Anda di halaman 1dari 5

ANTOLOGI BINTANG HATI

TINGKATAN 3: PROSA
TRADISIONAL BAHAGIA
SESUDAH DERITA
SINOPSIS
Si Miskin dan isterinya meminta derma di negeri Anta Beranta. Mereka
pergi ke istana Maharaja Indera Dewa tetapi dihalau oleh Betara Angkasa
Indera Dewa. Pengikut baginda telah melempar Si Miskin dan isteri dengan
kayu dan batu yang menyebabkan badan pasangan suami isteri itu bengkak dan
cedera. Selepas kejadian itu, mereka melarikan diri ke dalam hutan. Pasangan
suami menerima nasib yang sama dilempar oleh penduduk kampung dengan
kayu dan batu apabila telah pergi ke kawasan kampung.

Si Miskin dan isterinya menyelongkar sampah untuk mencari makanan di


tempat pembuangan sampah. Mereka menemukan sebiji ketupat dan buku tebu
di tempat itu. Mereka makan ketupat dan tebu itu kerana terialu lapar.
Sebenarnya, Si Miskin ialah seroang raja kayangan yang disumpah Betara Guru
atas kesalahan membawa isterinya ke bumi tanpa memberitahunya. Isteri Si
Miskin pun hamil dan mengidam buah mempelam dan nangka yang terdapat di
taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin dengan rendah dirii
berjumpa Maharaja Indera Dewa untuk meminta mempelam dan nangka
walaupun berasa bimbang mendapat layanan yang teruk.

Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si Miskin.Baginda telah


memberikannya buah mempelam dan nangka. Tambahan pula, nasib Si Miskin
semakin bertuah kerana dia juga memperoleh pelbagai barang daripada peniaga
di pasar. Setelah beberapa bulan, isterinya pun bersalin seorang putera yang
diberikan gelaran Marakarma. Semasa Si Miskin menggali tanah untuk
membina pondok, dia terjumpa tempayan yang banyak mengandungi emas. Dia
menjual emas yang ditemuinya itu kepada saudagar. Nasib Si Miskin berubah
menjadi orang kaya.Si Miskin yang memangku anaknya itu berseru agar
kawasan hutam rimba itu dijadikan sebuah negeri yang dilengkapi istana,
pembesar, hulubalang, dan rakyat. Si Miskin menjadi raja dengan gelaran
Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya pula digelar Tuan Puteri Ratna
Dewi.

Maharaja Indera Angkasa seorang raja yang adil dan pemurah. Tidak
lama kemudian, isterinya, Tuan Puteri Ratna Dewi hamil dan melahirkan
seorang puteri yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Kelahiran puteri
disambut penuh dengan adat istiadat selama empat puluh hari empat puluh
malam.
TEMA
Kesabaran dan kecekalan pasangan suami isteri menempuh pelbagai dugaan dan
kesusahan dalam meneruskan kehidupan.

PERSOALAN,LATAR MASYARAKAT, NILAI PENGAJARAN


PERSOALAN LATAR NILAI PENGAJARAN CONTOH
MASYARAKAT PENGAJARAN
Ketabahan dalam Masyarakat yang Ketabahan Kita hendaklah Si Miskin dan isterinya sabar
menempuhi dugaan tabah dalam tabah dalam apabila mereka dihina, diusir,
hidup menempuhi dugaan menempuhi dugaan diketawakan, dan dilemparkan
hidup hidup dengan batu serta kayu oleh
pembesar istana serta penduduk
kampung semasa mereka hendak
meminta makanan
Kasih sayang Masyarakat yang Kasih sayang Setiap ahli keluarga Si Miskin amat sayang akan
seorang suami penyayang mestilah memupuk isterinya dan sanggup memenuhi
terhadap isterinya amalan kasih sayang segala permintaan isterinya.
Kemuliaan hati Masyarakat istana Baik hati Kita hendaklah Maharaja InderaDewa sangat
seorang raja membantu orang baik hati dan telah
yang dalam keadaan memperkenankan permintaan Si
susah Miskin yang inginkan
mempelam dan nangka.
Tanggungjawab Masyarakat yang bertanggungjawab Seorang suami Si Miskin
suami terhadap ahli bertanggungjawab hendaklah menjaga bertanggungjawab menyediakan
keluarga. kebajikan ahli tempat tinggal untuk isterinya.
keluarga dengan
menyediakan
keperluan hidup
kepada isteri dan
anak-anak.
Sikap tidak Masyarakat yang Prihatin Kita hendaklah Orang di pasar telah membaling
berperikemanusiaan tidak prihatin dan dan memukul Si Miskin dengan
berperikemanusiaan membantu golongan kayu kerana dia berpakaian
yang susah compang-camping.
LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT
Latar Masa Contoh
1. Tiga bulan Selepas makan buku tebu dan
ketupat, Isteri Si Miskin
mengandung.
2. Petang Si Miskin berada di tempat
pembuangan sampah
3. Empat puluh hari empat puluh malam Majlis meraikan kelahiran Tuan
Puteri Nila Kesuma
4. Malam Si Miskin dan isterinya tidur di hutan
setelah dihalau penduduk kampung.

Latar Tempat
1. Negeri Anta Beranta Si Miskin meminta sedekah dan
mencari rezeki.
2. Hutan Si Miskin dan isterinya tidur di hutan
setelah dihalau penduduk kampung.
3. Di Pasar Tempat Si Miskin dan Isterinya
dihina dan dilempar kayu
4. Tempat pembuangan sampah Si Miskin menemukan ketupat dan
buku tebu.
GAYA BAHASA
1. Diksi

 Bahasa Istana  Baginda,titah,patik

 Bahasa klasik  Hatta

 Bahasa Arab  Allah subhanahu taala

2. Sinkope  Kehendakmu?
 Jangan anakku bercerai

3. Kata ganda  Berdarah-darah dan bengkak-


bengkak

4. Simile  Laparnya dan dahaga seperti akan


matilah rasanya.
 Suaminya melihatkan laku
bininyaseperti orang hendak mati
rupanya.

5. Repetisi  “ Jikalau ada belas kasihan


tuanhamba akan orang daif lagi
miskin telah terbuang
itu, hamba hendak akan buah yang
seburuk-buruknya….
6. Anafora Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
7. Responsi Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
8. Hiperbola Hancurlah segala anggotaku

Anda mungkin juga menyukai