Anda di halaman 1dari 27

DI SEPANJANG PERJALANAN INI

Sebaik-baiknya ilmu itu, ialah ilmu yang dikongsikan dan


membawa manfaat kepada semua.

4OGO2012

80 Kesalahan tatabahasa yang lazim


posted in Artikel, Pelbagai, Untuk guru dan pelajar by MAB
1. pecahan – ditulis di akhir ayat bukan di tengah

1. dua setengah kilogram ( X )

5
2. dua kilogram setengah (√ )
3. tiga setengah minit ( X ) Pecahan x

kg
4. lima liter suku (√ )
5. tiga suku jam ( X ) dua 42
6. tiga jam suku (√)
duo kg 42
2. ayat pasif (kata ganti nama 1,2) tiada oleh , di KGN 3 ada di……………………………
oleh……………

1.
2.
Roti itu dimakan oleh saya. ( X )
Roti itu saya makan. (√ ) KUN 1 a 2
ibogaine
3. Roti itu kamu makan. (√ )
4.
5.
Roti itu dimakan oleh mereka.( √ )
Roti itu mereka makan. (X ) oleh X
3. membuat / berbuat = abstrak/bukan benda
1.
2.
3.
Jangan membuat bising. ( X )
Jangan berbuat bising. ( √ )
berbuat begitu ( √ )
membuat
ga
lakhan
4. membuat begitu ( X )
5. berbuat demikian ( √ ) berbnat
4. antara (bukan tempat) / di antara(tempat)
bisiqw.mg butanol
1. Antara hobi saya ialah membaca buku. (√ ) absfrak
2. Di antara hobi saya ialah membaca buku. ( X )
3. Rumah saya terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga. (√ )
4. Fatihah duduk di antara Julia dengan Mariam. (√ )
5. Antara alat-alat tulis yang dibeli olehnya ialah pensel, pembaris, pen dan pemadam. ( X )

5. di dalam (lubang/ruang) / dalam (abstrak/tidak nampak)

1. di dalam ingatannya ( X )

2. dalam ingatannya (√ )

3. di dalam bilik ( √)

4. dalam mesyuarat ( √ )

5. di dalam hatinya ( X )

6. ialah (kata nama ,kata kerja) / adalah (kata sendi,kata adjektif)

1. Ramli ialah abang saya. ( √ )

2. Ramli adalah abang saya. ( X )

3. Mesyuarat itu adalah dari pukul 8:00 pagi hingga 10:00 pagi. ( √ )

4. Punca pencemaran adalah seperti pembuangan sisa toksik oleh pihak kilang. (√ )

5. Hobi saya adalah bermain badminton. ( X )

1. _____ jangan = Harap sahaja

1. Harap jangan merokok. ( √ )

2. Sila jangan merokok. ( X )

3. Tolong jangan merokok. ( X )

4. Usah jangan merokok. ( X )

5. Jangan merokok. ( √ )

8. meN-…-i (orang) / meN-…-kan (benda) kecuali meN-..-ki (benda)

1. menasihati Ali (√ )

2. menasihatkan Ali (X )

3. menghidangkan tetamu ( X )

4. menghidangkan nasi lemak untuk tetamu ( √ )


O5.6. menaikkan bendera ( X )
menaikkan beadera
menganugerahi Encik Azim ( √)

7. menganugerahkan pingat kebesaran (√)

8. menaiki taktha (√)

9. menaiki kereta api (√)

10. menaikkan lori sawit (X)

9. (orang)di-…-i(benda) / (benda) di-…-kan (orang)

1. Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah. (√ )

2. Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan. ( X )

3. Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan. (√ )

4. Menteri itu dianugerahkan pingat kebesaran. ( X )

5. Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu. (√ )

10. memper (kata adjektif) / memper-…-kan (kata kerja)

1. memperdalamkan lubang itu ( x )

2. memperdalam lubang itu (√ )

3. mendalamkan lubang itu ( √ )

4. memperkatakan hal itu ( √ )

5. memperkata hal itu ( x )

11. memperisterikan (mengahwinkan orang lain) memperisteri(berkahwin dengannya)

1. Haji Isa memperisterikan seorang gadis kampung. ( X )

2. Haji Isa memperisteri seorang gadis kampung. (√ )

3. Haji Isa memperisterikan anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. (√ )

4. Haji Isa memperisteri anak lelakinya dengan seorang gadis kampung. ( X )

5. Haji Isa mempersuamikan anak daranya dengan seorang pemuda kampung. (√ )

12. meN-…-kan(orang) = buat/beli untuk orang lain

1. Siti Nurhaliza membuatkan ayahnya secawan teh. (√ )


2. Siti Nurhaliza membuat ayahnya secawan teh. ( X )

3. Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung. ( √ )

4. Kakak menjahit ibunya sepasang baju kurung. ( X )

5. Kakak menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya. (√ )

1. kata bilangan ‘ber’ = 2X

1. berpuluh tahun ( X )

2. berpuluh-puluh tahun ( √ )

3. beribu-ribu penonton ( √ )

