Anda di halaman 1dari 33

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

1.0

Pengenalan Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia.

Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran,

pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu perlu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Sharbi Ali, 2005) dengan jelas menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat yang hendak dicapai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid yang berketerampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMSR) [Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), 2001] telah menjelaskan objektif pengajaran bahasa Melayu adalah untuk membolehkan kanak-kanak bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan

menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan. Oleh itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah menyediakan dokumen sebagai garis panduan kurikulum untuk semua sekolah dibawah KPM. Tugasan ini akan dimuatkan dengan perkara-perkara penting yang terdapat dalam sukatan pelajaran BMSR.
Kerja Kursus Projek

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

2.0

Sukatan Pelajaran Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan

insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, huraian sukatan pembelajaran telah digubal bertujuan untuk memberi panduan dan membantu para guru dalam melaksanakan pembelajaran yang berkesan. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.

2.1

Huraian Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini mengandungi

perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid. Dalam huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu mengandungi tiga lajur iaitu lajur hasil pembelajaran dan kemahiran, lajur huraian hasil pembelajaran dan lajur cadangan aktiviti. Lajur hasil pembelajaran menyenaraikan hasil pembelajaran dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid Tahun Satu hingga Tahun Enam. Lajur
Kerja Kursus Projek

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

huraian hasil pembelajaran memperincikan kemahiran berbahasa kepada tiga aras pembelajaran iaitu aras 1 bagi tahap pencapaian minimum yang perlu dikuasai murid. Setelah menguasai aras 1 murid akan mempelajari aras yang seterusnya yang lebih mencabar iaitu ,aras 2 dan aras 3. Lajur cadangan aktiviti menyediakan contoh aktiviti dan nota pengajaran dan pembelajaran sebagai panduan kepada guru. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan. Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guruguru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Para guru juga, boleh menggunakan Huraian Sukatan Pelajaran untuk

merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.

2.1.1 Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran dalam lajur pertama mengandungi pernyataan hasil pembelajaran yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu memberikan tumpuan pada murid untuk menguasai hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran tahun enam adalah seperti yang berikut:

Kerja Kursus Projek

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Kemahiran Bahasa

Hasil Pembelajaran 1.0

Kemahiran Berbahasa 1.1, 1.2, 1.3, 1.4, 1.5, 1.6 2.1, 2.2 3.1, 3.2, 3.3 4.1, 4.1, 4.2, 4.3, 4.4 5.1, 5.2 6.1, 6.2, 6.3, 6.4, 6.5, 6.6 7.1, 7.2, 7.3 8.1, 8.2, 8.3, 8.4, 8.5, 8.6 9.1, 9.2, 9.3 10.1, 10.2, 10.3 11.1, 11.2, 11.3, 11.4

Mendengar dan bertutur

2.0 3.0 4.0 5.0

Membaca

6.0 7.0 8.0

Menulis

9.0 10.0 11.0

Hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur merangkumi kemahiran berbual, bercerita, menyampaikan maklumat dan berbincang. Kemahiran membaca pula memberikan penekanan pada kemahiran membaca kuat, membaca dan memahami maklumat, serta membaca, menaakul, dan menghayati teks yang dibaca. Bagi kemahiran menulis, tumpuan diberikan pada kemahiran menggunakan pelbagai jenis ayat, dalam menghasilkan penulisan. Penekanan juga diberikan pada kemahiran mencatat dan menyusun maklumat serta menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

2.1.2 Huraian Hasil Pembelajaran

Huraian Hasil Pembelajaran dalam lajur kedua menyatakan secara jelas aras kemahiran yang perlu dicapai oleh murid mengikut tahap keupayaan dan kemajuan mereka sama ada pada Aras 1, Aras 2, atau Aras 3. Aras 1 ialah aras paling asas yang harus dicapai oleh semua murid. Kandungan kurikulum bagi aras ini adalah yang paling minimum yang harus dikuasai oleh semua murid.
Kerja Kursus Projek

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Aras 2 ialah aras bagi murid yang berpencapaian sederhana manakala Aras 3 ialah aras paling tinggi bagi murid yang berpencapaian cemerlang.

Pemeringkatan berdasarkan aras ini sejajar dengan pembelajaran masteri dan membolehkan murid yang cemerlang terus maju tanpa mengabaikan murid yang berpencapaian rendah.

Apabila murid berupaya mencapai Aras 1, maka mereka boleh meneruskan pembelajaran ke Aras 2 dan seterusnya ke Aras 3. Sekiranya seseorang murid masih tidak berupaya mencapai Aras 1, maka guru hendaklah melatih dan membimbing murid tersebut sehingga mereka menguasai aras tersebut sepenuhnya. Dalam hal ini, penilaian terhadap pencapaian murid bagi setiap aras perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti sama ada murid perlu dibimbing lagi atau boleh beralih ke pelajaran seterusnya.

2.1.3 Cadangan Aktiviti

Cadangan Aktiviti / Nota dalam lajur ketiga mengandungi cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu belajar di bilik darjah. Cadangan tersebut disesuaikan dengan Huraian Hasil Pembelajaran serta mengambil kira elemen yang terkandung dalam pengisian kurikulum, contohnya kemahiran meramal dan membuat pilihan menggunakan kajian masa depan atau mengaplikasikan jenis kecerdasan pelbagai yang unik bagi seseorang murid. Semua cadangan ini hanyalah sebagai panduan untuk guru. Guru boleh mengubah suai atau memilih teknik atau aktiviti lain yang sesuai dengan kebolehan murid.

Kerja Kursus Projek

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

3.0

Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa merupakan isu yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah sejak dahulu lagi. Siti Hajar (2008:111) berpendapat bahawa terdapat sebilangan murid yang masih tidak menguasai kemahiran bahasa. Beliau juga mengatakan bahawa satu faktor menyebabkan kelemahan tersebut berlaku adalah kerana pelajar tidak mendapat peluang mendirikan asas berbahasa yang kukuh sewaktu di sekolah. Bebanan tugas guru yang sangat banyak di sekolah mungkin juga memberikan kesan dan mempengaruhi prestasi berbahasa murid. Masalah kurangnya mengusai bahasa dalam kalangan murid ini haruslah diatasi sebaiknya dengan cara yang betul. Oleh itu, setiap murid akan diajarkan beberapa jenis kemahiran bahasa dalam aktiviti pembelajaran mereka.

3.1

Jenis Kemahiran Bahasa 3.1.1 Kemahiran Lisan

Kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang. Menurut Siti Hajar (2008:112), kemahiran lisan perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum mereka menguasai kemahiran bahasa yang lain. Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik akan dapat menguasai kemahiran yang lain juga. Kemahiran lisan meliputi dua aspek iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Untuk menguasai kemahiran lisan, murid perlu dilatih untuk menggunakannya secara kerap dan mengajarkan secara terancang. Bagi mereka yang tidak menguasai kemahiran lisan dengan baik akan mendatangkan masalah kepada dirinya, iaitu dia tidak dapat memahami pertuturan orang lain dan bertindak balas terhadapnya.

Kerja Kursus Projek

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

3.1.1.1

Kemahiran Mendengar

Keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan maklum balas. Mendengar bukan merupakan satu mata pelajaran khas seperti pelajaran membaca dan menulis. Namun demikian, mendengar memainkan peranan penting dalam pembelajaran di sekolah. Kemahiran mendengar yang lemah boleh mengakibatkan salah faham dan impak negatif yang lain.

3.1.1.2

Kemahiran Bertutur

Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi bahasa yang bermakna. Keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan tatabahasa yang sesuai dan betul.

3.1.2 Kemahiran Membaca Keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan diberi pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Murid berupaya menghayati teks yang dibaca.

3.1.3 Kemahiran Menulis Keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid digalakkan menggugunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan penulisan maginatif.

Kerja Kursus Projek

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

3.2

Aplikasi dalam Aktiviti Pengajaran

Kemahiran bahasa merupakan perkara penting yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Ketika aktiviti pengajaran dilakukan, setiap murid perlu digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif sama ada mendengar, bertutur, membaca mahu pun menulis. Siti Hajar (2008:178) mengatakan, dalam satu sesi pengajaran, guru perlu menetapkan sasaran kemahiran yang menjadi fokus utama. Kemudian, guru perlu menetapkan tajuk yang berkaitan dengannya.

Dalam tugasan ini, penulis telah merancang satu aktiviti pengajaran bagi mengaplikasikan kemahiran bahasa untuk setiap murid. Aktiviti menulis sajak ringkas merupakan salah satu aplikasi kemahiran menulis yang telah dijadikan fokus utama penulis kepada murid Tahun 6 tersebut. Tujuannya adalah untuk membolehkan murid meluahkan perasaan selepas melihat beberapa bahan rangsangan mengenai keamanan. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998:267) tujuan aktiviti menulis adalah membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan. Selain itu, guru juga dapat menambah minat murid dalam bidang penulisan. Oleh itu, aktiviti yang penulis rencanakan adalah bertujuan ekspresif iaitu penulisan bertujuan menyampaikan idea, hujah dan perasaan. Hasil penulisan ekspresif memang biasanya didapati dalam sajak dan pelbagai jenis penulisan kreatif yang lain.

Selain itu, aktiviti yang telah dirancang ini mengandungi unsur penggabungjalinan kemahiran bahasa. Gabung jalin yang dimaksudkan adalah melalui kemahiran menulis dan membaca. Selepas murid menghasilkan sajak, mereka dikehendaki mendeklamasikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul. Berpandukan aktiviti itu, murid dapat melahirkan rasa minat akan bidang penulisan dan mungkin ada yang bercita-cita untuk menjadi seperti sasterawan negara, A. Samad Said yang juga telah dipertontonkan video deklamasinya ketika set induksi.

Kerja Kursus Projek

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

4.0

Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Bernilai Tambah merupakan aspek yang sangat utama dalam

menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kemahiran bernilai tambah merujuk dunia sebenar seseorang pelajar. Kemahiran ini yang merangkumi kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan

pembelajaran kontekstual. 4.1 Komponen kemahiran bernilai tambah 4.1.1 Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. 4.1.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran ini perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet. 4.1.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran ini perlu diajar kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, kecekapan, bertindak untuk menghadapi dunia yang semangkin mencabar dan sering berubah serta mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

Kerja Kursus Projek

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

4.1.4 Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. 4.1.5 Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan pelbagai merangkumi logik matematik, visual- ruang, muzik, naturalis, intrapersonal, kinestetik, verbal-linguistik dan interpersonal. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. 4.1.6 Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat. 4.1.7 Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran ini adalah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman individu, masyarakat, dan alam bekerja. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai secara konkrit yang melibatkan latih amal dab berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna, dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Kerja Kursus Projek

10

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

4.2

Aplikasi dalam aktiviti pembelajaran Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) merupakan aspek penting dalam penyerapan

ketika pelaksanaan aktiviti pembelajaran. Dalam aktiviti yang dirancang oleh penulis, terdapat beberapa KBT seperti kemahiran berfikir telah diserapkan. Murid-murid akan membuat kaitan dan perhubungan selepas melihat beberapa bahan rangsangan. Maksudnya, murid akan menghasilkan sajak ringkas setelah mendapat idea daripada gambar yang diberi. Selain itu, beberapa aspek kemahiran belajar cara belajar dapat diterapkan oleh guru kepada murid. Antaranya ialah kemahiran membaca termasuk membaca bagi tujuan menyampaikan idea dan meluahkan perasaan. Pembacaan atau deklamasi sajak nukilan murid Tahun 6 tersebut akan memberi penekanan terhadap cara bacaan yang menekankan sebutan dan intonasi yang tepat dan berkesan. Sementara itu, kemahiran mengingat dan menghafal juga turut ditekankan. Murid digalakkan menghafal kosa kata sastera yang indah supaya dapat diserapkan dalam penulisan sajak mereka. Murid juga perlu menguasai kemahiran mendengar khusunya dalam mendengar lontaran bait-bait puisi sasterawan negara, A. Samad Said. Seterusnya, unsur kajian masa depan juga ada diselitkan dalam aktiviti menulis sajak tersebut. Murid dikehendaki memikirkan permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa hadapan yang berkait rapat dengan tajuk pelajaran iaitu Keamanan. Sudah tentunya, murid dapat berfikir dengan baik dan mencetuskan pelbagai persoalan dalam puisi sajak mereka. Selain itu, unsur kecerdasan pelbagai dapat dikenalpasti seperti verbal linguistik iaitu murid boleh menggunakan kata-kata secara berkesan melalui lisan atau tulisan. Seperti mana yang diketahui, hasil penulisan mereka akan dideklamasikan secara lisan bagi menentukan sejauh mana keberhasilan penulisan kreatif yang telah dibincang bersama kumpulan. Selain itu, kecerdasan interpersonal diaplikasikan dalam aktiviti yang membolehkan murid bertindak secara berpesan terhadap orang lain secara praktikal seperti mempengaruhi orang lain terhadap isu keamanan. Kecerdasan yang seterusnya ialah kecerdasan intrapersonal iaitu kebolahan murid memahami diri sendiri terhap pentingnya keamanan di negara dan dunia. Kesimpulannya, setiap aktiviti pengajaran perlu diterapkan sebanyak mungkin kemahiran bernilai tambah supaya murid dapat menguasai pelbagai ilmu.
Kerja Kursus Projek

11

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

5.0

Strategi Pembelajaran 5P Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep

penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 5.1 Konsep 5P 5.1.1 Penggabungjalinan Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. 5.1.2 Penyerapan Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran. Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:

NILAI Baik hati 1. Belas kasihan

CONTOH

2. Bertimbang rasa 3. Murah hati 4. Saling memahami 5. Sedia memaafkan

Kerja Kursus Projek

12

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Berdikari

1. Bertanggungjawab 2. Tidak berharap atau bergantung kepada bantuan orang lain 3. Jaya diri 4. Yakin kepada diri sendiri

Berhemah tinggi

1. Kesopanan 2. Mengaku kesalahan sendiri 3. Ramah mesra

Hormat-menghormati

1. Hormat kepada ibu bapa 2. Hormat kepada orang yang lebih tua 3. Taat kepada raja dan Negara 4. Hormat kepadda hak asasi 5. Hormat kepada undang-undang 6. Menghargai maruah diri

Kasih sayang

1. Sayang kepada nyawa 2. Sayang kepada alam sekeliling 3. Cinta kepada Negara 4. Cinta kepada keamanan dan keharmonian

Keadilan

1. Bertindak adil 2. Sentiasa saksama

Kebebasan

1. Kebebasan di sisi undang-undang 2. Kebebasan dalam sistem demokrasi

Keberanian

1. Berani dengan tidak membuta tuli 2. Berani kerana benar 3. Berani mempertahankan kebenaran 4. Berani bertanggungjawab
13

Kerja Kursus Projek

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Kebersihan fizikal dan mental

1. Kebersihan diri 2. Kebersihan persekitaran 3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan

Kejujuran

1. Bersifat amanah 2. Bercakap benar 3. Sentiasa ikhlas

Kerajinan

1. Cekal 2. Daya usaha 3. Dedikasi 4. Gigih 5. Tekun

Kerjasama

1. Persaudaraan 2. Tanggungjawab bersama 3. Gotong-royong 4. Toleransi 5. Kebaikan bersama 6. Perpaduan

Kesederhanaan

1. Sederhana dalam meningkatkan kepentingan diri dan orang lain 2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku

Kesyukuran

1. Berterima kasih 2. Mengenang budi 3. Menghargai

Rasional

1. Boleh membuat pertimbangan 2. Boleh membuat penaakulan 3. Berfikiran logik dan terbuka

Kerja Kursus Projek

14

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Semangat bermasyarakat

1. Bermuafakat 2. Kejiranan 3. Peka kepada isu-isu sosial dan masyarakat

Semangat kewarganegaraan

1. Berbangga menjadi rakyat Malaysia 2. Bersemangat patriotik 3. Berusaha dan produktif

5.1.3 Pengayaan Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

5.1.4 Pemulihan Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat

permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

Kerja Kursus Projek

15

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

5.1.5 Penilaian Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid.

5.2

Aplikasi 5P dalam Aktiviti Pengajaran Strategi pengajaran 5P sangat penting dalam merancang aktiviti untuk murid.

Penulis ada menerapkan unsur penggabungjalinan ketika merancang langkah aktiviti di kelas tersebut. Kemahiran bahasa yang digabung jalin adalah di antara kemahiran menulis dan membaca. Murid dikehendaki membaca dan mendeklamasikan sajak yang mereka hasilkan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Berdasarkan aktiviti tersebut, guru mungkin dapat mengenal pasti objektif pembelajaran pada hari tersebut. Selain gabung jalin kemahiran bahasa, terdapat penggabungjalinan kemahiran bahasa dengan kemahiran daripada subjek lain. Kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran daripada subjek muzik. Ketika murid mendeklamasikan sajak, guru akan memasangkan muzik instrumental agar sajak yang dideklamasikan murid lebih memberi kesan kepada isi kelas tersebut. Murid akan mengawal intonasi mereka selari dengan muzik yang dimainkan bagi menggambarkan tekanan suprasegmental ketika melafazkan bait-bait yang mereka hasilkan. Kemahiran mengawal nada dalam subjek muzik tersebut dilihat mampu menambah rangsangan kepada murid dan menjadikan mereka lebih bersemangat dalam menghasilkan sajak yang lebih puitis dan dramatis.

Kerja Kursus Projek

16

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Selain strategi penggabungjalinan, dalam aktiviti yang dirancang juga terdapat unsur penyerapan. Penyerapan yang dimaksudkan ialah penyerapan nilai dan ilmu selain penyerapan kemahiran bernilai tambah yang telah diterangkan penulis pada bahagian aplikasi KBT dalam aktiviti pengajaran sebelum ini. Bagi penyerapan nilai, terdapat beberapa nilai yang dapat dilihat dengan jelas. Misalnya ialah nilai keberanian, rasional, semangat bermasyarakat dan patriotisme. Tajuk yang dipelajari ialah Keamanan. Ini bermakna penyerapan nilai patriotisme, rasional dan semangat bermasyarakat dapat diterjemahkan selain tindakan berani murid menghasilkan sajak dan melontarkan idea dan bait-bait indah menunjukkan keberanian mereka. Di samping itu, aktiviti yang dirancang oleh penulis turut memuatkan unsur pengayaan. Setelah murid diajar kosa kata sastera hasil edaran sajak karya Usman Awang, murid diberi aktiviti pengayaan iaitu menulis sajak secara berkumpulan. Langkah tertib proses pembelajaran tersebut menampakkan unsur pengayaan aktiviti dalam usaha menambah kecekapan kemahiran menulis setiap murid. Akhir sekali, guru membuat penilaian sejauh mana objektif pengajaran tersebut dapat dicapai. Aktiviti deklamasi sajak membolehkan guru mengenal pasti sejauh mana pembelajaran penulisan sajak tersebut berkesan. Jika terdapat kumpulan yang gagal menulis sajak dengan puitis atau sajak mereka tidak mengandungi kosa kata yang indah, maka guru dapat membuat penilaian supaya kumpulan tersebut perlu diberi latihan pemulihan agar objektif pengajaran tercapai.

Kerja Kursus Projek

17

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

6.0

Langkah-langkah aktiviti pengajaran

Tajuk : Sajak Keamanan Tahun: Enam Objektif : Murid dapat menghasilkan sajak yang puitis. Menyampaikan puisi yang dihasilkan dengan intonasi yang berkesan serta diksi yang tepat dan puitis. Hasil Pembelajaran Fokus utama : 10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna. Aras 3 (i) Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas dangan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik. Fokus sampingan : 5.2 Membaca kuat teks dan prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2 (i) Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemahiran Bahasa : Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. Sistem Bahasa : Kosa kata, ungkapan.
Kerja Kursus Projek

18

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Pengisian Kurikulum : i. ii. iii. Ilmu Sastera, Muzik dan Sosial (Sejarah, Sivik) Nilai Keberanian, Rasional, Semangat bermasyarakat, Kerjasama, Patriotisme. KBT Kemahiran Berfikir, Kajian Masa Depan, Kecerdasan Pelbagai.

Alat Bantu Mengajar : LCD dan papan gulung, kertas majung, rakaman video sajak, komputer riba, gambar (bercetak) peperangan, kertas bercetak (glosari istilah sastera), contoh teks sajak (Usman Awang), muzik instrumental.

Langkah-Langkah Pengajaran Set Induksi (5 minit) Murid diminta menonton video deklamasi sajak oleh sasterawan negara, A. Samad Said. Murid dikehendaki untuk mengenal pasti jenis puisi yang mereka tonton. Jawapan murid dikaitkan dengan tajuk pelajaran iaitu sajak Keamanan. Contoh Interaksi Sosial Guru-Murid. Guru : Adakah kamu semua kenal dengan lelaki ini? Murid 1 : Kenal, cikgu. Namanya A. Samad Said. Guru : Bagus Faizal. Kamu tahu jenis puisi yang dibacakan itu? Murid 1 : Tidak, cikgu. Murid 2 : Cikgu, saya tahu. Dia membaca sajak. Guru : Pandai Amira. Kamu tahu cara untuk menulis sajak? Murid 2 : Tidak, cikgu. Guru : Baiklah, cikgu akan ajar kamu tentang sajak hari ini.

Kerja Kursus Projek

19

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Alat Bantu Mengajar i. ii. Tayangan video sasterawan bersajak Komputer riba dan LCD

Langkah 1 (20 minit) Guru mengedarkan sajak Kambing Hitam (Lampian 1-A) karya Usman Awang. Murid turut diberi kertas bercetak yang mengandungi glosari istilah sastera (Lampiran 1-B) dan diminta membacanya bersama-sama contoh teks sajak karya Usman Awang. Murid-murid diminta menyenaraikan sekurangkurangnya dua patah perkataan yang dianggap puitis dan indah. Guru menjelaskan maksud perkataan tersebut di samping menjelaskan gaya bahasa lain untuk membantu murid menghasilkan sajak yang indah. Murid perlu menulis setiap maksud yang diterangkan oleh guru di dalam helaian glosari. Guru menyuruh murid menghasilkan satu ayat mudah dengan menggunakan perkataan atau istilah sastera yang dibincangkan. Contoh ayat yang dihasilkan murid. Istilah sastera yang dipetik daripada sajak.

i. ii. iii. iv.

Komentar- Penyajak itu membaca komentar dengan bersemangat. Perkauman- Masalah perkauman itu semakin melarat. Muhibah- Semangat muhibah amat penting bagi sesebuah negara. Makmur- Negara aman dan makmur jika rakyat bersatu padu.

Alat Bantu Mengajar i. ii. Kertas bercetak (glosari istilah sastera). Teks sajak Usman Awang bertajuk Kambing Hitam.

Kerja Kursus Projek

20

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Nilai

i.Rasional - Murid boleh membuat pertimbangan dan penaakulan setelah membaca contoh teks sajak Kambing Hitam. Murid akan cuba untuk memahami mesej yang terkandung dalam sajak. Setelah guru mengedarkan glosari istilah sastera, murid dapat menaakul makna perkataan yang tidak difahami sekali gus cuba untuk mengingatnya. Nilai rasional juga wujud apabila murid cuba untuk mencipta ayat yang ringkas dengan menggunakan istilah yang baharu sebagai latihan pengukuhan terhadap diksi dalam sajak. ii.Berdikari - Apabila murid diberikan tugasan, mereka akan berusaha untuk

melakukannya tanpa bantuan sesiapa. Mereka juga akan bertambah yakin dengan diri sendiri dalam menjawab soalan yang diberikan. Helaian istilah glosari berperanan sebagai panduan bagi mereka dalam mencipta dan memahami sajak. Selebihnya, atas kehendak dan usaha mereka sendiri. iii.Kasih sayang - Nilai ini dapat diterapkan ketika murid membaca sajak Usman Awang yang bertajuk Kambing Hitam. Sajak tersebut jelas menyentuh hati dan sanubari pembaca khususnya kepada mereka yang hidup pada tarikh keramat 13 Mei 1969. Melalui aktiviti pembacaan secara senyap sajak berikut, murid dapat melahirkan rasa kasih dan sayang mereka terhadap negara. Selain itu, akan wujud rasa cinta kepada kedamaian dan keamanan dalam hidup mereka kerana gambaran peristiwa berdarah dalam sajak tersebut membuatkan rasa mual dan benci mereka kepada peperangan. iv.Semangat bermasyarakat - Rasa peka terhadap isu-isu semasa dalam masyarakat jelas dapat disuaikan dengan tajuk pengajaran iaitu Keamanan. Melalui pembac aan murid terhadap sajak tersebut, murid dapat memahami isu-isu lampau dalam masyarakat dan secara langsung telah membawa diri mereka ke dunia perpecahan dan perbalahan kaum itu. Dari situ, murid akan sedar bahawa
Kerja Kursus Projek

21

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

mereka perlu berjaga-jaga dan tidak hanya membiarkan diri membatu melihat dunia kabut. v.Patriotisme - Sajak tersebut juga dapat melahirkan rasa patriotik murid kepada tanah air yang tercinta. Mereka mungkin akan menghargai perjuangan pemimpin lampau yang berusaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan harmonis.

Ilmu i. Sejarah - Penyerapan ilmu pengetahuan lain dalam langkah pengajaran yang pertama ini amat jelas dilihat kerana sajak yang digunakan mengimbau sejarah lama dan perisitiwa lampau. Sejarah telah membuktikan bahawa negara ini suatu masa dahulu pernah dikejutkan dengan peristiwa hitam perbalahan kaum yang memaksa segenap ruang dan lubang ditutup sematamata mengelakkan diri daripada ancaman pelbagai jenis penagih darah. ii. Sastera - Ilmu sastera adalah ilmu sampingan lain yang terkandung dalam pengajaran ini. Murid dapat memahami genre puisi yang diajarkan selain cuba untuk mendalami sesebuah sajak. Dengan adanya aktiviti pengajaran seperti ini, mungkin ada murid yang berminat dalam penulisan bahan sastera.

Kerja Kursus Projek

22

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Langkah 2 (20 minit) Murid diminta untuk membentuk lima kumpulan kecil. Guru mengedarkan beberapa gambar bercetak perihal peperangan (Lampiran 2-A) kepada setiap kumpulan sebagai rujukan murid menghasilkan sajak bertemakan keamanan. Murid dikehendaki menghasilkan sekurang-kurangnya satu ayat sajak yang bertemakan keamanan. Setiap kumpulan hendaklah menggunakan istilah sastera yang dirasakan sesuai yang boleh diambil daripada glosari (Lampian 1B). Murid diberikan kertas majung dan pen marker untuk menulis sajak yang dibincangkan bersama. Guru meninjau pekembangan setiap kumpulan dan memberi bantuan sekiranya murid lari daripada tajuk ataupun sajak yang dihasilkan tidak menepati syarat.

Contoh sajak. Senapang merata-rata dihunus Teriakan si anak menutupi bunyi senjata Darah menumpah ke bumi sendiri Tiada lagi kuasa Tiada lagi kudrat Yang tinggal hanya pusara.

Alat bantu mengajar. i. ii. Edaran bercetak (glosari dan gambar peperangan) Kertas majung dan pen.

Kerja Kursus Projek

23

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Nilai i. Berani - Apabila murid ditugaskan untuk menghasilkan sajak secara berkumpulan, mereka perlu menunjukkan sikap berani bagi mengeluarkan idea-idea yang bernas dan diksi yang indah. Meskipun terdapat ramai anggota kumpulan, bagi murid yang berani, ia sepatutnya tidak malu untuk menegakkan kebenaran dalam melontarkan cadangan. Murid akan bijak menilai baik buruk suatu hasil sajak itu dan sepatutnya menegah kesalahan yang ada di samping membetulkannya. Jadi, sikap berani bertanggungjawab dalam kumpulan akan wujud. ii. Kerjasama - Sikap toleransi dan memikirkan kebaikan bersama dapat disemai melalui aktiviti ini. Murid dapat bekerja dalam suatu budaya kerja yang positif dan dipahat rasa persaudaraan bersama. Konsep memahami dan difahami dapat diaplikasikan supaya tidak timbul persengketaan dalam

menghasilkan sebuah sajak yang terbaik. iii. Rasional - Murid dapat berfikir secara rasional dalam menghasilkan bait-bait yang bertemakan Keamanan. Berpandukan gambar yang telah diberikan kepada setiap kumpulan, mereka akan lebih jelas dengan apa yang dimaksudkan dengan tema tersebut. Untuk itu, mereka perlu berfikir secara logik bagi menunjukkan rasa benci terhadap persengketaan dan rasa cinta kepada keamanan. iv. Kerajinan - Sudah pasti murid akan menunjukkan sikap rajin mereka dalam melakukan kerja berkumpulan. Tambahan pula, penghasilan sajak sememangnya memerlukan daya usaha yang lebih khususnya dalam memikirkan bait-bait yang sesuai dan berpaut pada tema yang disediakan. Sikap dedikasi murid sangat diperlukan untuk mendapatkan produk yang berkualiti dan segar supaya dapat bersaing sengit dengan kumpulan yang lain.
Kerja Kursus Projek

24

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Ilmu i. Sastera - Ilmu sastera sudah pasti terselit semasa pelaksanaan aktiviti berkumpulan ini. Murid belajar cara menghasilkan penulisan kreatif iaitu sajak dengan mengguanakan istilah sastera yang indah dan puitis. Selain itu, guru juga dapat mengajarkan sedikit sebanyak bentuk sajak yang bebas supaya murid akan mengenal jenis-jenis sajak yang biasa dikarang oleh pengkarya di negara ini. Ilmu sastera juga membabitkan pengenalan murid terhadap unsur-unsur gaya bahasa. Guru tidak seharusnya menekankan aspek ini, tetapi boleh diterapkan secara ringkas sebagai pengenalan kepada murid Tahun 6 kerana mereka bakal belajar perkara yang sama di sekolah menengah nanti.

Langkah 3 (10 minit) Wakil-wakil setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil perbincangan sajak. Guru membimbing murid cara mendeklamasikan sajak dengan berkesan. Setiap wakil kumpulan perlu mendeklamasikan sajak yang dicipta dengan penuh penghayatan. Murid mendeklamasikan sajak sambil diiringi muzik instrumental dan gambar (slide) perperangan daripada pancaran LCD.

Alat bantu mengajar i. ii. iii. iv. Muzik instrumental Gambar perperangan (slide) Pancaran LCD dan Papan Gulung. Komputer riba

Kerja Kursus Projek

25

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

Nilai i. Berani - Keberanian murid terserlah apabila mereka berani untuk

mendeklamasikan sajak di hadapan rakan-rakan sekelas. Selain itu, muridmurid juga akan melontarkan emosi mereka semasa melafazkan bait-bait indah bekenaan dengan tema Keamanan. Mereka menjadi semakin berani untuk menegakkan kebenaran dan berasa berhak untuk mendapatkan layanan yang seyogia di bumi Malaysia. ii. Kasih sayang - Kasih sayang mereka terhadap negara terserlah apabila mereka menghayati sajak yang dikarang. Murid akan meluahkan rasa cinta mereka kepada negara dan memastikan keamanan serta keharmonian terjamin biarpun hidup dalam berbilang bangsa. iii. Patriotisme - Patriotisme bermaksud semangat cinta akan negara dan sanggup melakukan apa sahaja demi negara. Semasa melakukan aktiviti ini, setiap murid yang mendeklamasikan sajak akan bersungguh-sungguh meluahkan rasa cinta mereka dengan menemplak kebebalan sesetengah pihak yang cuba memusnahkan keamanan negara.

Ilmu i. Muzik - Ilmu pengetahuan lain yang diserap ketika melakukan aktiviti ini ialah ilmu muzik. Semasa mendeklamasikan sajak, guru akan memainkan muzik instrumental seiringan dengan lontaran bait-bait sajak. Melalui aktiviti ini, murid dapat menerapkan ilmu muzik supaya persembahan mereka bertambah menarik. Misalnya, ketika lagu tersebut berada di tempo yang perlahan, murid-murid perlu menyesuaikannya dengan nada yang perlahan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, secara tidak langsung persembahan deklamasi mereka akan menjadi lebih bertenaga.
Kerja Kursus Projek

26

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

ii. Sastera - Seperti mana yang diketahui, aktiviti deklamasi sajak sememangnya memerlukan bakat dalam bidang sastera supaya pendeklamasi dapat menghayati bait-bait indah yang puitis dan dramatis. Untuk itu, langkah pengajaran yang direncanakan sedikit sebanyak memerlukan murid

mendalami ilmu sastera. iii. Sosial - Subjek pengetahuan sosial seperti sejarah dan sivik turut terkandung dalam aktiviti ini. Penyerapan ilmu sosial membolehkan murid mengetahui isu masyarakat dan sejarah silam yang berlaku di Malaysia. Melalui subjek sivik yang dipelajari, murid dapat melontarkan idea dan pendapat mengenai pesekitaran masyarakat lebih-lebih lagi dalam mengekalkan keamanan sejagat.

Penutup (5 minit) Guru merumuskan pengajaran sajak yang dihasilkan. Guru bertanyakan murid tentang apa yang mereka faham berkenaan sajak. Guru mengimbas kembali cara-cara menulis sajak. Murid membuat sumbang saran tentang keindahan sajak dengan bimbingan guru. Guru memberi tugasan tambahan sebagai aktiviti pengukuhan dan penilaian. Nilai i. ii. Ilmu i. Sastera Rasional Keberanian

Kerja Kursus Projek

27

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

7.0

Penutup

Secara konklusinya, tugasan ini, telah menjelaskan mengenai Huraian Sukatan Pelajaran dan Aras Pembelajaran mengikut tahap. Di samping itu, hasil tugasan ini juga telah menganalisis dan menjelaskan beberapa hasil pembelajaran kemahirankemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Selain itu, hasil tugasan ini juga telah menganalisis dan mengaplikasi Pengisian Kurikulum dalam langkah-langkah pengajaran dan

pembelajaran berdasarkan aras pembelajaran kemahiran. Untuk itu, pelbagai kaedah pengajaran telah dirangka bagi memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran yang mementingkan penyerapan nilai murni serta beberapa cabang kemahiran lain.

Puisi sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada pelajaran bahasa. Sama ada secara langsung atau tidak, puisi terpaksa diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak dari darjah permulaan lagi. Kamarudin Hj. Husin (1998:160) mengatakan bahawa pengajaran puisi mempunyai beberapa faedah dan tujuan antaranya ialah untuk memberikan hiburan dan menyukakan hati murid-murid. Selain itu, puisi juga dapat melatih kanak-kanak menikmati irama, keindahan bahasa dan bunyi bahasa. Namun, apa yang dapat disimpulkan melalui aktiviti tersebut, murid dapat belajar cara penulisan sajak dan mendapat pengetahuan yang meluas dalam bidang sastera.

Secara keseluruhannya dengan melakukan tugasan ini, secara tidak langsung telah membimbing guru pelatih untuk memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai Huraian Sukatan Pelajaran. Ini adalah satu peluang kepada guru pelatih untuk membiasakan diri dengan alam kehidupan seorang guru yang sebenar. Guru sepatutnya menjadikan Sukatan Pelajaran sebagai dokumen rujukan dalam

menghasilkan rancangan pengajaran yang menepati aras pengetahuan murid.

Kerja Kursus Projek

28

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

8.0

Refleksi

8.1 Muhammad Aminul Khalil Bin Zaini Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana penulis berjaya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Biarpun pada awalnya menjangkakan bahawa tugasan ini sukar, tetapi akhirnya dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Sebenarnya, di awal mendapat tugasan ini, penulis tidak terbayang sedikit pun apa yang perlu dilakukan. Tetapi dengan dorongan Cik Hamidah Bt Abdul Hamid, gambaran itu menjadi jelas sedikit dan membuatkan penulis tidak sabarsabar untuk memulakan tugasan. Penulis telah mencari bahan di pelbagai tempat dan sumber. Biarpun hanya sedikit sahaja isi yang ditemui, namun tetap bersyukur kerana sekurangkurangnya penulis tidak melepaskan tanggungjawab begitu sahaja. Tugasan ini banyak mendisiplinkan diri khususnya ketika berada di penghujung tarikh serahan tugasan. Selain itu, penulis dapati kerjasama yang terjalin bersama rakan bagi menjayakan tugasan ini merupakan nadi utama terhadap kejayaan semua. Rakan-rakan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan idea-idea yang bernas dalam memantapkan isi-isi kerja kursus ini. Sementara itu, secara jujurnya penulis sangat bersyukur kerana mendapat tugasan ini. Hal ini disebabkan penulis dapat menambah pengetahuan tentang sukatan pelajaran kerana sebelum ini hanya memahami apa yang di ajar secara umum. Dengan adanya tugasan seperti ini, ilmu menegenai kemahiran bahasa serta kandungan yang terdapat dalam sukatan pelajaran dapat dipraktikkan semasa menjadi guru kelak. Tanpa pengetahuan mengenai semua ini, mungkin rancangan pengajaran harian sukar untuk dihasilkan. Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih dihamparkan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini.
Kerja Kursus Projek

29

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

8.2 Muhammad Syazmi Aizudin Bin Yusoff

Pada 12 Februari 2010 yang lalu, pensyarah Bahasa Melayu 1 saya, Cik Hamidah Binti Abd. Hamid telah memberikan tugasan iaitu berkaitan dengan Huraian Sukatan Pelajaran dan Aras Pembelajaran kemahiran bahasa. Dari segi kesukaran untuk menyiapkan tugasan ini, secara terus terang saya katakan bahawa agak bermasalah untuk menyiapkan tugasan ini kerana pada suatu tahap saya berasakan tertekan untuk menyiapkan tugsan ini. Namun, disebabkan bantuan yang telah diberikan oleh rakan sekumpulan saya iaitu Muhammad Aminul Khalil dan Muhammad Amir Al-Hafiz serta rakan-rakan yang lain, kami semua kembali bersemangat untuk menyiapkan tugasan ini.

Alhamdulillah, saya berjaya menyempurnakan tugasan pada kali ini. Namun disebalik kesukaran tersebut saya mendapat banyak manfaat yang tidak ternilai harganya. kemahiran Dengan belajar melakukan kami sama tugasan ada ini, saya dapat

meningkatkan

membaca,mencatat

nota,merujuk dan sebagainya. Saya

juga lebih mahir dalam proses untuk

mencari dan menambah maklumat yang diperoleh. Kesimpulannya,tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang guru pelatih yang masih menuntut, saya perlulah mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Huraian Sukatan Pelajaran dan Aras Pembelajaran kemahiran bahasa. Melalui pemahaman ini juga, guru dapat mengajar dengan lebih berkesan. Akhir sekali, saya berharap semoga kerja kursus ini dapat

memberi manfaat kepada diri saya sendiri serta orang lain. Sekian, Wassalam.

Kerja Kursus Projek

30

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

8.3 Muhammad Amir Al-Hafiz Bin Zulkifli

Assalamualaikum w.b.t... Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, hidayah-Nya serta inayah-Nya, dapat saya menyempurnakan tugasan kerja kursus pendek ini pada masa yang telah ditetapkan. Kerja kursus ini telah diberikan oleh pensyarah pembimbing bagi membuat rujukan, pemerhatian dan mengumpul maklumat. Tarikh mula bagi kerja kursus projek ini ialah pada 12 Februari 2010 yang lalu. Saya memulakan tugasan bersama rakan seperjuangan saya iaitu Muhammad Aminul Khalil bin Zaini dan Muhammad Syazmi Aizuddin bin Yusoff. Kami mula mengumpulkan seberapa maklumat untuk mengkaji tentang soalan yang diberikan. Kami mencari maklumat-maklumat berkenaan di Pusat Sumber Datuk Lokman Musa IPGM Kampus Bahasa Melayu. Kami juga melayari internet bagi menambah maklumat tentang tugasan ini. Antara halangan yang terpaksa kami tempuhi sepanjang melakukan tugasan kerja kursus ini ialah kami juga perlu menyiapkan banyak tugasan mata pelajaran lain. Jadi, kami menguruskan masa dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya dapati kerjasama yang terjalin bersama rakan bagi menjayakan tugasan ini merupakan nadi utama terhadap kejayaan semua. Rakan-rakan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan idea-idea yang bernas dalam memantapkan isi-isi kerja kursus ini. Akhir kata, saya berharap agar semua pihak khususnya pihak pensyarah berpuas hati dengan hasil kerja kursus pendek yang telah kami hasilkan ini.

Kerja Kursus Projek

31

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

9.0

Rujukan 9.1 Sumber buku

Dahlia Janan, Husna Faredza Mohamed Redzwan, Khairul Azam Bahari, Muhd Rain Shaari & Zulkifli Osman. (2004). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Tafsiran Sukatan Pelajaran Baharu. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]. (1994). Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abd Aziz. (1998). Siri Pendidikan Perguruan Pengajian Melayu 4 Kesusasteraan dan Pengajaran. Selangor Darul Ehsan: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1998). Siri Pendidikan Perguruan Pedagogi Bahasa Perkaedahan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2009). Siri Pengajian Profesional, Murid dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2009). Siri Pengajian Profesional, Pedagogi. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu II. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn Bhd.

9.2 Sumber internet

Sharbi Ali. (2005). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Diperoleh 1 Mac 2010. daripada www.ppk.kpm.my: http://www.ppk.kpm.my/sphsp/muka22.htm
Kerja Kursus Projek

32

Pengajian Sukatan Pelajaran BMSR

10.0

Lampiran JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN

BIL

PERKARA

TARIKH

12 1 Menerima tugasan dan sedikit penerangan daripada Cik Hamidah Bt Abdul Hamid. Februari 2010 19 Februari 2010 26 3 Mula mencari buku-buku rujukan tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dan buku-buku lain yang berkaitan di Perpustakaan Negara. Februari 2010 2 4 Mula menjalankan kerja menaip dan membuat sedikit perbincangan dengan rakan-rakan yang mengetahui tentang tugasan ini. Mac 2010

Mula mencari rakan pasangan dan mengagihkan tugasan.

28 5 Tugasan siap dan hanya memerlukan sedikit penambahan sahaja. Mac 2010 29 6 Tugasan diserahkan. Mac 2010

Kerja Kursus Projek

33

Anda mungkin juga menyukai