Anda di halaman 1dari 14

PROSA TRADISIONAL

BAHAGIA SESUDAH DERITA

Disediakan oleh:
Rauhan
Atifh
Rafiq
Azzan
SINOPSIS
• Si Miskin dan isterinya meminta derma di negeri Anta Beranta. Mereka pergi ke istana Maharaja Indera Dewa
tetapi dihalau oleh Betara Angkasa Indera Dewa. Pengikut baginda telah melempar Si Miskin dan isteri dengan
kayu dan batu yang menyebabkan badan pasangan suami isteri itu  bengkak dan cedera. Selepas kejadian itu,
mereka melarikan diri ke dalam hutan. Pasangan suami isteri menerima nasib yang sama dilempar oleh penduduk
kampung dengan kayu dan batu apabila telah pergi ke kawasan kampung.
• Si Miskin dan isterinya menyelongkar sampah untuk mencari makanan di tempat pembuangan sampah. Mereka
menemukan sebiji ketupat dan buku tebu di tempat itu. Mereka makan ketupat dan tebu itu kerana terlalu lapar.
Sebenarnya, Si Miskin ialah seroang raja kayangan yang disumpah  Betara Guru atas kesalahan membawa
isterinya ke bumi tanpa memberitahunya. Isteri Si Miskin pun hamil dan mengidam buah mempelam dan nangka
yang terdapat di taman Maharaja Indera Dewa.si miskin dengan rendah diri berjumpa maharaja indera dewa untuk
meminta mempelam dan nangka walaupun berasa bimbang mendapat layanan yang teruk
• Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si Miskin.Baginda telah memberikannya buah
mempelam dan nangka. Tambahan pula, nasib Si Miskin semakin bertuah kerana dia juga
memperoleh pelbagai barang daripada peniaga di pasar. Setelah beberapa bulan, isterinya pun
bersalin seorang putera yang diberikan gelaran Marakarma. Semasa Si Miskin menggali tanah
untuk membina pondok, dia terjumpa tempayan yang banyak mengandungi emas. Dia menjual
emas yang ditemuinya itu kepada saudagar. Nasib Si Miskin berubah menjadi orang kaya.Si
Miskin yang memangku anaknya itu berseru agar kawasan hutam rimba itu dijadikan sebuah
negeri yang dilengkapi istana, pembesar, hulubalang, dan rakyat. Si Miskin menjadi raja dengan
gelaran Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya pula digelar Tuan Puteri Ratna Dewi.
• Maharaja indera angkasa seorang raja yang adil dan pemurah. Tidak lama kemudian, isterinya,
tuan puteri ratna dewi hamil dan melahirkan seorang puteri yang diberi nama tuan puteri nila
kesuma. Kelahiran puteri disambut penuh dengan adat istiadat selama empat puluh hari empat
puluh malam.
TEMA
• Kesabaran dan kecekalan pasangan suami isteri
menempuh pelbagai dugaan dan kesusahan
dalam meneruskan kehidupan.
PERSOALAN
• Kecekalan hati dalam menghadapi cabaran.
• Sikap memandang hina.
• Kasih saying seorang suami terhadap isteri.
• Kesetiaan insteri terhadap suami.
• Sikap belas kasihan.
• Kehebatan kuasa seorang dewa.
WATAK DAN PERWATAKAN
Maharaja Indera Angkasa
1.Suami Tuan Puteri Ratna Dewi.
2.Berasal daripada raja keinderaan.
3.Disumpah oleh Betara Guru kerana membawa isteri ke bumi tanpa
memberitahunya.
4.Seorang yang miskin sebelum menjadi seorang raja.
5.Seorang yang tabah mengharungi dugaan.
6.Seorang yang saying akan isteri.
7.Seorang yang bijak.
Tuan Puteri Ratna Dewi
1.Isteri Maharaja Indera Angkasa.
2.Berasal daripada raja keinderaan.
3.Disumpah oleh Betara Guru kerana mengikut suaminya ke bumi.
4.Seorang yang miskin sebelum menjadi seorang pemaisuri.
5.Seorang yang tabah mengharungi dugaan.
6.Seorang yang setia akan suaminya.
7.Seorang yang mementingkan diri sendiri.
Maharaja Indera Dewa
1.Raja di negeri Anta Beranta.
2.Seorang yang berhati mulia.

Betara Angkasa Indera Dewa


1.Salah seorang raja di negeri Anta Beranta.
2.Seorang yang tidak berperikemanusiaan.
LATAR
LATAR TEMPAT
1.Negeri Anta Beranta
2.Hutan
3.Tempat pembuangan sampah
4.Kayanmgan
5.Kedai menjual buah
6.Taman Maharaja Indera Dewa
7.Tapak pondok
8.Puspa Sari
LATAR MASA
1.Waktu malam
2.Waktu siang
3.Waktu petang
4.Tiga bulan
5.Selang tiga hari
6.Malam empat belas haribulan
7.Tujuh tahun
8.Empat puluh hari empat puluh malam
LATAR MASYARAKAT
1.Masyarakat yang memandang hina kepada orang yang miskin.
2.Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang.
3.Masyarakat yang setia terhadap pasangan.
4.Masyarakat yang memiliki sifat belas kasihan.
5.Masyarakat yang percaya akan kuasa sakti.
6.Masyarakat yang suka berhibur.
NILAI
1.Kasih saying
2.Kegigihan
3.Baik hati
4.Ketaatan
5.Berdikari
6.Belas kasihan
PENGAJARAN
1.Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu.
2.Kita hendaklah taat akan suami walaupun hidup dalam
kesukaran.
3.Kita haruslah mengamalkan sikap belas kasihan terhadap orang
lain.
4.Kita mestilah syang akan isteri.
5.Kita janganlah memandang hina terhadap orang lain.
SEKIAN Disediakan oleh:Rauhan,Atifh,Rafiq,Azzan

TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai