Anda di halaman 1dari 13

Bahagian A ( 35 markah )

Soalan A1 ( 10 markah )
Arahan : Di dalam petikan di bawah ini terdapat 10 perkataan yang seharusnya
menggunakan imbuhan. Tuliskan semula perkataan tersebut dengan
menggunakan IMBUHAN yang sesuai di Kertas Jawapan yang
disediakan.

Dunia kanak-kanak _____(1)______(memang) indah dan penuh dengan


kegembiraan. Sebahagian besar masa mereka ______(2) _____ (habis) dengan
bermain. Pelbagai jenis permainan yang berbentuk moden dan tradisional boleh
____(3)_____ (dapat) di Semenanjung Malaysia.

Meskipun permainan moden berbentuk siber _______(4)______(kembang)


dengan begitu rancak, namun permainan tradisional tidak patut
______(5)______(lupa). Permainan tradisional bukan sahaja dapat
______(6)_____(kuat) stamina seseorang, bahkan perkembangan sosial, mental
dan emosi juga dapat ditingkatkan.

Di negara jiran kita, terdapat berbagai-bagai permainan tradisional kanak-kanak


yang telah ______(7)_____(waris) sejak turun-temurun. Antaranya
_____(8)_____(masuk) permainan Ting-Ting, Tarik Upih, Guli, Layang-Layang
dan Rim Basikal yang biasanya_______(9)______(main) oleh kanak-kanak dalam
lingkungan umur 10 tahun dan ke bawah.Kanak-kanak akan _____(10)____ (rasa)
gembira apabila mereka dapat bermain.

1
Soalan A2 ( 5 markah )
Arahan : Daripada senarai perkataan di bawah ini, pilih perkataan yang sama
seerti dengan perkataan ‘menahan’ yang terdapat dalam setiap ayat
yang diberi. Kemudian, tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang
disediakan.

menghentikan mencegah memenjarakan menyimpan menyekat

menopang menangkis mengekang menderita menolak

11. Leftanan Adnan menyuruh anggota-anggota tenteranya membuat beberapa

kubu sepanjang-panjang sungai itu supaya ia dapat menahan angkatan Jepun.

12. Mereka sedang mencacak buluh di kaki tebing sungai itu untuk menahannya

supaya ia tidak boleh runtuh.

13. Pegawai polis diberi kuasa untuk menahan seseorang yang cuba merosakkan

harta benda awam.

14. Kita harus menahan diri daripada diperdaya oleh iklan-iklan yang disiarkan di

televisyen.

15. Dia kelihatan terkial-kial menahan kesakitan di lutut akibat menendang bola

dengan kuatnya.

2
Soalan A3 ( 5 markah )

Arahan : Bina sepotong ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap perkataan
yang diberi. Kemudian, tulis ayat kamu di Kertas Jawapan yang
disediakan.

16. mengalpakan
17. memperjuangkan
18. pelopor
19. persengketaan
20. keakraban

Soalan A4 ( 10 markah )
Arahan : Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini
dengan sepatah perkataan yang sesuai dengan jalan ceritanya. Kemudian,
tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

Colosseum merupakan ______(21)_____struktur berbentang stadium terbuka


_____(22)_____ dibina pada tahun 80 Masehi. Panggung yang dibina
_____(23)_____ zaman Empayar Rom ini dijadikan ______(24)_____
gelanggang pertarungan antara dua orang pendekar dan kadang-kala antara
seorang pendekar ______(25)______ binatang liar. Colosseum ini berbentuk
bujur. Di bahagian dalamnya, terdapat empat galeri tempat duduk yang dapat
memuatkan sehingga 50 000 orang penonton. Sebahagian besar
_______(26)______ penonton dilindungi daripada pancaran cahaya matahari
_______(27)_____ pelindung kanvas yang boleh diubah-ubah kedudukannya.
Sebahagian daripada tinggalan Colosseum _______(28)_____ wujud
_______(29)____ ke hari ini. Colosseum merupakan salah satu daya tarikan
pelancong _______(30)_______ Itali.

3
Soalan A5 ( 5 markah )
Arahan : Pilih ayat yang menerangkan dengan betul maksud peribahasa yang
terkandung dalam ayat itu sendiri. Kemudian tuliskan huuruf jawapan
kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

31.
A. Kamalia telah berjaya memenangi hadiah pertama dalam cabutan bertuah
Golden Chance minggu lalu bagai kaduk naik junjung kerana dia tidak
menyangkakan yang dia boleh menang.

B. Walaupun dia baru sahaja bekerja sebagai pembantu pengerusi di syarikat itu,
dia sudah bercita-cita ingin menggantikan tempat Samy sebagai pengerusi
dalam masa enam bulan. Impiannya bagai kaduk naik junjung.

C. Apabila Ahmad yang bekerja sebagai jurujual jam tangan dinaikkan pangkat
menjadi seorang pengurus di Kedai Jam Rolex, dia menjadi mengada-gada
bagai kaduk naik junjung.

D. Romzi hanya berkelulusan rendah tetapi dengan semangat dan usaha yang
gigih, dia dapat naik pangkat bagai kaduk naik junjung.

32.
A. Walaupun Encik Lim tidak berpuas hati dengan tabiat anaknya yang suka
menghabiskan duitnya dengan membeli baju yang berjenama, dia tidak pernah
memarahinya kerana dia amat sayang dengan anak tunggalnya bagai ayam
bertelur di padi.

B. Perbuatan Amat yang ganjil sejak kebelakangan ini bagai ayam bertelur di
padi kerana dia suka minum air kopi bercampur dengan madu sedangkan dulu
dia tidak pernah minum air kopi dan madu.

C. Ibunya bagai ayam bertelur di padi, kerana dia lebih suka bekerja daripada
duduk di rumah.

D. Kehidupan seorang jutawan yang serba-serbi mewah dan tidak khuatir akan
kekurangan apa-apa bagai ayam bertelur di padi.

33.
A. Ibu bapanya tidak pernah menyangkakan yang anak mereka akan menetap di
Amerika Syarikat untuk selama-lamanya. Ini merupakan perbuatan yang
menyedihnya bagai hujan jatuh ke pasir kerana harapan mereka untuk tinggal
serumah dengan anak mereka musnah.

4
B. Dilla akan menolong Kas jika dia mengalami masalah kewangan tetapi
apabila dia ingin meminta pertolongan Kas, dia dihiraukan dan Kas tidak
ambil perduli tentang masalah Dilla bagai hujan jatuh ke pasir.

C. Pendapatan Ayie bertambah semenjak dia berlakon dalam drama Bara bagai
hujan jatuh ke pasir kerana dia dapat banyak tawaran berlakon.

D. Hubungan di antara Aki dan Husin bagai hujan jatuh ke pasir kerana mereka
tidak pernah bergaduh ataupun bertengkar sejak di bangku sekolah lagi.

34.
A. Kesalahan yang dilakukan olehnya bagai air titik ke batu kerana ia akan
menjejaskan maruah keluarganya.

B. Dengan modal yang singkat itu, Jim berharap meraih keuntungan yang besar,
ibarat kata pepatah bagai air titik ke batu.

C. Kadang kala seorang kaunselor mengalami kesukaran untuk memberi nasihat


yang baik kepada bekas penagih dadah bagai air titik ke batu. Ini disebabkan
kemungkinan besar mereka akan kembali mengambil dadah semula.

D. Pemuda yang terkenal suka mencela kelemahan orang lain padahal dia sendiri
banyak kelemahan. Sikapnya bagai air titik ke batu.

35.
A. Juraidah seorang yang sangat cepat menerima dan mudah memahami apa
yang diajar oleh guru di sekolah seperti busut juga ditimbun oleh anai-anai.

B. Apabila televisyen di rumah sudah rosak, Quraisy cuba memperbaikinya


tetapi gagal kerana dia tidak mahir dalam bidang itu seperti busut juga
ditimbun oleh anai-anai.

C. Zainal sungguh gembira sekali apabila dia mendapat mainan lumba kereta
yang diidam-idamkan sejak dia berada di sekolah rendah seperti busut juga
ditimbun oleh anai-anai.

D. Keluarga Hasan menuduh Hasan mencuri barang kemas arwah neneknya


seperti busut juga ditumbun oleh anai-anai kerana Hasan merupakan bekas
banduan yang baru keluar dari penjara atas tuduhan merompak sebuah kedai.

5
Bahagian B ( 20 markah )

Soalan B1 ( 6 markah )
Arahan : Baca petikan karangan ini dengan cermat dan jawab semua soakan yang
mengikutinya.

Membebankan, memalukan dan menjijikkan ; itulah antara pandangan atau


tanggapan sesetengah keluarga terhadap ahli mereka yang cacat. Ahli yang
malang itu mungkin ibu bapa, anak ataupun saudara kandung. Dalam sesetengah
kepercayaan masyarakat, ahli yang malang ini bukan sahaja dilihat
membebankan, tetapi dipercayai membawa petaka kepada keluarga berkenaan.

Namun, oleh sebab yang cacat itu darah daging sendiri, mahu tidak mahu,
keluarga berkenaan terpaksalah menjaganya. Oleh sebab itu, seperti lazim
dilaporkan oleh akhbar, ada antara yang cacat ini dikurung, dirantai di bilik
sempit, diberi makan dan pakaian ala kadar sahaja, atau dibiarkan merayau-rayau.
Gambaran yang sukar dipercayai ini boleh berlaku di negara yang menganut
konsep masyarakat penyayang ; tetapi percayalah, jika ada usaha sedikit untuk
menyiasat, nescaya akan ditemui kejadian buruk ini, baik di kota mahupun di
desa. Kejadian begini boleh berlaku kerana mereka yang cacat tidak berupaya
bertindak sendiri membela nasib mereka. Nasib mereka banyak bergantung pada
sanak saudara; jika mereka diharapkan itu enggan memainkan peranan yang
sepatutnya, siapa yang akan membela nasib mereka yang cacat itu? Di negara
maju, peranan ini diambil alih sepenuhnya oleh pihak berkuasa melalui Jabatan
Kebajikan Masyarakat.

Langkah sedemikian memang wajar kerana untuk menjaga orang cacat itu bukan
sahaja sulit, malah hendaklah ditangani oleh orang yang dilatih khusus. Untuk
memudahkan penjagaan, mereka yang cacat itu elok ditempatkan di kediaman
khas bagi satu-satu daerah. Jika dihalusi, tiada sesiapa pun mahu menjadi cacat.
Jika diberi pilihan, semua orang bukan sahaja mahu sempurna sifatnya, tetapi

6
mahu kelihatan kacak dan jelita. Selain itu, tentunya semua orang mengharapkan
hidup senang-lenang dan kaya-raya.

Memang benar, baik cacat anggota mahupun cacat minda, perkara itu bukan
pilihan. Kita dapat melihat ada orang cacat sejak dilahirkan; ada pula
sesetengahnya cacat kerana sakit teruk yang berpanjangan dan tidak kurang juga
yang menjadi cacat kerana ditimpa kemalangan. Apa pun, mereka ini dapat
dibahagikan kepada tiga, pertama, mereka mampu mencuba berdikari, kedua ,
yang dapat dilatih berdikari, dan ketiga, yang langsung tidak berupaya dan
terpaksa diberi bantuan sepenuhnya sepanjang hayat mereka.

Namun ,yang paling kurang mendapat perhatian sebenarnya ialah mereka yang
langsung tidak berupaya kerana mereka selalunya mengalami cacat fizikal yang
teruk ( serta mental ) hingga menyebabkan mereka tidak dapat bergerak dan
berkomunikasi dengan orang lain. Oleh yang demikian, walaupun sebenarnya
mental mereka tidak cacat, mereka dengan mudah dianggap cacat minda dan tidak
dapat dibantu lagi. Di sinilah letaknya penyeksaan yang paling teruk yang dialami
oleh mereka yang cacat jenis ini. Dalam keadaan mereka dibiarkan tergolek
keseorangan, tidak dapat bangun dan berkata-kata, selain menderam atau
mengigal sesungguhnya ada banyak yang hendak dikatakan. Apakan daya kalau
yang normal sudah menganggap mereka tidak berguna lagi.

Sebenarnya masyarakat perlu menghulurkan simpati kepada orang cacat ini.


Lagipun, sebenarnya sedikit sebanyak kita pun cacat. Semua umat manusia
dijadikan demikian, sama ada kita mengakuinya atau sebaliknya. Jadi, kita patut
bersyukur dan tidaklah baik jika kesyukuran itu disalur ke arah membantu mereka
yang benar-benar cacat.

7
36. Tanggapan sesebuah keluarga terhadap ahli-ahli mereka yang cacat ialah
mereka_____________.

I. menggerunkan, menyeramkan.
II. membawa malapetaka, menyusahkan.
III. dipandang hina, menggelikan.
IV. bersimpati, berasa sedih dan kesian.

A. I , II dan IV
B. II dan III
C. I dan III
D. I dan II

37. Gambaran yang diberi di akhbar mengenai orang-orang cacat ___________.


A. Berlaku di kota sahaja dan bukan di desa.
B. Memeranjatkan kerana mereka telah dimasukkan ke dalam bilik dan tidak
memberi makan dan pakaian yang cantik-cantik.
C. Sukar dipercayai kerana masyarakat di dunia mengamalkan konsep
mayarakat penyayang.
D. Menyedihkan kerana mereka telah didera dan dihiraukan oleh kaum
keluarga.

38. Langkah yang sesuai untuk penjagaan orang-orang cacat ialah ___________.
A. Membayar ganti rugi kepada kaum keluarga yang menjaga ahli keluarga
mereka yang cacat supaya mereka dapat dijaga dengan sempurna.
B. Menyuruh pelatih yang khusus untuk orang-orang cacat menjaga mereka.
C. Memberi tempat perlindungan serta pelatih yang khusus untuk orang-orang
cacat.
D. Memberi kuasa penuh kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan menyuruh
mereka mengendalikan orang-orang cacat.

8
39. Sesetengah orang yang menjadi cacat kerana _______________.
I. Sudah ditakdir menjadi cacat.
II. Semasa bayi , ibu bapa tidak menjaga mereka dengan berhati-hati dan ini
menyebabkan mereka menghidap demam panas dan otak mereka
terencat.
III. Keluarga mereka miskin dan tidak mampu menyediakan makanan yang
berkhasiat kepada ahli keluarganya.
IV. Ibu mereka melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kesan
buruk pada bayi di dalam kandungannya seperti menghisap rokok,
meminum minuman keras dan lain-lain lagi.

A. I, II dan III
B. I,III dan IV
C. I, II dan IV
D. I , II , III dan IV

40. Sesetengah orang-orang cacat kurang diberi perhatian dan selalunya diseksa
oleh kaum keluarga kerana __________________.
A. Mereka hanya tahu menyusahkan orang lain.
B. Mereka dianggap orang-orang yang tidak berguna untuk masyarakat dan
kaum keluarga.
C. Kelakuan mereka dibenci oleh sesetengah mesyarakat dan kaum keluarga.
D. Mereka tidak boleh berfikir dan melakukan kerja secara berdikari dan
memerlukan pertolongan orang lain.

9
41. Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh golongan masyarakat
yang sempurna dari segi fizikal dan mental terhadap orang-orang yang tidak
bernasib baik?
I. Mereka harus berasa simpati dengan orang-orang cacat dan tidak harus
mengejek-ejek pada mereka yang kurang bernasib baik.
II. Mereka harus mengamalkan sikap berpura-pura bila mereka berada di sisi
orang-orang cacat dan menunjukkan rasa simpati namun hakikat sebenar,
mereka benci untuk melihat orang-orang cacat yang diibaratkan seperti
sampah masyarakat.
III. Mereka harus menghulurkan bantuan dari segi tenaga dan wang kepada
orang-orang cacat.
IV. Mereka harus menyuruh pemerintah atau pihak-pihak yang berkuasa untuk
menolong orang-orang cacat.

A. I dan II
B. I dan III
C. I , III dan IV
D. I , II dan III

10
Soalan B2 ( 14 markah )
Arahan : Baca potongan karangan di bawah ini dengan teliti . Kemudian jawab
soalan-soalan yang mengikutinya dengan ayat-ayat yang lengkap.

Basikal tua ayahnya disandarkan ke dinding rumahnya dan buru-buru melompat


melangkah tangga dapur lalu terduduk di situ juga. Penat benar rasanya mengayuh
basikal sejauh tiga batu jalan kampung tidak bertanah merah itu.

“Mana ayamnya?” tanya ibu sedikit meninggi.


“Tak dapat,” jawab Farid anak mudanya sambil mengesat peluh meleleh di dahi.
Dia mengeluh panjang kepenatan.
“Kan banyak ayam Pak Long kau tu,” kata ibu kehairanan.
“Katanya baru lepas jual ayam,” balasnya agak keras. Mukanya masam. Radang
pun ada bila mengingatkan Pak Longnya yang tidak mahu menjualkan ayam dara
yang diidamkannya itu.
“Takkanlah semua,” balas ibu merenung muka anak yang tegang saja itu mahu
penjelasan lanjut.
“Tak semua. Ada banyak ayam jantan, tapi nak buat baka katanya. Ayam betina
dara nak buat ibu…! Ah…. Kedukutnya melampau-lampau,”dia marah.

Ibunya menarik nafas panjang. Sejak balik bercuti dulu Farid selalu menyebut-
nyebut nak makan ayam panggang masakannya, tapi hingga dah nak habis cuti
universiti ayam panggang itu belum juga dapat dirasa.

“Nama saja tinggal di kampung, tapi tak ada yang membela ayam!” dia merungut-
rungut tidak tentu fasal.“Kampung ni baru lepas kena serang sakit ayam, Farid!
Semua orang baru nak menghidup ayam semula….” Jawab ibunya.“Tak usah nak
naik angin tak tentu fasal. Esok biar aku ke rumah Tuk kau di Ulu. Di sana tak
kena penyakit ayam,” sambung ibu seperti memujuk.“Tak usah bimbang. Hari ni
mak masakkan kau daging rebung yang paling sedap. Kata orang kalau kena
gayanya kalah daging panggang ayam,” tambah ibu seperti berjenaka.“Daging

11
rebung nak disamakan dengan daging ayam? Kan tak logik tu…” dia mendengus
lalu masuk ke dalam.

Kemudian keluar semula mendapatkan ibunya di dapur iu.

“Apa halnya Cikgu Ali di depan tu?” tanyanya dengan suara radangnya
juga.“Cuba bercakap tu perlahan sedikit,” tegah si ibu.“Apa halnya?” ulangnya.
Nada itu juga. Meninggi.“Minta air penawar anaknya demam,” balas ibu
merendah.

Serta -merta bibir Farid terjuih. Menyampah ia mendengarnya. Cikgu yang tolol!
Detik hatinya. Dulu kau yang selalu mengejek-ngejek aku: ‘Anak Pak Seman jual
air sejuk! Jangan percayakan pawang karut….’ Ha sekarang apa dah jadi? Dia
tersenyum sendiri mengingatkan kisah-kisah lama bekas gurunya itu.

“Cikgu, percaya pawang….”dia tergelak kecil. Mak Limah mengetapkan bibir


memberi amaran. Farid selamba saja.“Patut cikgu jadi contoh teladan pada orang-
orang kampung yang kolot itu….”tambahnya lagi masih gelak-gelak kecil.“Aku
anak tuk pawang tak percaya jampi dan mantera. Cikgu…Cikgu…."dia terus
mengejek."Jaga mulut tu sikit.Nanti didengar cikgu tu…"tegah Mak Limah
dengan jeling yang memanjang. Farid senyum-senyum saja.

Sejurus kemudian ia bangun pergi mendapatkan ayahnya yang sedang menghadap


segeluk air. Cikgu Ali tersandar tenang di penjuru bilik depan itu menantikan
ayahnya menjampi.Setelah bersalaman dengan cikgu itu ia duduk di situ,
kemudian tidak masa lagi lalu bertanya ramah.

"Minta tangkal siapa cikgu?" dia senyum-senyum."Anak saya. Demam,"jawabnya


pendak. Terbayang di ruang matanya anak kecil yang terlantar sakit di rumah.
Wajahnya segera muram dan keruh."Dah bawa ke hospital?" tanya Farid lagi

12
ingin tahu."Sudah juga,"suaranya lemah sahaja menjawab."Baguslah tu,"sahut
Farid.

Perbualan yang baru bermula serta-merta berhenti.Pak Seman sudah selesai


menjampi. Entah apa yang dibaca. Farid tidak pernah ambil pusing. Tentulah
sebaris dua pantun yang didendangkannya di mulut geluk itu fikir Farid.

( Sekapur Sirih Segeluk Air oleh Khadijah Hashim )

42. Mengapakah Farid begitu marah dengan Pak Long? ( 2 )

43. Apakah sebabnya kampung Farid sukar untuk mendapatkan ayam ? ( 1 )

44. Apakah tujuan Farid bila dia menyatakan "Daging rebung nak disamakan

dengan daging ayam ? Kan tak logik tu….." kepada ibunya? ( 3 )

45. Mengapakah Farid begitu benci terhadap Cikgu Ali yang datang ke

rumahnya? ( 2 )

46. Adakah kamu setuju dengan kenyataan Farid bila dia menyatakan "Aku anak

tuk pawang tak percaya jampi dan mantera. " ? ( 3 )

47. Cuba kamu fikirkan apa akan terjadi kepada anak Cikgu Ali setelah diberikan

air penawar ? Berikan penjelasan yang kukuh. ( 2 )

48. Siapa sebenarnya Farid dalam cerita ini ? ( 1 )

SELESAI

13

Anda mungkin juga menyukai