Anda di halaman 1dari 1

Kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah dan bilik darjah hendaklah selalu dijaga.

Bincangkan faedah-faedah apabila persekitaran sekolah dan bilik darjah bersih dan ceria.

Persekitaran sekolah dan bilik darjah amatlah perlusentiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria. Hal ini sering
diberi perhatian yang serius oleh pihak sekolah. Pelbagai cara telah dilakukan untuk memastikan persekitaran sekolah
dan bilik darjah sentiasa bersih dan ceria seperti mewujudkan taman di kawasan sekolah dan menghias bangunan
sekolah dengan mural yang menarik.

Pelbagai faedah diperoleh sekiranya persekitaran sekolah dan bilik darjah berada dalam keadaan bersih dan ceria.
Antaranya dapat menarik minat murid untuk berada di sekolah. Persekitaran sekolah dan bilik darjah yang bersih dan
ceria membuatkan seseorang murid berasa tenang dan selesa . Hal ini akan mendorong murid-murid untuk selalu datang
ke sekolah. Secara tidak langsung masalah ponteng sekolah dapat diatasi.

Selain itu, sekolah dan bilik darjah yang bersih dan ceria juga mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
kondusif. Suasana sebegini akan memudahkan murid-murid menguasai ilmu pengetahuan yang dipelajari dan seterusnya
mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan murid dalam peperiksaan adalah kecemerlangan sekolah.

Sekolah dan bilik darjah yang ceria juga akan menaikkan imej sekolah di mata masyarakat sekitar. Ibu bapa sudah
tentu menyukai sekolah yang bersih dan ceria. Mereka pasti berbangga sekiranya sekolah di kawasan tempat tinggal
mereka memilikki persekitaran yang bersih dan ceria. Hal ini akan mendorong mereka untuk menghantar anak-anak
mereka belajar di sekolah tersebut.

Di samping itu, persekitaran sekolah yang ceria juga akan mewujudkan suasana yang lebih selamat. Sekolah yang
sentiasa bersih dan ceria akan menjauhkan serangga dan haiwan berbisa seperti kala jengking, lipan dan ular yang boleh
mengancam keselamatan warganya. Ibu bapa pasti berasa yakin dengan keselamatan anak-anak mereka ketika berada di
sekolah.

Kesimpulannya, persekitaran sekolah dan bilik darjah amat berfaedah kepada semua orang. Oleh itu setiap warga
sekolah perlu memainkan peranan bersama agar sekolah kita sentiasa bersih dan ceria.

Anda mungkin juga menyukai