Anda di halaman 1dari 3

DEFINISI KURIKULUM Berdasarkan penulisan Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan

luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau turut mengkelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu: 1) Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah 2) Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas 3) Kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun berkumpulan. Yusuf Hashim(2000) pula menganggap kurikulum sebagai laluan atau balapan bagi sesuatu pertandingan perlumbaan kereta kuda berdasarkan maksud perkataan kurikulum yang berasal daripada perkataan Latin iaitu Curere yang bermaksud laluan. Manakala dalam bahasa Inggeris kurikulum bermaksud jelmaan atau metamorfosis. Paduan maksud kedua-dua bahasa ini menghasilkan definisi laluan dari satu peringkat ke satu peringkat. Kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada 'laluan dalam sesuatu pertandingan. Berdasarkan kepada konsep tersebut , perkataan kurikulum adalah berkait rapatdengan perkataaan 'laluan atau laluan-lauan'. Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan pembelajaran yang berkembang iaitu 'apa itu persekolahan'. Ahli progresif dan behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan masyarakatan dan strategi-strategi pengajaran

Model Taba Mengikut Taba, konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui penyusunan bananbahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai. Penyusunan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakan dalam model ini. Model ini menerangkan bahawa seseorang pelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan pengajaran atau pemilihan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat seperti berikut; menyusun data atau fakta dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbezaan, menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan memberi label kepadanya, membuat generalisasi atau kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori itu, dan mengaplikasi generalisasi yang diperolehi. Rumusannya, dengan merujuk kepada model ini, guru dapat merancang pengajaran dengan membahagikan topik kepada generalisasi, konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai. Dalam hal ini, Taba mencadangkan satu model yang mengaitkan pembentukan konsep dengan pemilihan dan memeringkatkan isi pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Taba, pembentukan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat utama. Empat Peringkat Utama a) Peringkat Penyusunan Data. -Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan ciri-ciri persamaan dan perbezaannya.

b) Peringkat Pembentukan Konsep -Menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan ciri-ciri persamaan supaya menjadi kategori tertentu. c) Peringkat Membentuk Hukum -Membuat kesimpulan atau generalisasi berdasarkan hubungan-hubungan di antara kategorikategori yang dibuat dalam peringkat sebelumnya. d) Peringkat Aplikasi -Penggunaan generalisasi atau kesimpulan baru Model Pengajaran Taba mengaitkan stuktur pengetahuan dengan proses perancangan dan pembelajaran. -Semasa proses perancangan pelajaran, perkara-perkara yang hendak dipertimbangkan ialah penyusunan data, pembentukan konsep dan membuat generalisasi atau prinsip dari konkrit kepada abstrak. Model Tyler merupakan model perkembangan kurikulum yang sangat terke nal (Yusuf H a s h i m 2 0 0 0 ) . D a l a m b u k u n ya y a n g t e r k e n a l B a s i c P r i n c i p l e s o f C u r r i c u l u m a n d Instruction (1949), Tyler menekankan bahawa pengembangan kurikulum untuk bidang pembelajaran apapun harus didasarkan kepada 4 pertanyaan seperti berikut; Apa tujuan yang hendak dicapai? Pengalaman apa yang perlu diberikan untuk mencapai tujuan itu? Bagaimana mengatur pemberian pengalaman itu secara efektif? Bagaimana mengetahui apakah tujuan telah dicapai? PRINSIP ASAS Model Tyler 4 perkara yang menjadi prinsip asas iaitu: Objektif pendidikan Kandungan Kurikulum Kaedah Pengajaran Penilaian OBJEKTIF PENDIDIKAN TYLER menentukan: Matlamat pendidikan yang hendak dicapai. Pembinaan kurikulum / pemilihan pengalaman pembelajaran. Organisasi / susunan kurikulum / perancangan isi pelajaran / pembinaan prosedur pengajaran. Pengujian dan penilaian. Sumber Objektif Pendidikan Didapati melalui kajian terhadap pelajar bagi :

Menentukan apakah keperluan pelajar dari segi fizikal, sosial, emosi, spiritualdsb. Menentukan apakah pengetahuan, idea, sikap, dan tabiat pelajar. Menentukan apakah minat pelajar.Didapati melalui kajian terhadap keadaan semasa: m e n e n t u k a n a p a k a h p e n g e t a h u a n , k e m a h i r a n d a n k e b o l e h a n ya n g d i p e r l u k a n dalam masyarakat semasa. Memastikan pendidikan dapat dipindahkan ke alam pekerjaan.Didapati daripada cadangan pakar subjek : Melalui penulisan dan cadangan pakar. Melalui laporan yang dibuat oleh pakar atau jawatankuasa dalam bidang tertentu. Tapisan Objektif Pendidikan Menggunakan falsafah dalam memilih objektif: Falsafah pendidikan dan falsafah sosial boleh digunakan sebagai saringan untuk memilih objektif pendidikan. Nilai sesuatu yang baik, yang ditekankan dalam falsafah boleh menentukan samaa d a m e n e r i m a a t a u m e n o l a k s e s u a t u o b j e k t i f . Menggunakan psikologi dalam memilih objektif : Pengetahuan psikologi dapat menentukan sama ada sesuatu objektif itu sesuai atau tidak bagi tahap pencapaian dan umur pelajar. Pengetahuan psikologi memberi petunjuk tentang jangka masa belajar y a n g diperlukan oleh pelajar

Anda mungkin juga menyukai