Anda di halaman 1dari 17

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA)

TINGKATAN 3
BAHASA MELAYU KERTAS 1 (02/1)
BAHAGIAN A
Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian.
Soalan 1 -5
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Orang ramai digalakkan untuk melawat __________ tempat-tempat bersejarah di negara kita
untuk menyemaikan perasaan cinta akan negara dalam diri mereka.

A. di
B. ke
C. pada
D. daripada

2. Peserta yang paling __________ sampai di garisan penamat akan diumumkan sebagai
pemenang pertandingan larian 100m tersebut.

A. cekap
B. cerdas
C. pantas
D. kencang

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah ini.

3. Sebagai pengawas, Hairil dan Radan sentiasa _________ tugas yang dipertanggungjawabkan
kepadanya dengan baiknya.

A. memenuhi
B. menunaikan
C. menjelaskan
D. mengerjakan
4. Sesiapa pun tidak sewajarnya __________ berita yang tidak pasti kesahihannya melalui
media sosial.

A. menaburkan
B. melayangkan
C. menyebarkan
D. mengembangkan

5. Pertandingan Olimpiad Matematik itu dianjurkan oleh guru-guru Matematik untuk mengasah
bakat __________ mencungkil kebolehan murid-murid.

A. dan
B. lalu
C. sambil
D. supaya

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.

Soalan 6
6. I Pelbagai cadangan, idea, pengalaman dan pandangan yang segar untuk belajar dengan
berkesannya diberikan oleh para peserta kem motivasi itu.
II Air sungai di belakang rumah datuk kelihatan segar hingga kami dapat melihat dasar
sungai tersebut.
III Pelbagai jenis sayur-sayuran yang ditanam oleh ibu di halaman rumah hidup dengan
segarnya kerana dijaga dengan baiknya.
IV Peristiwa ngeri yang menimpa keluarga Andy pada tahun yang lalu masih segar dalam
ingatannya.

A. I dan II sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I,Il dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan
bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Soalan 7
7. Pasukan penyelamat berusaha untuk mengesan sekumpulan remaja yang tersesat di dalam
hutan berpandukan dengan maklumat yang diberikan oleh keluarga mereka.

A. berpandukan maklumat
B. berpandukan oleh maklumat
C. berpandukan kepada maklumat
D. berpandukan dengan maklumat

Pilih ayat-ayat yang betul.

8. I Hazim berbasikal ke sekolah sejauh tiga kilometer pada tiap hari.
II Pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di
negara kita.
III Para peserta pertandingan kawad kaki itu menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi
sepanjang pertandingan itu berlangsung.
IV Tuan Kamal sedang mempertimbangkan beberapa cadangan yang dikemukakan oleh
pembantunya untuk meningkatkan prestasi syarikat.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Soalan 9
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.
9. "Kamu semua hendaklah berjimat cermat ketika berbelanja untuk mengelakkan
pembaziran," pesan Puan Nuri kepada anak-anaknya.

A. Anak-anak Puan Nuri mengelakkan pembaziran dengan berjimat cermat ketika

berbelanja.
B. Puan Nuri dan anak-anaknya berjimat cermat ketika berbelanja untuk mengelakkan
pembaziran.
C. Puan Nuri berpesan kepada anak-anaknya supaya berjimat cermat ketika berbelanja untuk
mengelakkan pembaziran.
D. Pesanan Puan Nuri supaya berjimat cermat ketika berbelanja untuk mengelakkan
pembaziran sentiasa diingati oleh anak-anaknya.

Soalan 10
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
10. Jasa Pak Adji yang sangat besar kepada penduduk kampung masih diingati oleh semua
penduduk walaupun sudah lima belas tahun beliau meninggal dunia.

Berdasarkan penyataan di atas, yang manakah peribahasa yang paling tepat?

A. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

B. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
C. Jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya
D. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Soalan 11-15
Baca bahan di bawah ini dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang berikut.

Maka Miskin pun hairanlah akan dirinya sebab bertuah untungnya maka boleh diberi orang pasar
berbagai-bagai jenisnya. Adapun tatkala akan dahulu jangankan diberinya, hampir pun tiada
boleh, dilemparnya dengan batu dan kayu. Setelah sudah fikir demikian itu maka ia pun
kembalilah mendapatkan bininya. Maka segala buah-buahan dan makanan dan kain baju itu pun
ditunjukkan kepada bininya seraya berceterakan halnya tatkala di pasar itu.
Maka bininya pun menangis tiada mahu makan jikalau tiada buah mempelam yang dalam
taman raja itu. Maka bininya pun berkata, “Biarlah aku mati sekali.”
Maka terlalulah sebal hati suaminya melihatkan laku bininya seperti orang hendak mati
rupanya tiada berdaya lagi. Maka suaminya pun pergilah menghadap Maharaja Indera Dewa itu.
Maka baginda pun sedang dihadap oleh segala anak raja-raja. Maka Miskin pun sampailah ia lalu
masuk ke dalam sekali.
Maka titah baginda, “Hai, Miskin, apa kehendakmu?”
Maka Miskin pun sujud kepalanya lalu ke tanah sembahnya, “Ya Tuanku beribu-ribu
ampun, jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertua akan patik yang hina ini, patik hendak memohon
akan mempelam Duli Syah Alam yang gugur barang sebiji.”
Maka titah baginda kepada hambanya, “Pergilah engkau ambilkan buah mempelam itu
barang setangkai kepada Miskin.”
Maka diambilkan oranglah; diberikannya kepada Miskin itu. Maka diambilnya seraya
menyembah kepada baginda itu lalu ia keluar berjalan kembali.
Dipetik daripada prosa ‘Bahagia Sesudah Derita’,
Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
Kementerian Pendidikan Malaysia

11. Berdasarkan petikan tersebut, rangkai kata terlalulah sebal hati membawa maksud

A. amat berasa simpati kerana sedih.

B. sangat berasa bersalah akibat ditipu.
C. sungguh berasa kesal kerana kecewa.
D. paling berasa marah kerana gagal menunaikan hajat.
12. Berikut merupakan tindakan Miskin untuk memenuhi permintaan bininya, kecuali

A. sujud kepalanya lalu ke tanah.

B. menghadap Maharaja Indera Dewa.
C. menyatakan hajatnya kepada Maharaja Indera Dewa.
D. berkata-kata sambil menangis di hadapan Maharaja Indera Dewa.

13. Berdasarkan petikan, Maharaja Indera Dewa digambarkan sebagai pemimpin yang
__________.

A. peramah.
B. baik hati.
C. penyayang.
D. bertanggungjawab.

14. Antara berikut, yang manakah benar tentang petikan?

A. Isteri Miskin ingin makan buah mempelam yang belum gugur sahaja.
B. Miskin memohon setangkai buah mempelam Maharaja Indera Dewa yang belum gugur.
C. Maharaja Indera Dewa menitahkan hambanya mengambilkan setangkai buah mempelam
di taman raja untuk diberikan kepada Miskin.
D. Maharaja Indera Dewa menitahkan hambanya memberikan sebiji buah mempelam yang
telah gugur kepada Miskin.

15. Pengajaran yang berikut terkandung dalam petikan, kecuali

A. kita hendaklah selalu berbaik-baik dengan orang kaya.

B. kita tidak sewajarnya memandang hina terhadap orang lain.
C. kita haruslah mengamalkan sikap belas kasihan terhadap orang lain.
D. kita perlulah berusaha dengan gigihnya untuk mencapai sesuatu hajat.
BAHAGIAN B
1. Dalam bahan di bawah ini, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti tiga kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.

i. Suasana pembelajaran yang kondiusif di dalam kelas dapat meningkatkan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran.

_____________________________________________________________________

ii. Kebanyakkan remaja mudah terpengaruh oleh pelbagai gejala negatif yang disebarkan
melalui media sosial.

_____________________________________________________________________

iii. Peningkatan kadar pengangguran akibat kelembapan ekonomi globel pasti akan memberikan
kesan terhadap ekonomi negara.

_____________________________________________________________________

2. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

i. Semua barangan terpakai itu telah dikumpulkan oleh kami untuk dihantar ke pusat kitar
semula.

_____________________________________________________________________

ii. Pelajar perempuan itu telah diumumkan sebagai pemenang pertama kuiz bahasa itu kerana
mendapat markah tertinggi sekali dalam setiap pusingan.

_____________________________________________________________________
3. Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah ini kepada ayat bersusunan biasa.

i. Akan berpindah ke petempatan baharu penduduk di kawasan yang sering dilanda banjır itu
untuk menjaga keselamatan mereka.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

ii. Perlu berhati-hati ketika membeli barangan secara dalam talian untuk mengelakkan mereka
daripada ditipu oleh peniaga para pengguna.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

iii. Sangat menarik ciptaan yang dihasilkan oleh kumpulan murid itu kerana dapat memberikan
pelbagai kegunaan.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

4. Lihat gambar di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan bahan tersebut, tulis dua
peribahasa yang sesuai.

i. ________________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________________
5. Baca bahan-bahan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

BAHAN 1
Lalu di mata batinnya muncul dua orang anak lelakinya, Saleh dan Musa. Dua orang
anak lelakinya ini membawa masalah dalam keluarganya. Dua orang anak lelakinya itu
memeningkan kepalanya. Dua orang anak lelakinya itu tamakkan duit. Dua orang anak
lelakinya itu memalukanny.
Saleh asyik keluar masuk lokap polis kerana terlibat dengan penagihan dadah. Saleh
juga pernah keluar masuk pusat serenti tetapi dia terus juga menagih. Musa terlibat dengan
keseronokan anak-anak muda dengan motosikal. Musa beberapa kali ditahan kerana terlibat
dalam lumba haram. Beberapa kali juga Musa masuk dan keluar lokap polis. Beberapa kali
pula dia sendiri ke balai polis mengeluarkan anaknya itu.
Dipetik daripada cerpen 'Sekeping Tanah',
antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
Kementerian Pendidikan Malaysia

BAHAN 2
Mahkamah Rendah Kuala Terengganu mendapati Mukhtar bin Yusof bersalah kerana
mengupah samseng-samseng membakar bangunan bengkel batik moden kepunyaan syarikat
Batik Nusantara. Hasil siasatan menunjukkan perniagaan batik aslinya menghadapi era
kemerosotan. Kualiti batiknya jatuh dan pasarannya sempit. Kemudahan kredit yang sengaja
dilonggarkan kepada ejen-ejennya dengan tujuan melobi menyusahkan dirinya sendiri.
Hutang mula bertimbun.
Syarikatnya hampir dilelong bank. Farid berusaha menyelamatkannya. Apabila
mendengar Farid hendak membeli syarikatnya, Mukhtar menangis kesal. Dia sedar dan insaf
kejahatan hatinya selama ini tidak menguntungkan sesiapa.
Dipetik daripada novel 'Hempasan Ombak',
Tingkatan 3,
Kementerian Pendidikan Malaysia
a) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh Musa
dan Mukhtar.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

b) Nyatakan dua kritikan terhadap masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut.

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

c) Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan.

Berdasarkan peribahasa di atas, apakah usaha-usaha yang perlu kita lakukan untuk
memperbaik kesilapan dan kesalahan lampau yang telah kita lakukan?
___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
6. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.
(i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar
(ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim
(iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya
(iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah

Penerapan nilai kegigihan bertujuan untuk membentuk jiwa pembaca agar lebih bersemangat
untuk melaksanakan sesuatu perkara. Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari,
huraikan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan nilai kegigihan.

BAHAGIAN C
Lihat carta di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
______________________________________________________________________________

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 (02/1)

