Anda di halaman 1dari 4

PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA 

SINOPSIS
Si Miskin dan isterinya meminta derma di negeri Anta Beranta. Mereka pergi ke istana Maharaja
Indera Dewa tetapi dihalau oleh Betara Angkasa Indera Dewa. Pengikut baginda telah melempar
Si Miskin dan isteri dengan kayu dan batu yang menyebabkan badan pasangan suami isteri itu 
bengkak dan cedera. Selepas kejadian itu, mereka melarikan diri ke dalam hutan. Pasangan
suami menerima nasib yang sama dilempar oleh penduduk kampung dengan kayu dan batu
apabila telah pergi ke kawasan kampung.

Si Miskin dan isterinya menyelongkar sampah untuk mencari makanan di tempat pembuangan
sampah. Mereka menemukan sebiji ketupat dan buku tebu di tempat itu. Mereka makan ketupat
dan tebu itu kerana terialu lapar. Sebenarnya, Si Miskin ialah seroang raja kayangan yang
disumpah  Betara Guru atas kesalahan membawa isterinya ke bumi tanpa memberitahunya. Isteri
Si Miskin pun hamil dan mengidam buah mempelam dan nangka yang terdapat di taman
Maharaja Indera Dewa. Si Miskin dengan rendah dirii berjumpa  Maharaja Indera Dewa untuk
meminta mempelam dan nangka walaupun berasa bimbang mendapat layanan yang teruk.

Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si Miskin.Baginda telah memberikannya buah
mempelam dan nangka. Tambahan pula, nasib Si Miskin semakin bertuah kerana dia juga
memperoleh pelbagai barang daripada peniaga di pasar. Setelah beberapa bulan, isterinya pun
bersalin seorang putera yang diberikan gelaran Marakarma. Semasa Si Miskin menggali tanah
untuk membina pondok, dia terjumpa tempayan yang banyak mengandungi emas. Dia menjual
emas yang ditemuinya itu kepada saudagar. Nasib Si Miskin berubah menjadi orang kaya.Si
Miskin yang memangku anaknya itu berseru agar kawasan hutam rimba itu dijadikan sebuah
negeri yang dilengkapi istana, pembesar, hulubalang, dan rakyat. Si Miskin menjadi raja dengan
gelaran Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya pula digelar Tuan Puteri Ratna Dewi.

Maharaja Indera Angkasa seorang raja yang adil dan pemurah.  Tidak lama kemudian, isterinya,
Tuan Puteri Ratna Dewi hamil dan melahirkan seorang puteri yang diberi nama Tuan Puteri Nila
Kesuma. Kelahiran puteri disambut penuh dengan adat istiadat selama empat puluh hari empat
puluh malam.

TEMA
Kesabaran dan kecekalan pasangan suami isteri menempuh pelbagai dugaan dan
kesusahan dalam meneruskan kehidupan.

PERSOALAN,LATAR MASYARAKAT, NILAI PENGAJARAN


PERSOALAN LATAR NILAI PENGAJARAN CONTOH
MASYARAKAT PENGAJARAN
Ketabahan Masyarakat Ketabahan Kita Si Miskin dan
dalam yang tabah hendaklah isterinya sabar
menempuhi dalam tabah dalam apabila mereka
dugaan hidup menempuhi menempuhi dihina, diusir,
dugaan hidup dugaan hidup diketawakan, dan
dilemparkan dengan
batu serta kayu oleh
pembesar istana
serta penduduk
kampung semasa
mereka hendak
meminta makanan
Kasih sayang Masyarakat Kasih sayang Setiap ahli Si Miskin amat
seorang yang keluarga sayang akan
suami penyayang mestilah isterinya dan
terhadap memupuk sanggup memenuhi
isterinya amalan kasih segala permintaan
sayang isterinya.
Kemuliaan Masyarakat Baik hati Kita Maharaja
hati seorang istana hendaklah InderaDewa sangat
raja membantu baik hati dan telah
orang yang memperkenankan
dalam permintaan Si
keadaan Miskin yang
susah inginkan mempelam
dan nangka.
Tanggungjaw Masyarakat bertanggungj Seorang Si Miskin
ab suami yang awab suami bertanggungjawab
terhadap ahli bertanggungj hendaklah menyediakan tempat
keluarga. awab menjaga tinggal untuk
kebajikan isterinya.
ahli keluarga
dengan
menyediakan
keperluan
hidup kepada
isteri dan
anak-anak.
Sikap tidak Masyarakat Prihatin Kita Orang di pasar telah
berperikeman yang tidak hendaklah membaling dan
usiaan berperikeman prihatin dan memukul Si Miskin
usiaan membantu dengan kayu kerana
golongan dia berpakaian
yang susah compang-camping.
LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT

Latar Masa Contoh


1. Tiga bulan Selepas makan buku tebu dan
ketupat, Isteri Si Miskin
mengandung.
2. Petang Si Miskin berada di tempat
pembuangan sampah
3. Empat puluh hari empat Majlis meraikan kelahiran
puluh malam Tuan Puteri Nila Kesuma
4. Malam Si Miskin dan isterinya tidur
di hutan setelah dihalau
penduduk kampung.
Latar Tempat
1. Negeri Anta Beranta Si Miskin meminta sedekah
dan mencari rezeki.
2. Hutan Si Miskin dan isterinya tidur
di hutan setelah dihalau
penduduk kampung.
3. Di Pasar Tempat Si Miskin dan
Isterinya dihina dan dilempar
kayu
4. Tempat pembuangan Si Miskin menemukan
sampah ketupat dan buku tebu.
GAYA BAHASA

1. Diksi · Baginda,titah,patik
· Bahasa Istana
· Bahasa klasik · Hatta
· Bahasa Arab · Allah subhanahu taala
2. Sinkope · Kehendakmu?
· Jangan anakku bercerai
3. Kata ganda · Berdarah-darah dan
bengkak-bengkak
4. Simile · Laparnya dan dahaga
seperti akan matilah
rasanya.
· Suaminya melihatkan laku
bininya seperti orang hendak
mati rupanya.
5. Repetisi · “ Jikalau ada belas
kasihan tuan hamba akan
orang daif lagi miskin telah
terbuang itu, hamba hendak
akan buah yang seburuk-
buruknya….
6. Anafora Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-
buahan
7. Responsi Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-
buahan
8. Hiperbola Hancurlah segala
anggotaku

Anda mungkin juga menyukai