Anda di halaman 1dari 12

Karangan Fakta

Keceriaan kelas sangat penting kepada murid sekolah.


Tulis karangan tentang cara-cara menceriakan kelas.

Menjaga keceriaan kelas adalah menjadi tanggungjawab semua


murid. Pelbagai cara dapat kita lakukan untuk menjaga kebersihan
kelas.

Antara cara untuk kita menceriakan kelas adalah kita mestilah


membuang sampah sarap ke dalam bakul sampah. Jika tidak sampah
sarap akan bertaburan di atas lantai dan menyebabkan murid-murid
tidak selesa untuk belajar.

Seterusnya, meja dan kerusi hendaklah disusun dengan teratur


mengikut tempat asalnya. Jika tidak disusun kelas akan menjadi tidak
kemas. Ini menyukarkan murid-murid dan guru untuk bergerak.

Selain itu, tingkap kelas juga perlu dibersihkan setiap hari dengan
menggunakan kain atau penggosok habuk. Kelas akan kelihatan ceria
dan menarik jika tingkap sentiasa bersih.

Di samping itu, kita harus menampal hasil kerja murid-murid yang


kemas dan cantik terutamanya lukisan di papan kenyatan kelas.
Bahan-bahan ini menambahkan lagi keceriaan kelas.

Oleh itu, jagalah kebersihan dan keceriaan kelas supaya murid-murid


boleh belajar dengan lebih selesa. Rakyat sihat, negara gemilang.
CARA-CARA UNTUK MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya


alam sekitar kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi
pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita
seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap
pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan
ceria. Bak kata peribahasa, Hendak seribu daya, tak hendak dalih.
Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan
untuk menceriakan kawasan sekolah.

Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan


sekolah adalah mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti
bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan
kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah.
Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah
dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu,
kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata
pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing.
Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti
gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah
atau membersihkan longkang.

Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di


sekolah. Program Sekolah dalam Taman patut diadakan dengan
menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang
menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah
lebih nyaman dan berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar
juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di
kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan
kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk
membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut
ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit
yang kaku.

Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula.


Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan
berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata
ada menyatakan , sekolahku syurgaku. Dengan bantuan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus
cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan
sekolah. Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis
di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap,
pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini,
sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.

Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap


minggu. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas
masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap
cermin tingkap, menyapu lantai dan mengemaskan meja dan kerusi.
Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas
setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam
perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil
penghargaan. Sebaliknya kelas terkotor perlu didenda untuk
menjalankan pembersihan pada petang, seperti mencuci tandas dan
kantin. Secara anjakan paradigma, pelajar akan mengamalkan tabiat
menjaga kebersihan dalam kehidupan sehari-harian mereka.

Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K


bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan.
Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah
dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikian
kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan
penyeliaan dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak
Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah
tersebut. Hal ini akan memangkinkan semangat pihak sekolah
untuk memastikan program berjaya diadakan. Sebagai impaknya,
program 3K perlu diadakan di sekolah.

Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk


menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan
kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran
sekolah supaya bersih dan ceria.

Share this:
SAMBUTAN HARI PENTING DALAM KELUARGA (RE-
INVENTING HOME SWEET HOME ENVIRONMENT)
Institusi keluarga ialah asas pembentukan sesebuah
masyarakat dan seterusnya negara. Kerukunan dalam institusi
keluarga menyumbang terhadap pembentukan masyarakat
yang harmoni dan sejahtera. Sebaliknya, kepincangan yang
berlaku dalam institusi keluarga bakal membawa kesan buruk
sehingga menjejaskan pembentukan sistem hidup
bermasyarakat yang diinginkan.

Keutuhan sesebuah keluarga bergantung kepada ikatan kasih


sayang, kemesraan dan kepekaan yang dipamerkan antara ibu
bapa, anak-anak dan anggota keluarga yang lain yang
menghuni rumah yang sama. Ibu bapa sebagai tonggak
kepimpinan keluarga seharusnya memiliki kemahiran
keibubapaan supaya dapat menjadi contoh yang unggul
kepada anak masing-masing. Komunikasi berkesan dan bahasa
mesra sesama anggota keluarga mampu mengukuhkan ikatan
kekeluargaan dan menjadi perisai daripada sebarang ancaman
pengaruh negatif yang boleh memporak-perandakan keluarga.

Antara amalan baik yang boleh dibuat ialah sambutan hari-


hari penting dalam keluarga seperti sambutan hari lahir, ulang
tahun perkahwinan, hari ibu, hari bapa dan sebagainya.
Ucapan selamat dan doa sebagai tanda ingatan menjadikan
hari berkenaan sangat istimewa untuk dikongsi oleh seisi
keluarga. Acara makan-makan mengikut kemampuan boleh
diatur supaya seluruh anggota keluarga dapat meluangkan
masa bersama-sama dan mengungkapkan kisah-kisah lalu yang
dapat menambah erat hubungan sesama anggota keluarga.

Pada kebiasaannya, ibu dan anak perempuanlah yang lebih


peka terhadap tarikh-tarikh ulang tahun itu. Mereka berasa
sangat bahagia apabila menerima ucapan selamat dan kata-
kata indah berkaitan dengan sambutan hari yang dianggap
sangat bermakna dalam hidup mereka. Bapa dan anak lelaki
bukan tidak peka, tetapi mungkin hanya agak alpa.
Sambutan hari lahir bukanlah bertujuan mengikut pengaruh
Barat, tetapi sebagai suatu peringatan tentang bertambahnya
tanggungjawab seisi keluarga terhadap segala urusan duniawi
dan ukhrawi. Di samping ucapan selamat dan doa, setiap
anggota keluarga boleh mengambil kesempatan ketika
berkumpul bersama itu bagi merancang sebarang aktiviti yang
boleh mendekatkan lagi ikatan kekeluargaan. Jiran dan rakan
terdekat boleh diajak bersama menghadiri majlis sambutan
supaya anak-anak terbiasa dengan kehidupan bermasyarakat
dalam konteks yang lebih luas.

Tiada masalah sama ada sambutan hari lahir disediakan


dengan kek Secret Recipe atau pulut kuning. Upacara meniup
lilin sambil memakai topi berbentuk kon mungkin kontroversi
kepada orang dewasa, tetapi untuk kanak-kanak bergembira,
tanyalah ustaz! Kini, terdapat juga ibu bapa yang
berkemampuan menjemput jemaah surau ke rumah untuk
majlis tahlil dan doa selamat, seterusnya jamuan khas.

Sambutan ulang tahun perkahwinan juga menjadi tarikh yang


sangat istimewa bagi seseorang isteri. Mereka begitu ternanti-
nanti akan kejutan yang bakal diterima daripada suami dan
anak-anak. Naluri wanita memang suka kepada suasana
romantis dalam hubungan perkahwinan walaupun kajian
mendapati bahawa majoriti kaum lelaki jarang-jarang peka
akan keperluan berkenaan.

Pada hari yang istimewa berkenaan, suami boleh memberi


kejutan khas dengan hadiah mengikut kemampuan kewangan
masing-masing. Anak-anak juga dikumpul sekali untuk suatu
majlis ringkas untuk mengucapkan selamat ulang tahun
perkahwinan dan semoga jodoh ibu bapa mereka kekal ke
akhir hayat. Anak-anak dilatih untuk menghargai ibu bapa
yang banyak berkorban dan bersusah payah bagi menyediakan
segala kesenangan yang dinikmati seisi keluarga selama ini.
Sambutan hari ibu dan hari bapa juga boleh menjadi landasan
untuk mengukuhkan jalinan kasih sayang dalam keluarga. Ibu
bapa sendiri jangan pula lupa kepada datuk dan nenek yang
mungkin tinggal berasingan untuk sambutan hari istimewa itu.
Anak-anak akan melihat kepekaan ibu bapa mereka sebagai
contoh amalan masa depan mereka sendiri.

Kesimpulannya, sambutan hari-hari penting dalam kalangan


anggota keluarga bertujuan bagi mengukuhkan ikatan
kekeluargaan supaya sentiasa bertambah erat, mesra dan
sejahtera. Majlis sambutan tanpa mengambil kira kecil atau
besar pada hakikatnya menjurus kepada kesempatan untuk
berkumpul seisi keluarga dalam persekitaran zaman yang
begitu sibuk dalam hal ehwal kebendaan, mencari rezeki dan
kegiatan di luar lingkungan rumah tangga. Satu kempen
kesedaran tentang kesan positif sambutan hari-hari penting
dalam kalangan anggota keluarga pada akhirnya menyumbang
terhadap kerukunan, kemajuan dan kemakmuran masyarakat
dan negara.
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan
untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat
mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan
bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga,
pencemaran udara ( dari pembakaran ), dan pencemaran air
( dari tapak perlupusan ) dan mengurangkan pengeluaran gas
rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan
mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi
pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi
"pengurangan pembaziran, guna semula, kitar semula dan
hirarki buangan ".

Bahan boleh dikitar semula termasuk:

Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau


kegunaan lain bahan buangan biodegrable seperti sampah
makanan atau lebihan taman dan biasanya tidak dianggap kitar
semula. Bahan yang hendak dikitar semula samada di bawa ke
tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun,
dibersihkan dan diproses semula menjadi bahan baru bagi
pengilangan.

Dalam erti kata sebenar, mengitar semula bahan buangan akan


menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama sebagai
contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan
kertas pejabat yang baru, atau polisterin terpakai digunakan
bagi menghasilkan polisterin lain. Bagaimanapun, ini seringkali
terlalu sukar atau terlalu mahal berbanding dengan
menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau
sumber lain, dengan ini kebanyakan barangan atau bahan kitar
semula sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi
menghasilkan bahan lain seperti kadbod.

Pengkritik seringkali mempertikaikan kebaikan bersih dari segi


ekonomi dan persekitaran mengitar semula berbanding kosnya,
dan mencadangkan penyokong kitar semula seringkali
menjadikan keadaan lebih teruk dan mengalami pengesahan
berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos
dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan
pengangkutan mengurangkan dan melebihi kos dan tenaga
yang dijimatkan dalam proses pengilangan juga kerja yang
dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran
merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan,
perlombongan dan industri yang dikaitkan dengan pengeluaran
baru dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar
beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan
pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua
tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong
kepada pertikaian yang yang berpanjangan.
Aktiviti bergotong-royong di sekolah saya sering diadakan terutama
pada hujung minggu atau cuti persekolahan. Semua warga sekolah
terlibat dalam aktiviti tersebut. Lazimnya kami mengambil masa selama
dua hingga tiga jam setiap kali aktiviti dijalankan.

Sebelum itu, Guru Penyelaras Program akan memberi taklimat tentng


pembahagian kerja. Ada yang membersihkan bilik-bilik darjah, kawasan
padang, mengecat bangunan, membersihkan tingkap, mengutip
sampah, dan sebagainya.

Sebenarnya bekerjasama dalam membersihkan kawasan sekolah


banyak memberi faedah. Bukan sahaja kawasan sekolah menjadi
bersih, ceria, dan kemas malah amalan murni ini dapat menghapuskan
tempat pembiakan nyamuk dan seranga lain yang menyebabkan
penyakit. Di samping itu, secara tidak langsung hubungan antara warga
sekolah dengan ibu bapa juga dapat dieratkan.

Selain murid-murid, pihak yang turut bekerjasama menjalankan aktiviti


gotong-royong pada hari itu ialah guru-guru, pekerja sekolah, dan ibu
bapa murid yang berkesempatan. Mereka membuat kerja-kerja yang
lebih berat seperti mengangkat kerusi meja yang rosak ke dalam lori
untuk dihapus kira, membersihkan longkang, dan mencantas dahan
pokok.

Kesimpulannya aktiviti bergotong-royong yang telah dilaksanakan di


sekolah patut diteruskan dari semasa ke semasa. Oleh itu, semua pihak
perlu bekerjasama supaya persekitaran sekolah sentaisa bersih dan
ceria.
Menurut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud amalan saling
menolong atau kerja bersama-sama. Masyarakat Malaysia pada hari
ini, kurang mengamalkan gotong-royong oleh sebab mereka lebih
suka duduk di dalam rumah sendiri sambil menonton rancangan
televisyen atau bermain permainan komputer. Sebenarnya, amalan
bergotong-royong merupakan amalan yang mulia dan harus dipupuk
sejak kecil. Amalan bergotong-royong juga telah banyak membawa
kebaikan kepada kita.

Pertama sekali, bergotong-royong dapat mengeratkan


perpaduan dalam kalangan masyarakat. Masyarakat Malaysia terdiri
daripada masyarakat yang berbilang kaum dan latar belakang.
Melalui aktiviti gotong-royong, kita dapat memahami dan
menghormati adat istiadat kaum lain tanpa menimbulkan rasa
waswas dan curiga.

Selain itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mempercepat


dan mempermudah kerja seharian. Jika semua orang bersatu padu,
tolong-menolong, maka kerja yang sukar atau berat akan menjadi
senang dan ringan. Contohnya, sekumpulan murid diberi tugasan
oleh guru untuk membersihkan Taman Bunga di kawasan sekolah.
Kalau murid-murid bekerjasama dan tidak malas, aktiviti
pembersihan Taman Bunga dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

Amalan gotong-royong juga dapat menperkukuh


semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat berbilang ras dan
agama. Dalam satu taman, terdapat jiran tetangga yang berbilang
kaum dan agama. Oleh itu, semangat kejiranan dapat dipererat
melalui aktiviti-aktiviti seperti majlis kenduri-kendara, musim
perayaan utama, kempen yang berkaitan dengan semangat kejiranan
atau aktiviti yang memerlukan kerjasama semua orang.
Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat
mewujudkan pesekitaran yang bersih dan ceria. Kawasan yang bersih
dan ceria dapat mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera bak
kata slogan pihak berkuasa tempatan, yakni Negara Bersih, Rakyat
Sihat.

Secara kesimpulannya, aktiviti gotng-royong banyak


mendatangkan kebaikan kepada penduduk setempat yang rata-rata
terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama untuk
hidup aman makmur, saling menghormati dan bekerjsama, bak
kata peribahasa Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Anda mungkin juga menyukai