Anda di halaman 1dari 61

MenurutAwangSariyan(1983)danRahimahHjSarban(1988)aspekejaandalampenulisanmerupakan aspek tatabahasa yang

perlu dikuasai oleh murid-murid sekolah. Kesalahan yangdilakukanolehmurid_muridpadaperingkatawalakan


berlanjutanhinggakeperingkatyanglebih tinggi. Dalam bidang penulisan pula, kelemahan menguasai ejaan
akan menjejaskankomunikasi bidang itu sendiri. Kesalahan ejaan akan terbawa-bawa dalam
situsi penulisan Negara.Olehhalyangdemikian,kajianinipentinguntukmengkajiteknikyangterbaikuntuk mengatasi masalah yang
telah diutarakan ini.

Kertas Kerja Cadangan: Penyelidikan Tindakan 1


MENGATASI MASALAH KEKELIRUAN DALAM MEMBEZAKAN PENGGUNAAN
HURUF B DAN P KETIKA MENULIS SESUATU PERKATAAN DENGAN KAEDAH (A&B)
Nama Pelajar:
Syed Ahmad Fadzrool B Syed Mohd Fadzil
No Kad Pengenalan:
890826-05-5495
Angka Giliran:
23571
Kumpulan / Unit
PISMP G2 : BM/PJ/PSV
Nama Pensyarah Pembimbing:
Cik Hjh Nur `Azah Bt Hj. Ahmad
Tarikh Serahan:
7hb Mac 2012
a.

Pendahuluan
Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah
rendah. Hal ini amat penting untukmereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa
hadapan. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan

tentang kemahiran membaca


murid

dalam kalangan

murid-

Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi

antara

sekolah rendah

dan

menulis Bahasa

Melayu

di luar bandar ( Abdul Rasid Jamian, 2011)

kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran


maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem

iaitu mengambilkira

matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan
membaca

dan menulis

merupakan

suatu

kemahiran

yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
dalam

pelbagai

disiplin

ilmu

di

sekolah.

Pencapaian

dan

tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan

kebolehan

yang

penguasaan

pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu.(Abdul Rasid Jamian)
Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan
menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam
diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak
membunyikan perkataan dengan b betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja
serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya.Ini
menimbulkan pola bacaan yang merangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak
memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut.Selain itu, murid ini juga lemah dan
tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang
diberikan oleh guru.
Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009),cara memegang alat tulis akan
mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus
menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju
dan memasan manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan
kelemahan dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika
memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor
halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya
menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan bukan jari untuk menulis.
Sasson (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran
menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut

pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan
perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada
peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan ynag cantik
dan penuh dengan kesenian.
Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan
pengetahuan yang mereka ada untuk menyelesaikan sesuatumasalah.Contohnya, seperti ketika mereka
berhadapan dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberikan jawapan alternatif bkepada pyang
ditunjukkan. Selaindari masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis imej cermin juga
wujud dancontoh kekeliruan yang sering didapati adalah kekeliruan antara huruf bdengan
huruf d dan huruf pdenganq( Higgins et al.1996).
Satuanalisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk kanak-kanak tadika oleh
Popp (1964) melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran memadankan bentuk huruf kecil
sepertiu, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k . Kajian Popp (1964) juga menunjukkan kanak-kanak tadika juga
mengalami kekeliruan abjad dalam usahamemadankan bentuk-bentuk huruf kecil sepertib-d,p-q, b-q, dan
d-pyang dinamakan masalah pembalikan huruf (reversal of letters).
Merujuk pada pandangan tokoh yang telah dinyatakan diatas, saya dapati perkara yang
dijelaskan mempunyai kaitan dengan pengalaman saya sepanjang menjalani praktikal sebanyak
tiga kali ini. Ini dapat lihat dalam masalah-masalah yang terdapat di setiap sekolah yang telah
saya menjalankan sesi praktikal ini.
Bagi praktikal fasa pertama iaitu di Sekolah Kebangsaan Tasek Damai, saya telah
menghadapi cabaran dalam berhadapan dengan murid yang mengalami masalah dari segi bentuk
tulisan yang teruk.Ini dapat dilihat sepanjang sebulan saya menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah tersebut.Ia juga berlaku dalam kalangan murid tahap dua. Ini secara
tidak langsung saya dapat mengaitkan masalah penulisan masih lagi menyelubungi diri muridmurid tahap dua.
Selain itu, saya juga telah berhadapan dengan masalah murid tidak mampu membezakan
huruf kecil dan huruf besar.Ini dapat dilihat ketika saya menjalankan praktikal fasa kedua iaitu
disebuah sekolah kecil di tengah bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang.Hampir
kesemua murid dikalangan murid tahap dua sekolah tersebut mengalami masalah ini.Ia dapat
juga digambarkan sebagai masalah dalam aspek penulisan yang juga dapat dikaitkan dengan
kajian saya ini.

Pada kali ini, ketika menjalankan praktikal fasa ketiga ini, saya juga menghadapi masalah
yang hampir serupa dan ia merupakan masalah yang berat dalam kalangan murid tahap dua.
Masalah tersebut adalah tidak dapat membezakan penggunaan huruf b dan p dalam menulis
perkataan.
Justeru itu, saya mendapat gambaran awal bagaimana masalah ini masih lagi berada
disekeliling saya sedangkan kita sebagai pendidik sudah terlepas pandang akan kelemahan dan
kekurangan murid-murid tahap dua sepanjang tempoh kini. Justeru, kajian ini adalah penting
bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi dan mengurangkan kesalahan dan kekurangan
yang menyelubungi murid-murid tahap dua ini.
b.

Sorotan Literatur
Ramai pengkaji telah membuat kajian dalam bidang penulisan.Seperti yang kita tahu, bidang
penulisan ini merupakan satu bidang yang sangat luas.Pelbagai aspek dapat dikaji melalui aspe
penulisan ini. Seperti yang
Saya merujuk kepada bab tokoh yang telah mengkaji mengenai aspek penulisan. Terdapat
beberapa kajian tentang kesalahan bahasa berfokuskan kepada penulisan seperti Politzer dan
Ramirez (2006), Vongthieres (2006) dan Fox (2007).
Menurut kajian Politzer dan Ramirez (2006) yang dikutip oleh Hjh Dayang Rose
Hamidah (2006:23) dalam kajiannya telah menganalisis kesilapan bahasa Inggeris yang
dituturkan oleh kanak-kanak Mexican-American yang menghadiri monolingual (67 orang) dan
bilingual (59 orang). Kanak-kanak ini ditayangkan filemanimated cartoon sebanyak 4 kali
kemudian mereka disuruh menceritakan semula jalan ceritanya. Penceritaan mereka dirakam dan
dianalisis mengikut peringkat-peringkat aspek yang hendak dikaji, iaitu morfologi dan
sintaksis.
Hasil

kajian

mereka

menunjukkan

bahawa

sebanyak

50%

adalah

kesilapan

menggunakan simple past tense, sementara 10% adalah kesalahan preposition sebelum frasa
nama.

Mereka

lagi, punca kesilapan


rpunca

bahasa berlaku di kalangan

menambah
para pelajar berkenaan

adalah be

daripada pengaruh bahasa ibunda, dialek-dialek bahasa Inggeris yang tidak standard

dan pengaplikasian peraturan-peraturan tatabahasa yang tidak sistematik.


Satu lagi kajian Vongthieres (2006) yang dikutip oleh Hjh Dyg Rose Hamidah, 2006: 24),
iaitu

kajian

berdasarkan

masalah-masalah

yang

dihadapi

oleh

pelajar-

pelajar Thailand dalam mempelajari bahasa Inggeris di Universiti Ohio. Hasil


menunjukkan

bahawa

aspek

yang

menjadi

masalah

adalah penggunaan kata kerja mengikut jenis kata

kepada

pelajar-pelajar

kajian
tersebut

tense yang berlainan. Sebanyak

44.8% kesalahan adalah kesalahan dari jenis penggunaan kata kerja mengikut jenis kata tense
yang dilakukan oleh para pelajar tersebut.
c.

Fokus Kajian.
Sebelum saya menentukan fokus kajian, saya telah menghadapi beberapa masalah kajian yang
dialami dalam kalangan murid Tahun 4 Jaya. Antara masalahnya adalah masih lagi terdapat
murid yang tidak mahir atau tidak mampu untuk membaca dengan lancar, murid keliru akan
penggunaan huruf b dan p, murid masih lagi tidak mampu membezakan ayat tunggal dan ayat
majmuk dan tidak boleh membina peta minda dengan betul.
Hasil perbincangan dengan Puan Hayati (Guru Kelas Tahun 4 Jaya), antara masalah
utama dikalangan murid Tahun 4 Jaya ialah murid tidak dapat membezakan penggunaan huruf b
dan p ketika membina ayat atau karangan. Ini jelas kelihatan apabila saya membuat semakan
buku tulis dan karangan mereka.Terdapat kesalahan yang dlakukan terutamanya perkataan yang
mempunyai huruf b dan p dibelakang perkataan.
Oleh itu, saya akan memfokuskan kajian ini kepada murid-murid Tahun 4 Jaya yang
berpotensi untuk mendapat keputusan yang baik dalam Bahasa Melayu 2 bahagian B. Keadaan
ini adalah kerana murid-murid ini sebenarnya mampu membaca dengan baik tetapi disebabkan
mereka masih tidak mampu membezakan huruf b dan p murid-murid ini sukar untuk
mendapatkan markah yang baik dalam penulisan.Justeru itu secara tidak langsung prestasi
murid-murid ini semakin merudum.
Bagi murid-murid Tahun 4, penulisan yang betul tidak lagi sepatutnya menjadi masalah
bagi mereka.Ini kerana mereka seharusnya sudah mendapat latihan yang baik di tahap satu
dahulu dan mereka perlu mahir mengenai penulisan ini.Pada tahap dua ini, penulisan adalah
penting kerana mata pelajaran Bahasa Melayu kertas dua memerlukan murid-murid yang mampu
untuk menulis dengan baik.

d.

Objektif Kajian
Dalam kajian ini, objektif umum yang ingin dicapai adalah untuk mengenal pasti masalah dalam
kekeliruan penggunaan huruf b dan p bagi murid-murid sekolah rendah di luar bandar.
Manakala objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut :

1.

Mengenal pasti cara menulis huruf b dan p mempunyai perbezaannya.


2.

Meningkatkan

penggunaan

huruf

dan

dalam

menulis

perkataan

dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Jaya.


3.
e.

Meningkatkan prestasi murd Tahun 4 Jaya dalam aspek penggunaan huruf b dan p

Soalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, maka tiga persoalan kajian dibina seperti berikut :

1.

Mengenal pastipunca masalah kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam kalangan murid
Tahun 4 Jaya.
2. Apakah kaedahA&B dapat digunakan sebagai satu kaedah menulis huruf b dan p dalam
sesuatu perkataan.
3.

Sejauh

manakah

prestasi

murid

Tahun

Jaya

meningkat

setelah

menggunakan kaedah K&K


f.

Kumpulan Sasaran.
Praktikal fasa 3 kali ini saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Malim Nawar iaitu
merupakan sebuah sekolah gred B dan juga merupakan Sekolah Kurang Murid.Sekolah
Kebangsaan Malim Nawar ini terletak berdekatan dengan Pekan Malim Nawar.Ia merupakan
sebuah pekan yang beradap di mukin Jeram dan daerah Kampar.
Malim Nawar merupakan sebuah pekan kecil dipinggir bandar yang mana kebanyakkan
penduduknya merupakan masyarakat Melayu sebagai kaum yang utama diikuti oleh masyarakat
Cina dan India.Masyarakat Malim Nawar ini majoritinya berpendapatan sederhana dan punca
utama rezeki mereka adalah bertani dan bercucuk tanam.Justeru itu, dapat dilihat bahawa muridmurid di Sekolah Kebangsaan Malim Nawar ini berlatar belakangkan keluarga yang sederhana
dan berpendapatan rendah.
Dalam kajian yang dikaji, saya telah memfokuskan kepada murid-murid kelas Tahun 4
Jaya.Ini adalah kerena saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam
kelas tersebut.Kelas Tahun 4 Jaya ini mempunyai 17 orang murid yang terbahagi kepada 8 orang
murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Bilangan ini tidak ramai kerana sekolah ini
ditempatkan bilangan murid yang sedikit dalam sesebuah kelas dan juga mempunyai pelbagai
aras dan tahap pencapaiannya.

Oleh itu, secara tidak langsung prestasi murid Tahun 4 Jaya ini berada ditahap yang
sederhana dan lemah, akan tetapi mereka masih lagi berkebolehan dalam mencapai tahap yang
memberangsangkan jika dapat dibentuk awal dengan cara yang betul.
g.

Rancangan Tindakan
Beberapa rancangan tindakan telah difikirkan yang mana kemungkinannya mampu untuk
meningkatkan kemahiran dan kemampuan murid-murid sekolah SKMN untuk membezakan
penggunaan huruf b dan p ketika menulis perkataan. Pelbagai kaedah telah dirancangkan dan
penyusunan tindakan yang akan dijalankan telah pun disusun agar dapat membuat perlaksanaan
dengan baik dan tersusun.Kaedah dan tindakan yang dirancang disenaraikan dalam jadual
berikut.

h.

Tindakan yang dijalankan.

Setelah melihat masalah kekeliruan murid-murid dari perspektif psikologi, termasuk


setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran
murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya
terutama sekali aspek ejaan kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya.
Walau apa jua kaedah yang hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan
membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak melupakan
batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah untuk mengatasi
masalah kekeliran penggunaan huruf b dan p ini akan dijelaskan.
Kaedah A&B iaitu kaedah atas dan bawah yang telah dicipta bagi mengatasi masalah
kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam menulis sesuatu perkataan. Kaedah A&B ini
merupakan satu kaedah yang lebih memfokuskan kepada murid untuk mengenal dan memahami
penggunaan huruf b dan p dala menulis sesuatu perkataan dan ayat.Berikut adalah langkahlangkah dalam menjalankan kaedah A&B ini.
Langkah 1
Untuk langkah pertama ini, saya akan menjalankan pemerhatian untuk mengenal pasti secara
tidak langsung tentang kekeliruan terhadap penggunaan huruf b dan p.Pemerhatian akan
dilakukan dengan saya membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid di dalam buku tulis
mereka. Di situ dapat dilihat bahawa terdapat masalah dimana murid sering kali salah dalam
penggunaan huruf b dan p ketika menulis perkataan.
Selain itu, saya juga akan membuat Ujian diagnostik terhadap murid-murid. Ujian ini
dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran murid dalam pengejaan sesuatu perkataan itu
terutama sekali perkataan yang mempunyai huruf b dan p..Ini kerana tahap kemahiran setiap
murid adalah berbeza-beza. Jadi hasil dari ujian ini akan memudahkan guru untuk merancang
latihan yang bersesuaian dengan murid. Ujian ini juga dapat melihat kemahiran yang diajar
adalah berpandukan kepada kelemahan murid tersebut.
Dalam langkah ini juga saya akan menjalankan sesi temu bual bersama guru kelas Tahun 4 dan
juga guru pembimbing mata pelajaran Bahasa Melayu. Temu bual ini adalah bertujuan untuk
mengenal pasti kemampuan sebenar murid-murid di kalangan Tahun 4 Jaya ini. Dalam temu bual
ini pelbagai soalan akan ditanya dan fokus temu bual ini adalah untuk menentukan tahap
seseorang murid dalam mengenal perbezaan diantara huruf b dan p.

Langkah 2
Setelah mendapat hasil keputusan ujian diagnostik dan juga temu bual bersama guru kelas dan
guru pembimbing, tindakan selanjutnya adalah dengan memulakan sesi penerangan dan
pengajaran teknik mengenal huruf b dan p.
Dalam langkah ini, saya akan menerangkan kepada murid teknik menulis huruf b yang
betul iaitu dengan kedudukan bermula dari pangkalnya diatas terlebih dahulu. Manakala bagi
huruf p pula, kedudukan pensil bermula dari pangkalnya dibawah dahulu. Cara ini secara mudah
dapat difahami oleh murid-murid dalam tujuan mengenal bentuk dan cara penulisan huruf b dan
p dengan betul.
Langkah 3
Langkah seterusnya,saya memberikan ujian pertama dengan murid dikehendaki untuk mengenal
pasti kedudukan huruf b dan p dalam sesebuah petikan yang diberikan dengan cara
menggariskan atau membulatkan. Cara ini bertujuan untuk membiasakan murid dengan
kedudukan huruf-huruf tersebut dalam sesuatu perkataan sekali gus dapat memberi gambaran
kepada murid tentang penggunaan huruf b dan p dalam sesuatu perkataan itu.
Langkah 4
Pada langkah keempat ini, saya akan menguji murid dengan cara menyenaraikan perkataanperkataan yang mempunyai huruf b dan p dengan ejaan yang betul. Murid akan menggunakan
pengetahuan yang mereka ada untuk menulis semula perkataan yang telah dilihat dalam latihan
sebelum ini. Cara sebegini murid akancuba mengenal dan mengecam ejaan yang betul bagi
sesuatu perkataan itu. Selain itu murid juga dapat melatih diri dalam menulis sesuatu perkataan
itu dengan menggunakan huruf b dan p dengan betul.
Langkah 5
Setelah melaksanakan ujian dalam langkah 4, saya akan membuat penilaian terhadap hasil kerja
murid tersebut. Berdasarkan penilaian yang dibuat, murid yang lulus atau mampu menyelesaikan
ujian yang dilaksanakan dengan baik akan dibuat tindakan selanjutnya, manakala murid yang
masih lagi tidak mampu mengenal perbezaan huruf b dan p dengan ujian dalam langkan 4 akan
diuji semula. Dengan cara ini guru akan mengulangi semula langkah 4 untuk memastikan
bahawa murid-murid yang masih lagi tidak melepasi tahap yang diinginkan itu dapat
melaksanakannya dengan lebih baik.
Langkah 6

Setelah guru melaksanakan pusingan kedua bagi murid-murid yang belum mencapai tahap di
langkah 5, guru mula mengumpulkan hasil dapatan yang diperolehi. Hasil tersebut direkodkan ke
dalam penulisan kajian tindakah yang akan dihasilkan kelak. Justeru itu, guru sendiri dapat
merumuskan bahawa kaedah yang digunakan iaitu Kaedah A&B berhasil untuk dilaksanakan
atau pun tidak. Segala keputusan dan tindakan yang dilaksanakan akan dijilidkan bagi.
i.

Teknik Pengumpulan Data. (jadual)


Setelah memperoleh data-data yang dikehendaki dengan cara membuat pemerhatian, ujian, temu
bual serta latihan dan penilaian, teknik pengumpulan data juga perlu bersesuaian dengan cara
bagaimana sesuatu data itu hendak dikumpul atau direkodkan. Berikut adalah beberapa teknik
pengumpulan data yang dirancang dalam merekod maklumat atau data yang diperolehi.

a.

Teknik Pemerhatian
Teknik pemerhatian merupakan salah satu teknik pengumpulan data yang sesuai digunakan bagi
mengenal pasti masalah sama ada pada peringkat awal atau sepanjang proses tindakan. Dalam
teknik pemerhatian ini boleh terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya pemerhatian di awal
tindakan, pemerhatian ketika tindakan berjalan dan pemerhatian di akhir tindakan.
Pemerhatian di awal tindakan adalah seperti membuat pemerhatian terhadap hasil kerja
murid yang lepas, antaranya membuat semakan terhadap buku latihan murid dan ujian bulanan
murid yang lepas. Pemerhatian ini adalah untuk mendapatkan gambaran awal mengenai masalah
yang dihadapi murid serta mengenal tahap prestasi murid ketika itu. Berikut adalah contoh
borang teknik pemerhatian di awal tindakan dalam proses pengumpulan data.
Teknik Pemerhatian Ketika Tindakan pula adalah pemerhatian yang akan dilakukan
sepanjang proses tindakan itu berjalan. Ini bermaksud bermulanya penerangan sehingga tamat
menjalankan kaedah yang dirancang, pemerhatian akan sentiasa berlaku. Ia disebabkan guru
ingin melihat dan meneliti sebarang perkembangan dan perubahan yang berlaku terhadap
prestasi murid ketika menjalankan kaedah tersebut. Ini adalah penting kerana ia dapat mengenal
pasti sama ada murid mampu membuat perubahan yang positif dalam masa yang lebih singkat
dari jangkaan guru atau sebaliknya.
Bagi teknik pemerhatian di akhir pula, tindakan dijalankan selepas melaksanakan kaedah
A&B tersebut. Pemerhatian ini adalah bertujuan bagi memastikan murid-murid dapat menerima
dengan baik atau juga dapat menilai sama ada kaedah yang digunakan itu mampu dilaksanakan
dengan jayanya atau pun tidak.

Teknik Temu Bual


Temubual merupakan satu pemerhatian yang lebih menjurus kepada respon berbentuk verbal dan
juga gerak badan. Temubual membolehkan guru mengkaji dengan lebih terperinci akan masalah
murid-murid tersebut. ini juga menurut Merriem (1998) penggunaan temubual bertujuan untuk
mengumpulkan maklumat yang tepat sepeti sosiodemografik, umur, pendapatan, taraf
perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya.
Di sini guru dapat membuat temubual bersama guru pembimbing dan guru kelas bagi
mengetahui akan masalah yang dihadapi oleh murid dan juga guru sendiri boleh membuat
tamubual bersama murid itu sendiri.

j.

Teknik Analisis Data.


Analisis data adalah suatu kegiatan untuk meneliti, memeriksa, mempelajari, membandingkan
data yang ada dan membuat interpretasi yang diperlukan.Selain itu, analisis data dapat digunakan
untuk mengindentifikasi ada tidaknya masalah.Kalau ada, masalah tersebut harus dirumuskan
dengan jelas dan benar.
Kegunaan analisis data adalah sebagai bahan masukan untuk pengambilan keputusan,
perencanaan, pemantauan, pengawasan, penyusunan laporan, penyusunan statistik pendidikan,
penyusunan program rutin dan pembangunan, peningkatan program pendidikan, dan pembinaan
sekolah.
Dalam menganalisis data, pelbagai cara yang boleh laksanakan, antaranya dari aspek
pemerhatian. Kajian saya ini akan menggunakan beberapa borang bagi teknik pengumpulan data
pemerhatian (seperti yang dijelaskan dalam teknik pengumpulan data). Dengan borang tersebut,
analisis dijalankan dengan mengenal pasti sama ada murid-murid ini mempunyai masalah seperti
yang dinyatakan. Berdasarkan pemerhatian terhadap masalah murid itu, saya akan mengambil
tindakan susulan dengan mengklasifikasikan masalah-masalah murid ini kepada beberapa
kategori iaitu kategori peringkat 1, peringkat 2 dan peringkat 3.
Dalam peringkat 1, murid bermasalah ini berada pada tahap paling rendah. Ini adalah kerana
mereka langsung tidak dapat mengenal dan membezakan huruf b dan p dalam menulis
perkataan. Manakala peringkat 2 pula, murid-murid ini dikategorikan sebagai bermasalah dari
aspek fizikal seperti kesalahan cara memegang pensil, mempunyai masalah penglihatan dan
sebagainya dan peringkat 3 pula murid-murid ini boleh diklasifikasikan dengan masalah
ketidakprihatinan dalam diri mereka. Ini dapat dijelaskan dengan murid-murid tersebut

melakukan kesilapan dalam penulisan b dan p atas sebab cuai dan lalai ketika menulis sesuatu
perkataan atau ayat. Ini secara tidak langsung akan memberikan kesan yang negatif kepada
prestasi mereka kerana kesalahan ini akan menjadi tabiat dan kebiasaan bagi mereka jika tidak
dibendung pada peringkat awal.
Seterusnya, analisis data juga boleh dilakukan pada pengumpulan data temubual. Berdasarkan
data yang diperoleh, teknik temubual boleh dianalisis dengan memastikan beberapa masalah
yang dihadapi oleh setiap individu dalam kelas tersebut. Dalam temubual ini, saya akan
berkomunikasi dengan guru kelas dan juga guru pembimbing bagi mendapatkan maklumat serta
bersoal jawab juga dengan murid itu sendiri. Dalam kaedah temu bual ini, maklumat yang
diperoleh akan dikenal pasti kesahihannya.
Bagi memastikan kesahihanya itu, saya akan membuat rujukan kepada pensyarah penasihat bagi
mengklasifikasikan murid-murid tersebut kepada beberapa kumpulan yang berbeza tahap. Tujuan
kumpulan ini diadakan kerana ia dapat memudahkan saya melaksanakan kaedah A&B ini
mengikut tahap dan prestasi. Dalam kumpulan murid Tahun 4 Jaya tersebut mempunyai pelbagai
tahap dan prestasi yang berbeza. Ini secara tidak langsung membuatkan ujian yang diberi juga
perlu mengikut perkembangan tahap murid agar dapat mengaitkan keputusan yang diperoleh
dengan persekitaran dan masalah pemebelajaran murid itu sendiri.
k.

Anggaran Belanjawan

Bil
Item/Perkara

Kuantiti

Harga Seunit

Jumlah

1.

Kertas Putih A4

RM 10.00

RM 10.00

2.

Dakwat Printer

RM 80.00

RM 80.00

3.

Buku Rujukan

RM 20.00

RM 40.00

4.

Cetakan Bahan

RM 20.00

RM 20.00

5.

Minyak Kenderaan

RM 50.00

RM 50.00

6.

Alat Tulis

RM 20.00

RM 20.00

Jumlah Keseluruhan

RM 220.00

7.0 Jadual Belanjawan


l.

Senarai Rujukan
Abdul Rasid Jamian. (2008) Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa
Melayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar: Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan
menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di
Konvensyen Pendidikan Nasional 2008.Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun 2008.
Popp (1964), Masalah Kanak-kanak Mengenal Abjad .Melalui jurnal Fakulti Pendidikan
Universiti Pendidikan Universiti Malaya,Jilid 11, (1984/85)
Noraini Ombi (2009: 215-227), Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2
dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Buku Koleksi Kertas Kerja
Seminar Penyelidikan IPGM KBL.
Sasson, R. (1993). The art and science of handwriting. Dimuat turun daripada
http://mariasalamperpaduan.blogspot.com/2011/12/contoh-kajian-tindakan-masalah.html.
13 Februari 2012.

Pada

Kajian Kelemahan Tatabahasa Pelajar Cina Dalam Karangan


Kelemahan Tatabahasa Pelajar Cina Dalam Penulisan Karangan
Di Peringkat Menengah Rendah
Nursidah binti Ab.Hamid (Ms.PBMP)
Fairose binti Sulaiman (Med.Bahasa Melayu)
Jamaludin bin Badusah (Phd)
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abstrak
Kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di peringkat menengah rendah
agak membimbangkan. Kelemahan tersebut jika tidak ditangani oleh guru secara pragmatik
bukan sahaja pencapaian mereka dalam Bahasa Melayu terjejas malahan turut menggagalkan
matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah iaitu untuk melahirkan pelajar yang
berketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan
harian, pendidikan dan pekerjaan. Antara faktor yang menyebabkan kelemahan tatabahasa
pelajar tersebut ialah faktor persekitaran, pengaruh bahasa ibunda, pedagogi pengajaran guru dan
sikap mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Sehubungan dengan hal itu, satu kajian
telah dilakukan untuk mengenal pasti aspek kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan
karangan di sebuah sekolah menengah dalam bandar di daerah Batu Pahat, Johor. Dapatan kajian
menunjukkan sembilan aspek kesalahan morfologi pelajar telah dikenal pasti. Antaranya ialah
kesalahan penggunaan imbuhan awalan beR, di, ke, meN, pe, kata tugas, ganti nama diri, kosa
kata dan ejaan di samping kesalahan struktur ayat. Sehubungan dengan hal itu, beberapa langkah

disarankan kepada para guru untuk menangani kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam
penulisan karangan di bilik darjah secara terancang supaya matlamat kurikulum Bahasa Melayu
sekolah menengah tercapai.
PENGENALAN
Dalam konteks pendidikan bahasa Melayu di Malaysia, kajian tentang penguasaan bahasa pelajar
terutama dalam kalangan pelajar bahasa kedua sering dilakukan oleh para penyelidik. Antaranya
kajian yang telah dilakukan oleh Foziah (1992), Narayanan (1993), Mohamad Tarmizi (1994),
Noor Aina (1996), Khairudin (1997) dan Rosalind (2009). Hal ini disebabkan penguasaan bahasa
kedua bagi pelajar bukan Melayu seperti pelajar Cina, pelajar India dan pelajar peribumi sama
ada di Sabah dan di Sarawak tidak berlaku secara semula jadi tetapi didorong oleh berbagaibagai motif seperti untuk mengelakkan pemencilan, memajukan kerjaya, meningkatkan ilmu
pengetahuan dan sebagainya, Tambahan pula, tidak semua manusia itu dilahirkan dwibahasa
(Zulkifley, 1994) dan hal tersebut menyebabkan pembelajaran bahasa kedua di bilik darjah perlu
terancang dan berkesan.
Memandangkan terdapat perbezaan antara pemerolehan bahasa pertama dengan bahasa kedua
dalam kalangan pelajar, Lyon (1968) telah menggunakan istilah penguasaan (acquisition) untuk
bahasa pertama dan istilah pembelajaran (learning) untuk bahasa kedua. Sungguhpun begitu
Haliday (1970), Gleitman (1986) dalam Zulkifley (1994) menyatakan bahawa bahasa kedua
boleh dipelajari melalui keadaan semula jadi (sebelum tempoh masa kritikal tamat) dan melalui
kaedah terancang (selepas tempoh masa kritikal). Sehubungan hal itu, Steinberg (1982)
memberikan lima sebab pembelajaran terancang bagi pemerolehan bahasa kedua di bilik darjah
yang amat berbeza dengan pembelajaran semula jadi. Antara sebab tersebut ialah keadaan bilik
darjah memaksa pelajar menyesuaikan diri kepada proses-proses kumpulan, disiplin dan tatacara
bilik darjah; kurikulum terancang dipatuhi oleh guru untuk menyempurnakan tujuan-tujuan
tertentu berkenaan bahasa yang diajar; rumus-rumus nahu dipaparkan dan guru mungkin
menggunakan bahasa pertama untuk menerangkan sesuatu struktur dalam bahasa kedua;
penggunaan bahasa kedua di dalam bilik darjah terhad dan guru mengunakan bahan bantu
mengajar untuk melaksanakan matlamat yang ditetapkan oleh guru.
Banyak cabaran yang dihadapi oleh guru dalam usaha mencapai objektif utama pengajaran
bahasa kedua. Para guru bukan sahaja berusaha untuk mencapai objektif pengajaran untuk
membolekan pelajar memahami pertuturan, menghasilkan pertuturan, kebolehan membaca dan
menulis bahkan guru juga memastikan pelajar boleh menghasilkan ayat-ayat gramatis dan
seterusnya membina kebolehan memproses bahasa pada tahap wacana. Dalam hal ini, Juriah
Long (2009) menegaskan bahawa senario pendidikan di Malaysia pada abad ke-21 dipengaruhi
oleh perubahan pesat yang berlaku dalam semua aspek kehidupan rakyat Malaysia hasil daripada
kemajuan sains dan teknologi serta tindakan maklumat. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia
dihadapkan pula dengan cabaran baru iaitu hasrat Malaysia menjadi negara maju dalam bidang
ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan menjelang 2020. Oleh yang
demikian, menurut beliau lagi, pendidikan menjadi salah satu asas utama dalam pembangunan
negara Malaysia. Sejajar dengan hasrat pembangunan negara, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah menyemak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan menggubah semua berdasarkan
penggunaan bahasa untuk membolehkan pelajar menggunakan bahasa Melayu bagi menghadapi
rintangan dan cabaran pendidikan alaf ke-21.
Oleh yang demikian antara tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui aspek

kelemahan tatabahasa pelajar Cina dalam penulisan karangan di peringkat menengah rendah.
Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu guru-guru memilih dan menyesuaikan kaedah
pengajaran bahasa kedua supaya matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah
untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi
keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2002).
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA
Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa kedua bagi
mereka yang mempunyai bahasa pertama seperti Mandarin, Tamil, Iban dan Dusun. Penutur
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua memperoleh bahasa tersebut melalui proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Hal tersebut menyebabkan tatacara penguasaan bahasa tersebut
adalah berbeza dengan penutur jati (Hornstein dan Lightfoot 1991, Zulkifley Hamid 2000). Oleh
itu, bahasa Melayu sebagai bahasa kedua merujuk kepada bahasa Melayu yang dikuasai dan
digunakan oleh penutur bukan Melayu di Malaysia.
Akta Pelajaran 1961 memperuntukkan beberapa perkara tentang penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan di sekolah. Antaranya ialah penggunaan bahasa Melayu, bahasa
kebangsaan, bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah dan mata pelajaran bahasa Inggeris
dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah rendah, menjadikan bahasa kebangsaan
sebagai mata pelajaran yang wajib dipelajari di semua Sekolah Jenis Kebangsaan (SRJK) dan
sekiranya munasabah dan praktikal dan sekiranya ibu bapa lebih daripada lima belas orang murid
memohon kemudahan pengajaran bahasa Cina dan Tamil boleh diadakan; menjadikan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah menengah kebangsaan, manakala
bahasa Inggeris diajar sebagai mata pelajaran wajib; dan pengajaran bahasa kebangsaan adalah
wajib bagi semua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil boleh diajar
sekiranya praktikal dan munasabah, dan sekiranya lebih daripada lima belas orang ibu bapa yang
memohon. Berdasarkan Akta Pendidikan 1961, ternyata bahawa peruntukan dasar bahasa
kebangsaan dalam sistem pendidikan yang ternyata secara eksplisit dalam Akta Pelajaran 1961
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah rendah dan menengah
kebangsaan. Sementara itu, bahasa Inggeris diajar sebagai mata pelajaran wajib. Hasrat ini
adalah selaras dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara seperti yang termaktub dalam perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967(Juriang Long, 2009).
PERNYATAAN MASALAH
Pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi
sekolah-sekolah menengah di negeri Johor sejak tiga tahun belakangan menjadi isu dalam
kalangan pendidik di negeri ini lantaran peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar amat
kecil sekali. Pada tahun 2007 pencapaian yang ditunjukkan ialah 71.74%, tahun 2008 ialah
73.82%, dan pada tahun 2009 sebanyak 73.41% (Jabatan Pelajaran Negeri Johor, 2009).
Sementara itu, keputusan Bahasa Melayu PMR bagi daerah Batu Pahat pada 2007 ialah 91.24%,
tahun 2008 91.69% dan tahun 2009 ialah 91.15%. Manakala keputusan Bahasa Melayu sekolah
tempat responden dipilih pada tahun 2009 ialah 86.29% berbanding 91.79 % pada tahun 2008

dan 89.24% pada tahun 2007 (Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat,2009).
Tambahan pula analisis peratus pencapaian karangan dalam kalangan responden menunjukkan
tahap yang sangat lemah iaitu 12% daripada 34 pelajar memperoleh markah lulus. Hal ini
disebabkan terdapat banyak kesalahan aspek tatabahasa dalam karangan yang dihasilkan.
Menurut Abdul Aziz (1996), penilaian secara analisis boleh dilakukan oleh guru untuk
mendapatkan maklum balas subkemahiran penting yang berkaitan karangan misalnya dari aspek
struktur dan gaya, pemilihan isi, penyusunan isi, tatabahasa, penggunaan perbendaharaan kata,
dan aspek mekanis dalam penulisan karangan. Maklumat analisis tersebut merupakan asas untuk
mengesan kekuatan dan kelemahan pelajar secara umum dan akan digunakan oleh guru dalam
pengajaran pemulihan.
Selain itu, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pejabat Pelajaran Batu Pahat pada 2009,
bilangan guru Bahasa Melayu yang mengajar di peringkat menengah rendah yang bukan opsyen
adalah lebih banyak jumlahnya berbanding guru-guru opsyen Bahasa Melayu. Guru-guru
tersebut bukan sahaja mempunyai pengalaman mengajar antara 01-05 tahun malah mereka terdiri
daripada pelbagai latar belakang pendidikan seperti Teknologi Maklumat ( 15%), Akaun dan
Ekonomi (10%), Alam Sekitar (02%), Sains dan Matematik (20%), Pendidikan Seni dan Muzik
(15%), Sejarah dan Geografi (25%) dan lain-lain (13%). Sementelahan itu, bilangan guru opsyen
yang mengajar Bahasa Melayu menengah rendah di sekolah responden ialah 16% berbanding
bilangan guru bukan opsyen sebanyak 84%.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Dua (2002) telah menetapkan bahawa
tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam
konteks ketetapan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.
Antara aspek morfologi yang diberi tumpuan ialah struktur kata yang merujuk kepada pola suku
kata bagi bagi kata Melayu asli dan kata pinjaman bahasa Melayu, bentuk kata seperti kata
tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda, dan golongan kata yang terdiri daripada kata
nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Manakala aspek sintaksis yang diberikan tumpuan
pula ialah unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan pembinaannya serta
pembahagian subjek dan predikat, jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat
seruan, ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif, susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang,
binaan ayat iaitu ayat dasar, ayat tunggal, dan ayat majmuk, proses penerbitan ayat seperti
konsep ayat terbitan, proses pengguguran, proses penyususnan semula, proses peluasan dan
aspek tanda baca.
Aspek tatabahasa dalam penulisan karangan Bahasa Melayu PMR merupakan salah satu kriteria
yang diberi perhatian dalam pemberian markah sama ada bagi penulisan karangan Bahagaian B
iaitu karangan berdasarkan bahan rangsangan yang memperuntukkan 20 markah atau penulisan
karangan respon terbuka iaitu karangan Bahagian C yang memperuntukkan 40 markah. Antara
kriteria untuk menentukan peringkat pencapaian calon dalam karangan Bagaian B sama ada
cemerlang, baik, sederhana, lemah atau belum menguasai ialah ayat yang gramatis, kata dan kosa
kata yang tepat, kesalahan penggunaan kata yang minimum, ejaan dan tanda baca yang betul.
Manakala kriteria untuk menentukan sesuatu peringkat calon bagi karangan respon terbuka ialah
penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat, penggunaan pelbagai ayat majmuk yang
gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum, penggunaan penanda wacana yang betul,
ejaan dan tanda baca yang betul, di samping penggunaan kosa kata yang luas dan tepat.

KAJIAN LITERATUR
Menurut Palmer (1969), latar belakang bahasa para pelajar terhadap cara, prestasi dan
permasalahan yang bakal dihadapinya dalam sesuatu bahasa baru perlu mengambil kira bahasa
pertama mereka. Hal ini disebabkan bahasa pertama merupakan elemen penting yang harus
diambil kira dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu program pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan pendapat Palmer itu, para guru perlu melihat bahasa pertama pelajar dalam usaha
mencapai matlamat kurikulum Bahasa Melayu di sekolah menengah.
Awang Sariyan (1988) melihat faktor dialek dan pengaruh bahasa ibunda ialah salah satu faktor
yang menghambat kemajuan pelajar untuk menguasai bahasa Melayu baku sama ada dari segi
sebulan, bacaan dan tatabahasa. Oleh itu bagi pelajar Cina, mereka sukar menyebut sengauan
lelangit keras ny dan lelangit lembut ng dengan tepat .
Nik Safiah (1992) menyatakan gangguan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dalam masyarkat majmuk bukan sahaja disebabkan sekurang-kurangnya empat bahasa daripada
empat keluarga bahasa yang berlainan dituturkan sebagai bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu,
bahasa inggeris, bahasa Cina (berbagai-bagai dialek) dan bahasa Tamil (dan bahasa-bahasa lain
dari India Selatan), tetapi ada juga beberapa bahasa daripada keluarga Austronesia yang
dituturkan sebagai bahasa pertama, terutamanya di Malaysia Timur. Masalah gangguan tersebut
terbit daripada hakikat bahawa seseorang individu (dewasa atau kanak-kanak yang telah pun
menguasai sistem linguistik mencuba pula menguasai sistem linguistik yang kedua yang rendah
penguasaannya, pada peringkat permulaan. Menurut Nik Safiah lagi, walaupun gangguan
tersebut tidak menganggu perhubungan yang berkesan dalam kalangan masyarakat tetapi penting
di peringkat persekolahan kerana bahasa bukan sahaja diajarkan dengan sepenuhnya sebagai alat
pencapaian ilmu tetapi sekolah merupakan badan yang menghasilkan generasi akan datang bagi
sesebuah negara.
Dapatan kajian Juriah Long et al (2003), Siti Normaninseh (2005) dan Hamidah (2004)
menunjukkan bahawa sebahagian dariapada guru-guru (28%-37%) yang mengajar di sekolahsekolah menengah tidak mengkhusus dalam bidang Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu
semasa di institusi pengajian tinggi. Justeru, mereka bukan sahaja tidak boleh mentafsir dan
menterjemah kandungan kurikulum untuk dilaksanakan secara tepat dan berkesan dalam
pengajaran mereka tetapi mereka juga tidak peka terhadap kesalahan-kesalahan baahasa yang
berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan analisis kesalahan bahasa dalam tulisan respondoen, Rosalind (2009) mendapati
bahawa tahap penguasaan bahasa kedua dalam kalangan peribumi Sabah dipengaruhi oleh latar
belakang sosial, ekonomi dan lokasi. Manakala berdasarkan soal selidik, beliau mendapati
responden sangat bergantung kepada pihak sekolah dan guru-guru, khususnya guru Bahasa
Melayu. Kebergantungan tersebut perlu diseimbangkan agar para pelajar mempunyai kesedaran
kendiri. Pendedahan yang meluas tentang penggunaan bahasa Melayu melalui aktiviti
kebahasaan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah memainkan peranan penting untuk menanam
budaya berbahasa Melayu standard.
ASPEK KESALAHAN ASPEK TATABAHASA PELAJAR CINA DALAM
KARANGAN
Dapatan analisis kesalahan tatabahasa responden menunjukkan kesalahan yang kerap dilakukan

oleh mereka ialah penggunan imbuhan awalan beR, imbuhan awalan di, imbuhan awalan ke,
imbuhan awalan meN dan imbuhan awalan pe. Didapati responden banyak melakukan kesalahan
dalam aspek penggunaan imbuhan awalan kerana mereka keliru dengan bunyi sebutan imbuhan
awalan serta tidak menguasai aspek makna imbuhan tersebut (Azman wan Chik, 1989).
Manakala Abdullah (1989) menyatakan pelajar melakukan kesalahan dalam imbuhan disebabkan
mereka tidak memahami fungsi imbuhan. Contoh kesalahan penggunaan imbuhan ber ialah
...supaya boleh bercapai keputusan yang baik [sepatutnya ditulis ...supaya mencapai keputusan
yang baik..], ...kita bertandingan... [sepatutnya ditulis...kami bertanding...], ... mereka
bersembah... [sepatutnya ditulis ... mereka membuat persembahan...]. Kesalahan penggunaan
imbuhan awalan di seperti ....adalah dipilih mereka [sepatutnya ditulis ...adalah untuk memilih
mereka]. Contoh kesalahan penggunaan imbuhan awalan ke.. ialah mereka kelihatan anak-anak...
[sepatutnya ditulis...mereka melihat anak-anak...], ...menyampaikan hadiah kepada kejohanan...
[sepatutnya ditulis...menyampaikan hadiah kepada johan...], Kesalahan imbuhan meN pula
adalah seperti...acara memulakan...,[sepatutnya ditulis...acara dimulakan...],....kita menyedia
[sepatutnya ditulis...kami bersedia].....pihak sekolah mengadakan...(sepatutnya ditulis.... pihak
sekolah mengadakan]. Contoh kesalahan penggunaan imbuhan pe...mengambil bahagian dalam
pembarisan...[sepatutnya ditulis...mengambil bahagian dalam perbarisan], ...banyak penontong ...
[ sepatut ditulis...banyak penonton...]
Kesalahan penggunaan kata ganti nama diri yang banyak dilakukan oleh responden ialah kita.
Ganti nama diri kita merujuk kepada diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (Kamus
Dewan, 2005). Contoh...kita kumpulan..[sepatutnya ditulis ... kumpulan kami...] Menurut Azman
Wan Chik (1989) kesalahan ini berlaku kerana pelajar mengangkap tiada apa-apa perbezaan
antara perkataan kita dengan kami. Hal ini timbul kerana aspek kebudayaan berbahasa tidak
mendapat perhatian yang sewajarnya sewaktu guru mengajar bahasa di bilik darjah.
Responden juga membuat kesalahan dalam aspek kata tugas bagi kata hubung dan sendi nama.
Contohnya ...saya dikalahkan pada...[sepatutnya ditulis...saya dikalahkan oleh...], ....pulang
rumah...[sepatutnya ditulis....pulang ke rumah],... pergi di rumah...[sepatutnya ditulis... pergi ke
rumah], ...rambut yang sebagainya...[sepatutnya ditulis.... rambut dan sebagainya...]
Antara kesalahan kosa kata yang dilakukan oleh responden ialah ...acara mulai...[sepatutnya
ditulis....acara dimulakan...], ....berbaris dengan sombong...[sepatutnya ditulis...berbaris dengan
bangga...], ... sekolah saya menjalankan...[ sepatutnya ditulis....sekolah saya mengadakan...],
...guru besar menyampaikan...[sepatutnya ditulis...pengetua menyampaikan...], ...pukul 10.30
am...[sepatutnya ditulis...10.30 pagi....].
Responden cenderung mengeja perkataan mengikut sebutan dialek, ejaan dalam bahasa Inggeris,
dan mereka tidak dapat membezakan antara ejaan bagi kata nama khas dengan ejaan bagi kata
nama am. Contoh kesalahan ejaan...acara sukan dan balapar...[sepatutnya ditulis...acara sukan
dan balapan...],..belajar-belajar berbaris...[sepatutnya ditulis...pelajar-pelajar berbaris...],
...comender...[sepatutnya ditulis ketua pasukan], Pada 3 March...[sepatutnya ditulis...Pada 3
Mac...], ...beberapa minutes...[sepatutnya ditulis...beberapa minit...],...100 metres...[sepatutnya
ditulis...100meter...],..saya pensan...[sepatutnya ditulis...saya pengsan],...setelah programe
tamat...[sepatutnya ditulis...setelah program tamat...],... hari rabu...[sepatut ditulis...hari
Rabu...], ...pasukan sejohn...[sepatutnya ditulis....pasukan St.John...], ...pergi ke summit...
[sepatutnya ditulis...pergi ke Pasar Raya The Summit...],dan pasukan temenggong... [sepatutnya
ditulis...pasukan Rumah Temenggong...]
Semua responden didapati melakukan kesalahan dalam struktur binaan ayat. Antara kesalahan
itu, Pada hari 3 March 2010... [sepatutnya ditulis, Pada 3 Mac 2010...], Ada banyak persatuan

kumpul...[sepatutnya diulis...Banyak persatuan berkumpul...], Rancangan sudah mula...


[sepatutnya ditulis...Acara sudah bermula...], Semua persatuan ahli teliti untuk kawad kaki...
[sepatutnya ditulis, Semua ahli persatuan bersedia untuk kawad kaki]. ...memberitahu kita esok
hari sukan...[sepatutnya ditulis...kami diberitahu bahawa esok hari sukan...], pergi pertandingan
menyertai...[sepatutnya ditulis...pergi menyertai pertandingan...], ...memberi peserta sokongan...
[sepatutnya ditulis...memberi sokongan kepada peserta...], Contoh acara terdapat ...[sepatutnya
ditulis...Antara acara yang dipertandingan...], dan ...menyampaikan hadiah kepada kejohanan...,
[sepatutnya ditulis...menyampaikan hadiah kepada johan...]
Kesalahan Imbuhan Awalan

Bilangan
Jumlah
bercapai
.....................
mencapai
///
3
bertandingan
.....................
bertanding
//
2
bersembah
.....................
persembahan
/
1
berhimpunan
.....................
perhimpunan
/
1
belajar-belajar
.....................
pelajar-pelajar
/
1
belari
.....................
berlari
/
1
dipilihkan

.....................
memilih
//
2
dijalankan
.....................
menjalankan
/
1
kejohanan
.....................
johan
////
4
kelihatan
.....................
melihat
/
1
kecemasan
.....................
cemas
/
1
memulakan
.....................
dimulakan
//
2
melari
.....................
berlari
//
5
menyedia
.....................
bersedia
//
2
menadakan
.....................
mengadakan
/
1
menucapkan
.....................

mengucapkan
/
1
pembarisan
.....................
perbarisan
/
1
pemilih
.....................
dipilih
/
1

30
Kesalahan Kata Ganti Nama
Kita
.....................
kami

///// ///
8
Kesalahan Kata Tugas
saya dikalahkan pada
pulang rumah
pergi di rumah
rambut yang sebagainya
....
....
....
....
oleh
pulang ke rumah
pergi ke rumah
rambut dan sebagainya

/
//
//
/
1
2
2
1
6
Kesalahan Kosa kata
mulai
sombong
menjalankan
guru besar
10.30 am
berlaku
....
....
....
....
....
....
dimulakan
bangga
mengadakan/menganjurkan
pengetua
10.30 pagi
diperoleh
////
/
///
///
/
/
4
1
3
3
1
1
13
Kesalahan Ejaan

pensan
penontong
pograme
blapar
belajar-belajar
Metres
metar
Senjohn
March
serious
minutes
comender
maskos
summit
rabu
pasukan temenggong
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
....
pengsan
penonton
program
balapan
pelajar-pelajar
meter
meter
St. John
Mac
serius
minit
komander
maskot
Pasar Raya Summit
Rabu

Rumah Temenggong
/
/
/
/
///
/
/
////
/
//
/
/
//
//
//
1
1
1
1
3
1
1
4
1
2
1
1
2
2
2
23
Kesalahan Struktur Ayat
Pada hari 3 Mach 2010 .... Pada 3 Mac 2010
Ada banyak persatuan kumpul .... Banyak persatuan berkumpul
Rancangan sudah mula .... Acara sudah bermula
Semua persatuan ahli teliti untuk kawad kaki ....
Semua ahli persatuan bersedia untuk kawad kaki

Kita kumpulan kawad kaki .... Kumpulan kawad kaki kami


Memberitahu kita esok ada hari sukan .... Kami diberitahu bahawa esok hari sukan
Pergi pertandingan menyertai .... pergi menyertai pertandingan
Pada hari itu yang pagi .... Pada pagi hari itu
Memberi peserta sokongan .... Memberi sokongan kepada peserta
Selepas itu, pertama ialah pasukan temenggung ....
Tempat pertama ialah pasukan Rumah Temenggung
Contoh acara terdapat .... Antara acara yang dipertandingkan
Comender cakap berasa gembira .... Ketua pasukan menyatakan perasaan gembira
acara berlari yang sudah keluar .... setelah tamat acara larian
/////
/
////
/
//
//
//
//
//
//
////

/
i

5
1
4
1
2
2
2
2
2
2
4
1
1
29
N = 34 orang

KESIMPULAN DAN SARANAN


Kesimpulannya, dapatan analiisis menunjukkan bahawa 89% responden bukan sahaja lemah
dalam penguasaan tatabahasa terutama aspek penggunaan imbuhan awalan untuk membentuk
kata kerja sama ada kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif bahkan kata nama terbitan.
Selain itu mereka ysng melakukan kesalahan dalam aspek kata tugas sebanyak 24%, kesalahan
kosa kata 39%, dan kesalahan kata ganti diri 24%. Kesalahan responden dalam aspek tatabahasa
terutama kata kerja dan elemen bahasa yang lain menyebabkan ayat yang dihasilkan mereka
tidak gramatis.
Antara kesalahan kata kerja transitif yang dikesan ialah pemadanan imbuhan awalan meN
dengan kata kerja dasar yang salah atau kurang tepat. Oleh itu, ayat dibina tidak gramatis kerana
kata kerja transitif tidak diiikuti objek kata nama. Dengan perkataan lain, ayat-ayat yang dibina
oleh responden tidak gramatis justeru idea yang hendak disampaikan kurang jelas.
Selain kesalahan penggunaan imbuhan awalan, 68% responden membuat kesalahan ejaan.
Didapati pengaruh bahasa Inggeris mendominasi kesalahan ejaan responden terutama dalam
penggunaan istilah tertentu. Sebanyak 86% responden pula melakukan kesalahan dalam struktur
ayat. Struktur ayat yang dibina oleh responden memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda iaitu
penggunaan objek kata nama pada pangkal ayat.
Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran untuk menghasilkan kecemerlangan pendidikan
pada abad ke-21, guru-guru mestilah berperanan untuk memperkasa bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan negara dan bahasa penghantar ilmu. Justeru, para guru sebagai pelaksana
dasar perlu menyelesaikan beberapa masalah pendidikan bahasa Melayu sebagai agenda penting
abad ke - 21. Masalah tersebut ialah masalah kualiti bahasa Melayu para pelajar dan guru,
ketrampilan mengajar guru dari segi asas bahasa dan pedagogi bahasa. Oleh sebab itu kelemahan
aspek tatabahasa dalam kalangan para pelajar berbangsa Cina perlu diatasi dengan segera oleh
guru-guru supaya pencapaian mereka dapat ditingkatkan agar matlamat kurikulum bahasa
Melayu akan terlaksana. Guru-guru yang mengajar para pelajar ini hendaklah sentiasa peka
terhadap pelbagai kaedah yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
tatabahasa bahasa Melayu supaya dapat dimanafaatkan oleh para pelajar.
Antara perkara yang disarankan kepada guru-guru Bahasa Melayu pada peringkat menengah
rendah ialah kaedah permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (Siti Hajar,1996),
kaedah terjemahan (Abdullah, 1994), kaedah terus dan kaedah sugestopedia (Zulkifley, 1994)
Terdapat pelbagai bentuk permainan bahasa yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu seperti kuiz dan cantuman kad. Menurut Siti Hajar (1996),
permainan bahasa boleh digunakan sebagai satu cara untuk meningkatkan kefasihan berbahasa
serta menambahkan keyakinan diri pelajar. Bahasa yang digunakan dalam permainan itu tidak
seharusnya terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja. Pelajar biasanya seronok apabila
dihadapkan dengan permainan mencabar. Melalui permainan bahasa, secara tidak langsung
mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari.
Kamarudin (1988) mencadangkan para guru menggunakan sama ada pendekatan induktif,
pendekatan deduktif atau pendekatan eklektif untuk mengajar tatabahasa kepada pelajar kerana
tatabahasa merupakan satu bidang yang menerangkan peraturan-peraturan penggabungan katakata untuk menimbulkan bunyi dan ayat-ayat dengan menggunakan formula dan peraturan
tertentu. Ahmad Mahmood Musanif (2000) turut menyatakan pendekatan semantik boleh
digunakan untuk menghuraikan imbuhan bagi mengatasi masalah kesalahan dalam morfologi.
Akhir sekali, buku-buku lain yang perlu dibaca oleh guru-guru Bahasa Melayu ialah Laporan
Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (1982), Ayat Pasif Bahasa Melayu oleh

Abdul Hamid Mahmood, (1992), Sintaksis Bahasa Melayu Penerapan Teori Kuasaan dan
Tambatan oleh Ramli Haji Salleh (1995) dan Menguasai Bahasa Melayu Tinggi oleh Abdul
Hamid Mahmood (2000). Manakala antara buku yang perlu dijadikan pegangan para guru
Bahasa Melayu ialah Tatabahasa Bahasa Melayu oleh Arbak Othman (1981),Nahu Mutakhir oleh
Asmah Haji Omar (1982), Tatabahasa Dewan Edisi Baru oleh Nik Safiah Karim et al (1993),
Tatabahasa Dinamika oleh Abdulllah Hassan (1994), dan Kursus Bahasa Melayu oleh Abdul
Hamid Mahmood (2006).

Bibliografi
Abdullah Hassan (1987). 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa
Abdullah Hassan (1989), Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Ahmad Mahmood Musanif (2000). huraian Penambah bahasa melayu dari pendekatan semantik
dalam Monograf bil.3. Mei 2000 Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Unversiti Putera Malaysia
Awang Sariyan (1988), Isu-isu Bahasa Melaysia, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
Azman Wan Chik (1989). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 1:Perkaedahan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Homstein, N and Lighfoot,D. (1981). Exploration in linguistics:The Logical problem of language
acquisition. New York:Longman Group Limited
Foziah Hashim (1992). Analisis Kesalahan Penggunaan Imbuhan Kerja dalam karangan pelajar
tingkatan empat di SMK Tun Syed Sheikh Barakbah,Sg. Bakap, Pulau Pinang. Penulisan Ilmiah
Juriah Long (2009). Pendidikan Bahasa Melayu Pada Abad ke-21: Antara Hasrat dengan
Pelaksanaan dlm Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia, 28-30
September 2009
Jabatan Pelajaran Johor (2009). Keputusan PMR 2007-2009
Kamarudin Husin (1988), Pedagogi Bahasa.Kuala Lumpur:Longman
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia (1971). Laporan Jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah Bahasa Melayu Tingkatan Dua. Kuala Lumpur
Khairudin Ismail (1997). Analisis binaan ayat dalam penulisan karangan pelajar sekolah
menengah dlm. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Okt. 1997
Lyon, J. (1968). Introduction to Teoretical Linguistics, London: Unversiti Cambridge
Mohamamed Tarmizi Razali (1994). Gangguan Bahasa Ibunda dalam Kalangan pelajar Orang
Asli dalam pembelajaran bahasa Melayu di sebuah sekolah di Tapah, Perak. Penulisan Ilmiah
Bacelor Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia, Serdang
Narayanan Kunchi Raman (1993). Kesalahan bahasa dalam karangan bahasa Melayu murid
sekolah rendah jenis kebangsaan (Tamil) dlm.Jurnal Dewan Bahasa. Mei. hal.456-465
Nik Safiah Karim (1981). Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Pustaka


Nor Aina Dani (1996). Sistem antarabahasa dalam pemerolehan bahasa kedua dlm. Jurnal
Dewan Bahasa dan Pustaka Nov.1996
Palmer, F.R (1969). Prosodic Analysis, London : Longman
Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat (2009).Keputusan PMR 2007-2009
Rosalind Gelunu (2009). Penguasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua Dalam Penulisan
Karangan Pelajar Peribumi Sabah dlm Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu
Dunia, 28-30 September 2009
Steinberg, D.D.(1982). Psycholinguistic:Language, Mind and Word. London:
Longman
Zulkifley Hamid (1994).Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa.Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Zulkifley Hamid (2000). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Malaysia : Hambatan
dan Permasalahan dlm. Dewan Bahasa 44: 8 Ogos hal.818-825

KESALAHAN BAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN PELAJAR CINA :


KAJIAN ANALISIS DOKUMEN
Zamri Mahamod
Fakulti Pendidikan, UKM
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam
penulisan karanga. Kajian ini telah menggunakan 30 buah karangan yang ditulis oleh 30 orang
pelajar Cina Sekolah Mengah Kebangsaan Datok Lokman. Karangan yang ditulis diperiksa dan
dianalisis. Daripada kajian ini didapati bahawa pelajar Cina nelakukan kesalahan dari segi
morfologi dan sintaksis. Kesalahan morfologi yang paling kerap dilakukan termasuklah
kesalahan
penggunaan imbuhan dan kesalahan sintaksis yang paling kerap dilakukan ialah
kesalahan
struktur ayat majmuk dan struktur ayat tergantung. Kajian ini juga mendapati bahawa pelajar

lelaki Cina lebih kerap melakukan kesalahan bahasa daripada pelajar perempuan Cina.
PENDAHULUAN
Dalam Perlembagaan Negara, tercatat dalam Fasal 152 bahawa bahasa kebangsaan ialah Bahasa
Melayu. Mengikut Dasar Pendidikan Negara, Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di
sekolah kebangsaan dan menjadi mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah kerana
dirasakan
bahawa dasar ini akan menghasilkan sebuah masyarakat yang akan berhubung dalam satu bahasa
yang sama. Kesungguhan kerajaan jelas apabila dalam Sistem Persijilan Terbuka Malaysia yang
bermula pada tahun 2000, para pelajar mesti memperoleh gred lulus dalam Bahasa Melayu untuk
melayakkan diri menerima sijil. Namun begitu masih terdapat pelajar yang masih belum mampu
menguasainya. Dalam kajian yang pernah dilakukan oleh Ramli Md. Salleh, Ismail Salleh, Idris
Aman, dan Mohammad Fadzeli Jaafar (2000), penguasaan pelajar-pelajar di sekolah menengah
di
FELDA Negeri Sembilan masih berada pada tahap yang lemah. Hal ini terbukti melalui Laporan
Kementerian Pendidikan Malaysia tentang keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2000
bahawa
seramai 49,9666 pelajar gagal memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia kerana gagal dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Hal yang sama terjadi dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2003.
walaupun prestasi keputusan peperiksaan dilaporkan meningkat ekoran peningkatan
mata
pelajaran Bahasa Melayu iaitu 90.9 peratus, namun masih terdapat 9.1 peratus daripada 420,220
orang pelajar seluruh negara yang mengambil peperiksaan tersebut gagal memperoleh sijil.
Sebilangan besar yang gagal dalam mata pelajaran itu terdiri daripada calon bukan bumiputera,
khususnya calon berbangsa Cina. Hal ini menggambarkan bahawa penguasaan Bahasa Melayu
dalam kalangan pelajar berada pada tahap kurang memuaskan. Secara tidak langsung, kedudukan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan belum boleh dibanggakan.
Awang Sariyan (2001) menyatakan bahawa ramai pelajar yang gagal mendapat
pencapaian yang baik dalam kertas Bahasa Melayu kerana faktor kesalahan bahasa
dalam
penulisan. Semakin banyak kesalahan bahasa, khususnya dari segi morfologi dan sintaksis,
semakin rendahlah markah yang diperoleh oleh mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Menurut beliau lagi, kemerosotan pelajar Cina dalam pemelajaran Bahasa Melayu ialah faktor

gangguan bahasa ibunda. Hal ini bertepatan dengan dapatan Nordin Mamat (2001)
yang
menyatakan bahawa kebanyakan pelajar menggunakan bahasa lain (Bahasa Inggeris dan bahasa
ibunda) dan menterjemahkannya dalam Bahasa Melayu apabila membuat latihan
menulis
karangan. Akibatnya, bahasa yang ditulis merupakan bahasa terjemahan yang janggal bunyinya
daripada struktur ayat dan tidak menepati pola ayat Bahasa Melayu. Keadaan ini kebanyakannya
melibatkan pelajar-pelajar Cina yang mendapat pendidikan di peringkat rendah di sekolahsekolah Cina.
Nik Safiah Karim (1981), menyatakan bahawa punca kesalahan bahasa dalam kalangan
pelajar berlaku kerana para pelajar tidak menguasai sistem Bahasa Melayu. Pelajar juga
dikatakan
melakukan kesalahan bahasa ekoran aspek luaran ataupun dalaman. Hal luaran berpunca darpda
pengaruh media massa dan masyarakat sekeliling, dan hal dalaman pula berpunca daripada
pelajar sendiri seperti gangguan bahasa ibunda, kekeliruan yang berpunca daripada kecuaian dan
kekurangan pengetahuan tentang bentuk yang betul (Azman Wan Chik 1989).
Oleh yang demikian, satu kajian tentang kesalahan bahasa pelajar Cina perlu dilakukan
bagi memperoleh maklumat yag berguna, khususnya kepada guru Bahasa Melayu
untuk
merangka strategi yang sesuai bagi mengatasi masalah ini dengan berkesan.
PERNYATAAN MASALAH
Penguasaan bahasa yang lemah dalam kalangan pelajar Cina menyebabkan mereka
sering
melakukan kesalahan dalam penggunaan Bahasa Melayu. Coder S. P (1973),
menganggap
bahawa kesalahan bahasa berpunca daripada tindakan penutur melakukan pertukaran, pengalihan
atau penghilangan sesuatu ujaran seperi bunyi, morfem, perkataan atau rangkai kata hingga
menyebabkan

ayat-ayat yang dibentuk mengandungi kesalahan. Hal ini bersesuaian dengan

kenyataan Juriah et. al. (1994) yang menyatakan bahawa kesalahan bahasa adalah sesuatu bentuk
penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem yang diterima sebagai buku penutur jati
yang terpelajar dan kesalahan ini meliputi aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan,
sebutan,
penggunaan kata dan istilah. Mengikut Awang Sariyan (1984) dan Nik Safiah (1986) kesalahan

bahasa berlaku kerana terdapat penggunaan aspek bahasa yang tidak sempurna
daripada
tatabahasa yang baku.
Menurut Abdul Hamid Mahmood (1993), kesalahan penggunaan perkataan atau istilah
berlaku bukan sahaja dalam kalangan pelajar bukan bumiputera, tetapi juga dalam kalangan
pelajar bumiputera. Namun begitu, kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar bukan
bumiputera lebih berbanding pelajar bumiputera. Kesalahan bahasa yang kerap mereka lakukan
termasuklah disebabkan pengaruh bahasa ibunda. Keadaan ini menyebabkan pelajar
bukan
bumiputera khususnya pelajar Cina terus-terusan melakukan kesalahan bahasa.
Abd. Aziz Abd. Talib (2000) berpendapat bahawa penutur Bahasa Melayu berketurunan
Cina paling banyak menghadapi masalah gangguan bahasa ibunda dan pengaruh dialek tempatan
dalam Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana struktur Bahasa Cina berbeza sama sekali
dengan
struktur Bahasa Melayu
Farid M. Onn dan Ajid Che Kob (1981) menyatakan bahawa persepsi pelajar Cina
tentang linguistik Bahasa Cina telah mantap dalam sistem kognitif mereka. Aspek semantik,
leksikal dan idiom bahasa ibunda mempengaruhi unsur-unsur linguistik dalam bahasa kedua
(Bahasa Melayu). Akibatnya, apabila pelajar menggunakan bahasa Melayu mereka
akan
melakukan kesalahan kosa kata Bahasa Melayu tersebut (Alias Shamsuddin, 1969; Abdul Hamid
Mahmood, 1990).
KERANGKA KONSEPTUAL
Kajian ini berlandaskan teori yang diperkenal oleh Corder S.P yang mengatakan
bahawa
kesalahan bahasa berlaku dari segi morfologi, sintaksis dan aspek mekanis. Namun dalam kajian
ini, pengkaji hanya melihat kesalahan bahasa dari segi morfologi dan sintaksis. Oleh itu, rangka
konsep kajian ini adalah seperti berikut :Dalam kerangka ini kesalahan bahasa merujuk kepada kesalahan morfologi dan
sintaksis.
Kesalahan morfologi termasuklah kesalahan penggunaan imbuhan, kesalahan penggunaan kata
ganda, kesalahan penggunaan kata sendi nama dan kesalah penggunaan kata hubung. Manakala

dalam kajian ini, kesalahan sintaksis termaksuk kesalahan struktur ayat majmuk, kesalahan
struktur ayat pasif, kesalahan struktur ayat saduran Bahasa Inggeris dan kesalahan
ayat tergantung.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis kesalahan bahasa dalam karangan pelajar
Cina. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk
1. Mengenal pasti kesalahan morfologi, sintaksis, dan aspek mekanis yang dilakukan
oleh pelajar Cina dalam karangan.
2. Menilai tahap kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam karangan
PERSOALAN KAJIAN
Beradasarkan tujuan kajian di atas, secara khususnya kajian ini akan menjawab soalan berikut:
1. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam karangan?
2. Sejauhmanakah pelajar Cina melakukan kesalahan morfologi, dan sintaksis dalam
karangan?
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini penting kerana kajian ini dapat :
1. Dimanfaatkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk menggubal kurikulum.
2. Memberi sedikit gambaran kepada guru-guru Bahasa Melayu tentang masalah yang
dihadapi oleh pelajar-pelajar Cina dalam mempelajari Bahasa Melayu.
3. Menjadi asas kepada guru-guru dalam merancang dan merangka strategi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu yang lebih berkesan dalam usaha meningkatkan tahap
penguasaan Bahasa Melayu pelajar.
4. Membantu guru-guru Bahasa Melayu merancang dan menentukan pendekatan, kaedah
dan teknik pengajaran yang sesuai untuk pengajaran Bahasa Melayu di dalam kelas.
BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya dijalankan dalam ruang lingkup seperti berikut:1. Kajian ini hanya tertumpu kepada 30 orang pelajar Cina Tingkatan Lima
Sekolah
Menengah Kebangsaan Datok Lokman, Kuala Lumpur.
2. Kajian ini hanya tertumpu kepada dua kesalahan bahasa yang kerap dilakukan oleh para

pelajar dalam karangan, iaitu kesalahan morfologi dan kesalahan sintaksis.


DEFINISI ISTILAH
Terdapat beberapa istilah yang akan digunakan dalam kajian ini.
Kesalahan Bahasa
Corder (1981) mendefinisikan kesalahan bahasa sebagai bentuk-bentuk pertuturan
yang menyimpang atau yang menyalahi bentuk-bentuk pertuturan penutur jati dan
menganggap kesalahan bahasa yang dibuat ialah kegagalan memadankan bahasa dengan situasi
yang sesuai. Dalam kajian ini kesalahan bahasa membawa maksud sebagai bentuk-bentuk bahasa
yang menyimpang daripada bentuk yang baku iaitu suatu bentuk bahasa yang
digunakan dalam hubungan-hubungan formal. Bentuk ini benar-benar mematuhi tatabahasa dan
bebas daripada pengaruh dialek daerah dan bahasa pertuturan yang tidak formal.
Bahasa Melayu
Dalam laporan jawatankuasa Mengkaji Bahasa Melayu (1982) menjelaskan bahawa Bahasa
Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan Melayu. Dalam Perkara
152
4
perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu menjadi
Bahasa
Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan ini hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi.Untuk
memenuhi kehendak tersebut, pada peringkat awal Bahasa Kebangsaan telah
diperkenalkan
sebagai satu mata pelajaran di sekolah, khususnya sekolah yang bahasa pengantarnya bukan
Bahasa Melayu.
Dalam kajian ini Bahasa Melayu merujuk kepada subjek Bahasa Melayu yang diajar di
sekolah-sekolah. Dalam kalangan pelajar Cina masalah kelemahan penguasaan tatabahasa
Bahasa
Melayu sering diperkatakan. Oleh itu mereka dikatakan sering melakukan kesalahan bahasa
semasa dalam penulisan karangan dan ini menyebabkan mereka gagal mencapai keputusan yang
baik dalam peperiksaan.
TINJAUAN LITERATUR
Terdapat beberapa kajian yang dijalankan di dalam negara dan di luar negara tentang gaya
pembelajaran walaupun gaya pembelajaran merupakan satu bidang yang baru. Kajian-kajian
yang

telah dilakukan yang berkait dengan kesalahan bahasa oleh penyelidik-penyelidik atau pengkajipengkaji bahasa di luar mahupun di dalam Negara, dapat diperjelaskan mengikut jenis-jenis dan
kategori kesalahan bahasa dalam kajian ini, iaitu kesalahan morfologi dan kesalahan sintaksis.
Kesalahan Morfologi
Kesalahan morfologi merangkumi kesalahan penggunaan imbuhan dan kesalahan jenis kata atau
golongan kata. Kesalahan ini termasuklah kesalahan penggunaan kata ganti diri, sendi nama,
kata
kerja, kata tugas, kata nama dan sebagainya.
Koh Boh Boon (1975) dalam kajiannya terhadap pelajar-pelajar bukan Melayu mendapati
bahawa pelajar ini lemah dalam penggunaan imbuhan kata kerja dan imbuhan kata
nama.
Kesalahan ini disebabkan kesalahtanggapan tentang pembentukan kata dalam Bahasa Melayu.
Menurut Koh Boh Boon, bagi pelajar Cina, mereka menghadapi masalah imbuhan
kerana
imbuhan tidak wujud dalam bahasa Cina. Oleh itu pelajar Cina sering mengabaikan imbuhan
sama ada dalam pertuturan ataupun penulisan. Dapatan ini bersesuaian dengan dapatan kajian
Md. Daud Taha (1992) yang mengatakan bahawa kesalahan imbuhan dan kata sendi paling kerap
dilakukan oleh pelajar hingga mencapai 31.2 peratus.
Raminah Hj. Sabran (1983) membuat penyelidikan terhadap guru pelatih yang seramai
100 orang dan mempunyai latar belakang akademik yang berbeza. Tiga ujian menulis karangan
dalam waktu yang berlainan digunakan untuk melihat sama ada terdapat atau tidak perbezaan
jumlah kesalahan bahasa. Dapatan menunjukkan bahawa hamper 80 peratus kesalahan yang
dilakukan oleh sample adalah dalam aspek penggunaan perkataan dan pembentukan
frasa.
Dapatan ini sama dengan dapatan Yap Soon Hock (1973) yang mendapati bahawa pelajar-pelajar
Melayu melakukan kesalahan pembentukan kata yang paling tinggi kekerapan, iaitu sebanyak 51
peratus.
Kajian yang dibuat oleh Noor Ainah Dani (1993) tentang pengaruh bahasa ibunda dalam
proses pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Dusun mendapati bahawa bahasa
ibunda mempengaruhi kesalahan pemakaian imbuhan terutama imbuhan beR-, ke-, me-, dan an.
5

Mengikut Arpan Shahbudin (1998) pelajar didapati lemah dalam penguasaan


kemahiran
menggunakan imbuhan dan kata sendi nama.
Dapatan kajian Zafdah Haji Metussin (1990) yang mengkaji tentang pola-pola
penggunaan kata sendi nama dalam penulisan karangan pelajar tingkatan satu mendapati bahawa
pelajar banyak melakukan kesalahan sendi nama di dan pada di tempat diperlukan dan ramai
pelajar keliru dalam penggunaan sendi nama di dalam dan di antara.
Menurut kajian Media Sandra Kasih (2003) mendapati pelajar Cina sukar mempelajari
Bahasa Melayu kerana ketiadaan kelas kata dalam bahasa Cina. Pelajar Cina juga didapati kerap
melakukan kesalahan dari segi ejaan.
Kesalahan Sintaksis
Kesalahan sintaksis bermaksud binaan bahasa yang meyimpang daripada struktur ayat yang betul
dalam suatu bahasa. Kesalahan sintaksis ini termasuklah kesalahan pada frasa dan ayat yang
disebabkan oleh kejanggalan konsituen-konsituen yang mengisi gitra subje, predikat dan objek.
Hal ini termasuk juga bentuk-bentuk kata dan frasa tertentu yang mewujudkan kegramatisan
sesuatu ayat.
Supian Mohamad Noor (1994) mendapati bahawa 249 orang pelajar Tingkatan Empat
telah melakukan 617 kesalahan penggunaan frasa kerja. Md Daud Taha (1992) dalam kajiannya
menunjukkan bahawa kesalahan ayat yang dilakukan oleh pelajar ialah jenis ayat-ayat tidak betul
susunannya (33.1 peratus), ayat tidak lengkap atau tergantung (35.8 peratus) dan ayat yang
berbelit-belit (17.3 peratus). Dalam kajian ini juga, beliau mendapati bahawa kesalahan ayat
yang
dilakukan oleh pelajar dipengaruhi oleh struktur ayat asing.
Seterusnya Abdul Hamid Mahmood (1989), dari hasil kajiannya menunjukkan bahawa
kesalahan ayat disebabkan oleh pelajar-pelajar kurang memahami struktur ayat tunggal, ayat
majmuk, ayat aktif dan ayat pasif. Akibatnya, ayat-ayat yang ditulis itu kerap janggal dan
menyalahi hukum-hukum tatabahasa Bahasa Melayu. Koh Boh Boon (1994) membuat
tanggapan
bahawa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu kerana mereka tidak mengetahui teori asas
tatabahasa. Tanggapan ini ialah hasil kajian yang dilakukan kepada guru-gru pelatih terhadap dua
jenis ayat pasif. Sebanyak 70 peratus guru pelatih tidak dapat membetulkan kesalahan ayat pasif.

Menurut kajian Mohd Daud Yusof (1990) mendapati bahawa dalam kalangan pelajar
yang menjadi sampel seramai 78 orang pelajar membuat kesalahan menerbitkan ayat yang tidak
lengkap, iaitu tidak ada subjek dan predikat.
Tuntasnya, kajian ini diterangkan beberapa dapatan kajian daripada pengkaji tempatan.
Melalui kajian literatur terdapat pelbagai jenis kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar
kerana tidak menguasai sistem sesuatu bahasa.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen yang melibatkan 30 buah karangan yang
ditulis oleh 30 orang pelajar Cina Tingkatan Lima.
6
Responden kajian merupakan 30 orang pelajar Cina Tingkatan Lima aliran sastera
Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman, Kuala Lumpur. Responden kajian ini telah
dipilih secara berkelompok.
Kajian ini dimulakan dengan mengenal pasti masalah kajian, dan merangka jangka masa
kajian . Pengkaji kemudian memohon kebenaran untuk menjalankan kajian. Pengkaji mula
menjalankan kajian setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.
Setiap responden kajian diminta menulis sebuah karangan pada masa dan tempoh yang
berlainan. Ini bererti karangan yang dijadikan bahan kajian berjumlah 30 buah karangan. Setiap
karangan yang ditulis dalam had panjang 350 patah perkataan dalam masa 1 jam 30 minit. Ini
bererti pengkaji akan memeriksa dan mencari kesalahan bahasa pada had 350 patah perkataan
sahaja. Selebihnya tidak diambil kira. Ujian menulis karangan dijalankan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Datok Lokman pada 24 Februari 2005. Tajuk karangan yang digunakan bagi ujian
kajian berupa tajuk karangan jenis fakta, iaitu salah satu jenis tajuk karangan yang ditetapkan
dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Lima.
Kertas karangan yang ditulis oleh responden kajian, diperiksa berdasarkan penentuan
kesalahan. Segala maklumat yang diperoleh dicatat dan dianalisis secara kualitatif dan
kuantitatif.
Penganalisisan data yang dibuat secara kuantitatif akan menggunakan statistik deskriptif iaitu
analisis dalam bentuk peratusan, dan frekuensi sahaja.
Kesimpulannya, kajian ini merupakan kajian analisis dokumen yang menggunakan reka
bentuk kualitatif dan kuantitatif. Penganalisisan data menggunakan kaedah statistik deskriptif

iaitu peratusan dan frekuensi bagi melihat kekerapan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh
pelajar Cina.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian

bertujuan untuk membincangkan tentang latar belakang responden, apakah

kesalahan yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam karangan dan Sejauhmanakah pelajar Cina
melakukan kesalahan morfologi, dan sintaksis dalam karangan?
Maklumat Latar Belakang Responden
Bahagian ini menjelaskan profil responden yang terlibat dalam kajian ini. Profil responden kajian
yang diambil kira ialah jantina.
Jadual 1 : Maklumat latar diri responden
________________________________________________________________________
Frekuensi Peratusan (%)
________________________________________________________________________
Jantina
Lelaki 13 43.3
Perempuan 17 56.7
________________________________________________________________________
7
Jadual 1 menunjukkan maklumat latar diri responden. Daripada Jadual 1 ternyata
bahawa
responden terdiri daripada
pelajar

43.3% (13 orang) pelajar lelaki dan 56.7% (17 orang)

perempuan.
Kesalahan yang Dilakukan oleh Pelajar
Sebanyak tidak kurang daripada 10500 patah perkataan telah ditulis oleh pelajar Cina Tingkatan
Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman. Daripada jumlah itu terdapat beberapa
kesalahan bahasa yang dikenal pasti dilakukan oleh para pelajar tersebut. Kesalahan-kesalahan
tersebut adalah dalam morfologi dan sintaksis yang menjadi fokus kajian ini.
1. Kesalahan Morfologi
Antara kesalahan morfologi yang dikenal pasti dilakukan oleh pelajar Cina ialah kesalahan

penggunaan imbuhan, kesalahan penggunaan kata ganda, kesalahan penggunaan kata sendi
nama,
dan kesalahan kata hubung.
(a) Kesalahan Penggunaan Imbuhan
Kajian ini mendapati bahawa kesalahan penggunaan imbuhan ini terjadi kerana pelajar tidak
menggunakan imbuhan, dan silap menggunakan imbuhan. Kesalahan tidak
menggunakan
imbuhan ini terjadi akibat daripada pengaruh bahasa ibunda yang struktur ayatnya dipermudah
dan diringkaskan tanpa mengunakan imbuhan. Misalnya, pelajar menulis bentuk kata:
i. mainkan peranan yang sepatutnya dieja sebagai memainkan peranan.
ii nasihati anak-anak remaja yang sepatutnya dieja menasihati anak-anak remaja.
iii. bimbing remaja yang sepatutnya dieja membimbing remaja.
Pelajar juga didapati terkeliru dalam menggunakan imbuhan kata kerja transitif menN
kan dan meN...i. Penggunaan imbuhan apitan yang tepat ialah apabila objek selepas kata kerja
mendukung maksud pergerakan atau sebaliknya. Misalnya:
i. ..berdamping ia sebagai teman sepatunya ditulis .mendampingi ia sebagai teman.
ii. seharusnya penyiaran rancangan sepatutnya ditulis .seharusnya menyiarkan
rancangan.
(b) Kesalahan Penggunaan Kata Ganda
Hasil daripada penyelidikan didapati bahawa kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh pelajar ialah
menggandakan kata nama yang didahului oleh kata bilangan yang mendukung maksud jamak.
Misalnya:
i. banyak kes-kes gejala sosial sepatutnya ditulis banyak kes gejala sosial.
ii. pelbagai langkah-langkah telah diambil sepatutnya ditulis pelbagai langkah telah
diambil.
iii. kebanyakan remaja-remaja mudah terpengaruh sepatutnya ditulis kebanyakan remaja
mudah terpengaruh.
8
Menurut Nik Safiah Karim et. al. (1994), kata nama yang didahului oleh kata yang
bermaksud jamak tidak perlu digandakan. Melalui kajian ini juga didapati bahawa pelajar kerap
menggandakan kata ganda yang tidak perlu digandakan. Misalnya:

i. masyarakat-masyarakat tidak seharusnya sepatutnya ditulis masyarakat tidak


seharusnya
ii. golongan-golongan remaja sepatutnya ditulis golongan remaja.
iii. mereka-mereka hanya tahu sepatutnya ditulis mereka hanya tahu.
(c) Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama
Daripada karangan yang ditanda, didapati pelajar turut melakukan kesalahan menggunakan kata
sendi nama. Antara kata sendi nama yang salah digunakan ialah kata dari, dan daripada. Kata
dari digunakan untuk menunjukkan tempat dan waktu, kata sendi nama daripada digunakan
untuk hal-hal yang lebih umum, seperti menyatakan manusia, unsure abstrak, perbandingan dan
sebagainya (Nik Safiah et. al 1994). Misalnya:
i. dari mereka melepak sepatutnya ditulis daripada mereka melepak
ii. kurang kasih sayang dari ibu bapa sepatutnya ditulis kurang kasih sayang
daripada ibu bapa.
Pelajar juga didapati tidak menggunakan kata sendi di tempat yang sepatutnya. Misalnya:
i. berpura-pura pergi sekolah sepatutnya berpura-pura pergi ke sekolah.
ii. tetapi masa ini sepatutnya ditulis tetapi pada masa ini.
iii. duduk kaki lima kedai sepatutnya ditulis duduk di kaki lima kedai.
Pelajar juga didapati menggunakan kata sendi nama di tempat yang tidak diperlukan.
Antara kesalahan tersebut ialah :
i. kerjasama di antara kerajaan dan masyarakat sepatutnya kerjasama antara
kerajaan dan masyarakat.
ii. Selain daripada itu, kerajaan juga sepatutnya Selain itu, kerajaan juga.
iii. mendapat tempat di dalam kumpulan sepatutnya mendapat tempat dalam
kumpulan.
(d) Kesalahan Penggunaan Kata Hubung
Pelajar juga didapati melakukan kesalahan penggunaan kata hubung seperti contoh ayat berikut:
i. para remaja sepatutnya sedar bahawa kelalaian mereka itu. sepatutnya ditulis para
remaja sepatutnya sedar kerana kelalaian mereka itu.
ii. mereka sering beranggapan yang mereka telah dewasa sepatutnya ditulis mereka
sering beranggapan bahawa mereka telah dewasa.

iii. ibu bapa, guru-guru perlu memainkan peranan mereka. sepatutnya ditulis ibu bapa
dan guru-guru perlu memainkan peranan mereka.
9
Selain itu, pelajar juga didapati melakukan kesalahan kerana tidak menggunakan kata
hubung dalam ayat yang sepatutnya memerlukan kata hubung yang dan bahawa. Misalnya:
i. .golongan remaja terpengaruh beranggapan mereka. sepatutnya
ditulis golongan remaja yang terpengaruh beranggapan bahawa mereka.
ii. .mereka berani mengatakan pada zaman ini.. sepatutnya ditulis
.....mereka berani mengatakan bahawa pada zaman ini.....
iii. .....sebagaimana telah kita ketahui golongan remaja. sepatutnya ditulis
.sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa golongan remaja.
2. Kesalahan Sintaksis
Antara kesalahan sintaksis yang dikenal pasti dilakukan oleh pelajar Cina ialah kesalahan
struktur
ayat majmuk, kesalahan struktur ayat pasif, dan kesalahan struktur ayat saduran Bahasa Inggeris.
(a) Kesalahan Struktur Ayat Majmuk
Daripada pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, didapati bahawa kesalahan-kesalahan yang
dilakukan oleh pelajar adalah seperti berikut:
i. Ibu bapa bertanggungjawab menjaga mereka dan memberi mereka pelajaran.
sepatutnya ditulis.... Ibu bapa bertanggungjawab menjaga dan memberi mereka
pelajaran.
ii. Ibu bapa juga haruslah mengawal gerak geri anak-anak mereka jika ada yang
mencurikan dan sentiasa berfikiran terbuka dalam mengatasi masalah.

sepatutnya

ditulis.... Ibu bapa juga haruslah mengawal gerak geri anak-anak mereka jika ada gerakgeri yang mencurigakan dan sentiasa berfikiran terbuka dalam mengatasi masalah.
iii. Pada masa ini ibu bapa hanya sibuk mengejar kemewahan sampaikan tidak ada masa
untuk mendidik anak-anak. Sepatutnya ditulis...... Pada masa ini ibu bapa hanya sibuk
mengejar kemewahan sehingga tidak ada masa untuk mendidik anak-anak.
iv. Remaja-remaja menjadi liar atas pengaruh dari rakan-rakannya. Sepatutnya ditulis...
Remaja-remaja menjadi liar kerana pengaruh daripada rakan-rakannya.
(b) Kesalahan Struktur Ayat Pasif

Pelajar juga didapati sering melakukan kesalahan struktur ayat pasif dalam penulisan karangan,
antaranya seperti berikut:
i. Remaja-remaja ini perlu ibu bapa bimbing..sepatutnya ditulis Remaja- remaja
ini perlu dibimbing oleh ibu bapa ........
ii. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu diadakan pihak sekolah......sepatutnya
ditulis Perkhismatan Bimbingan dan Kaunseling perlu diadakan oleh pihak sekolah.....
(c) Kesalahan Struktur Ayat Saduran Bahasa Inggeris
Struktur ayat saduran bahasa Inggeris bermaksud pengaruh ayat Bahasa Inggeris dan kata-kata
Bahasa Inggeris
1998).

yang digunakan dalam sintaksis Bahasa Melayu (Awang Sariyan

10
Daripada pemerhatian yang telah dibuat terdapat beberapa ayat yang dikenal pasti terdapat
saduran daripada Bahasa Inggeris seperti contoh ayat berikut:
i. Masalah ini kebanyakannya berpunca di rumah yang mana ibu bapa kurang
memberi perhatian yang penuh.
Sepatutnya ditulis ... Masalah ini kebanyakannya berpunca dari rumah kerana ibu
bapa kurang memberi perhatian sepenuhnya kepada remaja.
ii. Masalah ini dikeruhkan lagi di mana ibu bapa sibuk bekerja mengejar kemewahan
dan mengabaikan anak-anak.
Sepatutnya ditulis ... Masalah ini dikeruhkan lagi kerana ibu bapa sibuk mengejar
kemewahan hidup sehingga mengabaikan anak-anak.
(d) Ayat Tergantung
Pelajar juga didapati melakukan kesalahan membina struktur ayat yang tergantung. Pelajar kerap
menghilangkan subjek ayat seperti contoh ayat berikut:
i. Ini berpunca daripada kesibukan ibu bapa bekerja. Sepatutnya ditulis... Hal ini
berpunca daripada kesibukan ibu bapa bekerja.
ii. Ada yang keluar pada waktu pagi dan pulang pada lewat malam. Sepatutnya
ditulis..... Ada ibu bapa yang keluar bekerja pada waktu pagi dan pulang pada lewat
malam.
iii. Ini menyebabkan ketandusan kasih sayang. Sepatutnya ditulis.... Hal ini menyebabkan
anak-anak ketandusan kasih sayang.

Tahap Kesalahan Bahasa Pelajar Cina


Tahap kesalahan bahasa pelajar Cina dikaji dari segi morfologi dan sintaksis.
1. Tahap Kesalahan Morfologi Pelajar Cina
Dapatan kesalahan morfologi dalam kalangan pelajar dipaparkan dalam Jadual 2. Jadual 2
menunjukkan kekerapan kesalahan morfologi dalam kalangan pelajar Cina yang dikaji.
Jadual 2 : Kekerapan kesalahan morfologi yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam penulisan
karangan.
________________________________________________________________________
Jenis KesalahanLelaki

Perempuan %

Jumlah %

________________________________________________________________________
K1 45 39.47

38

39.58

K2 13 11.41

K3 45 39.47

34

35.42

79 37.80

K4 11 9.65

15

15.62

26 12.44

9.38

83 39.71
21 10.05

________________________________________________________________________
Jumlah 114 100

96

100

209 100

________________________________________________________________________
K1 = Imbuhan
K2 = Kata ganda
11
K3 = Kata sendi nama
K4 = Kata hubung
Berdasarkan Jadual 2, terdapat empat kesalahan morfologi, iaitu kesalahan dari segi
imbuhan (K1), kesalahan penggunaan kata ganda (K2), kesalahan penggunaan kata sendi nama
(K3), dan kesalahan penggunaan kata hubung (K4). Beberapa contoh kesalahan morfologi
seperti
kebanyakkan, pelbagai-bagai, banyak kes-kes, dan sebagainya. Kesalahan yang paling kerap
dilakukan oleh pelajar Cina ialah kesalahan penggunaan imbuhan, iaitu sebanyak 83 kesalahan
ataupun 39.71 peratus. Hal ini kerana pelajar Cina masih terikut dengan struktur ayat Bahasa
Cina yang tidak mempunyai imbuhan.

