Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG IPG KAMPUS IPOH KALI KE-32

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) kali ke-32, Institut Pendidikan Guru Kampus
telah diadakan pada hari Rabu, 14 Mac 2018 bertempat di padang IPGK Ipoh. Tujuan
Kejohanan Olahraga Tahunan ini dianjurkan adalah untuk menggilap kecemerlangan para
guru pelatih IPG ini khususnya dalam sukan olahraga. Seterusnya, melalui Kejohanan
Olahraga Tahunan ini, semua siswa-siswi unit R dapat berpeluang untuk mengurus,
melaksanakan dan menilai kemampuan untuk menganjurkan kejohanan yang besar di
peringkat sekolah nanti. KOT ini juga dapat menunjukkan kerjasama Unit R yang amat tinggi
untuk menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini. Kerjasama daripada semua pihak telah
membolehkan KOT ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pelbagai aktiviti kecil telah
dijalankan untuk merancang organisasi yang akan bertanggungjawab mengendalikan KOT
kali ini.

SEBELUM KOT

Sebelum KOT, pelbagai aktiviti kecil telah dijalankan untuk merancang organisasi
yang akan bertanggungjawab mengendalikan KOT kali ini. Mesyuarat kecil telah diadakan di
antara semua unit R untuk membincangkan perlantikan ajk kecil mengikut kelas.
Perbincangan telah dibuat secara terperinci semasa berada di dalam kelas masing-masing.
Hal ini bertujuan supaya setiap ahli kumpulan jelas dengan tugasan masing-masing. Kelas
kami diberi tugasan sebagai AJK kepegawaian dan pengadilan serta AJK persiapan padang
bagi acara 4 x 100. Jadi, kelas kami telah mengambil insiatif untuk menyediakan padang
dengan bantuan pensyarah kami iaitu En. Krishna Kumar. Selain itu, beliau juga
membimbing kami untuk membuat persiapan awal bagi tugas kami sebagai hakim bagi
acara 4 x 100. Kami telah membuat garisan stagger dengan menggunakan minyak yang
disediakan. Kami telah membuat garisan secara bergilir-gilir disebabkan oleh cuaca yang
panas.

Bermula dari 28 Februari 2018, latihan rumah sukan telah dijalankan. Latihan ini bagi
memastikan setiap rumah sukan dapat mengutip mata untuk rumah sukan masing-masing.
Selain itu, ia merupakan persediaan awal untuk sukantara. Semasa sukantara, AJK dari
setiap kelas telah menyediakan padang serta menjadi hakim setiap acara.

Pada 13 Mac 2018, raptai penuh dijalankan. Disebabkan cuaca hujan, raptai
dijalankan sehingga lewat petang untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar pada
hari KOT. Bagi hiasan khemah, kerjasama yang baik daripada guru pelatih unit R dapat
dilihat melalui persiapaan khemah dengan begitu cepat. Selain itu, pinjaman peralatan
seperti kerusi VIP, meja dan PA sistem dibuat pada hari yang sama. Pada masa yang sama,
kami juga membuat persiapaan untuk Kids Atheletics bagi murid-murid prasekolah. Segala
susunan pergerakkan untuk hari KOT berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan
halangan.

SEMASA KOT

Pada pukul 9.00 pagi, kami bermula untuk bertugas. Sebagai ajk kepegawaian dan
pengadilan kami diwajibkan untuk membuat keputusan akhir muktamad kot. Sepanjang
KOT kami sekelas telah dipantau dan dibimbing oleh pensyarah pembimbing kami iaitu
Encik Krishna Kumar a/l Varatharaj. Sebahagian ahli kelas saya telah bertugas pada hari
KOT sebagai hakim, penjaga masa dan hakim foto penamat. Saya dan kawan saya
bertugas sebagai hakim. Kami telah mencatat masa dan memutuskan keputusan akhir.
Selepas itu, kami menyerahkan borang keputusan kepada ajk teknikal utuk penyemakan.
Kami melantik satu penjaga masa untuk setiap lorong larian. Dengan itu, kami dapat
mengambil masa setiap orang dengan tepat dan tidak mengelirukan. Selepas itu, penjaga
masa akan memberitahu masa kepada kami untuk rekod. Kami diberi tugasan yang
bertanggungjawab dimana kami membuat perancangan awal untuk semua perkara supaya
dapat menjadi hakim yang adil dan saksama. Kami telah mengagihkan tugas sebegini
supaya acara dapat dijalankan dengan cepat disebabkan oleh cuaca yang sangat panas.
Sepanjang acara olahraga, kami sekelas berada di tengah padang dari pagi 9.00 pagi
hingga 1.00 petang iaitu sampai semua acara akhir supaya KOT berjalan dengan lancar dan
sistematik dan tidak mendapati bersalah daripada pihak kami. Kelas saya telah membuat
semua tugas yang diberikan dengan berjaya semasa KOT.

 ACARA SUKANTARA

Sebelum KOT, acara sukantara telah diadakan pada 28 Februari 2018 (Rabu) dan 1
Mac 2018 (Khamis). Kelas kami telah ditugaskan untuk menjadi pegawai teknikal bagi acara
larian 4x400meter. Sehari sebelum kejohanan olaraga tahunan, kami telah meyediakan
garisan untuk larian 4x400meter. Sebelum memulakan acara kelas kami mengagihkan
tugasan kepasa setiap kumpulan supaya acara perjalan dengan lancar. Kumpulan kami
telah menjadi pencatat masa semasa mengendalikan acara larian 4x400meter. Sebagai
pencatat masa, kami mendapati bahawa pencatat masa merupakan satu tugasan yang
paling penting dalam acara larian. Kami telah dibekalkan dengan ‘digital stopwatch’ semasa
menjadi penjaga masa. Antara kekuatan semasa melaksanakan tugasan sebagai pencatat
masa adalah semua pencatat masa bekerjasama dengan baik dan sentiasa membantu
antara satu sama lain dan kami telah mempelajari untuk menggunakan stopwatch serta cara
untuk mengambil masa..

Disebabkan hujan lebat pada 1 Mac 2018, acara sukantara telah ditangguhkan pada
4 Mac 2018. Pada 4 Mac 2018, saya telah menjadi hakim bagi acara larian 200 meter rumah
Panglima dan rumah Perwira serta pengurus pelajar bagi rumah Pendekar. Selepas acara
sukantara, setiap rumah sukan telah mengumpul markah mereka melalui kemenangan
mereka. Jadual 1.0 menunjukkan markah terkumpul pada hari sukantara.

RUMAH SUKAN MATA


PERWIRA 358
PAHLAWAN 351
PANGLIMA 294
PENDEKAR 254

 ACARA SARINGAN

Seterusnya, acara saringan diadakan bagi memilih lapan catatan terbaik ke pusingan
akhir. Acara saringan telah dijalankan pada hari 7 Mac 2018 dan 8 Mac 2018. Jadual 2.0
menunjukkan jadual acara saringan KOT kali ke-32. Sebagai penganjur, kami telah bergerak
mengikut jadual yang ditunjukkan dalam Jadual 2.0.

HARI MASA ACARA

3.30 pm Lompat Jauh – Akhir

7 MAC 2018 Lontar Peluru - Akhir


(Rabu) 200m - Saringan

5.30 pm 800 m - Akhir

6.00 pm Tarik tali - Saringan

5.00 pm Lompat tinggi – Saringan

8 MAC 2018 Merejam lembing - Akhir


(Khamis) 100 m - Saringan

6.00 pm 1500 m - Saringan


Jadual 2.0

Semasa acara saringan, kami telah menjadi kepegawai dan pengadilan pada 7 Mac
2018. Kami telah bertugas untuk pengadilan dan kepegawaian. Kumpulan kami telah
bertugas untuk larian 200meter dan 100 meter. Sebelum acara bermula kumpulan kami
telah memastikan ajk peralatan menyediakan peralatan seperti ‘starting blocks’, bendera
putih, bendera merah, wisel dan stopwatch.Kami telah memastikan semua atlet memakai
nombor dan memastikan semua atlet berada di padang tepat pada masa. Saya mendapat
pelbagai pengalaman semasa bertugas di padang. Selepas ajk acara mencatat masa kami
telah bertanggungjawab untuk membuat keputusan berkaitan masa rasmi yang di catat oleh
setiap peserta dengan mengisi semula maklumat yang di perlukan dalam borang laporan
ketua penjaga masa. Biasanya terdapat tiga atau dua jam digunakan untuk mengambil
masa seorang peserta. Dalam keadaan dua daripada tiga jam rasmi menunjukkan masa
yang sama dan jam ketiga mencatatkan masa berlainan, maka masa rasmi adalah masa
yang di tunjukkan oleh dua jam yang sama. Jika ketiga-tiga jam menunjukkan masa yang
berlainan maka jam yang menunjukkan masa di tengah-tengah di ambil sebagai masa
rasmi. Sekiranya dua jam di gunakan masa jam yang lebih lambat di terima sebagai masa
rasmi. Namun dalam keadaan tertentu ketua penjaga masa akan mengambil sendiri masa
perlumbaan, sekiranya terdapat perbezaan yang nyata ketua penjaga masa boleh
mengambil masa yang diambilnya sebagai masa rasmi.

SELEPAS KOT

Selepas hari Kejohanan Olahraga Tahunan, kami akan membuat laporan dan
memberikan beberapa refleksi dalam laporan tersebut. Laporan tersebut akan diberikan
kepada setiausaha program. Refleksi ini amat penting supaya penambahbaikan boleh
dibuat pada KOT akan datang. Sebagai ajk siaraya, saya telah mendapat pengalaman yang
positif.

Laporan disediakan oleh, 21 MAC 2018

(SUVASINEE A/P SARAWANA MUTHU)


Ahli Jawatankuasa KOT

IPG Kampus Ipoh

Rujukan

Amir Hamzah Aman. (2016). Olahraga dan Balapan. Kuala Lumpur: Penerbitan
Multimedia.

International Association of Athletics Federations. (2018). IAAF Competition Rules 2018-


2019: inforce from 1 November 2017. Dicapai daripada https://www.iaaf.org/about-
iaaf/documents/technical

Jawatankuasa Khas Teknikal SUKAN MALAYSIA XIX, PERAK 2018. (2018). Sukan
Malaysia Xix Perak, 2018: Peraturan Pertandingan Olahraga (Lelaki & Wanita).
Dicapai daripada https://www.komteknik.com/wp-
content/uploads/2018/03/PERATURAN-OLAHRAGA- SUKMA-2018..pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Undang-Undang Dan Peraturan Olahraga Majlis


Sukan Kolej Komuniti Malaysia (Maskom). Dicapai daripada
http://online.kkpg.edu.my/maskom/upload/Peraturan%20OLAHRAGA_140415.pdf

Kesatuan Olahraga Malaysia. (2018). Buku Peraturan Olahraga KOM 2018-2019. Bukit
Jalil, Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia.

Anda mungkin juga menyukai