Anda di halaman 1dari 3

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Bahasa Melayu

Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1988


“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.”

Perkembangan potensi individu


Potensi merupakan bakat dan keupayaan yang dianugerahkan Tuhan kepada
seseorang individu. Potensi meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
yang perlu dicungkil, dikembang dan ditingkatkan ke tahap yang cemerlang melalui
pendidikan berkualiti.

Unsur intelek meliputi ciri-ciri seperti berupaya membaca, menulis dan mengira.
Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan. Berkemampuan untuk mengembangkan
daya pemikiran agar dapat menaakul, mencerakin, menghurai, merumus dan
mengemukakan usul-usul yang terbaik secara kritis dan kreatif. Berupaya
menggunakan ilmu yang diperoleh serta membantu orang lain mendapat manfaat
daripadanya.

Kurikulum Bahasa Melayu lebih menekankan terhadap perkembangan kemahiran


berfikir secara kreatif dan kritis. Sebagai contoh memperkembang daya imaginasi,
kreativiti, pemikiran kritis melalui kemahiran-kemahiran bahasa. Selain itu, Kurikulum
Bahasa Melayu membentuk individu yang mampu menghasilkan pelbagai jenis
penulisan kreatif dan berunsur ilmiah.
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
Rakyat kategori ini mempunyai ciri-ciri seperti mencintai ilmu dan dengan itu sentiasa
berusaha untuk menambahkannya. Giat membaca untuk menimba ilmu dan
menyebarkannya. Berfikiran terbuka dan berusaha menggunakan ilmu untuk manfaat
diri sendiri dan orang lain.

Seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat Kurikulum Bahasa Melayu


menyediakan murid yang menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan
menggunakan peraturan sistem bahasa secara betul dan tepat. Murid mampu
mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping
mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan


Rakyat yang mempunyai kemahiran dan kecekapan menjalankan sesuatu tugas.
Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kelayakan yang wajar bagi sesuatu tugas.
Melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, cekap dan sempurna.

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid
dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri,
memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian. Secara kesimpulannya,
matlamat kurikulum Bahasa Melayu adalah untuk menyediakan individu yang
berketrampilan dalam penguasaan ilmu pengetahuan.

Pendidikan suatu usaha berterusan


Pendidikan merupakan proses yang membolehkan seseorang individu memperoleh dan
menggunakan ilmu pengetahuan, nilai-nilai murni dan kemahiran-kemahiran tertentu.
Proses ini berlaku secara berterusan dalam diri individu itu sejak dilahirkan hinggalah
sepanjang hayat. Pada peringkat awal, kanak-kanak dibimbing dan diasuh oleh
ibubapa. Ia menerima bimbingan agama dan asuhan akhlak yang baik. Pendidikan awal
adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang
hingga ke akhir hayat nanti.
Apabila ke sekolah, kanak-kanak akan memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan
dipupuk nilai-nilai murni. Selain itu, bakat dan potensi terus dikembangkan. Proses ini
berterusan sepanjang tempoh persekolahan pelajar berkenaan dan sepanjang hayat.
Dengan kata lain, pendidikan seumur hidup akan terus dititikberatkan sebagaimana
yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah merangkumi kemahiran bahasa, iaitu


Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis.
Penumpuan pada kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa
Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk
pembelajaran seumur hidup.

Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan


kemakmuran masyarakat dan negara.
Rakyat yang dimaksudkan akan menonjolkan ciri-ciri seperti sentiasa berusaha
mengekalkan kestabilan negara melalui perpaduan kaum serta amalan nilai-nilai murni
seperti bekerjasama, tolong-menolong, berbelas kasihan, bertimbang rasa, hormat-
menghormati dan bertoleransi. Berusaha ke arah peningkatan kehidupan berkualiti
melalui penggunaan sains dan teknologi yang canggih. Menghayati prinsip-prinsip
Rukun Negara, mematuhi undang-undang dan mempertahankan perlembagaan.
Mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara yang kuat. Rakyat yang rela
berbakti dan berkorban untuk agama, bangsa dan negara.
Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat
di Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap
bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat. Rakyat juga berperanan
sebagai generasi yang mempunyai semangat cinta akan tanah air bersama semua
bangsa di Malaysia dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu berpotensi untuk
dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat
dan komunikasi. Ini bertujuan untuk membentuk Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
yang mantap dan bertaraf antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai