Anda di halaman 1dari 3

TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

A. Bidang Tugas:

1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan


Guru Besar dan GPK Pentadbiran.
2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang
pengkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko- kurikulum,
disiplin, bimbingan dan kaunseling.
4. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur
mengikut prosedur dan peraturan.
5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan
kewangan berjalan dengan lancar.
6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan
kantin sekolah berjalan dengan baik.
7. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan
kakitangan bukan guru.
8. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.

B. Senarai Tugas:

Pentadbiran

1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya.
2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan
bahawa butirannya adalah kemas kini.
3. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu
dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan.
4. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen
dan borang-borang yang tertentu.
5. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertukar ke
sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.
6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti
sekolah.
7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama
Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah.
8. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan
pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.

C. Disiplin:

1. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah


dilaksanakan dengan sempurna.
2. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru,
kakitangan dan para pelajar.
3. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan
bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.
4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar
peraturan tatatertib dan salah laku.
5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai
pelajar terlibat.

D. Bimbingan dan Disiplin:

1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.


2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang
menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan
sebagainya.
4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.
5. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi
pelajar-pelajar baru.

E. Program Perlindungan:

1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di


sekolahnya agar berjalan dengan baik.
2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti
menguruskan kad 001 dan kad 002.
3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk
menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.
4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di
kalangan pelajar.

F. Skim Pinjaman Buku Teks:

1. Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar
yang bakal menerima buku teks.
2. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan
dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.
3. Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.
4. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.

G. Biasiswa Dan Bantuan:

1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan


pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada.
2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar
di sekolah.
3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar
yang layak menerimanya.

H. Ko-kurikulum:

Sukan Dan Permainan:

Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di


semua peringkat.
Persatuan Dan Kelab:

Menyelaras dan menyelia segala program aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak
akademik.

Pasukan Pakaian Seragam:

1. Merancang strategi penglibatan para pelajar dalam program kegiatan pasukan


pakaian seragam.
2. Menyelaras pelaksanaan, program kegiatan pasukan pakaian seragam yang
disediakan di sekolahnya.

Koperasi Dan Simpanan Pelajar:

1. Menyelaraskan segala kegiatan yang berkaitan dengan program koperasi di peringkat


sekolah.
2. Menganjurkan bersama dengan Amanah Saham Nasional dan Bank Simpanan
Nasional atau lain-lain bank yang sesuai dengan tujuan menggalakkan penabungan di
kalangan pelajar.

Melaksanakan arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa
ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai