Anda di halaman 1dari 17

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)

Disediakan oleh: Amy Ng Wei Ting Lim Kui Lik Ngin Wei Haw Ngu Hang Ling

www.pemadam.org. my

Sejarah PEMADAM
Ditubuhkan pada 22 Mac 1976. Ditadbirkan oleh satu badan yang dipanggil Majlis Anti Dadah PEMADAM Kebangsaan Mengikut perlembagaan Perdana Menteri Malaysia adalah Penaung PEMADAM. YB Dato' Athi Nahapan telah dilantik menjadi Yang Dipertua Pertama M.ac 1976 - Mei 1976

Misi PEMADAM
Membasmi dadah adalah tanggungjawab kita bersama. Kita perangi dadah habis-habisan

Visi PEMADAM
Negara Bebas Dadah 2015

Objektif PEMADAM?
Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk. Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN LANJUTAN.

Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini. Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.

Peranan PEMADAM
Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan pencegahan, pendidikan dan penerangan. Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan dadah dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum dan kursuskursus.

Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling. Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah.

Keahlian
a) Ahli PEMADAM Berumur 16 tahun ke atas sahaja. 2 kategori keahlian PEMADAM iaitu Ahli Biasa dan Ahli Tetap. b) Ahli Kelab PEMADAM Terbuka kepada mahasiswa dan mahasiswi IPTA / IPTS / Kolej / Universiti / Maktab. Berumur 18 hingga 25 tahun sahaja.

c) Sahabat PEMADAM Terbuka kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah. d) Sukarelawan PEMADAM Terbuka kepada orang ramai.

Peristiwa Penting
Seminar Jaringan Kerjasama Di antara Badan NGO (23 Januari 2007) Seminar Jaringan Kerjasama Di antara Badan NGO di Malaysia. 35 Badan Ngo telah hadir di dalam seminar berkenaan. Seminar ini adalah mengeratkan kerjasama dan sokongan NGO kepada PEMADAM dalam gerakan anti dadah seluruh negara.

Bengkel Undang undang Dadah (2 Jun 2007) Perbincangan mengenai Undang-Undang dan Akta Berkaitan Dengan Salah Guna Dadah dilaksanakan. Mesyuarat tersebut telah mengupas topik mengenai pengwujudan taskforce untuk membincangkan isu-isu dadah, cadangan pengwujudan satu Mahkamah Khas Dadah dan perbincangan usul-usul dan pelan tindakan. Seterusnya, terdapat tiga usul yang telah dibincangkan dan usul-usul ini telah diangkat sebagai objektif yang ingin dicapai dalam Bengkel Undang-Undang ini. Hasil bengkel ini akan dijadikan memorandum untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.

Majlis Pra Pelancaran Kempen Anti Hidu Gam 2007 (27 Jun 2007) Sempena menyambut Hari Anti Dadah Sedunia, satu pra pelancaran kempen anti hidu gam diadakan dengan memberikan banner anti hidu gam kepada semua wakil negeri dan wakil ngo dan kerajaan.

Berita penting!

Anggota tentera terlibat dadah akan dibuang kerja


12/10/2011 Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID, Utusan Malaysia 11/10/2011 2:42am MELAKA 11 Okt. Anggota tentera yang terlibat dengan penagihan dadah akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang kerja bagi memastikan gejala itu tidak menular. Panglima 10 Briged Para, Brigedier Jeneral Tengku Ahmad Noor Tuan Chik menegaskan tidak akan berkompromi dengan mereka yang terlibat dalam penagihan dadah kerana penglibatan anggota tentera dalam masalah itu boleh menjejaskan nama baik organisasi. Menurut beliau, anggota yang didapati bersalah terlibat dengan gejala sosial itu juga tidak akan terlepas daripada tindakan tatatertib dan undang-undang tentera. "Negara tidak boleh ada penagih dadah untuk menjaga keselamatan negara. Apa juga tindakan yang diambil bergantung kepada jenis kesalahan dilakukan, tetapi dalam hal dadah, kita tidak boleh berkompromi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun 10 Briged Para Ke-17 di Dataran Artileri, Kem Terendak di sini semalam. - Utusan

Indonesia
12/10/2011 Utusan Malaysia KLANG 11 Okt. - Polis sedang menyiasat kemungkinan wanita Indonesia yang ditahan dalam serbuan di sebuah hotel tiga bintang di sini Ahad lalu, berperanan membawa dadah dari negara ini ke Indonesia. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, berdasarkan maklumat, wanita berusia 30-an itu datang ke Malaysia sejak sebulan lalu dan berdasarkan pasport miliknya, dia sepatutnya pulang ke Indonesia semalam. Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati, wanita berkenaan mengaku baru berkenalan dengan suspek lelaki yang dipercayai ketua sindiket pengedaran dadah yang mati dalam serbuan tersebut.Pada sidang akhbar itu, Mohamad turut mendedahkan, kesemua rampasan dadah yang dibuat semasa serbuan Ahad lalu bernilai RM79,000 termasuk wang tunai RM3,730. Katanya, keseluruhan dadah yang dirampas adalah 426 biji pil ekstasi, 150 gram syabu, 251 gram heroin dan satu peket ganja. Menurut beliau, kesemua dadah itu ditemui pada mayat suspek lelaki yang mati dan di dalam kereta Proton Iswara yang didaftar

Anda mungkin juga menyukai