Anda di halaman 1dari 26

TUGASANINDIVIDU

GRU6014

TAJUK:

BAB 1 HINGGA BAB 3

DISEDIAKAN OLEH : NORLIZA BT ABDULLAH

NO MATRIK : M20142001375

NAMA PENSYARAH : DR IDRIS B MOHD RADZI

BAB 1
PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Bahasa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita seharian. Hal ini perlu
kita sedari dari secara mendalam, khususnya bagi guru-guru bahasa dan juga guru-guru
dalam bidang yang lain. Para guru bahasa perlu memahami bahawa tujuan akhir
pengajaran ialah agar para pelajar mahir berbahasa, mahir menyemak, mahir bertutur,
mahir membaca dan mahir menulis.

Bahasa mempunyai fungsi yang beraneka ragam. Bahasa berfungsi sebagai alat bagi
manusia untuk berkomunikasi. Dengan bahasalah manusia melahirkan perasaannya,
menyampai dan menerima ilmu, mengabdikan ilmu itu ke dalam buku dan sebagainya
untuk diwariskan kepada generasi terkemudian. Bahasa merupakan ciri utama yang
membezakan antara manusia dengan makhluk hidup yang lainnya di dunia ini.

Pada umumnya pengajaran bahasa telah menjadi penting dalam dunia pendidikan
kerana pengajaran bahasa mempunyai hubungan yang erat dengan perkembangan
bahasa dalam segala bidang. Dalam semua pengajaran termasuk pengajaran bahasa
Melayu oleh pihak-pihak tertentu. Para pelajar dan guru-guru sering menghadapi
masalah dalam usaha menjadikan para pelajar sebagai golongan yang berketerampilan
dalam berbahasa.

Antara beberapa kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang paling sukar dikuasai
dan diajar. Ini kerana hampir semua orang yang normal boleh bertutur dan ramai yang
boleh membaca. Tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang boleh menulis dengan baik.
Dalam kehidupan ini, menulis masih merupakan alat perhubungan yang penting
walaupun dengan kemunculan berbagai-bagai kemajuan dalam teknologi komunikasi.
Melalui penulisan, sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan dapat
disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan jika dibandingkan dengan
penyampaian secara lisan. Oleh itu amatlah penting bagi seseorang itu menguasai
kemahiaran menulis.

Kemahiran menulis karangan merupakan aspek yang penting dan mempunyai aspek
yang sangat luas. Dalam kemahiran menulis terdapat beberapa kemahiran yang lain
perlu diajar kepada pelajar-pelajar sekiranya kita mahukan mereka menghasilkan hasil
penulisan yang baik. Beberapa perkara perlu ditekankan, sekiranya kita mahukan
mereka menghasilkan karangan yang baik .

Diantaranya ialah adalah kemahiran memahami kehendak tajuk karangan, memahami


tujuan penulis dan pembaca sasarannya, dan mencari serta menyusun isi. Selain itu
untuk menyampaikan isi, ( fakta, idea atau hujah ) secara licin, teratur, jelas, logik dan
berkesan. Mereka memerlukan pula beberapa kemahiran lain seperti kemahiran sintaksis
dan pemilihan kata supaya gaya dan daya ekspresi penulisan menjadi cukup berkesan.
Aspek ini dianggap sama penting dengan aspek memahami tajuk mencari dan
menyusun isi. Disamping itu juga, pelajar perlu belajar berfikir dan menghasilkan
sesuatu idae atau mesej secara berkesan.

Kemahiran menulis merupakan satu aspek yang diberikan penekanan dalam sukatan
matapelajaran bahasa Malaysia (1997) dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah.

KBSR menyatakan bahawa:


Bahawa pendidikan bahasa Melayu sekolah rendah akan terus meningkatkan
penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis dengan
menumpukan kepada kepakaran terhadap variasi bahasa dalam pelbagai situasi dan
disiplin, menanam kesedaran terhadap sistem bahasa dengan gaya bahasa yang indah,
serta unsur-unsur dan nilai-nilai kemanusian secara menyeluruh melalui pembacaan
bahan ilmu dan kesusasteraan.

Menurut Kamaruddin Hj. Husin ( 1988 ) menyatakan bahawa dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu, karangan merupakan aspek yang mustahak diajar dan
dikuasai oleh para pelajar kerana ia adalah tingkat yang tertinggi kemahairan bahasa
dalam bentuk penulisan. Selanjutnya beliau menjelaskan bahawa kemahiran mengarang
sebagai kaedah untuk menyampaikan maklumat, idea, peranan, fakta dan pendapat
disamping penulisan karangan merupakan soalan yang wajib dijawab oleh seseorang
calon peperiksaan.

Kenyataan ini menjelaskan bahawa pendidikan bahasa Melayu bukan sahaja bertujuan
untuk meningkatkan penguasaan, kecekapan dan kemahiran tersebut, malah
menekankan penggunaan bahasa Melayu dalam segala bidang ilmu, dan kegiatan harian
selaras dengan fungsinya sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan rakyat , bahasa
perhubungan utama dan bahasa ilmu pengetahuan. Keadaan ini amat bersesuaian
dengan objektif akhir pengajaran bahasa Melayu di sekolah iaitu pelajar-pelajar boleh
menghasilkan pelbagai jenis penulisan untuk kegunaan mereka dalam kehidupan
seharian (Kementerian Pelajaran Malaysia).

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran lisan menjadi asas kepada
kemahiran menulis. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1989) kita perlu menyedari
logik pedagogi yang menyatakan bahawa kemahiran menulis adalah dibina di atas
tapak kebolehan bercakap. Justeru itu sekira kita ingin melihat pelajar dapat menguasi
kemahiran menulis adalah mustahak terlebih dahulu para pelajar menguasi pertuturan
bahasa Melayu baku dengan baik.

Kewujudan dan penggunaan pelbagai dialek di kalangan pelajar akan terbawa-bawa ke


dalam proses pembelajaran bahasa Melayu. Oleh itu ia dikatakan sebagai penghalang
kepada pelajar-pelajar untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik khususnya dalam
kemahiran menulis karangan. Azman Wan chik (1983) telah membuat rumusan
tentang punca-punca yang menyebabkan bahawa kemahiran penulisan, adalah mustahak
terlebih dahulu para pelajar menguasai pertuturan dalam bahasa Melayu dengan baik.

1.1.1 Pernyataan masalah.

Pada umumnya didapati bahawa ramai pelajar di sekolah rendah menghadapi pelbagai
masalah dalam menguasai bahasa Melayu terutamanya ejaan dalam penulisan karangan.
Berdasarkan kepada beberapa ujian yang telah dilakukan didapati bahawa pengaruh
dialek adalah faktor yang dikenal pasti sabagai penyumbang kepada kelemahan pelajar-
pelajar dalam kesalahan ejaan dalam penulisan.

Menurut Zuraidah Zulkifli (1982) dalam kajiannya sememangnya aspek fonologi dan
morfologi dialek Negeri Sembilan dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu. Dari aspek
fonologi terdapat aspek penggunaan vokal dan juga konsonan tertentu dialek Negeri
Sembilan yang menjalar masuk ke dalam bahasa Melayu baku pelajar. Didapati
pelajar menghadapi masalah dalam penggunaan vokal-vokal tertentu dalam penulisan
mereka. Diantara contoh kesalahan yang berpunca dari pengaruh dialek mereka
adalah seperti perkataa (t), (r), (syr), (sb). (handa), (babarapa ) (saparti) dan
sebagainya.
Dalam aspek morfologi pula terutama dalam soal imbuhan, sistem imbuhan dialek
Negeri Sembilan tidak sahaja berbeza dari segi struktur dengan bahasa Melayu
standard. Malahan imbuhan jarang digunakan di dalam bahasa-bahasa basahan atau
percakapan seharian. Akibatnya pengaruh ini terbawa-bawa ke dalam bahasa Melayu
baku mereka. Terdapat kata-kata yang diberikan imbuhan yang salah ataupun tidak
diberi imbuhan langsung pada tempat yang sepatutnya diimbuhkan:

Contoh ayat-ayat yang ditulis oleh pelajar yang menggunakan dialek Negeri Sembilan
sebagai bahasa pertuturan di rumah .

1 Rohana pun pandang ke kiri dan ke kanan.


2 Semua buku itu letak atas meja.
3 Saya terus letak bekalan saya dan terus pergi berenang ke laut.

Berdasarkan contoh di atas, membuktikan bahawa aspek morfologi dailek Negeri


Sembilan yang jarang sekali atau langsung tidak meletakkan imbuhan terutamanya
pada kata kerja yang mana telah mengakibatkan masalah ejaan dalam penulisan.

Dalam satu kajian yang dibuat oleh Siti Mukminah Dalimi (1991) terhadap kesalahan
yang dilakukan oleh pelajar dalam latihan menulis mendapati bahawa sebanyak 27.50%
kesalahan ejaan dilakukan. Kesalahan-kesalahan ini melibatkan penggunaan kesalahan
konsonan yang salah. Misalnya

Penukaran konsonan m dan n kepada ng di akhir kata.

Contoh
bahasa Melayu baku ejaan pelajar

Keperluan keperluang
Makan makang
Salam salang

a. Pengguran konsonan m dan n yang hadir ditengah perkataan.

Contoh

Ejaan bahasa Melayu baku ejaan pelajar


Menghamparkan menghapar

b. Menggantikan konsonan t dan h yang hadir pada akhir kata kepada konsonan k

Contoh

bahasa Melayu baku ejaan pelajar

Lajut lajuk

Syarat syarak

Bagi Sekolah Kebangsaan Beranang pula dengan jumlah semua murid tahun 5 adalah
seramai 120, berdasarkan analisis peratusan bahasa Melayu penulisan Tahun 5 dalam
peperiksaan pertengahan tahun 2009 ialah 78.3% manakala pada 2010 ialah 86.7%.
Calon yang mendapat A ialah seramai 26, B 34 dan C 47 dan selebih adalah
gagal. Berdasarkan analisis keputusan bahasa Melayu penulisan ini jelas menunjukkan
bahawa pencapaian pelajar kurang memuaskan dari segi penulisan sementara peratus
pelajar yang mendapat A dan B adalah terlalu kecil berbanding dengan jumlah yang
mendapat pangkat C dan D.

Berdasarkan kepada beberapa masalah yang dinyatakan melalui kajaian ini dan
analisis keputusan peperiksaan kertas bahasa Melayu penulisan seperti di atas, maka
pengkaji berpendapat bahawa adalah mustahak satu kajian dilakukan untuk menyingkap
pelbagai aspek yang menjadi penyumbang kepada berlakunya masalah berkenaan.
Disamping itu, melalui kajian ini diharapkan segala pertikaian andaian dan keraguan
terhadap masalah ini dapat diperjelaskan dan seterusnya langkah-langkah untuk
mengatasinya dapat diusahakan demi mempertingkatkan mutu pencapaian para
pelajar. Khususnya dalam matapelajaran penulisan bahasa Melayu.

1.2 Objektif kajian.


Objektif kajian ini adalah untuk:

1 Mengenal pasti punca sebenar yang menyebabkan kelemahan murid-murid


dalam ejaan untuk penulisan karangan.

2. Mengumpul maklumat tentang tahap penggunaan dialek Negeri Sembilan

mempengaruhi kelemahan pelajar dalam ejaan untuk penulisan karangan.

3. Mendapatkan maklumat tentang latar belakang serta sikap pelajar-pelajar dan

ibu bapa terhadap pengguanaan bahasa Melayu baku.

4. Mengenal pasti pelbagai kelemahan ejaan dalam penulisan karangan.

1.3 Soalan-soalan kajian

Kajian ini sebenarnya cuba menjawab beberapa persoalan berikut:

1 Adakah kesalahan-kesalahan ejaan dalam penulisan karangan murid-murid


berpunca dari bahasa dailek?
2 Apakah faktor-faktor lain yang mempengaruhi dan menyebabkan kesalahan ejaan
dalam penulisan karangan para pelajar.
3 Apakah faktor-faktor persekitaran mempengaruhi kesalahan ejaan dalam
penulisan.
4 Apakah faktor-faktor kekerapan pembacaan pelbagai bahan mempengaruhi
kesalahan ejaan dalam penulisan.
5 Adakah faktor-faktor kecerdasan mempengaruhi kemahiran pelajar menulis
dengan betul.
6 Adakah faktor-faktor sosio ekonomi mempengaruhi kemahiran pelajar menulis.

1.4 Kepentingan kajian

Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan, khasnya kepada


penyelidik dan guru-guru bahasa dan juga kepada pihak-pihak yang terlibat dalam
pendidikan.
1. Hasil kajian ini dapat membantu penyelidik mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi kesalahan ejaan di dalam penulisan.
2. Kesedaran terhadap faktor-faktor itu , membolehkan penyelidik dapat
memperbaiki, mengemaskini pengetahaun dan dapat memikirkan beberapa
strategi pengajaran.
3. Hasil kajian ini juga dapat memberi gambaran kepada semua pihak yang terlibat
supaya dapat memainkan peranan masing-masing demi meningkatkan kemahiran
menulis dimana kesalahan ejaan dapat di kurangkan.
4. Hasil kajian ini juga dapat dijadikan panduan untu merangcang kurikulum
pendidikan guru bagi menyediakan guru-guru yang akan mengajar pelajaran
bahasa Melayu.
5. Hasil kajian ini juga diharapkan akan menjadi amalan-amalan dalam mengajar
penulisan dengan ejaan yang betul oleh guru-guru. Pengajaran akan menjadi lebih
mantap, berkesan dan berjaya. Pelajar-pelajar di sekolah akan dapat menguasai
teknik penulisan dan penguasaan bahasa Melayu dalam wacana bertulis dengan
lebih cekap sesuai dengan fungsinya, sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi,
bahasa kebudayaan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan.
6. Selain itu hasil kajian ini nanti diharap akan menjadi asas panduan dan sumber
inspirasi para pengkaji seterusnya untuk membuat kajian yang lebih terperinci lagi
agar satu hari nanti semua kelemahan yang dilakukan oleh para pelajar dalam
penulisan karangan akan dapat dikurangkan.

1.5 Batasan kajian

1.5.1 Lokasi

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Beranang 43700 Beranang Selangor.


Sekolah ini dipilih berdasarkan kedudukannya yang terletak di kawasan
perkampungan dan bersebelahan dengan sempadan Negeri Sembilan. Para pelajarnya
dating dari pelbagai taraf sosio ekonomi. Kedudukan sekolah ini adalah berhampiran
dengan tempat tinggal pengkaji, disamping berpengalaman mengajar selama 15 tahun
termasuk di sekolah yang dipilih oleh pengkaji. Keadaan ini memudahkan pengkaji
untuk berurusan dengan sekolah, murid dan ibu bapa pelajar yang sememangnya
mengenal pengkaji.

1.5.2 Responden

Kajian ini dijalankan di kalangan pelajar-pelajar yang dipilih secara rawak seramai 30
orang daripada 3 kelas tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Beranang, 43700 Beranang ,
Selangor iaitu kelas 5 Usaha, 5 Mekar dan 5 Cekal. Responden terdiri daripada
pelbagai keturunan dan sebilangannya bertutur dalam dialek negeri Sembilan. Jumlah
pelajar keseluruhannya tahun lima tersebut ialah seramai 120 orang.

Dalam kajian ini pengkaji memilih secara rawak seramai 30 orang pelajar dari
keseluruhan pelajar tahun 5 kelas tersebut sebagai responden . Mereka terdiri daripada
15 perempuan dan 15 lelaki. Di samping itu, pengkaji juga mengambil 4 orang
guru bahasa Melayu dan 20 ibu bapa untuk disoal selidik.

Untuk mendapat maklumat kajian , pengkaji meminta pelajar membina ayat, menulis
karangan berpandu . Disamping itu pelajar juga diminta untuk menjawab beberapa
soalan soal selidik. Begitu juga guru-guru bahasa Melayu dan ibu bapa mereka hanya
diminta menjawab soalan soal selidik.

