Anda di halaman 1dari 3

Sekolah berasrama penuh dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di

dalam UPSR dan PT3. Di sekolah berasrama penuh, waktu belajar yang telah diatur oleh pihak sekolah lebih padat
berbanding sekolah harian dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan
sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa. Tidak hairanlah
sekiranya ibu bapa inginkan anak mereka bersekolah di sekolah berasrama penuh agar mereka dapat lebih fokust
terhadap pelajaran mereka.

Kebaikan
Dpt meningkatkan daya saing dlm kalangan pelajar
Memandangkan pelajar tinggal di asrama, mereka sering bersaing sesama mereka semasa
belajar. Semangat belajar timbul apabila lihat rakan-rakan yang lain tekun belajar dan diri akan turut
rasa lebih tercabar. Tambahan lagi, jika dalam peperiksaan dirinya ketinggalan berbanding rakan lain.
Hal ini akan mewujudkan lagi daya saing yang lebih banyak dalam kalangan pelajar.Pihak sekolah
asrama penuh memberi perhatian lebih kepada pelajarnya. Hal Ini bagi memastikan pelajar tidak
mempersia-siakan kemampuan yang sememangnya lebih baik berbanding rakan-rakan yang lain
kerana mereka ialah pelajar terpilih. Di samping, itu terdapat guru yang sanggup mengadakan kelas
tambahan tanpa mengenakan sebarang bayaran agar pelajar dapat mengulangkaji pelajaran dengan
lebih efektif

Aktif dalam bidang kokum


Satu lagi kelebihan belajar di asrama penuh ialah pelajar berpeluang untuk aktif dalam
bidang kokurikulum seperti bola jaring, kriket ragbi dan sebagainya. Masa untuk pelajar
berlatih dalam sukan lebih banyak memandangkan mereka tinggal di asrama. Mudah pihak
sekolah menguruskan aktiviti mengikut masa yang sesuai. Pelajar juga mempunyai masa
lebih kerana tidak terganggu dengan masa pergi dan balik sekolah setiap hari seperti pelajar
sekolah harian. Pelajar juga mempunyai peluang yang besar untuk mewakili sekolah ke luar
Negara dalam pelbagai bidang samaada sukan ataupun pelajaran.

Belajar berdikari
Selain itu, belajar di asrama penuh mampu mendidik pelajar berdikari. Pelajar tinggal di
asrama perlu mengurus sendiri keperluan harian seperti membasuh baju, melipat baju,
membasuh kasut dan sebagainya yang selama ini diurus oleh ibu bapa. Mereka tidak boleh
mengharapkan ibu bapa atau rakan-rakan lain membantu. Masing-masing perlu berdiri
diatas kaki sendiri agar dapat membiasakan diri. Pelajar juga harus cekap berbelanja dan
tidak boros mengikut nafsu agar wang saku dapat dijimatkan dan tidak habis hanya dalam
seminggu atau kurang
4) PELUANG MEMPELAJARI BAHASA KETIGA
Pelajar sekolah berasrama penuh berpeluang untuk mempelajari Bahasa ketiga samaada
Arab, perancis, jepun ataupun cina. Ramai pelajar yang teruja dan berminat untuk
mempelajari Bahasa yang baru khususnya Bahasa perancis dan Bahasa jepun. Terdapat
sesetengah sekolah berasrama penuh(SBP) yang menghantar pelajar ke Negara tersebut
dalam program pertukaran pelajar pada setiap tahun.pelajar akan dihantar ke Negara
tersebut manakala Negara tersebut akan menghantar pelajar mereka ke malaysia. Dengan

itu, pelajar dapat bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dengan pelajar daripada

luar

Negara.
Sistem belajar SBP lebih teratur, terancang
KEHIDUPAN di asrama memang menyeronokkan kerana selain mendapat ramai
kawan, ia tidak membosankan dan dipenuhi pelbagai kegiatan yang diaturkan pihak
pengurusan serta sekolah. Rutin harian pelajar selalunya bermula seawal 5.30 pagi
hingga 11 malam dengan pengisian pelbagai kegiatan bermatlamat memantapkan
proses pembelajaran dan sahsiah diri seseorang pelajar kerana rutin harian pelajar
sudah diatur dan disusun dengan sebaiknya.

Keburukan
1)Hilang keyakinan pada diri
tidak dapat dinafikan ada juga keburukan belajar di sekolah asrama penuh
yang terpaksa dihadapi oleh pelajar.Perkara pertama ialah hilang keyakinan
diri. Banyak pelajar tidak mampu untuk berdikari. Mereka mula hilang
keyakinan. Bahkan ada yang menarik diri setelah beberapa minggu berada
di asrama penuh. Kebanyakannya ialah pelajar tingkatan 1 dan pelajar
kemasukan baru bagi tingkatan 3 kerana tidak dapat mebiasakan diri hidup
di asrma dengan berdikari. Bagi yang terus belajar, mereka yang hilang
keyakinan diri akan mengambil langkah sekadar ikut-ikut saja. Mereka tidak
mampu untuk bersaing dengan rakan-rakan lain. Inilah antara punca
mengapa pelajar yang cemerlang di sekolah harian biasa, apabila pergi ke
asrama penuh tidak mampu mengekalkan prestasi sebelumnya.
2)Masa bersama keluarga semakin kurang
Biarpun sekolah berasrama mengaitkan kita dengan berdikari, pada
hakikatnya pelajar masih perlu kepada perhatian dan jagaan ibu bapa. Bagi
pelajar yang tinggal di asrama, masa bersama dengan ibu bapa amat
kurang, melainkan pada masa cuti. Begitu juga dengan adik beradik akan
terdapat jurang dan kurang kemesraan. Hal ini akan menimbulkan rasa
kekok dan kejanggalan sesama keluarga pelajar itu sendiri
Membuli pelajar menengah rendah

Budaya/adat pelajar

1) Bagi pelajar muslim, sekolah lebih menerapkan nilai agama


Tidak dinafikan bahawa tidak semua pelajar yang penuh solat lima waktu
sehari semalam sebelum menjejaki sekolah berasrama penuh. Sekolah
berasrama banyak menerapkan nilai agama dalam kalangan pelajar muslim.
Di samping itu, asrama lebih menggalakkan pelajar solat berjemaah jika
dibandingkan dengan pelajar sekolah harian yang kebanyakannya
mengamalkan solat bersendirian
2)cara pembelajaran
marcapada, semua sekolah berasrama penuh munggunakan teknik
pembelajaran abad ke -21 iaitu secara berkumpulan. Jika dibanding dengan
belajar bersendirian, belajar berkumpulan lebih efektif. Hal ini kerana dengan
belajar berkumpulan, pelajar dapat berkongsi dan bertukar-tukar pendapat
dengan pelajar lain . di samping itu juga dapat mengeratkan lagi silaturahim
sesama rakan
3)disiplin

4)pemakaian yang lebih kemas


kebanyakan pemakaian pelajar sekolah harian tidak begitu kemas dan tiada
keseragaman kerana ramai pelajar yang keras kepala melanggar peraturan
sekolah. Bagi sekolah berasrama, sudah ditetapkan bagi pelajar bahawa
hanya barang yang berlogokan sekolah sahaja yang dibenarkan seperti pin
tali leher , tali leher dan tali pinggang. Disebabkan sahsiah pelajar
berasrama penuh lebih baik dan mudah dibentuk, senang bagi pelajar
mengikut arahan

Anda mungkin juga menyukai