Anda di halaman 1dari 10

SKOR A+ DALAM BM SPM KARANGAN BAHAN RANGSANGAN

KERTAS 1 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA


PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2018 – JOHOR (SET 1)

Bahagian A
[30 markah]
[Masa yang dicadangkan : 45 minit]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara untuk mengekalkan keceriaan sekolah.

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara yang boleh dilakukan oleh murid untuk mengekalkan
keceriaan sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

CARA-CARA MENGEKALKAN KECERIAAN SEKOLAH

Membersihkan Kelas Menyiram Pokok Bunga

Membuang Sampah Ke Dalam Tong Yang Disediakan

MUKA SURAT 97 (KERANGKA KARANGAN DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ DALAM BM SPM KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
KERTAS 1 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
PENDAHULUAN
BIDANG -sekolah ialah tempat belajar yang mestilah berada dalam keadaan kondusif dan sangat bersih
-murid dapat belajar dengan semangat yang tinggi dan menumpukan perhatian dalam pelajaran
TEMA -keceriaan sekolah ialah tanggungjawab murid-murid di dalam suatu kelas di sesebuah sekolah
-murid-murid memastikan tahap kebersihan dan keceriaan sentiasa terpelihara demi keselesaan
SOALAN -Apakah cara-cara untuk mengekalkan keceriaan di sekolah agar kita dapat belajar dengan
baiknya?
ISI 1
ISI -Cara pertama adalah dengan membersihkan kelas supaya keceriaan sekolah dapat diperbaik
HURAIAN -kelas yang berada dalam keadaan kotor dan tidak kemas menyebabkan murid tidak selesa
CONTOH -menyapu lantai, membersihkan cermin tingkap, memadam papan hitam pada waktu rehat
HURAIAN -murid dapat belajar dalam keadaan yang bersih manakala guru-guru akan memuji usaha murid
KESIMPULAN -keadaan kelas akan menjadi ceria dan bersih sekali gus menarik minat murid hadir ke sekolah

ISI 2
ISI -murid-murid juga haruslah menyiram pokok bunga yang ditanam di dalam kawasan sekolah
HURAIAN -bertanggungjawab menjaga pokok bunga dan keceriaannya seperti menjaga rumah sendiri
CONTOH -memastikan pokok bunga di sekolah menjadi ujana yang indah dan cantik dipandang orang
HURAIAN -mendapat pujian daripada pihak sekolah dan ibu bapa apabila flora yang indah hidup dengan segarnya
KESIMPULAN -menceriakan kawasan sekolah sekali gus mengekalkan keindahan alam semula jadi di sekolah

ISI 3
ISI -murid yang bertugas mestilah membuang sampah ke dalam tong sampah pada setiap hari
HURAIAN -mengelakkan sampah yang berbau buruk dan menjauhi bakteria yang menyebabkan penyakit
CONTOH -membuang sampah tiga kali sehari, iaitu pada waktu pagi, waktu rehat, dan sebelum pulang
HURAIAN -mendisiplinkan murid tentang kebersihan dari kecil bak melentur buluh biarlah dari rebungnya
KESIMPULAN -menjamin keceriaan di kawasan kelas dan kebersihan di seluruh kawasan belajar di sekolah

ISI 4 (ISI TAMBAHAN)


ISI -murid dan guru-guru bolehlah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menghiaskan kelas
HURAIAN -keceriaan di dalam kelas juga haruslah dipadankan dengan informasi pada papan kenyataan
CONTOH -menampal artikel yang baik, gambar-gambar, dan poster yang merupakan hasil tangan murid
HURAIAN -murid dapat meluangkan masa untuk membaca artikel sekali gus meningkatkan pengetahuan
KESIMPULAN -keceriaan sekolah dapat dipertingkatkan sekali gus mendapat pujian daripada pihak sekolah

PENUTUP
TEMA -keceriaan dan kebersihan di sekolah ialah tanggungjawab semua murid di sesebuah sekolah
-memastikan setiap murid memikul tanggungjawab untuk membersihkan dan menceriakan kelas
BIDANG -memastikan sekolah menjadi tempat menimba ilmu yang kondusif dan selesa kepada semua
murid dan guru
-guru-guru juga berasa selesa menyampaikan ilmu kepada murid yang bersemangat tinggi
HARAPAN -berharap agar semua warga sekolah mengambil inisiatif untuk menceriakan kawasan sekolah
-menjadikan amalan penjagaan kebersihan sebagai amalan yang penting dalam proses
pembelajaran

MUKA SURAT 98 (KERANGKA KARANGAN DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ DALAM BM SPM KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
KERTAS 1 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2018 – TERENGGANU

MUKA SURAT 99 (KERANGKA KARANGAN DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL)


SKOR A+ DALAM BM SPM KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
KERTAS 1 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
PENDAHULUAN
BIDANG -Alam semula jadi – semakin hari semakin dibunuh oleh pencemaran dan perbuatan manusia
-tidak memikirkan kesannya kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, negara dan bumi tercinta ini
TEMA -penerokaan hutan – semakin hari semakin tidak terkawal – bilangan pokok yang ditebang tinggi
-dilakukan oleh pihak yang bersikap mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan alam
SOALAN -Tahukah anda tentang kesan-kesan penerokaan hutan yang tidak terkawal?

ISI 1
ISI -Kesan utama penerokaan hutan ialah kemusnahan habitat flora dan fauna di muka bumi ini
HURAIAN -hutan dibuka untuk tujuan pembinaan bangunan dan menara serta kawasan pelancongan
CONTOH -kawasan hutan malar hijau di Cameron highlands dibuka sesuka hati sehingga 40 peratus
HURAIAN -hidupan liar mahupun tumbuh-tumbuhan unik menjadi pupus angkara pembukaan hutan ini
KESIMPULAN -flora dan fauna kehilangan tempat tinggal angkara pembukaan hutan yang tidak terkawal ini

ISI 2
ISI -peningkatan suhu bumi juga kesan daripada manusia yang meneroka hutan tanpa kawalan
HURAIAN -hutan dibuka untuk membina rumah dan bangunan tinggi hingga cuaca panas ekstrem berlaku
CONTOH -bulan April hingga Mei, Kuala Lumpur mencatatkan suhu panas pada tahap 37 darjah Celsius
HURAIAN -anak-anak kecil berasa tidak selesa manakala golongan tua berapa panas serta berasa rimau sekali
KESIMPULAN -suhu bumi terus meningkat kerana penerokaan hutan semula jadi oleh manusia yang kejam

ISI 3
ISI -Pengkaji alam sekitar mendapati penerokaan hutan tanpa kawalan membawa bencana alam
HURAIAN -bumi tidak mendapat kehijauan dan kemalaran yang sewajarnya untuk mengelakkan bencana
CONTOH -hutan yang dibuka tanpa kawalan menyebabkan kawasan tadahan air di Gua Musang musnah
HURAIAN -banjir kilat berlaku sehingga meragut nyawa penduduk yang tinggal di kawasan yang rendah
KESIMPULAN -bencana alam ialah petanda kemurkaan bumi terhadap penerokaan hutan yang tidak terkawal

ISI 4 (ISI TAMBAHAN)


ISI -penerokaan hutan juga membawa kesan kepada kepupusan haiwan di hutan malar hijau
HURAIAN -kepupusan ini mengakibatkan generasi muda tidak dapat menatap keindahannya yang unik
CONTOH -hutan di sekitar kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak menyebabkan pelancong kecewa
HURAIAN -bumi dinodai manusia yang mementingkan kebendaan dan kekayaan tanpa peri kemanusiaan
KESIMPULAN -penduduk bumi yang akan datang terpaksa membayar hutang sikap manusia pada hari ini

PENUTUP
TEMA -penerokaan hutan mestilah dikawal daripada terus menghantui kehidupan manusia zaman ini
-penguatkuasaan undang-undang pula janganlah setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja
BIDANG -alam semula jadi ialah harapan dan nadi kehidupan generasi yang akan datang di bumi ini
-jagalah keseimbangan alam dan ekologi ini agar bumi yang lebih hijau dan sihat dapat dibentuk
HARAPAN -sama-sama mengekalkan keindahan alam semula jadi demi generasi yang akan datang juga
-ingatlah peribahasa Melayu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi
-hutan mestilah dikawal oleh pihak berkenaan daripada terus diteroka demi kepentingan diri

MUKA SURAT 100 (KERANGKA KARANGAN DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ DALAM BM SPM KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
KERTAS 1 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2018 – PULAU PINANG

MUKA SURAT 101 (KERANGKA KARANGAN DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ DALAM BM SPM KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
KERTAS 1 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
PENDAHULUAN
BIDANG -Kedudukan kewangan seseorang melambangkan kematangannya menguruskan kehidupan
-wang tidak dapat membeli semua benda di bumi ini tetapi wang juga penting dalam kehidupan
TEMA -Amalan menabung semakin hari semakin dipandang sepi oleh golongan muda pada hari ini
-Mereka selesa menghabiskan wang dengan pelbagai aktiviti kehidupan masing-masing
SOALAN -Apakah kebaikan amalan menabung dalam kalangan masyarakat dalam arus globalisasi ini?

ISI 1
ISI -kepentingan utama amalan menabung ialah wang dapat digunakan pada waktu kecemasan
HURAIAN -tidak perlu bergantung pada orang lain jika kita berprinsip sediakan payung sebelum hujan
CONTOH -kita dapat menggunakan wang tabungan untuk membiayai kos perubatan ahli keluarga kita
HURAIAN -dapat mengelakkan masalah perubatan atau komplikasi jika tidak mendapat rawatan segera
KESIMPULAN -wang tabungan penting untuk menghadapi hujan cabaran dalam kehidupan masyarakat

ISI 2
ISI -amalan menabung mengajar kita agar mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan
HURAIAN -kebanyakan ahli masyarakat bersikap boros pada musim gaji masuk ke dalam akaun bank
CONTOH -membeli makanan, minuman dan mendapatkan hiburan yang sebenarnya tidak begitu penting
HURAIAN -amalan menabung dapat mendisiplinkan diri kita agar menyimpan wang sedikit demi sedikit di bank
KESIMPULAN -ingatlah bahawa wang tabungan itu sedikit demi sedikit, lama-lama akan menjadi bukit juga

ISI 3
ISI -wang tabungan dapat digunakan untuk membantu ahli keluarga yang menghadapi masalah
HURAIAN -hari ini hari orang, esok hari kita kerana malang yang menimpa seseorang itu tidak berbau
CONTOH -membantu keluarga yang memerlukan dana untuk menghantar anaknya belajar di luar negara
HURAIAN -meringankan beban kewangan yang dihadapinya selain dapat menjalin hubungan yang erat
KESIMPULAN -keluarga ialah orang pertama yang dapat kita bantu jika kita mengamalkan amalan menabung

ISI 4 (ISI TAMBAHAN)


ISI -dengan amalan menabung, kita dapat membeli apa-apa barangan yang kita ingini dan hajati
HURAIAN -tidak perlu bergantung pada orang lain untuk mendapatkan barangan yang ingin kita beli
CONTOH -menabungkan wang untuk membeli kereta, rumah, dan hadiah hari jadi yang kita impikan juga
HURAIAN -mendapat kepuasan dan kegembiraan kerana kita tidak perlu berhutang dengan siapa-siapa
KESIMPULAN -kita dapat membeli barangan yang kita sukai dengan amalan menabung yang sangat murni

PENUTUP
TEMA -amalan menabung ialah amalan yang terbaik untuk mendewasakan masyarakat tentang wang
-pengurusan wang peribadi ialah disiplin yang paling sukar dikuasai kerana manusia sering alpa
BIDANG -kewangan sesebuah negara juga ada kaitan dengan sikap rakyatnya yang boros berbelanja
-masyarakat yang menabungkan wang juga dapat merangsang peningkatan ekonomi negara
HARAPAN -saya berharap agar semua ahli masyarakat akan mula menabung untuk kebaikan diri sendiri
-amalan menabung mestilah dimulakan sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya
-amalan menabung membawa kebaikan kepada masyarakat jika diamalkan dengan baiknya

MUKA SURAT 102 (KERANGKA KARANGAN DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ DALAM BM SPM KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
KERTAS 1 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2018 – KEDAH

MUKA SURAT 103 (KERANGKA KARANGAN DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ DALAM BM SPM KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
KERTAS 1 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
PENDAHULUAN
BIDANG -sekolah menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyenangkan murid memperoleh sesuatu
-antara kemudahan yang paling penting di sesebuah sekolah ialah kedai koperasi sekolah
TEMA -kedai koperasi sekolah ditubuhkan sejak sesebuah sekolah dibuka kepada ahli masyarakat
-murid yang berdaftar di sesebuah sekolah ialah ahli koperasi sekolah yang membayar yuran
SOALAN -Apakah faedah koperasi sekolah yang perlu kita ketahui sebagai murid?

ISI 1
ISI -faedah koperasi sekolah yang paling utama ialah murid memperoleh harga yang sangat murah
HURAIAN -pembekal memberikan subsidi harga sebagai sokongan kemasyarakatan kepada murid-murid
CONTOH -harga buku yang dijual di kedai koperasi sekolah ialah 25 peratus lebih murah daripada kedai
HURAIAN -memberikan peluang kepada murid agar berkemampuan untuk memiliki buku-buku rujukan
KESIMPULAN -koperasi sekolah memastikan murid dapat membeli buku dan barangan dengan harga rendah

ISI 2
ISI -semua petugas yang menjalankan tugasan di koperasi sekolah mendapat ilmu perniagaan
HURAIAN -murid didedahkan kepada ilmu konsumerisme dan perniagaan sejak mereka di bangku sekolah
CONTOH -mempelajari cara menarik perhatian pelanggan dan cara membuat promosi untuk setiap produk
HURAIAN -dapat membantu murid-murid menguasai bidang perniagaan di samping mencungkil bakat murid-murid
KESIMPULAN -penubuhan koperasi sekolah dapat melahirkan golongan korporat muda demi ekonomi negara

ISI 3
ISI -murid sekolah juga mendapat kemudahan untuk memperoleh perkhidmatan dan barangan
HURAIAN -murid tidak perlu berjalan kaki ke kedai buku di luar kerana membahayakan keselamatan diri
CONTOH -kedai buku menyediakan perkhidmatan fotostat, jualan buku, pakaian, lencana, dan alat tulis
HURAIAN -murid-murid dapat membeli apa-apa sahaja yang diperlukan oleh mereka di koperasi sekolah
KESIMPULAN -koperasi sekolah dapat menyumbangkan perkhidmatan dan jualan barangan yang berkualiti

ISI 4 (ISI TAMBAHAN)


ISI -koperasi sekolah menyumbangkan dana daripada keuntungan untuk pembangunan di sekolah
HURAIAN -sekolah memerlukan banyak dana untuk beroperasi dengan lancarnya dan cemerlangnya
CONTOH -keuntungan daripada jualan koperasi dapat digunakan untuk membina balai ilmu dan pentas
HURAIAN -sekolah tidak perlu meminta jasa baik ibu bapa untuk menghulurkan derma demi pembangunan
KESIMPULAN -masalah kewangan sekolah dapat diselesaikan jika koperasi sekolah senantiasa bergerak aktif

PENUTUP
TEMA -koperasi sekolah haruslah memainkan peranan untuk kemajuan murid dalam pelbagai bidang
-melahirkan murid yang berkaliber dan berketerampilan serta mengukuhkan kewangan sekolah
-koperasi sekolah dapat menunjukkan teladan yang baik kepada organisasi lain di sekolah
BIDANG -sekolah dapat menjadi tempat belajar yang unik dan menyediakan pelbagai kemudahan
-imej sekolah yang aktif dalam pergerakan koperasi juga menjanjikan masa yang cemerlang
-sekolah yang memiliki guru dan murid yang aktif di koperasi sekolah membantu pihak sekolah
HARAPAN -semua sekolah mesti memastikan koperasi sekolahnya menjalankan fungsinya dengan baiknya
-memastikan murid mendapat faedah daripada keahlian dalam koperasi sekolah masing-masing
-sekolah dapat melahirkan murid yang berminda korporat terunggul kerana koperasi sekolah

MUKA SURAT 104 (KERANGKA KARANGAN DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ DALAM BM SPM KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
KERTAS 1 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2018 – SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

MUKA SURAT 105 (KERANGKA KARANGAN DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL)
SKOR A+ DALAM BM SPM KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
KERTAS 1 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA
PENDAHULUAN
BIDANG -sekolah ialah platform utama yang mendidik murid menjadi cemerlang dalam pelbagai bidang
-salah satu kemudahan di sekolah yang penting dalam sistem pendidikan ialah koperasi sekolah
TEMA -koperasi sekolah dibuka waktu rehat dan pada waktu perantaraan sesi pagi dengan sesi petang
-koperasi sekolah yang dianggotai semua murid dan dijaga oleh murid yang dipilih oleh guru
SOALAN -semua murid harus mengkaji faedah koperasi di sekolah kerana tak kenal maka tak cinta

ISI 1
ISI -koperasi sekolah memudahkan murid memperoleh barangan keperluan sebagai pelajar sekolah
HURAIAN -mengurangkan beban tugas guru dan ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan belajar murid
CONTOH -murid dapat membeli buku-buku kerja dan alat-alat tulis untuk kegunaan akademik mereka
HURAIAN -mereka dapat memanfaatkan koperasi sekolah yang menawarkan harga yang lebih berpatutan
KESIMPULAN -koperasi memberikan kemudahan kepada murid-murid untuk melengkapkan keperluan mereka

ISI 2
ISI -koperasi sekolah berfaedah kerana mengasah bakat keusahawanan dalam kalangan murid
HURAIAN -murid dapat melibatkan diri dalam tugasan menjaga koperasi dan menjalankan tugas mereka
CONTOH -membuat promosi, meningkatkan jualan, dan menjaga kaunter pembayaran di koperasi sekolah
HURAIAN -mencungkil bakat murid dalam bidang keusahawanan agar dapat bersaing dengan sihat
KESIMPULAN -murid dapat memupuk minat berniaga sekali gus menjadi ahli korporat terkemuka di negara

ISI 3
ISI -koperasi sekolah juga berfaedah kerana dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid
HURAIAN -mereka dapat menjalankan tugas dengan nilai amanah dan bertanggungjawab sebagai jurujual
CONTOH -nilai kejujuran dalam tingkah laku juga dapat dinilai dengan akauntabiliti dalam penjagaan wang
HURAIAN -koperasi sekolah dapat membimbing murid menjadi ahli korporat yang adil dan bertindak benar
KESIMPULAN -koperasi sekolah dapat menjadi platform pembelajaran sepanjang hayat diri anak-anak muda

ISI 4 (ISI TAMBAHAN)


ISI -koperasi sekolah amat berfaedah kerana menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada murid
HURAIAN -dapat mengurangkan beban ibu bapa untuk membeli baju sukan yang perlu ditempah khas
CONTOH -murid dapat menempah lencana dan seluar trek serta baju sukan dengan harga yang murah
HURAIAN -koperasi sekolah bukan dibuka untuk mengaut keuntungan berlipat ganda daripada pelanggan
KESIMPULAN -murid dapat memiliki apa-apa kelengkapan yang amat berkualiti dengan harga yang berpatutan

PENUTUP
TEMA -koperasi sekolah banyak memberikan faedah jika setiap idea di atas kita hayati dengan baiknya
-koperasi sekolah ialah organisasi yang signifikan kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah
-semua sekolah harus memastikan koperasi sekolah menjalankan fungsinya kepada murid
BIDANG -sekolah akan menjadi tempat belajar yang bukan hanya mementingkan pencapaian akademik
-sekolah dapat menjadi tempat murid menguasai pelbagai ilmu termasuk ilmu konsumerisme
-sekolah juga akan menjadi pentas utama yang menyaksikan kejayaan dan kegemilangan murid
HARAPAN -semua sekolah diharapkan dapat memastikan koperasi sekolah berfungsi dengan baiknya
-semua murid dapat memanfaatkan koperasi sekolah agar faedahnya juga dinikmati oleh semua
-pengurusan sekolah haruslah memastikan koperasi sekolah terus memberikan faedahnya

MUKA SURAT 106 (KERANGKA KARANGAN DISEDIAKAN OLEH CIKGU TAN CL)

Anda mungkin juga menyukai