Anda di halaman 1dari 19

PENGENALAN

Unit Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan HEM bersama guru-guru
bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan.

Dasar Pendidikan Kebangsaan iaitu:


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dam
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
Negara.

Oleh yang demikian, marilah kita bekerjasama untuk mendukung cita-cita murni di
atas yang menjurus ke arah peningkatan disiplin dan sahsiah murid serta penerapan
nilai-nilai murni agar dapat dilaksanakan dan dihayati dengan sempurna dan berkesan
selaras dengan Visi dan Misi SJK (T) LADANG CHEMBONG , REMBAU
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk
mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin kebajikan murid, dan penerapan nilai-nilai
murni.

1. BidangTugas
2.
 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru
 Penolong Kanan I.
 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran
Hal-Ehwal Murid.
 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal-ehwal murid.
 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah.

3. Senarai Tugas

2.1 Disiplin
 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.
 Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah
dikuatkuasakan
 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar
peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.
 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.
 Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

2.2 Bimbingan dan Kaunseling

 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.


 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan
menyediakan laporan yang diperlukan.
 Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid
baru.
2.3 Kesihatan dan Kebajikan Murid

 Menguruskan kemudahan rawatan murid.


 Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna
seperti menguruskan buku rekod kesihatan murid .
 Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.
 Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.
 Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan Makanan
Tambahan dan Pemakanan, Projek Susu dan lain-lain rancangan bantuan dan
kebajikan murid.
 Memastikan langkah-langkah keselamatan semasa berada di sekolah sentiasa
dilaksanakan.

2.4 Skim Pinjaman Buku Teks

 Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan


hapuskira.
 Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal
bilik Buku SPBT.
 Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim pinjaman buku
teks.

3 Pentadbiran

 Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Murid.


 Menyemak Kedatangan Harian Murid.
 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
 Mengurus pertukaran murid.
 Mengurus surat akaun, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan pengedaran
 sijil-sijil berhenti sekolah.
 Menyemak buku/kad kemajuan murid dan jadual markah.
 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

4. Tugas-tugas lain

 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari


masa ke semasa.
 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru
Besar dari masa ke semasa.

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA UNIT HAL EHWAL MURID

 Mengenalpasti potensi murid dan memupuknya hingga ke tahap cemerlang.

 Memberikan khidmat bantuan kepada murid yang bermasalah.

 Mengurus hal-hal berkaitan kebajikan murid.

 Mengelolakan program latihan kepemimpinan dan organisasi pelajar.

 Mengendalikan program orientasi murid.

 Mengatur dan mengelola aktiviti untuk mencapai kecemerlangan murid dan


sekolah.
 Menyediakan Pelan Strategik dan Pelan Taktikal ke arah pelaksanaan yang
berkesan.

 Mengurus perkembangan disiplin dan sahsiah murid yang cemerlang.

 Mengurus segala mesyuarat, mengemaskini sistem fail dan menyedia laporan dari
semasa ke semasa dengan cekap dan sistematik.

 Menyertai sebarang pertandingan luar yang boleh meningkatkan prestasi dan


pencapaian sekolah selaras dengan konsep kemenjadian murid dan
kecemerlangan sekolah
.
SENARAI TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN

1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 10 minit awal sebelum


persekolahan dan pulang 10 minit setelah sekolah berakhir.
2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang serta lampu
dan kipas/tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat, waktu sebelum
loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan segera
dan munasabah jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan
sekolah.
5. Memeriksa kebersihan makanan RMT/PS1M di kantin dan membantu guru RMT
menulis laporan.
6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/rumah.
(jika perlu)
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama palajar yang
memohon.
8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan
masa pertukaran guru.
9. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan kehilangan barang-barang.
10. Menentukan keselamatan pelajar di kawasan sekolah serta mengawasi harta benda
sekolah.
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit
beruniform dan aktiviti lain yang dijalankan.
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang
hari/minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara yang
dicatat ialah:
i. kedatangan pelajar, guru dan staf sokongan
ii. pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit
iii. lawatan-lawatan pelawat
iv. ucapan/pengumuman dalam perhimpunan
13. Membuat laporan di dalam buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu
laporkan terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.
14. Perhimpunan, memastikan semua guru dan pelajar hadir, bendera, radio, tempat
duduk guru telah disediakan, memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.
PERATURAN KELUAR KELAS PADA WAKTU PERSEKOLAHAN

