah keras, dia gagal dalam ujian lisan yang diadakan. 23. Lidah Panjang Maksud: Suka menghasut. Contoh Ayat: Sikap Joyah yang lidah panjang itu menyebabkan rumah tangga Milah porak-

peranda. 24. Lidah Tak Bertulang Maksud: Mudah berjanji tetapi tidak ditepati; tidak jujur. Contoh Ayat: Hassan berhati-hati memilih kawan kerana dia takut terkena orang yang lidah tak bertulang. 25. Lintah Darat Maksud: Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi. Contoh Ayat: Gara-gara aktiviti lintah darat, kehidupan penduduk di kampung itu masih lagi dalam kemiskinan. 26. Lipas Kudung Maksud: Membuat sesuatu kerja dengan pantas. Contoh Ayat: Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam masa setengah jam kerana dia membuatnya seperti lipas kudung. 27. Lubuk Akal Lautan Budi Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak. Contoh Ayat: Penduduk kampung akan merujuk kepada Tuk Sidang jika menghadapi sebarang kemusykilan kerana beliau seorang yang lubuk akal lautan budi. 28. Lubuk Akal lautan ilmu Maksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak. 29. Lubuk Hati Maksud: Dalam hati. Contoh Ayat: Jauh di lubuk hatiku terpendam rasa ingin maju bersama mereka. 30. Luka Hati Maksud: Pilu. Contoh Ayat: Luka hati Isma apabila mengetahui sahabat yang dipercayai telah membohonginya. 31. Lupa Daratan Maksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batas; hilang pertimbangan. Contoh Ayat: Amir menjadi lupa daratan apabila sudah kaya. 32. Lurus Akal Maksud: Jujur. Contoh Ayat: Jalal seorang yang lurus akal kerana dia telah menjaga harta anak-anak yatim dengan sebaik-baiknya

Anda mungkin juga menyukai