Anda di halaman 1dari 3

Kaum Muslimin yang dirahmati Allah

Pagi tadi kita digemparkan dengan hujan lebat yang awesome dan luar biasa
hebat melanda Pekan Lundu tercinta dan Kuching amnya. Banyak rumah
ditenggelami air, tanpa disangka2. Datang nya seperti ribut, kemusnahannya
beransur seperti semut. Justeru, Mimbar ingin merakamkan ucapan takziah
dan turut merasakan sedih atas apa yang melanda dan menguji sekalian
sahabat taulan. Semoga terus bertabah dan cekal menghadapi Ujian Allah
tatkala kita turut diuji dengan Pendamik Covid yang menerpa ganas kehidupan
damai kita seharian.
Begitulah kehidupan kita ini. Tiada apa yang pasti dan kekal kecuali Allah Taala.
Pemilik sekalian Alam. Kejadian yang unsangkable ini mengingatkan kita
bahawa seluruh kehidupan kita ini adalah Ujian sedari dripada kita lahir
sehinggalah kita ngkobos, boos selama2nya. Akan ada sahaja ujian dating
menyapa kita dengan lembut mahupun ganas atas satu sahaja asbab, iaitu
menguji keimanan kita.

Setiap yang berlaku dalam hidup kita; nikmat mahupun ujian, ada hikmah
kebaikan di sebaliknya. Selayaknya sebagai hamba, kita sentiasa diuji selagi
mana kita hidup. Setiap hamba diuji dengan ujian yang berbeza; dengan
perkara-perkara yang dia cintai dan takuti.

Allah telah nyatakan di dalam al-Quran beberapa bentuk ujian yang Dia kirim
kepada hambaNya untuk mendidik sabar dalam jiwa mereka.

ِ ‫ص م َِّن اأْل َم َْو‬


‫ال‬ ٍ ‫ُوع َو َن ْق‬ ْ ِ ‫َو َل َن ْبلُ َو َّن ُكم ِب َشيْ ٍء م َِّن ْال َخ ْو‬
ِ ‫ف َوالج‬
َّ ‫س َو‬ َ
‫ين‬ ِ ‫ت ۗ َو َب ِّش ِر الص‬
َ ‫َّاب ِر‬ ِ ‫الث َم َرا‬ ِ ُ‫َواأْل نف‬
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut
(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya)
kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar
gembira kepada orang-orang yang sabar.” -Surah Al-Baqarah:155-

Sifat hati manusia sentiasa berbolak-balik. Ada yang mampu untuk ikhlas dan
redha menerima ujian yang datang kepadanya. Ada juga yang menjadi tertekan
bila diuji dan hampir tewas kepada ujiannya.

Allah berikan ujian kepada hambaNya kerana Dia mahu menguji keikhlasan
hambaNya itu dalam melakukan urusannya; untuk menilai kemampuan
seseorang bersabar apabila diduga dengan sesuatu ujian. Tindak balas kita
dalam menghadapi sesuatu ujian menggambarkan cara kita melihat hikmah
diberikan ujian tersebut; sama ada menerimanya secara positif atau negatif.

Kita mungkin lemah dalam menafsir hikmah di sebalik sesuatu ujian, namun
jangan lah kita pernah berputus asa menjalaninya. Ambil masa untuk proses
dan terima apa yang sedang dihadapi, tetap sabar dan berusaha serta sentiasa
berdoa kepada Allah agar diberikan kemudahan.

‫صب ِْر َوالص َّٰلو ِة ۗ اِنَّ هّٰللا َ َم َع‬


َّ ‫ٰ ٓيا َ ُّي َها الَّ ِذي َْن ٰا َم ُنوا اسْ َت ِع ْي ُن ْوا ِبال‬
‫ص ِب ِري َْن‬ ّ ٰ ‫ال‬
“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan Allah dengan sabar
dan salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” -Surah Al-
Baqarah: 153-

Ingatlah, kita tidak sendiri ketika diuji. Allah mengangkat darjat kita tinggi di
saat kita jatuh ke bumi; selagi kita yakin dan percaya kepadaNya. Tiada ujian
yang Allah berikan untuk menyusahkan hambaNya kecuali Dia ingin
memberikan ganjaran kebaikan kerana bersabar menjalaninya. Maka,
janganlah bersedih.

Sidang Jamaah yang diRahmati Allah sekalian,


Bermula mggu depan, anak2 kita yang belajar dalam Tingkatan 5 kohort 2020
juga akan menduduki Ujian SPM setelah ditunda akibat pendamik yang datang
menyapa. Kestabilan emosi dan mood peperiksaan, turun naik selepas
menempuh perjalanan 2020 yang sukar. Justeru, atas inisiatif pihak sekolah
dan Masjid Pehin Sri Haji Adenan Satem, kita akan mengadakan solat hajat
perdana khusus buat mereka dan pelajar2 tingkatan 6 yang turut menjalani
peperiksaan bulan Mac kelak. Suka untuk Mimbar memberikan beberapa tips
bagi anak2 yang bakal menduduki peperiksaan.
1. Jaga Solat kalian. Kerana Solat adalah bapak kepada semua kejayaan di
atas muka bumi. Gagal solat, gagal soalan pertama dalam kubur
walaupun SPM, STPM selori A
2. Mulakan hari peperiksaan mu kelak dengan hari yang tenang. Lalu
bagaimana? Banyakkan istighfar dan memulakan sesuatu dengan
menyebut Bismillahirrahmanirrahim. Nampak mudah, tapi la..sangat2
susah nak dimenten.
3. Perbanyakkan selawat, ambik keberkatan Baginda Nabi SAW. Jangan
pernah tidak berselawat setiap hari sehingga kita mati
4. Mohon ampun buat diri sendiri, kepada ibubapa, guru, dan sesiapa
sahaja yang pernah kita berbuat salah kepadanya
5. Jawab dengan jawapan yang terbaik. Jangan tidur!!! Atau sekejap2 ke
tandas. Andaikata mengantuk, tundukken kepala biarkan seketika darah
mengalir ke otak, rasakan kesegaran sesegar susu farm fresh.
6. Setelah mejawab, yakin dan berserahlah kepada Allah akan urusan
selebihnya.
7. Ucap terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar kita, bukan
sahaja guru tingkatan 5 atau 6 tetapi semua guru yang pernah berbak ti
kepada suri perjalanan ilmu yang ada pada kita.
8. Sepanjang menunggu keputusan, perbaiki akhlak kita sesame manusia
dan ALLAH Taala. Mintak kepada Allah agar diberikan kelapangan
kepada pemeriksa agar memeriksa dalam keadaan yang adil dan tenang.
9. Setelah keluar keputusan kelak, terimalah dengan penuh reda dan
syukur baik menimbun A, atau lengkap ABCDEF atau apa sahaja kerana
yakinlah rezeki Allah itu Maha Luas. Usaha dengan penuh konsisisten
dan berakhirnya dengan tawakal sepenuhnya kepada ALLAH Taala.
Akhirnya, jangan sekali2 kita libatkan diri kita dengan hal2 yang merosakkan
seperti berjinak2 dengan dadah, dan hal2 yang merosakkan akal, ekonomi,
tubuh badan dana sebagainya sehingga menghilangkan tumpuan untuk kita
menjalani hidup ini denga tenang.

Anda mungkin juga menyukai