4. beribu penonton ( X )

5. ribuan penonton ( √ )

1. kata bilangan ‘ke’ = 2X ,tidak perlu penjodoh bilangan

1. kedua-dua anaknya (√ )

2. kedua anaknya ( X )

3. anaknya yang kedua (√ )

4. ketiga-tiga ekor kucing itu ( X )

5. ketiga-tiga kucing itu (√ )

1. kata bilangan = B 1

1. semua murid-murid ( X )

2. semua murid (√ )

3. para pelajar (√ )

4. semua kanak-kanak (√ )

5. ramai budak ( √ )

16. ramai (meriah/seronok) / banyak (bilangan/bukan suasana)

1. Ramai pelanggan di pasar raya itu. ( √ )

2. Banyak pelanggan di pasar raya itu. ( X )

3. Ramai orang menonton konsert nasyid itu. ( √ )


4. Orang ramai menonton konsert nasyid itu. ( √ )

5. Ustaz Aqil Hayy banyak peminat ( √ )

17. MeN-…-kan(TIDAK PERLU TENTANG) / ber (ADA TENTANG)

1. Cikgu Norida menceritakan tentang pengalamannya. ( X)

2. Cikgu Norida menceritakan pengalamannya. ( √ )

3. Cikgu Norida bercerita tentang pengalamannya. ( √ )

4. Hambali sentiasa memikirkan masalah dirinya. ( √ )

5. Hambali sentiasa berfikir masalah dirinya. ( X )

18. kata bantu dalam ayat pasif = SEBELUM ORANG

1. Wau itu akan saya buat. ( √ )

2. Wau itu saya akan buat. ( X )

3. Surat itu telah saya tulis. ( √ )

4. Surat itu saya telah tulis. ( X )

5. Orang gila itu pernah kamu lihat? ( √ )

19. sebab (KATA SENDI NAMA ABSTRAK)

Kerana (KATA HUBUNG) / oleh sebab(KATA HUBUNG) / oleh kerana(SALAH)

1. Jalil tidak datang ke sekolah sebab demam. ( X )

2. Jalil tidak datang ke sekolah kerana demam. ( √ )

3. Jalil tidak datang ke sekolah oleh sebab demam. ( √ )

4. Jalil tidak datang ke sekolah oleh kerana demam. ( X )

5. 0leh sebab demam Jalil tidak datang ke sekolah. ( √ )

20. ia SINKOPE bagi dia (Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua) hanya untuk MANUSIA

1. Saya ada seekor kucing. Ia bernama Si Comel. ( X )

2. Saya ada seekor kucing yang bernama Si Comel. ( √ )

3. Kamus itu sangat mahal. Ia berharga RM60.00. ( X )

4. Bersikap rajin amat penting kerana ia menjamin kejayaan. ( X )


5. Kereta Savvy buatan Malaysia.Ianya sangat murah.( X )

21. ayat pasif = 7 jenis; 1.di..oleh, 2. di, 3. kena..oleh, 4. kena.., 5. ter…oleh, 6. ke….an, 7. tiada di
oleh(KGN 1,2)

1. Kuih itu dimakan oleh bapa. ( √ )

2. Kuih itu dimakan bapa. ( √ )

3. Kuih itu dimakan oleh bapa. ( √ )

4. Kuih itu termakan oleh bapa. ( √ )

5. Kuih itu termakan bapa. ( x )

6. Kuih itu kena makan oleh bapa. ( √ )

7. Kuih itu kena makan bapa. ( √ )

8. Pencuri itu tertangkap polis. ( x )

9. Pencuri itu kena tangkap polis. ( √ )

10. Dia basah kuyup kerana kehujanan. ( √ )

11. Saya tertarik dengan keindahan tasik itu. ( x )

12. Saya tertarik oleh keindahan tasik itu. ( √ )

22. angka-huruf = ada –(dalam penulisan angka 1 hingga 10 elok ditulis dengan perkataan. Angka 11
dan seterusnya ditulis dalam bentuk nombor)

1. 1950an ( X )

2. 1950-an ( √ )

3. 1950 – an ( X )

4. lima puluhan ( √ )

5. lima puluh an ( X )

23. lain = di akhir ayat,1x

1. masalah-masalah lain ( √ )

2. lain-lain masalah ( x )

3. perkara-perkara lain ( √ )

4. lain-lain perkara ( x )
5. hal-hal lain ( x )

24. akan = tiada imbuhan

1. menyayangi akan anaknya ( x )

2. sayang akan anaknya ( √ )

3. sayang anaknya ( x )

4. merindui ibunya ( √ )

5. rindu akan anaknya ( √ )

25. saling = 1x,tidak perlu ganda

1. Daud dan Arif saling kejar-mengejar ( x )

2. Daud dan Arif saling mengejar ( √ )

3. Daud dan Arif kejar-mengejar ( √ )

4. Perompak dan anggota polis itu saling menembak. ( √ )

5. Perompak dan anggota polis itu tembak-menembak. ( √ )

26. kata ganda bagi imbuhan pinjaman=2x

1. juru-juruterbang ( x )

2. juruterbang-juruterbang ( √ )

3. olahragawan-olahragawan ( √ )

4. olah-olahragawan ( x )

5. seniman-seniman ( √ )

27. kata ganda bagi kata nama = 2x kata pertama

1. guru-guru besar ( √ )=banyak guru besar

2. guru besar-guru besar ( x )

3. guru besar-besar ( √ )=banyak guru yang besar

4. alat-alat tulis ( x )

5. alat tulis-alat tulis ( √ )

28. kata penguat bebas=sas


1. sangat cantik ( √ )

2. cantik sangat ( √ )

3. amat kejam ( √ )

4. kejam amat ( √ )

5. bijak sungguh ( √ )

29. sekali = tidak perlu ter dan paling

1. KLCC tertinggi sekali. ( √ )

2. KLCC tertinggi. ( √ )

3. KLCC tinggi sekali. ( √ )

4. KLCC paling tinggi sekali . ( x )

5. KLCC tinggi sekali. ( √ )

30. ku/ kau = 1 perkataan ,kau tidak boleh di akhir, tidak boleh ada kah,tiada imbuhan

1. Buku itu telah kuambil. ( √ )

2. Buku itu telah kumengambil. ( x )

3. Ke mana kaupergi tadi? (√ )

4. Itu adikkau? ( X )

5. Kausakitkah?(X)

31. kah = kata tanya awal ayat mesti ada,di akhir ayat tidak perlu, di tengah boleh

1. Siapakah nama saudari? (√ )

2. Siapa nama saudari? ( x )

3. Nama saudari siapa? (√ )

4. Nama saudari siapakah? ( x )

5. Yang manakah basikal kamu ? ( √ )

6. Cikgu Ali sudah datangkah? ( x )

7. Cikgu Ali sudah datang ? ( √ )

8. Sudah datangkah Cikgu Ali? ( √ )


32. baharu =benda / baru=masa=PMR/SPM sama

1. Abu Bakar memakai baju baharu. ( √ )

2. Abu Bakar memakai baju baru. ( x )

3. Dia baru sampai pagi tadi. ( √ )

4. Pengantin baru itu baru sampai dengan kereta baru. ( x )

5. Baru-baru ini, terdapat kes ragut di kampung saya. ( √ )

33. apa? / apa-apa / mana? / mana-mana / bila-bila / siapa-siapa

1. Saya tidak tahu apa yang berlaku. ( x )

2. Saya tidak tahu apa-apa yang berlaku. ( √ )

3. Kami tidak ke mana-mana semalam. ( √ )

4. Kami tidak ke mana semalam. ( x )

5. Datanglah ke rumah saya bila ada masa. ( x )

34. ber-…-kan=kata sendi tidak perlu / ber

1. Orang tua itu tidur bertilamkan surat khabar lama. ( √ )

2. Orang tua itu tidur bertilam surat khabar lama. ( x )

3. Orang tua itu tidur bertilamkan dengan surat khabar lama. ( x )

4. Ahli pengakap itu mencari jalan berpandukan peta. ( √ )

5. Ayah tidur berbantalkan dengan lengan. ( x )

35. belaka = B 1

1. Baju itu murah-murah belaka.

2. Baju-baju itu cantik-cantik belaka. ( x )

3. Mereka bijak-bijak belaka. ( x )

4. Mereka bijak belaka. ( √ )

5. Mereka-mereka bijak-bijak belaka. ( x )

36. daripada….kepada=perbezaan / dari…..ke=masa,jarak,tempat

1. Markah Bahasa Melayunya telah meningkat dari 80% ke 90%. (x)


2. Markah Bahasa Melayunya telah meningkat daripada 80% kepada 90%.

3. Harga minyak petrol telah naik daripada RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( √)

4. Harga minyak petrol telah naik dari RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( x )

5. Jarak dari Tapah ke Slim River ialah 50km. ( √ )

37. boleh=keizinan / dapat=memperoleh,guna tenaga

1. Kamu boleh balik setelah menyiapkan kerja itu. (√ )

2. Selepas kakinya sembuh,dia boleh menunggang basikal. ( x )

3. Dia boleh menjawab soalan itu dengan tepat. ( x )

4. Dia dapat menjawab soalan itu dengan tepat. ( √ )

5. Apabila membaca surat khabar, kita boleh mengetahui pelbagai berita terkini. ( x )

38. kata bantu= boleh bersama

1. Saya belum pernah makan durian. ( √ )

2. Adik Lilyana masih belum bersekolah. ( √ )

3. Karim Pin masih sedang menulis surat.( √ )

4. Yatimah sudah pernah melawat Jepun. ( √ )

5. Puan Wong sedang hendak ke pasar. ( √ )

39. sekalian = B 1

1. Para hadirin sekalian, ( x )

2. Hadirin sekalian, ( √ )

3. Hadirin yang dihormati, ( √ )

4. Hadirin yang dihormati sekalian, ( √ )

5. Tuan-tuan dan puan-puan, ( √ )

40. hanya / sahaja= tidak boleh bersama

1. Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu sahaja. ( x )

2. Lamin akan berada di Ipoh hanya seminggu. ( √ )

3. Lamin akan berada di Ipoh seminggu sahaja. ( √ )


4. Hanya Shi Mei Ling yang lulus ujian itu. ( √ )

5. Shi Mei Ling sahaja yang lulus ujian itu. ( √ )

41. Hukum D-M (Diterangkan – Menerangkan)

1. alat penghawa dingin ( x )

2. alat hawa dingin ( x )

3. pendingin hawa ( √ ) = hawa yang panas perlu didinginkan

4. penghawa dingin ( x )

5. penyaman udara ( √ )

42. isme bukan isma

1. nasionalisma ( x )

2. nasionalisme ( √ )

3. plasma ( √ )

4. plasme ( x )

5. patriotisme ( √ )

6. vandalisma ( x )

43. kami sekeluarga / kami semua / kita semua= tidak perlu ulang B

1. Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. (√ )

Kami sekeluarga akan pergi esok. ( x )

2. Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. ( √ )

Kami akan pergi esok. ( √ )

3. Kami semua akan berkelah di Teluk Batik. ( x )

4. Kami akan berkelah di Teluk Batik. ( √ )

5. Kita semua haruslah bekerjasama. ( x )

44. di = sudah tiba,sedia ada / ke belum tiba

1. Mereka sudah sampai di Tapah. ( √ )

2. Mereka sudah sampai ke Tapah. ( x )


3. Apabila mereka tiba di tepi pantai, mereka pun membina khemah. ( √ )

4. Apabila mereka tiba ke tepi pantai, mereka pun membina khemah. ( x )

5. Kami akan pergi ke sana sebentar lagi. ( √ )

45. 1. menengok televisyen ( √ )

2. menonton televisyen ( √ )

3. memotong getah ( x ) = lisan boleh

4. menoreh getah (√ )

5. menggantung baju di ampaian ( x )= menyidai

46. manakala = 2,3.. orang / sementara=1 orang

1. Ibu menanak nasi sementara kakak saya menyiang ikan.(x)

2. Ibu menanak nasi manakala kakak saya menyiang ikan.

3. Azmi membaca buku sementara menunggu bapanya pulang. ( √ )

4. Sementara menunggu bapanya pulang, Azmi membaca buku.( √ )

5. Danny menyapu sampah manakala Halim mencuci tandas. ( √ )

47. atas=bukan tempat / di atas= tempat

1. Terima kasih atas pertolongan saudara. ( )

2. Terima kasih di atas pertolongan saudara. ( x )

3. Tahniah di atas kejayaan kamu. ( x )

4. Buku kamu ada di atas meja itu. ( )

5. Burung berterbangan di atas awan. ( x )

48. kata tanya dalam ayat penyata = tidak boleh

1. Saya tidak tahu siapa namanya. ( x )

2. Saya tidak tahu namanya. ( √ )

3. Polis akan menangkap siapa yang mencuri. ( x )

4. Saya tidak tahu di mana Cikgu Shaari tinggal.( x )

5. Saya tidak tahu tempat tinggal Cikgu Shaari. ( √ )


49. tidak=kata kerja,kata adjektif / bukan=kata nama,

1. Dia bukan abang saya. ( √ )

2. Komputer ini bukan berat.( x )

3. Soalan ini bukan susah. ( x )

4. Soalan ini tidak susah. ( √ )

5. Gillian tidak suka bermain bola sepak. ( √ )

50. mempunyai= untuk orang, haiwan / terdapat / ada

1. Sekolah saya mempunyai sebuah padang. ( x )

2. Sekolah saya terdapat sebuah padang. ( √ )

3. Sekolah saya ada sebuah padang. ( √ )

4. Semua serangga mempunyai enam kaki. ( √ )

5. Saya mempunyai empat orang anak. ( √ )

51. untuk = diperuntukkan sesuatu bagi = mendapat sesuatu,pendapat,boleh tukar ganti dengan
‘untuk’ (kaji ayatnya)

1. Itulah satu pengalaman indah untuk diri saya. ( x )

2. Itulah satu pengalaman indah bagi diri saya. ( √ )

3. Bagi diri saya itulah satu pengalaman indah. ( √ )

4. Pasukan tentera berjuang demi untuk negara. ( x )

5. Asrama itu adalah bagi pelajar-pelajar tingkatan 1.( √ )

52. kata-kata singkat (untuk dialog dalam karangan cerita dan karangan lain seumpamanya)

1. tak mau =_____tidak mahu_______

2. tak tau =_____tidak tahu___

4. mak saya =____emak saya____

5. tuk saya =____datuk saya________

6. dah tau =____sudah tahu________

7. kak saya =____kakak saya________

8. tak nak =____tidak hendak______


53. adakah= ya,tidak / apakah=benda, perkara, haiwan

1. Adakah kamu sakit? ( √ )

2. Apakah kamu sakit? ( X )

3. Apakah nama haiwan itu? ( √ )

4. Adakah yang ada di dalam kotak itu? ( X )

5. Apakah yang terjadi? ( √ )

54. dan sebagainya =sama jenis / dan lain-lain lagi= berlainan jenis

1. Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan parang dan sebagainya. ( √ )

2. Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan parang dan lain-lain lagi. ( x )

3. Kamus, buku rujukan, buku cerita dan lain-lain lagi da di dalam perpustakaan itu. ( x )

4. Kamus, buku rujukan, buku cerita dan sebagainya ada di dalam perpustakaan itu. ( √ )

5. Buah-buahan tidak bermusim adalah seperti nanas,ciku, pisang dan lain-lain lagi.( x )

55. raya = 2 perkataan kecuali dijadikan nama khas

1. pasar raya (√ )

2. pasaraya (x )

3. bandar raya ( √ )

4. Bandaraya Kuala Lumpur ( √ )

5. Bandar Raya Kuala Lumpur ( x )

6. Bandaraya Ipoh ( √ )

7. pilihan raya ( √ )

8. jalan raya ( √ )

9. hari raya ( √ )

10. lebuhraya ( x )

1. goreng = nak makan/goreng apa?

1. Saya suka goreng pisang. ( x )

2. Saya suka pisang goreng. ( √ )


3. Tolong goreng pisang itu. ( √ )

4. Goreng pisang itu digoreng oleh ibu saya. ( x )

5. Saya suka menggoreng pisang. ( √ )

1. kepada / ke = tidak perlu selepas kata kerja kecuali melaporkan, melancong, melawat (tempat)

1. memberitahu kepada Cikgu Siti ( x )

2. memberitahu Cikgu Siti ( √ )

3. melawat ke Kuala Lumpur ( x )

4. melawat ke datuknya ( x )

5. melaporkan kepada pihak polis ( √ )

6. kami melawat nenek di kampung ( √ )

7. ke hospital untuk melawat kawan ( √ )

1. ter = ada sangat atau Kata Penguat, salah diletakkan pada Kata Adjektif.

1. Dia tersangat nakal. ( √ )

2. Dia sangat ternakal. ( x )

3. Baju itu amat termahal. ( x )

4. Baju itu amat mahal. ( √ )

5. Baju itu termahal. ( √ )

59. ke……ke / untuk…..untuk….. / di……di = Mesti dua kali

1. Saya tidak tahu sama ada dia ke Ipoh atau ke Johor. ( √ )

2. Saya tidak tahu sama ada dia ke Ipoh atau Johor. ( x )

3. Hadiah ini adalah untuk ibu bukan ayah. ( x )

4. Hadiah ini adalah untuk ibu bukan untuk ayah. ( √ )

5. Kami tidak pasti sama ada kakak kamu ada di kantin atau perpustakaan. ( x )

60. se…… / se…..se = Mesti se… dua kali , 0…0

1. dari masa ke semasa ( x )

2. dari semasa ke semasa ( √ )


3. dari masa ke masa ( √ )

4. dari hari ke hari ( √ )

5. dari hari ke sehari ( x )

61. setengah = ½ / sesetengah = jumlah, sebilangan

1. Setengah orang tidak suka akan durian. ( x )

2. Sesetengah orang tidak suka akan durian. ( √ )

3. Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. ( √ )

4. Setengah-tengah orang tidak suka akan durian. ( x )

5. Setengah daripada sebuku roti itu dimakan Arif. ( √ )

62. beberapa = jumlah / berapa = soalan

1. Beberapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( √ )

2. Beberapa pelajar telah menyertai kursus itu. ( x )

3. Berapa orang pelajar telah menyertai kursus itu. ( x )

4. Berapa orang pelajarkah telah menyertai kursus itu? ( √ )

5. eberapa hari yang lalu, saya tidak sihat. ( √ )

63. = hendak makan apa? naik apa? ke mana?

1. bas mini ( √ )

2. mini bas ( x )

3. sos cili ( √ )

4. cili sos ( x )

5. Aminah Kedai Jahit ( x )

64. telur apa ? ayam apa ? daging apa?

1. ayam telur ( √ )

2. telur ayam ( √ )

3. ayam daging ( √ )

4. daging ayam ( √ )
5. kuning telur (√ )

65. 1. Bahasa Melayu ( √ ) = nama khas bagi mata pelajaran

2. bahasa Melayu ( √ ) = nama am bagi bahasa

3. berbahasa Melayu ( √ )

4. berBahasa Melayu ( x )

5 fasih Bahasa Inggeris ( x )

66. benda + orang

1. bapa kereta ( x )

2. kereta bapa ( √ )

3. saya punya wang ( x )

4. wang saya ( √ )

67. kata ganda separa + ber…an = B 1, 1 B

1. dedaun berguguran ( x )

2. daun berguguran ( √ )

3. lelayang bergantungan ( √ )

4. layang-layang bergantungan ( √ )

5. kekacang bertaburan ( x )