BAHAGIAN A
1B 2C 3B 4C 5A
6B 7A 8D 9C 10 D
11 C 12 D 13 B 14 C 15 A

BAHAGIAN B
1. (i) kondiusif – kondusif
(ii) Kebanyakkan – Kebanyakan
(iii) globel – global
2. (i) dikumpulkan oleh kami – kami kumpulkan
(ii) tertinggi sekali – tertinggi
3. (i) Penduduk di kawasan yang sering dilanda banjir itu akan berpindah ke petempatan baharu
untuk menjaga keselamatan mereka.
(ii) Para pengguna perlu berhati-hati ketika membeli barangan secara dalam talian untuk
mengelakkan mereka daripada ditipu oleh peniaga.
(iii) Ciptaan yang dihasilkan oleh kumpulan murid itu sangat menarik kerana dapat
memberikan pelbagai kegunaan.
4. (i) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
(ii) genggam bara api biar jadi arang
5. (a) Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh Musa dan Mukhtar:
Berdasarkan Bahan 1, kesilapan yang dilakukan oleh Musa ialah dia terlibat dalam lumba
haram
Berdasarkan Bahan 2, kesilapan yang dilakukan oleh Mukhtar ialah dia bersalah kerana
mengupah samseng-samseng untuk membakar bangunan bengkel batik moden kepunyaan
syarikat Batik Nusantara
(b) Kritikan terhadap masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua bahan:
- kritikan terhadap masyarakat yang bersikap pendendam dan busuk hati
- kritikan terhadap masyarakat yang bersikap tamak akan wang dan harta benda
(c) Usaha-usaha untuk memperbaik kesilapan dan kesalahan lampau yang telah kita lakukan:
- kita perlu mengubah sikap daripada bersikap negatif kepada sikap positif
- kita perlu mendekatkan diri kepada Allah SWT/Tuhan dengan sentiasa mengamalkan ajaran
agama
- kita perlu mendapatkan khidmat bimbingan dan kaunseling secara berkala daripada
kaunselor bertauliah
- kita perlu menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang akan mempengaruhi kita untuk
mengulangi kesilapan yang telah dilakukan

6. Tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan nilai kegigihan:

Novel Justeru Impian di Jaring

- Para pemain badminton skuad kebangsaan gigih menjalani latihan pada setiap hari di
bawah bimbingan Haji Marzuki dan Mas Suparman sebelum Kejohanan Terbuka Johor
dan Kejohanan Antarabangsa di Jakarta.
- Syahir gigih mengharungi liku-liku kehidupan sebagai pemain skuad kebangsaan
sehingga dia berjaya bergelar juara dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta.
- Syahir gigih mempertahankan pendiriannya untuk memakai pakaian menutup aurat
ketika bersukan kerana mahu menjaga syariat agama.
Novel Hempasan Ombak
- Farid gigih mengurus Syarikat Batik Nusantara milik arwah bapanya walaupun dia baru
berusia 19 tahun dan tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan.
- Zuraida gigih menimba ilmu dengan mengikuti kursus luar kampus dalam bidang
Pentadbiran Perniagaan di UiTM Dungun pada setiap hujung minggu demi kepentingan
masa hadapannya.
- Mokhsein gigih membantu Farid mencari ejen untuk menjual batik keluaran Syarikat
Batik Nusantara yang boleh dipercayai.
Novel Tawanan Komander Caucasus

- Farhani gigih berusaha untuk mencari kumbang sebagaimana yang ditugaskan oleh Cikgu
Salimah untuk menjayakan zoo mini serangga di sekolahnya.
- Haikal gigih menjejaki kehilangan Farhani di sebuah rumahusang pada waktu malam
dengan ditemani oleh Devnath dan Wei.
- Farhani gigih menghadapi cabaran dan dugaan hidup sepanjang dia ditawan oleh
Komander Caucasus.
Novel Chot

- Alias gigih mencari rezeki dengan mengambil upah memetik buah kelapa bersama-sama
Chot untuk menyara keluarga setelah ibunya lumpuh.
- Som gigih ketika usaha menuntut ilmu, iaitu dia akan pergi ke rumah Alias untuk
mengaji dan meminta tunjuk ajar daripada Alias dalam mata pelajaran Matematik.
- Cikgu Sunan gigih mencari rumah Alias selepas beliau pulang dari sekolah dengan
bantuan Som.

BAHAGIAN C
Pendahuluan
Carta tersebut menunjukkan jumlah peratus mengikut faktor-faktor murid ponteng sekolah.
Isi-isi Penting
1. punca utama – murid terpengaruh oleh rakan sebaya - menggalakkan mereka ponteng
sekolah
2 30% murid ponteng sekolah kerana tidak minat untuk belajar - berasa bosan – tidak
meminati subjek yang diajarkan di sekolah
2. 15% murid ponteng sekolah disebabkan masalah keluarga - murid mengambil keputusan
ponteng sekolah sebagai jalan penyelesaian
3. segelintir murid ponteng sekolah kerana lemah dalam Pelajaran - tidak mampu mengikuti
sesi pengajaran guru
Penutup
Semua pihak haruslah berganding bahu untuk menangani isu murid ponteng sekolah – masalah
ini akan menjadi lebih serius

Anda mungkin juga menyukai