Anda di halaman 1dari 24

UNIT 10

PENGURUSAN
PERBELANJAAN
SECARA BERETIKA
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4 KSSM
OLEH CIKGU NORAZILA KHALID
SMK ULU TIRAM, JOHOR
PENGURUSAN PERBELANJAAN
• Dalam kehidupan, setiap individu membelanjakan sejumlah wang
untuk memenuhi keperluan harian.
• Perbelanjaan ini perlu diuruskan secara beretika bagi menjamin
kewangan yang stabil.
• Pengurusan perbelanjaan secara beretika bermaksud cara wang
dibelanjakan dan diuruskan dengan berhemah untuk mendapatkan
sesuatu barangan dan perkhidmatan.
• Terdapat beberapa cara dalam menguruskan perbelanjaan secara
beretika.
CARA PENGURUSAN
PERBELANJAAN
SECARA BERETIKA

• Menentukan Kedudukan
Kewangan yang Dimiliki
• Mengenal Pasti dan
Membuat Anggaran
Perbelanjaan
• Membeli Barangan
Secara Tunai, Kad Debit
atau Kad Kredit
CARA PENGURUSAN
PERBELANJAAN SECARA BERETIKA

• Mendisiplinkan Diri ketika Berbelanja


• Tidak Terpengaruh dengan Jualan Murah
atau Jualan dalam Talian
• Mendokumentasikan Perbelanjaan
MENENTUKAN
KEDUDUKAN KEWANGAN
YANG DIMILIKI

• Memastikan jumlah wang yang


dimiliki.
• Merancang perbelanjaan
berdasarkan wang yang dimiliki.
MENGENAL PASTI DAN MEMBUAT
ANGGARAN PERBELANJAAN

• Membuat catatan dan


mengkategorikan setiap
item sebagai keperluan atau
kehendak.
• Membuat peruntukan bagi
setiap perbelanjaan.
MEMBELI BARANGAN
SECARA TUNAI, KAD DEBIT
ATAU KAD KREDIT
• Membeli barangan dengan
membuat bayaran secara tunai
atau menggunakan kad debit.
• Mengelakkan diri daripada
berhutang.
• Memastikan pembayaran dibuat
dalam tempoh waktu bebas
faedah jika terpaksa
menggunakan kad kredit.
MENDISIPLINKAN DIRI
KETIKA BERBELANJA

• Berbelanja mengikut kemampuan.


• Mengelakkan diri daripada membeli
barangan berasaskan jenama semata-
mata.
• Berusaha mencari alternatif lain jika
terpaksa membeli barangan mahal.
TIDAK TERPENGARUH DENGAN
JUALAN MURAH ATAU JUALAN
DALAM TALIAN
• Membuat penelitian harga
terlebih dahulu bagi memastikan
barang tersebut benar-benar
murah dan berkualiti.
• Membeli barangan atau
perkhidmatan yang telah
dirancang sahaja.
• Mendapatkan khidmat nasihat
sebelum membeli sesuatu
barangan.
MENDOKUMENTASIKAN
PERBELANJAAN
• Mencatatkan semua
perbelanjaan yang telah
dibuat.
• Menyimpan semua resit
pembayaran dengan lebih
sistematik.
• Merancang semula
perbelanjaan bagi
mengelakkan perbelanjaan
secara berlebihan.
KEPENTINGAN PENGURUSAN
PERBELANJAAN SECARA BERETIKA

• Menjamin masa hadapan


• Mengelakkan pembaziran
• Menjadi rujukan perbelanjaan akan datang
• Mengelakkan diri daripada ditipu
• Mengurangkan bebanan hutang
MENJAMIN MASA
HADAPAN

• Menabung.
• Persediaan untuk menyambung
pelajaran.
• Keperluan menghadapi alam
dewasa.
MENGELAKKAN
PEMBAZIRAN

• Membeli mengikut perancangan.


• Membentuk sikap berjimat
cermat.
MENJADI RUJUKAN
PERBELANJAAN AKAN
DATANG

• Membantu untuk membuat


anggaran yang lebih baik bagi
perbelanjaan akan datang.
• Membuat penambahbaikan
dalam menguruskan
perbelanjaan.
MENGELAKKAN DIRI
DARIPADA DITIPU

• Menjadi pengguna yang bijak.


• Sentiasa membuat semakan dan
perbandingan harga serta
jaminan kualiti produk.
MENGURANGKAN
BEBANAN HUTANG

• Membebaskan diri daripada


bebanan hutang yang banyak.
• Memupuk sikap menghargai
wang dan lebih berdisiplin ketika
berbelanja.
KESAN PENGURUSAN
PERBELANJAAN TIDAK
BERETIKA

• Diri
• Keluarga
• Masyarakat
• Negara
DIRI

• Menghadapi masalah kewangan.


• Bebanan hutang yang tidak sepatutnya.
• Nama boleh disenarai hitamkan oleh bank.
• Muflis dan tekanan perasaan.
KELUARGA
• Terpaksa berkongsi
menanggung bebanan
hutang.
• Menjejaskan
perbelanjaan lain.
• Menjejaskan hubungan
kekeluargaan.
• Meningkatkan
perbelanjaan yang tidak
sepatutnya.
MASYARAKAT

• Melahirkan persaingan yang tidak sihat


dalam berbelanja.
• Meningkatkan kuasa beli yang tidak
sewajarnya.
• Melahirkan tabiat masyarakat yang boros
dan membazir.
• Peningkatan pemiutang yang tidak berlesen.
NEGARA
• Meningkatkan kadar inflasi.
• Meningkatkan kadar
barangan import.
• Meningkatkan kadar
keberhutangan dalam
kalangan rakyat.
• Meningkatkan kos
pelupusan barangan yang
dibuang dan dibazirkan.
KESIMPULAN

• Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu


merancang perbelanjaan dengan bijak.
• Anggaran perbelanjaan perlu dibuat terlebih
dahulu bagi setiap barangan dan
perkhidmatan yang ingin diperoleh
mengikut had perbelanjaan yang telah
dirancang.
• Hal ini dapat mengelakkan perbelanjaan
yang berlebihan.
KESIMPULAN
• Oleh itu, setiap pengguna perlu
mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam menguruskan
perbelanjaan secara beretika.
• Amalan pengurusan perbelanjaan
secara beretika akan melahirkan
individu yang bertanggungjawab dan
berfikiran rasional dalam urusan
kewangan.
• Pembelian barangan atau
perkhidmatan patut dibuat secara
sederhana mengikut keperluan dan
bukannya mengikut kehendak semata-
mata.
• Perasaan gembira dan rasa bersyukur
dapat dinikmati jika mengamalkan
pengurusan perbelanjaan secara
beretika.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai