Anda di halaman 1dari 17

Arahan: Jawab semua soalan dalam setiap bahagian.

BAHAGIAN A
Soalan 1-5
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. "Saya hendak __________ ekspedisi ke Gunung Kinabalu yang akan diadakan pada bulan
hadapan," kata Fazilah kepada Siti.

A. menghadiri
B. menyertai
C. mengawasi
D. mendatangi

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini.

2. Sari dan Acok __________ tikar mengkuang untuk bersantai bersama keluarga mereka.

A. menebarkan
B. membesarkan
C. menerbangkan
D. membentangkan

3. Cerita seram yang akan ditayangkan di pawagam itu bukan cerita _________ semata-mata
tetapi diadaptasikan daripada kisah benar.

A. rekaan
B. tiruan
C. buatan
D. gubahan
4. Ketika kami bermain layang-layang di tepi sawah, __________ kami terdengar suara ibu
memanggil kami pulang.

A. samar-samar
B. balam-balam
C. sayup-sayup
D. nyaris-nyaris

5. Pendayung sampan itu tidak dapat digunakan oleh Lutin lagi kerana sudah __________.

A. luluh
B. koyak
C. kemik
D. sompek

Soalan 6
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.

6. I Fiffy menghirup air teh yang masih panas itu dengan perlahan-lahan.
II Afifah gemar bersiar-siar di taman rekreasi itu sambil menghirup udara yang segar.
III Nyamuk aedes selalunya akan menghirup darah mangsanya pada waktu malam.
IV Isak menghirup air yang ditumpahkan oleh anaknya dengan menggunakan sehelai kain
buruk.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 7
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan
bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

7. Banyak pihak yakin bahawa mata pelajaran Sejarah dapat memupuk semangat cinta akan
negara dalam kalangan murid.

A. semangat cinta dengan negara

B. semangat cinta untuk negara
C. semangat cintakan negara
D. semangat cinta akan negara
Soalan 8
Pilih ayat-ayat yang betul.

8. I Budak perempuan yang duduk di perhentian bas itu ialah kawan baik saya.
II Rumah yang sudah usang di hujung kampung itu milik bekas ketua kampung.
III Aziz bekerja dengan gigihnya dari pagi hingga malam untuk menyara keluarganya.
IV Pada zaman dahulu, manusia cuma berpandukan kepada cahaya bulan untuk bergerak-
gerak pada waktu malam.

A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 9
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang bercetak tebal.

9. Semua pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak berkuasa demi keselamatan mereka.

A. Pihak berkuasa menetapkan semua pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan
demi keselamatan mereka.
B. Demi keselamatan mereka, peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa perlu
dipatuhi oleh semua pengguna jalan raya.
C. Peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa akan memastikan semua
pengguna jalan raya mematuhinya demi keselamatan mereka.
D. Akibat mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa, semua
pengguna jalan raya dapat menggunakan jalan raya dengan selamatnya.

Soalan 10
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

10. Encik Othman mengingatkan anak-anaknya supaya sentiasa mengenang budi Pak Usu yang
banyak membantu mereka sekeluarga ketika mereka hidup susah.

Keadaan ini diumpamakan seperti peribahasa yang berikut, kecuali

A. hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.

B. orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
C. jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya.
D. hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.
Soalan 11-15
Baca bahan di bawah ini dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

AZIZI: Agaknya, dia menentang habis-habisan kali ini sebab kumpulan yang datang ini
terdiri daripada orang-orang cacat penglihatan. Dia tentu sedia maklum tanggungjawab yang
diamanahkan kepada kita kali ni lebih berat, lebih mencabar dan mungkin akan mengancam
nyawa putera tunggal kesayangannya ini.
MUZAFAR: Mungkin juga, bang.
AZIZI: Tapi, sekali fikir, abang rasa anehlah, Zafar.
MUZAFAR: Apa yang anehnya, bang?
AZIZI: Mak Zafar bukan calang-calang wanita di bandar kita ini. Dia amat disegani
walaupun sudah bersara daripada tugasnya sebagai pegawai. Dia pemimpin wanita yang
unggul. Dia disanjungi kerana berfikiran terbuka dan berpandangan jauh. Tapi, dalam hal
macam ni, dia berpendirian macam wanita kolot pula... pelikkan?
MUZAFAR: (Sambil mengeluh) Entahlah, bang. Serba salah saya jadinya. Saya memang
bersedia untuk mencurahkan ilmu dan kemahiran berkayak yang ada pada saya kepada
semua orang, tak kira sama ada orang itu normal atau cacat. Tapi, apabila mengenangkan
pandangan sayu mak sewaktu saya berangkat pagi tadi... (Sebak).

Dipetik daripada drama 'Tenang-tenang Air di Tasik',

antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
Kementerian Pendidikan Malaysia

11. Berdasarkan petikan, rangkai kata mengancam nyawa membawa maksud

A. membahayakan keselamatan.
B. menyebabkan kecederaan.
C. menyusahkan seseorang.
D. mendatangkan kerugian.

Entahlah, bang. Serba salah saya jadinya.

12. Berdasarkan penyataan di atas, apakah peribahasa yang sesuai?

A. Biar mati anak, jangan mati adat

B. Ditelan mata emak, diluah mati bapa
C. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
D. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
13. Mengapakah ibu Muzafar menentang niat Muzafar untuk mengajarkan ilmu dan kemahiran
berkayak?

A. Peserta terlalu ramai

B. Muzafar masih belum bersedia
C. Bimbang akan keselamatan anaknya
D. Tidak gemar akan aktiviti berkayak

14. Antara berikut yang manakah benar tentang petikan?

A. Azizi merupakan abang kepada Muzafar.

B. Muzafar mempunyai masalah cacat penglihatan.
C. Ibu Muzafar tidak suka Muzafar dan Azizi menyertai aktiviti berkayak.
D. Muzafar sentiasa bersedia untuk berkongsi ilmu dan kemahiran berkayak kepada
sesiapa sahaja.

15. Antara berikut yang manakah bukan nilai dalam drama ini?

A. Amanah
B. Kerajinan
C. Kasih sayang
D. Tanggungjawab
BAHAGIAN B
1. Dalam bahan di bawah ini, terdapat kesalahan-kesalahan ejaan. Kenal pasti tiga
kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.

i. Cikgu Murat menggalakkan murid-muridnya agar menggunakan kamus dwi-bahasa

itu untuk menambahkan penguasaan kosa kata mereka.

_____________________________________________________________________

ii. Aktiviti perkhemahan unit berunifom itu mendapat sambutan yang amat baik
daripada murid-murid di sekolah saya.

_____________________________________________________________________

iii. Tindakan segelintir masyarakat yang tidak bertanggung jawab terhadap kemudahan
awam dengan merosakkan kemudahan tersebut amat kami kesali.

_____________________________________________________________________

2. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

i. Tujuan perjumpaan itu diadakan adalah untuk membincangkan tentang masalah

pencemaran sungai yang berlaku di kampung mereka.

_____________________________________________________________________

ii. Kem jati diri insan yang diadakan di cuti sekolah itu amat memberikan manfaat
kepada murid-murid.

_____________________________________________________________________

iii. Mereka saling bermaaf-maafan sebelum pulang ke rumah masing-masing setelah

program kemasyarakatan itu berakhir.

_____________________________________________________________________
3. Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif.

i. Murid-murid mengemukakan pelbagai soalan kepada penceramah tersebut semasa

program motivasi itu diadakan.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

ii. Doktor Cyrill menyampaikan ceramah tentang kepentingan pengambilan makanan

yang seimbang di sekolah kami semalam.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
4. Lihat gambar di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan gambar tersebut, tulis dua
peribahasa yang sesuai.

i. _____________________________________________________________________

ii. _____________________________________________________________________
5. Dengan menggunakan ayat anda sendiri. Baca bahan di bawah ini dengan telitinya,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

BAHAN 1 BAHAN 1

Ibu yang satu menyekat kita di pintu Pohon selibar tumbuh berjajar,
bertanya ke mana arah tuju Pangkal keledek melilit markisa;
“Jagalah diri selalu Penuh sabar guru mengajar,
di luar sana mungkin bencana menunggu.” Ikhlas mendidik tak kira masa.
Kita menjadi jemu
mendengar pesanan beribu-ribu Ke Pekan Baru menaiki pedati,
tapi ibu tetap ibu Berjaja halia, sirih dan pinang;
pesanan bertambah satu dan satu Wahai guru yang kami hormati,
“Jangan dibiar kepala berkutu Jasamu mulia tetap dikenang.
Carilah ubat jerawat batu.”

(Dipetik daripada sajak

‘Pesan Ibu Beribu-ribu’,
Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

BAHAN 3

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Utama (SMKTU)

Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

Tempat: Dewan Gemilang, SMKTU
Masa: 8:30 pagi
6.
i. Berdasarkan Bahan 2 Bahan 3, nyatakan alasan-alasan murid-murid perlu menghargai
guru.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

ii. Berikan dua nilai yang terdapat dalam Bahan 1.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

iii.
Guru ibarat ibu bapa di sekolah

Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang dapat dilakukan untuk membalas jasa
guru selain mengadakan sambutan Hari Guru di sekolah?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
6. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 3.

(i) Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar

(ii) Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim
(iii) Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya
(iv) Chot, karya Azizi Haji Abdullah

Persoalan merupakan satu daripada unsur sastera yang diterapkan dalam hasil penulisan yang
merujuk perkara-perkara kecil berkaitan dengan tema. Penerapan persoalan ini digambarkan
melalui sesuatu peristiwa yang berlaku dan melibatkan watak dalam karya tersebut.
Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, nyatakan persoalan yang sesuai dengan
contoh peristiwa yang diberikan. Kemudian, kemukakan dua contoh peristiwa lain yang
bersesuaian dengan persoalan tersebut. Peristiwa yang dikemukakan mestilah berkait dengan
watak utama yang dinyatakan.
NOVEL WATAK CONTOH PERISTIWA
Justeru Impian Di Jaring Syahir Syahir pernah menolak
tawaran ke sekolah berasrama
penuh kerana dia mahu kekal
di sekolah lama untuk
mengasah bakat dan
kemahirannya di bawah
bimbingan Cikgu Kamaludin.

Hempasan Ombak Farid Farid melaburkan wang untuk

membina bengkel baharu dan
mengeluarkan batik bercorak
moden.

Tawanan Komander Farhani Farhani menghulurkan

Caucasus minuman yang diisi di dalam
tempurung kelapa kepada
Kim Yong yang dahaga dan
keletihan.

Chot Alias Alias gelisah dan risau

apabila mengetahui Chot
hilang lalu membuat
keputusan untuk mencari
beruk kesayangannya itu.
______________________________________________________________________________

BAHAGIAN C
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang punca-punca kepupusan flora dan fauna di negara kita. Panjangnya
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita diberi pilihan sama ada mahu mengekalkan flora dan fauna ataupun langsung tidak
menikmati penambahan kemudahan infrastruktur. Kebanyakan daripada kita akan mengalah
kepada tuntutan pemodenan dan kemajuan, seterusnya terpaksa mengorbankan sumber alam
tersebut kerana memberikan laluan kepada projek-projek pembangunan.
Aktiviti pemusnahan oleh manusia seperti penerokaan dan pembukaan kawasan baharu
untuk tujuan pembangunan tanpa kawalan semakin rancak dilakukan. Sebagai akibatnya,
secara perlahan-lahan aktiviti tersebut memusnahkan habitat serta spesies flora dan fauna
untuk jangka masa tertentu. Lantaran itu, terjadilah bencana alam yang akan mengancam
kehidupan manusia.
Negara kita sememangnya memerlukan sumbangan daripada hasil pertanian untuk
menjanakan pendapatan negara demi kesejahteraan rakyatnya. Namun begitu, penerokaan
kawasan hutan untuk tujuan pertanian perlu memadai dengan keperluan rakyat. Tiada gunanya
negara kita kaya dengan material tetapi miskin dengan fizikal semula jadinya.
Sememangnya hasil daripada sumber alam semula jadi dapat mengaburi mata manusia.
Ada sesetengah haiwan dan tumbuhan yang begitu berharga nilainya. Lantaran itu, berlakulah
pemburuan dan pencarian hasil-hasil tersebut untuk dijual di pasaran yang menguntungkan
mereka. Sama ada dijual untuk tujuan penyelidikan atau komersial, mereka ini
membelakangkan tanggungjawab sosial semata-mata untuk memenuhi kepentingan sendiri.
Semua pihak perlu bersama-sama bertanggungjawab untuk menjaga khazanah alam
semula jadi yang sangat berharga kepada masyarakat dan negara. Sumber tersebut perlu
dipelihara dan dipulihara demi manfaat generasi akan datang.