1.6 Tumpuan kajian

Untuk menilai penguasaan kemahiran menulis karangan pelajar khususnya aspek ejaan
dengan menggunakan alat ujian iaitu penulisan karangan yang panjangnya antara 50
hingga 80 patah perkataan. Aspek kesilapn ujian yang dikaji adalah seperti berikut:

a. Aspek kesilapan ejaan dari segi keselarasan vokal.


b. Aspek kesilapan ejaan dari segi penggunaan kata depan
c. Aspek kesilapan ejaan dari segi penggunaan pengimbuhan.
d. Aspek ejaan perkataan pinjaman bahasa Inggeris
1.7 Definisi operasional

Dalam kajian ini, pengkaji akan memaparkan beberapa definisi istilah yang digunakan
dalam kajian ilmiah ini.

1.7.1 Penulisan

Menurut kamus dewan penulisan diberi maksud sebagai perihal atau kegiatan menulis
(Teuku Iskandar, 1980). Dengan kata lain penulisan adalah perihal menulis mencatat
atau menyusun perkataan-perkataan, frasa atau ayat yang berbentuk maklumat,
pendapat, idea dan perasaan yang dihasilkan oleh pemikiran seseorang.
Sementara Kamaruddin hj husin (1988) menyatakan bahawa menulis ialah proses
merakam atau menghasilkan bahan idea, pendapat, perasaan, pengalaman dan
maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan diri
sendiri.

1.7.2 Kesalahan ejaan

Kesalahan ejaan bemaksud pengguanaan ejaan yang tidak betul di mana pelajar sering
menggunakan huruf lain daripada sepatutnya. Disamping itu perbuatan meninggalkan
sesuatu huruf atau menulis lebih huruf di dalam sesuatu perkataan yang ditakrifkan
sebagai kesalahan ejaan kerana ia boleh menyebabkan perkataan perkataan tersebut
tidak dapat memberikan makna sebenar. Kesalahan penggunaan imbuhan khususnya
imbuhan awalan, kesalahan vokal dan konsonan mengikut Sistem Ejaan Baharu
Bahasa Melayu juga dikategorikan sebagai kesalahan ejaan.

1.7.3 Menulis

Kamus dewan (1994), menghuraikan perkataan menulis sebagai mencatat kata-kata


dengan huruf dan memakai pena ( kalam, pensel dan lain-lain ) kamus dewan juga
mencatatkan maksud menulis sebagai melahirkan perasaan (fikiran) dengan catatan
yang memakai huruf membuat surat dan mengarang.
Abdullah Hasan (1981) mendefinisikan menulis dari sudut fonologi yang
menghasilkan fonem-fonem yang dikenali sebagai tulisan dan huruf. Tulisan ialah
lambing atau kod untuk sebutan sesuatu bahasa yang menghasilkan bunyi.

Menurut Murray (1980) menulis bermaksud satu tindakan merekod dan


berkomunikasi. Ia merupakan penglahiran bentuk pemikiran yang penting dimana
simbol bahasa mempunyai tumpuan yang tersendiri dan membantu penulis dalam
proses mengarang.

Nik Safiah Karim (1988) menyebut menulis adalah satu proses menurunkan atau
melukis lambang-lambang grafik yang menggambarkan suatu bahasa yang difahami
oleh orang-orang lain yang menggunakan bahasa yang sama. Menulis merupakan cara
berhubung yang bersifat tidak langsung. Apabila kita bercakap kita bertentang muka
tetapi melalui tulisan maklumat boleh disampaikan tanpa pertentangan muka secara
langsung.

Kesimpulannya menulis adalah perbuatan atau ativiti penggabungan atau komponen


antara huruf-huruf sebagai lambang tulisan yang disusun mengikut urutan disiplin
tertentu untuk membentuk ayat. Daripada bahasa maka ianya dapat dibunyikan.
Bahasa merupakan alat komunikasi . Dalam konteks kajian ini, pengkaji akan
mnenggunakan definisi yang diberikan oleh Donal M. Murray (1980).

1.7.4 Karangan

Perkataan karangan terbit dari kata akar karang bererti sunting atau gubahan . Kata
dasar karang itu kemudian diimbuhkan dengan .........an dan menjadi perkataan
karangan. Mengikut Kamus dewan (1994) penulisan karangan bermkmud gubahan,
ciptaan karya, cerita lagu dan lain-lain.

Zaba mendifinisikan karangan sebagai hasil dari kepandaian atau kemahiran


menggubah atau menyusun kata-kata untuk dijadikan rangkai kata dan seterusnya untuk
dijadikan ayat. Beliau menegaskan bahawa sesebuah karangan mengandungi ayat-ayat
yang telah digubah atau disusun untuk dijadikan cerita, laporan, penerangan dan
sebagainya.
Menurut Juriah Long dan rakan ( 1990 : 209 ), karangan hanya satu bentuk yang
bertema atau bertajuk. Menulis karangan lebih formal dan sering dijalankan di dalam
bilik darjah bagi memenuhi kehendak sukatan pelajaran dan peperiksaan.

1.7.5 Kesimpulan

Masalah-masalah yang berkaitan dengan kelemahan pelajar-pelajar dalam kesalahan


ejaan dalam penulisan karangan telah wujud sejak lama. Terdapat banyak faktor yang
mempengaruhi keadaan ini. Oleh itu, usaha gigih harus segera dilakukan untuk
memastikan apakah punca utama segala masalah itu berlaku. Apabila punca masalah
sudah diketahuai maka sudah tentu semua pihak akan dapat mencari jalan penyelesaian
kearah mempertingkatkan prestasi para pelajar dalam bahasa Melayu khususnya
kesalahan ejaan dalam penulisan karangan.
BAB II

2. TINJAUAN LITERATUR TERHADAP KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN

2.0 Pengenalan

Bab ini meninjau bahan penulisan dan kajian oleh pengkaji-pengkaji yang terdahulu
tentang analisis kesilapan dalam penulisan karangan yang digunakan oleh pengkaji
sabagai asas kajian. Sebelum ini, telah banyak kajian dijalankan untuk melihat
kesalahan ejaan di dalam penulisan karangan. Analisa kesilapan begitu popular dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ia dapat membantu seseorang guru
mengetahui dan mengenal pasti daerah-daerah yang dipilih samaada di dalam negeri
atau luar negeri tentang kesilapan ejaan dalam penulisan.

2.1 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan masalah ejaan.

Mengikut Ismail Dahaman (1996), sistem ejaan rumi bahasa Melayu sebenarnya sudah
mantap dan hampir tidak bermasalah. Menurut beliau lagi pengguna bahasa boleh
merujuk buku-buku pedoman ejaan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Daftar
Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981) sebagai panduan. Pada pendapatnya, walaupun
sistem ejaan bahasa Melayu kini mantap namun terdapat satu perkara yang belum dapat
diselesaikan ialah aturan pengejaan fonem menurut hukum morfofonemik bahasa
Melayu yang sepenuhnya.

Sementara itu, Abdullah Hassan (1996) pula memberi pendapat berbeza. Menurut
beliau masalah ejaan memang banyak. Masalah ini tidaklah harus dikatakan timbul
daripada ejaan baharu ini terlalu mudah untuk dianggap sebagai satu masalah. Ini
kerana kita sudah ada Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981) yang mempunyai
sistem ejaan yang lengkap. Beliau menegaskan seharusnya kita tidak ada masalah
ejaan lagi tetapi kesilapan ejaan sering dilakukan oleh pengguna bahasa. Perkara ini
terjadi kerana sikap jahil pengguna bahasa itu sendiri yang selalu mengelirukan sistem
ejaan bahasa Melayu dan sistem bahasa Inggeris. Menurut beliau lagi penulisan kata-
kata arab boleh menimbulkan kerumitan. Misalnya ejaan baharu bagi nimat ialah
nikmat, dan ini menggubah makna kata tersebut daripada sesuatu yang baik kepada
yang buruk.

Berhubung dengan masalah ejaan ini S.Nathesan (1996) sependapat dengan Abdullah
Hassan. Menurut beliau, kesilapan ejaaan masih berlaku walaupun bentuk ejaan yang
disempurnakan sudah diperkenalkan pada tahun 1972 dan diajar di sekolah, maktab,
dan pusat-pusat pengajian tinggi sejak tahun tersebut. Antara kesilapan atau
kesalahan ejaan yang sering dilakukan ialah masjid dieja mesjid, berbahaya dieja
merbahaya , mencintai dieja menyintai dan memastikan dieja mempastikan. Beliau
mendapati kesalahan ini terjadi kerana orang ramai menganggap ejaan tersebut betul
kerana penggunaannya begitu meluas di merata-rata tempat.

2.2 Kedudukan dan peranan ejaan dalam penulisan karangan.

Menurut Abdullah Hassan (1996) berhubung dengan kemahiran menulis , mekanis


penulisan seperti ejaan dan tanda baca tidak boleh dipandang mudah dalam penghasilan
karangan. Ini kerana aspek ini boleh mempengaruhi keberkesanan bahasa. Beliau juga
mengatakan sesebuah karangan yang baik harus merangkumi keseluruhan aspek iaitu
kemahiran berbahasa dan kemahiran tatabahasa yang melibatkan sebutan, ejaan,
makna, tatabahasa dan wacana.
Menurut Mohd Sidin Ahmad Ishak (1992) sesuatu penulisan yang baik harus
mempunyai ciri-ciri seperti kejelasan, kesatuan, kesempurnaan, keterbacaan dan
kerapian. Menurut makna sesuatu idea akan sesuatu perkataan ini harus dieja dengan
baik bagi mengelakkan tafsiran yang salah.

Sementara Kamaruddin Hj. Husin (1997) pula berpendapat bahawa kegramatisan


ayat-ayat menjadi ukuran penentuan kepada keberhasilan sesebuah karangan.
Sekiranya bahasa tidak diolah dengan baik dan ayat-ayat yang terbina pula tidak
gramatis, ditambah pula dengan kesilapan ejaan: karangan itu sukar dianggap sebagai
karangan yang bermutu.

Farid Onn (1980) pula berpendapat yang berbeza tentang kepentingan ejaan dalam
penulisan. Beliau menyatakan bahawa kesilapan pada ejaan perkataan harus diberi
penumpuan khususnya pada perkataan dasarnya. Ini adalah penting kerana ia dapat
memberi celik akal dan seterusnya dapat memperkayakan pengetahuan kita tentang
sistem fonologi bahasa Malaysia.

Abdul Aziz Abdul Talib (1993), Raimes (1983) , Heaton (1979), Oller (1979) dan
Cooper (1977) sependapat bahawa sub kemahiran mekanis (ejaan, tanda baca) harus
diberi penumpuan kerana aspek ini termasuk dalam skema pemarkahan dalam penilaian
sesebuah karangan.

Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan pentingnya penguasaan kemahiran ejaan


dalam penulisan kemahiran menulis. Ini kerana, dengan kemahiran ejaan ini
seseorang pelajar itu dapat melahirkan sesuatu pemikiran dengn jelas dan tepat kepada
audiennya.

2.3 Analisis kesilapan bahasa.

Pada pendapat Bell (1981) pula, kesalahan dimaksudkan kepada penggunaan bentuk-
bentuk bahasa yang tidak mengikut bentuk-bentuk bahasa yang tidak sesuai dengan
konteks sosial yang telah ditentukan oleh masyarakat penutur sesuatu bahasa itu.
Sementara kesilapan pula dimaksudkan kepada bentuk-bentuk pertuturan yang
menyalahi struktur sesuatu bahasa dan kesilapan ini berlaku kerana kurangnya
penguasaan penutur terhadap sistem itu sendiri.

2.4 Kajian analisis kesilapan ejaan dalam penulisan

Kajian analisis kesilapan banyak dijalankan di Eropah dan di negara kita. Mengikut
Daud Yussof (1984), kajian ini di barat tentang analisis kesilapan bermula pada abad
ke 20. Ini adalah kerana adanya kesedaran di kalangan ahli bahasa tentang
kepentingan mengkaji punca kewujudan kesilapan dalam proses penguasaan bahasa.
Kesedaran terhadap analisis kesilapan sebagai satu strategi dalam pengajaran bahasa
telah muncul secara serius sejak 1990-an apabila Corder (1967) menulis sebuah buku
bertajuk Singnificance of Learners Error ( Kepentingan Penggunaan analisis
kesilapan) Sejak itu kajian analisis kesilapan telah mendapat perhatian di kalangan
pengkaji bahasa.

2.4.1 Kajian analisis kesilapan ejaan di luar negeri

Kajian berkenaan kesilapan bahasa telah di buat oleh Richards, J.C. (1997) yang
mengkaji kesalahan yang dilakukan oleh penutur bahasa Jepun, Cina, Perancis dan
Tamil. Daripada kesahan tersebut beliau memilih kesalahan secara rawak yang
dilakukan oleh sampel kajian. Tujuan beliau ialah untuk melihat punca kesalahan yang
dilakukan oleh pelajar yang mempelajari bahasa kedua. Rumusan beliau ialah
kelemahan pelajar membuat penyeluruhan yang keterlaluan, lemah dalam batas-batas
rumus tatabahasa, penerapan rumus-rumus yang tidak sempurna dan membentuk
hipotesis dengan konsep salah.

Sementara itu Geghegan (1984) dalam kajiannya mengulangi kaedah kajian sebelumnya
di kalangan pelajar dengan memasukkan aspek ejaan, penggunaan huruf besar,
imbuhn, frasa, partikel dan ayat. Hasil dapatan beliau menunjukkan kesilapan ejaan
merupakan aspek yang paling tinngi kekerapannya iaitu (387 954.74)
2.4.2 Kajian analisis kesilapan ejaan di Malaysia.

Kadir Amin (19981) telah menjalankan kajian di sekolah Kebangsaan Melekek , Alor
Gajah ke atas pelajar darjah enam yang berjumlah 75 orang. Kebanyakan pelajarnya
keturunan jawa. Beliau mendapati kesilapan banyak berlaku dalam aspek ejaan
sebanyak 54.7%, tanda baca 20.4% dan huruf besar 21.2%. Beliau berpendapat
kesilapan ini berlaku kerana guru masih keliru yang mana betul dan yang mana salah
jadi beliau menyarankan guru harus menguasai dan memantapkan pengetahuan
tatabahasanya serta menggunakan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan
pencapaian pelajar.

Sementara itu, Mohammed Haron (1996) dalam kajiannya di Sekolah Menengah


Jendong, Pasir Mas Kelantan mendapati banyak kesilapan berlaku dalam ejaan. Hal ini
berlaku kerana pengaruh bahasa ibunda. Pelajar tidak memahami batasan rumus dan
perubahan ejaan baku berbanding dengan kelaziman pertuturan. Selaras dengan
pendapat ini, S.Nathesan (1996) berpendapat kesilapan bahasa khususnya kesilapan
ejaan berlaku kerana sudah menjadi kelaziman. Abdullah Hassan (1996) sependapat
dengan S.Nathesan. Beliau menegaskan kesilapan bahasa berlaku kerana sikap pelajar
yang tidak peka dengan perkembangan dan perubahan bahasa Melayu baku.

Sebagai rumusanya, setelah meneliti kajian-kajian lepas pengkaji mendapati pengkaji-


pengkaji yang terdahulu banyak berfokuskan kepada kelas peperiksaan khususnya
kajian yang dijalankan di Malaysia. Sementara di barat bertumpu kepada penguasaan
bahasa ke dua dalam penulisan karangan. Menerusi kajian-kajian lepas juga pengkaji-
pengkaji mendapati aspek-aspek yang diberi penumpuan dalam menganalisi kesilapan
ialah bacaan, imbuhan, perbendaharaan kata dan ayat. Di samping itu juga,
pengakaji-pengkaji terdahulu berpendapat bahawa gangguan bahasa ibunda adalah
punca yang menyebabkan berlakunya kesilapan.
BAB III

3 METODOLOGI KAJIAN

Bab ini membentangkan metodologi yang digunakan dalam kajian. Perbincangan


reka bentuk kajian dihuraikan secara terperinci dalan perenggan 3.1. Kaedah
pengumpulan data akan dibincangkan dan diterangkan dalam perenggna 3.2 yang
merangkumi aspek penyelidikan perpustakaan dalam perenggan 3.2.1, aspek
penulisan karangan pula dalam perenggan 3.2.2 dan soal selidik dalam perengan 3.2.3.
Sementara itu dalam perenggan 3.3 dikemukanakan responden / subjek kajian.
Seterusnya instrulmen yang digunakan dlam kajian akan dijelaskan dalam perenggan
3.4 yang merangkumi teks karangan dan borang soal selisdik .

3.0 Reka bentuk kajian

Kajian ini berbentuk kajian kes yang bertujuan untuk mendapatkan data secara
langsung dari subjek kajian. Mengikut pendapat Mohd Kamal Dasuki (1996) kajian
kes berupaya mendapatkan gambaran realiti yang mantap serta memudahkan pertalian
dengan tindakan yang dilakukan. Tindakan yang dimaksudkan dalam kajian ini
bermaksud adalah untuk memudahkan pengesanan aspek-aspek yang hendak dikaji.

3.1 Kaedah pengumpulahn data

Kaedah-kaedah yang digunakan oleh pengkaji bagi mengumpulakan data ialah:

a Kaedah penyelidikan perpustakaan

b Kaedah ujian penulisan karangan

c Kaedah soal selidik.


3.2 Penyelidikan perpustakaan

Rujukan di perpustakaan penting untuk mendapatkan maklumat-maklumat seperti


kajian lepas konsep, bukti, pandangan dan pelbagai maklumat lain yang dapat
membantu menjayakan kajian ini. Kaedah ini juga dapat membantu pengkaji
mendapatkan gambaran awal tentang bidang-bidang yang hendak dikaji.

3.2.1 Ujian penulisan karangan

Ujian karangan telah digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan data mentah.
Melalui penulisan karangan, pengkaji dapat mengenal pasti daerah-daerah atau unsur-
unsur bahasa yang sudah ada yang belum dikuasai oleh pelajar-pelajar menerusi
pengesanan kesilapan-kesilapan bahasa khususnya aspek ejaan yang dilakukan oleh
subjek kajian. Ini dapat diketahuai setelah data berkenaan diteliti dan dianalisis oleh
pengkaji.

Subjek kajian perlu menjawab satu soalan. Mereka diberi masa selama 30 minit untuk
menyiapkan karangan tersebut. Soalan-soalan tesebut disesuaikan mengikut format
peperiksaan UPSR yang sebenar, agar taraf soalan tersebut bermutu dan mempunyai
kesahan. Disamping itu, untuk menentukan ujian karangan ini mempunyai keesahan
konstrak. Pengkaji telah berbincang dengan ketua panitia bahasa Melayu dan guru-guru
peperiksaan dalaman tentang bentuk soalan karangan, masa yang diperlukan, cara
penyelidikan ujian tersebut dan cara penilaian ujian yang akan diambil dalam pengujian
tersebut.

3.2.2 Kaedah soal selidik


Kaedah soal selidik telah digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan maklumat
tambahan daripada subjek kajian berhubung dengan punca kelemahan pelajar-pelajar
dalam penulisan karangan. Dengan penyelidikan ini soal selidik disasarkan kepada dua
sasaran kajian iaitu semua 30 pelajar yang dipilih sebagai responden serta semua guru-
guru yang mengajar matapelajaran bahasa Melayu tahun 5 iaitu seramai 4 orang.

Soal selidik yang dikemukakan kepada pelajar-pelajar adalah untuk mendapatkan


maklumat mengenai punca-punca kelemahan pelajar dalam menguasai ejaan bahasa
Melayu. Sementara itu, menerusi soal selidik guru-guru pula, pengkaji akan dapat
tahu mengenai latar belakang guru dan aspek yang berkaitan dengan
keprofesionalisme keguruan mereka.

3.3 Subjek kajian / responden

Kajian ini melibatkan pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsan Beranang 43700


Beranang, Selangor. Pelajar ini dipilih kerana mereka akan memasuki tahun enam yang
sudah seharusnya mesti menguasai kemahiran menulis dengan ejaan yang baik dan
berkesan. Dalam kajian ini jumlah subjek yang dikaji ialah seramai 30 orang yang
terdiri daripada tiga buah kelas yang mana murid-muridnya dipilih secara rawak dari
kelas-kelas tersebut. Purata umur pelajar ialah 11 tahun dan jantinanya lelaki dan
perempuan. Keseluruhan terdiri daripada 29 murid Melayu dan seorang murid India.

Jadual jumlah murid lelaki dan perempuan

Jantina Jumlah

lelaki 15

perempuan 15

jumlah 30

Disamping itu semua guru yang mengajar tahun 5 akan menjadi subjek kajian.
3.4 Instrumen kajian

Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan beberapa instrument yang utama seperti
penulisan karangan dan borang soal selidik. Menurut Marohaini Yusoff (1989),
penulisan karangan dapat menilai beberapa kelemahan seperti dapat kanak-kanak
berfikir dan melahirkan perasaannya dengan bebas membolehkan kanak-kanak
menguasai bahasa dan menggunakannya dalam kehidupan seharian mereka.

3.2 Rumusan

Melalui penjelasan di atas tadi, dapatlah dikatakan bahawa karangan merupakan alat
kajian yang sesuai untuk mengesan unsur-unsur atau aspek-aspek bahasa yang sudah
atau belum dikuasai oleh pelajar. Ini selaras dengan objektif kajian pengkaji iaitu untuk
mengenal pasti punca berlakunya kesilapan ejaan. Tegasnya melalui penulisan karangan
kita dapat mengetahuai tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan murid-murid.

Dalam kajian ini, bentuk karangan yang diberikan adalah penerangan atau memberi
pendapat. Tajuk yan di pilih ialah Faedah-faedah membaca
Pemilihan tajuk tersebut dibuat setelah pengkaji membuat kajian rintis.

3.3 Langkah semasa kajian / kumpul data

Pada hari pertama, pengkaji memberikan ujian penulisan iaitu membina aya kepada
pelajar. Pelajar diberi masa selama 10 minit untuk membina lima ayat dan pelajar
diawasi oleh pengkaji sepenuhnya.
Setelah ujian selesai kertas jawapan dikumpul dan diedarkan borang soal selidik.
Pengkaji memberi taklimat ringkas.

Pada hari kedua pengkaji melaksanakan dua aktiviti soal selidik secara serentak iaitu
untuk guru-guru bahasa Melayu dan para pelajar. Soal selidik ini dijalan secara
terkawal .

Setelah guru dan pelajar berkumpul pengkaji mengedarkan borang soal selidik dan
memberi taklimat ringkas. Masa untuk menjawab ialah selama 30 minit. Setelah
selesai semua borang dikumpul untuk dianalisis.

3.4 Tata cara selepas kajian

Dalam penganalisis data, pengkaji telah menggunakan kaedah statistik dekskriptif dan
analisis am. Pengkaji akan menggunakan buku Tata bahasa Dewan Jilid II tulisan Nik
Safiah karim et al. (1992) dan pedoman Ejaan Rumi bahasa Melayu tulisan Ismail
Dahaman (1996) sebagai panduan semasa menganalisis data.

3.7.1 Penganalisisan data

Data-data yang diperolehi melalaui kaedah ujian penulisan karangan dan pembinaan
ayat akan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kekerapan dan pemeratusan.
Cara ini dapat mamperlihatkan kekerapan dan peratusan kesalahan sebutan dan ejaan
yang dilakukan oleh sampel.

Formula penganalisisan data

kekerapan
________________ X 100
Jumlah kesalahan

Bagi data yang diperolehi melalui soal selidik akan ditafsir dan dihuraikan secara
deskriptif peratusan bagi menentukan punca dan bagaimana kekerapan kesalahan dalam
penggunaan imbuhan, kata depan akan mempengaruhi kesalahan ejaan di dalam
penulisan ayat dan karangan..

3.4.2 Kesimpulan.

Bab ini merupakan nadi kepada bentuk latihan ilmiah ysng dihasilkan. Dalam bab ini
pengkaji telah menerangkan bagaimana sesuatu data mentah itu diperolehi dan
kemudian diproses untuk mengetahui jenis kesalahan ejaaan yang dilakukan oleh murid-
murid. Setelah selesai kerja peganalisisan di atas, hasilnya akan pengkaji bincangakn
dalam bab1V iaitu bab hasil dan tafsiran.

Rujukan

Ee Ah Meng (1997). Pedagogi III Perlaksanaan Pengajaran Shah Alam : Fajar


Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng (1990). Asas Pendidikan Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur.

Mook Soon Sang (1994) Asas Pendidikan III. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

David Lim Chong. (2007). HBEF2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan.


Seri Kembangan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Ramlah Hamzah (1992). K.H : Keyakinan Mengajar di Kalangan Guru Semanjung


Malaysia. Kertas Kerja Konvensyen Nasional PERPEMA ke-8 :Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Shaifol Bahary & Hasnul Faizal. (2010). HBEF4303 Projek Kajian Tindakan. Seri
Kembangan; Meteor Doc. Sdn. Bhd

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. (1988). Wawasan Pendidikan, Kuala Lumpur.
Nurin Enterprise.

Piaget. (1969). The Childs Concept Of Time. London: Routledge & Kagan Paul.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
(Laporan Mahathir). (1979). Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Syarifah Alwiah Alsagoff. Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur. Heinemann Asia.


Universiti Teknologi Malaysia (2001). Panduan Menulis Tesis. Pusat
Pengajian Siswazah.

Mook Soon Sang (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Perak : Cipta Printing &
Publishing (M) Sdn. Bhd.

Robiah Sidin, (2003) Pembudayaan Sains dan Teknologi: Satu Cadangan Piawai
[ Socialization of science and technology: a standard proposal]. Jurnal Pendidikan :
Universiti Kebangsaan Malaysia

Rozinah Jamaludn ( 2000 ), Asas-asas Multimedia dalam Pendidikan . Kuala


Lumpur:Utusan Publication & Distributor.

Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj.Abd.Aziz. (1997). Penguasaan Kemahiran Menulis.


Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Mohd.Nashuha Jamidin. (1996). Kemahiran Berfikir Dan Belajar. Shah Alam :


Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Shukri Abdullah. (2006) Anakku Bijak Belajar: sentuhan ibu bapa. Kuala Lumpur : Al-
Ameen Serve Holdings Sdn.Bhd

Jurnal Jilid 8. (1994) . Maktab Perguruan Rajang .

Leedy, Paul, D. (1993). Practical Research .Planninig and Design. Fifth Edition.
Macmillan Publishing Company.
Microsoft Encarta. (1995) Multimedia Encyclopedia. Microsoft Corpporation.
Systat Version 5.0 . Copyright 1990-1994. Systat, Inc.

Tiada nama pengarang, http://www.sabah.edu.my/src011.wcdd/menu.html, telah


dilayari pada 23 Jun 2011.

Tiada nama pengarang, http://www.sukami.com.my/KH.html, telah dilayari pada 15


Mei 2011.

Tiada nama pengarang, http://www.sabah.edu.my/src011.wcdd/menu.html, telah


dilayari pada 23 Mac 2011

Tiada nama pengarang, http://www.brunet.bn/news/pelita/27april/didik.htm, telah


dilayari pada 14 April 2011.

Tiada nama pengarang, http://www.mendaki.org.sg:8080/contentfiles/panduan


sudutbelajar.html, telah dilayari pada 15 Januari 2011.

Anda mungkin juga menyukai