Anda di halaman 1dari 108

MESYUARAT

JAWATANKUASA HEMSMKBR 2016


KALI 1 / 2016
(30 DISEMBER 2015)

AG E N DA M E S Y UA R AT:
1 . U C A PA N P E N G E RU S I
2 . P E M B E N TA N G A N DA N P E N G E S A H A N
M I N I T M S Y UA R AT YA N G L A LU &
BA N G K I TA N M I N I T
3 . TA K L I M AT H E M
4. PELAPORAN SUB UNIT HEM
5. HAL-HAL LAIN
BUKU PANDUAN PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH
2016
(UNIT HEM)
M/S 45 - 51

Diharapkan semua guru dapat menerima jawatan yang


diamanahkan dengan komitmen yang tinggi.
 Diminta semua guru meneliti bidang tugas masing-masing
seperti yang telah dinyatakan dalam buku Manual
Pengurusan dan Takwim SMK Bukit Rambai tahun 2016
untuk tindakan (M/S: 45 – 51)
 Laksanakan program yang telah dirancang

- kemukakan kertas cadangan program untuk kelulusan.


- Patuhi Arahan Perbendaharaan Dalam Pengurusan
Kewangan
 Semua guru diminta meneliti dan mematuhi dasar
pengurusan HEM SMK Bukit Rambai
DASAR PENGURUSAN HEM
(SEMUA GURU)

Sila semak dalam Buku Panduan Pengurusan


Sekolah (MS:54 - 121)
Baca

Fahami kandungannya serta

laksanakan.

Jika tak faham sila rujuk GPK HEM

Kalau tak rujuk bermakna guru dah faham


DASAR PENGURUSAN HEM
(SEMUA GURU)
Semua guru mesti mematuhi SPI Bil . 10/2001:
Semua Guru Adalah Guru Disiplin dan

 Perkara 6 SPI Bil.9 /1975 Peraturan-Peraturan


Sekolah Untuk Murid :
 melaksanakan peranan dan berfungsi sebagai
guru pembimbing
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 9/ 1975
DISIPLIN DI SEKOLAH.
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH UNTUK MURID-MURID,

 6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru


memberi tauladan budi pekerti dan perangai
yang baik kepada murid-murid mereka.
Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk
membantu murid-murid supaya mengetahui
perbezaan antara tingkah laku yang baik dan
buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa
tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum
matang untuk membuat sesuatu keputusan yang
baik.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1995 :
MENANGANI MASALAH PONTENG DI SEKOLAH

 5.2 . Pihak sekolah hendaklah memastikan tindakan mengatasi masalah


ponteng dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Segala
panduan
yang terdapat di dalam Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng
dilaksanakan sepenuhnya.
 5.3. Pihak sekolah hendaklah merealisasikan Sekolah Penyayang,
Pelajar-pelajar berhak disayangi, dikasihi, dikasihani dan dibimbing.
Dengan ini pelajar akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke
sekolah.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1995 :
MENANGANI MASALAH PONTENG DI SEKOLAH

 5.4 Memastikan Briged Komuniti dilaksanakan dengan


berkesan dan mencapai matlamatnya sama ada di
peringkat Negeri, Bahagian/Daerah dan sekolah.
 5.5 Memastikan bahawa Jawatankuasa Disiplin Sekolah
atau Lembaga Tatatertib sentiasa proaktif dengan
menggariskan program dan aktiviti yang berupaya
mencegah salahlaku ponteng sejak awal-awal lagi
terutamanya sebelum sesi persekolahan bermula.
DASAR PENGURUSAN HEM
(SEMUA GURU)
Semua guru mesti membantu pihak
pengurusan sekolah untuk melaksanakan
dan menguatkuasakan dasar-dasar dalam
pengurusan HEM / Peraturan Sekolah bagi
memastikan kemenjadian murid.
Mematuhi SPI Hukuman yang dilarang
Rekodkan tindakan prevensi dan
intervensi yang telah dilaksanakan
PENGURUSAN HEM

Aspek Penting

 Keselamatan.
 Kebajikan.
 Kemenjadian Murid
 disiplin sahsiah akademik ko-kurikulum
KESELAMATAN MURID

1. Memastikan sekolah memiliki dokumen undang-


undang, peraturan, Ordinan Pelajaran,Surat Pekeliling
Ikhtisas, Surat Siaran dan arahan-arahan berkaitan.
2. Memastikan semua staf sekolah membaca dan
memahami dokumen undang-undang, peraturan dan
Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan.
3. Memastikan semua undang-undang, peraturan dan
Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan dipatuhi oleh semua
staf sekolah.
4. Memaklumkan kepada pelajar dan ibubapa penjaga
semua undang-undang, peraturan dan Surat Pekeliling
Ikhtisas yang berkaitan.
5. Melaksanakan tanggungjawab “Duty Of Care” dan
“In Loco Parentis”
KESELAMATAN MURID

Tindakan J/Kuasa Keselamatan :

 menetapkan “Polisi Sekolah Selamat”.

 mengenalpasti kawasan/lokasi berisiko yang boleh memberi


ancaman keselamatan kepada murid dan warga sekolah seterusnya:

 Meletakkan papan tanda kawasan larangan


 Meletakkan papan tanda/label amaran/bahaya
 Mengenalpasti peralatan/fizikal/tumbuh-tumbuhan yang merbahaya
dan boleh memberi ancaman keselamatan / kecederaan seperti :

 pokok berduri dicantas/dipotong


 tombol pintu rosak ditampal dengan pelekat kuning
 Longkang / lubang merbahaya ditutup/dicat garisan
kuning sebagai amaran bahaya
KESELAMATAN MURID

Tindakan J/Kuasa Keselamatan :


 Mengenalpasti kawasan/lokasi berisiko yang boleh memberi
ancaman keselamatan dan jenis-jenis ancaman kepada murid dalam
lingkungan radius 5 km di luar kawasan .
 Menetapkan tatacara keselamatan murid pergi dan balik sekolah
 Mengenalpasti laluan selamat dalam kawasan sekolah
 Melabelkan amaran bagi laluan / kawasan bahaya yang boleh
memberi ancaman keselamatan dan ancaman kecederaan

 Mempamerkan papan tanda / poster tatacara keselamatan

 Mempamerkan tatacara keselamatan dan amaran keselamatan


di bilik-bilik khas dan kawasan padang/.gelanggang permainan
KESELAMATAN MURID

Tindakan J/Kuasa Keselamatan :

 Membuat pemeriksaan peralatan keselamatan dan peralatan cegah


kebakaran.
 Memberi taklimat keselamatan dan kawad kebakaran kepada semua
murid dan warga sekolah.
 Merancang dan melaksanakan latihan kawad kebakaran sekurang-
kurangnya 2 kali setahun.

 kali pertama bagi menegenalpasti jangka masa pengungsian


bangunan
 Kali kedua praktikal mencegah kebakaran bersama pasukan
bomba dab penyelamat
 Melaporkan sebarang kerosakkan fizikal yang boleh memberi
ancaman keselamatan / kecederaan kepada KPT untuk tindakan
baik pulih dan penggantian yang baru.
MANUAL / ARAHAN KESELAMATAN

Semua guru-guru tingkatan,


Semua guru yang bertanggungjawab
menguruskan bilik-bilik khas seperti Makmal, Bilik
KHB, Bilik Komputer, Bilik Guru, Bilik MPV dan lain-
lain
 Diminta mempamerkan manual / arahan
keselamatan di bilik khas masing-masing.

Papan tanda “amaran” dan “ kawasan


larangan” perlu dipamerkan .
KEBAJIKAN MURID

1. Bantuan Kewangan
Biasiswa BKP/BKPU, KWAPM,TAPEM dll
2. Pemakanan Seimbang
Pengurusan Kantin & dapur asrama yang baik
3. Pinjaman Buku Teks SPBT
4. Barangan Keperluan Harian /Aktiviti Di Sekolah
-Koperasi Sekolah
5. Kesihatan Fizikal, Mental dan Emosi
- Aktiviti Kokurikulum
6. Proses Sosiolisasi Yang Mantap dan Cemerlang
-Bimbingan Guru Bimbingan dan Kaunseling
7. Asrama
8. Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia Di Sekolah (ATAHAM)
9. Program Sekolah Sekolah Penyayang
KEMENJADIAN MURID

Membantu murid untuk


mengembangkan potensi diri, bakat
kepimpinan, mematuhi peraturan dan
dapat berfungsi sebagai seorang
murid serta warganegara yang
berguna kepada negara melalui aktviti
dan perkhidmatan yang disediakan.
Cth : Kepimpinan Pengawas, PRS, Jati
Diri dan sebagainya.
BIDANG PENGURUSAN HEM
DI SEKOLAH
1. Kebajikan & Keselamatan
2. Kebersihan, Keceriaan & Kesihatan
3. Buku Teks
4. Biasiswa
5. Asrama
6. Bimbingan dan Kaunseling
7. Disiplin
8. Insurans & Takaful
9. Kantin Sekolah
10. Pendaftaran (data dan maklumat murid)
* Memerlukan Pengurusan Data Yang Cekap
J/K Pendaftaran Murid &
Buku Jadual Kedatangan Murid
J/K APDM / SMM

Pastikan :

 Pengurusan Pendaftaran Murid berjalan


dengan lancar dan teratur
 Senarai nama murid ikut tingkatan
dipamerkan.
 Senarai keperluan dokumen yang
diperlukan untuk pendaftaran
dipamerkan
 Senarai bayaran dan keperluan
persekolahan dipamerkan.
 Tentatif dan aktiviti pendaftaran murid
DASAR PENGURUSAN HEM
(SEMUA GURU)
1.Sila PATUHI semua Garis Panduan dan Arahan
dalam Ordinan Pelajaran, SPI,Surat Siaran &
Buku-Buku Panduan yang dikeluarkan oleh
KPM,JPN,PPD dan sekolah, Arahan-Arahan
Pentadbiran yang sedang berkuat kuasa dari
semasa ke semasa seperti :
 a. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2010(Surat
Arahan KPTJ Bil.2 Tahun 2011) berhubung penggunaan
kenderaan awam untuk menghantar murid mengikuti
aktiviti kokurikulum di luar kawasan sekolah.

- sila gunakan borang pengesahan perkhidmatan


kenderaan awam untuk murid sekolah bagi
memudahkan urusan bayaran sewaan / perkhidmatan.
SEMUA GURU

 b. Surat Kebenaran Ibu bapa/Penjaga yang telah


ditandatangani oleh ibu bapa / penjaga murid .

 c. Pengawasan dan kawalan oleh guru bagi setiap


aktiviti murid sama ada semasa P&P di dalam dan di luar
bilik darjah;
- semua aktiviti murid yang dijalankan diluar waktu
P&P sama ada pada waktu pagi/petang, hari Sabtu dan
Ahad serta cuti umum hendaklah mendapat kebenaran dari
pentadbir dan dimaklumkan kepada pentadbir yang
bertugas mingguan atau yang bertugas semasa cuti
persekolahan juga mendapat kebenaran penjaga murid
SEMUA GURU
 d. Pastikan semua laporan yang mesti dihantar ke PPD dan JPN
diproses dan dilengkapkan seterusnya dihantar mengikut tarikh dan
masa yang telah ditetapkan. Contoh:
- laporan kantin.
- laporan aedes dan denggi,
- laporan disiplin dan ssdm/e-Disiplin
- laporan pemantauan tandas murid dan guru
-laporan tandas bersih dan lain-lain pelaporan
(sila peka dengan data online)
 e. Semua surat yang telah diminitkan kepada guru-guru tertentu perlu
dibuat tindakan segera.
 f. Semua guru mesti ada pas keluar kelas dan kuatkuasakan
penggunaan pas keluar kelas
 g. Mempamerkan pas kebenaran kenderaan
1. Puan Rahayu Binti Salleh
(S/U J/Kuasa kantin Sekolah)
2. Encik Nazarudin Bin Idris
(Penyelaras
Program Tandas Bersih Sekolah)
Pelaporan Unit HEM
Ke KPM/JPN/PPD/P.Kesihatan DLL
ANALISA KEHADIRAN MURID DAN ANALISA
PONTENG SEKOLAH /ANALISA SETAHUN
 LAPORAN BULANAN KEBERSIHAN KANTIN
SEKOLAH
LAPORAN BULANAN KENDIRI DEWAN MAKAN
ASRAMA
LAPORAN MINGGUAN KAJIAN AEDES DI
SEKOLAH
Pelaporan Unit HEM Ke
KPM/JPN/PPD/P.Kesihatan DLL
PENARAFAN KEBERSIHAN TANDAS SEKOLAH
RINGKASAN LAPORAN HASIL PEMANTAUAN
PENJUALAN MAKANAN & MINUMAN DI KANTIN
SEKOLAH
LAPORAN SARINGAN MINDA SIHAT LAPORAN
ANALISA PENYALAHGUNAAN DADAH , INHALAN
& UBAT BATUK
e-PIDP
PENYATA BULANAN ASRAMA
Pelaporan Unit HEM Ke
KPM/JPN/PPD/P.Kesihatan DLL
 STANDARD KENDIRI PENGURUSAN ASRAMA
(SKPA)
 DATA SISTEM MAKLUMAT ASRAMA (SMA)
SSDM ASRAMA
 SSDM SEKOLAH
 LAPORAN TAHUNAN (SSDM)
 SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH
(SPKS)
Pelaporan Unit HEM Ke
KPM/JPN/PPD/P.Kesihatan DLL
RUMUSAN PERMOHONAN MURID DI BAWAH
KWAPM TAHUN SEMASA
APDM (ASRAMA)
LAPORAN PRESTASI PERBELANJAAN TUISYEN
ASRAMA
LAPORAN PRESTASI KONTRAKTOR MAKANAN
ASRAMA
BORANG KAJI SELIDIK UNTUK KONTRAKTOR
BMA,KEBERSIHAN & KESELAMATAN
LAPORAN DASAR WARGA EMAS NEGARA
Pelaporan Unit HEM Ke
KPM/JPN/PPD/P.Kesihatan DLL
LAPORAN PERKHIDMATAN B & K
 LAPORAN ANALISA PEPERIKSAAN ASRAMA
(GPA)
BORANG PENGURUSAN DISIPLIN (BPD)
LAPORAN PROGRAM GURU PENYAYANG (IPM,
MENTOR MENTEE)
 e SPBT
SMM /APDM
DASAR PENGURUSAN HEM
(SEMUA GURU)
 h. Program / Aktiviti agensi luar (bukan anjuran KPM /
JPN / PPD / Sekolah) pastikan :
1. perlu ada surat iringan / pemakluman daripada
JPN / PPD.
2. Perlu mengutamakan kebajikan dan keselamatan guru
sepanjang tempoh sebelum , semasa dan selepas
program / aktiviti.
 i.Sila lapor segera kepada pentadbir jika ada kes penyakit
berjangkit , dan lain-lain kes / isu berat yang melibatkan
murid dan guru untuk tindakan pentadbir melaporkan
kepada JPN / PPD.
DASAR PENGURUSAN HEM
(SEMUA GURU)
 j. Pemantauan Jemaah Nazir :

1. aspek yang dipantau dan diberi teguran (sumber JPN):


i. sistem fail / aktiviti ( [dokumentasi] perlu dinyatakan
dalam perancangan / takwim / carta gantt / pelaporan
program / aktiviti) ,
ii. bilik-bilik khas seperti bilik kesihatan / bilik rawatan.
iii. dokumentasi murid seperti Buku Rekod kesihatan
Murid
iv. Bahan-bahan informasi / kempen seperti risalah,
poster maklumat / amalan kesihatan murid.
DASAR PENGURUSAN HEM
(SEMUA GURU)
(KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH)
 Murid perlu hadir ke sekolah sebelum pukul 7.20 pagi.
 Perhimpunan rasmi akan diadakan pada setiap hari
Isnin bermula pada pukul 7.30 pagi, dimulakan dengan
nyanyian lagu Patriotik dan bacaan doa. Semua murid
dan guru diminta bersedia di tapak perhimpunan
sekolah pada jam 7.20 pagi.
 Murid yang hadir selepas jam 7.35 pagi dianggap lewat
 Untuk sesi petang, perhimpunan rasmi akan diadakan
pada setiap hari Isnin bermula 6.10 petang.
 Semua murid dilarang berada dalam bilik kelas atau
bangunan sekolah sebelum jam 7.35 pagi atau sebelum
tamat perhimpunan pagi & selepas waktu balik sekolah.
 Sila patuhi waktu balik seperti ditetapkan
DASAR PENGURUSAN HEM
(SEMUA GURU)

(PAKAIAN & KEKEMASAN DIRI MURID)


 Pakaian murid lelaki dan perempuan adalah
mengikut peraturan Kementerian Pelajaran
Malaysia dan peraturan sekolah.
 Pakaian Pendidikan Jasmani boleh dipakai
sehingga waktu P&P tamat dengan syarat
ianya bersih dan tidak berbau.
 Hanya T-Shirt PJK SMK Bukit Rambai (warna
kuning) yang dipakai bersama seluar sukan
panjang (Track Suit) yang berwarna hitam atau
biru gelap sahaja dibenarkan sebagai pakaian
PJK
DASAR PENGURUSAN HEM
(SEMUA GURU)

Kawalan keluar/masuk murid


dalam kelas semasa PdP
Murid tidak sepatutnya dibiarkan keluar
kelas sewenang-wenangnya tanpa kawalan
Pastikan sebab yang munasabah
Bilangan murid keluar dikawal
Catat dalam buku Kawalan Kelas
Kuatkuasakan penggunaan PAS keluar
kelas
Penguatkuasaan “Slip Kawalan P&P” guru
Mata Pelajaran
SEMUA GURU
(PAKAIAN & KEKEMASAN DIRI MURID)
• Setiap hari Rabu semua murid dikehendaki
memakai uniform Pasukan Berpakaian
Seragam. Murid tingkatan 3 – 5 sahaja
diberi kelonggaran untuk memakai T-Shirt
KoKurikulum (warna hijau) semasa
perjumpaan kelab dan persatuan.
 Semua murid hendaklah memakai pakaian
yang bersih dan kemas mengikut peraturan
sekolah.
 Murid lelaki wajib memasukkan kaki baju
dan t-shirt ke dalam seluar (tight-in).
SEMUA GURU
(PAKAIAN & KEKEMASAN DIRI MURID)
 Murid perempuan wajib memakai baju yang
sesuai dengan saiz badan dan tudung
wajib melepasi bahu serta memakai anak
tudung hitam atau putih (tudung bawal,
bercorak dan bermanik tidak dibenarkan
sama sekali).
 Murid dilarang sama sekali memakai
selipar dalam kawasan sekolah,
kecuali dengan sebab yang
dibenarkan.
TANDA NAMA MURID

 TINGKATAN 1 KUNING
 TINGKATAN 2 HIJAU
 TINGKATAN 3 UNGGU
 TINGKATAN 4 OREN
 TINGKATAN 5 BIRU
Guru tingkatan kutip RM 4.
Tarikh akhir serah duit & tempahan ke koperasi
Pada ___JANUARI 2016
 Pendidikan Khas BIRU
PAKAIAN MURID LELAKI
PADA HARI JUMAAT

 Mulai sesi persekolahan tahun 2015


semua murid lelaki diwajibkan
memakai pakaian baju Melayu (baju
kebangsaan) lengkap bersampin dan
bersongkok
 Sampin berlogo sekolah boleh dibeli
di kedai koperasi SMKBR BHD
Baju uniform sekolah
murid asrama perempuan bewarna biru

Baju uniformsekolah
murid asrama lelaki
bewarna biru
dan Seluar sekolah bewarna
hitam

•Kain uniform sekolah murid asrama perempuan


termasuk murid RK dan KAA bewarna hitam.
•Kain tudung murid bukan KAA dan RK
bewarna Hitam (berlogo SMKBR)
•Untuk murid KAA dan RK kain tudung bewarna biru.
SEMUA GURU
(KECERIAAN & KEBERSIHAN KELAS)

 PASTIKAN KELAS SENTIASA BERSIH & CERIA


 PERABUT DALAM KEADAAN BAIK KEMAS DAN
TERSUSUN.
 PASTIKAN PAPAN PUTIH DAN PAPAN KENYATAAN
ADA DAN DALAM KEADAAN BAIK & SELAMAT
 PASTIKAN PERALATAN PEMBERSIHAN KELAS
SENTIASA ADA, MENCUKUPI DAN BERFUNGSI
 PASTIKAN MEJA MURID & GURU DIBALUT/ALAS
 PASTIKAN SEMUA PERALATAN ELEKTRIK
ADA,BERSIH DAN BOLEH BERFUNGSI
 PASTIKAN CERMIN TINGKAP CUKUP,TINGKAP
BERFUNGSI DENGAN BAIK
 PASTIKAN DAUN PINTU DALAM KEADAAN BAIK
DAN TOMBOL PINTU ADA & BERFUNGSI
DASAR PENGURUSAN HEM
(SEMUA GURU)

(KECERIAAN & KEBERSIHAN KELAS)

 MURID DILARANG MENINGGALKAN BUKU DAN


BARANG DALAM KELAS SELEPAS TAMAT SESI
PERSEKOLAHAN
 BUKU TEKS HENDAKLAH DIBALUT DAN DIJAGA RAPI
 PASTIKAN CERMIN TINGKAP CUKUP/LENGKAP DAN
TINGKAP BOLEH DITUTUP DAN BUKA
 KERUSI MURID HENDAKLAH DILETAKKAN DI ATAS
MEJA MURID MENGHADAP TAPAK PERHIMPUNAN
SEKOLAH SEBELUM MENINGGALKAN KELAS
(guru m/p akhir berada dalam kelas)
o Sila laporkan sebarang kerosakkan/kekurangan
peralatan/perabot/kemudahan dalam kelas
DASAR PENGURUSAN HEM
(SEMUA GURU)

Kekemasan diri murid


Penguatkuasaan pemakaian tanda nama
dan lencana sekolah
Kekemasan rambut / tudung murid
Kesesuaian saiz baju/seluar/kain murid
Kasut dan stoking murid
Budaya kaki baju dimasukkan ke dalam
seluar/ track suit
DASAR PENGURUSAN HEM
(SEMUA GURU)
Kawalan murid waktu rehat
Guru m/p yang terakhir sebelum rehat pastikan:
semua murid mengosongkan kelas pada waktu
rehat
Semua suiz elektrik dimatikan dan pintu
kelas ditutup
Ada pengawas bertugas di setiap bangunan dan
check point tertentu
Semua Guru dan Guru Bertugas:
Jangan benarkan murid membawa
makanan/minuman keluar dari kawasan kantin
atau naik ke dalam bangunan sekolah
DASAR PENGURUSAN HEM
(SEMUA GURU)

Kebersihan dan keceriaan kelas


 Guru mata pelajaran pastikan kelas dalam
keadaan kondusif dan bersedia untuk PdP
dengan turut memastikan kebersihan dan
kekemasan kelas.
 Lantai
 Sampah dalam laci meja
 Bakul sampah
 Susunan perabut kerusi dan meja murid/guru
 Papan putih dan Papan Kenyataan
DASAR PENGURUSAN HEM
(GURU BERTUGAS MINGGUAN)

Kawalan keluar / masuk murid


ke dalam kawasan sekolah

 Guru bertugas memastikan pengawal keselamatan


sekolah sentiasa menutup serta mengawalselia pintu
pagar sekolah dan mengawal keluar masuk murid dan
pelawat.
 Sila buat lapuran dalam buku lapuran guru bertugas
 Jika perlu ambil gambar dan minta PT cetak dan
dilampirkan dalam BLGB
SEMUA GURU
PERATURAN 4
(TANGGUNGJAWAB PENGETUA ATAS DISIPLIN )

 GURU BESAR SESEBUAH SEKOLAH


ADALAH BERTANGGUNGJAWAB ATAS
DISIPLIN SEKOLAH DAN BAGI MAKSUD
ITU HENDAKLAH MEMPUNYAI KUASA
KE ATAS GURU-GURU & MURID-MURID
SEKOLAH ITU
CERAIAN 5 KUASA-KUASA GURU BESAR
(1) Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-
Murid.Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa
menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa
sebagaimana perlu. DENGAN SYARAT :

(a) Hukuman dera kepada murid-murid perempuan


adalah dilarang : DAN
(b)Hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh
seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan
kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan
ataupun punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah
dijalankan hanya oleh GURU BESAR ataupun dengan kuasa nyata
yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu
CERAIAN PERWAKILAN KUASA OLEH
6 GURU BESAR

GURU BESAR SESEBUAH SEKOLAH BOLEH DARI


SEMASA KE SEMASA, TERTAKLUK KEPADA APA-APA
SYARAT DAN HAL YANG DIFIKIRKAN PATUT MEWAKI-
KAN KUASA DISIPLIN SEKOLAH DAN KUASA MENJALAN-
KAN HUKUMAN KEPADA GURU-GURU LAIN DI SEKOLAH
ITU ATAU KEPADA MURID-MURID YANG DITETAPKAN
OLEHNYA BAGI MAKSUD ITU TETAPI

YANG DISEBUT DI ATAS TIDAK SEORANGPUN GURU


ATAU MURID BOLEH MENJALANKAN KUASA ITU
MELAINKAN DENGAN ARAHAN TERTENTU DENGAN
SYARAT BAHAWA KUASA MENJALANKAN HUKUMAN
DERA TIDAK BOLEH DIWAKILKAN KEPADA MANA-MANA
ORANG SELAIN GURU BERDAFTAR.
Nama Sekolah
Alamat Sekolah Telefon : 06 764356
__________________________________________________________
Ruj.SMTTJ/02/02/438(08).
Tarikh
Nama Guru,
No.K/P Guru :

Tuan,
PENURUNAN KUASA MELAKSANAKAN HUKUMAN ROTAN

Merujuk perkara di atas, dengan ini saya menurunkan kuasa


Melaksanakan Hukuman rotan yang diperuntukkan kepada saya selaku
Pengetua sesuai Dengan PERATURAN 6, PERATURAN-PERATURAN
PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah ORDINAN
PELAJARAN 1957 kepada Tuan/Puan mulai 04 Januari 2012 hingga
16 November 2012
2. Walau bagaimanapun Tuan/Puan diperingatkan agar dapat mematuhi
PERATURAN 5 (1)(b),PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN
SEKOLAH) 1959, di bawah ORDINAN PELAJARAN 1957, berhubung
Dengan syarat pelaksanaan hukuman rotan yang dinyatakan seperti
berikut :
Peraturan 5(1)(b)
hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang
guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan
kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan
atau pun punggung yang berlapik dengan pakaian dan
hendaklah dijalankan hanya oleh Guru Besar atau pun
dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang
tertentu.

3. Adalah diharapkan hukuman rotan ini hanya dilaksanakan sebagai


langkah terakhir dalam usaha mengawal disiplin di kalangan murid-murid.
Sekian , Terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
………………………………..
Nama Guru Besar/Pengetua
Nam,a sekolah
SURAT PEK.IKHTISAS BIL: 7/2003
KUASA GURU MEROTAN MURID
 Hukuman rotan di khalayak sama ada di
perhimpunan atau di bilik-bilik yang
sedang berlangsung proses pengajaran
dan pembelajaran adalah dilarang.

