Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan

Program Bina Insan Guru merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan
pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Penddikan
Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua
pelajar IPGM. Melalui aktiviti yang dirancang pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan
mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah
pembangunan diri sebagai insan guru yang berterusan. Program ini diharap dapat
melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan konsep kendiri, sahsiah dan kuasa
professional yang tinggi serta bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan
dan arus globalisasi.

Laporan Ringkas Program Bina Insan Guru

Pada 26 hingga 30 Ogos lalu, seramai 25 orang siswa guru daripada unit PDPP
ambilan Jun 2019 (BC SK) telah menyertai Program Bina Insan Guru (BIG) yang bertempat
di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh selama 5 hari 4 malam. Siswa guru yang terlibat
terdiri daripada 17 orang peserta lelaki dan 8 orang peserta wanita, 7 orang jurulatih yang
terdiri daripada pensyarah unit kokurikulum dan seorang staf yang diketuai oleh Encik Faozi
bin Md Nor selaku kem komandan. Semua aktiviti yang dirancang telah berjaya
dilaksanakan dengan jayanya.

Pengemasan Alatan dan Taklimat Perkhemahan

Tarikh: 26.8.2020

Masa: 8.00 pagi

Tempat: PULAKO

Pensyarah: Puan Shahaliza dan Encik Faozi

Pada jam 8 pagi, semua peserta berkumpul di PULAKO bagi menghadiri sesi
taklimat perkhemahan bersama kem komandan, Encik Faozi dan Puan Shahaliza. Segala
butiran mengenai tentatif program , peralatan yang perlu disediakan serta prosedur operasi
standard (SOP) ketika musim pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia pada ketika
ini telah disampaikan secara jelas dan terperinci kepada peserta program. Pengamalan SOP
yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan
Negara (MKN) telah dijelaskan secara mendalam agar kesemua peserta menitiberat serta

1
mengamalkan segala garis panduan yang telah ditetapkan sebagai inisiatif mengelakkan
daripada berlakunya jangkitan tersebut sepanjang perkhemahan ini berlangsung.

Pada jam 10 pagi, semua ahli jawatan kuasa (AJK) bagi setiap tugas masing-masing
menyediakan atau menyusun peralatan yang diberikan untuk digunakan sepanjang program
ini berlangsung. Senarai semak juga telah diberikan untuk melicinkan lagi tugas AJK terlibat.

Pengurusan Kem dan Mendirikan Khemah

Tarikh: 26.8.2020

Masa: 3.00 petang

Tempat: PULAKO

Pensyarah: Puan Shahaliza dan Encik Mohamad bin Lani

Para peserta telah bersama-sama mendirikan khemah induk dan khemah peserta.
Sebanyak 9 khemah peserta telah didirikan bersama-sama khemah induk. Proses
mendirikan khemah peserta berjalan dengan lancar kerana kebanyakan peserta sudah
berpengalaman dalam mendirikan khemah . Proses mendirikan khemah induk pula agak
mencabar kerana khemah induk yang didirikan pada awalnya tidak kukuh, di samping tidak
semua peserta bersama-sama mendirikan khemah induk kerana ada yang sedang
mendirikan khemah peserta. Setelah mendapat tips dan tunjuk ajar daripada Encik
Mohamad, kami berjaya mendirikan khemah induk yang lebih kukuh dan tampak lebih
kemas daripada yang sebelumnya. Para peserta masing-masing tersenyum kepuasan
apabila selesai mendirikan khemah induk tersebut dengan jayanya.

Amalan Pemakanan

Tarikh: 26.8.2020

Masa: 8 malam

Tempat: PULAKO

Pensyarah: Puan Shahaliza

Sesi amalan pemakanan sihat telah diselia oleh Puan Shahaliza. Kami telah
diterangkan mengenai skop pemakanan seimbang dan diet pemakanan yang diperlukan
dalam kuantiti yang sihat. Amalan penjagaan kebersihan semasa penyediaan makanan juga
turut beliau tekankan supaya tidak berlaku keracunan makanan dan sebagainya. Beliau juga
telah menjelaskan tentang cara-cara pengurusan pemakanan semasa melakukan aktiviti

2
perkhemahan seperti menu masakan yang sesuai ketika perkhemahan, kekemasan tempat
makan dan dapur di tapak perkhemahan dan sebagainya.

Latihan Dalam Kumpulan

Tarikh: 26.8.2020

Masa: 9.30 malam

Tempat: PULAKO

Pensyarah: Puan Shahaliza

Aktiviti Latihan dalam Kumpulan (LDK) yang berlangsung sepanjang program ini
disediakan oleh saya sebagai AJK yang bertugas. Aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah
Si Buta dan Si Celik iaitu permainan yang memerlukan setiap kumpulan memberikan arahan
yang tepat kepada ahli kumpulan yang menutup mata bagi mengutip guli dan
memasukkannya kedalam bekas.. Objektif yang ingin dicapai bagi melaksanakan aktiviti ini
ialah melatih keupayaan peserta memberikan arahan yang tepat dan efisien. Semua peserta
dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap ahli kumpulan telah melaksanakan
aktiviti ini dengan begitu semangat sekali.

Orienteering

Tarikh: 27.8.2020

Masa: 7.30 pagi

Tempat: PULAKO

Pensyarah: Encik Zulkiply

Pada pagi ini, kami telah bersama-sama Encik Zulkiply mempelajari teknik
orienteering. Ilmu ini amat penting kerana boleh menjadi penyelamat sekiranya kami
tersesat di hutan. Kami bersama ahli kumpulan telah melakukan aktiviti membaca bearing,
melukis peta dan mencari bearing mengikut bearing yang diberikan. Aktiviti yang dijalankan
amat menyeronokkan kerana bukan sahaja kerana kami dapat ilmu baharu, tetapi sangat
berguna untuk kami praktikkan semasa menjadi guru kelak.

3
Kembara dan Ikhtiar Hidup

Tarikh: 27.8.2020

Masa: 10.30 pagi

Tempat: PULAKO

Pensyarah: Encik Faizal Izwan

Oleh kerana aktiviti kembara tidak dapat dijalankan di luar kampus atas faktor SOP
dan sebagainya, kami telah melakukannya di bukit belakang Pulako. Aktiviti ini diketuai dan
diselia oleh Encik Faizal Izwan bersama-sama Encik Mohamad dan Encik Azmi. Semua
peserta mula masuk ke dalam hutan mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan
akan dibekalkan dengan sebilah parang bertujuan membuat jalan atau membuang mana-
mana halangan yang menggangu laluan. Disebabkan cuti panjang kerana Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) selama 3 bulan, laluan dipertengahan jalan telah ditutupi oleh semak
samun yang tebal. Hal ini telah membantutkan perjalanan kami. Kami telah meluangkan
masa selama 20 minit bagi membuka semula laluan tersebut dengan tunjuk ajar dan
bantuan daripada pensyarah. Setelah itu, kami meneruskan kembara hingga sampai ke satu
tapak yang seakan-akan pentas mini. Kami telah berehat disitu untuk tempoh masa 15 minit
sambil menunggu ketibaan kesemua ahli kumpulan yang lain. Ketika sedang beritirehat,
pensyarah telah menceritakan tentang sejarah tapak tersebut. Sebelum menyambung
perjalanan pulang, Encik Faozi telah menyediakan satu tugas kepada setiap kumpulan
untuk dilaksanakan apabila keluar daripada hutan tersebut iaitu mengenai bantuan
kecemasan. Kumpulan saya telah dikehendaki untuk membuat balutan kaki terseliuh. Kami
diminta menggunakan bahan-bahan sedia ada yang terdapat di dalam hutan dan segala apa
yang kami bawa pada ketika itu. Kami kemudian meneruskan perjalanan dan berjaya keluar
ke kawasan berhampiran dewan. Selepas itu, kami kembali ke pulako dengan hasil balutan
kecemasan yang dibuat dan membentangkannya kepada rakan-rakan yang lain.

Latihan Dalam Kumpulan

Tarikh: 27.8.2020

Masa: 9.30 malam

Tempat: PULAKO

Pensyarah: Puan Shahaliza

4
Aktiviti LDK yang dijalankan pada hari ini ialah botol harapan, iaitu setiap kumpulan
memasukkan air ke dalam botol pada jarak dan masa yang telah ditetapkan dan pemenang
dinilai berdasarkan jumlah isipadu air yang ada di dalam botol. Objektif untuk aktiviti ini ialah
bagi memupuk semangat kekitaan dan berganding bahu dalam setiap aktiviti yang
diusahakan. Semua peserta melakukannya dengan bersemangat sekali.

Keyakinan di Air

Tarikh: 28.8.2020

Masa: 9.00 pagi

Tempat: PUSKEP MARA, Lenggong

Aktviti air yang berlangsung pada hari ini dijalankan di PUSKEP MARA, Lenggong.
Kami telah berkumpul di garaj bas seawal 6.30 dengan menyiapkan kelengkapan yang
diperlukan seperti jaket keselamatan, pakaian untuk aktiviti air, kasut air dan lain-lain.
Perjalanan ke destinasi tersebut mengambil masa kira-kira satu jam perjalanan. Setibanya di
sana, kami telah diberikan taklimat oleh fasilitator daripada PUSKEP MARA mengenai
tentatif perjalanan sepanjang kami di situ. Selepas itu, kami memulakan aktiviti keyakinan di
air. Antara aktiviti ang dijalankan ialah berenang kuak lentang, apungan diri, renang
kumpulan dengan memegang rakan dengan kaki seterusnya berenang ke darat. Selepas itu,
kami melakukan terjunan ke air daripada tempat yang berketinggian kira-kira 3 meter dari
permukaan air.