68. selain = tidak perlu daripada,dari

1. Selain daripada mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. ( x )

2. Selain dari mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. ( x )

3. Selain mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. ( √ )

4. Kita mestilah rajin.Selain itu,kita haruslah berani. ( √ )

5. Kita mestilah rajin.Selain dari itu,kita haruslah berani ( x )

69. (0rang) menghiaskan /(Benda) menghiasi /(benda) mengotori (orang)mengotorkan

1. Mereka sedang menghiaskan pentas itu. ( √ )

2. Mereka sedang menghiasi pentas itu. ( x )


3. Pelbagai bunga menghiaskan pentas itu. ( x )

4. Pelbagai bunga menghiasi pentas itu. ( √ )

5. Adik mengotori lantai itu. ( x )

70. penjodoh bilangan

1. seketul pemadam ( √ )

2. seutas tali leher( x )

3. sebuah jam dinding ( √ )

4. sepuluh butir telur ayam ( √ )

5. lima buah rumah-rumah ( x )

71. saja (sahaja), juga , lagi = di akhir

1. Rumah saya rumah batu juga.( √ )

2. Rumah saya juga rumah batu.( x )

3. Gadis itu tersenyum saja. ( √ )

4. Gadis itu saja tersenyum. ( x )

5. Haji Ali ke Makkah lagi.( √ )

72. kata penguat(tidak perlu) + kata ganda berirama

1. Rambut Afiqah sangat kusut-masai. ( x )

2. Rambut Afiqah kusut-masai. ( √ )

3. Suasana di pasar malam itu sungguh riuh-rendah. ( x )

4. Suasana di pasar malam itu riuh-rendah. ( √ )

5. Jalan raya ke Cameron Highlands bengkang-bengkok. ( √ )

73. berkali-kali / berulang kali = B 1 , 1 B

1. Danny menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju.( x )

2. Danny menggeleng-geleng kepalanya kerana tidak bersetuju ( √ )

3. Danny menggeleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju ( √ )

4. Ramli mengangguk-angguk berulang kali. ( x )


5. Ramli mengangguk berulang kali. ( √ )

74. dia (betul) / dai (salah)

1. diari (√ )

2. dairi ( x )

3. dailek ( x )

4. dialek( √ )

5. dialog( √ )

75. di = tempat / pada = benda

1. Ada setompok darah di bajunya. ( x )

2. Ada setompok darah pada bajunya. ( √ )

3. Doktor membalut luka pada kakinya. ( √ )

4. Doktor membalut luka di kakinya. ( x )

5. Jangan bersandar di dinding itu. ( x )

75. ayat songsang

1. pendepanan frasa kerja transitif,

2. pendepanan frasa kerja tak transitif

3. pendepanan frasa adjektif

4. pendepanan frasa sendi/kata hubung

1. Sedang membaca buku murid itu. ( √ )

2. Tertidur Mawi di situ. ( √ )

3. Sungguh besar sekolah itu.( √ )

4. Ke Makkah lagi Haji Ali. ( √ )

5. Ke Ipoh Cikgu Haslina pagi tadi. ( √ )

76. (pesakit)menjalani / (doktor)menjalankan

1. Doktor Tan sedang menjalankan pembedahan itu.( √ )

2. Doktor Tan sedang menjalani pembedahan itu. ( x )


77. dia = rakan; walaupun sebagai ketua kelas / beliau = ada pangkat,jawatan

(tidak semestinya terkenal sahaja)

1. Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Dia baik hati. ( √ )

2. Ketua Kelas 6 Merah ialah Ali. Beliau baik hati. ( x )

3. Amalina pelajar terbaik SPM. Dia memang rajin. ( x )

4. Amalina pelajar terbaik SPM. Beliau memang rajin. ( √ )

5. Amalina pelajar terbaik SPM. Ia memang rajin. ( √ )

78. Guru Besar = nama khas jawatan

guru besar = kata majmuk/umum/am

1. Bapa saya guru besar.( √ )

2. Bapa saya Guru Besar di SK. Gunung Rapat. ( √ )

3. Semua guru besar sedang bermesyuarat. ( √ )

4. Semua guru penolong kanan sedang bermesyuarat. ( √ )

5. Guru Penolong Kanan sekolah saya baik hati. ( √ )

79. kata bilangan + penjodoh bilangan tidak perlu kecuali ‘beberapa’)

1. sebahagian orang murid( x )

2. sebahagian murid ( √ )

3. segala ekor binatang ( x )

4. segala binatang ( √ )

5. setiap orang rakyat ( x )

80. agar / supaya / jika / sekiranya = 1x

1. Saya berdoa agar supaya Fatin berjaya.( x )

2. Saya berdoa supaya Fatin berjaya. ( √ )

3. Saya berdoa agar Fatin berjaya. ( √ )

4. Jika sekiranya saya terlupa,tolong hubungi saya.( x )

5. Jika saya terlupa, tolong hubungi saya ( √ )


Advertisements

Report this ad
 48 Komen

48 thoughts on “80 Kesalahan tatabahasa yang lazim”

Cikin
13 Ogos 2012 at 1:18 pm
Latihan yang sesuai untuk pelajar saya. Izinkan saya menggunakan bahan ini untuk p&p saya.
Terima kasih

Balas
lela
18 Ogos 2012 at 12:58 am
Terima kasih. Apa ciri-ciri ayat gramatis?

Balas
falah
3 September 2012 at 1:15 pm
salam, terima kasih atas perkongsian ilmu cikgu. kami minta dihalalkan ilmu yang cikgu
sampaikan.

Balas
mohd zaki
18 September 2012 at 12:13 am
terima kasih…sangat berguna dalam p&p saya….saya minta izin untuk guna

Balas
nua
29 September 2012 at 6:31 pm
Izinkan saya menggunakan bahan ini untuk p&p saya. terima kasih daun keladi.

Balas
yona
8 Oktober 2012 at 6:12 am
info yg sgt bagus

Balas
alias
24 November 2012 at 4:53 am
usaha yang terpuji. izinkan saya menggunakan bahan ini dalam p&p saya

Balas
Pika
4 Oktober 2017 at 3:28 am
saya punn…

Balas
Ahainie
9 Disember 2012 at 3:23 pm
Terima Kasih..perkongsian cikgu amat dihargai.

Balas
Chin Yong
15 Januari 2013 at 1:14 pm
Thanks for such useful information!

Balas
noraini salleh
20 Januari 2013 at 9:09 am
mohom share ilmu untuk anak-anak didik

Balas
ida salina
7 Februari 2013 at 1:51 pm
mohon share perkongsian ilmu ini…terima kasih

Balas
BAIDAH
28 Mac 2013 at 1:13 pm
KENAPA RAMAI ORANG BUKANNYA BANYAK ORANG ? KENAPA RAMAI PELANGGAN
BUKANNYA BANYAK PELANGGAN ?

Balas
MAB
29 Mac 2013 at 6:10 am
Ramai…menunjukkan suasana. Cth; keramaian… …suasana orang yang ramai…mungkin
meriah…Banyak memang menunjukkan bilangan yang banyak….tetapi kedua-duanya boleh
ditukar ganti. cth ramai / banyak pelanggan yang datang…ramai 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk
(bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2.
sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri
Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik
Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama,
pasaran getah ~ kembali; Singapura ialah bandar perniagaan yg ~; 5. banyak penghuninya
(penduduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang
berkumpul; perkara Dang Kenanga janganlah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang
banyak (umum); khalayak ~ orang banyak, umum; kegemaran ~ kesukaan umum; kemahuan
~ kemahuan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara
(pendapat) ~ suara atau pendapat umum;~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan
(kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama;

BANYAK-
1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah:
berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak;
~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~
cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ lemak a)
mempunyai atau diselaputi lemak yg banyak (bkn bahagian tubuh): alat itu digerakkan di
bahagian yg ~ lemak selama kira-kira 15 minit; b) ki berkelakuan yg keterlaluan atau terlalu
manja sehingga mengakibatkan orang lain meluat (bkn perilaku seseorang): “Sekarang kau
dah ~ lemak.”; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit;
sebanyak sama banyak: tidak ada wangku ~ itu; sedikit ~ sekurang-kurangnya;
banyak-banyak 1. dlm jumlah yg banyak: pagi-pagi buta dia akan pergi ke pasar membeli
sayur ~; 2. sungguh-sungguh, amat sangat: terima kasih ~;
sebanyak-banyaknya sebanyak mungkin: ~ dapat diberi hanyalah sepuluh ringgit;
berbanyak-banyak beramai-ramai, bersama-sama dlm bilangan yg banyak: mereka menyerbu
~;
membanyaki 1. memperbanyaki; 2. menyerang (mengerjakan, mendatangi dsb) beramai-
ramai, memperamaikan;
memperbanyaki menjadikan banyak, menambah agar menjadi banyak: ~ ahli agar parti
menjadi kuat;
membanyakkan 1. menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak, menambah
banyak: dia meminta supaya kerajaan ~ lagi bantuan kpd sekolah-sekolah Melayu; 2. =
memperbanyakkan mendarabkan, mengalikan, menggandakan: ~ 25 dgn 4;
memperbanyak menjadikan lebih banyak, membuat supaya menjadi lebih banyak;

Balas
AIDAH
30 Mac 2013 at 3:50 am
TERIMA KASIH . bermakna banyak orang tu betul tak salah kan . tq untuk maklumat ini .

Balas
husna
20 April 2013 at 2:35 pm
terima kasih atas perkongsian ilmu ini

Balas
Guna
8 Julai 2013 at 11:26 pm
maklumat yang sangat berguna

Balas
ieng
13 Ogos 2013 at 8:46 am
nak print cikgu..

Balas
afzal
20 Ogos 2013 at 1:21 am
mohon digunakan untuk pdp ye cikgu……terima kasih

Balas
anak malaysia
1 Oktober 2013 at 2:24 am
kenapa para hadirin sekalian tak boleh guna?

Balas
MAB
1 Oktober 2013 at 6:54 am
kesalahan jamak

para menunjukkan banyak

hadirin —- banyak

sekalian — banyak

Balas
mars
28 Oktober 2013 at 1:27 pm
Info yang bagus dan mudah dirujuk. Terima kasih atas kesanggupan cikgu mengumpul
maklumat tatabahasa ini.

Balas
alya
31 Oktober 2013 at 3:40 am
Assalamualaikum cikgu. Mohon save dan print untuk memudahkan rujukan.

Balas
Pelajar
6 November 2013 at 10:08 am
Bilah pisau itu sangat tajam.
Adakah ayat ini betul atau salah?

Balas
MAB
12 November 2013 at 7:15 am
mata pisau yang tajam….bilah tak tajam
Balas
ajmi saimi
22 Januari 2014 at 12:43 am
tq. mohon copy

Balas
Cikgu Yen
13 Februari 2014 at 2:06 am
Terima kasih banyak-banyak kerana menyediakan bahan yang sesuai untuk digunakan dan
dapat pula dikongsi dengan guru-guru lain. Boleh kunjungi laman blog saya untuk berkongsi..(
http://cikgu-yen-sui-len.webnode.com/ )

Balas
hajijah
2 Mac 2014 at 10:43 am
Terima kasih…sy mohon share ilmu ini…

Balas
Rohana bt Sudin
10 Mac 2014 at 8:31 am
Bagusnya laman Cikgu ni,izinkan saya ambil bahan ini sebagai panduan untuk mengajar anak
murid saya .Tahniah cikgu,teruskan usaha murni ini.

Balas
laily
8 April 2014 at 10:13 pm
izinkan saya menggunakan bahan ini untuk memantapkan lagi P& P dan berkongsi dengan para
pelajar

Balas
hairi
27 Mei 2014 at 1:31 pm
Terima kasih.. Mohon menggunakan bahan ini untuk P d P saya..

Balas
khairul471
3 Jun 2014 at 6:32 am
sudah terhantuk baru tegadah.. adakah betul peribahasa ni?? maksud saya, ejaannya..

Balas
meor amirul
19 Julai 2014 at 6:33 am
terima kasih ….. saya mohon untuk menggunakan bahan ini kerana maklumat ini amat berguna
kepada saya

Balas
Abdul Kadir Abdullah
25 Ogos 2014 at 2:45 pm
Terima kasih atas perkongsian ilmu. Moga Allahlah jua yang memberikan ganjaran.

Balas
SUZITA ALI
1 Oktober 2014 at 9:19 am
TQVM MOHON SHARE YA CIKGU…

Balas
Liew
27 Oktober 2014 at 4:01 am
hi,cikgu, cikgu kata untuk kata nama, perkataan pertama yang ganda, misalnya banyak gure
besar = guru=guru besar, tetapi kenapa alat-alat tulis salah?

Balas
MAB
3 November 2014 at 10:00 am
alat-alat tulis betul……
myngkin kesilapan teknikal

Balas
Farah najihah
2 Oktober 2015 at 1:45 am
Sangat bagus mohon izin menggunakan info ini cikgu

Balas
narnia
10 Oktober 2015 at 3:58 pm
terima kasih cikgu.. amat berguna untuk pt3 bahasa melayu saya pada hari isnin nanti. Saya rasa
bahasa melayu memang susah.. lebih susah daripada bahasa english.

Balas
rashiden
10 Jun 2017 at 4:43 am
TERIMA KASIH CIKGU, MOHON DIGUNAKAN UNTUK MURID SAYA

Balas
KK
19 Julai 2017 at 10:08 am
Selamat sejahtera cikgu…Boleh tak saya nak tau soalan yang keempat belas itu ada kesilapan
atau tidak?sebab kata bilangan “ke’ perlu diletakkan penjodoh bilangan?
kata bilangan ‘ke’ = 2X ,tidak perlu penjodoh bilangan
1. kedua-dua anaknya (√ )

2. kedua anaknya ( X )

3. anaknya yang kedua (√ )

4. ketiga-tiga ekor kucing itu ( X )


5. ketiga-tiga kucing itu (√ )

Balas
MAB
22 Julai 2017 at 3:07 am
Kedua-dua orang anaknya

Balas
tiaraasraf
15 Mei 2018 at 4:09 am
yelah yang 4 tu nampak macam betul dan lima tu yang salah

Balas
zakaria
19 September 2017 at 5:15 pm
mohon copy

Balas
afiqah
22 Februari 2018 at 5:48 am
mohon copy

Balas
azaya
14 Mac 2018 at 8:31 am
Terima kasih cikgu. Saya mohon ‘copy’ untuk kegunaan pelajar saya

Balas
tiaraasraf
15 Mei 2018 at 4:06 am
kalau la ad die punye buku ada dah lame saye beli

Balas
fie
5 Jun 2018 at 5:49 am
terima kasih cikgu…saya mohon salin.

Balas

Create a free website or blog at WordPress.com.

Anda mungkin juga menyukai