1. Guru yang sedang mengajar di dalam kelas mesti memastikan murid yang mahu keluar
daripada kelas mendapatkan PAS KEBENARAN KELUAR KELAS terlebih dahulu.

2. Murid mesti menggantung PAS KEBENARAN KELUAR KELAS di leher setiap kali keluar dari
kelas.

3. Guru mesti memastikan murid memulangkan PAS KEBENARAN KELUAR KELAS selepas
digunakan secepat yang mungkin.

4. SEMUA GURU perlu menegur murid yang keluar kelas untuk berurusan tanpa PAS
KEBENARAN KELUAR KELAS supaya kembali semula ke kelas dan mendapatkannya daripada
guru yang mengajar.

5. SEMUA GURU hendaklah menegur murid yang keluar kelas tanpa menggantungkan PAS
KEBENARAN KELUAR KELAS supaya berbuat demikian.

6. Guru-guru yang berada di Bilik Khas/ Bilik Guru hendaklah menyuruh murid yang datang untuk
berurusan di bilik-bilik tersebut tanpa PAS KEBENARAN KELUAR KELAS supaya kembali semula
ke kelas untuk mendapatkannya daripada guru di kelas (kecuali pada masa rehat/ selepas
tamat sesi persekolahan)

7. Semua guru hendaklah menegur murid yang keluar kelas tanpa tujuan supaya kembali semula
ke kelasnya dengan segera (contoh: berada di luar tandas/ koridor)

8. PAS KEBENARAN KELUAR KELAS tidak diperlukan jika guru keluar bersama-sama dengan
murid/ sesi pengajaran dan pembelajaran di makmal/ bengkel/ surau/ padang.

9. Guru diharap tidak memberikan PAS KEBENARAN KELUAR KELAS sewenang-wenangnya


kepada murid. Seboleh-bolehnya elakkan murid keluar daripa keluar kelas.

10. Jika ada murid yang baru masuk ke kelas semasa pengajaran sudah bermula, guru hendaklah
menanyakan sebab kelewatannya/ tujuan keluar/ dsb. Jika alasan tidak munasabah, catat
nama murid yang berkenaan dalam buku kawalan murid.
1.0 DASAR PENGURUSAN KELAS

1.1 Buku jadual kedatangan murid (JKM)

1. JKM adalah dokumen penting. Ia perlu diisi dengan tepat, sentiasa bersih dan kemas
serta dijaga dengan baik.
2. Sentiasa mengemaskini dokumen dan berada di pejabat sekolah.
3. Isikan dan kemaskinikan :Dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan (sebelum
minggu ke 3)
i. Semua maklumat yang diperlukan. Maklumat seperti alamat dan no. telefon
yang terkini.
ii. Gunakan DAKWAT HITAM sahaja apabila mengisi semua maklumat.
iii. Nama penuh murid mesti ditulis dengan jelas, menggunakan HURUF BESAR
dan mengikut ejaan di dalam Sijil Lahir.. Tidak boleh ditulis singkatan nama.
Contoh :MUHAMMAD AMIRUL B ROSLI – TIDAK BOLEH DITULIS M. AMIRUL B
ROSLI. Susun nama murid hendaklah dimulakan murid lelaki diikuti murid
perempuan.
iv. Nama penuh murid, bilangan dalam sekolah, jantina, nama kelas, bulan dan
tahun mesti ditulis setiap bulan persekolahan. Pendapatan ibu bapa/penjaga
mesti ditulis di ruangan catatan di bahagian mukasurat belakang JKM.
v. Guru kelas kena semak maklumat murid semula, mungkin terdapat kesilapan
dalam JKM dari tahun sebelumnya.
vi. Nama guru dan kelas perlu ditulis di kulit luar JKM.
vii. Tandakan : ( / ) bagi murid hadir
( 0 ) bagi murid tidak hadir
( S ) bagi murid sakit. Murid sakit perlu serahkan surat doktor
kepada guru darjah.
( L ) jika murid lewat ke sekolah ( dikira hadir)
( K ) jika murid mewakili sekolah (dikira hadir)
( P ) jika murid ponteng / tidak hadir tanpa menghubungi
pihak sekolah/ tanpa sebab
xi. Jika cuti seperti CUTI UMUM, CUTI KHAS atau lain-lain cuti, guru darjah
hendaklah mencatat cuti dengan betul.
Contoh : Jika cuti Tahun Baru Cina, guru hendaklah catat CUTI TAHUN BARU
CINA di ruang kedatangan berkenaan. Buat satu garisan (across) di tempat yang
betul.
x. Pada hari akhir bulan persekolahan, tutup / matikan kedatangan. Catatkan
bancian murid mengikut jantina dan keturunan berdasarkan data pada hari
pertama bulan berkenaan.
xi. Nama murid baru masuk hendaklah ditulis di bawah senarai nama berkenaan.
Pada bulan berikutnya barulah nama itu dicatat mengikut abjad dalam senarai
kelas.
xii. Rekodkan penerimaan Yuran Sekolah pada ruang khas yang disediakan. Rekod
mesti dikemaskinikan untuk tujuan audit. Bagi murid baru, No. Resit Yuran dari
sekolah lama mesti dicatatkan. Lampiran salinan resit yuran tersebut.
xiii. Bila murid berpindah, JANGAN potong namanya di ruang Bayaran Khas. Anda
hanya perlu buat catatan murid pindah ke sekolah baru ( nama sekolah
barunya )
xiv. Hanya guru darjah atau ketua darjah sahaja yang dibenarkan mengambil JKM
di pejabat sekolah sebelum perhimpunan atau waktu pertama pertama tiap-
tiap hari persekolahan.
xv. JKM hendaklah ditanda pada setiap hari sebelum pukul 8.00 pagi. Semua JKM
hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah untuk memudahkan PK HEM dan
PT merekodkan data kehadiran murid. JKM hendaklah disimpan di tempat
asalnya setelah di gunakan. JKM tidak boleh dibawa keluar dari pejabat
sekolah. Sekiranya guru kelas atau guru yang bertanggungjawab perlu
membawanya keluar sila catatkan pergerakan JKM di dalam Buku Pergerakan
Dokumen yang ada di pejabat dan pulangkan semula sebelum waktu rehat.
xvi. Bagi murid yang berpindah ke sekolah lain, segala maklumat kedatangannya
perlu dikeluarkan dari JKM pada bulan berikutnya. Ini bermakna pada bulan
berikutnya jumlah kedatangan murid, purata kedatangan murid, jumlah
ketidakhadiran murid dan purata ketidakhadiran murid tidak merangkumi
kedatangan murid yang sudah berpindah.
xvii. PERINGATAN : Bulan Disember – perlu juga diisikan no. daftar, nama murid,
jantina dan bancian murid.

LARANGAN :

1. Menggunakan / menulis dengan dakwat merah/biru.


2. Murid menulis atau menandakan kedatangan.
3. Memadam kesilapan dengan liquid paper atau pemadam. Jika silap, potong
dan tandatangani di tepinya. Tidak boleh dipinda sama sekali seperti
menampal dengan kertas lain dibahagian yang salah atau comot.
4. Menyimpan JKM dalam kelas.
5. Membawa keluar JKM dari kawasan sekolah.
6. MENUTUP / MEMATIKAN KEDATANGAN sebelum hari terakhir bulan
persekolahan.
7. Menulis senarai nama murid untuk bulan berikutnya lebih awal iaitu
sebelum akhir bulan.
8. Menandakan kehadiran secara rambang.

1. Bagi murid “Bukan Warga Negara”, Yuran warga asing (Levi) sebanyak RM120.00 bagi
sekolah rendah setiap tahun wajib dibayar di Unit Akaun Jabatan Pelajaran Negeri
Sembilan terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti
ditunjukkan kepada PK HEM. Setiap murid bukan warganegara juga dikenakan bayaran
tambahan mengikut arahan Pendaftar Sekolah. Rujuk Sektor Pengurusan Sekolah-
surat kebenaran sekolah bagi bukan warganegara.
1.2 FAIL PERIBADI MURID

1. Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail ini.


2. Nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis pada helaian
pertama fail.
3. Semua maklumat peribadi murid seperti Salinan surat beranak, kad pengenalan,
keputusan Peperiksaan Dalaman, slip keputusan peperiksaan awam yang berkaitan
(UPSR) disimpan dalam fail ini. Buku Rekod Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK
Kesihatan akan disimpan di Bilik HEM.
4. Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila telah menamatkan persekolahan
atau bertukar sekolah.
5. Semua fail perlu disimpan dalam loker berlabel di bilik HEM.
6. Semua surat yang berkaitan dengan murid seperti sijil sakit, surat ibu bapa/ penjaga
bagi memaklumkan ketidakhadiran murid, Salinan surat amaran ponteng dan Salinan
surat gantung / buang sekolah disimpan dalam fail ini.
7. Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh PK KEM. PK HEM akan
menyediakan dokumen penyemakan fail kelas (senarai semak).

1.3 PENDAFTARAN MURID BARU

1. Guru kelas menerima murid baru daripada PK HEM. (Status kewarnegaraan telah
dikenalpasti oleh PK HEM terlebih dahulu)
2. PK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang BMM) dilengkapkan
oleh ibu bapa/penjaga pada masa itu juga. Jika murid membawa bersama BMM dari
sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini.
3. Guru kelas akan memasukkan data murid-murid baru. Bagi murid asal, guru-guru
hanya mengemaskini data APDM yang telah dibuat.
4. Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk
biasiswa / bantuan dan melaporkan kepada Guru Biasiswa / Guru Kebajikan.
5. Guru kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenal pasti murid berkeperluan khas
dan yang memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, oku dll), serta
melaporkan kepada PK HEM untuk tindakan lanjut.
6. PK HEM perlu mendapatkan pentaksiran Berasaskan sekolah, PAFA dan lain-lain
berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu jika tidak dibawa Bersama semasa
mendaftar. Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid dan satu
dokumen berkenaan hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran.

1.4 MURID KELUAR / BERTUKAR / PERPINDAH

1. PK HEM perlu memastikan surat setuju terima diperolehi dari sekolah dipohon
sebelum mengeluarkan Borang Jadual Ketiga (yang telah dilengkapi) kecuali
pertukaran antara negeri / wilayah dan surat perakuan ibubapa / penjaga/ (Rujuk SPS)
– masalah pertukaran ke luar negara- Rujuk SPS.
2. Guru kelas perlu mencatatkan maklumat / butiran perpindahan dalam JKM kelas.
3. Bagi pertukaran keluar negeri, PK HEM perlu memastikan semua buku teks telah
dipulangkan dan senarai judul buku yang telah dipulangkan diserahkan kepada Guru
SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut (permohonan hapus kira, bayaran, bekalan baru
dll). Maklumat bantuan yang diterima murid.
4. Untuk pertukaran dalam negeri, PK HEM merekodkan judul buku yang akan dibawa ke
sekolah baru dan menyerahkan kepada guru SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut
5. Semua fail yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk rujukan
pihak sekolah baru.
6. Sijit tamat sekolah hanya diberikan kepada murid Tahun 6. Bagi kes berhenti sekolah,
sijil berhenti sekolah hanya dikeluarkan jika permohonan menyertakan dokumen
sokongan daripada ibu bapa/ penjaga jika berumur kurang daripada 17 tahun. (murid
bukan warga- rujuk SPS).
7. Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan sijil
berhenti sekolah selagi murid itu berada dalam lingkungan umur Pendidikan wajib.

1.5 PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS

1. Guru kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada:


a. Ketua Kelas
b. Penolong Ketua Kelas
c. Bendahari
d. AJK kebersihan
2. Guru kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut:
a. Carta Organisasi Kelas- ditampal pada papan kenyataan kelas
b. Jadual Tugas Kebersihan – ditampal pada papan kenyataan Kelas
c. Jadual Waktu – ditampal pada papan kenyataan kelas
d. Pelan Kedudukan kelas
e. Inventori kelas
f. Moto Kelas
g. Misi & Visi sekolah, Moto Sekolah, Maklumat Mata Pelajaran, Artikel- ditampal di
atas meja guru - ditampal pada pintu - ditampal pada papan kenyataan kelas.
Berinformasi & isu semasa hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas.
h. Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam / papan putih,
penyeduk sampah, bakul sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan
disimpan di tempat yang sesuai.
i. Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan.
j. Sudut bahan bacaan hendaklah disediakan di tempat yang bersesuaian.
k. Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kanan/atas) atau di
tempat yang mudah dilihat
l. Guru kelas dengan dibantu oleh ketua kelas hendaklah memastikan semua kerusi
dan meja mencukupi dan telah diberi nombor siri. Perabot yang telah rosak
hendaklah diganti dan dibawa turun untuk disimpan dalam stor peralatan sekolah.

m. Kebersihan Kelas
1. AJK kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari
persekolahan.
2. Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas
sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru
dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan
3. AJK kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid
dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.
4. Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan
meja dalam keadaan kemas dan teratur.
5. Ketua kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup
n. Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi
tanggungjawab ketua kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang atau
rosak.
o. Guru kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut;
1. Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik
dan selamat digunakan.
2. Melaporkan perabot dan perlatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir

2.0 DASAR PENGURUSAN DISIPLIN

2.1 Ponteng sekolah

1. Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak
membawa surat daripada ibu bapa / penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
2. Guru kelas hendaklah menandakan “0” dalam JKM kelas.
3. Jadual penghantaran surat kes Ponteng adalah seperti berikut:

Tindakan Ponteng berterusan Ponteng berkala / tidak


berterusan

Amaran I 3 hari berturut-turut 10 hari

Amaran II 7 hari selepas surat Amaran I 10 hari selepas Surat Amaran I

Amaran III 7 hari selepas surat Amaran II 20 hari selepas Surat Amaran II

Buang sekolah 14 hari selepas surat Amaran III 20 hari selepas Surat Amaran
III

Jumlah 31 hari 60 hari


Keseluruhan
4. Guru kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang Rekod
Ponteng Sekolah dan merekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam fail
kelas)
5. Surat amaran 1, 2 dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:
a. Amaran 1 ditandatangani oleh GPK HEM
b. Amaran 2 ditandatangani oleh GPK HEM
c. Amaran 3 ditandatangani oleh GPK HEM
d. Buang Sekolah ditandatangani oleh Guru Besar

 Salinan 1 (untuk ibubapa / penjaga)


 Salinan 2 (untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod Salah Laku)
 Salinan 3 (untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru kelas)

6. Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan Murid untuk surat-surat seperti berikut :
AP: Amaran Pertama AK:Amaran Kedua AT : Amaran Terakhir BS : Buang Sekolah
7. Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan
berikut hendaklah dipatuhi:
 Selepas Surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada
ibubapa/ penjaga masing-masing
 Selepas Surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada
ibubapa/ penjaga masing-masing dan berjumpa dengan GPK HEM terlebih
dahulu.
 Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama-sama
ibubapa/penjaga dan berjumpa dengan Guru Besar
 Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Guru Besar berpuas hati
dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat aku janji.

2.2 BUKU KAWALAN KELAS

1. Semua guru kelas mesti memastikan kelas mereka mempunyai BKK setiap hari.
2. BKK akan diedarkan kepada ketua kelas pada waktu pagi oleh Ketua Guru Disiplin.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap Ketua Kelas untuk memulangkan BKK ke meja
Ketua Guru Disiplin selepas tamat waktu persekolahan setiap hari.
3. BKK hendaklah sentiasa berada dengan ketua kelas dan diserahkan kepada guru yang
masuk pada setiap waktu.
4. Guru diminta mencatakan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa
tersebut. Bagi kelas yang bergabung seperti PJ dan sebagainya akan dibuat secara
berasingan.
5. Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/lambat masuk
kelas / ponteng kelas semasa guru mengajar.
6. Setiap guru yang masuk kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur
sebelum menandatangani BKK.
7. Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh
guru berkenaan semasa waktunya. Hanya kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam
BKK untuk tindakan Ketua Guru disiplin pada keesokan harinya. Jika kes berat yang
memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BKK dan terus maklumkan kepada
Ketua Guru Disiplin / GPK HEM.
8. Ketua Guru Disiplin (Penyelaras BKK) akan menyemak BKK setiap hari dan mengambil
nama murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada keesokannya.
9. Penyelaras BKK hendaklah menjaga BKK dengan baik dan sempurna mengikut susunan
minggu dan bulan serta diserahkan kepada GPK HEM pada setiap akhir semester 1 & 2.
10. Sekiranya BKK hilang, Ketua Kelas hendaklah melaporkan kepada Ketua Guru Disiplin
sekolah dengan segera.
11. Nama guru yang tidak mengajar dalam BKK, Ketua Guru Disiplin hendaklah melaporkan
kepada Guru Besar.

2.3 PAS KELUAR

1. Semua guru hendaklah mendapatkan pas keluar daripada GPK HEM pada awal tahun.
2. Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan
sebagainya mesti memakai pas berkenaan.
3. Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas
daripada guru berkenaan atau guru yang berada dikelas sebelahnya jika tiada guru.

2.4 DISIPLIN MURID

1. Semua guru adalah guru disiplin. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid
mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
2. Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid
itu melakukan kesalahan disiplin.
3. Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan displin murid yang berat
kepada Ketua Guru Disiplin atau GPK HEM.
4. Hukuman yang dikenakan mestilah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh
KPM serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa
teranaiaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati.
5. Tiada sentuhan badan kepada murid atau tingkah laku negative yang boleh
menimbulkan prasangka kepada murid.
6. Semua guru perlu menjadi role model- contoh teladan yang baik kepada murid-murid.

2.5 DASAR UMUM DISIPLIN

1. Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan mesti dibawa ke sekolah pada
setiap hari. Peraturan sekolah perlu difahami dan dipatuhi.
2. Setiap murid wajib memiliki buku nota dan wajib dibawa bersama sewaktu
perhimpunan.
3. Pada awal tahun permulaan semasa persekolahan, murid akan diberi penjelasan dan
penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang
dikuatkuasakan.
4. Penerangan dan penjelasan mengenai peraturan disiplin sekolah juga disampaikan
kepada murid-murid dari semasa ke semasa.

2.6 KAEDAH MENGATASI DISIPLIN

1. Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:


 Semua guru
 Kelas-kelas (untuk dipamerkan dipapan kenyataan)
 Bilik-bilik khas
2. Kes-kes disiplin kesalahan ringan semua guru perlu menanganinya secara berhemah
dengan kadar segera sebelum ianya menjadi kes disiplin yang lebih berat.
3. Guru-guru matapelajaran / guru kelas hendaklah:
 Merekod kesalahan murid di buku kawalan kelas
 Guru disiplin akan mengumpulkan rekod kesalahan dan seterusnya membawa
ke mesyuarat displin mengikut keperluan

3.0 DASAR KEBAJIKAN MURID

1. Semua bentuk bantuan dan kebajikan murid mesti merujuk kepada data Sistem
Maklumat Murid (APDM) yang sentiasa dikemaskini.
2. SPBT
 Memastikan semua murid mendapatkan buku teks yang mencukupi selewat-
lewatnya hari pertama sesi baru persekolahan
 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang
sama.
 Guru kelas mesti memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid
dibalut kemas dan ditulis nama.
 Guru kelas juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar
sekolah ke negeri lain memulangkan semula buku SPBT tersebut mengikut
tatacara yang ditetapkan.
 Guru SPBT mestilah mengumpul semula buku teks pada akhir tahun mengikut
Tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai murid yang tidak
memulangkanya.
 Murid bukan warga negara tidak layak menerima buku SPBT

3. Pengurusan biasiswa dan bantuan lain


 Guru kelas mestilah mengenalpasti maklumat berdasarkan APDM
a. Bilangan anak yatim di dalam kelas
b. Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah

 Guru kelas hendaklah mengurus hal-hal berkaitan bantuan yang boleh dipohon
oleh murid-murid berkenaan dan merekodkan murid yang berjaya menerima
bantuan ke dalam APDM seperti :
a. Biasiswa
b. Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP)
c. Rancangan Makanan Tambahan
d. Bantuan awal persekolahan (BKAP)
e. Bantuan pakaian seragam
f. Derma Kebajikan
 Guru kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di
kalangan muridnya yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana
dalam keluarganya
 Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada
murid berkenaan sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian
saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri.

4.0 DASAR KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

A. Rekod Kesihatan Murid


1. Mulai Tahun 2018, rekod kesihatan murid tahun 1 diisi secara online (E-RKM) di
mana ianya diisi oleh ibu bapa / penjaga secara atas talian kecuali kepada mereka
yang tidak celik computer mungkin minta bantuan guru pada hari pendaftaran.
ERKM diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan.
2. Bagi Tahun 2-6 wajib memiliki buku kesihatan rekod kerana buku ini diperlukan
apabila pemeriksaan kesihatan di buat ataupun semasa suntikan imunisasi ATT.
3. Buku rekod kesihatan wajib dibawa bersama oleh murid yang bertukar sekolah dan
disertakan bersama Fail Peribadi murid berkenaan.
B. Kad Pergigian Murid
1. Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun
2. Guru kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa/penjaga murid
untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap
anak / anak jagaanya.
3. Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan
pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan
kesihatan berkenaan.
C. Surat rawatan murid
1. Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah
2. Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar atau mana-mana
Penolong Kanan.
3. Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di
mana-mana hospital atau klinik kerajaan.

D. Murid Sakit
1. Guru kelas mestilah perihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit
atau kurang sihat pada hari tersebut.
2. Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas atau Guru
Kelas boleh menghubungi ibubapa/penjaga untuk menjemputnya di sekolah.
3. Guru bertugas atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang
sendiri ke rumah walaupun rumahnya berhampiran dengan sekolah.
4. Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes – kes kecemasan atau
kecederaan, guru bertugas mestilah menghubungi ibu bapa/penjaga dan
menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital berdekatan sama ada
menggunakan kenderaan sendiri, kenderaan sekolah atau menghubungi ambulans.
5. Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenar pulang dalam
Buku Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid
E. Kantin sekolah
1. Guru penyelaras kantin bertanggungjawab memastikan bahawa pengusaha kantin
mengamalkan kebersihan dalam penyediaan, penjualan dan menjaga seluruh
kawasan kantin.
2. Guru penyelaras kantin perlu membuat laporan harian kepada GPK HEM dengan
menyemak Buku Pemeriksaan Kendiri yang dibekalkan oleh JPN
3. Guru Penyelaras Kantin perlu membuat laporan kepada GPK HEM atau pentadbir
lain jika berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah.
4. Pihak pentadbir sekolah perlu melaporkan kes keracunan makanan ke JPN dengan
kadar segera sebaik sahaja menerima aduan daripada murid.
5. Guru-guru juga bertanggungjawab memastikan para murid mengamalkan
pemakanan seimbang dan tidak menggalakkan murid membeli makanan daripda
penjual di luar kawasan sekolah.
6. Guru disiplin dan guru bertugas harian hendaklah berada di kantin bersama-sama
pengawas bertugas untuk mengawal disiplin murid semasa waktu rehat.
7. Murid tidak dibenarkan membeli makanan/minuman di luar waktu rehat kecuali
dengan kebenaran khas.

