Anda di halaman 1dari 10

Peribahasa - Latihan 10

Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya
perlu menulis peribahasa yang berkenaan sahaja.
(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan
diri.
(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.

Peribahasa - Latihan 9
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.
(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.
(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.
(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.

Peribahasa - Latihan 8
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin
bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah
menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah
berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah
kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita.
Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang
boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.

Peribahasa - Latihan 7
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu
peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.
(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar
setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat
menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.
(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran
lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang
negeri.
(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan
yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat
sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu

Peribahasa - Latihan 6
Lengkapkan peribahasa yang berikut.
(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
(ii) Banyak udang, banyak garam
(iii) Lain hulu lain parang
(iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain
(v) Tak tumbuh tak melata
(vi) Ada ubi ada batas
Peribahasa - Latihan 5
Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi setiap
situasi di bawah.
(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati ketika
berada di jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda para
pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya.
(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya
dengan cara menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan
menabung merupakan satu tindakan yang baik dan mengajar seseorang berjimat
cermat.
(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut
berjaya menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti
seumpama ini merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai murni di samping
dapat mengukuhkan hubungan semangat kejiranan sesama mereka.

Peribahasa - Latihan 4
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih
kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak
muda dari kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan
Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurut
beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang
menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau
orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa
berusaha bersungguh-sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta
menguruskan masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya
memperoleh kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang
lebih tinggi.

Peribahasa - Latihan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang sesuai
dengan setiap situasi tersebut.
(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif, lebihlebih lagi orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia
enggan mencari kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja lain.
(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya. Dia
memulakan perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar, kemudian
menjual buku-buku dan alat tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak menjual barang
untuk keperluan harian masyarakat di tempatnya.
(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang simpanannya
telah habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.

Peribahasa - Latihan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang
susah dan berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di perantauan dan
dapat menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan kepada kampung halaman
masih membara. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap
di sana. Dia meminta maaf daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya
yang lalu. Kini hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.

Peribahasa - Latihan 1
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa yang
sesuai.
i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar
raya di Kuala Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat
usahanya yang gigih, beliau telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya sendiri.
Beliau percaya bahawa .....
ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok lekornya
sendiri secara kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang sedikit,"
bisik Ahmad.
iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual pisang goreng di simpang
tiga jalan yang agak sepi. Apabila melihat kejayaannya, ramai insan lain mula
menceburkan diri dalam lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu....

Amalan berjimat-cermat mendatangkan pelbagai manfaat.


Huraikan langkah-langkah untuk memupuk amalan berjimat cermat
dalam kalangan masyarakat.
Setelah menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita
yang telah bebas daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun
bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Sehubungan dengan hal itu,
peribahasa ada menyebut bahawa, ada bukit, ada paya, namun kita tidak
boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan yang sedang dikecap,
negara kita masih lagi terkongkong dalam gelombang inflasi yang semakin
rumit. Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan sering meniti di bibir
masyarakat, tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, apakah yang
dimaksudkan dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam
Kamus Dewan Edisi Keempat, inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan
harga barangan yang disebabkan oleh bertambahnya kuasa membeli. Oleh
itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan formula penyelesaian harus
diimplementasikan untuk merungkaikan masalah ini bak kata peribahasa, tak
ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.
Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan
penyelesaian yang berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya mengambil
inisiatif dengan menganjurkan kempen berhemat secara istiqamah dan
konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya sekadar melepaskan
batuk di tangga. Memetik kata-kata azimat Lao tze, kehidupan membazir
dan tamak haloba mendorong manusia ke arah kebinasaan. Lantaran itu,
kempen tersebut haruslah menekankan kepentingan amalan berjimat cermat
supaya nilai murni ini dapat dijadikan amalan dalam kehidupan masyarakat
Malaysia. Tindakan yang lebih afdal, masyarakat sewajarnya diseru supaya
berbelanja mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan
sendiri dan usahlah bersikap membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja
dengan mengikut hawa nafsu akan membawa padah yang buruk kerana
peribahasa Melayu ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut
rasa binasa. Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan
pertandingan yang dapat menarik penyertaan khalayak seperti sayembara
puisi, menulis esei, persembahan artis dan sebagainya dalam usaha
menyebarluaskan kempen tersebut. Jelaslah bahawa penganjuran kempen
berhemat secara berterusan dan holistik merupakan perisai yang ampuh
untuk merungkaikan masalah kenaikan harga barangan.
Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan
sebarang kesulitan yang berlaku di negara kita termasuk isu kenaikan harga
barang. Namun begitu, kita tetap melihat dan kemudiannya menyesal kerana
pintu penyelesaian itu tertutup terlalu lama sehingga kita tidak dapat melihat
pintu lain yang telah terbuka. Begitulah gambaran implikasi daripada kata-

kata mutiara Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat
yang menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada cara yang berkesan
untuk mengatasinya. Sebagai kesinambungan idea, tindakan badan bukan
kerajaan atau NGO melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga
barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan langkah konkrit yang patut
dilaksanakan sepanjang masa. Organisasi atau agensi yang menyokong
peranan kerajaan ini seperti Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau
FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau CAP, telah mendukung
obligasi untuk melindungi hak para pengguna. Pihak-pihak ini berperanan
untuk menerima sebarang aduan dan menyiasat segala permasalahan yang
dihadapi termasuklah masalah kenaikan harga barangan keperluan,
penjualan barangan yang telah luput tarikh, caj perkhidmatan yang melampau
dan sebagainya. Seterusnya FOMCA dan CAP haruslah mengambil tindakan
yang sewajarnya untuk memastikan hak golongan pengguna akan terpelihara
dan tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga-peniaga yang licik dan tidak
bertanggungjawab. Organisasi-organisasi ini haruslah menjalinkan hubungan
ukhuwah ibarat seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita juga
berpegang pada falsafah Confusius, apalah gunanya sekiranya kita tidur
sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang
berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama. Deduksinya, melindungi hak-hak
pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di pasaran
merupakan tindakan efektif oleh agensi bukan kerajaan atau NGO.
Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang
tidak boleh diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah
adalah kosong. Kata-kata ini memang ada kebenarannya dan semua rakyat
di negara ini perlu berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut yang kita
hadapi mesti ada uslub dan minhaj yang komprehensif. Bertitik tolak daripada
manifestasi ini, pihak berkuasa seharusnya sentiasa membuat pemantauan
dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menaikkan
harga barangan sesuka hati tanpa memperoleh kelulusan daripada pihak
berwajib. Pegawai kerajaan berkaitan juga haruslah memainkan peranan
yang penting untuk mengadakan pemeriksaan secara mengejut ke premispremis perniagaan dari semasa ke semasa untuk memastikan para peniaga
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bersikap seperti lintah
darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga haruslah melunaskan
tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka untuk menggubal,
mengkodifikasikan seterusnya menguatkuasakan undang-undang secara
serius dan telus supaya dapat memberi peringatan kepada golongan peniaga.
Mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan atau memasang
lukah di pergentingan hendaklah didakwa di mahkamah agar kesalahan
sebegini tidak berulang ibarat pisang berbuah dua kali. Oleh itu, usaha
pihak berkuasa yang sentiasa membuat pemantauan dan mengambil
tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab dapat

mengekang masalah kenaikan harga barangan di pasaran.


Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan
menggosoknya terlebih dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah
membuktikan bahawa kejayaan semanis madu tidak akan terjana tanpa
curahan usaha yang bersungguh-sungguh kerana peribahasa Melayu ada
menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Hakikatnya, media massa juga menggalas kewajipan untuk menyebarluaskan
informasi berkaitan ilmu kepenggunaan merupakan prakarsa bagi menangkis
masalah kenaikan harga barang. Sebagaimana yang kita sedia maklum
bahawa ilmu kepenggunaan dalam kalangan masyarakat Malaysia masih
kurang meluas dan berada di takuk yang lama. Oleh itu, tidak hairanlah
sekiranya segelintir golongan peniaga yang mengutamakan keuntungan akan
bersikap ibarat menangguk di air keruh, menindas golongan pengguna
yang tidak berdosa. Oleh hal yang sedemikian, media massa haruslah
menyumbang tenaga secara optimum dengan menerapkan pengetahuan
berkaitan hak-hak pengguna kepada seluruh strata masyarakat. Dengan
komitmen pihak media massa, pengguna akan mengetahui kaedah yang
efisien untuk menuntut hak mereka daripada dimanipulasikan oleh para
peniaga yang durjana. Misalnya, apabila berlaku kenaikan harga barangan,
pengguna akan dapat membuat aduan kepada pihak berwajib dan agensi
bukan kerajaan supaya hak-hak mereka dapat dipertahankan. Melalui
penyebaran maklumat oleh media cetak dan media elektronik, para pengguna
termasuk suri rumah tangga akan memperoleh ilmu kepenggunaan secara
total dan bertindak berani kerana benar dalam memperjuangkan hak mereka
seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga barangan di negara ini.
Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi
bersuluh, segenap lapisan masyarakat mesti bersama-sama menggembleng
tenaga untuk mengekang kenaikan harga barangan dari peringkat akar
umbinya. Sebagai manusia yang kamil dan soleh, kita tidak wajar menadah
tangan ke langit menunggu kejatuhan lampu ajaib Aladdin kerana peribahasa
Melayu ada menyatakan, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak
datang melayang.Oleh itu,semua anggota komuniti haruslah mendukung
semangat habis kapak berganti beliung untuk membendung masalah
tersebut. Oleh itu, Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan Perdana
Menteri kita yang keempat, Tun Mahathir bin Mohamad bukan lagi
menjadi angan-angan Mat Jenin.

Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara berhemat


atau penggunaan sesuatu dengan tidak boros. Semenjak belakangan ini,
negara kita menghadapi krisis ekonomi dan masalah kejatuhan nilai mata
wang. Bagi mengatasi keadaan ini, maka sikap berjimat cermat patut
diamalkan oleh setiap rakyat. Sikap rakyat yang suka berjimat cermat akan
mengelakkan meningkatnya kadar inflasi, yakni satu keadaan apabila
permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan melebihi penawaran
barang dan perkhidmatan tersebut yang akan menyebabkan kenaikan harga.
Sikap boros dilarang oleh Allah. Malah, kerajaan Malaysia juga menyeru
rakyat supaya berjimat cermat, bukan sahaja untuk mematuhi ajaran agama,
tetapi untuk membantu memulihkan ekonomi negara. Oleh itu, langkahlangkah berjimat cermat patut kita rancangkan demi menjamin kehidupan
yang sempurna sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam menghadapi masa
depan yang belum diketahui keadaannya.
1 Kesimpulannya, berjimat cermat dan menabung perlu dijadikan amalan
dalam kehidupan kita untuk menjamin kecemerlangan hidup pada masa
hadapan. 2Untuk itu, kita hendaklah menanam rasa keinsafan, terutama di
kalangan generasi muda agar mereka mula berjimat cermat dan menabung
semasa muda seperti peribahasa yang berbunyi sedikit-sedikit, lama-lama
menjadi bukit dan sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. 3
Dengan mengamalkan budaya ini, maka kita akan melahirkan masyarakat
yang tidak boros dan senantiasa merancang masa hadapan mereka. 4 Saya
berpendapat bahawa berjimat cermat merupakan alternatif yang paling bijak
dalam membantu diri kita agar tidak berbelanja mengikut nafsu dan
senantiasa memikirkan masa hadapan seperti kata pepatah beringat
sebelum kena, berjimat sebelum habis.
Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan
serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan
atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Pada
tahun yang lalu kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana
menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular
kini ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton
dan sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu
melibatkan diri dalam aktiviti bersukan?
kemalangan didefinisikan sebagai suatu kejadian atau tragedi yang terjadi
tanpa dirancang atau secara sengaja. Maka dengan itu, kemalangan jalan
raya boleh didefinisikan sebagai sebuah tragedi atau kejadian yang berlaku
tanpa dirancang di atas jalan raya. Persoalannya kini, bagaimanakah kejadian
tidak dirancang ini berlaku? Mengapakah perkara ini boleh terjadi? Adakah
disebabkan oleh kecuaian manusia atau sememangnya sudah menjadi
hukum alam sejak azali lagi? Ayuh kita rungkaikan segala persoalan ini untuk
membendung faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya ini daripada
terus berlaku!
Mengikut Kamus Dewan, keluarga dapat ditakrifkan sebagai seisi rumah
tangga yang terdiri daripada suami isteri serta anak-anak.Selain itu, sebuah

keluarga juga merangkumi datuk, nenek, bapa saudara dan ibu saudara yang
juga memainkan peranan penting dalam sesebuah keluarga.Secara tidak
langsung, hubungan baik antara ahli keluarga dapat membentuk akhlak mulia
anak-anak.Oleh itu, kita perlu mengetahui peranan penting setiap ahli
keluarga dalam mencorakkan keperibadian anak-anak.
Jenayah Remaja dapat ditakrifkan sebagai perbuatan jenayah yang
dilakukan oleh remaja yang di bawah usia lapan belas tahun. Remaja yang
melakukan jenayah ketika di bawah umur akan dibicarakan di Mahkamah
Juvana. Hal ini semakin membimbangkan kerana kejadian jenayah yang
membabitkan golongan remaja yang masih bersekolah semakin bertambah
dari masa ke masa. Mahu ataupun tidak, kita perlu mengenal pasti pihak yang
bertanggungjawab dalam usaha menangani masalah ini daripada berterusan.
Sukarelawan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud
orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan sukarela. Secara umum,
sukarelawan boleh dimaksudkan sebagai seseorang atau kumpulan individu
yang sanggup melakukan sesuatu perkerjaan tanpa mengharapkan sebarang
balasan. Mereka melakukan pekerjaan tanpa mengira masa demi membantu
insan-insan yang memerlukan pertolongan. Malangnya, sejak akhir-akhir ini,
semangat sukarelawan semakin luntur dan hanya segelintir individu sahaja
yang sanggup melakukan sesuatu tanpa sebarang ganjaran.

Jawapan :(i) Ukur baju di badan sendiri.


(ii) Bagai telur di hujung tanduk.
(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.
Jawapan :(i) Buah mulut.
(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu.
(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jawapan :i. Harapkan pagar, pagar makan padi / biar pecah diperut, jangan pecah dimulut /
mulut tempayan.
ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.
Jawapan :(i) -belakang parang kalau diasah lagikan tajam
(ii) -biduk lalu kiambang bertaut
(iii) -yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/ mendengar guruh di langit,
air di tempayan dicurahkan
Jawapan :(i) -bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
(ii) -banyak orang, banyak ragam
(iii) -lain dahulu, lain sekarang
(iv) -barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain
(v) -tak sungguh, orang tak kata
(v) -ada budi boleh dibalas
Jawapan :(i) Biar lambat asalkan selamat / pandu cermat jiwa selamat.
(ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

(iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


Jawapan :(i) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
(ii) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / jika tidak dipecah ruyung di
manakan dapat sagunya
(iii) Rajin dan usaha tangga kejayaan / di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan
Jawapan :(i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
(iii) Sudah terhantuk baru tengadah
Jawapan :(i) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri
(iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Jawapan :i. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
ii. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
iii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Anda mungkin juga menyukai