Anda di halaman 1dari 6

PERKEMBANGAN DRAMA DUNIA

Drama di dunia telah mengalami pelbagai perkembangan yang bermula daripada zaman
dunia purba sehinggalah memperolehi kemajuan yang membawa kepada perkembangan
dalam drama. Antara zaman yang dapat melihat perkembangan drama di dunia ialah zaman
Yunani, Romawi, Abad Pertengahan, Italia dan Elizabeth.

2.1 Zaman Yunani

Pada zaman ini, drama mula bergiat apabila adanya hasil karya Plato yang terkenal iaitu “The
Republic”. Beliau menyatakan bahawa karya seni merupakan imitasi dari kehidupan jasmani
manusia iaitu berkaitan dengan kepentingan diri masing-masing. Drama pada waktu itu
bermula hasil daripada kultus Dyonesos yang membawa kepada upacara penyembahan
dewa yang adanya tragedi. Kemudiaan tragedi yang membawa kepada perjuangan manusia.
Hasil daripada kejadian tersebut, maka tercetusnya drama pada zaman Yunani sehingga
adanya tokoh drama yang terkenal iaitu Plato, Aristoteles dan Sopcholes.

2.2 Zaman Romawi

Adanya pementasan teater pada zaman Romawi ini dengan memperkemaskan lagi
penyampaian drama pada zaman Yunani. Pada waktu ini tokoh yang sangat terkenal ialah
Plutus, Terence dan Lucius Senece. Berlakunya pementasan teater pada zaman ini, malah
pada zaman Romawi ini juga lebih bersifat kepada pencarian sumber kewangan. Mereka
membuat pementasan drama dengan mengenakan bayaran kepada para penonton.

2.3 Abad Pertengahan

Selepas berlakunya pementasan teater sewaktu zaman Romawi, pada Abad Pertengahan
pula drama dikembangkan lagi dengan pementasan yang mempunyai nyanyian lagu.
Nyanyian lagu ini dilakukan oleh rahib dari katolik. Mereka membuat pementasan drama yang
diselangi dengan nyanyian koir.

2.4 Zaman Italia

Comedia del ‘Arte merupakan istilah drama yang popular pada zaman Italia, iaitu lebih
bersumberkan kepada komedi zaman Yunani. Antara tokoh yang terkenal pada zaman ini
ialah Dante, Torquato Tasso dan Niccolo Machiavelli. Drama pada zaman ini lebih kepada
pementasan cerita dongeng dan fantasi, atau lebih tepat lagi pementasan drama yang jauh
daripada perkara yang nyata. Malah, pementasan drama pada zaman ini sudah mula
menggunakan lakonan secara pentomen.

1|DRAMA DALAM PENDIDIKAN (BMMB3083)


2.5 Zaman Elizabeth

William Shakespeare merupakan tokoh drama yang sangat terkenal pada zaman Elizabeth
sehingga diabadikan pada zaman ini. Drama pada waktu ini berkembang dengan sangat
pesat apabila berada dibawah pemerintahan Ratu Elizabeth I di Inggris. Pada waktu ini juga,
drama zaman Elizabeth ini berkembang melalui pementasan drama yang berunsurkan
romantis dan mengandungi bahasa yang puitis.

3.0 ALIRAN DRAMA


Aliran drama merupakan suatu bentuk atau gagasan yang menjadi panduan dalam sesuatu
drama itu sendiri. Dalam konteks drama, adanya pelbagai aliran yang telah berkembang sejak
dari dahulu lagi. Antara aliran drama yang diketengahkan ialah aliran realisme dan aliran
bukan realisme.

3.1 Aliran Realisme

Realisme merupakan aliran drama yang nyata dan lebih kepada realiti kehidupan seharian
(Elizabeth Lutters, 2018). Ini bermaksud bahawa aliran drama realisme ini tidak menampilkan
hal-hal yang berlebihan dan bersifat romantis yang boleh membawa kepada imaginasi yang
tinggi kerana aliran ini lebih kepada pendekatan kehidupan seharian yang sebenar. Dalam
aliran realisme ini terbahagi kepada dua iaitu sosial dan psikologi. Sosial lebih kepada
penderitaan dan ketidakadilan yang berlaku dalam kehidupan rakyat. Manakala, psikologi
pula berkaitan dengan konflik dan kejiwaan dalam diri seseorang.

3.2 Aliran Bukan Realisme

Bukan realisme lebih kepada drama yang bersifat tidak logik dan tidak masuk akal (Ali Abdul
Rahim, 2018). Ini bermaksud bahawa drama yang beraliran bukan realisme ini lebih
berunsurkan kepada drama yang bersifat fantasi dan mempunyai daya imaginasi yang tidak
terjangkau oleh pemikiran manusia. Contohnya, yang telah dipetik dalam dokumen
Perkembangan Drama di Malaysia, adanya contoh drama bukan realisme iaitu “Cetera yang
Kedua” dalam buku Sejarah Melayu (1975). Dalam buku tersebut adanya ungkupan yang
menyatakan bahawa seekor lembu raja telah memuntahkan buih dan buih tersebut telah
keluarnya seorang manusia lelaki. Secara logiknya, mana mungkin seekor haiwan mampu
melahirkan manusia. Ini bermakna, peristiwa yang terdapat dalam buku tersebut bersifat tidak
logik atau fantasi semata-mata dan lebih tepat lagi menjurus kepada drama bukan realisme
yang sebenar.

2|DRAMA DALAM PENDIDIKAN (BMMB3083)


4.0 JENIS DRAMA
Drama ialah perkara yang dapat dikaitkan dengan kehidupan manusia atau aksi yang berlaku
dimana-mana sahaja serta drama juga dapat difahami sebagai sebuah lakonan yang
membawa kepada penciptaan pelbagai konflik sehingga tercetusnya pelbagai jenis drama
yang menarik. (N Riantiarno, 2003). Dapat difahami bahawa jenis drama yang pelbagai ini
mampu melahirkan pelbagai genre lakonan yang adanya pelbagai peristiwa yang berkaitan
dengan kehidupan atau boleh dijadikan sebagai pengajaran. Antara jenis drama yang ada
ialah tragedi, komedi, tragikomedi, melodrama dan farce.

4.1 Tragedi

Drama yang berunsur tragedi ini lebih kepada kisah yang sedih dan duka. Kebiasaanya, ada
adegan kematian yang menjadi pengakhiran sebuah penceritaan drama itu. Malah, ada juga
peristiwa berupa pergelutan manusia melawan sesebuah takdir sehingga tercetusnya sebuah
tragedi yang tidak diingini. Contohnya, Romeo Juliet karya William Shakespeare.

4.2 Komedi

Seterusnya, drama komedi ini lebih kepada perkara yang menggembirakan sehingga adanya
adegan ketawa yang mampu menceriakan babak yang terdapat dalam drama. Kebiasaannya,
drama komedi ini akan berakhir dengan penceritaan yang sukacita atau baik. Contohnya,
Dyskolos karya Menander.

4.3 Tragikomedi

Drama yang berunsurkan tragedi dan komedi ini telah digabungkan sehingga membentuk
jenis drama tragikomedi. Ini bermaksud, dalam sebuah drama itu adanya babak yang suka
dan duka. Hasil gabungan kedua-dua unsur ini mampu memberi impak kepada para penonton
supaya merasai sendiri dalam kegembiraan itu pastinya terselit sebuah kedukaan yang tidak
disangka-sangkakan, begitu jugalah dalam kehidupan sebenar. Antara contoh drama
tragikomedi ialah Jiwa-jiwa Mati hasil karya N Riantiarno.

4.4 Melodrama

Dalam melodrama ini, dialognya diiringi dengan muzik. Lebih tepat lagi, pelakon yang
melakonkan melodrama ini akan menggunakan kaedah penyampaian dialog melalui
nyanyian. Setiap pelakon yang berlakon, akan mempunyai karakter penyampaian nyanyian
yang berbeza supaya penyampaian lakonan melodrama ini menjadi lebih menarik dan dapat
mewujudkan pelbagai variasi lakonan yang bermelodi. Contohnya drama Opera Primadona,
karya N Riantiarno.

3|DRAMA DALAM PENDIDIKAN (BMMB3083)


4.5 Farce

Penyajian drama yang berunsurkan gelak tawa tetapi mempunyai unsur yang kurang sopan
atau lebih tepat lagi mempunyai unsur yang kasar, dipanggil sebagai jenis drama farce. Dalam
farce ini, drama yang ditampilkan sememangnya berunsurkan komedi yang mampu
membuatkan para penonton ketawa dengan riangnya sewaktu menonton, namun begitu cara
penyampaian drama farce ini mengalami kekurangan dari segi penyampaian yang kurang
sopan seperti dari segi dialog yang agak kasar bahasanya. Atau mempunyai penyampaian
dialog yang negatif dan sebagainya. Contohnya drama Ubu Roi hasil karya Alfred Jarre.

5.0 SEJARAH PERKEMBANGAN DRAMA KANAK-KANAK DI MALAYSIA


Penghasilan sesebuah drama bukan sahaja tertumpu kepada genre yang berunsurkan
kedewasaan sahaja, malahan drama kanak-kanak juga telah diwujudkan sehingga
mengalami pelbagai perkembangan dari semasa ke semasa supaya dapat dijadikan sebagai
hiburan oleh kanak-kanak. Oleh itu, perkembangan drama kanak-kanak yang berlaku di
Malaysia telah bermula sejak abad ke-20 lagi selepas drama di Barat berkembang. Drama
kanak-kanak ini telah dihasilkan dengan adanya pelbagai tema, gaya, motif dan stail yang
mengikut perkembangan zaman sehingga mampu menarik perhatian kanak-kanak. Maka,
sejarah perkembangan drama kanak-kanak di Malaysia ini dapat dilihat pada tahun 1950,
1960, 1970, 1980, 1990 dan sehingga kini.

Tahun 1950

Pada peringkat permulaan, drama kanak-kanak telah mula dibukukan dan diterbitkan
daripada terjemahan drama Barat oleh para penterjemahan tempatan. Othman Puteh dan
Abdul Ahmad (1984), menyatakan bahawa sastera kanak-kanak yang pertama ialah bahan
bacaan kanak-kanak pada waktu lapang dan usaha kreatif para penulis. Ini bermaksud, pada
zaman dahulu sastera kanak-kanak ini telah digunakan sebagai hiburan dan bertujuan untuk
memperkayakan pengalaman kanak-kanak sahaja. Hal ini kerana, pada tahun 1950 ini, buku
klasik kanak-kanak telah ditulis untuk orang dewasa pada mulanya, namun begitu kanak-
kanak menjadikan buku tersebut sebagai milik mereka dan mula membaca sehingga
beberapa generasi. Kemudian, sastera kanak-kanak yang dikatakan sebagai usaha kreatif
para penulis ialah penulis sedaya upaya membentuk cerpen yang mampu untuk
menghiburkan dan memberikan kepuasan kepada kanak-kanak supaya kanak-kanak berasa
asyik dan seronok ketika membacanya. Contohnya, karya klasik Inggris yang bertajuk
“Macbeth” oleh Shakespeare telah diterjemahkan oleh Hussein Ahmad ke dalam bahasa
Melayu, yang diterbitkan oleh Syarikat Saudara Sinaran Berhad.

4|DRAMA DALAM PENDIDIKAN (BMMB3083)


Tahun 1960

Seterusnya, pada tahun 1960 ini para penulis di Tanah Melayu telah mula menceburi bidang
penulisan dan mula untuk menghasilkan drama. Oleh itu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) bekerjasama dengan para penulis untuk memperkemaskan dan memperkembangkan
lagi drama kanak-kanak ini. Hal ini dapat dibuktikan dalam buku Penulisan Kreatif: Teori,
Pengalaman, Cabaran oleh Othman Puteh (2001), beliau menyatakan bahawa mula
berkecimpung dalam penulisan cerpen kanak-kanak seawal tahun 1967, semangat beliau
untuk menulis cerpen kanak-kanak ini telah diransang oleh salah seorang editor dari DBP
daripada majalah Dewan Pelajar iaitu Saleh Daud @ Zulastry yang telah mencabar beliau
untuk memperjuangkan serta memantapkan genre sastera kanak-kanak ini. Hasil daripada
usaha Othman Puteh tersebut, terbentuknya Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sastera
Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (PURNAMA) oleh institusi DBP. Kemudian, karya sastera
kanak-kanak dan remaja yang berada dalam pelbagai genre seperti puisi, novel, drama dan
sebagainya telah dinilai untuk mendapat Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Oleh itu, apa
yang dapat dilihat pada tahun tersebut hasil usaha seseorang tokoh ini, telah membuatkan
sastera kanak-kanak itu diangkat untuk dikembangkan pada masa hadapan. Contoh drama
bertajuk “Mari Berlakon I” dan “Mari Berlakon II”, hasil daripada peraduan menulis oleh DBP,
telah diterbitkan dan dijadikan sebagai bahan bacaan yang penting kerana memenangi
peraduan penulisan drama.