5.0 DASAR KESELAMATAN SEKOLAH

1. Semua sekolah wajib melaksanakan Program 3K (Kebersihan ,Kesihatan ,


Keselamatan)
2. Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di
kawasan sekolah dari jam 7.00 pagi hingga tamat sesi persekolahan.
3. Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan
kemalangan dan digalakkan membeli Skim Insuran Takaful.
4. Setiap aktiviti yang dilaksanakan di luar kawasan sekolah perlu mendapat
kebenaran daripada pihak sekolah/Jabatan Pelajaran dan ibubapa/penjaga murid.
Penglibatan murid dalam mana-mana aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh guru
pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring.Sekiranya terdapat
seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10 orang murid berkenaan
maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru perempuan.
5. Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua
pihak terutama semasa sebelum dan semasa selepas sesuatu program/aktiviti
dilaksanakan.

6. Latihan Kecemasan Kebakaran


a) Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran(fire drill) dijalankan 2
kali setahun.
b) Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan
berfungsi.
c) Guru-guru mestilah memastikan memastikan murid-murid meninggalkan
kelas/bilik khas dengan segera,tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran
dibunyikan. Murid-murid khas atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru
mereka.
d) Guru-guru mesti memastikan suis lampu,kipas atau peralatan elektrik yang lain
serta bekalan gas ditutup sebelum keluar.
e) Buku Jadual Kedatangan Murid(BJKM) dibawa keluar dari pejabat oleh staf
pejabat ke tempat berkumpul.
f) Guru Tingkatan mestilah mengambil BKJM kelas masing-masing di tempat
berkumpul dan mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid
yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan serta-merta.

7. Menghadapi Tsunami/Tsunamo
a) Jika terdapat tanda-tanda peluang terjadinya tsunami lakukan evakuasi ke
lokasi seperti berikut:
Bangunan bertingkat yang memenuhi syarat berikut:
 Lebih dari dua tingkat
 Berada pada jarak 500 m dari garis pantai
 Tidak ada kerosakan pada struktur bangunan
Kawasan yang tinggi memenuhi syarat:
 Berada lebih dari 10m dari permukaan laut
 Dapat dicapai dalam waktu kurang dari 30 minit dengan berjalan kaki

8. Polisi Keselamatan Sekolah


a) Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan
sekolah iaitu:
i. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari sekolah
ii. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
iii. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum
b) Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan
diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada
semua warga sekolah ( sila rujuk surat pekeliling iktisas yang berkaitan).

9. Kenderaan Murid,Kakitangan dan Pelawat


a) Guru, murid dan pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat
yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.
b) Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati-hati memandu kenderaan
mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
c) Murid-murid yang memandu kenderaan ke sekolah mesti memiliki lesen
memandu dan insuran kenderaan bermotor.

11. Pondok Kawalan Keselamatan

a)Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka


mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah.
b)Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin
berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan
mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu.
c)Pengawal keselamatan memastikan pelawat mematuhi carta alir keselamatan yang
terpapar di pondok kawalan keselamatan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai