Anda di halaman 1dari 29

Memartabatkan bahasa Melayu Oleh PROF. DR.

AWANG SARIYAN BAHASA Melayu sejak lebih daripada satu alaf telah memiliki martabat sebagai bahasa besar. Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Sriwijaya. Pada zaman kesultanan Melayu dari sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19, bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu baharu, dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi. Sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai yang berikut: ``Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di manamana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa lingua franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehinggan kepulauan Filipina.'' Kebitaraan bahasa Melayu pada abad 16 dan 17 dapat dirumuskan dengan kenyataan bahawa bahasa tersebut telah mencapai taraf bahasa antarabangsa, terutama dengan kedudukannya sebagai bahasa diplomatik, lingua franca, bahasa perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama besar dunia dan bahasa sastera. Kelunturan martabat bahasa Melayu Martabat bahasa Melayu dilunturkan oleh penjajah (Belanda di Indonesia dan Inggeris di Malaysia) dengan menurunkan darjat bahasa itu daripada bahasa besar dan bahasa perhubungan luas menjadi bahasa setempat atau bahasa vernakular yang disempitkan

fungsinya hanya sebagai bahasa perhubungan sehari-hari dan lebih untuk lingkungan masyarakat Melayu. Dalam zaman penjajahan Inggeris, bahasa Melayu disetarafkan dengan bahasa keturunan yang dibawa oleh Inggeris untuk kepentingan ekonomi, iaitu keturunan Cina dan India dengan menjadikannya bahasa penghantar di sekolah vernakular Melayu, sama halnya dengan bahasa Cina di sekolah vernakular Cina dan bahasa Tamil di sekolah vernakular India. Dalam bidang bahasa dan pendidikan, terang bahawa bahasa Melayu hanya menjadi bahasa penghantar sekolah Melayu yang terbatas pula jangkauan bidang ilmu dan kemahirannya. Hal ini direncanakan dengan cukup kemas oleh penjajah Inggeris, sematamata untuk menutup kemungkinan anak watan dapat muncul sebagai bangsa berwibawa dan dengan demikian berupaya membebaskan negara daripada cengkaman penjajahan. Selama hampir setengah abad negara menikmati kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi salah satu asas pembinaan negara yang penting melalui tiga fungsi iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian pendidikan apabila sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dalam bahasa kebangsaan, tanpa kekangan faktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik serta keeksklusifan bahasa penghantar ilmu yang dahulunya didominasi oleh bahasa Inggeris. Namun, apabila ada tindakan berpatah kembali untuk menjadikan bahasa lain sebagai wahana bidang-bidang utama kenegaraan itu, khususnya melalui bidang pendidikan, maka martabat bahasa Melayu sudah mula tergugat. Pengurangan fungsi dan peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka secara langsung akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai salah satu tonggak pembinaan negara. Walau bagaimanapun dengan adanya tantangan-tantangan semasa,

bahasa Melayu mengalami kemerosotan dalam dua aspek, iaitu aspek taraf dan mutunya. Kemerosotan dalam aspek taraf bermaksud penyempitan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan penggunaannya oleh undang-undang. Sebagai contoh, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan pendidikan. Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan kurang pekanya sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran, penyiaran dan pendidikan. Percampuran ragam bahasa basahan (yang ditandai oleh fenomena bahasa rojak atau istilah linguistiknya peralihan kod, bahasa SMS, bahasa sembang di Internet dan sebagainya) dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi. Demikian juga, semakin tidak nyata semangat cinta dan hormat kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri negara apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara, yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing (misalnya precinct, parcel dan boulevard). Senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu menunjukkan kian kurang terbudayanya bahasa Melayu dalam kalangan sejumlah anggota masyarakat, khususnya dalam konteks yang fungsional, iaitu yang berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Senario itu tergambar pada beberapa perkara berikut: 1. Penghayatan penjawat awam yang kurang memuaskan dalam pelaksanaan peruntukan Perkara 152 tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sehingga masih banyak urusan rasmi tidak mengutamakan bahasa Melayu.

2. Tidak tegasnya dan tidak selarasnya penguatkuasaan penggunaan bahasa dalam sektor tertentu seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di tempat awam dan penyiaran. 3. Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebagai kesan pelaksanaan beberapa keputusan dan pengecualian pengajaran bahasa Melayu sebagai subjek wajib. 4. Globalisasi yang sebahagian besarnya melalui perantaraan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris, sehingga timbul keghairahan yang kadangkala berlebihan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat (pemimpin, profesional dan orang awam) untuk mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris dan mengurangkan perhatian kepada penggunaan bahasa Melayu. 5. Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Malaysia, termasuk dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak cukup mantap kerana adanya anggapan bahawa bahasa Melayu tidak berkolerasi dengan taraf sosial dan pendidikan serta tidak mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Jika bahasa Melayu digunakan pula, masih besar jumlah anggota masyarakat, termasuk golongan yang berpengaruh yang menggunakannya pada tahap mutu bahasa yang tidak begitu mencerminkan budaya tinggi. 6. Kenyataan yang merendahkan taraf dan relevannya bahasa Melayu turut mengurangkan perhatian dan keyakinan sebilangan anggota masyarakat kepada bahasa Melayu. Sebagai contoh, dalam pada DBP mengusahakan penglibatan sektor swasta menggunakan bahasa kebangsaan pada papan perniagaan dan iklan mereka, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (menurut laporan The Star pada 1 Januari 2004) membuat kenyataan bahawa penggunaan bahasa kebangsaan tidak akan diwajibkan lagi pada papan perniagaan dan iklan. Seorang menteri kanan pula, mengajak masyarakat mengabaikan pejuang bahasa yang didakwanya berfikiran sempit.

Langkah meningkatkan martabat bahasa Melayu Peningkatan martabat bahasa Melayu sebagai teras pembinaan bangsa Malaysia memerlukan perencanaan semula dalam beberapa aspek dan pada waktu yang sama memerlukan peneguhan dasardasar yang berkaitan dengannya, sebagai langkah membina ketahanan jati diri dan maruah bangsa dan negara. Dalam bidang bahasa, antara langkah yang perlu diambil termasuklah: 1. Penegasan dasar bahasa dan penguatkuasaan dasar bahasa secara bersepadu - contohnya, pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi hendaklah ditegaskan semula supaya semua urusan rasmi dan majlis rasmi di peringkat negara mengutamakan penggunaan bahasa Melayu, selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Semua peruntukan tentang bahasa kebangsaan yang terdapat dalam undang-undang negara hendaklah bukan sahaja dihormati malah dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur oleh semua lapisan, daripada pemimpin negara hingga penjawat awam dan masyarakat umum. Usahlah ada sebarang tindakan yang melemahkan undang-undang tersebut, sama ada melalui pengenalan dasar baru, pernyataan atau tindakan yang bercanggah dengan undang-undang itu. 2. Pindaan dan perluasan peruntukan akta yang berkaitan - pindaan Akta Bahasa Kebangsaan yang memberikan cakupan lebih luas penggunaan bahasa Melayu, pindaan akta-akta yang sudah tidak kemas kini atau tidak jelas tentang penggunaan bahasa Melayu seperti Akta Jalan, Parit dan Bangunan, Akta Pertubuhan, Akta Pendaftaran Perniagaan, Akta Syarikat, Akta Cap Dagang, Akta Industri Pelancongan dan beberapa yang lain perlu disegerakan. Selain itu, akta yang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Penyiaran dan Undang-Undang Kecil Pengiklanan mestilah dikuatkuasakan pelaksanaannya secara tegas. 3. Pengayaan khazanah ilmu dan persuratan dalam bahasa Melayu usaha ini perlu ditingkatkan supaya nilai bahasa Melayu menjadi lebih tinggi sebagai bahasa budaya tinggi, melalui penerbitan bahan

ilmiah dan rujukan umum dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat dan dalam pelbagai media (bercetak dan elektronik). Agenda pengayaan khazanah ilmu dan persuratan Melayu mesti dimasukkan dalam agenda pembangunan negara melalui Belanjawan Negara. 4. Pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan - usaha ini perlu dimantapkan semula, dari peringkat prasekolah hingga peringkat pengajian tinggi. Kerajaan perlu memberikan penegasan yang lebih berat kepada usaha pembudayaan bahasa Melayu sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Malaysia dalam dua aspek yang penting. Yang pertama ialah pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Sebarang usaha berundur daripada keputusan yang penting dan bijaksana serta telah membuktikan kejayaan dalam proses pembinaan negara hendaklah dielakkan. Kejayaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan universiti-universiti lain dalam pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk pelbagai bidang ilmu tidak harus direncatkan. Aspek yang kedua ialah pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi melalui kegiatan pengajaran dan pemelajaran, sukatan pelajaran, buku teks dan bacaan tambahan serta melalui pelbagai kegiatan kokurikulum. Dengan demikian diharapkan landaan pelbagai ragam bahasa tidak rasmi, sama ada bahasa sembang Internet, bahasa SMS atau yang lain tidak akan sampai menggugat bahasa yang mewakili budaya teras. 5. Komponen bahasa dan persuratan dalam pelbagai program negara - semua program negara yang bersifat pembinaan sahsiah di pelbagai peringkat mesti memasukkan program bahasa dan persuratan, misalnya dalam Program Khidmat Negara, kursus Biro Tatanegara, KP3P dan sebagainya. Kursus atau apa-apa juga program motivasi untuk kalangan ahli politik dan profesional perlu memasukkan modul bahasa dan persuratan di dalamnya.

6. Modul bahasa dan persuratan dalam program latihan jabatan setiap jabatan dan agensi kerajaan perlu memasukkan modul bahasa, penulisan dan persuratan dalam program ``kursus dalam perkhidmatan'' masing-masing. 7. Pemantauan berterusan terhadap bidang penyiaran dan media massa - usaha ini perlu dilaksanakan untuk memastikan bahawa media massa melaksanakan tanggungjawab sebagai ejen pemantapan bahasa yang baik dan santun dalam penyiaran dan penerbitan program atau bahan. Tindakan perlu dilaksanakan dalam bentuk tindakan pentadbiran dan juga tindakan undang-undang. 8. Program pemasyarakatan bahasa kebangsaan bertaraf kebangsaan - kerajaan, melalui semua kementerian, jabatan dan agensi serta perbadanan dan pihak swasta hendaklah secara aktif dan terancang menyertai program pemasyarakatan bahasa kebangsaan di seluruh negara yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, khususnya Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang dilaksanakan setiap tahun selama sebulan. Selain itu, setiap jabatan kerajaan dan swasta hendaklah diminta merancang dan menganjurkan kegiatan yang dapat menyemarakkan pembudayaan bahasa Melayu dari waktu ke waktu dalam perancangan tahunan supaya bahasa dan persuratan Melayu tidak terpinggir dalam sektor di luar lingkungan orang atau institusi khusus dalam bidang bahasa dan sastera. Pembangunan negara yang hakiki dan bersepadu hanya tercapai apabila semua bidang yang penting diberi perhatian yang sama beratnya, termasuk bidang bahasa dan budaya. Dalam konteks pembentukan jati diri dan citra negara ini pula, dasar-dasar yang bersifat endoglosia, iaitu berasaskan keperibumian yang disokong oleh hakikat sejarah kebudayaan dan tamadun di negara dan dirantau ini perlu dipertahankan dan ditingkatkan. Tidak seharusnya berlaku keadaan negara menuju kejayaan ekonomi dan industri sementara mengalami kehancuran dari segi unsur dalaman bangsa, terutama bahasa dan budaya. Oleh itu, kerjasama antara semua kementerian, jabatan, agensi, pertubuhan, sektor swasta dan orang perseorangan perlu digemblengkan secara

bersepadu oleh pemerintah dalam bentuk rangkaian yang berkesan untuk memastikan pencapaian yang seimbang. Dikemaskini pada 21 Okt 2008

Ke mana bahasa Melayu? Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia yang berlangsung di Johor Bahru, baru-baru ini menuntut perhatian besar. Resolusi persidangan tersebut antara lain mendesak kerajaan memberi kuasa penguatkuasaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi memartabatkan bahasa Melayu. Desakan ini bukan perkara baru kerana ia sudah kerap disuarakan. Pada Awang, selagi DBP tidak mempunyai kuasa tersebut, agensi itu dilihat umpama harimau tidak bertaring. Sedangkan gejala pencemaran dan penyalahgunaan bahasa semakin berleluasa terutama pada papan tanda dan paparan iklan premis perniagaan. Begitu juga dengan penggunaan bahasa rojak secara keterlaluan di televisyen dan radio. Itu belum mengambil kira kegagalan banyak pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengutamakan bahasa kebangsaan dalam urusan mereka di dalam negara. Hari ini, jika ada bahasa lain lebih besar saiz paparannya daripada bahasa Melayu, ia tidak lagi dipersoalkan. Malah semakin banyak info produk barangan pengguna biarpun yang dikeluarkan di dalam negara, tidak lagi menggunakan bahasa kebangsaan. Siapakah yang perlu bertanggungjawab memantau dan memperbetulkan semua ini kalau bukan DBP. Tetapi jika agensi itu tidak diberi kuasa, ia tidak membawa apa-apa makna.

Sementara menanti perubahan serius yang dilakukan oleh kerajaan berhubung hal ini (itu pun jika ada kemahuan politik yang tinggi), Awang amat berharap DBP lebih agresif dan proaktif dalam memainkan peranannya mengembangkan bahasa. Agensi itu dilihat oleh banyak pihak sebagai lesu. ''Bangunannya lebih gah daripada keberanian dan pencapaiannya untuk melonjak martabat bahasa," kata seorang tokoh akademik. Apa yang beliau cuba sampaikan, DBP tidak lagi lantang memperjuangkan soal bahasa. Kritikan itu mungkin tidak adil dan boleh diperdebatkan. Usaha memartabatkan apatah lagi menyelamatkan bahasa Melayu bukan semata-mata tugas DBP malah semua pihak termasuk pemimpin kerajaan, pembangkang dan sektor swasta. Awang juga tertanya-tanya ke mana perginya para pejuang bahasa yang sanggup berdemonstrasi dan berterusan membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam kaitan mempertahankan kedudukan bahasa Melayu secara keseluruhannya. Selepas PPSMI dimansuhkan, apakah kepada mereka, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sudah selesai? Apakah juga masa depan bahasa Melayu hanya berkaitan pengajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa kebangsaan sahaja? Sepatutnya kelompok itu yang menjadi benteng hadapan, meneruskan momentum mereka dengan mewujudkan gelombang kesedaran mengenainya. Ini termasuk menegur Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), menterimenteri dan pemimpin parti-parti politik terhadap apa sahaja perkara berkaitan kepentingan bahasa. Awang teruja mahu melihat para pejuang dan badan pertubuhan kerajaan (NGO) turun di jalanan atau menyerbu ke mana-mana kementerian, agensi mahupun pejabat swasta membuat bantahan jika perlu.

Sesungguhnya terlalu banyak yang perlu dilakukan bagi memartabatkan bahasa Melayu terutama bagi menjadikannya bahasa komersial yang lebih meluas. Dalam usaha ini tiada siapa boleh berputus asa apatah lagi bagi mencapai matlamat murni mempertahankan bahasa Melayu yang kedudukannya sudah termaktub dalam perlembagaan negara. Untuk apa kita memperakukan bahasa Melayu mampu berkembang sebagai bahasa dunia, kalau di peringkat dalam negara sendiri kita sudah tidak menampakkan keyakinan. Banyak lagi petunjuk yang membimbangkan di sekeliling kita. Bukankah kita sendiri yang mewujudkan persekitaran yang akhirnya membunuh bahasa Melayu? DEFINISI MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. TUJUAN MBMMBI

Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan

bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.

Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

STRATEGI PELAKSANAAN MBMMBI Memartabatkan Bahasa Malaysia Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia meliputi perkara-perkara berikut:

Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia Asas Berbahasa (Back To Basics) Didik Hibur Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P Program Bacaan Guru Bahasa Malaysia Berkualiti Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara

Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi

Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P. Asas Berbahasa (Basics To Basics) Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks. Didik Hibur Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk. Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P Penggunaan teknologi makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia. Program Bacaan Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.

Guru Bahasa Malaysia Berkualiti Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara. Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif Pemantauan daripada aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk P&P. Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi Usaha menterjemah karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa. Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara. Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk. MEMPERKUKUH PENGUASAAN BAHASA INGGERIS Strategi memartabatkan Bahasa Inggeris meliputi perkara-perkara berikut:

Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Renda Asas Berbahasa (Back to Basics)

Didik Hibur Modul Language Arts Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Penetapan Model Bahasa Inggeris Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Sumber P&P Makmal Komputer Guru : Contact Time Berkualiti Perkongsian dan Jaringan Guru Kepimpinan Sekolah

Penambahan Masa P&P Bahasa Inggeris peruntukan waktu bagi SK Tahap 1 dan Tahap 2 ditambah sebanyak 90 minit, manakala peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap 1 ditambah sebanyak 60 minit dan Tahap 2 ditambah sebanyak 30 minit. Perun tukan waktu Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1 hingga 6 ditambah sebanyak 80 minit dan untuk Malaysian University English Test (MUET) untuk Tingkatan 6 ditambah sebanyak 80 minit. Peruntukan waktu Bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah sebanyak 3 jam. Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris sekolah rendah menitikberatkan penguasaan literasi asas dan pengukuhan Bahasa Inggeris melalui pendekatan modular. Asas berbahasa (Back to Basics) Kurikulum Bahasa Inggeris menitikberatkan pengukuhan penguasaan asas Bahasa Inggeris dengan memberi penekanan kepada Phonics di samping menerapkan elemen pembelajaran yagn menyeronokkan dalam modul Language Arts. Pengajaran tatabahasa dalam konteks diberi penekanan khusus dalam modul tatabahasa. Didik Hibur Modul Language Arts menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking,

drama, muzik dan bahan bantu mengajar. Bahan bacaan estetik seperti Sastera Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal Berstruktur dan Bacaan Ekstensif disediakan bagi mendedahkan murid kepada Bahasa Inggeris pelbagai genre. Elemen Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris Kurikulum Bahasa Inggeris akan mengintegrasi elemen matematik dan sains melalui tema yang berkaitan dan akan menumpukan kepada istilah/kosa kata serta struktur ayat mata pelajaran berkenaan. Penetapan Model Bahasa Inggeris model Standard British English digunakan sebagai panduan supaya setiap guru dapat merujuk kepada standard yang sama dari segi sebutan, penulisan dan tatabahasa. Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Transformasi Kurikulum Bahasa Inggeris akan menggunakan pendekatan modular. Setiap komponen kemahiran bahasa mempunyai modul P&P tersendiri dan P&P tatabahasa akan diberi fokus dalam modul Grammar. Sumber P&P Makmal Komputer akan ditambahbaik dengan perkakasan dan perisian supaya boleh turut berfungsi sebagai makmal bahasa. Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam P&P Bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian yang sesuai. Guru Bagi meningkatkan contact time yang berkualiti antara guru murid, seorang guru Bahasa Inggeris gred DG41 akan disediakan bagi membantu guru yagn mengajar kelas berenrolmen besar (contoh: kelas melebihi 35 murid) di Tahun 1 dan 2. Perkongsian dan Jaringan Guru sinergi dalam kalangan guru amat penting untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang P&P yang termkini dan berkesan. Kepimpinan Sekolah Guru Besar dan Pengetua akan diberi lebih banyak pendedahan tentang peranan mereka sebagai pengurus kurikulum. Mereka perlu memahami matlamat dan kehendak kurikulum Bahasa Inggeris dan turut merancang program yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Jawatan Penyelaras

BI akan diwujudkan di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Program seperti English Camp atau English Village akan dijalankan secara berterusan. PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bahasa ialah maruah bangsa dan negara. Bahasa Melayu akan terus menghadapi cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden. Bahasa sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh tercicir atau tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya. Isu bahasa Melayu baku, bukanlah isu bahasa yang betul atau yang tidak betul. Pembakuan bahasa Melayu merupakan idealisme dan wawasan yang antara lain bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang padu. Usaha pengembangan bahasa Melayu baku di Malaysia dikatakan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana banyak perubahan yang berlaku dalam tatabahasa itu yang didakwa mengelirukan masyarakat pengguna bahasa Melayu. Sebagai akibat perubahan yang mengelirukan pengguna bahasa Melayu( baku), seolah-olah timbul keengkaran untuk menggunakan bahasa Melayu baku. Sebenarnya, tanggapan dan kekeliruan ini memerlukan penjelasan dan kajian terperinci agar tidak timbul masalah yang serius berkaitan pembakuan bahasa Melayu itu sendiri. Usaha untuk menjelaskan situasi itu terasa amat perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan krisis ilmu bahasa dalam kalangan masyarakat. Apatah lagi, bahasa Melayu sekarang ini sedang diancam dan digugat oleh bahasa Inggeris ekoran daripada era globalisasi dan ekonomi digital. Hal ini demikian kerana kita mahu seluruh masyarakat tahu akan cara menggunakan bahasa Melayu baku khususnya dalam segala urusan rasmi. Dalam hal ini juga, setiap ahli masyarakat harus prihatin dan belajar menguasai bahasa Melayu baku.

1.2

Objektif

Objektif kajian adalah untuk membincangkan bagaimana bentuk kekeliruan atau kerancuan bahasa itu, faktor-faktor yang menyebabkan kerancuan serta kesannya terhadap pembakuan bahasa yang diperjuangkan oleh ahli-ahli bahasa. 1.3 Kaedah

Saya menggunakan kaedah kepustakaan dengan merujuk beberapa buku yang berkaitan, majalah, melayari internet dan membuat kesimpulan terhadap pandangan penulis buku. 1.4 Batasan

Skop kajian tugasan ini hanya memfokuskan kerancuan atau kekacauan dari segi sebutan iaitu pengaruh bahasa ibunda, bahasa pasar dan bahasa dialek. Ia juga memfokuskan kerancuan dari segi tatabahasa iaitu kesilapan penggunaan adalah atau ialah, kata sendi di , kesilapan penggunaan kata dalam ayat seterusnya faktor-faktor penyebab kerancuan tersebut dalam kalangan penutur bahasa Melayu. 1.5 Definisi Konsep

Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan perkataan kerancuan sebagai keadaan rancu ( tidak teratur dsb), kekacauan. Manakala pembakuan sebagai usaha ( tindakan proses) membakukan( menstandardkan). Takrif perkataan kesan ialah sesuatu ( sama ada kebaikan/ keburukan) yang timbul daripada sesuatu kejadian. Awang Sariyan (1996 : 3 ) Pembakuan Bahasa dapat didefinisikan sebagai usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran . Dr. Nik Safiah Karim ( 1986) Pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah

dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Berdasarkan pendapat di atas dapatlah disimpulkan bahawa definisi kerancuan bahasa dan kesannya terhadap proses pembakuan bahasa Melayu adalah kekacauan bahasa akibat kekeliruan oleh pengguna bahasa serta kesan buruk terhadap usaha dalam menstandardkan bahasa Melayu. 2.0 KEPELBAGAIAN KERANCUAN DALAM SEBUTAN Menurut Awang Sariyan ( 1994)), bahasa seseorang itu dikatakan baku apabila dia menguasai sistem ejaan, peristilahan, dan kosa kata serta tatabahasa, sebutan dan laras bahasa. Berikut disenaraikan kerancuan dalam bahasa Melayu dari segi sebutan. 2.1 Pengaruh Bahasa Ibunda 2.1.1 ialah Satu daripada kesalahan umum penutur bukan Melayu

kegagalan mereka mengenali perbezaan antara bunyi dan e (schwa) semasa membaca dan menulis ( Abdullah Hassan, 1980:28) . Perbezaan antara sepak dan spak adalah jauh berbeza. Begitu juga kebanyakan penutur Cina tidak dapat menyebut bunyi sengau lelangit keras ny dan lelangit lembut ng dengan tepat. Oleh sebab ejaan setiap bunyi itu mempunyai dua lambang maka ia sering disebut sebagai dua bunyi. Kadang-kadang penutur Melayu pun ada melakukan kesalahan ini. Kesalahan tersebut sering terjadi apabila huruf gabung ny diucapkan sebagai dua bunyi iaitu n dan y/i, seperti dalam banyak atau ban-niak(sepatutnya ba-nyak), (ni-a-muk atau nya-muk sepatutnya nya-muk) dan lain-lain lagi. Dalam hal ng juga, n diasingkan daripada g seperti dalam ung-gu atau un-gu (sepatutnua u-ngu) dan tan-gan (sepatutnya ta-ngan) dan lain-lain lagi. 2.1.2 Berikut ialah contoh pengguna bahasa Melayu menggunakan

terjemahan langsung, sama ada perkataan demi perkataan ataupun frasa, tanpa mengambil kira struktur bahasa Melayu yang betul. Bahasa Ni hau ma? What is your name? Dhosthi kya hai? 2.2 Terjemahan Awak apa khabar? Apa nama awak? Persahabatan apakah itu?

Bahasa Pasar/ Basahan

2.2.1 Bahasa pasar atau basahan adalah bahasa yang digunakan dalam percakapan seharian. Contohnya, orang Melayu yang memang terkenal dengan sifat merendah diri terbawa-bawa sikap ini ketika berkomunikasi dengan kaum asing. Secara tidak langsung mereka telah menjadi model yang salah kepada orang bukan Melayu. Sebagai contoh, ketika berkomunikasi di pasar, orang Melayu lebih suka menuturkan bahasa Melayu yang bertaraf rendah atau dikenali sebagai bahasa pasar atau bahasa pidgin (rojak). Tindakan ini menyebabkan kaum asing meniru model yang diperlihatkan kepada mereka. Akhirnya, sampai bila-bila pun kaum asing dalam kelompok tersebut sukar untuk menguasai bahasa Melayu yang betul. 2.2.2 Lihat contoh perbualan yang sering diperhatikan di pasar, seperti berikut : Yahya : Tauke, itu ikan parang, belapa halga sekilo? Tauke : Ampat belat. Yahya : Kasi kulanglah, tauke. Tauke : Mana boleh. Sekalang, ikan susah lapat. Yahya : Tak palah, tauke, timbang yang ini, tauke.

2.3 Bahasa Dialek/ Daerah 2.3.1 bermaksud Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga dialek (dialk)

satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah, negeri dan lain-lain lagi. Pemilihan kepada penggunaan bahasa daerah boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Contohnya di sekolah, guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa penghantar dengan alasan murid lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat menghiburkan serta mudah menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan murid. Namun, tanpa disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa. Para pelajar itulah juga yang kemudian akan menjadi manusia yang akan memegang jawatan yang penting dan berpengaruh seperti pentadbir, penulis editor, pemimpin politik dan sebagainya. Dalam konteks masyarakat pula, pemilihan penggunaan bahasa dialek atau daerah ini waima dalam situasi-situasi rasmi adalah untuk memudahkan komunikasi dan juga mewujudkan kemesraan sesama mereka. Seharusnya sikap ini dielakkan agar kekeliruan penggunaan bahasa Melayu dapat dibendung dan usaha pembakuan itu dapat mencapai satu tahap yang membanggakan. 2.3.2 Contoh-contoh bahasa dialek atau daerah yang sering digunakan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu Brunei, (daerah Papar, Sabah) adalah seperti berikut: Bahasa dialek / basahan Baku banar basar benar besar

kadai butak karang kan Lihat contoh ayat di bawah: Bahasa dialek / basahan Baku i) Rumah itu basar. ii) Kan ke mana kamu? iii) Kemari kita? iv) Karangku ke rumahmu. rumah awak. 3.0

kedai botak nanti akan/ hendak

Rumah itu besar. Kamu hendak ke mana? Marilah ke sini. Nanti saya datang ke

KERANCUAN DALAM TATABAHASA

Kekeliruan pengguna bahasa dalam tatabahasa juga merupakan salah satu sebab pelaksanaan pembakuan bahasa agak sukar dilaksanakan. Kesilapan dalam tatabahasa ini ini adalah termasuk kesilapan penggunaan kata pemeri adalah dan ialah, kata sendi nama di, ke, dari dan daripada, di antara dan antara dan lain-lain lagi. Di samping itu, kekeliruan dalam tatabahasa ini juga, boleh merobah makna dalam sesuatu ayat jika ia tidak dititikberatkan. Berikut disenaraikan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu. 3.1 Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah

3.1.1 Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh-contoh

yang dapat dilihat daripada penggunaan kedua-dua kata ini ialah seperti berikut : i ) Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah Salah Betul

Anak adalah anugerah Allah. Anak ialah anugerah Allah. Beliau adalah orang yang Beliau ialah orang yang pertama berhijrah. pertama berhijrah. Matlamat NURY adalah Matlamat NURY ialah pembinaan masyarakat pembinaan masyarakat cemerlang. cemerlang ii) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah Salah Betul

Kursus ini ialah untuk kaum Kursus ini adalah untuk kaum wanita. wanita. Baju itu ialah baik. Baju itu adalah baik. iii) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja. Salah Matlamat utama syarikat ini adalah membantu para golongan muda. Usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah. Betul Matlamat utama syarikat ini adalah untuk membantu para golongan muda. Usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah

iv) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat. Salah Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Adalah dimaklumkan bahawa Betul Dengan ini dimaklumkan bahawa Dengan ini dimaklumkan bahawa

v)

Kesilapan penggunaan kata adalah dan kata kerja Salah Betul Keputusan ini diambil berdasarkan Para pelajar dipelawa memohon

Keputusan ini diambil adalah berdasarkan Para pelajar adalah dipelawa memohon 3.1.2 Kesimpulannya :

a) Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja. b) Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. 3.2 Kesilapan Penggunaan Kata Sendi di

3.2.1 Pengguna sering terkeliru antara penggunaan di sebagai kata sendi dan di sebagai imbuhan. Bentuk ini berbeza dari segi penggunaan dan ejaannya. i) Kata sendi nama di

Kata sendi nama digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya : Salah diangkasa disana dilaut Betul di angkasa di sana di laut

Kata sendi nama di tidak boleh digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Contohnya :

Salah di abad ke 20 di saat ini di zaman ini ii ) Imbuhan Awalan di

Betul pada abad ke-20 pada saat ini pada zaman ini

Seperti imbuhan yang lain, awalan di hendaklah dieja serangkai dengan kata yang menerimanya. Awalan di membentuk kata kerja, iaitu kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya : Salah di basahi di catat di isi Betul dibasahi dicatat diisi

3.3 Kesilapan Penggunaan Kata Dalam Ayat Penggunaan kata dalam ayat amat penting kerana penggunaan kata yang tidak tepat boleh menyebabkan terjadinya perubahan makna. Berikut disenaraikan ayat-ayat yang sering digunakan oleh pengguna bahasa Melayu : Salah Betul

Ada berbagai barang di kedai Ada berbagai-bagai barang di itu. kedai itu. Ada pelbagai barang di kedai itu. Ali dihadiahkan sebuah buku. Ali dihadiahi sebuah buku. Sebuah buku dihadiahkan kepada Ali

Saya menghadiahkan Salim sebuah basikal.

Saya menghadiahi Salim sebuah basikal. Saya menghadiahkan sebuah basikal kepada Salim. Dia merindui anaknya. Ibu menidurkan adik.

Dia merindukan anaknya. Ibu meniduri adik.

Hakim menjatuhkan Hakim menjatuhi pembunuh itu pembunuh itu hukuman hukuman gantung. gantung. Bola itu ditendang oleh saya. Bola itu saya tendang. Bola itu Ali tendang. Bola itu ditendang oleh Ali. Di atas perhatian daripada Atas perhatian daripada pihak pihak tuan, saya tuan, saya mengucapkan mengucapkan terima kasih. terima kasih. Saya tidak menyebelahi Saya tidak menyebelahi keduakedua belah pihak. dua pihak. Setengah orang suka Sesetengah orang suka makanan manis. makanan manis. Segala sesuatu yang Segala sesuatu yang dilakukan dilakukan itu bergantung itu bergantung pada niat kepada niat seseorang. seseorang. Di antara yang hadir ke majlis Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya. tersebut ialah ibu saya. 4.0 FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB KERANCUAN DAN KESANNYA TERHADAP PROSES PEMBAKUAN 4.1 Faktor-faktor Penyebab Kerancuan Banyak faktor yang menyebabkan kerancuan terjadi. Menurut Awang Sariyan ( 1994) Salah satu punca utama terjadinya kerancuan bahasa kita ialah wujudnya manusia yang bukan ahli tempat yang menentukan nasib bahasa Melayu itu sendiri. Wajarkah kita menyalahkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa jika bahasa yang diajarkan

memang bahasa yang kacau dan dijalankan pula oleh manusia yang belum benar-benar mahir dalam selok-belok bahasa? 4.1.1 Faktor yang pertama ialah gangguan daripada bahasa ibunda, dialek atau bahasa daerah, serta bahasa lisan atau bahasa pasar. Tidak dinafikan penggunaan bahasa-bahasa tersebut sedikit sebanyak mengganggu usaha pembakuan bahasa Melayu kerana dengan penggunaan bahasa-bahasa tersebut di dalam kehidupan seharian, pengguna bahasa Melayu sukar untuk membandingkan bahasa baku yang betul dan tidak. 4.1.2 Pengaruh bahasa asing juga merupakan penyebab penutur bahasa Melayu melakukan kesalahan. Kesalahan ini berlaku kerana penggunaan istilah yang tidak tepat. Sebagai contoh, oleh sebab begitu ghairah untuk menggunakan bahasa Inggeris, maka banyak perkataan Inggeris telah cuba dimelayukan. Perkataan bajet, misalnya, diambil daripada perkataan Inggeris, budget, dengan alasan lebih tepat. Alasan yang dikemukakan ialah perkataan belanjawan membawa makna yang negatif, iaitu orang yang suka berbelanja.Pengaruh media massa juga merupakan faktor terpenting yang menyebabkan kerancuan terjadi. Bahasa yang digunakan oleh radio, televisyen, atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa. Contoh terbaru yang dapat kita lihat ialah penggunaan istilah infotainmen yang telah diperkenalkan oleh RTM. Penggunaan istilah tersebut masih diteruskan penggunaannya walaupun menerima kritikan tokoh bahasa. Pencipta istilah ini tidak mengetahui bagaimana istilah baru dibentuk seperti yang ditetapkan oleh DBP dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia ( DBP, 1975) yang sudah menggariskan tujuh langkah pembentukan istilah. 4.1.3 Faktor ketiga ialah buku yang berbeza huraian atau pegangan. Di negara kita ini, ada pelbagai buku, baik buku tatabahasa mahupun buku teks Bahasa Melayu, yang digunakan di sekolah. Bagi pengguna bahasa yang mendalami bidang bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi, mereka pernah didedahkan kepada buku tatabahasa yang ditulis Zaba, Asmah Omar dan lain-

lain. Pelajar sekolah pula didedahkan kepada aspek tatabahasa berdasarkan buku tatabahasa pegangan, iaitu Tatabahasa Dewan. Kekeliruan berlaku berpunca daripada ketidakseragaman huraian dari segi ejaan, golongan kata dan tatabahasa. 4.1.4 Faktor seterusnya ialah pengguna bahasa Melayu tidak mengetahui sistem bahasa. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistemnya tersendiri. Oleh sebab pengguna bahasa tidak mengetahui sistem ini, maka mereka melakukan kesalahan. Sebenarnya, bahasa Melayu mempunyai sistem, baik dari segi ejaan, morfologi mahupun sintaksis. Lihat sistem bahasa Melayu tentang pembentukan apitan pean, seperti yang berikut:

Laksana melaksanakan- pelaksanaan( bukan *perlaksanaan) Lantik melantik pelantikan ( bukan *perlantikan)

4.1.5 Faktor yang kelima ialah kejahilan dalam kalangan pengguna bahasa. Ada sesetengah pihak yang mengaku tahu, tetapi sebenarnya tidak tahu, malah aspek bahasa yang salah dikatakan yang salah dikatakan betul, manakala aspek bahasa yang betul dikatakan salah. Banyak kosa kata yang yang muncul sejak akhirakhir ini yang memaparkan gejala tersebut. Dalam kajian bahasa, gejala ini dikenali sebagai kejahilan bahasa. Mereka yang terlibat dalam gejala ini tidak mahu mengambil kira pandangan ahli bahasa atau badan yang dipertanggungjawabkan untuk menangani masalah bahasa. 4.2 Kesan Terhadap Proses Pembakuan Bahasa Berdasarkan contoh-contoh kerancuan yang telah dibincangkan, sudah pasti ia memberi kesan terhadap proses pembakuan bahasa Melayu. Antara kesan-kesan tersebut ialah : i) Mutu bahasa Melayu baku lisan dan tulisan akan merosot.

ii) Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat.

iii)

Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh

generasi Melayu. iv) Masyarakat Melayu akan lebih mengagungkan bahasa

asing dan berasa malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu. 5.0 PENUTUP 5.1 Kesimpulan Daripada perbincangan di atas, kesimpulan yang dapat diambil tentang hal ini ialah penguasaan bahasa oleh generasi muda kita, dari murid sekolah rendah kepada mahasiswa yang akan menjadi pemimpin negara adalah jauh dari memuaskan. Kelemahan bahasa dapat dilihat dari beberapa aspek dari kesalahan ejaan kepada kesalahan tatabahasa dan kepada cara mengarang yang tidak berkesan dan tidak berjaya menyampaikan maksud. Usaha untuk menjernihkan kekeliruan dan kekabutan perlu segera dilakukan untuk menghalang berlakunya kitaran krisis ilmu bahasa dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa Melayu. 5.2 Cadangan Penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib adalah perlu untuk memastikan bahawa bahasa Melayu baku sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Demikian juga bahasa Melayu hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Di samping itu, media elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan

dalam kalangan pendengar, penutur dan pengguna bahasa Melayu. Pengamal-pengamal media perlu turut bekerjasama memartabatkan bahasa Melayu yang bermutu tinggi. DBP juga perlu diberi kuasa undang-undang untuk menegur dan mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang melakukan kesalahan bahasa. Bagi syarikat-syarikat penerbitan majalah pula hendaklah mewujudkan satu biro khas berkaitan dengan bahasa baku agar makalah yang diterbitkan diedit dan mengikut bahasa baku yang betul. Semoga dengan langkah-langkah ini, kerancuan bahasa Melayu dapat ditangani dan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu akan lebih mantap.

Anda mungkin juga menyukai