Tahun 1970

Kemudiaan, pada tahun 1970 ini pula munculnya drama kanak-kanakyang berbentuk muzikal.
Drama kanak-kanak yang berbentuk muzikal ini lebih bersifat loggar berbanding penghasilan
drama kanak-kanak sebelum ini. Malah, drama pada ketika ini amat sesuai untuk dibaca dan
dilakonkan kerana dapat menghiburkan para penonton. Sewaktu drama kanak-kanak ini
dipentaskan, elemen muzik telah diselitkan dalam drama seperti unsur tarian dan nyanyian.
Berdasarkan artikel majalah Tunas Cipta (2017), yang dilaporkan oleh Norlizawati Md Nor
dalam artikelnya yang bertajuk “Selayang Pandang Perkembangan Drama Kanak-kanak di
Malaysia”, berkaitan dengan pementasan drama kanak-kanak muzikal. Dalam artikel tersebut
dapat dilihat bahawa bentuk muzikal ini sesuai untuk dilakonkan dan ditonton kerana mampu
mencuit hati pelbagai pihak. Malah, pementasan drama kanak-kanak muzikal ini masih lagi
mengikuti kronologi pementasan drama yang biasa sebelum ini. ini bermaksud, walaupun
adanya unsur tarian dan nyanyian, plot pementasan drama muzikal ini masih lagi
mempunyaan permulaan, perkembangan, klimaks dan peleraian sewaktu penyampaian
drama muzikal tersebut. Contoh drama muzikal yang wujud pada tahun 1970 ialah “Lagu Tiga
Kupang” yang dicipta oleh Abdul Aziz Abas.

5|DRAMA DALAM PENDIDIKAN (BMMB3083)


Tahun 1980

Drama kanak-kanak pada tahun 1980 ini lebih padat kerana lebih menekankan isu
permasalahan yang dihadapi oleh manusia. Lebih tepat lagi, drama pada tahun 80 an ini lebih
menerapkan unsur drama berdasarkan kepada masalah yang berlaku disekeliling. Antara
contoh drama yang ada pada tahun 80 an, menampilkan masalah yang dihadapi oleh
masyarakat ialah drama “Lagu Anak Perawan”. Selain itu, drama lain yang menekankan
masalah kehidupan manusia yang menjadi popular dalam kalangan remaja dan kanak-kanak
ialah drama “Kasih Tidak Terbeli”. Dalam drama tersebut dapat dilihat kaitan dengan
kehidupan manusia yang bertemakan kasih sayang, tetapi adanya masalah yang ada dalam
drama tersebut seperti kemiskinan, peperangan dan keganasan. Jika dilihat, kesemua elemen
tersebut sangat berkaitan dengan masalah yang berlaku dalam kehidupan masyarakat dan
ditampilkan ke dalam drama. Oleh sebab itu, pada tahun 1980an ini penghasilan dramanya
lebih dominan ke arah penekanan isu masalah manusia supaya dapat dijadikan iktibar dan
mencabar minda oleh golongan kanak-kanak dan remaja serta golongan dewasa juga.

Tahun 1990 dan sehingga kini

Perkembangan drama yang berkembang dengan pesat sejak tahun 1990 sehingga kini
menjadikan drama sentiasa diperbaiki sehingga menjadi sebuah drama yang berkualiti hingga
mampu diangkat dipentas dunia. Disebabkan drama kanak-kanak berkembang, maka
lahirnya pelbagai bentuk drama yang bukan sahaja terdapat pada drama dewasa tetapi boleh
juga didapati dalam drama kanak-kanak. Contohnya, wujud drama yang berbentuk tradisional
dan moden. Drama tradisional ini lebih kepada drama yang memaparkan cerita-cerita rakyat.
Pada zaman 1990 dahulu, cerita tradisional ini lebih difokuskan kepada penceritaan tukang
cerita kepada orang ramai atau lebih tepat lagi adanya seorang penglipur lara yang akan
menyampaikan cerita rakyat tersebut kepada kanak-kanak. Kemudian, cerita tradisional pada
zaman ini pula boleh dilihat melalui paparan drama “Bawang Merah dan Bawang Putih” yang
diadaptasikan dalam bentuk karikatur khas untuk tontonan kanak-kanak. Manakala, bagi
drama moden pula lebih kepada hiburan semata-mata sahaja. Malah, drama moden ini
membuatkan kanak-kanak berimaginasi tinggi sehingga berfikiran jauh. Antara contoh drma
moden yang diketahui ialah drama “Mimpi yang Amat Menyeramkan” yang ada dalam antalogi
drama moden untuk tahun lima. Dalam drama tersebut, dinyatakan bahawa watak raksasa
yang ingin memakan manusia. Secara logiknya, kita tidak pernah melihat raksasa di alam
yang nyata dan mana mungkin raksasa memakan manusia. Oleh sebab itu, drama tersebut
dikenali sebagai drama moden kerana pemikiran drama tersebut lebih kepada imaginasi yang
tinggi.

6|DRAMA DALAM PENDIDIKAN (BMMB3083)

Anda mungkin juga menyukai