Anda di halaman 1dari 3

SENARAI TUGAS HAL EHWAL MURID

BIL 1

TUGAS

TINDAKAN

Disiplin

Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan. Menjadi ketua guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku. Menyelaras dan menyediakan rekod dan laporan disiplin murid.

Bimbingan dan Kaunseling

Merancang dan menyelaras pelaksanaan Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling. Menyelaras dan menyediakan rekod dan kaunseling murid serta menyediakan laporan yang diperlukan. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.

Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid baru. Program Pelindungan Murid
3

Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah. Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.

4 Kesihatan

Mengurus kemudahan rawatan murid. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna. Menguruskan kad 001/002, Kad Tenaga Asas dan lain-lain. Menyelaras penyeliaan kantin sekolah. Menyelaras aktiviti kesihatan murid.

Skim Pinjaman Buku Teks


Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks. Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik SPBT. Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks.

Biasiswa dan Bantuan


Menyelenggarakan perakuan-perakauan biasiswa dan bantuan. Mengemaskini rekod biasiswa dan bantuan. Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid.

Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan Sekolah

Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi kebersihan, keceriaan dan keindahan sekolah.

Pengurusan

Mengurus dan mengemaskini buku rekod dan pendaftaran murid. Menguruskan kemasukan dan penempatan murid. Menguruskan pertukaran murid. Menyemak buku kedatangan harian murid. Menguruskan surat akuan,sijil-sijil,

pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah. Menyemak kad 001/002 dan kad tenaga asas. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah. Membantu merancang Takwim Sekolah.

Pembangunan Organisasi

Mewujudkan hubungan dua hala sekolah dengan ibu bapa / masyarakat.

10

Mengadakan kursus/latihan untuk guru dan staf sokongan. Pembangunan Kendiri


Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D). Menghasilkan artikal-artikal bidang ikhtisas dan pengurusan. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya. Melibatkan didi secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.

Anda mungkin juga menyukai