Daripada jadual juga menunjukkan bahawa pelajar lelaki paling kerang melakukan
kesalahan morfologi, iaitu sebanyak 114 kesalahan berbanding pelajar perempuan sebanyak 96
kesalahan.
2. Tahap Kesalahan Sintaksis Pelajar Cina
Kesalahan sintaksis dalam karangan pelajar Cina juga banyak dilakukan. Dapatan kesalahan
sintaksis dipaparkan dalam Jadual 3.
Jadual 3 : Kekerapan kesalahan sintaksis yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam penulisan
karangan
________________________________________________________________________
Jenis KesalahanLelaki

Perempuan

% Jumlah %

________________________________________________________________________
K1 38 31.7

40

36.7 78 34.1

K2 29 21.2

26

23.9 55 24.0

K3 17 14.1

13

11.9 30 13.1

K4 36 30.0

30

27.5 66 28.8

Jumlah 120 100

109 100 229 100

________________________________________________________________________
K1 = Ayat majmuk
K2 = Ayat Pasif
K3 = Ayat Saduran Bahasa Inggeris
K4 = Ayat Tergantung
Jadual 3 menunjukkan kesalahan sintaksis yang dilakukan oleh pelajar Cina. Kesalahan
ini ialah kesalahan ayat majmuk (K1), kesalahan ayat pasif (K2), kesalahan ayat saduran Bahasa
Inggeris (K3) dan kesalahan ayat tergantung (K4). Kesalahan yang paling banyak dilakukan ialah
kesalahan ayat majmuk, iaitu sebayak 34.1 peratus (78 kesalahan). Hal ini bermakna kebanyakan
pelajar masih terkeliru tentang jenis ayat majmuk pancangan keterangan, gabungan
dan
komplemen. Selain itu, pelajar juga didapati kerap kali melakukan kesalahan ayat tergantung.
Terdapat 55 kesalahan ayat tergantung atau 28.8 peratus daripada keseluruhan
kesalahan
sintaksis. Daripada Jadual 3, didapati pelajar lelaki Cina paling banyak melakukan kesalahan

sintaksis, 120 kesalahan berbanding dengan pelajar perempuan Cina, iaitu 109 kesalahan.
PERBINCANGAN DAPATAN
12
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesalahan morfologi dan sintaksis yang dilakukan
oleh pelajar Cina Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman dalam penulisan
karangan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat tahap kesalahan bahasa
yang dilakukan oleh pelajar Cina semasa menulis karangan.
Kajian ini merupakan kajian kes yang dijalankan melalui kaedah analisis Dokumen yang
melibatkan 30 buah karangan pelajar Cina yang dipilih secara kelompok. Karangan
yang
dikumpulkan kemudian disemak dan dimasukkan dalam borang inventori kesalahan bahasa.
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Secara khusus, dapatan kajian
dapat diperincikan seperti berikut:
1. Dalam kesalahan morfologi, pelajar Cina didapati melakukan kesalahan dari segi
penggunaan imbuhan, kesalahan penggunaan kata ganda, kesalahan penggunaan kata
sendi nama dan kesalahan penggunaan kata hubung.
2. Daripada kajian ini didapati bahawa kesalahan penggunaan imbuhan mencatatkan
bilangan yang lebih tinggi berbanding dengan kesalahan morfologi yang lain.
3. Dalam kesalahan sintaksis pula, pelajar Cina didapati melakukan kesalahan
kesalahan ayat majmuk, kesalahan ayat pasif, kesalahan ayat saduran Bahasa
Inggeris, dan kesalahan ayat tergantung.
4 Daripada kajian ini juga mendapati bahawa pelajar Cina kerap melakukan kesalahan ayat
majmuk kerana kekeliruan mereka terhadap ayat majmuk pancangan keterangan,
gabungan dan komplemen.
5. Berdasarkan kajian ini juga, didapati bahawa pelajar lelaki kerap melakukan
kesalahan dari segi morfologi dan sintaksis berbanding pelajar perempuan dalam
penulisan karangan.
IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN
Kajian ini selaras dengan kajian yang dilakukan Md Daud Taha (1992) dan Noor Ainah Dani
(1993) yang mendapati bahawa pelajar sering melakukan kesalahan dari segi
penggunaan

imbuhan. Pelajar Cina didapati masih gagal menggunakan imbuhan dengan baik dan kerap
melakukan kesalahan tersebut. Hal ini bersesuai dengan dapatan Koh Boh Boon (1975) yang
mengatakan bahawa pelajar Cina lemah dalam penggunaan imbuhan kata kerja dan imbuhan kata
nama. Hal ini kerana dalam Bahasa Cina tidak terdapat sebarang imbuhan (Media Sandra Kasih;
2003)
Daripada kajian juga mendapati bahawa pelajar Cina turut melakukan kesalahan
penggunaan kata sendi. Hal ini selaras dengan dapatan Md. Daud Taha (1992) dan Raminah Hj.
Sabran (1983) yang mengatakan bahawa kesalahan penggunaan kata sendi nama juga kerap
dilakukan oleh pelajar dalam penulisan karangan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa
pelajar Cina kerap melakukan kesalahan dari segi sintaksis. Kesalahan dari segi sintaksis yang
kerap dilakukan oleh pelajar Cina ialah kesalahan ayat majmuk dan ayat tergantung. Pelajar Cina
juga didapati melakukan kesalahan ayat pasif dan kesalahan ayat saduran Bahasa Inggeris. Hal
ini berlaku kerana pelajar Cina didapati tidak dapat menguasai pola ayat Bahasa Melayu dengan
baik. Hal ini bertepatan dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Abdul Hamid Mahmood
(1989) yang mendapati bahawa kesalahan ayat majmuk berlaku kerana pelajar-pelajar kurang
memahami struktur ayat tunggal, ayat majmuk, ayat aktif dan ayat pasif.
13
Kajian juga mendapati bahawa pelajar lelaki Cina lebih kerap melakukan kesalahan
dalam penulisan karangan berbanding daripada pelajar perempuan Cina. Hal ini selaras dengan
dapatan kajian yang dibuat oleh Kadir Amin (1981) mendapati bahawa kekerapan kesalahan
yang
dilakukan oleh pelajar lelaki lebih tinggi daripada kekerapan kesalahan murid perempuan dalam
kesalahan morfologi dan sintaksis. Hasil dapatan ini juga disokong melalui dapatan Kamarudin
Husin (1986) yang mendapati bahawa guru pelatih lelaki berketurunan Cina dan India lebih
kerap melakukan kesalahan bahasa berbanding dengan guru pelatih perempuan berketurunan
Cina dan India.
Tegasnya, dapatan kajian ini mempunyai implikasi tertentu terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
1. Guru-guru Bahasa Melayu dapat memberi lebih banyak latihan tatabahasa bagi
mengatasi masalah kesalahan bahasa.
2. PPK perlu menyediakan satu model pengajaran dan pembelajaran bahasa bagi

mengatasi kesalahan bahasa yang kerap dilakukan oleh pelajar.


KESIMPULAN
Kajian ini berupa kajian kes yang tidak dapat menggambarkan penguasaan Bahasa Melayu yang
sebenarnya oleh para pelajar Cina di Malaysia. Oleh itu, banyak kajian yang berhubung dengan
analisis kesalahan bahasa boleh dibuat sebagai lanjutan kajian ini. Cadangan kajian lanjutan pada
masa akan datang seperti berikut :
1. Kajian seperti ini patut dijalankan terhadap penguasaan bahasa secara bahasa lisan
dalam kalangan pelajar Cina pada semua peringkat.
2. Kajian perbandingan juga boleh dijalankan untuk melihat tahap pengusaan Bahasa
Melayu dalam kalangan pelajar Cina dengan pelajar Melayu.
3. Selain aspek morfologi dan sintaksis, aspek semantik, dan wacana bahasa juga patut
dijadikan fokus kajian bagi melihat pengaruh aspek tersebut terhadap penguasaan
bahasa Melayu pelajar Cina.
4. Kajian seperti ini juga seharusnya dijalankan dengan mengambil sampel dari semua
negeri di Malaysia bagi memastikan dapatan yang diperoleh lebih berkesan.
RUJUKAN
Abd. Aziz Abd. Talib. 2000. Pedagogi Bahasa Melayu : Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala
Lumpur : Utusan Publication.
Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim & Mashudi Kader. 1989. Kesalahan bahasa dalam Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka
Abdul Hamid Mahmood. 1989. Kesalahan ayat. Pelita Bahasa, 1, Bil. 3 : 40 1.
Abdul Hamid Mahmood. 1993. Betulkan kesalahan bahasa anda. Kuala Lumpur :
Ensimal (M) Sdn. Bhd.
Arpan Shahbudin Latip. 1998. Bahasa Melayu : Kesilapan tatabahasa satu analisis. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.
Awang Sariyan. 1984. Kesalahan umum penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa & Pustaka.
14
Awang Sariyan. 1988. Pengaruh sintaksis Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu
dengan
rujukan khusus terhadap laras bahasa ilmiah. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Awang Sariyan 1995. Konsep kesalahan bahasa dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa & Pustaka..
Awang Sariyan. 2001. Sikap punca Bahasa Melayu terabai. Berita Harian : 4 Mac.
Awang Sariyan. 1989. Kesilapan penggunaan Bahasa Malaysia oleh murid-murid Melayu dalam
Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim & Mashudi Kader (ed.). Kesalahan bahasa dalam
Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.
Azman Wan Chik. 1982. Trend-trend baru dalam bidang pendidikan bahasa. Kuala Lumpur :
Utusan Publication.
Corder, S.P. 1981. Error analysis and interlanguage. London : Oxford University Press.
Juriah Long. 1975. Masalah pencapaian murid-murid bukan Melayu dalam peperiksaan Malaysia
di peringkat Malaysian Certificate of Education. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.
Kadir Amin. 1981. Satu analisis kesilapan penggunaan Bahasa Malaysia murid-murid melayu
Darjah 6 di dua buah sekolah rendah di Melaka. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti
Malaya.
Kamarudin Hj. Husin. 1986. Penguasaan Bahasa Malaysia di kalangan pelajar bukan Melayu di
maktab-maktab perguruan di Kuala Lumpur. Tesis Sarjana Sains. Universiti Putra
Malaysia.
Koh Boh Boon. 1989. Perseptif-perspektif dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa & Pustaka.
Labov. W. 1980. The social origins of sound change. Cambridge: Cambridge University Press.
Marsis Muhamad Nasir. 1998. Permasalahan pemelajaran Bahasa Melayu di institusi pendidikan.
Jurnal Bahasa, 42, (3) : 223-300
Media Sandra Kasih. 2003. Analisis kontrastif dan keanekabahasaan. Jurnal Bahasa, 47, (10):
36-40
Md. Daud Taha. 1992. Masalah penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu di
tingkatan menengah atas di Negara Brunei Darussalam. Tesis Sarjana Sains. Universiti
Putra Malaysia.
Mohd Afif Abidin. 1998. Aspek sosiolinguistik dalam konteks Malaysia. Jurnal Bahasa, 7 (1) :
81-86.
Mohd Daud Yusof. 1990. Penguasaan Bahasa Malaysia baku di kalangan pelajar Tingkatan 2

(KBSM) : Satu kajian kes di Maktab Sultan Ismail Kota Bahru, Kelantan. Tesis Sarjana
Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa, & Abdul Hamid Mahmood.
1994.
Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.
Nor Ainah Dani. 1993. Pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran Bahasa Malaysia
pelajar-pelajar Dusun. Tesis Sarjana Sains.Universiti Putra Malaysia.
Raminah Hj. Sabran. 1983. Satu analisis kesilapan nahu penutur jati Bahasa Melayu di kalangan
guru pelatih. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.
Roksana Bibi Abdullah. 2002. Peralihan bahasa : Sebab dan akibat. Jurnal Bahasa, 46 (9) : :
52-55.
Supian Mohammad Noor. 1994. Analisis kesalahan penggunaan frasa kerja Bahasa Melayu di
kalangan pelajar Tingkatan 4 KBSM : Satu kajian kes. Tesis Sarjana Sains. Universiti
Putra Malaysia.
Teo Kok Seng. 1998. Teori dan penelitian linguistik kes sosiolinguistik. Jurnal Bahasa, 42 (1) :
59-67
15
Zamri Mahamod. 2002. Pemindahan bahasa dalam pengajaran pemelajaran bahasa kedua.
Jurnal Bahasa, 44 (5) : 602-615.
16
Download
of 16

ZAMRI - ANALISIS KESALAHAN BAHASA


by umrah-muin
on Oct 29, 2015
Report
Category:
DOCUMENTS
Download: 33
Comment: 0
707

views
Share
Comments
Description
Download ZAMRI - Analisis Kesalahan Bahasa
Transcript
1 PAGE 14 KESALAHAN BAHASA DALAM PENULISAN KARANGAN PELAJAR CINA :
KAJIAN ANALISIS DOKUMEN Zamri Mahamod Fakulti Pendidikan, UKM ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam
penulisan karanga. Kajian ini telah menggunakan 30 buah karangan yang ditulis oleh 30 orang
pelajar Cina Sekolah Mengah Kebangsaan Datok Lokman. Karangan yang ditulis diperiksa dan
dianalisis. Daripada kajian ini didapati bahawa pelajar Cina nelakukan kesalahan dari segi
morfologi dan sintaksis. Kesalahan morfologi yang paling kerap dilakukan termasuklah
kesalahan penggunaan imbuhan dan kesalahan sintaksis yang paling kerap dilakukan ialah
kesalahan struktur ayat majmuk dan struktur ayat tergantung. Kajian ini juga mendapati bahawa
pelajar lelaki Cina lebih kerap melakukan kesalahan bahasa daripada pelajar perempuan Cina.
PENDAHULUAN Dalam Perlembagaan Negara, tercatat dalam Fasal 152 bahawa bahasa
kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Mengikut Dasar Pendidikan Negara, Bahasa Melayu dijadikan
bahasa pengantar di sekolah kebangsaan dan menjadi mata pelajaran wajib di sekolah-sekolah
kerana dirasakan bahawa dasar ini akan menghasilkan sebuah masyarakat yang akan berhubung
dalam satu bahasa yang sama. Kesungguhan kerajaan jelas apabila dalam Sistem Persijilan
Terbuka Malaysia yang bermula pada tahun 2000, para pelajar mesti memperoleh gred lulus
dalam Bahasa Melayu untuk melayakkan diri menerima sijil. Namun begitu masih terdapat
pelajar yang masih belum mampu menguasainya. Dalam kajian yang pernah dilakukan oleh
Ramli Md. Salleh, Ismail Salleh, Idris Aman, dan Mohammad Fadzeli Jaafar (2000), penguasaan
pelajar-pelajar di sekolah menengah di FELDA Negeri Sembilan masih berada pada tahap yang
lemah. Hal ini terbukti melalui Laporan Kementerian Pendidikan Malaysia tentang keputusan
Sijil Pelajaran Malaysia 2000 bahawa seramai 49,9666 pelajar gagal memperoleh Sijil Pelajaran
Malaysia kerana gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal yang sama terjadi dalam
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2003. walaupun prestasi keputusan peperiksaan
dilaporkan meningkat ekoran peningkatan mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu 90.9 peratus,
namun masih terdapat 9.1 peratus daripada 420,220 orang pelajar seluruh negara yang
mengambil peperiksaan tersebut gagal memperoleh sijil. Sebilangan besar yang gagal dalam
mata pelajaran itu terdiri daripada calon bukan bumiputera, khususnya calon berbangsa Cina. Hal
ini menggambarkan bahawa penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar berada pada
tahap kurang memuaskan. Secara tidak langsung, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan belum boleh dibanggakan. Awang Sariyan (2001) menyatakan bahawa ramai pelajar
yang gagal mendapat pencapaian yang baik dalam kertas Bahasa Melayu kerana faktor kesalahan
bahasa dalam penulisan. Semakin banyak kesalahan bahasa, khususnya dari segi morfologi dan
sintaksis, semakin rendahlah markah yang diperoleh oleh mereka dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Menurut beliau lagi, kemerosotan pelajar Cina dalam pemelajaran Bahasa Melayu ialah
faktor gangguan bahasa ibunda. Hal ini bertepatan dengan dapatan Nordin Mamat (2001) yang
menyatakan bahawa kebanyakan pelajar menggunakan bahasa lain (Bahasa Inggeris dan bahasa
ibunda) dan menterjemahkannya dalam Bahasa Melayu apabila membuat latihan menulis

karangan. Akibatnya, bahasa yang ditulis merupakan bahasa terjemahan yang janggal bunyinya
daripada struktur ayat dan tidak menepati pola ayat Bahasa Melayu. Keadaan ini kebanyakannya
melibatkan pelajar-pelajar Cina yang mendapat pendidikan di peringkat rendah di sekolahsekolah Cina. Nik Safiah Karim (1981), menyatakan bahawa punca kesalahan bahasa dalam
kalangan pelajar berlaku kerana para pelajar tidak menguasai sistem Bahasa Melayu. Pelajar juga
dikatakan melakukan kesalahan bahasa ekoran aspek luaran ataupun dalaman. Hal luaran
berpunca darpda pengaruh media massa dan masyarakat sekeliling, dan hal dalaman pula
berpunca daripada pelajar sendiri seperti gangguan bahasa ibunda, kekeliruan yang berpunca
daripada kecuaian dan kekurangan pengetahuan tentang bentuk yang betul (Azman Wan Chik
1989). Oleh yang demikian, satu kajian tentang kesalahan bahasa pelajar Cina perlu dilakukan
bagi memperoleh maklumat yag berguna, khususnya kepada guru Bahasa Melayu untuk
merangka strategi yang sesuai bagi mengatasi masalah ini dengan berkesan. PERNYATAAN
MASALAH Penguasaan bahasa yang lemah dalam kalangan pelajar Cina menyebabkan mereka
sering melakukan kesalahan dalam penggunaan Bahasa Melayu. Coder S. P (1973), menganggap
bahawa kesalahan bahasa berpunca daripada tindakan penutur melakukan pertukaran, pengalihan
atau penghilangan sesuatu ujaran seperi bunyi, morfem, perkataan atau rangkai kata hingga
menyebabkan ayat-ayat yang dibentuk mengandungi kesalahan. Hal ini bersesuaian dengan
kenyataan Juriah et. al. (1994) yang menyatakan bahawa kesalahan bahasa adalah sesuatu bentuk
penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem yang diterima sebagai buku penutur jati
yang terpelajar dan kesalahan ini meliputi aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan,
penggunaan kata dan istilah. Mengikut Awang Sariyan (1984) dan Nik Safiah (1986) kesalahan
bahasa berlaku kerana terdapat penggunaan aspek bahasa yang tidak sempurna daripada
tatabahasa yang baku. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1993), kesalahan penggunaan
perkataan atau istilah berlaku bukan sahaja dalam kalangan pelajar bukan bumiputera, tetapi juga
dalam kalangan pelajar bumiputera. Namun begitu, kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar bukan bumiputera lebih berbanding pelajar bumiputera. Kesalahan bahasa yang kerap
mereka lakukan termasuklah disebabkan pengaruh bahasa ibunda. Keadaan ini menyebabkan
pelajar bukan bumiputera khususnya pelajar Cina terus-terusan melakukan kesalahan bahasa.
Abd. Aziz Abd. Talib (2000) berpendapat bahawa penutur Bahasa Melayu berketurunan Cina
paling banyak menghadapi masalah gangguan bahasa ibunda dan pengaruh dialek tempatan
dalam Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana struktur Bahasa Cina berbeza sama sekali
dengan struktur Bahasa Melayu. Farid M. Onn dan Ajid Che Kob (1981) menyatakan bahawa
persepsi pelajar Cina tentang linguistik Bahasa Cina telah mantap dalam sistem kognitif mereka.
Aspek semantik, leksikal dan idiom bahasa ibunda mempengaruhi unsur-unsur linguistik dalam
bahasa kedua (Bahasa Melayu). Akibatnya, apabila pelajar menggunakan bahasa Melayu mereka
akan melakukan kesalahan kosa kata Bahasa Melayu tersebut (Alias Shamsuddin, 1969; Abdul
Hamid Mahmood, 1990). KERANGKA KONSEPTUAL Kajian ini berlandaskan teori yang
diperkenal oleh Corder S.P yang mengatakan bahawa kesalahan bahasa berlaku dari segi
morfologi, sintaksis dan aspek mekanis. Namun dalam kajian ini, pengkaji hanya melihat
kesalahan bahasa dari segi morfologi dan sintaksis. Oleh itu, rangka konsep kajian ini adalah
seperti berikut :- Dalam kerangka ini kesalahan bahasa merujuk kepada kesalahan morfologi dan
sintaksis. Kesalahan morfologi termasuklah kesalahan penggunaan imbuhan, kesalahan
penggunaan kata ganda, kesalahan penggunaan kata sendi nama dan kesalah penggunaan kata
hubung. Manakala dalam kajian ini, kesalahan sintaksis termaksuk kesalahan struktur ayat
majmuk, kesalahan struktur ayat pasif, kesalahan struktur ayat saduran Bahasa Inggeris dan
kesalahan ayat tergantung. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-

jenis kesalahan bahasa dalam karangan pelajar Cina. Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk
1. Mengenal pasti kesalahan morfologi, sintaksis, dan aspek mekanis yang dilakukan oleh pelajar
Cina dalam karangan. 2. Menilai tahap kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam
karangan. PERSOALAN KAJIAN Beradasarkan tujuan kajian di atas, secara khususnya kajian
ini akan menjawab soalan berikut: 1. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam
karangan? 2. Sejauhmanakah pelajar Cina melakukan kesalahan morfologi, dan sintaksis dalam
karangan? KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini penting kerana kajian ini dapat : 1.
Dimanfaatkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk menggubal kurikulum. 2. Memberi sedikit gambaran kepada guru-guru Bahasa Melayu
tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Cina dalam mempelajari Bahasa Melayu. 3.
Menjadi asas kepada guru-guru dalam merancang dan merangka strategi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu yang lebih berkesan dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan
Bahasa Melayu pelajar. 4. Membantu guru-guru Bahasa Melayu merancang dan menentukan
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk pengajaran Bahasa Melayu di
dalam kelas. BATASAN KAJIAN Kajian ini hanya dijalankan dalam ruang lingkup seperti
berikut:- 1. Kajian ini hanya tertumpu kepada 30 orang pelajar Cina Tingkatan Lima Sekolah
Menengah Kebangsaan Datok Lokman, Kuala Lumpur. 2. Kajian ini hanya tertumpu kepada dua
kesalahan bahasa yang kerap dilakukan oleh para pelajar dalam karangan, iaitu kesalahan
morfologi dan kesalahan sintaksis. DEFINISI ISTILAH Terdapat beberapa istilah yang akan
digunakan dalam kajian ini. Kesalahan Bahasa Corder (1981) mendefinisikan kesalahan bahasa
sebagai bentuk-bentuk pertuturan yang menyimpang atau yang menyalahi bentuk-bentuk
pertuturan penutur jati dan menganggap kesalahan bahasa yang dibuat ialah kegagalan
memadankan bahasa dengan situasi yang sesuai. Dalam kajian ini kesalahan bahasa membawa
maksud sebagai bentuk-bentuk bahasa yang menyimpang daripada bentuk yang baku iaitu suatu
bentuk bahasa yang digunakan dalam hubungan-hubungan formal. Bentuk ini benar-benar
mematuhi tatabahasa dan bebas daripada pengaruh dialek daerah dan bahasa pertuturan yang
tidak formal. Bahasa Melayu Dalam laporan jawatankuasa Mengkaji Bahasa Melayu (1982)
menjelaskan bahawa Bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan Melayu.
Dalam Perkara 152 perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu
menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan ini hendaklah digunakan dalam semua
urusan rasmi.Untuk memenuhi kehendak tersebut, pada peringkat awal Bahasa Kebangsaan telah
diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah, khususnya sekolah yang bahasa
pengantarnya bukan Bahasa Melayu. Dalam kajian ini Bahasa Melayu merujuk kepada subjek
Bahasa Melayu yang diajar di sekolah-sekolah. Dalam kalangan pelajar Cina masalah kelemahan
penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu sering diperkatakan. Oleh itu mereka dikatakan sering
melakukan kesalahan bahasa semasa dalam penulisan karangan dan ini menyebabkan mereka
gagal mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan. TINJAUAN LITERATUR Terdapat
beberapa kajian yang dijalankan di dalam negara dan di luar negara tentang gaya pembelajaran
walaupun gaya pembelajaran merupakan satu bidang yang baru. Kajian-kajian yang telah
dilakukan yang berkait dengan kesalahan bahasa oleh penyelidik-penyelidik atau pengkajipengkaji bahasa di luar mahupun di dalam Negara, dapat diperjelaskan mengikut jenis-jenis dan
kategori kesalahan bahasa dalam kajian ini, iaitu kesalahan morfologi dan kesalahan sintaksis.
Kesalahan Morfologi Kesalahan morfologi merangkumi kesalahan penggunaan imbuhan dan
kesalahan jenis kata atau golongan kata. Kesalahan ini termasuklah kesalahan penggunaan kata
ganti diri, sendi nama, kata kerja, kata tugas, kata nama dan sebagainya. Koh Boh Boon (1975)
dalam kajiannya terhadap pelajar-pelajar bukan Melayu mendapati bahawa pelajar ini lemah

dalam penggunaan imbuhan kata kerja dan imbuhan kata nama. Kesalahan ini disebabkan
kesalahtanggapan tentang pembentukan kata dalam Bahasa Melayu. Menurut Koh Boh Boon,
bagi pelajar Cina, mereka menghadapi masalah imbuhan kerana imbuhan tidak wujud dalam
bahasa Cina. Oleh itu pelajar Cina sering mengabaikan imbuhan sama ada dalam pertuturan
ataupun penulisan. Dapatan ini bersesuaian dengan dapatan kajian Md. Daud Taha (1992) yang
mengatakan bahawa kesalahan imbuhan dan kata sendi paling kerap dilakukan oleh pelajar
hingga mencapai 31.2 peratus. Raminah Hj. Sabran (1983) membuat penyelidikan terhadap guru
pelatih yang seramai 100 orang dan mempunyai latar belakang akademik yang berbeza. Tiga
ujian menulis karangan dalam waktu yang berlainan digunakan untuk melihat sama ada terdapat
atau tidak perbezaan jumlah kesalahan bahasa. Dapatan menunjukkan bahawa hamper 80 peratus
kesalahan yang dilakukan oleh sample adalah dalam aspek penggunaan perkataan dan
pembentukan frasa. Dapatan ini sama dengan dapatan Yap Soon Hock (1973) yang mendapati
bahawa pelajar-pelajar Melayu melakukan kesalahan pembentukan kata yang paling tinggi
kekerapan, iaitu sebanyak 51 peratus. Kajian yang dibuat oleh Noor Ainah Dani (1993) tentang
pengaruh bahasa ibunda dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
Dusun mendapati bahawa bahasa ibunda mempengaruhi kesalahan pemakaian imbuhan terutama
imbuhan beR-, ke-, me-, dan an. Mengikut Arpan Shahbudin (1998) pelajar didapati lemah
dalam penguasaan kemahiran menggunakan imbuhan dan kata sendi nama. Dapatan kajian
Zafdah Haji Metussin (1990) yang mengkaji tentang pola-pola penggunaan kata sendi nama
dalam penulisan karangan pelajar tingkatan satu mendapati bahawa pelajar banyak melakukan
kesalahan sendi nama di dan pada di tempat diperlukan dan ramai pelajar keliru dalam
penggunaan sendi nama di dalam dan di antara. Menurut kajian Media Sandra Kasih (2003)
mendapati pelajar Cina sukar mempelajari Bahasa Melayu kerana ketiadaan kelas kata dalam
bahasa Cina. Pelajar Cina juga didapati kerap melakukan kesalahan dari segi ejaan. Kesalahan
Sintaksis Kesalahan sintaksis bermaksud binaan bahasa yang meyimpang daripada struktur ayat
yang betul dalam suatu bahasa. Kesalahan sintaksis ini termasuklah kesalahan pada frasa dan
ayat yang disebabkan oleh kejanggalan konsituen-konsituen yang mengisi gitra subje, predikat
dan objek. Hal ini termasuk juga bentuk-bentuk kata dan frasa tertentu yang mewujudkan
kegramatisan sesuatu ayat. Supian Mohamad Noor (1994) mendapati bahawa 249 orang pelajar
Tingkatan Empat telah melakukan 617 kesalahan penggunaan frasa kerja. Md Daud Taha (1992)
dalam kajiannya menunjukkan bahawa kesalahan ayat yang dilakukan oleh pelajar ialah jenis
ayat-ayat tidak betul susunannya (33.1 peratus), ayat tidak lengkap atau tergantung (35.8 peratus)
dan ayat yang berbelit-belit (17.3 peratus). Dalam kajian ini juga, beliau mendapati bahawa
kesalahan ayat yang dilakukan oleh pelajar dipengaruhi oleh struktur ayat asing. Seterusnya
Abdul Hamid Mahmood (1989), dari hasil kajiannya menunjukkan bahawa kesalahan ayat
disebabkan oleh pelajar-pelajar kurang memahami struktur ayat tunggal, ayat majmuk, ayat aktif
dan ayat pasif. Akibatnya, ayat-ayat yang ditulis itu kerap janggal dan menyalahi hukum-hukum
tatabahasa Bahasa Melayu. Koh Boh Boon (1994) membuat tanggapan bahawa kesalahan yang
dilakukan oleh seseorang itu kerana mereka tidak mengetahui teori asas tatabahasa. Tanggapan
ini ialah hasil kajian yang dilakukan kepada guru-gru pelatih terhadap dua jenis ayat pasif.
Sebanyak 70 peratus guru pelatih tidak dapat membetulkan kesalahan ayat pasif. Menurut kajian
Mohd Daud Yusof (1990) mendapati bahawa dalam kalangan pelajar yang menjadi sampel
seramai 78 orang pelajar membuat kesalahan menerbitkan ayat yang tidak lengkap, iaitu tidak
ada subjek dan predikat. Tuntasnya, kajian ini diterangkan beberapa dapatan kajian daripada
pengkaji tempatan. Melalui kajian literatur terdapat pelbagai jenis kesalahan bahasa yang
dilakukan oleh pelajar kerana tidak menguasai sistem sesuatu bahasa. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen yang melibatkan 30 buah karangan yang
ditulis oleh 30 orang pelajar Cina Tingkatan Lima. Responden kajian merupakan 30 orang
pelajar Cina Tingkatan Lima aliran sastera Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman,
Kuala Lumpur. Responden kajian ini telah dipilih secara berkelompok. Kajian ini dimulakan
dengan mengenal pasti masalah kajian, dan merangka jangka masa kajian . Pengkaji kemudian
memohon kebenaran untuk menjalankan kajian. Pengkaji mula menjalankan kajian setelah
mendapat kebenaran daripada pihak sekolah. Setiap responden kajian diminta menulis sebuah
karangan pada masa dan tempoh yang berlainan. Ini bererti karangan yang dijadikan bahan
kajian berjumlah 30 buah karangan. Setiap karangan yang ditulis dalam had panjang 350 patah
perkataan dalam masa 1 jam 30 minit. Ini bererti pengkaji akan memeriksa dan mencari
kesalahan bahasa pada had 350 patah perkataan sahaja. Selebihnya tidak diambil kira. Ujian
menulis karangan dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman pada 24 Februari
2005. Tajuk karangan yang digunakan bagi ujian kajian berupa tajuk karangan jenis fakta, iaitu
salah satu jenis tajuk karangan yang ditetapkan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Tingkatan Lima. Kertas karangan yang ditulis oleh responden kajian, diperiksa berdasarkan
penentuan kesalahan. Segala maklumat yang diperoleh dicatat dan dianalisis secara kualitatif dan
kuantitatif. Penganalisisan data yang dibuat secara kuantitatif akan menggunakan statistik
deskriptif iaitu analisis dalam bentuk peratusan, dan frekuensi sahaja. Kesimpulannya, kajian ini
merupakan kajian analisis dokumen yang menggunakan reka bentuk kualitatif dan kuantitatif.
Penganalisisan data menggunakan kaedah statistik deskriptif iaitu peratusan dan frekuensi bagi
melihat kekerapan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar Cina. DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian bertujuan untuk membincangkan tentang latar belakang responden, apakah
kesalahan yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam karangan dan Sejauhmanakah pelajar Cina
melakukan kesalahan morfologi, dan sintaksis dalam karangan? Maklumat Latar Belakang
Responden Bahagian ini menjelaskan profil responden yang terlibat dalam kajian ini. Profil
responden kajian yang diambil kira ialah jantina. Jadual 1 : Maklumat latar diri responden
________________________________________________________________________
Frekuensi Peratusan (%)
________________________________________________________________________
Jantina Lelaki 13 43.3 Perempuan 17 56.7
________________________________________________________________________ Jadual
1 menunjukkan maklumat latar diri responden. Daripada Jadual 1 ternyata bahawa responden
terdiri daripada 43.3% (13 orang) pelajar lelaki dan 56.7% (17 orang) pelajar perempuan.
Kesalahan yang Dilakukan oleh Pelajar Sebanyak tidak kurang daripada 10500 patah perkataan
telah ditulis oleh pelajar Cina Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Datok Lokman.
Daripada jumlah itu terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dikenal pasti dilakukan oleh para
pelajar tersebut. Kesalahan-kesalahan tersebut adalah dalam morfologi dan sintaksis yang
menjadi fokus kajian ini. 1. Kesalahan Morfologi Antara kesalahan morfologi yang dikenal pasti
dilakukan oleh pelajar Cina ialah kesalahan penggunaan imbuhan, kesalahan penggunaan kata
ganda, kesalahan penggunaan kata sendi nama, dan kesalahan kata hubung. (a) Kesalahan
Penggunaan Imbuhan Kajian ini mendapati bahawa kesalahan penggunaan imbuhan ini terjadi
kerana pelajar tidak menggunakan imbuhan, dan silap menggunakan imbuhan. Kesalahan tidak
menggunakan imbuhan ini terjadi akibat daripada pengaruh bahasa ibunda yang struktur ayatnya
dipermudah dan diringkaskan tanpa mengunakan imbuhan. Misalnya, pelajar menulis bentuk
kata: i. mainkan peranan yang sepatutnya dieja sebagai memainkan peranan. ii nasihati anakanak remaja yang sepatutnya dieja menasihati anak-anak remaja. iii. bimbing remaja yang

sepatutnya dieja membimbing remaja. Pelajar juga didapati terkeliru dalam menggunakan
imbuhan kata kerja transitif menNkan dan meN...i. Penggunaan imbuhan apitan yang tepat
ialah apabila objek selepas kata kerja mendukung maksud pergerakan atau sebaliknya. Misalnya:
i. ..berdamping ia sebagai teman sepatunya ditulis .mendampingi ia sebagai teman. ii.
seharusnya penyiaran rancangan sepatutnya ditulis .seharusnya menyiarkan rancangan.
(b) Kesalahan Penggunaan Kata Ganda Hasil daripada penyelidikan didapati bahawa kesalahankesalahan yang dibuat oleh pelajar ialah menggandakan kata nama yang didahului oleh kata
bilangan yang mendukung maksud jamak. Misalnya: i. banyak kes-kes gejala sosial sepatutnya
ditulis banyak kes gejala sosial. ii. pelbagai langkah-langkah telah diambil sepatutnya ditulis
pelbagai langkah telah diambil. iii. kebanyakan remaja-remaja mudah terpengaruh sepatutnya
ditulis kebanyakan remaja mudah terpengaruh. Menurut Nik Safiah Karim et. al. (1994), kata
nama yang didahului oleh kata yang bermaksud jamak tidak perlu digandakan. Melalui kajian ini
juga didapati bahawa pelajar kerap menggandakan kata ganda yang tidak perlu digandakan.
Misalnya: i. masyarakat-masyarakat tidak seharusnya sepatutnya ditulis masyarakat tidak
seharusnya ii. golongan-golongan remaja sepatutnya ditulis golongan remaja. iii. mereka-mereka
hanya tahu sepatutnya ditulis mereka hanya tahu. (c) Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama
Daripada karangan yang ditanda, didapati pelajar turut melakukan kesalahan menggunakan kata
sendi nama. Antara kata sendi nama yang salah digunakan ialah kata dari, dan daripada. Kata
dari digunakan untuk menunjukkan tempat dan waktu, kata sendi nama daripada digunakan
untuk hal-hal yang lebih umum, seperti menyatakan manusia, unsure abstrak, perbandingan dan
sebagainya (Nik Safiah et. al 1994). Misalnya: i. dari mereka melepak sepatutnya ditulis daripada
mereka melepak ii. kurang kasih sayang dari ibu bapa sepatutnya ditulis kurang kasih sayang
daripada ibu bapa. Pelajar juga didapati tidak menggunakan kata sendi di tempat yang
sepatutnya. Misalnya: i. berpura-pura pergi sekolah sepatutnya berpura-pura pergi ke sekolah. ii.
tetapi masa ini sepatutnya ditulis tetapi pada masa ini. iii. duduk kaki lima kedai sepatutnya
ditulis duduk di kaki lima kedai. Pelajar juga didapati menggunakan kata sendi nama di tempat
yang tidak diperlukan. Antara kesalahan tersebut ialah : i. kerjasama di antara kerajaan dan
masyarakat sepatutnya kerjasama antara kerajaan dan masyarakat. ii. Selain daripada itu,
kerajaan juga sepatutnya Selain itu, kerajaan juga. iii. mendapat tempat di dalam kumpulan
sepatutnya mendapat tempat dalam kumpulan. (d) Kesalahan Penggunaan Kata Hubung Pelajar
juga didapati melakukan kesalahan penggunaan kata hubung seperti contoh ayat berikut: i. para
remaja sepatutnya sedar bahawa kelalaian mereka itu. sepatutnya ditulis para remaja
sepatutnya sedar kerana kelalaian mereka itu. ii. mereka sering beranggapan yang mereka
telah dewasa sepatutnya ditulis mereka sering beranggapan bahawa mereka telah dewasa.
iii. ibu bapa, guru-guru perlu memainkan peranan mereka. sepatutnya ditulis ibu bapa dan
guru-guru perlu memainkan peranan mereka. Selain itu, pelajar juga didapati melakukan
kesalahan kerana tidak menggunakan kata hubung dalam ayat yang sepatutnya memerlukan kata
hubung yang dan bahawa. Misalnya: i. .golongan remaja terpengaruh beranggapan mereka.
sepatutnya ditulis golongan remaja yang terpengaruh beranggapan bahawa mereka. ii.
.mereka berani mengatakan pada zaman ini.. sepatutnya ditulis .....mereka berani
mengatakan bahawa pada zaman ini..... iii. .....sebagaimana telah kita ketahui golongan
remaja. sepatutnya ditulis .sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa golongan
remaja. 2. Kesalahan Sintaksis Antara kesalahan sintaksis yang dikenal pasti dilakukan oleh
pelajar Cina ialah kesalahan struktur ayat majmuk, kesalahan struktur ayat pasif, dan kesalahan
struktur ayat saduran Bahasa Inggeris. (a) Kesalahan Struktur Ayat Majmuk Daripada
pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, didapati bahawa kesalahan-kesalahan yang dilakukan

oleh pelajar adalah seperti berikut: i. Ibu bapa bertanggungjawab menjaga mereka dan memberi
mereka pelajaran. sepatutnya ditulis.... Ibu bapa bertanggungjawab menjaga dan memberi
mereka pelajaran. ii. Ibu bapa juga haruslah mengawal gerak geri anak-anak mereka jika ada
yang mencurikan dan sentiasa berfikiran terbuka dalam mengatasi masalah. sepatutnya ditulis....
Ibu bapa juga haruslah mengawal gerak geri anak-anak mereka jika ada gerak-geri yang
mencurigakan dan sentiasa berfikiran terbuka dalam mengatasi masalah. iii. Pada masa ini ibu
bapa hanya sibuk mengejar kemewahan sampaikan tidak ada masa untuk mendidik anak-anak.
Sepatutnya ditulis...... Pada masa ini ibu bapa hanya sibuk mengejar kemewahan sehingga tidak
ada masa untuk mendidik anak-anak. iv. Remaja-remaja menjadi liar atas pengaruh dari rakanrakannya. Sepatutnya ditulis... Remaja-remaja menjadi liar kerana pengaruh daripada rakanrakannya. (b) Kesalahan Struktur Ayat Pasif Pelajar juga didapati sering melakukan kesalahan
struktur ayat pasif dalam penulisan karangan, antaranya seperti berikut: i. Remaja-remaja ini
perlu ibu bapa bimbing..sepatutnya ditulis Remaja- remaja ini perlu dibimbing oleh ibu
bapa ........ ii. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling perlu diadakan pihak
sekolah......sepatutnya ditulis Perkhismatan Bimbingan dan Kaunseling perlu diadakan oleh
pihak sekolah..... (c) Kesalahan Struktur Ayat Saduran Bahasa Inggeris Struktur ayat saduran
bahasa Inggeris bermaksud pengaruh ayat Bahasa Inggeris dan kata-kata Bahasa Inggeris yang
digunakan dalam sintaksis Bahasa Melayu (Awang Sariyan 1998). Daripada pemerhatian yang
telah dibuat terdapat beberapa ayat yang dikenal pasti terdapat saduran daripada Bahasa Inggeris
seperti contoh ayat berikut: i. Masalah ini kebanyakannya berpunca di rumah yang mana ibu
bapa kurang memberi perhatian yang penuh. Sepatutnya ditulis ... Masalah ini kebanyakannya
berpunca dari rumah kerana ibu bapa kurang memberi perhatian sepenuhnya kepada remaja. ii.
Masalah ini dikeruhkan lagi di mana ibu bapa sibuk bekerja mengejar kemewahan dan
mengabaikan anak-anak. Sepatutnya ditulis ... Masalah ini dikeruhkan lagi kerana ibu bapa sibuk
mengejar kemewahan hidup sehingga mengabaikan anak-anak. (d) Ayat Tergantung Pelajar juga
didapati melakukan kesalahan membina struktur ayat yang tergantung. Pelajar kerap
menghilangkan subjek ayat seperti contoh ayat berikut: i. Ini berpunca daripada kesibukan ibu
bapa bekerja. Sepatutnya ditulis... Hal ini berpunca daripada kesibukan ibu bapa bekerja. ii. Ada
yang keluar pada waktu pagi dan pulang pada lewat malam. Sepatutnya ditulis..... Ada ibu bapa
yang keluar bekerja pada waktu pagi dan pulang pada lewat malam. iii. Ini menyebabkan
ketandusan kasih sayang. Sepatutnya ditulis.... Hal ini menyebabkan anak-anak ketandusan kasih
sayang. Tahap Kesalahan Bahasa Pelajar Cina Tahap kesalahan bahasa pelajar Cina dikaji dari
segi morfologi dan sintaksis. 1. Tahap Kesalahan Morfologi Pelajar Cina Dapatan kesalahan
morfologi dalam kalangan pelajar dipaparkan dalam Jadual 2. Jadual 2 menunjukkan kekerapan
kesalahan morfologi dalam kalangan pelajar Cina yang dikaji. Jadual 2 : Kekerapan kesalahan
morfologi yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam penulisan karangan.
________________________________________________________________________ Jenis
Kesalahan Lelaki % Perempuan % Jumlah %
________________________________________________________________________ K1 45
39.47 38 39.58 83 39.71 K2 13 11.41 9 9.38 21 10.05 K3 45 39.47 34 35.42 79 37.80 K4 11 9.65
15 15.62 26 12.44
________________________________________________________________________
Jumlah 114 100 96 100 209 100
________________________________________________________________________ K1 =
Imbuhan K2 = Kata ganda K3 = Kata sendi nama K4 = Kata hubung Berdasarkan Jadual 2,
terdapat empat kesalahan morfologi, iaitu kesalahan dari segi imbuhan (K1), kesalahan

penggunaan kata ganda (K2), kesalahan penggunaan kata sendi nama (K3), dan kesalahan
penggunaan kata hubung (K4). Beberapa contoh kesalahan morfologi seperti kebanyakkan,
pelbagai-bagai, banyak kes-kes, dan sebagainya. Kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh
pelajar Cina ialah kesalahan penggunaan imbuhan, iaitu sebanyak 83 kesalahan ataupun 39.71
peratus. Hal ini kerana pelajar Cina masih terikut dengan struktur ayat Bahasa Cina yang tidak
mempunyai imbuhan. Daripada jadual juga menunjukkan bahawa pelajar lelaki paling kerang
melakukan kesalahan morfologi, iaitu sebanyak 114 kesalahan berbanding pelajar perempuan
sebanyak 96 kesalahan. 2. Tahap Kesalahan Sintaksis Pelajar Cina Kesalahan sintaksis dalam
karangan pelajar Cina juga banyak dilakukan. Dapatan kesalahan sintaksis dipaparkan dalam
Jadual 3. Jadual 3 : Kekerapan kesalahan sintaksis yang dilakukan oleh pelajar Cina dalam
penulisan karangan
________________________________________________________________________ Jenis
Kesalahan Lelaki % Perempuan % Jumlah %
________________________________________________________________________ K1 38
31.7 40 36.7 78 34.1 K2 29 21.2 26 23.9 55 24.0 K3 17 14.1 13 11.9 30 13.1 K4 36 30.0 30 27.5
66 28.8 Jumlah 120 100 109 100 229 100
________________________________________________________________________ K1 =
Ayat majmuk K2 = Ayat Pasif K3 = Ayat Saduran Bahasa Inggeris K4 = Ayat Tergantung Jadual
3 menunjukkan kesalahan sintaksis yang dilakukan oleh pelajar Cina. Kesalahan ini ialah
kesalahan ayat majmuk (K1), kesalahan ayat pasif (K2), kesalahan ayat saduran Bahasa Inggeris
(K3) dan kesalahan ayat tergantung (K4). Kesalahan yang paling banyak dilakukan ialah
kesalahan ayat majmuk, iaitu sebayak 34.1 peratus (78 kesalahan). Hal ini bermakna kebanyakan
pelajar masih terkeliru tentang jenis ayat majmuk pancangan keterangan, gabungan dan
komplemen. Selain itu, pelajar juga didapati kerap kali melakukan kesalahan ayat tergantung.
Terdapat 55 kesalahan ayat tergantung atau 28.8 peratus daripada keseluruhan kesalahan
sintaksis. Daripada Jadual 3, didapati pelajar lelaki Cina paling banyak melakukan kesalahan
sintaksis, 120 kesalahan berbanding dengan pelajar perempuan Cina, iaitu 109 kesalahan.
PERBINCANGAN DAPATAN Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesalahan
morfologi dan sintaksis yang dilakukan oleh pelajar Cina Sekolah Menengah Kebangsaan Datok
Lokman dalam penulisan karangan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat tahap
kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar Cina semasa menulis karangan. Kajian ini
merupakan kajian kes yang dijalankan melalui kaedah analisis Dokumen yang melibatkan 30
buah karangan pelajar Cina yang dipilih secara kelompok. Karangan yang dikumpulkan
kemudian disemak dan dimasukkan dalam borang inventori kesalahan bahasa. Kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Secara khusus, dapatan kajian dapat
diperincikan seperti berikut: 1. Dalam kesalahan morfologi, pelajar Cina didapati melakukan
kesalahan dari segi penggunaan imbuhan, kesalahan penggunaan kata ganda, kesalahan
penggunaan kata sendi nama dan kesalahan penggunaan kata hubung. 2. Daripada kajian ini
didapati bahawa kesalahan penggunaan imbuhan mencatatkan bilangan yang lebih tinggi
berbanding dengan kesalahan morfologi yang lain. 3. Dalam kesalahan sintaksis pula, pelajar
Cina didapati melakukan kesalahan kesalahan ayat majmuk, kesalahan ayat pasif, kesalahan ayat
saduran Bahasa Inggeris, dan kesalahan ayat tergantung. 4 Daripada kajian ini juga mendapati
bahawa pelajar Cina kerap melakukan kesalahan ayat majmuk kerana kekeliruan mereka
terhadap ayat majmuk pancangan keterangan, gabungan dan komplemen. 5. Berdasarkan kajian
ini juga, didapati bahawa pelajar lelaki kerap melakukan kesalahan dari segi morfologi dan
sintaksis berbanding pelajar perempuan dalam penulisan karangan. IMPLIKASI DAPATAN

KAJIAN Kajian ini selaras dengan kajian yang dilakukan Md Daud Taha (1992) dan Noor Ainah
Dani (1993) yang mendapati bahawa pelajar sering melakukan kesalahan dari segi penggunaan
imbuhan. Pelajar Cina didapati masih gagal menggunakan imbuhan dengan baik dan kerap
melakukan kesalahan tersebut. Hal ini bersesuai dengan dapatan Koh Boh Boon (1975) yang
mengatakan bahawa pelajar Cina lemah dalam penggunaan imbuhan kata kerja dan imbuhan kata
nama. Hal ini kerana dalam Bahasa Cina tidak terdapat sebarang imbuhan (Media Sandra Kasih;
2003) Daripada kajian juga mendapati bahawa pelajar Cina turut melakukan kesalahan
penggunaan kata sendi. Hal ini selaras dengan dapatan Md. Daud Taha (1992) dan Raminah Hj.
Sabran (1983) yang mengatakan bahawa kesalahan penggunaan kata sendi nama juga kerap
dilakukan oleh pelajar dalam penulisan karangan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa
pelajar Cina kerap melakukan kesalahan dari segi sintaksis. Kesalahan dari segi sintaksis yang
kerap dilakukan oleh pelajar Cina ialah kesalahan ayat majmuk dan ayat tergantung. Pelajar Cina
juga didapati melakukan kesalahan ayat pasif dan kesalahan ayat saduran Bahasa Inggeris. Hal
ini berlaku kerana pelajar Cina didapati tidak dapat menguasai pola ayat Bahasa Melayu dengan
baik. Hal ini bertepatan dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Abdul Hamid Mahmood
(1989) yang mendapati bahawa kesalahan ayat majmuk berlaku kerana pelajar-pelajar kurang
memahami struktur ayat tunggal, ayat majmuk, ayat aktif dan ayat pasif. Kajian juga mendapati
bahawa pelajar lelaki Cina lebih kerap melakukan kesalahan dalam penulisan karangan
berbanding daripada pelajar perempuan Cina. Hal ini selaras dengan dapatan kajian yang dibuat
oleh Kadir Amin (1981) mendapati bahawa kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar
lelaki lebih tinggi daripada kekerapan kesalahan murid perempuan dalam kesalahan morfologi
dan sintaksis. Hasil dapatan ini juga disokong melalui dapatan Kamarudin Husin (1986) yang
mendapati bahawa guru pelatih lelaki berketurunan Cina dan India lebih kerap melakukan
kesalahan bahasa berbanding dengan guru pelatih perempuan berketurunan Cina dan India.
Tegasnya, dapatan kajian ini mempunyai implikasi tertentu terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. 1. Guru-guru Bahasa Melayu dapat memberi lebih banyak
latihan tatabahasa bagi mengatasi masalah kesalahan bahasa. 2. PPK perlu menyediakan satu
model pengajaran dan pembelajaran bahasa bagi mengatasi kesalahan bahasa yang kerap
dilakukan oleh pelajar. KESIMPULAN Kajian ini berupa kajian kes yang tidak dapat
menggambarkan penguasaan Bahasa Melayu yang sebenarnya oleh para pelajar Cina di
Malaysia. Oleh itu, banyak kajian yang berhubung dengan analisis kesalahan bahasa boleh dibuat
sebagai lanjutan kajian ini. Cadangan kajian lanjutan pada masa akan datang seperti berikut : 1.
Kajian seperti ini patut dijalankan terhadap penguasaan bahasa secara bahasa lisan dalam
kalangan pelajar Cina pada semua peringkat. 2. Kajian perbandingan juga boleh dijalankan untuk
melihat tahap pengusaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Cina dengan pelajar Melayu. 3.
Selain aspek morfologi dan sintaksis, aspek semantik, dan wacana bahasa juga patut dijadikan
fokus kajian bagi melihat pengaruh aspek tersebut terhadap penguasaan bahasa Melayu pelajar
Cina. 4. Kajian seperti ini juga seharusnya dijalankan dengan mengambil sampel dari semua
negeri di Malaysia bagi memastikan dapatan yang diperoleh lebih berkesan. RUJUKAN Abd.
Aziz Abd. Talib. 2000. Pedagogi Bahasa Melayu : Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur :
Utusan Publication. Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim & Mashudi Kader. 1989. Kesalahan
bahasa dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka Abdul Hamid
Mahmood. 1989. Kesalahan ayat. Pelita Bahasa, 1, Bil. 3 : 40 1. Abdul Hamid Mahmood.
1993. Betulkan kesalahan bahasa anda. Kuala Lumpur : Ensimal (M) Sdn. Bhd. Arpan
Shahbudin Latip. 1998. Bahasa Melayu : Kesilapan tatabahasa satu analisis. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa & Pustaka. Awang Sariyan. 1984. Kesalahan umum penggunaan Bahasa

Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka. Awang Sariyan. 1988. Pengaruh sintaksis
Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu dengan rujukan khusus terhadap laras bahasa ilmiah.
Kuala Lumpur : Nurin Enterprise. Awang Sariyan 1995. Konsep kesalahan bahasa dalam Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.. Awang Sariyan. 2001. Sikap punca Bahasa
Melayu terabai. Berita Harian : 4 Mac. Awang Sariyan. 1989. Kesilapan penggunaan Bahasa
Malaysia oleh murid-murid Melayu dalam Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim & Mashudi Kader
(ed.). Kesalahan bahasa dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.
Azman Wan Chik. 1982. Trend-trend baru dalam bidang pendidikan bahasa. Kuala Lumpur :
Utusan Publication. Corder, S.P. 1981. Error analysis and interlanguage. London : Oxford
University Press. Juriah Long. 1975. Masalah pencapaian murid-murid bukan Melayu dalam
peperiksaan Malaysia di peringkat Malaysian Certificate of Education. Tesis Sarjana. Universiti
Malaya. Kadir Amin. 1981. Satu analisis kesilapan penggunaan Bahasa Malaysia murid-murid
melayu Darjah 6 di dua buah sekolah rendah di Melaka. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti
Malaya. Kamarudin Hj. Husin. 1986. Penguasaan Bahasa Malaysia di kalangan pelajar bukan
Melayu di maktab-maktab perguruan di Kuala Lumpur. Tesis Sarjana Sains. Universiti Putra
Malaysia. Koh Boh Boon. 1989. Perseptif-perspektif dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka. Labov. W. 1980. The social origins of sound change.
Cambridge: Cambridge University Press. Marsis Muhamad Nasir. 1998. Permasalahan
pemelajaran Bahasa Melayu di institusi pendidikan. Jurnal Bahasa, 42, (3) : 223-300 Media
Sandra Kasih. 2003. Analisis kontrastif dan keanekabahasaan. Jurnal Bahasa, 47, (10): 36-40
Md. Daud Taha. 1992. Masalah penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar Melayu di
tingkatan menengah atas di Negara Brunei Darussalam. Tesis Sarjana Sains. Universiti Putra
Malaysia. Mohd Afif Abidin. 1998. Aspek sosiolinguistik dalam konteks Malaysia. Jurnal
Bahasa, 7 (1) : 81-86. Mohd Daud Yusof. 1990. Penguasaan Bahasa Malaysia baku di kalangan
pelajar Tingkatan 2 (KBSM) : Satu kajian kes di Maktab Sultan Ismail Kota Bahru, Kelantan.
Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn,
Hashim Hj Musa, & Abdul Hamid Mahmood. 1994. Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka. Nor Ainah Dani. 1993. Pengaruh bahasa ibunda dalam
proses pembelajaran Bahasa Malaysia pelajar-pelajar Dusun. Tesis Sarjana Sains.Universiti Putra
Malaysia. Raminah Hj. Sabran. 1983. Satu analisis kesilapan nahu penutur jati Bahasa Melayu di
kalangan guru pelatih. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya. Roksana Bibi Abdullah.
2002. Peralihan bahasa : Sebab dan akibat. Jurnal Bahasa, 46 (9) : : 52-55. Supian Mohammad
Noor. 1994. Analisis kesalahan penggunaan frasa kerja Bahasa Melayu di kalangan pelajar
Tingkatan 4 KBSM : Satu kajian kes. Tesis Sarjana Sains. Universiti Putra Malaysia. Teo Kok
Seng. 1998. Teori dan penelitian linguistik kes sosiolinguistik. Jurnal Bahasa, 42 (1) : 59-67
Zamri Mahamod. 2002. Pemindahan bahasa dalam pengajaran pemelajaran bahasa kedua.
Jurnal Bahasa, 44 (5) : 602-615. PELAJAR KESALAHAN MORFOLOGI Imbuhan Kata ganda
Kata sendi nama Kata hubung KESALAHAN SINTAKSIS Ayat majmuk Ayat pasif Ayat saduran
BI Ayat tergantung

Anda mungkin juga menyukai