Anda di halaman 1dari 1

PERBINCANGAN

Tulis karangan yang bertajuk Kebaikan dan Keburukan belajar di


sekolah berasrama penuh.
Sekolah berasrama penuh ialah sekolah yang dilengkapi dengan
kemudahan asrama sebagai tempat tinggal pelajar. Semua pelajar
dikehendaki dan diwajibkan tinggal di asrama.
Belajar di sekolah berasrama banyak kebaikannya. Antaranya
para pelajar dapat belajar secara kumpulan. Selain itu, para pelajar
dapat dan mudah mengikuti kegiatan yang dijalankan di sekolah. Belajar
di sekolah berasrama mempunyai pelbagai kemudahan seperti
perpustakaan, makmal computer, bilik bacaan dan sebagainya. Dengan
adanya kemudahan kemudahan ini, akan dapat membantu para pelajar
dalam pelajaran mereka.
Di sekolah berasrama penuh para pelajar tertakluk kepada
peraturan dan undang undang yang ditetapkan. Dengan cara ini para
pelajar diajar mematuhi peraturan dan disiplin.
Di sekolah berasrama, para pelajarnya belajar mengikut jadual
dan masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, para pelajar dapat belajar
dengan cara yang teratur atau bersistematik. Belajar di Sekolah
berasrama dapat melatih diri pelajar untuk hidup berdikari kerana
asrama, semuanya perlu dilakukan sendiri oleh para pelajar.
Selain kebaikannya, belajar di sekolah berasrama ada
keburukannya juga. Tinggal di asrama menyebabkan para pelajar
terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga. Keadaan ini akan
merenggangkan hubungan kekeluargaan. Di asrama para pelajar bebas
bergaul dengan rakan rakan mereka. Keadaan ini mungkin memudahkan
para pelajar terpengaruh dengan aktiviti yang kurang sihat seperti

merokok dan sebagainya.

Kesimpulannya, belajar di sekolah berasrama ada kebaikan dan


ada keburukannya.

Anda mungkin juga menyukai