Anda di halaman 1dari 4

PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA 

SINOPSIS
Si Miskin dan isterinya meminta derma di negeri Anta Beranta. Mereka pergi
ke istana Maharaja Indera Dewa tetapi dihalau oleh Betara Angkasa Indera
Dewa. Pengikut baginda telah melempar Si Miskin dan isteri dengan kayu
dan batu yang menyebabkan badan pasangan suami isteri itu  bengkak dan
cedera. Selepas kejadian itu, mereka melarikan diri ke dalam hutan.
Pasangan suami menerima nasib yang sama dilempar oleh penduduk
kampung dengan kayu dan batu apabila telah pergi ke kawasan kampung.

Si Miskin dan isterinya menyelongkar sampah untuk mencari makanan di


tempat pembuangan sampah. Mereka menemukan sebiji ketupat dan buku
tebu di tempat itu. Mereka makan ketupat dan tebu itu kerana terialu lapar.
Sebenarnya, Si Miskin ialah seroang
seorang raja kayangan yang disumpah  Betara
Guru atas kesalahan membawa isterinya ke bumi tanpa memberitahunya.
Isteri Si Miskin pun hamil dan mengidam buah mempelam dan nangka yang
terdapat di taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin dengan rendah dirii
berjumpa  Maharaja Indera Dewa untuk meminta mempelam dan nangka
walaupun berasa bimbang mendapat layanan yang teruk.

Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si Miskin.Baginda telah


memberikannya buah mempelam dan nangka. Tambahan pula, nasib Si
Miskin semakin bertuah kerana dia juga memperoleh pelbagai barang
daripada peniaga di pasar. Setelah beberapa bulan, isterinya pun bersalin
seorang putera yang diberikan gelaran Marakarma. Semasa Si Miskin
menggali tanah untuk membina pondok, dia terjumpa tempayan yang
banyak mengandungi emas. Dia menjual emas yang ditemuinya itu kepada
saudagar. Nasib Si Miskin berubah menjadi orang kaya.Si Miskin yang
memangku anaknya itu berseru agar kawasan hutam rimba itu dijadikan
sebuah negeri yang dilengkapi istana, pembesar, hulubalang, dan rakyat. Si
Miskin menjadi raja dengan gelaran Maharaja Indera Angkasa manakala
isterinya pula digelar Tuan Puteri Ratna Dewi.

Maharaja Indera Angkasa seorang raja yang adil dan pemurah.  Tidak lama
kemudian, isterinya, Tuan Puteri Ratna Dewi hamil dan melahirkan seorang
puteri yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Kelahiran puteri disambut
penuh dengan adat istiadat selama empat puluh hari empat puluh malam.

TEMA
Kesabaran dan kecekalan pasangan suami isteri menempuh pelbagai dugaan dan
kesusahan dalam meneruskan kehidupan.
PERSOALAN,LATAR MASYARAKAT, NILAI PENGAJARAN

PERSOALAN LATAR NILAI PENGAJARAN CONTOH


MASYARAKAT PENGAJARAN
Ketabahan Masyarakat Ketabahan Kita Si Miskin dan
dalam yang tabah hendaklah isterinya sabar
menempuhi dalam tabah dalam apabila mereka
dugaan menempuhi menempuhi dihina, diusir,
hidup dugaan dugaan diketawakan, dan
hidup hidup dilemparkan
dengan batu serta
kayu oleh pembesar
istana serta
penduduk kampung
semasa mereka
hendak meminta
makanan
Kasih sayang Masyarakat Kasih sayang Setiap ahli Si Miskin amat
seorang yang keluarga sayang akan
suami penyayang mestilah isterinya dan
terhadap memupuk sanggup memenuhi
isterinya amalan kasih segala permintaan
sayang isterinya.
Kemuliaan Masyarakat Baik hati Kita Maharaja
hati seorang istana hendaklah InderaDewa sangat
raja membantu baik hati dan telah
orang yang memperkenankan
dalam permintaan Si
keadaan Miskin yang
susah inginkan mempelam
dan nangka.
Tanggungja Masyarakat bertanggung Seorang Si Miskin
wab suami yang jawab suami bertanggungjawab 
terhadap bertanggung hendaklah menyediakan
ahli jawab menjaga tempat tinggal untuk
keluarga. kebajikan isterinya.
ahli keluarga
dengan
menyediakan
keperluan
hidup
kepada isteri
dan anak-
anak.
Sikap tidak Masyarakat Prihatin Kita Orang di pasar
berperikema yang tidak hendaklah telah membaling
nusiaan berperikema prihatin dan dan memukul Si
nusiaan membantu Miskin dengan kayu
golongan kerana dia
yang susah berpakaian
compang-camping.

LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT


Latar Masa Contoh
1.     Tiga bulan Selepas makan buku tebu dan ketupat,
Isteri Si Miskin mengandung.
2.     Petang Si Miskin berada di tempat
pembuangan sampah
3.     Empat puluh hari Majlis meraikan kelahiran Tuan Puteri
empat puluh malam Nila Kesuma
4.     Malam Si Miskin dan isterinya tidur di hutan
setelah dihalau penduduk kampung.
Latar Tempat
1.     Negeri Anta Si Miskin meminta sedekah dan mencari
Beranta rezeki.
2.     Hutan Si Miskin dan isterinya tidur di hutan
setelah dihalau penduduk kampung.
3.     Di Pasar Tempat Si Miskin dan Isterinya dihina
dan dilempar kayu
4.     Tempat Si Miskin menemukan ketupat dan buku
pembuangan sampah tebu.
GAYA BAHASA
1.     Diksi

·        Bahasa Istana ·        Baginda,titah,patik


·        Bahasa klasik ·        Hatta
·        Bahasa Arab ·        Allah subhanahu taala
2.     Sinkope ·        Kehendakmu?
·        Jangan anakku
bercerai
3.     Kata ganda ·        Berdarah-darah dan
bengkak-bengkak
4.     Simile ·        Laparnya dan dahaga
seperti akan matilah rasanya.
·        Suaminya melihatkan
laku bininya seperti orang
hendak mati rupanya.
5.     Repetisi ·        “ Jikalau ada belas
kasihan tuan hamba akan
orang daif lagi miskin telah
terbuang itu, hamba hendak
akan buah yang seburuk-
buruknya….
6.     Anafora Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-
buahan
7.     Responsi Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-
buahan
8.     Hiperbola Hancurlah segala anggotaku

Anda mungkin juga menyukai