 Tindakansedemikian akan menjatuhkan


maruah dan kesan negatif terhadap
keperibadian seorang murid.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/1983
MENGENAKAN HUKUMAN BIASA TERHADAP
MURID YANG MELAKUKAN PERBUATAN
SALAH LAKU YANG TIDAK DINYATAKAN
DALAM PERATURAN PELAJARAN

1. Bagi perbuatan salah laku yg tidak


dinyatakan dalam peraturan seperti
bising, tidak memberi perhatian
ketika guru mengajar, hukuman
hendaklah dibuat:-

 Secara adil
 Setimpal
 Dan bersifat pendidikan
2. Elakkan tindakan hukuman spt mengetuk,
mencubit hingga lebam, mengenjut,
menjemur, menampar.

3. Tindakan yg sesuai:-
 Memberi latihan & bimbingan

 Wujudkan hubungan dan komunikasi yg baik –


guru, murid dan ibu bapa.
 Meningkatkan daya kepimpinan, contoh dan
teladan
HUKUMAN YANG DITEGAH
Hukuman terhadap fizikal

- berdiri lama di tengah panas


- lari keliling padang
- berdiri lama dalam/luar bilik darjah
- memukul diri sendiri/sesama sendiri
- berdiri di atas kerusi atau meja
- menarik rambut/tarik telinga
- belasah dengan alat seperti tali
pinggang atau pembaris
- junjung kerusi/ buku
- cubit
- enjut/ ketuk ketampi/ mendada
- ketuk/sekel kepala
Hukuman Terhadap
Mental Dan Emosi

- Gunting Rambut Sesuka hati


- Berdiri Membuat Latihan
- Berleter
- Gantung Tulisan di Badan
- Memalukan dikhalayak Ramai
- Kelas Tahanan pada Waktu Rehat atau Pulang
- Memaki hamun
- Menjeling
- Menyindir
- Conteng Muka dengan Kapur
- Koyak Buku latihan
- Memperlihatkan Air muka yang Marah
- Menggugut atau mengertak murid
- Tidak Menghiraukan murid
- Tidak Menanda Buku latihan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1968:

“tiap-tiap guru hendaklah


dapat menyelesaikan
kebanyakan dari masalah
tatatertib dan perkara-
perkara kecil janganlah
diserahkan kepada guru
besar”
SURAT PEKELILING IKHTISAS
BIL.9/1975:

“semua guru hendaklah juga


memahami benar-benar
bahawa tiap-tiap mereka
adalah bertanggungjawab
untuk memelihara disiplin
sesebuah sekolah”
SURAT PEKELILING IKHTISAS
BIL. 10/2001:

“…semua guru hendaklah


berfungsi sebagai guru
disiplin dan berperanan
membimbing murid-murid…”
Prosedur Tindakan Disiplin
Untuk Murid Bermasalah

MENGIKUTI SESSI KAUNSELING


- PENYALUR MAKLUMAT:
1. GURU TINGKATAN (KES
PONTENG SEKOLAH)
2. GURU DISIPLIN (SALAHLAKU
DISIPLIN LAIN)
- MAKLUMAT DISALURKAN KEPADA
GPK HEM

GPK HEM AKAN MERUJUKKAN MURID


BERKENAAN KEPADA UNIT BIMBINGAN &
Prosedur Tindakan Disiplin
Untuk Murid Bermasalah

KAUNSELOR LAKSANAKAN SESSI


KAUNSELING TERHADAP MURID BERKENAAN

KAUNSELOR HANTAR LAPORAN / RUMUSAN


HASIL SESSI KEPADA GPK HEM

FAIL
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING
3 tugas utama:
 1. sesi kaunseling individu = sekurang-
kurangnya 9 kali seminggu (laporan disediakan)
 2. Sesi kaunseling kelompok = sekurang-
kurangnya 3 kali seminggu (laporan disediakan)
 3. Program-program berkelompok;
- ujian personality
- program anti merokok
- program keibubapaan
- program kelompok ponteng kelas
- program kelompok ponteng sekolah
-program kelompok datang lewat
 KPI 2 atau 1 kali sebulan
DASAR PENGURUSAN HEM
(GURU TINGKATAN)

Penulisan Buku Jadual Kedatangan Murid


BJKM adalah dokumen rasmi yang akan diaudit oleh Juru Audit.

1. Prosedur Buku Jadual Kedatangan Murid seperti yang


dinyatakan dalam BJKM dan buku manual pengurusan
hendaklah dibaca dan dipatuhi .
 Pastikan maklumat dalam BJKM adalah betul / sah dan telah
dilengkapkan dan dikemaskini.
 Pastikan BJKM ditulis dengan pen hitam dan sentiasa bersih
& kemas
 dilarang cetak dan tampal,
 dilarang menggunakan cecair pemadam
 jika ada kesilapan potong dengan garisan
DASAR PENGURUSAN HEM
(GURU TINGKATAN)

Penulisan Buku Jadual Kedatangan Murid


(M/S: 110 – 111)
 Pastikan BJKM telah ditutup setiap hari dan setiap
hujung bulan dengan melengkapkan setiap analisa
yang diperlukan
 Pastikan setiap murid telah didaftarkan dalam buku

daftar sekolah dan nombor daftar murid dicatatkan


dalam BJKM
 Pastikan nama murid yang sudah berhenti sekolah /

dibuang sekolah telah dipotong dalam BJKM


 Sila maklumkan kepada PT N17 Data untuk tindakan

pengemaskinian data APDM/SMM/SPS


DASAR PENGURUSAN HEM
DASAR P(ENGURUSAN HEM
GURU TINGKATAN)
2. Tindakan terhadap murid tidak hadir ke sekolah :
(M/S 117 – 121)
Dapatkan maklumat dengan cara:
 Hubungi hubungi penjaga murid menerusi telefon
(pastikan ada rekod)
 Tindakan lawatan ke rumah murid oleh guru tingkatan /
Guru B&K (rekod & pelaporan)
 Failkan surat makluman penjaga dan sijil sakit doktor
 Tandakan status kehadiran murid dalam BJKM
 Bagi murid yang ditahan dalam lock up, status
kehadiran adalah “tidak hadir bersebab”
DASAR PENGURUSAN HEM
DASAR P(ENGURUSAN HEM
GURU TINGKATAN)
Tindakan terhadap murid tidak hadir ke sekolah :

 Dashboard KPM akan memunjukkan peratus kehadiran


murid setiap hari dan dipantau oleh KPM,JPN & PPD
 KPI KPM/KPPM ialah % kehadiran minima 95%
 Maklumkan kepada PT N17 Data % kehadiran setiap hari

 Maklumat murid yang berhenti sekolah dan yang

dikenakan tindakan gantung dan buang sekolah wajib


dimaklumkan kepada PT N17 Data untuk tindakan
pengemaskinian data APDM/SMM/SPS
DASAR PENGURUSAN HEM
(GURU TINGKATAN)

3.Kedudukan murid dalam kelas hendaklah mengikut


RIMUP.
 Sediakan pelan kedudukan murid dan pamerkan
dihadapan kelas.
4.Setiap kelas hendaklah mempamerkan :
 carta organisasi kelas ,

 jadual waktu kelas,

 jadual bertugas .

 plan kedudukan murid

 Program / aktiviti Keceriaan kelas hendaklah djalankan


dengan kadar segera.
DASAR PENGURUSAN HEM
(GURU TINGKATAN)

5.Pastikan perabot dalam kelas mencukupi dan


sebarang kekurangan dan kerosakan sila lapor
dengan segera.(M/S: 116)
6.Pastikan peralatan kebersihan & keceriaan
kelas lengkap dan mencukupi.(Penyapu,pengaut
sampah,bakul sampah,pemadam papan hitam)
7.Pastikan setiap murid memiliki :
 Buku Maklumat Murid

 Buku /Kad Kesihatan Murid

 Buku Rekod Kokurikulum

 Nombor Daftar Murid Dalam Buku Daftar


Sekolah Dan Maklumat Murid Dikemaskini
DASAR PENGURUSAN HEM
(GURU TINGKATAN)
8.Pastikan maklumat APDM/SMM murid lengkap dan
kemaskini.
9.Kenalpasti murid miskin /kurang bernasib baik dan anak
yatim yang memerlukan bantuan dari segi kebajikan.
10. Kenal pasti murid yang bermasalah disiplin (untuk
tindakan intervensi seterusnya pengecualian sebarang
bentuk bantuan)
11.Kenalpasti murid bukan warganegara Malaysia
12.Pastikan semua murid telah menjelaskan semua bayaran
yang telah ditetapkan.
13.Kenalpasti murid yang tinggal di asrama SMKBR
14.Pastikan setiap kelas mempunyai ;
 Buku Jadual Kedatangan Murid
 Buku Kawalan Kelas
DASAR PENGURUSAN HEM
(GURU TINGKATAN)

TARIKH / TEMPOH MELENGKAPKAN MAKLUMAT


DALAM BUKU JADUAL KEDATANGAN MURID :

 Bagi murid tingkatan 2 ,3 & 5 ;


 mesti dilengkapkan dalam tempoh 1
minggu selepas hari pertama sesi
persekolahan bermula
 (11 Januari 2016)
 Bagi murid tingkatan 1 & 4 ;
 mesti dilengkapkan dalam tempoh 1
bulan selepas hari pertama sesi
persekolahan bermula
 (05 Februari 2016 )
DASAR PENGURUSAN HEM
(GURU TINGKATAN)

PENYERAHAN NAMA MURID MISKIN, ANAK


YATIM / YATIM PIATU & YANG MEMERLUKAN
BANTUAN

 Kenal pasti secepat mungkin.


 Serah segera
 Tarikh akhir : 22 Januari 2016
DASAR PENGURUSAN HEM
(GURU TINGKATAN)

Tindakan Murid Ponteng Sekolah (M/S:117-121):


1.Dapatkan maklumat ketidakhadiran murid
2.Telefon penjaga
3.Surat Amaran 1, 2, dan 3 (Akhir)
5.Surat Buang Sekolah
- isi dengan lengkap.
- hantar ke pejabat (En.Ramli bin Pagi)
untuk tujuan rekod amaran.
6. Sila maklumkan kepada PT N17 Data untuk
tindakan SSDM,APDM/SMM
DASAR PENGURUSAN HEM
(GURU TINGKATAN)

Murid Berpindah Keluar / Masuk Sekolah


Pastikan :
 Borang senarai semak dokumen yang perlu dibawa
oleh murid yang berpindah sekolah
(pindah keluar/masuk) dilengkapkan(M/S:78 & 79)
o Lengkapkan Borang Semakan Kekemasan Diri
Murid Yang Berpindah Masuk (M/S : 109)
 Tindakan oleh guru tingkatan / penyelaras
tingkatan dan guru B&K
DASAR PENGURUSAN HEM
(GURU BERTUGAS MINGGUAN)

1.Pastikan data kehadiran murid ke sekolah


dikumpulkan dan dianalisa setiap hari .
Borang analisa kehadiran harian murid
hendaklah dihantar kepada PT N17 Data & GPK
HEM setiap hari selewat-lewatnya waktu yang
ketiga.

2.Analisa kehadiran murid mingguan juga


hendaklah dilengkapkan dan dilaporkan dalam
laporan guru bertugas mingguan.
DASAR PENGURUSAN HEM
(GURU BERTUGAS MINGGUAN)

3.Buku Pertandingan kebersihan dan keceriaan


kelas hendaklah dilengkapkan oleh guru
bertugas mingguan setelah pemantauan dan
pemeriksaan dijalankan
4.Buku laporan kantin sekolah dilengkapkan oleh
guru bertugas mingguan setelah pemantauan
dan pemeriksaan dijalankan. Jika ada isu atau
kes serius berhubung pengurusan dan
perkhidmatan kantin sekolah perlu dimaklumkan
segera secara lisan kepada GPK HEM dan J/K
Kantin sekolah
DASAR PENGURUSAN HEM
(GURU BERTUGAS MINGGUAN)

5.Guru yang namanya di atas sekali adalah ketua


kepada guru bertugas mingguan dan
bertanggung jawab untuk menyelaraskan agihan
tugas bagi guru yang bertugas pada minggu
berkenaan.

6.Setiap hari mesti ada guru bertugas di pintu


pagar A dan B pada waktu pagi bagi memantau
kehadiran murid dan pada waktu balik bagi
memantau pengurusan murid pada waktu balik
sekolah. Seorang guru bertugas perlu berada di
tapak perhimpunan pada waktu pagi
DASAR PENGURUSAN HEM
(GURU BERTUGAS MINGGUAN)
7. Kenderaan murid tidak dibenarkan dibawa
masuk ke dalam kawasan sekolah.
8. Motorsikal murid hendaklah diletakkan di
kawasan parkir motorsikal murid yang telah
ditetapkan dengan teratur.
9. Murid dilarang menunggang motorsikal dalam
kawasan sekolah (kod e-SSDM : K01)
10. Murid sakit semasa sesi persekolahan :
-sila hubungi penjaga terlebih dahulu
DASAR PENGURUSAN HEM
(GURU BERTUGAS MINGGUAN)

 Buku laporan bertugas


 Buku laporan kantin/ kawalan kantin

 Buku Pertandingan kelas terbersih

 Buku Rekod Pemantauan Perkhidmatan


Kawalan Keselamatan Sekolah
 Buku Rekod Pemantauan Perkhidmatan
Pembersihan Sekolah
 Mengendalikan perhimpunan pagi

 Membantu Mengawasi disiplin pelajar


LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS

 (i). Sila rujuk bidang tugas JK masing-masing.


 (ii).Diharapkan JK Disiplin dan Pengawas
dapat menjalankan tugas yang lebih mantap
dan berkesan khususnya bagi memperkasakan
Pengawas Sekolah pada tahun ini.
 (iii) Pada tahun ini, sasaran sekolah ialah
“Sifar Disiplin Berat” bermaksud tiada
masalah disiplin berat pada tahun ini.
LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS

 (iv)JK Disiplin dan Pengawas akan mengadakan


mesyuarat pertama pada masa yang terdekat
ini.

 v)Unit Disiplin dan Pengawas dapat menyusun


pelan tapak perhimpunan murid agar
pengurusan murid sebelum, semasa dan selepas
perhimpunan rasmi sekolah dapat diuruskan
dengan berkesan
LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS

 (vi) Guru Disiplin / Guru B&K perlu merancang program


prevensi dan intervensi dengan memberi taklimat /
membacakanPeraturan Disiplin Sekolah pada setiap
Perhimpunan Rasmi Sekolah Hari Isnin
 (vii) Pastikan Jadual bertugas pengawas dan ada
pengawas bertugas waktu pagi dan waktu rehat
di lokasi-lokasi tertentu seperti pintu pagar, tapak
perhimpunan, kantin, tandas, bangunan sekolah
kawasan larangan dan lain-lain
 (viii)Kelab Penjegahan Jenayah perlu buat
program dengan kerjasama PDRM & MCPF
LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS

 (ix) Perlu merancang program/kursus motivasi , kursus


kepimpinan dan pelbagai kemahiran untuk
memperkasakan pengawas
o (x) Mengadakan lawatan “banch mark” untuk pengawas
Sekolah
o (xi) Memberi panghargaan kepada Pasukan Pengawas
Sekolah
o (xii)Memberi bimbingan yang berkesan kepada pengawas
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING

Program Orientasi Murid Tingkatan 1 dan 4

04 hingga 08 Januari 2016

- Kertas Konsep Program


- Tentatif program
 Senarai J/Kuasa

Guru B&K juga diminta buat kajian ponteng


Sekolah (KU HEM)
GURU BIASISWA

 Menubuhkan Jawatankuasa Bantuan Sekolah

 Mengadakan mesyuarat untuk menyemak dan


menapis senarai nama murid yang layak
menerima bantuan
GURU BIASISWA
Peraturan pengeluaran wang:
 Permohonan seminggu sebelum dan ditandatangani oleh
penjaga.
 Kelulusan ;
- bawah RM 200 –guru biasiswa,
- RM 200-300 –pk HEM,
- RM 300 keatas-Pengetua
 Murid / penjaga hanya dibenarkan menyimpan buku selama 3
hari sahaja.
 Pengeluaran melebihi jumlah yang diluluskan akan diberi
amaran dan dikenakan tindakan disiplin
Pemulangan buku kepada murid tingkatan 5
 Hendaklah direkodkan nama murid, tingkatan, no.kad
pengenalan , no.akaun, baki terakhir , tarikh serahan dan
tandatangan penerima
UNIT SPBT

 i.Mana-mana buku teks yang tidak cukup hendaklah


melaporkannya secara bertulis terus ke JPN
up: Penyelia Buku Teks
 ii.Rujuk Perincian Takwim Unit HEM 2016 untuk tindakan
selanjutnya.
 iii.Bagi pelajar yang tidak memulangkan buku teks atau
menghilangkan buku teks, sila buat laporan bertulis untuk
diambil tindakan ke atas pelajar yang terbabit
 Sila buat tindakan segera untuk mendapatkan stok
lebihan buku teks dari sekolah lain
UNIT KEBERSIHAN ,KESIHATAN DAN
KESELAMATAN ( 3K) DAN KANTIN
 Pemantauan kendiri untuk kantin dan aedes hendaklah dijalankan.
 Laporan hendaklah dihantar sesalinan ke PPD MT, Unit HEM JPN
dan Pejabat Kesihatan Melaka Tengah. Tindakan oleh SU Kantin dan
SU Aedes.
 Borang boleh diperolehi di pejabat sekolah.
 Denda jentik-jentik nyamuk aedes ialah RM500.00 tanpa rayuan.
 Pemantauan kantin Jabatan Kesihatan akan bermula bulan Januari.
 Sekolah adalah kawasan LARANGAN merokok bagi semua warga
sekolah.
 Program 3K hendaklah dijalankan seperti biasa. 3K bukan untuk
pertandingan tetapi untuk kepentingan sekolah dan warganya.
 JK Kantin – adakan peti aduan dan sebarkan kepada warga sekolah.
 JK Keselamatan pastikan peti aduan ada disediakan di sekolah dan di
asrama
 Siasat jika ada aduan dan adakan mesyuarat sekerap yang mungkin.
UNIT KEBAJIKAN

 i.Untuk penjaga pelajar yang berpendapatan RM1500 ke


bawah boleh didaftarkan di bawah
e- kasih – lihat laman web e Kasih.
 ii.Skim Takaful Pelajar Malaysia –Percuma

 Pastikan hanya murid warganegara sahaja yang


menerima sebarang bentuk bantuan kebajikan dan
sebagainya.
 Guru kelas : Kenalpasti jika ada murid bukan
warganegara yang bersekolah di SMK Bukit Rambai
PROGRAM SARANA PIBG
SEKOLAH
 JAWATANKUASA MAJLIS PENDAFTARAN
MURID TINGKATAN 1 TAHUN 2016 DAN
SETIAUSAHA PIBG SEKOLAH:
 rekodkan kehadiran penjaga
(ajk pendaftaran ibu bapa/penjaga)
 JAWATANKUASA MAJLIS PENDAFTARAN
ASRAMA TAHUN 2016
TUGASAN SEBELUM BUKA SESI
PERSEKOLAHAN 2016

 Jawatankuasa pendaftaran murid tingkatan 1


- 31 Disember 2015 (8.00 am – 10.30 am)
 Jawatankuasa pendaftaran asrama murid tingkatan 1
- 31 Disember 2015 (10.30 am- 12.00 pm)
 Jawatankuasa pendaftaran murid tingkatan 2,3 dan 5 -
- 31 Disember 2015 (10.30 am-12.00 pm)
 Jawatankuasa pendaftaran asrama murid tingkatan

2 hingga 5
- 31 disember 2015 (12.00 pm- 2.00pm)
 Pelan tapak perhimpunan sekolah ikut kelas &
tingkatan
PROGRAM TRANSFORMASI ASRAMA
HARIAN
Dasar KPM yang melibatkan semua warga
sekolah dalam program Asrama
 Fokus TAH:
 KPM mensasarkan 4 aspek
 A.Pengurusan & Pentadbiran
 B.Penjanaan Kejayaan Akademik

 C.Pembangunan Sahsiah & Disiplin

 D.Penjanaan Kejayaan Kokurikulum & Sukan

 JPN Melaka mensasarkan 2 aspek


 Program Kemahiran Belajar (B5)
 Program Kemahiran kepimpinan(C3)
 Menyediakan Pelan Strategik Khusus untuk
Kebitaraan Kokurikulum dan Sukan
PROGRAM TRANSFORMASI ASRAMA
HARIAN
Program ” Ayahanda dan Bonda”
 Setiap murid asrama akan mempunyai bapa / ibu angkat
yang terdiri dari guru dan kakitangan sekolah.
 Unit bimbingan dan kaunseling rancang modul
Pelapuran bulanan oleh unit B&K
Rekod perjumpaan murid bersama ibu/bapa angkat
PROGRAM TRANSFORMASI ASRAMA
HARIAN
GPA ASRAMA

 mesti mengatasi GPS

 penetapan GPA JPN Melaka : 1.93


KPI
KPM / KPPM & PENGARAH JPN
 KPI KPM / KPPM (Disiplin Murid):

 Ponteng : target % kehadiran sekolah 95% setahun


 Kes Buli Menurun
 Kes Jenayah Menurun
DTP
(DISTRICT TRANFORMATION PROGRAM)
 DTP (District Tranformation Programe) Wajib
dilaksanakan mulai 2015
 Setiap Sub Unit HEM diminta buat satu
perancangan program berdasarkan NBOS
 Contoh: Program Meningkatkan % kehadiran
murid
 Contoh : Sayangi Buku Anda
 Contoh : Makanan Sihat
 Akan ada program SUHAKAM masuk sekolah
untuk kurangkan salahlaku murid
 Fokus DTP : penjagaan hak asasi murid disekolah
DTP
(DISTRICT TRANFORMATION PROGRAM)
 AMALAN TERBAIK PENGURUSAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING MURID DI
SEKOLAH
 AMALAN TERBAIK PENGURUSAN DISIPLIN
MURID DI SEKOLAH
 AMALAN TER BAIK PENGURUSAN BILIK
BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH
 AMALAN TERBAIK PENGURUSAN BILIK
DISIPLIN DI SEKOLAH
AMANAT
DATO` SRI KPPM
 Program KPPM turun padang akan diteruskan
pada tahun 2016.
 Sila kenalpasti wajah Dato` Sri KPPM
 Sila digest / fahami PPPM
 5 aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia
 Akses
 Kualiti
 Ekuiti
 Perpaduan
 kecekapan
AMANAT
DATO` SRI KPPM
6 aspirasi murid iaitu 6 ciri utama yang diperlukan
oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada
peringkat global:
Setiap murid akan mempunyai :
Pengetahuan
Kemahiran berfikir
Kemahiran memimpin
Kemahiran dwibahasa
Etika dan kerohanian
Identiti nasional
11 Anjakan Utama Untuk Mentransformasikan
Sistem pendidikan Malaysia
AMANAT
DATO` SRI KPPM
 Tag Line sejak 2015
”Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”
 Conference Call KPPM ke PPD

 Membudayakan akhlak disemua peringkat

 Meningkatkan murid ”high humanity”

 Murid mengamalkan budaya SAPAAN,MEMBERI


LALUAN,KEBERSIHAN.
 Seimbangkan kecemerlangan ilmu dengan akhlak
AMANAT PPD
Keselamatan Sekolah:
 Mulai tahun 2015 dijadikan KPI Pengetua.
 Antara perkara yang dititikberatkan:
 Keselamatan pagar
 Keselamatan asrama
 Keselamatan bilik kelas & bilik khas
 Keselamatan persekitaran sekolah
Kesedaran tentang kebersihan alam sekitar:
 Kebersihan tandas
 Kebersihan persekitaran sekolah
 Kebersihan asrama
AMANAT PPD
Pengawasan Guru terhadap setiap aktiviti murid:
 Setiap aktiviti murid sama ada aktiviti dalam kelas, aktiviti
persatuan/kelab/sukan atau aktiviti luar kelas dan sebagainya perlu
ada pengawasan guru
 Aktiviti anjuran pihak luar :
 Sebarang aktiviti anjuran pihak luar perlu ada kebenaran Pengarah
Pendidikan Melaka
 Gangguan Seksual:
 Sebarang bentuk gangguan seksual sama ada dalam bentuk
gangguan fizikal dan bukan fizikal seperti chat @ post dalam laman
sosial adalah ditegah
 Dasar guru penyayang:
 Perlu diamalkan dan dihayati ( SPI BIL. 6 TAHUN 1995)
 Unit B&K diminta menyediakan jadual pentadbir bertugas
di pintu pagar sekolah
AMANAT PPD
Pengurusan PIBG:
 Isi data SARANA online

 Kumpulan sokongan ibubapa ditubuhkan disekolah

 Rebut peluang memenangi anugerah PIBG cemerlang


kebangsaan
Tindakan Disiplin Murid:
 Perlu ada mesyuarat sidang kes oleh J/K Disiplin

 Murid diberi hak mempertahankan diri

 Mesti dikeluarkan surat pemberitahuan tindakan /


hukuman
 Mesti dilampirkan minit mesyuarat sidang kes

 Tidak perlu membawa rotan berjalan dalam kawasan


sekolah
PENCAIRAN MAKLUMAT

 Guru yang mewakili Pengetua/GPK ke program


Taklimat/Mesyuarat/Kursus/Bengkel sila
sampaikan atau taklimatkan input/maklumat
program/tindakan yang perlu dilaksanakan
 Sediakan minit curai
PELAKSANAAN AKTIVITI / PROGRAM / MAJLIS RASMI
SEKOLAH

Bagi memastikan setiap program /majlis rasmi sekolah


berjalan lancar dan tiada sebarang kecacatan /
kelemahan yang berulang dan boleh menjejaskan imej
sekolah maka setiausaha / penyelaras program perlu
menyediakan :
 Kertas cadangan
 Senarai semak program
 One Page Project Manager (OPPM)
 Post mortem program
 Pelaporan dan dokumentasi
MAJLIS ASRAMA SEKOLAH

 MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS ASRAMA


Kali 1 / 2016
 Tarikh : 13 Januari 2016 (Rabu)
Masa : 8.45 malam
Tempat : Dewan makan Asrama
SENARAI J/K HEM 2016

 Sila
semak
Buku Panduan pengurusan dan
Takwim Sekolah 2016
MS 45-51
LAMPIRAN BAHAN PENGURUSAN
UNIT HEM

Silarujuk muka surat:


54 hingga 121
SENARAI SEMAK GURU TINGKATAN

Silarujuk muka surat:


101 hingga 121
TERIMA KASIH

“SELAMAT
MENJALANKAN TUGAS
DI TAHUN 2016”

Anda mungkin juga menyukai