Anda di halaman 1dari 57

PENGGUNAAN KAEDAH PROJEK BUKU SKRAP 3D MEMBANTU

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 3 BAGI TOPIK TABIAT


MAKAN HAIWAN

MOHD FARAHAN ABDUL RAHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Sains Pendidikan Rendah)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
KUALA TERENGGANU

OKTOBER 2014

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada
pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Sains Sekolah Rendah)

Tandatangan

Nama Penyelia

Tarikh

ii

PENGAKUAN

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

Nama Penulis

Tarikh

iii

DEDIKASI

Syukur kehadrat Ilahi kerana memanjangkan usiaku hingga ke saat ini dan berjaya
mengharungi liku-liku kehidupan di sini
Kutitipkan dedikasi teristimewa

Buat
Ayah dan Emak
En. Abdul Rahman bin Abdullah dan Pn. Fetimah binti Mohd
Demi sedikit sinar harapan
Melihat kejayaanku dunia dan akhirat
Terima kasih atas segala dorongan dan doa restu yang diberikan

Pensyarah-pensyarah
Terutama En. Pajuzi bin Awang

Buat
Rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu
Terima kasih atas segalanya
Semoga kejayan menjadi milik kita

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang. Bersyukur
ke hadrat Illahi yang telah mengurniakan petunjuk dan kesabaran kepada hambaNya
sepanjang kajian tindakan ini ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia projek, Encik
Pajuzi bin Awang yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga saya
berjaya menyiapkan laporan kajian tindakan ini. Ucapan terima kasih juga
dihulurkan kepada semua pensyarah di Jabatan Sains, rakan-rakan sepejuangan yang
sentiasa memberikan sokongan dan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Bukit
Guntong yang sentiasa memberikan kerjasama sepanjang saya menjalankan kajian
tindakan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga yang sentiasa di sisi
memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang kajian
tindakan ini serta tidak jemu-jemu mendoakan kejayaan saya.

Akhir kata, semoga kajian tindakan ini memberikan manfaat buat semua dan
dapat dijadikan rujukan dalam usaha mempertingkatkan taraf mutu pendidikan.
v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid bagi topik tabiat makan
haiwan melalui kaedah projek buku skrap 3D. Berdasarkan tinjauan awal yang telah
dilaksanakan, didapati murid tidak dapat membezakan apakah haiwan karnivor,
herbivor dan omnivor. Kajian ini dijalankan dengan melibatkan 5 orang murid tahun
3 Bestari di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong sebagai peserta kajian. Peserta
kajian telah dipilih berdasarkan prestasi di dalam ujian pra dan juga lembaran kerja
yang telah dilaksanakan. Bilangan peserta kajian lelaki adalah seramai tiga orang
manakala peserta kajian perempuan adalah seramai dua orang. Terdapat tiga alat
kajian yang telah digunakan untuk mengesahkan hasil dapatan kajian ini iaitu ujian
pra dan pasca, analisis dokumen dan juga pemerhatian berstruktur. Dapatan kajian
telah menunjukkan peningkatan markah bagi alat kajian ujian pra dan pasca dan juga
analisis dokumen. Manakala hasil pemerhatian pula menunjukkan perubahan positif
setelah kajian dijalankan. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan
berlakunya peningkatan kefahaman peserta kajian bagi topik tabiat makan haiwan
melalui kaedah projek buku skrap 3D.
Kata kunci: Kaedah pembelajaran berasaskan projek, buku skrap, 3D, tabiat makan
haiwan

vi

ABSTRACT

This study was conducted to improve pupils understanding in topic Animals Diet
by using 3D scrap book project. Based on early evaluation, the pupils do not know
the meaning of carnivor, herbivor and omnivor. Beside that they cant categorize
animals based on their diet correctly. The respondents for this study were 5 pupils
from class Year 3 Bestari in Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Terengganu.
They were choosen based on their result in test dan worksheet. The respondents were
consist of three males and 2 females. The instruments used were pre test and post
test, documents analysis and observation checklists. The analysis from the
instruments show improvement in the score of the respondents in post test dan
worksheets. The respondents also show some positive changes. As a result, the
analysis of data proved that there were improvements in respondents understanding
in topic Animals Diet by using 3D scrap books project.
Key Word: Project based method, scrap book, 3D, animals diet

vii

KANDUNGAN
Muka Surat
PENGESAHAN PENYELIA

ii

PENGAKUAN

iii

DEDIKASI

iv

PENGHARGAAN

ABSTRAK

vi

ABSTRACT

vii

KANDUNGAN

viii

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

xi

SENARAI LAMPIRAN

xii

1.0

2.0

3.0

PENDAHULUAN

1.1

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

1.2

Soroton Literatur

FOKUS KAJIAN

2.1

Tinjauan Masalah

OBJEKTIF KAJIAN

15

3.1

Objektif Umum

15

3.2

Objektif Khusus

15

3.3

Persoalan Kajian

15

3.4

Kepentingan Kajian

16

3.5

Definisi Operasional

18
viii

3.5.1
3.6

Projek
Batasan Kajian

18
20_Toc400023140

4.0

KUMPULAN SASARAN

21

5.0

TINDAKAN

22

5.1

Prosedur Tindakan

22

5.2

Prosedur Mengumpul Data

24

6.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

27

6.1 Penilaian

27

6.2

28

Pemerhatian

6.3 Analisis dokumen

34

7.0 DAPATAN KAJIAN

37

8.0

41

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

SENARAI RUJUKAN

44

LAMPIRAN

45

ix

SENARAI JADUAL

Jadual

Perkara

Muka Surat

Jadual Prestasi Murid

Jadual Markah Ujian Pasca

10

Analisis Pemerhatian Responden R1

29

Analisis Pemerhatian Responden R2

29

Analisis Pemerhatian Responden R3

30

Analisis Pemerhatian Responden R4

31

Analisis Pemerhatian Responden R5

32

Analisis Pemerhatian Keseluruhan

33

Analisis Senarai Semak Sebelum Intervensi

35

10

Analisis Senarai Semak Lembaran Kerja Selepas Intervensi

35

SENARAI RAJAH

Rajah

Perkara

Muka Surat

Carta Tingkah Laku Murid

13

Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewis

17

Graf Peratusan Markah Responden

27

Graf Analisis Pemerhatian

Graf Peratusan Jawapan Betul Lembaran Kerja

33
36

xi

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran

Perkara

Muka Surat

Ujian Pra

45

Ujian Pasca

50

Senarai Semak Pemerhatian

55

Lembaran Kerja

56

xii

1.0

PENDAHULUAN
Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada masalah pembelajaran yang

dihadapi oleh kanak-kanak diasekolah. Pengkaji mula mengenal pasti masalah yang
timbul ketika menjalankan sesi praktikum fasa 3 di salah sebuah sekolah di daerah
Kuala Terengganu. Salah satu masalah yang telah dikenalpasti ialah murid gagal
menguasai salah satu topik di dalam subjek Dunia Sains Teknologi iaitu topik tabiat
makan haiwan. Tahap kefahaman mereka juga begitu rendah bagi topik tersebut.
Lantaran itu, pendidikan kepada kanak-kanak haruslah dititik beratkan agar mereka
dapat menguasai segala kemahiran dan pengetahuan yang sepatutnya dipelajari.
Kemahiran mengelas haiwan berdasarkan tabiat makan yang perlu dikuasai
oleh murid boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa jenis pendekatan salah
satunya belajar melalui penghasilan projek buku skrap. Mereka belajar dan meneroka
melalui projek penghasilan buku skrap yang bersifat berpusatkan murid. Aktiviti
yang berpusatkan murid makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk
meneroka dan menjelajah persekitarannya dan mendapat keseronokan.
Pelbagai kaedah telah digunakan oleh guru-guru untuk memastikan muridmuridnya sentiasa berminat dalam bilik darjah dan juga menguasai pengetahuan dan
kemahiran yang sepatutnya disampaikan oleh guru. Inilah cabaran yang dihadapai
oleh pengkaji semasa pengkaji berpraktikum. Jelaslah bahawa pengkaji menghadapi
masalah dalam menghasilkan satu pendekatan pembelajaran yang berkesan dalam
pengajaran Sains. Pengkaji amat berminat untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran
serta memperbaharui alat bantu mengajar yang sedia ada iaitu membaharui projek
penghasilan buku skrap dengan projek penghasilan buku skrap 3D. Pengkaji
berpendapat bahawa unsur 3D mampu meningkatkan kefahaman murid terhadap
topik yang hendak diajar. Ini adalah penting kerana aktiviti pengajaran dan
1

pembelajaran melalui projek penghasilan buku skrap 3D ini pastinya dapat menarik
minat murid, merangsangkan minda murid-murid dan dapat mengurangkan
kebosanan murid-murid semasa belajar ( Jamalludin, 2008 ).

1.1

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Masalah utama yang telah pengkaji hadapi sepanjang tempoh praktikum pengkaji
dalah para murid tidak melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah
dirancangkan. Semasa sesi perbincangan diadakan, mereka tidak berani memberi
idea atau pandangan sendiri. Pengkaji berpendapat, mereka masih bersifat pasif dan
malu untuk menjawab soalan semasa pengajaran. Selain daripada itu, pengkaji
mendapati bahawa murid mula hilang minat dan semangat untuk belajar sekiranya
pengkaji menyampaikan isi muridan secara lisan untuk satu tempoh yang lama.
Sebagai contohnya, untuk topik tabiat makan haiwan dalam subjek Dunia Sains
dan Teknologi tahun 3, sekiranya guru hanya menjelaskan tabiat makan haiwan
binatang secara lisan, maka para murid akan cepat hilang minat terhadap topik yang
hendak diajar. Melalui pengalaman daripada fasa praktikum yang lepas dan juga
praktikum yang terkini, para murid akan berasa bersemangat dan berminat sekira
pengkaji menunjukkan gambar-gambar yang berkaitan dengan topik yang hendak
diajar. Pengkaji pernah mendengar komen daripada seorang murid semasa pengkaji
menunjukkan bahan-bahan visual, murid tersebut berkata: Yang ini baru best, tadi
boring sangat.
Pengalaman berpraktikum yang ke 3 di sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu
telah menemukan pengkaji dengan beberapa masalah dalam kalangan murid-murid
dalam menguasai topik-topik bagi subjek Dunia Sains Teknologi. Hal ini pengkaji
temui ketika pengkaji sedang menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk
2

subjek Dunia Sains Teknologi bagi tahun tiga. Ini berlaku apabila ada di antara
kanak-kanak yang tidak dapat mengenal serta tidak mengetahui makna bagi tiga jenis
tabiat makan haiwan. Lanjutan daripada aktiviti tersebut guru juga turut melakukan
aktiviti tabiat makan haiwan di mana guru menampal kad perkataan bagi tabiat
makan haiwan iaitu herbivor, karnivor dan juga omnivor dan juga gambar beberapa
haiwan di papan hitam dan meminta kanak-kanak memadankan kad tabiat makan
haiwan dengan gambar haiwan yang betul. Perkembangan kepada aktiviti ini dilihat
ada di antara mereka yang tidak dapat menentukan haiwan manakah yang sesuai
dipadankan dengan kad tabiat makan haiwan. Contohnya, gambar haiwan yang
ditampal ialah gambar harimau namun murid telah memadankan gambar harimau
tersebut dengan perkataan omnivor. Pemerhatian seterusnya dilihat pada murid yang
seterusnya. Murid tersebut tersebut menunjukkan reaksi yang sama seperti rakannya
tadi. Gambar gajah telah dipadankan denga perkataan karnivor.
Seterusnya bagi fasa kedua dibuat dengan menjalankan aktiviti yang berbeza iaitu
menjalankan aktiviti permainan bola beracun tabiat makan haiwan. Permainan bola
beracun tabiat makan haiwan merupakan satu aktiviti dimana apabila muzik bermula
murid perlu menyerahkan bola kepada rakan di sebelah kiri. Apabila muzik
dihentikan orang yang terakhir memegang bola perlu mencabut satu kertas di dalam
kotak yang telah disediakan. Setiap kertas di dalam kotak tersebut mempunyai satu
nama haiwan dan tugas murid ialah mengelaskan haiwan tersebut berdasarkan tabiat
makan haiwan tersebut. Beberapa orang murid yang sama didapati menunjukkan
perkembangan yang kurang memberansangkan.
Masalah dalam menguasai topik ini berlaku kemungkinan disebabkan oleh gangguan
rakan sekelas ketika menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Gangguan dari
rakan sekelas kerap berlaku apabila kanak-kanak yang ingin menjawab soalan
3

terpengaruh dengan jawapan rakan lain sedangkan jawapan yang mereka berikan
pada awalnya adalah betul. Disini akan timbul kekeliruan dalam diri kanak-kanak
untuk menguasai topik tabiat makan haiwan dengan betul.
Selain itu persekitaran yang kurang kondusif menyumbang kepada faktor penguasaan
kanak-kanak. Keadaan kelas yang tidak dapat dikawal baik oleh guru juga
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak terganggu. Ini
disebabkan pendekatan yang digunakan oleh guru ketika sesi pengajaran terlalu
beraras tinggi bagi sesetengah murid yang masih tidak memahami apa itu herbivor,
karnivor dan juga omnivor.
Berdasarkan maklumat di atas, pengkaji perlu mengambil langkah dengan menerokai
kaedah baru yang mampu memfokuskan kepada kemahiran mengenalpasti tabiat
makan haiwan. Kaedah pengajaran yang seterusnya juga perlulah lebih kreatif kerana
penumpuan kanak-kanak juga lebih baik jika dibandingkan dengan pengajaran secara
chalk and talk sahaja..

1.2

Soroton Literatur
Brunner (1960) telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu

proses dimana murid membina idea baru atau konsep berasaskan kepada
pengetahuan semasa mereka. Murid memilih dan menginterprestasi maklumat,
membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental
(struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberi makna dan
pembentukan pengalaman yang membolehkan individu melangkau maklumat yang
diberikan

Hasil

daripada

pendekatan

ini,

beliau

telah

memperkenalkan

pembelajaran penemuan. Salah satu contoh pembelajaran penemuan ialah


pembelajaran berasaskan projek.
4

Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa murid membina makna tentang
dunia dengan mensintesiskan pengalaman baru kepada apa yang mereka fahami
sebelum ini. Mereka membetuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka
dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek , idea dan perkaitan
yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan mengintepretasikan apa
yang mereka lihat secocok dengan peraturan yang telah mereka bentuk atau mereka
akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat meerangkan maklumat yang baru
ini dengan lebih baik.
Menurut Zahari (1992), jika guru dapat menimbulkan minat murid-murid
yang diajar serta menimbulkan minat murid untuk membuat latihan, maka latihan
yang disediakan akan menjamin mutu pembelajaran dan meningkatkan pencapaian.
Murid- murid lebih berminat dengan pengajaran apabila guru yang fleksibel dan
mempelbagaikan strategi pengajaran yang digunakan dibilik darjah.(S.Sukumaran
,1991; Burden dan Byrd, 1994)
Fryland (1994) dalam Omardin (1999), menyatakan minat yang timbul dalam
setiap diri murid akan mempengaruhi proses pembelajaran. Apabila seseorang itu
berminat dengan apa yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia belajar dengan
tekun sehingga mencapai apa yang dicita- citakan. Ini bermakna proses pengajaran
akan berjalan lancar sekiranya murid berminat dengan subjek dan kaedah yang
dijalankan.
Menurut Crow dan Crow (1983) minat merupakan daya pengerak yang
mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, benda atau kegiatan. Ia
boleh merupakan pengalaman berpengaruh yang telah dirancang oleh kegiatan itu
sendiri. Oleh itu minat berkait rapat dengan desakan, motif, gerak balas emosi dari
aspek disiplin kerja dan hasil pengalaman dalam alam sekitar. Menurutnya lagi
5

sekiranya seseorang itu berminat walaupun mempunyai kebolehan yang sederhana,


individu tersebut kan menghsilkan produk yang lebih baik berbanding dengan orang
yang tidak mempunyai minat. Tujuan projek penghasilan buku skrap interaktif ialah
untuk menarik minat murid seterusnya meningkat kefahaman murid terhadap topik
yang hendak diajar (Rios 2005).
Pembelajaran Berasaskan Projek merupakan suatu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang pesat berkembang dalam zaman moden ini. Kaedah ini
menekankan kolaborasi antara guru dan murid dalam mempelopori sesuatu perkara
atau topik secara penyempurnaan projek. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006)
mentafsirkan Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai model aktiviti yang keluar
daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan gabungan antara
disiplin ilmu.
Kaedah projek yang diasaskan oleh John Dewey (1997), menggalakkan
murid memperoleh sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Murid
merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi
sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada murid
menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan
penanggapan secara berkesan
Projek menghasilkan buku skrap akan meningkatkan prestasi pemahaman
murid- murid berkaitan idea, konsep, teori dan prinsip sains. Prestasi murid-murid
ditunjukkan melalui huraian yang jelas dan penyediaan butir-butir serta hujah yang
tepat dalam buku skrap. (Newmann & Wehlage 1995). Pembelajaran berasaskan
projek adalah suatu pendekatan yang komprehensif dengan melibatkan murid-murid
dalam penyiasatan yang berterusan dan berkerjasama (Bransford & Stein, 1993)

dalam erti kata lain pembelajaran projek berasaskan projek merupakan satu aktiviti
yang berpusatkan murid.
Trigwell dan Prosser (1996) menyatakan guru perlu menyedari bahawa guru tidak
dapat memindahkan sesuatu pandangan atau konsep baru tentang dunia kepada
pelajar. Kaedah berpusatkan murid adalah satu keperluan. Pengkaji-pengkaji seperti
Balakrishnan et al. (2009) berpendapat bahawa Pembelajaran Berasaskan Projek
(PBP) sesuai digunakan dalam kurikulum pendidikan di Malaysia. PBP dianggap
sebagai satu amalan terbaik dalam bidang P dan P dalam misi membestarikan
sekolah-sekolah di Malaysia di samping beberapa amalan lain seperti pembelajaran
abad ke-21, pembelajaran ubiquitous dan penggunaan portal pendidikan (Bahagian
Teknologi Pendidikan, 2010)

2.0

FOKUS KAJIAN
Fokus kajian pengkaji ialah meningkatkan kefahaman murid mengenai tajuk

tabiat makan haiwan melalui projek penghasilan buku skrap. Pengkaji berpendapat
bahawa projek penghasilan buku skrap 3D dapat dilaksanakan di dalam kelas dan
seterusnya mampu meningkatkan kefahaman murid terhadap topik yang hendak
diajar. Dari segi pemerolehan data, pengkaji boleh melakukan soal selidik dan juga
pemerhatian ke atas murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Kajian ini juga mudah dilaksanakan kerana subjek kajian ialah murid yang diajar
oleh pengkaji sendiri serta tidak akan mencetuskan gangguan terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran guru lain.
Kajian yang dilaksanakan ini memberi kelebihan kepada banyak pihak
antaranya ialah institusi sekolah. Kajian ini memberikan peluang kepada pengkaji
khasnya untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap topik yang hendak diajar
7

melalui penghasilan projek Sains yang menarik. Selain itu, subjek kajian dapat
mempelajari tajuk tabiat makan haiwan melalui aktiviti yang lebih menyeronokkan
berbanding melalui kaedah tradisional. Proses pembelajaran yang menyeronokkan
dapat meningkatkan motivasi subjek kajian untuk mempelajari subjek Sains. Selain
itu, persepi sesetengah subjek kajian yang beranggapan bahawa subjek Sains
merupakan subjek yang susah juga akan dapat diatasi. Penyelesaian kepada masalah
juga membolehkan pengkaji meneruskan pengajaran seterusnya yang berkaitan
dengan tabiat makan haiwan..
Hasil kajian dapat membantu guru-guru menggunakan kaedah penghasilan
buku skrap 3D kerana buku skrap 3D ini boleh digunakan pakai pada mana-mana
subjek yang bersesuaian. Jadi, konsep buku skrap 3D ini boleh digunakan oleh
semua guru tanpa mengira subjek mahupun jantina selagi bersesuaian.
Kajian ini berada dalam kawalan pengkaji. Permasalahan yang menjadi yang
pencetusnya projek penghasilan buku skrap 3D ini wujud di dalam kelas pengkaji.
Ini bermakna pengkaji mempunyai masa yang secukupnya untuk menangani masalah
tersebut disamping pengkaji dapat melaksanakan intervensi dengan menggunakan
masa PdP pengkaji bersama responden kajian. Dalam erti kata lain, langkah
intervensi yang dilaksanakan tidak mengganggu waktu interaksi guru lain.
Pelbagai usaha kolaboratif telah dijalankan tidak kira secara langsung
ataupun tidak langsung. Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah meminta
pendapat daripada pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Mereka telah
memberikan sokongan kepad pengkaji untuk meneruskan kajian ini. Pengkaji juga
telah meminta kebenaran daripada pihak sekolah agar membolehkan pengkaji
melakukan kajian terhadap murid.

Kajian ini boleh diguna pakai oleh pihak sekolah yang terlibat yang bertujuan
untuk memperbaiki atau menambah baik pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan oleh guru di sekolah. Sememangnya kajian ini dapat membina satu
hubungan baik antara pengkaji dengan ramai individu ternasuklah guru-guru dan
juga murid-murid.
Pengkaji melihat fokus bagi kajian ini adalah releven kepada pihak sekolah.
Kajian ini dilakukan setelah meneliti dan melihat kepentingannya dari aspek
akademik. Secara khususnya, hasil dapatan kajian ini adalah untuk membantu murid
dalam memahami pengajaran yang diajar oleh guru. Peningkatan prestasi kurikulum
akan dapat dicapai apabila murid bermotivasi dan seronok dengan pembelajaran
mereka. Kecemerlangan akademik ini mampu meningkatkan lagi peratus pencapaian
prestasti sekolah
Kesimpulannya, setelah meneliti beberapa kriteria, pengkaji mendapati
bahawa adalah penting bagi pengkaji untuk melakukan kajian ini bagi
mempertingkatkan kefahaman murid terhadap topik tabiat makan haiwan.

2.1

Tinjauan Masalah
Tabiat makan haiwan merupakan subtopik kepada unit 3 Dunia Sains dan

Teknologi tahun 3. Topik ini telah diajar oleh pengkaji kepada murid-murid tahun 3
Bestari. Ekoran daripada wujudnya masalah dalam pengajaran dan pembelajaran,
maka penyelidik telah melakukan tiga intervensi tinjauan awal untuk mengumpul
data bagi mengenal pasti punca kepada timbulnya permasalahan ini . Penyelidik telah
menggunakan beberapa kaedah bagi meninjau masalah yang dihadapi.

Analisis dokumen
Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, penyelidik telah
mengedarkan lembaran kerja di akhir pengajaran untuk melihat tahap kefahaman
murid-murid terhadap topik yang telah diajar. Setiap murid diberi tempoh 10 minit
untuk menyelesaikan lembaran kerja tersebut. Setiap lembaran kerja murid ditanda
dan diberi skor berdasarkan jumlah jawapan tersebut. Penyelidik telah membuat
analisis skor bagi mengenalpasti masalah-masalah yang timbul kepada murid-murid
Ujian pra
Soalan akan membantu guru memperkenalkan tajuk, merangsang pemikiran analitik
dan juga mengenalpasti masalah murid-murid dalam usaha untuk memahami konsepkonsep tertentu (Faridah , 2007). Oleh kerana itu, penyelidik telah membina satu
item ujian pra dan setiap murid tahun 3 Bestari perlu menjawab soalan ujian pra
tersebut. Tujuan ujian tersebut adalah untuk mengenalpasti subjek kajian iaitu muridmurid yang menghadapi masalah dalam memahami topik tabiat makan haiwan.
Pemerhatian
Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal.
Mohd Majid ( 1990) menyarankan bahawa pemerhatian adalah sesuai digunakan
untuk mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial. Semasa pemerhatian
dijalankan, pengkaji dapat mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh subjek kajian
dan melihat sendiri tingkah laku mereka. Mengikut Majid lagi, maklumat yang
diperolehi menerusi pemerhatian mempunyai nilai yang tinggi seandainya secara
objektif. Atas alasan itu penyelidik melakukan pemerhatian ke atas murid tahun 3
Bestari.
Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji adalah berbentuk pemerhatian tidak
berstruktur iaitu melalui instrumen nota lapangan. Fokus atau objektif pemerhatian
10

telah ditetapkan iaitu untuk menyelidik tingkah laku dan juga respon yang
ditunjukkan oleh murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran topik tabiat
makan haiwan berjalan.

2.2

Analisis Tinjauan Masalah

Pengkaji telah melakukan analisis berdasarkan kaedah yang diguna pakai ketika
proses tinjauan masalah. Hasil analisis tinjauan masalah adalah seperti berikut:
Analisis dokumen
Pengkaji telah mengkaji serta menganalisis lembaran kerja murid. Berdasarkan
lembaran kerja tersebut, murid-murid boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan
iaitu kumpulan cemerlang, kumpulan sederhana serta kumpulan lemah.
Kumpulan cemerlang ialah kumpulan murid yang berjaya mencapai band B1
DS4 E1 iaitu berjaya menyatakan tabiat makan haiwan sama ada herbivor, karnivor
atau omnivor dengan betul kesemuanya atau 9. Manakala kumpulan sederhana ialah
kumpulan yang berjaya menyatakan 4 hingga 8 tabiat makan haiwan dengan betul
manakala kumpulan lemah ialah kumpulan murid yang hanya betul 3 dan ke bawah.
Jadual 1 yang berikut menunjukkan prestasi murid berdasarkan hasil analisis
lembaran kerja murid.
Jadual 1 : Jadual Prestasi Murid
Jumlah jawapan betul

Bilangan murid

Kumpulan Prestasi

Cemerlang

Cemerlang

Sederhana

Sederhana

11

Sederhana

Sederhana

Lemah

Lemah

Lemah

Lemah

Penilaian ( ujian pra )


Data yang dikumpulkan daripada ujian pra dianalisis dan diterjemah dalam
bentuk peratus. Hasil daripada analisis ujian pra yang dijalankan semasa tinjauan
awal, terdapat 5 orang murid mengalami masalah dalam memahami tajuk tabiat
makan haiwan dan kelima-lima murid tersebut merupakan murid yang sama yang
telah dikenal pasti lemah dalam lembaran kerja yang terdahulu. Jadual 2 dibawah
adalah hasil markah ujian pra.

Jadual 2: Jadual Markah Ujian Pra


Gred

Peratusan Markah(%)

Tahap

Jumlah Murid

Keberkesanan
A

80-100

Cemerlang

60-79

Sederhana

15

40-59

Tidak memuaskan

0-39

Gagal

12

Kelima-lima responden kajian telah dikenalpasti lemah dalam memahami tajuk tabiat
makan haiwan kerana telah mencatat keputusan yang paling lemah iaitu gred D.Hasil
daripada pengamatan pengkaji, pengkaji dapat membuat keputusan bahawa murid
berhadapan dengan masalah dalam memahami istilah yang diperkenal ketika proses
pengajaran dan pembelajaran. Rentetan daripada keputusan ujian pra, pengkaji telah
mengenalpasti responden kajian bagi kajian penyelidikan ini.
Pemerhatian
Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid dan respon murid
terhadap topik tabiat makan haiwan. Pemerhatian terhadap tingkah laku yang telah
direkod penyelidik ialah berkenaan respon yang ditunjukkan. Selain itu,kerjasama
kepada pengkaji yang diberikan oleh responden, perhatian kepada penyelidik, sifat
dan juga sikap turut diberi perhatian. Hasil dapatan daripada nota lapangan yang
telah dikaji dan dianalisis adalah seperti carta berikut.

Rajah 1: Carta Tingkah Laku Murid

13

Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan pengkaji, pengkaji mendapati bahawa


tingkah laku murid adalah negatif dan perlu diperbaiki bagi memastikan berlakunya
perubahan tingkah laku sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku
yang negatif ini bermakna bahawa murid-murid tidak berminat untuk belajar. Oleh
sebab itu, wajar dilakukan perubahan dalam kaedah pengajaran agar dapat menarik
kembali minat murid terhadap topik yang diajar. Salah satunya ialah menerapkan
unsur-unsur penghasilan projek.

14

3.0

OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai

objektif yang berikut :

3.1

Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap topik

tabiat makan haiwan dengan menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan


projek.
3.2

Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk


i.

Mengetahui tahap penguasaan murid terhadap topik tabiat makan haiwan


selepas projek penghasilan buku skrap 3D

ii.

Meningkatkan penguasaan murid terhadap topik tabiat makan haiwan dengan


projek penghasilan buku skrap 3D

iii.

Mengenalpasti keberkesanan projek penghasilan buku skrap 3D untuk


meningkatkan pencapaian murid dalam topik tabiat makan haiwan.

3.3

Persoalan Kajian

Berikut adalah persoalan yang timbul dan ingin diselesaikan oleh pengkaji bagi
mencapai objektif kajian iaitu ;
i.

Adakah projek penghasilan buku skrap 3D sesuai dalam meningkatkan


penguasaan murid terhadap topik tabiat makan haiwan?

ii.

Dapatkah projek penghasilan buku skrap 3D meningkatkan penguasaan murid


terhadap topik tabiat makan haiwan?

15

iii.

Sejauhmanakah keberkesanan projek penghasilan buku skrap 3D dalam


meningkatkan pencapaian murid dalam topik tabiat makan haiwan.

3.4

Kepentingan Kajian
Melalui strategi ini, hubungan guru dengan murid akan lebih mesra kerana

guru dan murid saling berkomunikasi dan bertukar pendapat. Persepsi negatif murid
kepada guru juga akan berubah kerana proses interaksi sentiasa berlaku. Tujuan
utama strategi ini ialah untuk menggalakkan murid mengembangkan kemahiran diri
dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah.
Galakan daripada guru akan menambahkan lagi keyakinan murid. Topik yang dipilih
oleh guru mestilah sesuai dengan objektif pembelajaran dan pengajaran serta dapat
menarik minat murid. Keadaan ini membolehkan murid belajar dalam keadaan yang
gembira tanpa tekanan yang membebankan.
Kepentingan yang seterusnya ialah murid-murid boleh menggunakan
pengetahuan dan kemahiran yang dimuridi semasa pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah untuk mencubanya dalam situasi yang sebenar dan menghasilkan
sesuatu. Ini akan mendorong mereka belajar dalam situasi yang seronok dan
bermakna.
Selain itu, semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk
melalui kerja projek berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan, murid turut
melibatkan diri secara aktif dalam membuat dan menyediakan projek secara
berkumpulan dan menanamkan sikap koperatif dalam kalangan murid. Hal ini
kerana, kebiasaannya sesuatu projek dilakukan di dalam kumpulan, dengan ini,
semangat bekerjasama antara ahli kumpulan dapat disemai dan dipupuk.

16

Murid-murid juga, dapat belajar mengumpul maklumat dan menganalisis.


Kebanyakan projek memerlukan sumber yang memberi peluang kepada murid untuk
mencari sendiri maklumat yang diperlukan. Murid-murid boleh menggunakan
pelbagai jenis sumber seperti pusat sumber, media massa, internet, dan sebagainya.
Kemahiran membentangkan tugasan juga dapat diperoleh oleh para murid.
Kebiasaannya guru akan meminta setiap murid membentangkan hasil tugasan yang
mereka lakukan untuk sesebuah projek. Ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran
dan keyakinan para murid ketika berhadapan dengan rakan-rakan lain.
Seterusnya, strategi ini mempunyai beberapa kepentingan lain, antaranya
ialah minat pembelajaran dan daya kreatif murid dapat dipupuk, serta mampu
mengembangkan kemahiran psikomotor dan daya kreatif murid-murid. Tambahan
pula, melalui projek ini, ia dapat memberi peluang kepada murid mengisi masa
lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Projek ini juga mampu menarik
perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus, Memberi peluang
mereka menjana idea mengenai topik tersebut, mengajar mereka untuk menerima dan
menghormati perbezaaan individu, mengalakan mereka untuk sedia menanggung
risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing serta menunjukan
bahawa sumbangan idea mereka dihargai.
Selain daripada itu juga, murid mengamalkan kemahiran berfikir dan
menyelesaikan masalah yang mereka alami sepanjang mengendalikan sesuatu projek
dan pastinya aktiviti yang dijalankan bermakna dan berilmiah.
Pembelajaran berasaskan projek juga mampu menarik minat dan memotivasikan
murid yang kurang menumpukan perhatian dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran, menolong murid dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan,
menolong murid dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan
17

masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri, mengintegrasikan bidang


kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti, menggalakkan akauntabiliti
dan penentuan matlamat, serta memenuhi keperluan murid yang mempunyai tahap
pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.

3.5

Definisi Operasional

3.5.1

Projek

Projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan
menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakn untuk
menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain itu, projek juga
boleh dibuat berdasarkan keperluan topik dan mengikut minat murid. Pengajaran dan
pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan
di bawah bimbingan guru. Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Handbook,
Project Based Learning menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang
membawa murid menerokai ilmu melalu pendekatan baru dan tidak melalui tradisi
bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu.
Kaedah melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian
lapangan atau dunia sebenar. Secara umumnya, projek merujuk kepada kajian dan
aktiviti yang disepadukan bagi menghasilkan satu susunan bahan yang berkaitan satu
tema mengikut minat dan kecenderungan orang yang menjalankan projek itu.
Sesuatu projek mungkin berjalan selama tempoh masa yang lama seperti beberapa
bulan atau beberapa minggu atau beberapa hari sahaja, bergantung kepada minat,
kecenderungan, kemampuan dan kematangan peserta projek itu. Projek akhirnya
akan dipamerkan atau digunakan untuk menggalakkan perbincangan dalam bilik
kuliah atau diterbitkan dalam bentuk tesis, buku, makalah atau jurnal. Suatu hasil
18

yang praktik juga digalakkan daripada projek yang dijalankan. Strategi berasaskan
projek

membolehkan

murid

menjalankan

aktiviti

mengikut

minat

dan

kecenderungannya sendiri.
Kaedah projek adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh professor William
Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian
masalah yang dikemukakan oleh Dewey. Dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, pendekatan berasaskan projek boleh membantu guru untuk
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam
pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik
apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran
melalui projek yang dilaksanakan.
3.5.2

3D

Bahan media tiga dimensi ialah bahan yang merujuk kepada bahan yang mempunyai
panjang,lebar dan ketinggian.Objek 3D terdiri daripada pelbagai bentuk seperti
kuboid,kon dan sfera.Selain itu,media 3D boleh menyokong bahan lain seperti buku
teks dan menyumbang kepada pengalaman konkrit selain memberikan rangsangan
untuk kreativiti dan ekspresi. Tujuan dan fungsi media 3D digunakan adalah untuk
membantu pelajar memahami dunia kini dan dahulu.Di samping itu,media 3D juga
amat digalakkan supaya digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang berfungsi sebagai alat bantu mengajar.Tambahan lagi,media 3D juga boleh
digunakan untuk mengajar pelbagai aktiviti kurikulum dalam bilik darjah dan ianya
juga member pelajar peluang untuk meneliti,membaca serta belajar daripada bahan
yang direka cipta oleh manusia .Kesemua bahan 3D amat berguna untuk
mempertingkatkan lagi kualiti pengajaran para guru dan boleh dijadikan sumber
kepada guru-guru.
19

3.6

Batasan Kajian

Antara batasan bagi kajian ini ialah penghasilan projek memerlukan banyak tenaga
dan masa untuk dilaksanakan. Murid-murid dan guru terpaksa meluangkan lebih
banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan sesebuah projek. Sebagaimana maklum,
sesebuah projek yang dihasilkan mengambil masa sekitar dua hingga tiga minggu
untuk dilaksanakan. Hal ini menyebabkan banyak masa dan tenaga terpaksa
dihabiskan semata-mata untuk menyiapkan projek ini.
Batasan yang seterusnya ialah, perbelanjaan untuk menghasilkan projek pula
melibatkan kos yang tinggi. Untuk menghasilkan sesebuah projek murid harus
mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membeli bahan dan alatan yang
diperlukan untuk membuat projek. Contohnya dalam projek buku skrap, murid perlu
membeli alatan seperti pensil warna, marker, gam, gunting, kertas warna dan banyak
lagi.

20

4.0

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran ini diperoleh hasil daripada tinjauan awal yang dilakukan

pengkaji menggunakan beberapa alat kajian. Reponden kajian terdiri murid-murid


tahun 3 di salah sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu dan merupakan dari
kelas yang sama. Seramai 22 orang kanak-kanak yang berusia 5 tahun terlibat pada
peringkat permulaan. Kemudian pengkaji menjalankan tinjauan awal dan mendapati
hanya lima orang sahaja iaitu tiga orang lelaki dan dua orang perempuan dilihat
memerlukan bimbingan secara intensif.
Pemilihan responden dibuat secara berperingkat iaitu berdasarkan ujian pra
serta analisis dokumen iaitu buku latihan serta lembaran kerja. Hasil tinjauan awal
tersebut pengkaji mengesan beberapa orang murid masih lemah dalam topik tabiat
makan haiwan.
Kelima-lima responden merupakan murid yang berlatar belakangkan keluarga
yang berpendapatan serderhana. Kebanyakan mereka berasal dari kampung yang
mana kegiatan pertanian merupakan kegiatan utama mereka.

21

5.0

TINDAKAN

Pengkaji bercadang untuk menggunakan model Kurt Lewin (1948) dalam


menjalankan kajian tindakan ini.
Menurut Rosinah Edinin (2011), Lewin menerangkan bahawa dalam satu
lingkaran terdiri daripada empat peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati
dan merefleksi. Rajah di bawah merumuskan bagaimana langkah kajian tindakan
model Kurt Lewin (1948) dijalankan.

Rajah 2 : Model Kurt Lewin , 1948


5.1

Prosedur Tindakan

Langkah 1- Mencari gambar haiwan


Setelah responden kajian telah dikenalpasti mereka ditugaskan untuk mencari
gambar haiwan melalui internet, majalah, buku dan surat khabar.

22

Langkah 2 Membuat bacaan lanjut


Responden kajian kemudiannya membuat bacaan lanjut terhadap haiwan yang telah
dicari. Antara maklumat yang diperlukan ialah tabiat makan haiwan tersebut sama
ada herbivor, karnivor ataupun omnivor dan juga ciri-ciri haiwan tersebut. Segala
maklumat tersebut adalah penting kerana akan diguna pakai dalam penghasilan buku
skrap 3D
Langkah 3- membina buku skrap 3D
Setiap subjek kajian telah menerima sampul surat yang mengandungi beberapa helai
kertas berwarna, kertas bercetak dan juga kad arahan. Subjek kajian perlu membaca
kad arahan terlebih dahulu kerana segala arahan untuk penghasilan buku skrap 3D.
Kertas berwarna dilipat dua supaya menjadi seperti helaian buku. Setelah selesai
melipat kertas berwarna,responden kajian kemudiannya mengunting kertas bercetak
gambar haiwan mengikut garisan yang terdapat pada kertas bercetak tersebut. Pada
kertas bercetak terdapat nombor kedudukan. Bagi mengelakkan berlaku kekeliruan,
responden kajian telah menggunting kertas bercetak dan kemudiannya melekatkan
kertas bercetak yang telah digunting tersebut berdasarkan arahan. Hanya terdapat
tempat-tempat tertentu sahaja yang perlu dilekatkan.
Setelah selesai kertas bercetak ditampal barulah kertas bercetak yang kedua boleh
digunting dan ditampal. Kertas yang telah berjaya dilekatkan dilipat dan apabila
dibuka, gambar haiwan yang dilekatkan terbentuk seakan-akan 3D. Kertas bercetak
yang telah berjaya dibentuk menjadi haiwan berbentuk 3 Dimensidiasingkan
mengikut kategori sama ada herbivor, karnivor ataupun omnivor. Setelah diasingkan,
kertas bercetak yang berbentuk 3D ditampal pada kertas berwarna. Subjek kajian
kemudiannya perlu membuat satu esei ringkas mengenai haiwan tersebut
berdasarkan tabiat makan haiwan tersebut.
23

Langkah 4 - Penilaian buku skrap


Pengkaji perlu membuat penilaian terhadap buku skrap yang telah dihasilkan oleh
setiap responden. Pengkaji memberikan markah berdasarkan ketepatan murid
mengkategori, kekemasan, dan daya kreativiti murid dalam menghasilkan buku
skrap. Penilaian projek ini akan mengukur proses meta-kognitif dan sikap responde
dan memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik. Selain daripada itu
juga

dapat

membantu

responden

mengesan

bidang-bidang

kelebihannya

dan menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin. Portfolio juga merupakan salah satu
jenis penilaian yang membawa maksud koleksi tugasan berdasarkan prestasi dan
akhir sekali tugasan prestasi lembaran kerja. Di akhir pembelajaran, pengkaji
memberi pujian dan dorongan kepada murid supaya berusaha membaiki kelemahan
diri. Buku skrap yang cantik dan kreatif di pamerkan di dalam kelas
Langkah 5 lembaran kerja, kuiz dan ujian pasca
Selepas menjalankan projek ini, guru akan menguji kefahaman para pelajar terhadap
topik tabiat makan haiwan dengan menggunakan lembaran kerja, kuiz dan juga ujian
pasca. Ujian kefahaman dilakukan berdasarkan topik tabiat makan haiwan. Hal ini
bertujuan untuk mengenalpasti sama ada berlaku peningkatan atau tidak intervensi
kajian dijalankan.
5.2

Prosedur Mengumpul Data

Dalam usaha untuk menjalankan kajian, pengkaji telah mengumpul data melalui tiga
kaedah iaitu penilaian,analisis dokumen dan juga pemerhatian. Kaedah pengumpulan
data yang dipelbagaikan membolehkan kesahan dan juga kebolehpercayaan kajian
dapat ditentukan melalui triangulasi data. Menurut Noraini ( 2010) triangulasi
merupakan teknik kesahan silang kualitatif yang digunakan untuk menilai atau

24

mentaksir sama ada data yang diperolehi mencukupi melalui pemusatan maklumat ke
arah dapatan umum yang dipersetujui ramai.
5.2.1

Penilaian

Pengkaji telah

memilih untuk melakukan penilaian untuk mengutip data bagi

menilai dan juga mengesan tahap penguasaan murid terhadap topik tabiat makan
haiwan yang telah diajar oleh guru. Instrumen yang telah digunakan ialah ujian pra
dan ujian pasca. Ujian pra telahpun dijalankan oleh pengkaji pada fasa awal tinjauan
awal. Tujuan ujian pra dijalankan ialah untuk mengenal pasti subjek kajian
berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh murid di dalam ujian. Apabila selesai
intervensi dijalankan, setiap responden perlu menduduki satu ujian pasca.
Perlaksanaan ujian pasca sebagai ujian akhir adalah untuk memastikan sama ada
berlakunya peningkatan dalam penguasaan subjek kajian

terhadap topik tabiat

makan haiwan ataupun tidak. Ujian yang dilaksanakan telah dibentuk mengikut tema
berdasarkan modul Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR) tahun 3 iaitu
tabiat makan haiwan. Kedua- dua ujian mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A
dan juga bahagian B. Bahagian A mempunyai 10 soalan objektif manakala bahagian
B mempunyai 2 soalan berstruktur. Bahagian B memerlukan responden untuk
menulis haiwan ke dalam kotak mengikut kategori tabiat makan haiwan.
5.2.2

Pemerhatian

Pengkaji telah melaksanakan pemerhatian ke atas responden kajian semasa aktiviti


kuiz yang dijalankan setelah selesai tempoh intervensi. Pemerhatian ini bertujuan
untuk meninjau sama ada berlakunya peningkatan terhadap tahap penguasaan murid
selepas kaedah pembelajaran berasaskan projek diperkenalkan. Instrumen kajian
yang diguna pakai ialah borang senarai semak pemerhatian.

25

5.2.3

Penelitian dokumen

Apabila langkah intervensi selesai dijalankan, pengkaji telah menyediakan lembaran


kerja yang perlu diselesaikan oleh responden kajian. Lembaran kerja yang digunakan
adalah berbentuk latih tubi mengelaskan haiwan berdasarkan tabiat makan haiwan
dan berpandukan buku skrap 3D yang telah dihasilkan. Tujuan lembaran kerja ini
adalah untuk melihat keberkesanan sama ada projek yang dilaksanakan mampu
meningkatkan tahap pencapaian murid dalam topik tabiat makan haiwan. Instrumen
kajian yang telah diguna ialah senarai semak lembaran kerja.

26

6.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI


Pengkaji telah menggunakan tiga alat kajian sepanjang intervensi dijalankan
iaitu penilaian, analisis dokumen dan juga pemerhatian. Tujuan alat kajian ini
digunakan secara triangulasi adalah untuk memastikan kesahan alat kajian serta
kebolehpercayaan data yang berjaya diperolehi.
6.1 Penilaian
Adakah projek penghasilan buku skarap 3D sesuai dalam meningkatkan
penguasaan murid terhadap topik tabiat makan haiwan?
Ujian pra dan juga ujian pasca telah dijalankan oleh pengkaji sebelum dan
juga selepas intervensi dijalankan. Ini adalah untuk memastikan keberkesanan projek
penghasilan buku skrap 3D dalam meningkatkan kefahaman responden terhadap
topik tabiat makan haiwan.

Rajah 3: Graf Peratusan Markah Responden


27

Rajah 3 menunjukkan perbandingan markah yang berjaya diperolehi oleh responden


dalam ujian pra dan pasca yang telah dijalankan sebelum dan juga selepas intervensi
dijalankan. Keputusan ujian telah menunjukkan berlakunya peningkatan terhadap
kefahaman murid mengenai topik tabiat makan haiwan. Responden R2 telah
menunjukkan peningkatan yang paling ketara iaitu berlakunya peningkatan markah
sebanyak 68% iaitu daripada 32% kepada 100%. Keputusan ujian responden R1 pula
telah meningkat daripada 36% kepada 88%. Responden R3 telah menunjukkan
peningkatan yang paling sedikit iaitu daripada markah 24% kepada 64%. Bagi
responden R4 pula menunjukkan peningkatan sebanyak 64% iaitu daripada 32%
kepada 96% manakala responden yang terakhir iaitu R5 juga menujukkan
peningkatan daripada 36% kepada 92% Markah kelima-lima responden juga telah
berjaya melepasi markah gagal iaitu 39% dan kebawah. Jika sebelum intervensi
dijalankan, kelima-lima responden telah gagal di dalam ujian pra, namun kesemua
responden telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara apabila 4 responden
berjaya mendapat A dan seorang responden berjaya mendapat B. Ini membuktikan
terdapat peningkatan yang telah ditunjukkan oleh responden selepas intervensi
dijalankan.
6.2

Pemerhatian

Dapatkah projek penghasilan buku skrap 3D meningkatkan tahap kemahiran


murid mengelas haiwan berdasarkan tabiat makan haiwan?
Pemerhatian telah dibuat sebanyak dua kali iaitu ketika kuiz dijalankan sebelum
intervensi dijalankan terhadap kelima-lima responden dan juga selepas intervensi
dijalankan. Analisis pemerhatian telah dibuat dengan menggunakan borang senarai
semak.

28

Jadual 3: Analisis Pemerhatian R1


Pemerhatian

Kod

Menyatakan makna haiwan


herbivor dengan betul
Menyatakan makna haiwan
karnivor dengan betul
Menyatakan makna haiwan
omnivor dengan betul
Menyatakan satu contoh
haiwan herbivor dengan betul
Menyatakan satu contoh
haiwan karnivor dengan betul
Menyatakan satu contoh
haiwan omnivor dengan betul
Jumlah
Peratusan

P1

Kuiz 1 (sebelum)
Ya
Tidak
/

P2

Kuiz 2 (selepas)
Ya
Tidak
/

P3

P4

P5

P6

/
3/6
50%

3/6
50%

5/6
83%

1/6
17%

Pemerhatian menggunakan senarai semak bagi responden R1 menunjukkan 50%


berjaya dijawab dengan betul dalam kuiz 1 namun menunjukkan peningkatan pada
kuiz 2 iaitu kepada 83%. Ini bermakna berlaku 33% peningkatan yang ditunjukkan
oleh R1. Dalam kuiz 1 , R1 tidak berjaya menyatakan makna bagi haiwan omnivor
serta tidak memberikan contoh yang betul bagi haiwan herbivor dan juga omnivor
.Namun dalam kuiz 2,R1 hanya gagal menjawab satu sahaja soalan kuiz dengan betul
iaitu memberikan contoh haiwan omnivor yang salah. Ini menunjukkan bahawa
berlaku peningkatan terhadap responden bagi topik tabiat makan haiwan.
Jadual 4 : Analisis Pemerhatian R2
Pemerhatian

Kod
P1

Kuiz 1 (sebelum)
Ya
Tidak
/

Kuiz 2 (selepas)
Ya
Tidak
/

Menyatakan makna haiwan


herbivor dengan betul
Menyatakan makna haiwan
karnivor dengan betul
Menyatakan makna haiwan
omnivor dengan betul
Menyatakan satu contoh

P2

P3

P4

/
29

haiwan herbivor dengan betul


Menyatakan satu contoh P5
haiwan karnivor dengan betul
Menyatakan satu contoh P6
haiwan omnivor dengan betul
Jumlah
Peratusan

2/6
33%

4/6
67%

6/6
100%

0/6
0%

Pemerhatian bagi responden R2 pada pemerhatian 1 mencatatkan Ya sebanyak 33%


dan meningkat kepada 100% pada pemerhatian yang kedua iaitu bagi kuiz 2. R1
mencatatkan peningkatan yang begitu memberangsangkan apabila kesemua soalan
bagi kuiz 2 berjaya dijawab dengan betul. Perkara ini jelas membuktikan berlaku
peningkatan bagi responden R2 dalam penguasaan topik tabiat makan haiwan.
Jadual 5: Analisis Pemerhatian R3
Pemerhatian
Menyatakan makna haiwan
herbivor dengan betul
Menyatakan makna haiwan
karnivor dengan betul
Menyatakan makna haiwan
omnivor dengan betul
Menyatakan satu contoh
haiwan herbivor dengan betul
Menyatakan satu contoh
haiwan karnivor dengan betul
Menyatakan satu contoh
haiwan omnivor dengan betul
Jumlah
Peratusan

Kod

Kuiz 1 (sebelum)
Ya
Tidak

Kuiz 2 (selepas)
Ya
Tidak

P1

P2

P3

P4

P5

P6

/
0/6
0%

6/6
100%

/
/
3/6
50%

3/6
50%

Responden R3 telah menunjukkan peningkatan dari kuiz 1 kepada kuiz 2. Dalam


pemerhatian bagi kuiz 1, responden gagal menjawab kesemua soalan kuiz. Borang
senarai semak responden menunjukkan bahawa responden mendapat TIDAK bagi
keenam-enam konstruk senarai semak iaitu 100%. Namun begitu, setelah intervensi
30

dijalankan, rensponden telah menunjukkan kemajuan bagi topik tabiat makan haiwan
apabila di dalam pemerhatian bagi kuiz 2, R3 berjaya mencatatkan 3 YA daripada
atau 50%. Peningkatan sebanyak 50% telah ditunjukkan oleh R3.
Jadual 6: Analisis Pemerhatian R4
Pemerhatian
Menyatakan makna haiwan
herbivor dengan betul
Menyatakan makna haiwan
karnivor dengan betul
Menyatakan makna haiwan
omnivor dengan betul
Menyatakan satu contoh
haiwan herbivor dengan betul
Menyatakan satu contoh
haiwan karnivor dengan betul
Menyatakan satu contoh
haiwan omnivor dengan betul
Jumlah
Peratusan

Kod

Kuiz 1 (sebelum)
Ya
Tidak

Kuiz 2 (selepas)
Ya
Tidak

P1

P2

P3

P4

P5

P6

4/6
67%

6/6
100%

2/6
33%

0/6
0%

Pemerhatian bagi kuiz 1 iaitu kuiz sebelum intervensi dijalankan menunjukkan


responden R4 hanya berjaya menjawab 2 soalan kuiz dengan betul. Berdasarkan
pemerhatian bagi kuiz 1, responden R4 telah menunjukkan kefahaman terhadap
haiwan herbivor apabila berjaya memberi makna haiwan herbivor dengan betul serta
memberikan contoh haiwan herbivor dengan betul namun R4 masih gagal
menunjukkan penguasaan sepenuhnya bagi topik tabiat makan haiwan apabila gagal
menjawab dengan betul bagi haiwan karnivor dan juga omnivor. Setelah intervensi
dijalankan, responden R4 telah mencatatkan peningkatan sebanyak 67% dalam
pemerhatian bagi kuiz 2 apabila mencatatkan 100% YA di dalam senarai semak bagi
pemerhatian untuk kuiz 2.
31

Jadual 7: Analisis Pemerhatian R5


Pemerhatian

Kod

Menyatakan makna haiwan


herbivor dengan betul
Menyatakan makna haiwan
karnivor dengan betul
Menyatakan makna haiwan
omnivor dengan betul
Menyatakan satu contoh
haiwan herbivor dengan betul
Menyatakan satu contoh
haiwan karnivor dengan betul
Menyatakan satu contoh
haiwan omnivor dengan betul
Jumlah
Peratusan

P1

Kuiz 1 (sebelum)
Ya
Tidak
/

P2

Kuiz 2 (selepas)
Ya
Tidak
/

P3

P4

P5

P6

5/6
83%

6/6
100%

1/6
17%

0/6
0%

Tahap penguasaan responden R5 dalam topik tabiat makan haiwan telah meningkat
berdasarkan peningkatan yang telah ditunjukkan di dalam kuiz 2 jika dibandingkan
dengan kuiz 1. Pemerhatian berdasarkan kuiz 1 didapati R5 hanya mampu mendapat
1 YA iaitu 17% sahaja tetapi pemerhatian berdasarkan kuiz 2, R5 telah berjaya
kesemua YA iaitu 100%. Ini bermakna berlaku peningkatan sebanyak 83% yang
telah ditunjukkan oleh R5 selepas interveni dijalankan.
Jadual 8 : Analisis Pemerhatian Keseluruhan
Pemerhatian

Kod Kuiz 1 (sebelum)


Kekerapan %
2/5
40
Menyatakan makna haiwan P1
herbivor dengan betul

Kuiz 2 (selepas)
Kekerapan %
5/5
100

Menyatakan makna haiwan P2


karnivor dengan betul

5/5

2/5

40

100

32

Menyatakan makna haiwan P3


omnivor dengan betul

1/5

20

4/5

80

Menyatakan satu
haiwan herbivor
betul

contoh P4
dengan

1/5

20

4/5

80

Menyatakan satu
haiwan karnivor
betul

contoh P5
dengan

2/5

40

5/5

100

Menyatakan satu contoh P6


haiwan omnivor dengan betul

0/5

3/5

60

Rajah 4: Graf Analisis Pemerhatian


Rajah 4 menunjukkan perbandingan di antara pemerhatian dalam kuiz 1 dan juga
kuiz 2. Pencapaian yang baik dapat dilihat dengan meningkatnya kekerapan YA yang
33

ditunjukkan oleh responden dalam kuiz 2 jika dibandingkan dengan kuiz 1. Peratusan
kekerapan YA tertinggi yang diperoleh dalam kuiz 1 adalah sebanyak 40 manakala
kuiz 2 adalah sebanyak 100%. Bagi pemerhatian P1,P2 dan P5 peningkatan markah
adalah 40% kepada 100%. Berlaku kenaikan sebanyak 60% bagi pemerhatian P1,P2
dan P5. Kelima-lima responden berjaya memberikan makna haiwan herbivor,makna
haiwan karnivor serta contoh haiwan karnivor dengan betul di dalam kuiz 2.
Peningkatan peratusan kekerapan YA bagi pemerhatian P3 dan P4 ialah daripada
20%,

kepada 80%. Ini bermakna berlaku peningkatan sebanyak

60% bagi

pemerhatian P3 dan P4. Pemerhatian P6 pula menunjukkan peningkatan iaitu


daripada 0% kepada 60%. Peningkatan kekerapaan YA yang ditunjukkan
berdasarkan pemerhatian kuiz 1 dan kuiz 2 bagi keenam-enam konstruk pemerhatian
adalah sama iaitu sebanyak 40%.
6.3 Analisis dokumen
Sejauhmanakah keberkesanan projek penghasilan buku skrap 3D dalam
meningkatkan pencapaian murid dalam topik tabiat makan haiwan?
Analisis dokumen bertujuan bagi mengutip data daripada dokumen yang telah dikaji.
Pengkaji telah menganalisis lembaran kerja yang telah diberikan kepada responden
sebelum intervensi dijalankan serta selepas intervensi telah dijalankan. Lembaran
kerja yang telah disiapkan oleh kesemua responden dianalisis menggunakan senarai
semak dan kemudiannya ditukarkan kepada bentuk peratus.

34

Jadual 9: Analisis Senarai Semak(sebelum)

Jumlah
jawapan
yang betul
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0
Jumlah
Peratus

Responden
R1

R2

R3

R4

R5

/
/

/
5/10
50%

4/10
40%

/
0/10
0%

4/10
40%

1/10
10%

Responden R1 telah mencatatkan jumlah jawapan yang betul yang paling tinggi iaitu
sebanyak 5 jawapan yang betul manakala responden R3 telah mendapat jumlah
jawapan yang betul yang paling sedikit apabila tiada jawapan yang betul berjaya
dijawab oleh R3. Dua responden iaitu R2 dan R4 telah mendapat jawapan yang betul
dengan jumlah yang sama banyak iaitu 4 atau 40%. Manakala responden R5 telah
menjawab 9 soalan lembaran kerja dengan jawapan yang salah.
Jadual 10: Analisis Senarai Semak Selepas Intervensi
Jumlah
jawapan
yang betul
10
9
8
7
6
5
4
3

R1

R2

Responden
R3

R4

R5

35

2
1
0
Jumlah
Peratus

10/10
100%

8/10
80%

10/10
100%

10/10
100%

10/10
100%

Hampir kesemua iaitu 80% daripada keseluruhan responden telah berjaya menjawab
lembaran kerja dengan jumlah jawapan yang betul yang maksima iaitu 10 jawapan
betul. Hanya responden R2 yang telah gagal menjawab dua soalan lembaran kerja
dengan betul.

120
100

peratus jawapan betul

100

100

100

80
80
60

100

50

Lembaran kerja 1
40

40

40

20

lembaran kerja 2

10
0

0
R1

R2

R3

R4

R5

responden

Rajah 5: Graf Peratusan Jawapan Betul Lembaran Kerja

36

7.0 DAPATAN KAJIAN


7.1 Adakah projek penghasilan buku skrap 3D sesuai dalam meningkatkan
penguasaan murid terhadap topik tabiat makan haiwan?
Persoalan kajian ini dijawab dengan menggunakan data daripada hasil analisis ujian
pra dan juga ujian pasca serta analisis dokumen iaitu lembaran kerja. Sebelum
intervensi dijalankan, hasil keputusan ujian pra bagi kelima-lima responden didapati
tahap penguasaan responden terhadap topik tabiat makan haiwan adalah begitu
lemah sekali. Oleh sebab itu, pengkaji telah merancang serta menjalankan satu
kaedah pembelajaran berasaskan projek. Setiap responden terlibat secara individu
dalam projek penghasilan buku skrap 3D bagi topik tabiat makan haiwan. Selesai
intervensi, satu ujian pasca telah dijalankan dan keputusan ujian pasca telah
menjawab persoalan kajian ini apabila keputusan ujian pasca kelima-lima responden
telah telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara. Terdapat seorang
responden yang berjaya dengan betul kesemua item di dalam ujian pasca. Dengan
berlakunya peningkatan yang positif dalam keputusan ujian pasca jika dibandingkan
dengan keputusan ujian pra bermakna berlakunya peningkatan tahap penguasaan
murid terhadap topik tabiat makan haiwan. Ini membuktikan bahawa projek
penghasilan buku skrap 3D mampu meningkatkan tahap penguasaan murid dalam
topik tabiat makan haiwan.
Dapatan ini kajian ini disokong oleh Newmann dan Wehlage (1995) yang
menyatakan bahawa projek penghasilan buku skrap akan meningkatkan prestasi
pemahaman murid-murid berkaitan idea, konsep, teori dan juga prinsip Sains.
Projek penghasilan buku skrap 3D merupakan satu aktiviti individu yang dijalankan
sendiri oleh responden dan pengkaji bertindak sebagai pemudah cara. Menurut

37

Meyes dan Jones (1993) pembelajaran berpusatkan murid akan meningkatkan


motivasi, pemahaman, dan murid akan lebih meminati pelajaran yang diajar.
7.2 Dapatkah projek penghasilan buku skrap 3D meningkatkan tahap
kemahiran murid mengelas haiwan berdasarkan tabiat makan haiwan?
Bagi menjawab persoalan ini, data daripada analisis pemerhatian diperlukan.
Pemerhatian telah dilakukan ketika kuiz yang dijalankan sebelum intervensi dan juga
selepas intervensi. Pemerhatian yang dilakukan ketika kuiz ini adalah bertujuan
untuk menilai tahap kemahiran murid mengelas haiwan berdasarkan tabiat makan
hiawan.
Sebelum intervensi dijalankan, kesemua responden masih lemah dalam
kemahiran mengelas haiwan berdasarkan tabiat makan haiwan. Ini terbukti apabila
pemerhatian terhadap kemahiran murid mengelas haiwan melalui aktiviti kuiz
didapati jumlah jawapan yang betul yang paling tinggi hanyalah tiga markah
daripada enam soalan yang ditanya. Bahkan terdapat juga seorang responden iaitu R3
yang gagal menjawab kesemua enam soalan kuiz dengan betul. Hasil analisis
pemerhatian sebelum intervensi membuktikan tahap kemahiran murid berada di
tahap amat lemah. Justeru itu, pengkaji telah merancang serta melaksanakan projek
penghasilan buku skrap 3D bagi meningkatkan tahap kemahiran murid mengelas
haiwan berdasarkan tabiat makan haiwan. Pelaksanaan intervensi ini disokong oleh
Chua (2001) yang berpendapat motivasi dan minat serta semangat baru akan
diperolehi dengan pengisian pembelajaran yang positif dan konkrit untuk
merangsang minda pelajar. Aktiviti penghasilan buku skrap 3D merupakan satu
contoh yang tepat bagi pengisisan pembelajaran yang positif dan konkrit kerana
responden sendiri yang terlibat dalam projek penghasilan buku skrap 3D.

38

Peranan guru dalam kelas adalah memastikan pelajar sentiasa berminat untuk
mengikuti pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Che Mansor (2000), guru-guru
perlu menggalakkan para pelajar berfikir untuk lebih menghasilkan daya pemikiran
yang lebih kreatif, inovatif dan menghasilkan idea yang bernas. Pengkaji telah
menggalakkan murid berfikir secara lebih kreatif melalui projek penghasilan buku
skrap 3D. Pemikiran yang kreatif dalam menghasilkan buku skrap 3D yang menarik
adalah sangat diperlukan. Selain itu, buku skrap 3D yang dihasilkan telah dijadikan
sebagai medium bagi responden untuk menghasilkan idea yang bernas dan juga
kreatif.
7.3 Sejauhmanakah keberkesanan projek penghasilan buku skrap 3D dalam
meningkatkan pencapaian murid dalam topik tabiat makan haiwan?
Data hasil daripada analisis dokumen yang telah dijalankan sebelum intervensi
dijalankan pencapaian murid di dalam lembaran kerja yang telah diedarkan adalah
kurang memberangsangkan. Berdasarkan analisis tersebut markah yang paling tinggi
yang berjaya diperolehi oleh responden ialah 50% dan terdapat seorang responden
yang telah gagal menjawab kesemua soalan lembaran kerja dengan betul.
Apabila intervensi selesai dijalankan, data keputusan lembaran kerja kelimalima responden telan menunjukkan perubahan yang begitu memberangsangkan.
Berdasarkan analisis tersebut, empat responden telah menunjukkan tahap pencapaian
yang begitu membanggakan apabila berjaya menjawab kesemua soalan lembaran
kerja dengan betul. Terdapat hanya seorang responden yang telah menjawab dua
soalan di dalam lembaran kerja dengan jawapan yang salah.
Menurut Nurul Ayunni Mokhtar (2005) kaedah pembelajaran berasaskan
projek berjaya meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan 4 dalam tajuk pencemaran
udara berbanding dengan pengajaran tradisional. Beliau mendapati semasa proses
39

pengajaran dan pembelajaran berlaku didapati pelajar memberikan kerjasama dan


melibatkan diri secara aktif dengan menjalankan tugasan yang diberikan. Kefahaman
pelajar dapat ditingkatkan menerusi kerjasama di sesama pelajar semasa proses
mengenalpasti masalah, mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Bagi
pelajar lemah, kaedah ini amat berkesan dalam meningkatkan kefahaman melalui
penglibatan secara aktif.
Sepertimana yang dinyatakan oleh Solomon (2003), pembelajaran berasaskan
projek mencabar pelajar untuk belajar mengatasi masalah dalam kehidupan yang
sebenar di dalam bilik darjah sebagai satu titik permulaan. Di mana pelajar belajar
dan bekerja dalam satu pasukan untuk menyelesaikan masalah yang bersifat
authentik berasaskan kurikulum dan pelbagai kemahiran. Pernyataan ini disokong
oleh Lucas (2002) yang menyatakan strategi pembelajaran berasaskan projek, pelajar
dapat menguasai pembelajaran dan perkembangan kemahiran melalui projek yang
dijalankan dengan melatih mereka menggunakan kemahiran-kemahiran yang
diperlukan untuk menghadapi keadaan dunia sebenar yang kompleks dan berasaskan
masalah.

40

8.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman murid Tahun 3


Bestari mengenai topik tabiat makan haiwan serta meningkat tahap kemahiran murid
mengelas haiwan berdasarkan tabiat makan haiwan dengan projek penghasilan buku
skrap 3D. Hasil dapatan kajian yang dijalankan pengkaji mendapati bahawa terdapat
perubahan yang positif pada responden selepas projek penghasilan buku skrap 3D
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perubahan positif pada responden ini
dapat dilihat melalui kefahaman responden menggunakan istilah bagi setiap kategori
tabiat makan haiwan dengan betul. Selain itu, responden juga berjaya memberikan
contoh haiwan bagi setiap kategori tabiat makan haiwan dengan betul selepas projek
penghasilan buku skrap 3D selesai dilaksanakan. Oleh yang demikian, untuk
memastikan bahawa penggunaan kaedah ini lebih efektif dan berkesan di masa
hadapan, maka pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan
untuk kajian ini.
Cadangan penambahbaikan pertama ialah meluaskan lagi skop kajian yang
dijalankan. Kajian tindakan ini hanya dijalankan oleh pengkaji di sebuah sekolah
sahaja. Oleh yang demikian, data kajian ini hanya melibatkan responden dalam
lingkungan yang kecil. Sehubungan dengan itu, pengkaji mencadangkan supaya
kajian tindakan ini dijalankan lebih luas dengan melibatkan lebih banyak sekolah.
Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar responden kajian ditambah kuantitinya.
Hal ini akan memberi gambaran dan penilaian yang lebih jelas tentang keberkesanan
penggunaan kaedah projek penghasilan buku skrap 3D dalam meningkatkan
kefahaman murid dalam topik tabiat makan haiwan.
Cadangan penambahbaikan yang kedua ialah dengan menjalankan kajian tindakan ini
kepada semua murid tanpa mengambil kira samada murid cemerlang, sederhana,
41

atau lemah. Melalui pelaksanaan kajian tindakan yang sebegini, maka kajian
penggunaan intervensi

ini adalah lebih praktikal dan berkesan. Hal ini kerana,

sampel kajian yang banyak dapat meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan


kajian yang dijalankan.
Cadangan yang ketiga yang dicadangkan oleh pengkaji ialah menggunakan
instrumen tambahan dalam mengumpuldata bagi kajian ini. Bagi kajian ini, pengkaji
telah menggunakan ujian pra, ujian pasca, pemerhatian dan juga analisis dokumen.
Penggunaan pelbagai instrumen seperti temubual, soal selidik, nota lapangan dan
sebagainya akan membantu pengkaji mendapatkan maklumat serta dapatan kajian
yang lebih tepat dan seterusnya memberi penilaian yang lebih mendalam mengenai
kajian ini.
Oleh yang demikian, diharap hasil dapatan daripada kajian tindakan kajian ini
dapat mengatasi masalah kefahaman murid di dalam topik tabiat makan haiwan
dengan menggunakan buku skrap 3D yang telah dihasilkan. Penggunaan bahan bantu
mengajar amat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran yang baik dan
berkesan kepada murid. Bahan bantu mengajar yang menarik dapat membantu guru
menarik perhatian murid sekaligus meningkatkan kefahaman murid mereka.
Bahan bantu mengajar yang digunakan itu pula haruslah bersesuaian dengan
topik dan isi pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.
Sebagai contoh, untuk topik pengajaran dan pembelajaran tabiat makan haiwan,
pengkaji telah menggunakan beberapa gambar haiwan yang dibentuk menjadi 3D .
Hal ini menunjukkan pemilihan BBM seharusnya bertepatan dengan isi kandungan
pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.
Kajian tindakan ini juga diharap dapat menyumbangkan input-input yang
berguna

kepada guruguru Sains

dan membantu mereka khususnya dalam


42

meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran mereka. Sekiranya kualiti sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru itu dapat ditingkatkan,
maka sudah pasti murid yang cemerlang dalam semua bidang yang diceburi.

43

SENARAI RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat . (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, K. P. (2008). Buku Manual
aaaKajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Kementerian Muridan Malaysia.
Bakar, Z. A. (1992). Psikologi Pendidikan untuk Guru. Petaling Jaya: Pustaka Delta Muridan
aaaSdn Bhd.
Brooks, J. G. (1993). Brooks, J. In search of understanding: The case for constructivist
aaaclassrooms.Alexandria, VA: Association of Supervision and Curriculum Development.
Brunner. (1960). The process of education. Cambridge: Harvard University Press.
Burden, P. d. (1994). Methods For Effective Teaching. Masachusetts: Allyn and Bacon
.
Crow, D. a. (1983). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan bahasa
aaadan Pustaka.
Rios, S. (2005). Designer Scrapbooks. Sterling Publishing.
V.C., F. (1994). Trade and Job Analysis. New York: The Bruce Publishing Co.
Che Mansor bin Che Tom. (2000). Jurnal Bestari : Koleksi Guru Johor. Jabatan
aaaPendidikan Negeri Johor. (hlmn 48).
Chua Yock Chuan .(2001). Personaliti dan Motivasi Pelajar. Jurnal Pendidikan :
aaaPKPSM Johor.(hlmn 61-64)

44

LAMPIRAN A

45

Anda mungkin juga menyukai