Anda di halaman 1dari 9

KARANGAN REAL

HeNDaK 1000 DaYa, TaK HeNDaK 1000


DaLiH!
SALAM SEJAHTERA... CEPATNYA MASA BERLALU. BANYAK E-MEL CIKGU
TERIMA. TETAPI KESIBUKAN YANG MELAMPAU MENGHALANG CIKGU UNTUK
MEMBALAS E-MEL ATAU PUN MEMBACA KOMEN-KOMEN PELAJAR. SELAMAT
MAJU JAYA! DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN. Orang bijak pandai
pernah berkata "kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".

Saturday, 3 November 2012


PERIBAHASA - SOALAN DAN JAWAPAN

Peribahasa - Latihan 10
Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan
situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis peribahasa
yang berkenaan sahaja.
(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah
sesuai dengan kemampuan diri.
(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat
cemas.
(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.
Jawapan :-

(i) Ukur baju di badan sendiri.


(ii) Bagai telur di hujung tanduk.
(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.
Peribahasa - Latihan 9
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap
situasi di bawah.
(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.
(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.
(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.
Jawapan :-
(i) Buah mulut.
(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu.
(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Peribahasa - Latihan 8
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian
kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga
situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku
mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat
menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah
menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain
sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk
menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa
sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak
boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin
sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada
apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat.
Aku tidak mempercayainya lagi.
Jawapan :-

i. Harapkan pagar, pagar makan padi / biar pecah diperut,


jangan pecah dimulut / mulut tempayan.
ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna.

Peribahasa - Latihan 7
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian
kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap
situasi tersebut.
(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di
sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan
bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat
menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di
kelas cemerlang.
(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk
kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan ilmu
sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam
temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir
panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang
kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal
mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia
ada.
Jawapan :-

(i) -belakang parang kalau diasah lagikan tajam


(ii) -biduk lalu kiambang bertaut
(iii) -yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran/
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Peribahasa - Latihan 6
Lengkapkan peribahasa yang berikut.
(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
(ii) Banyak udang, banyak garam
(iii) Lain hulu lain parang
(iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain
(v) Tak tumbuh tak melata
(vi) Ada ubi ada batas
Jawapan :-

(i) -bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian


(ii) -banyak orang, banyak ragam
(iii) -lain dahulu, lain sekarang
(iv) -barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi
hak orang lain
(v) -tak sungguh, orang tak kata
(v) -ada budi boleh dibalas

Peribahasa - Latihan 5
Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang
paling sesuai bagi setiap situasi di bawah.
(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika
tidak berhati-hati ketika berada di jalan raya. Ingatan inilah
yang perlu disematkan dalam minda para pemandu,
penunggang dan pengguna jalan raya.
(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar
dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan cara menyimpannya
di dalam bank untuk masa depan mereka. Amalan
menabung merupakan satu tindakan yang baik dan
mengajar seseorang berjimat cermat.
(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh.
penduduk kampung tersebut berjaya menarik penyertaan
lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur. Aktiviti
seumpama ini merupakan satu titik permulaan bagi
menyemai nilai murni di samping dapat mengukuhkan
hubungan semangat kejiranan sesama mereka.
Jawapan :-

(i) Biar lambat asalkan selamat / pandu cermat jiwa


selamat.
(ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
(iii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Peribahasa - Latihan 4
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian
kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi
yang terdapat dalam petikan ini.
Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu
atau India mampu meraih kecemerlangan jika ada
kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang
anak muda dari kampung yang berjaya menempatkan
dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis
penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini.
Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang
lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk
terus bersaing dalam bidang akademik. Baginya kalau
orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh berjaya.
Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh-sungguh
dengan berkorban masa dan tenaga serta menguruskan
masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, beliau
berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang melanjutkan
pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.
Jawapan :-

(i) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi


(ii) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / jika tidak
dipecah ruyung di manakan dapat sagunya
(iii) Rajin dan usaha tangga kejayaan / di mana ada
kemahuan di situ ada kejayaan

Peribahasa - Latihan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan
satu peribahasa yang sesuai dengan setiap situasi tersebut.
(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di
bandar itu amat daif, lebih-lebih lagi orang ramai semakin
kurang menggunakan perkhidmatannya. Namun, dia
enggan mencari kerja lain dan tidak yakin boleh membuat
kerja lain.
(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk
mengembangkan perniagaannya. Dia memulakan
perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar,
kemudian menjual buku-buku dan alat tulis. Kini, kedai
Abu semakin banyak menjual barang untuk keperluan
harian masyarakat di tempatnya.
(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan
mewah. Wang simpanannya telah habis dibelanjakan. Kini,
baru dia sedar dan berazam untuk berjimat cermat.
Jawapan :-

(i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat


sagunya
(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
(iii) Sudah terhantuk baru tengadah

Peribahasa - Latihan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian
kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi
yang terdapat dalam petikan ini.
Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung
halaman kerana kehidupan yang susah dan berlaku
perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di
perantauan dan dapat menikmati hidup yang agak selesa.
Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara.
Dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan
menetap di sana. Dia meminta maaf daripada adik-
beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini
hubungannya dengan adik-beradik semakin mesra.
Jawapan :-

(i) Bumi mana yang tidak ditimpa hujan


(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri, lebih baik di negeri sendiri
(iii) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Peribahasa - Latihan 1
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan
menggunakan peribahasa yang sesuai.
i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong
daging di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, iaitu pada
awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat usahanya
yang gigih, beliau telah menjadi Pengarah Urusan di
syarikatnya sendiri. Beliau percaya bahawa .....
ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad
mengusahakan keropok lekornya sendiri secara kecil-
kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal yang
sedikit," bisik Ahmad.
iii. Pada peringkat awal Fatimah membuka gerai menjual
pisang goreng di simpang tiga jalan yang agak sepi. Apabila
melihat kejayaannya, ramai insan lain mula menceburkan
diri dalam lapangan tersebut. Kini, gerai di kawasan itu....
Jawapan :-

i. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.


ii. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
iii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Anda mungkin juga menyukai