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 (02/1)
BAHAGIAN A
1B 2D 3A 4C 5D
6A 7D 8C 9B 10 C
11 A 12 B 13 C 14 D 15 B
BAHAGIAN B
1. (i) dwi-bahasa – dwibahasa
(ii) berunifom – beruniform
(iii) bertanggung jawab – bertanggungjawab
2. (i) membincangkan tentang masalah – membincangkan masalah
(ii) di cuti sekolah – pada cuti sekolah
(iii) saling bermaaf-maafan saling bermaafan/bermaaf-maafan
3. (i) Pelbagai soalan dikemukakan oleh murid-murid kepada penceramah tersebut semasa
program motivasi itu diadakan.
(ii) Ceramah tentang kepentingan pengambilan makanan yang seimbang di sekolah kami
semalam disampaikan oleh Doktor Cyrill.
4. (i) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
(ii) Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
5. (a) Alasan-alasan murid perlu menghargai jasa guru:
i. Bahan 2 - guru mengajar dan mendidik murid dengan penuh sabarnya
ii. Bahan 3 - guru banyak mendidik murid agar menjadi insan yang berguna untuk
bangsa dan negara
(b) Dua nilai yang terdapat dalam Bahan 1:
(i) nilai kasih sayang
(ii) nilai tanggungjawab
(c) Cara-cara lain untuk membalas jasa guru:
(i) murid-murid perlu sentiasa bersikap sopan terhadap guru-guru dengan sentiasa
mendengar nasihat yang diberikan oleh mereka
(ii) murid-murid boleh memberikan hadiah/cenderamata pada hari istimewa guru
seperti hari lahir guru
(iii) murid-murid perlu bertanyakan khabar dan menziarahi guru-guru dari semasa ke
semasa
(iv) murid-murid perlu bertegur sapa dengan guru-guru apabila bertembung dengan
mereka di luar kawasan sekolah
6. Persoalan dan contoh peristiwa:
Novel Justeru Impian di Jaring
• Persoalan: Berpendirian tegas terhadap sesuatu perkara yang betul
• Dua contoh peristiwa lain:
i. Syahir tetap dengan pendiriannya untuk memakai seluar panjang yang menutup
aurat kerana dia berpegang kepada amanat arwah ayahnya agar menjunjung
syariat agama meskipun bersukan.
ii. Syahir menolak tawaran untuk menyambung pelajaran di Universiti Sains
Malaysia dan memilih untuk melanjutkan pengajian di Jabatan Pengajian Sukan,
UPM Serdang kerana dekat dengan gelanggang latihan badminton.
Novel Hempasan Ombak
• Persoalan: Kegigihan pengusaha muda untuk memajukan perniagaan keluarga
• Dua contoh peristiwa lain:
i. Farid memantau kerja-kerja di bengkel untuk memastikan proses penghasilan
batik berjalan dengan lancarnya.
ii. Farid mengelilingi beberapa negeri untuk melancarkan strategi pemasaran,
memperkenalkan, dan seterusnya melantik agen baharu untuk memasarkan batik
keluaran syarikatnya.
Novel Tawanan Komander Caucasus
• Persoalan: Semangat setia kawan yang tinggi
• Dua contoh peristiwa lain:
i. Farhani mengusung Kim Yong keluar bersama-sama Bara dan Dara Bintik dan
mereka bergerak sepantas mungkin meninggalkan makmal rahsia Komander
Caucacus itu.
ii. Farhani dan kawan-kawannya membantu Puteri Cleopatra untuk menumpaskan
Komander Caucacus.
Novel Chot
• Persoalan: Kasih sayang manusia terhadap haiwan peliharaannya
• Dua contoh peristiwa lain:
i. Alias membuka ikatan rantai pada Chot lalu memandikan beruk kesayangannya
itu di sungai.
ii. Alias memberi Chot makan nasi di dalam tempurung dan secawan kopi.
BAHAGIAN C
Ringkasan
• Alam semula jadi yang mempunyai pelbagai flora dan fauna terpaksa dikorbankan demi
kemajuan.
• Pembangunan yang melampaui batas menyebabkan kemusnahan hutan yang serius.
• Aktiviti pertanian tanpa sempadan menyumbang kepada kemusnahan flora dan fauna.
• Kemewahan dikejar hingga membelakangi undang-undang.
• Haiwan dan tumbuhan diburu untuk tujuan penyelidikan atau komersial.

Anda mungkin juga menyukai