Anda di halaman 1dari 16

Pedagogi yang Kreatif

TEATER BERCERITA

Konsep

Perkataan teater berasal daripada bahasa Greek iaitu ‘teatron’


yang bermaksud tempat menonton drama. Mengikut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2005), teater ialah seni pentas. Naim
Ahmad (1996) pula menyatakan bahawa teater adalah sesuatu
yang dipersembahkan dan mengandungi cerita yang
digeraklakonkan dalam persekitaran tertentu serta ditontoni
khalayak.
Zainal Abdul Latif (1989) pula mendefinisikan teater
sebagai kombinasi beberapa media untuk mengkomunikasikan
idea dan perasaan dengan menggunakan gambaran seni lukis,
irama seni muzik, pergerakan seni tari, bunyi perkataan yang
dituturkan, imej jari, dialog cerita, watak-watak dan situasi
kehidupan.
Bercerita ialah perbuatan yang mengisahkan sesuatu
cerita, bercakap, berbual dan menyatakan isi hati (Kamus Dewan
Edisi Keempat, 2005). Dalam konteks pendidikan, teknik
bercerita ialah penggunaan cerita untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Teater bercerita ialah satu bentuk drama naratif yang
berbentuk cerita yang dilakonkan secara spontan. Teater
bercerita menggabungkan pelakon dan pencerita pada masa
yang sama. Pencerita akan bercerita, manakala pelakon akan
melakonkan aksi atau perkara yang diceritakan oleh pencerita
itu.

TUJUAN

(a) Objektif Teater Bercerita

Komunikatif
(i) Membina kepekaan melalui aktiviti mendengar,
memahami dan menghayati dalam pelbagai
keadaan.
(ii) Meningkatkan kemahiran bertutur dan berdialog
dengan bahasa yang gramatis, lancar, santun,
indah dan bertatasusila.
(iii) Meningkatkan kemahiran berbahasa.
Pedagogi yang Kreatif

Berfikiran Kreatif dan Kritis


(i) Meningkatkan daya pemikiran murid supaya lebih
kreatif dan inovatif.
(ii) Menyuburkan daya penghayatan terhadap
kehidupan dan alam sekitar.
(iii) Mencungkil dan mengembangkan bakat dan
kebolehan semula jadi murid dalam bidang lakonan.
(iv) Memahami dan menghayati cerita.

Keyakinan Diri
(i) Menambahkan keyakinan dan mencernakan
imaginasi.
(ii) Menerapkan unsur dan nilai-nilai murni.

(b) Kepentingan Teater Bercerita dalam PdP Bahasa


Melayu

i) Meningkatkan Kemahiran Berbahasa


Murid dapat dilatih untuk mendengar dengan teliti,
memahami makna perkataan dan ayat serta
mencari isi-isi penting tentang perkara yang
didengar, seterusnya dapat menerangkan cerita
mengikut urutan atau kronologi.

ii) Memperkaya Kosa Kata


Murid diperkenalkan dengan perkataan baharu
melalui aktiviti teater bercerita. Lantaran itu, murid
dapat didedahkan dengan istilah baharu,
menambah dan memperluas kosa kata dalam
minda masing-masing.

iii) Mempertingkat Penguasaan Kemahiran Membaca


Kemahiran membaca dapat dipertingkat melalui
pembacaan sesuatu cerita. Semasa membaca,
murid dilatih untuk memahami jalan cerita, meramal
dan membaca untuk merangsang kemahiran
berfikir. Murid juga boleh membuat imbasan
kembali bahagian-bahagian tertentu yang diminati.
Pedagogi yang Kreatif
iv) Mempertingkat Kemahiran Menulis
Idea yang diperoleh melalui teater bercerita boleh
ditulis semula dengan menggunakan perkataan
yang sesuai.

v) Meningkatkan Kemahiran Perlafazan


Teater bercerita melatih murid cara menyebut
dengan intonasi, nada, tekanan suara, jeda dan
penggunaa diksi yang betul. Aktiviti ini berupaya
meningkat kemahiran perlafazan murid.

vi) Mencerna Daya Imaginasi


Murid digalakkan untuk menggunakan daya
imaginasi mereka untuk mengikuti perkembangan
cerita. Antara cerita yang boleh mencerna daya
imaginasi ialah cerita fantasi. Contohnya, cerita
sains dan fiksyen.

v) Menimbulkan Rasa Ingin Tahu terhadap


Watak/Benda dalam Cerita
Murid digalakkan bertanya dan membaca dengan
lebih meluas dan teliti bagi mendapatkan maklumat
yang lebih lanjut.

vi) Berkongsi Pengetahuan dan Pengalaman


Dalam teater bercerita, murid secara tidak langsung
telah bercerita dan berkongsi pengalaman dan
pengetahuan mereka. Hal ini dapat memupuk
keyakinan diri murid di samping mengeratkan
hubungan rakan sebaya.

vii) Menanam Sikap Cinta akan Warisan Budaya


Bangsa
Terdapat beberapa cerita yang berlatarkan
semangat cinta akan warisan budaya bangsa. Hal
ini akan memupuk perasaan menghormati budaya
bangsa lain.

viii) Memupuk Nilai-nilai Murni


Nilai-nilai ini dapat dipupuk dan diserapkan melalui
contoh-contoh yang tersisip dalam cerita.
Pedagogi yang Kreatif
ix) Memupuk Kepekaan dan Keprihatinan terhadap
Masyarakat
Lazimnya sesebuah cerita mencerminkan
kehidupan masyarakat yang rencam. Secaratidak
langsung, murid dibawa ke dalam situasi sebenar.
Situasi ini akan menimbulkan kesan terhadap emosi
murid. Contohnya, murid akan lebih peka terhadap
penderitaan masyarakat miskin setelah menghayati
cerita yang berkaitan dengan masyarakat tersebut.

x) Mencungkil dan Mengasah Bakat


Dalam aktiviti ini murid akan menyampaikan cerita
dan beraksi dengan penuh perasaan serta
berusaha untuk mengekalkan minat khalayak
terhadap unsur-unsur kecindan.

LANGKAH PELAKSANAAN

Aktiviti teater bercerita di dalam bilik darjah menggunakan teknik


bercerita sebagai teras dengan memasukkan elemen-elemen
lakonan. Dalam aktiviti teater bercerita, perlu ada seorang
pencerita yang akan bertindak sebagai pencerita manakala
beberapa orang yang lain akan beraksi sebagai pelakon
berdasarkan skrip pencerita.
Kedua-dua aktiviti ini dilaksanakan secara berselang-seli.
Aktiviti ini mudah dijalankan dengan menggabungkan tenaga
seorang pencerita dan beberapa orang pelakon yang beraksi
mengikut watak dalam cerita. Di samping beraksi, pelakon
terbuka untuk membina dialog sendiri yang sesuai dengan
dibantu oleh pencerita. Hal ini bertujuan untuk menjadikan cerita
tersebut lebih menarik dan berkualiti tinggi.
Teater bercerita di dalam bilik darjah boleh dilaksanakan
seperti langkah yang berikut:

(i) Sebelum persembahan dimulakan, kedudukan murid-


murid adalah dalam bentuk separuh bulatan dengan
menghadap ruang lakon seperti dalam Rajah 1.
Pedagogi yang Kreatif

Rajah 1. Kedudukan Aktiviti Teater Bercerita

ii) Kedudukan pencerita adalah di sebelah kiri penonton.


Tempat duduk pencerita haruslah lebih tinggi daripada
tempat duduk penonton. Semasa pencerita
menyampaikan cerita, para penonton hendaklah memberi
tumpuan dan mendengar dengan teliti.

iii) Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita,


penonton (murid) yang berminat boleh tampil di ruang
lakonan secara spontan untuk melakonkan aksi tentang
peristiwa yang disebut oleh pencerita. Setelah selesai
melakonkan aksi tersebut, murid yang berkenaan akan
kembali ke tempat duduk semula bersama-sama dengan
penonton yang lain. Aktiviti ini akan berterusan sehingga
cerita tamat.

(a) Pengaplikasian Teater Bercerita dalam PdP Bahasa


Melayu

i) Rangsangan
Dalam pengajaran dan pembelajaran, aktiviti
bercerita boleh memainkan peranan penting untuk
merangsang, menarik minat dan tumpuan murid
terhadap pelajaran dalam suasana pembelajaran
yang menyeronokkan (didik hibur).

ii) Isi Pelajaran


Aktiviti teater bercerita boleh digunakan sebagai isi
pelajaran untuk memastikan penglibatan murid
secara menyeluruh.
Pedagogi yang Kreatif

iii) Pengukuhan dan Pengayaan


Teater bercerita dalam PdP bahasa Melayu dapat
dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan dan
pengayaan. Contohnya, setelah PdP yang
berkaitan dengan maksud perumpamaan atau
simpulan bahasa, murid diminta menceritakan satu
peristiwa untuk untuk menerangkan maksud
perumpamaan atau simpulan bahasa.

iii) Pemulihan
Teater bercerita merupakan salah satu teknik belajar
yang menggalakkan penglibatan murid secara aktif.
Sehubungan dengan itu, aktiviti teater bercerita
amat relevan dan sesuai digunakan sebagai aktiviti
pemulihan.

iv) Pentaksiran
Aktiviti teater bercerita boleh digunakan sebagai
satu kaedah untuk mengukur, menilai dan
mentaksir penguasaan murid secara formatif ketika
aktiviti dilaksanakan dalam PdP Bahasa Melayu.
Contohnya, mentaksir kemahiran bertutur dengan
sebutan dan intonasi yang betul.

(b) Ciri-ciri Teater Bercerita dalam PdP Bahasa Melayu

(i) Skrip
Aktiviti ini boleh dijalankan dengan menggunakan
skrip atau tanpa skrip. Pelakon dan pencerita akan
diberikan panduan dan bimbingan tentang cerita-
cerita yang sesuai untuk digunakan dalam aktiviti
teater bercerita. Murid juga dibimbing untuk
melaksanakan aktiviti tersebut.

(ii) Pelaku/Pelakon
Guru boleh menentukan pelakon yang mempunyai
keyakinan serta dapat menumpukan perhatian
terhadap watak atau memberi peluang kepada
murid yang sukarela menawarkan diri untuk
memegang sesuatu watak.
Pedagogi yang Kreatif
iii) Penonton
Penonton mempunyai persepsi terhadap aktiviti
teater bercerita, tindak balas terhadap suasana dan
dialog serta membuat penilaian secara kreatif dan
kritis.

iv) Pembina Peranan


Untuk menentukan aktiviti teater bercerita dapat
dijalankan dengan lancar, elemen-elemen yang
berkaitan watak, lagak dan muzik haruslah
bersesuaian dengan perkembangan serta tahap
kebolehan murid.

(c) Perancangan Aktiviti Teater Bercerita


Persekitaran, peralatan, bahan bantu mengajar (BBM)
dan pelibatan murid secara menyeluruh dalam aktiviti
adalah elemen penting untuk memastikan PdP yang
menyeronokkan dan efektif dapat dicapai. Sehubungan
dengan itu, aspek yang perlu diberikan tumpuan dalam
perancangan PdP adalay seperti yang berikut:

(d) Penyediaan Bahan


Bahan yang dipilih hendaklah disesuaikan dengan hasil
pembelajaran yang ditetapkan dan peranan sesuatu
bahan sebagai rangsangan, isi pelajaran, pengukuhan,
pengayaan, pemulihan dan pentaksiran. Antara bahan
yang boleh dipilih adalah seperti yang berikut:
(i) Cerita daripada pengalaman murid
(ii) Gambar bersiri dalam bentuk cerita dan peristiwa
(iii) Skrip dan teks yang sesuai
(iv) Petikan yang sesuai daripada bahan sastera dan
bukan sastera

(e) Persediaan Tempat


Pengajaran dan pembelajaran teater bercerita akan lebih
berjaya dan efektif sekiranya guru memberikan perhatian
terhadap situasi dan ruang lakonan. Aktiviti ini boleh
dilakukan di bilik darjah atau di mana-mana ruang yang
sesuai di persekitaran sekolah.
Pedagogi yang Kreatif
(f) Pemilihan Pelakon
Antara langkah yang diambil adalah seperti yang berikut:

(i) Memberi peluang kepada semua murid


termasuk murid yang bermasalah untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti yang
dijalankan.

(ii) Memberi peluang kepada murid untuk memilih


watak yang ingin dilakonkan.

(iii) Menggalakkan murid mencuba pelbagai watak


dalam situasi yang berbeza.

(g) Peranan Guru dan Murid dalam Aktiviti Teater


Bercerita
Guru dan murid perlu jelas tentang hubungan dan peranan
kedua-dua pihak dalam aspek pelaksanaan aktiviti teater
bercerita.

(h) Peranan Guru


Guru harus mewujudkan persekitaran yang berupaya
menimbulkan keseronokkan, keterujaan dan keinginan
untuk mengambil bahagian dalam kalangan murid.
Pemilihan murid untuk beraksi dalam lakonan hendaklah
dibuat tanpa pilih kasih. Guru perlu mendahulukan aspek
keselamatan dan disiplin murid ketika aktiviti teater
bercerita dijalankan. Hal ini demikian kerana
kecenderungan murid untuk tidak dapat mengawal diri
ketika aktiviti ini diimplimentasikan adalah tinggi.

(i) Peranan Murid


Guru perlu menentukan peranan murid dalam aspek
pelaksanaan akiti teater bercerita seperti yang berikut:

(i) Murid sebagai pelakon


Guru menentukan pelakon-pelakon berdasarkan
keperluan cerita.

(ii) Murid sebagai Pembantu


Guru menentukan tugas-tugas murid iaitu sebagai
pencerita, pembaca skrip dan pengurus alatan
(prop).
Pedagogi yang Kreatif
(iii) Murid sebagai Penonton
Guru perlu memberi peringatan kepada penonton
agar menjadi penonton yang bersopan santun,
berdisiplin dan menyediakan tugasan kepada
penonton seperti membuat catatan, menyediakan
rumusan cerita yang ditonton atau tugasan-
tugasan lain yang selari dengan kehendak
Dokumen Standard Kandungan Pembelajaran
dan Pentaksiran (DSKP)

(j) Persediaan Guru dan Murid


Aktiviti teater bercerita akan mencapai sasaran dan
obejktif yang ditetapkan jika dirancang dengan baik
berdasarkan kebolehan dan aras pencapaian murid. Guru
dan murid bersama-sama memainkan peranan sebagai
pencerita dan pendengar. Tiga aspek utama iaitu
pencerita, pendengar dan suasana perlu dititikberatkan
untuk memastikan kesedian dan penerimaan yang
maksimum dalam pengendalian teater bercerita.. Antara
persediaan dan peranan yang perlu diberikan perhatian
oeleh pencerita dan pendengar adalah seperti yang
berikut:

(i) Persediaan
Sebelum aktiviti bercerita dijalankan, beberapa
persediaan awal yang perlu diberikan tumpuan oleh
guru dan murid adalah seperti yang berikut:

 Menyediaakan skrip cerita yang menarik,


berkualiti dan relevan dengan standard
kandungan serta standard pembelarajaran
Bahasa Melayu sepertu yang termaktub dalam
DSKP.
 Menentukan aspek yang hendak difokuskan
dalam cerita tersebut.
 Mengenal pasti tugasan atau soalan yang akan
dikemukan kepada murid.
 Menyenaraikan perkataan, frasa dan ayat yang
perlu diberikan penekanan.
 Mencatat rangka cerita dan watak-watak yang
terdapat dalam cerita.
 Memahami dan menghayati cerita.
Pedagogi yang Kreatif
(ii) Penyampaian/Persembahan
Pencerita boleh menentukan cara penyampaian
dan menyusun cerita seperti yang ingin
dipersembahkan atau disampaikan. Selain itu,
pencerita boleh memikirkan emosi atau perasaan
yang sesuai untuk dipaparkan semasa beraksi
dalam persembahan semasa bercerita.

(iii) Latihan
Antara aspek yang perlu diberi perhatian oleh
pencerita untuk memastikan penghasilan
persembahan yang mantap, berkualiti tinggi dan
berkesan adalah seperti yang berikut:
 Pencerita berlatih cara menyampaikan cerita
secara bersendirian di hadapan cermin muka
untuk meningkatkan tahap keyakinan diri.
 Mencatat butir-butir penting di atas kad kecil
sebagai rujukan semasa bercerita.
 Memastikan peralatan media yang hendak
digunakan berfungsi dengan baik.
 Memastikan alat bantu mengajar (ABM) yang
hendak digunakan semasa bercerita diletakkan
berdekatan pencerita.
 Latihan bercerita dilakukan dengan bersungguh-
sungguh, penuh perasaan dan menunjukkan
emosi yang sesuai dengan mood cerita yang
disampaikan

(iv) Pendengar
Keselamatan dan disiplin murid yang bertindak
sebagai pendengar semasa bercerita perlu
diberikan perhatian seperti yang berikut:
 Memastikan pendengar duduk dalam keadaan
yang selesa dan dapat melihat pencerita dan
dapat mendengar dengan jelas.
 Memastikan disiplin murid terkawal dan suasana
pada ketika pelaksanaan aktiviti teater bercerita
terhindar daripada sebarang gangguan yang
boleh menjejaskan tumpuan atau mengalih
perhatian mereka.
 Pendengar yang terlibat dalam aktiviti teater
bercerita perlu membuat persediaan sebelum
aktiviti bercerita dimulakan.
Pedagogi yang Kreatif

(v) Suasana yang kondusif dan sesuai perlu


diwujudkan sebelum aktiviti teater bercerita
dijalankan. Antara persediaannya adalah seperti
yang berikut:

 Ruang yang kondusif untuk pencerita dan


pendengar perlu disediakan. Perlu memastikan
agar tiada perabot seperti meja, kerusi dan
peralatan yang lain yang menghalang atau
memisahkan pencerita dengan pendengar.
 Merancang aktiviti susulan yang sesuai dan
relevan.

(k) Persembahan dan Gaya Bercerita


Pelbagai teknik persembahan dan gaya bercerita yang
boleh digunakan berdasarkan kesesuaian dan
kebolehan seseorang pencerita. Setiap pencerita
terkenal dengan gaya yang tersendiri. Tok Selampit
umpamanya, bercerita dengan mengemukakan
rebabnya.
Pencerita juga kadang kala bercerita dengan
iringan pelbagai alat permainan tradisional. Walau pun
penggunaan alat dapat membantu pencerita, namun ada
kalanya alat tersebut boleh mengganggu tumpuan
pencerita pencerita dan pendengar jika tidak
dilaksanakan dengan kemas dan tepat.
Aspek yang diperlukan untuk memastikan
keberkesanan sesuatu cerita yang disampaikan melalui
teknik teater bercerita adalah seperti yang berikut:

(i) Suara
Lantunan suara perlu jelas dan lantang supaya
dapat didengar oleh semua murid.
 Nada suara tidak terlalu mendatar. Pencerita
perlu menunjukkan emosi melalui nada suara
yang sesuai seperti sedih, cemas, marah dan
gembira.
 Variasi suara dan kecepatan bercerita
perlulah sesuai dengan situasi episode
tersebut.
 Diksi dan sebuatan yang jelas
Pedagogi yang Kreatif

ii) Bahasa
 Penggunaan bahasa perlu sesuai dengan
tahap kebolehan murid.
 Istilah-istilah yang baharu diperkenalkan
hendaklah bermula daripada yang konkrit
kepada yang abstrak.

iii) Gerak Badan dan Mimik Muka


 Gerak badan dan mimik muka perlu sesuai
dan tepat. Elakkan gerak badan dan mimik
muka yang berlebihan supaya perhatian
murid tidak teralih kepada perkara-perkara
yang lain.

iv) Jeda
 Pencerita digalakkan berhenti sejenak di
bahagian tertentu untuk mewujudkan kesan
gramatis.

v) Hubungan Pencerita dengan Pendengar


 Perhubungan melalui mata antara pencerita
dengan pendengar diperlukan untuk
mengekalkan penumpuan perhatian mereka.

vi) Kepekaan terhadap Reaksi Pendengar


 Pencerita hendaklah peka terhadap sebarang
reaksi yang ditunjukkan pendengar. Halangan
atau gangguan terhadap tumpuan pendengar
perlu diatasi agar tidak berlanjutan.
Pedagogi yang Kreatif
STRATEGI PENYAMPAIAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PdP)

Tetater bercerita sesuai untuk PdP kemahiran berbahasa Melayu


yang merangkumi kemahiran bertutur, kemahiran mendengar,
kemahiran membaca, kemahiran menulis, aspek seni bahasa
dan aspek tatabahasa. Antara strategi penyampaian yang boleh
digunakan melalui teater bercerita ialah pembelajaran melalui
pengalaman.

Cadangan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran


Aspek Seni Bahasa

STANDARD
STANDARD KANDUNGAN
PEMBELAJARAN

4.2 Memahami dan 4.2.1 Memahami dan


menggunakan menggunakan
peribahasa dalam perbandingan
lisan dan penulisan semacam, kata-kata
hikmat, kiasan,
madah pujangga
dan bahasa
berirama dengan
betul mengikut
konteks.

Objektif :
Pada akhir pengjaran dan pembelajaran murid-murid dapat
melengkapkan cerita bertajuk “Durian yang Sombong” dengan
menggunakan ungkapan menarik.
Pedagogi yang Kreatif

Contoh Langkah Pelaksanaan

i) Guru mengenal pasti cerita yang sesuai dalam aktiviti


teater bercerita yang akan dilaksanakan.

ii) Murid-murid ditunjukkan gambar buah-buahan (tiga


dimensi) sebagai rangsangan kepada murid.

iii) Murid diberikan gambaran ringkas tentang cerita yang


dipilih iaitu “Durian yang Sombong”.

iv) Murid diberi peluang untuk berbincang dan terbuka


memilih watak sendiri.

v) Murid diminta menjalankan aktiviti teater bercerita secara


spontan.

vi) Murid diminta membuat latihan berdasarkan pelaksanaan


teater bercerita.

Kumpulan 1 : Mencatat pantun yang terdapat


dalam cerita

Kumpulan 2 : Mencatat perumpamaan yang


terdapat dalam cerita

Kumpulan 3 : Menyenaraikan nilai-nilai murni


yang terdapat dalam cerita

Kumpulan 4 : Membandingbezakan watak dan


perwatakan yang terdapat dalam
cerita

vii) Murid dibimbing untuk membuat generalisasi berdasarkan


hasil pembentangan kumpulan dalam bentuk Peta iThink
tentang:
 Pantun
 Makna Perumpamaan
 Watak dan Perwatakan
 Nilai-nilai Murni

viii) Murid diberi latihan melengkapkan karangan “Durian yang


Sombong” dengan menggunakan ungkapan menarik.
Pedagogi yang Kreatif

KESIMPULAN

Aktiviti teater bercerita yang dirancang dengan baik dalam


pengajaran dan pembelajaran pasti dapat memberi kepuasan
dan kesan yang bermakna kepada kemenjadian dan
pemerolehan ilmu kepada murid-murid. Perancangan yang teliti
dan teratur akan dapat memupuk keyakinan diri dalam kalangan
murid dan memberi rangsangan kepada mereka untuk
melibatkan diri secara aktif. Melalui teknik teater bercerita, guru
dapat menerapkan nilai-nilai murni, meningkatkan penguasaan
kemahiran berbahasa, menggalakkan kemahiran berfikir secara
kreatif, inovatif dan kritis serta melatih disiplin diri dalam
kalangan murid.
Di samping itu, aktiviti teater bercerita dapat mencungkil
bakat terpendam dan mengembangkan potensi atau bakat
murid. Sebagai guru yang prihatin, aktiviti teater bercerita akan
lebih berkesan sekiranya guru sendiri dapat menjadi model yang
baik. Teknik ini juga mudah dijalankan sama ada sebagai aktiviti
di dalam bilik darjah atau pun sebagai aktiviti kokurikulum.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
dengan menggunakan aktiviti teater bercerita adalah bergantung
kepada perancangan dan pelaksanaan yang teliti.
Pemilihan cerita, kemahiran dan aspek bahasa yang
hendak dijadikan fokus utama seharusnya diberikaN
pertimbangan yang sewajarnya oleh guru pada peringkat
perancangan PdP. Hal ini bertujuan untuk memastikan PdP
dilaksanakan dengan sempurna, menyeronokkan dan
mendatangkan impak yang bermakna kepada murid-murid.
Aktiviti ini boleh mendidik murid untuk bertutur dengan
intonasi yang betul dan sesuai untuk genre drama, cerpen, novel,
dan prosa klasik. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu,
murid-murid bukan sahaja didedahkan aktiviti teater bercerita di
dalam dan di luar bilik darjah malah teater bercerita boleh diikuti
melalui radio, televisyen, dan pelbagai medium media sosial
seperti Youtube dan aplikasi digital yang lain dalam era dinamik
Revolusi Industri 4.0 pada masa ini.
Pedagogi yang Kreatif
Contoh Kad Aktiviti

KUMPULAN 1

Mencatat pantun yang terdapat dalam cerita

KUMPULAN 2
Mencatat perumpamaan yang terdapat
dalam cerita

KUMPULAN 3
Menyenaraikan nilai-nilai murni
yang terdapat dalam cerita

KUMPULAN 4
Membandingbezakan watak dan perwatakan
yang terdapat dalam cerita

Anda mungkin juga menyukai