Kayak

Tarikh: 28.8.2020

Masa: 11.00 pagi

Tempat: PUSKEP MARA, Lenggong

Sebelum bermulanya aktiviti kayak, fasilitator daripada PUSKEP MARA telah


membuat briefing mengenai teknik asas kayak serta komponen dan fungsi pada kayak.
Kemudian , kami diminta untuk mencari pasangan bagi melaksanakan aktiviti ini sebelum
mengambil kayak dan memulakan aktiviti kayak. Kami berkumpul dengan menaiki kayak
masing-masing sebelum dilepaskan untuk berkayak di sungai. Bagi perjalanan pergi, kami
telah berkayak mengikut arus sungai, jadi tenaga yang diperlukan untuk mengawal kayak
tidak begitu banyak. Setibanya di perhentian, peserta lelaki bersiap untuk solat Jumaat.

5
Kami telah bersolat di masjid tersebut dengan mengikut SOP ketika di masjid. Usai solat,
kami makan dan bersiap untuk perjalanan pulang. Perjalanan pulang ternyata amat
mencabar. Perjalanan melawan arus memerlukan tenaga yang banyak bagi menggerakkan
dan mengawal kayak. Saya juga beberapa kali telah patah semangat ketika dalam
perjalanan pulang kerana kesakitan yang dirasai pada bahu saya. Namun dengan sokongan
daripada kawan-kawan dan para pensyarah, saya berjaya sampai semula ke PUSKEP
MARA meskipun menjadi antara kayak yang ketiga terakhir sampai ke destinasi. Sungguh
tidak sangka saya berjaya sampai ke penamat meskipun sudah patah semangat beberapa
kali sebelumnya.

Setelah itu, kami telah bergotong-royong membersihkan semula kayak yang


digunakan. Ini bertujuan menjamin ketahanan kayak tersebut, selain daripada menjaga
kebersihannya. Setelah selesai mengemas dan menukar pakaian, kami berangkat pulang.

Abseiling

Tarikh: 29.8.2020

Masa: 8.00 pagi

Tempat: PULAKO

Pensyarah: Encik Faozi

Sebelum memulakan aktiviti ini, kami diminta untuk memanaskan badan dan
melakukan regangan terlebih dahulu. Selepas itu, Encik Faozi memulakan taklimat dengan
memberikan penerangan yang panjang lebar mengenai aktiviti abseiling dan aspek
keselamatan yang wajib dipatuhi peserta. Antara peralatan yang digunakan untuk aktiviti ini
adalah seperti topi keselamatan, tali, harness, figure of 8, gloves, carabiner dan sebagainya.
Encik Faozi telah menerangkan fungsi setiap alat-alat tersebut.

Aktiviti ini dimulakan dengan beberapa orang peserta lelaki bersama-sama Encik
Faozi pergi ke tempat aktiviti untuk melakukan persediaan peralatan dan kawasan aktiviti.
Saya merupakan antara individu yang mula-mula naik bersama beliau. Setelah selesai
melakukan persediaan, setiap kumpulan akan bergilir-gilir naik ke atas bukit. Sebelum
memulakan aktiviti, peserta perlu melapor diri dengan menyebut nama, berat badan dan
“Am I on belay?”. Apabila penjaga di bawah menyatakan “belay on”, barulah peserta akan
turun ke bawah.

6
Aktiviti ini mengambil masa yang lama kerana kuantiti peralatan yang terhad. Saya
amat meminati aktiviti ini kerana belum pernah melakukannya pada sebelum ini. Saya juga
berjaya melakukan beberapa siri lompatan ketika turun sambil menggayakan diri ala-ala
seorang professional.

Malam Kebudayaan dan Majlis Penutup

Tarikh: 29.8.2020

Masa: 9.00 malam

Tempat: PULAKO

Pensyarah: Semua pensyarah

Untuk majlis penutup, kami telah membuat persediaan dengan membahagikan tugas
kepada beberapa kumpulan. Ada kumpulan yang menghias dewan Sri Keledang, ada
kumpulan menyiapkan BBQ dan ada kumpulan menyiapkan tempat makan untuk peserta
dan pensyarah.

Majlis penutup pada mala mini dimulakan dengan sesi santai makan-makan bersama
para pensyarah. Pensyarah dijamu dengan hasil bakar BBQ yang disediakan oleh pelajar
serta beberapa menu lain. Pada jam 9.30 malam, aktiviti malam kebudayaan bermula. Tema
bagi malam kebudayaan kali ini ialah bertemakan “P Ramlee”. Peserta bebas melakukan
sebarang persembahan sama ada nyanyian, lakonan dan sebagainya. Suasana pada ketika
ini begitu meriah sekali, dengan sorakan dan tepukan daripada penonton yang lain. Bagi
menngekalkan kredibili pengadilan, beberapa orang pensyarah dijemput untuk menjadi juri.
Pada malam ini, kumpulan saya berjaya mendapat tempat pertama dengan perbezaan
markah cuma 1 markah sahaja.

Usai persembahan, majlis diteruskan dengan majlis penutup oleh kem komandan
Encik Faozi. Penyampaian cenderahati kepada pensyarah turut diberikan atas tanda terima
kasih kerana telah mengorbankan segalanya bagi menjayakan program kami lebih-lebih lagi
pada waktu-waktu Covid sebegini.

Gotong-Royong

Tarikh: 30.8.2020

Masa: 9.00 pagi

Tempat: PULAKO

7
Pensyarah: Puan Shahaliza dan Encik Faozi

Semua peserta kembali ke Pulako bagi membersihkan kawasan kem seperti


meruntuhkan khemah induk dan peserta, mencuci peralatan abseiling dan membersihkan
kawasan sekitar kem. Kami telah membahagikan tugas kepada beberapa kumpulan bagi
menyiapkan aktiviti gotong royong ini denganlebih pantas. Peralatan abseiling seperti
harness dan tali telah dicuci dan disidai di kawasan berbumbung. Bagi kawasan stor pula,
kami telah menyusun kembali barang-barang dan peralatan yang digunakan berpandukan
senarai semak yang telah diberi sebelum ini.

Langkah-Langkah Keselamatan dan Prosedur Operasi Standard Sepanjang Aktiviti


BIG

SOP utama yang perlu dipatuhi sepanjang pelaksanaan program ini ialah pematuhan
kepada garis panduan Covid-19 seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka (face
mask) ketika tidak melakukan aktiviti lasak dan menjauhi kawasan sempit adalah sangat
dititikberatkan oleh pensyarah. Ada juga beberapa peralatan yang perlu kami sediakan
sendiri seperti sarung tangan. Ini bertujuan mengelakkan berlakunya perkongsian sesama
peserta yang mampu meningkatkan risiko jangkitan. Semua peserta dan pensyarah perlu
akur dengan SOP ini.

Bagi aktiviti seperti berenang dan berkayak, kami diwajibkan memakai buoyancy aid
bagi mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Sebelum melaksanakan aktiviti,
buoyancy aid tersebut diperiksa fungsinya terlebih dahulu sebelum selamat digunakan.
Pemakaian ini digunapakai terhadap kesemua peserta dan pensyarah BIG pada kali ini
bertujuan menjamin keselamatan masing-masing.

Untuk aktiviti abseiling pula, pensyarah telah berkali-kali mengingatkan peserta akan
kepentingan pemeriksaan peralatan. Sebarang kesilapan teknikal mampu mendatangkan
bahaya. Peserta turut diingatkan supaya memakai peralatan dengan betul. Sebelum peserta
memulakan abseiling, pemantauan daripada pensyarah terhadap aspek teknikal telah dibuat
bagi menjamin keselamatan peserta.

Penutup

Tuntasnya, dapat disimpulkan bahawa program yang dianjurkan sebegini


mendatangkan seribu satu manfaat kepada kami siswa guru. Setiap aktiviti yang dirancang
menepati kriteria yang perlu dilatih bagi membina jati diri kami sebagai guru kelak.
Pendedahan kepada pelaksanaan aktiviti kepada kami juga memberi gambaran awal
bagaimana untuk merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti atau program untuk

8
dikendalikan di sekolah nanti. Setiap perkara yang saya pelajari sepanjang program ini
memberikan saya satu suntikan semangat untuk bersiap siaga menjadi seorang guru pada
masa akan datang. Pelbagai nilai yang telah para pensyarah terapkan ke dalam diri kami,
sekaligus mendidik kami menjadi individu yang berkualiti, selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru, seterusnya dapat membantu
mendidik anak bangsa menjadi insan yang mempunyai sahsiah terpuji, berjiwa cekal dan
bersemangat waja.

Disediakan oleh,

(Muhammd Labib bin Azuan).

Peserta BIG,

IPG Kampus Ipoh.

9
Lampiran

Peserta mendirikan khemah induk Peserta solat berjemaah mengikuti SOP

Puan Shahaliza menceritakan tentang Aktiviti Kembara

amalan pemakanan

Sesi Orienteering Keyakinan di Air

Berkumpul sebelum berkayak Berkayak di sungai

10
Persediaan sebelum aktiviti abseiling Pemenang Malam Kebudayaan

Taklimat kaedah mencuci peralatan Harness yang telah dicuci dan disidai

11

Anda mungkin juga menyukai