Anda di halaman 1dari 2

MUHAMAD HARIS DANIAL BIN FIZAL

TUTORIAL EDUP3073

1. STRATEGI MELALUI AKT KESENIAN DAN KEBUDAYAAN


2. PENGINTEGRASIAN SENI DAN BUDAYA DLM PDPC
3. STATEGI MELALUI KURIKULUM KESENIAN (MPEL MUZIK DAN SENI)
4. KERJSAMA DENGAN BADAN BADAN KESENIAN NEGERI

Seni warisan Malaysia amat pentign utnuk dipelihara dalam kalangan masyarakat Malaysia
khususnya bermula dari peringkat sekolah. Aktiviti melalui kesian dan budaya dalam
pengaajran dan pembelajran yang boleh dilaksanakan adalah dengan sekolah
menggalakkan pelajar untuk menganjurkan persembahan atau pertunjukan budaya. Para
pelajar akan terlibat dalam membuat persembahan secara rasmi untuk mempamerkan
budaya Melayu. Sekolah boleh mengundang kumpulan-kumpulan seni untuk membuat
persembahan budaya seperti silat atau tarian tradisional semasa perhimpunan mingguan.
Sekolah juga bertanggunggjawab untuk membawa para pelajar menonton pertunjukan-
pertunjukan budaya untuk memupuk rasa cinta terhadap budaya ini. Selain daripada itu,
sekolah juga dapat menyambut hari-hari istimewa seperti Hari Keharmonian Kaum, Hari
Kebangsaan dan Hari Pertahanan Mutlak. Sambutan-sambutan hari istimewa ini
memastikan para pelajar mempelajari mengenai budaya sahabat lain bangsa. Selain
daripada itu, sambutan juga akan memastikan mereka boleh memahami budaya mereka
sendiri. Misalnya, untuk menyambut Hari Keharmonian Kaum, pertandingan permainan
tradisional yang dianjurkan boleh membuat pelajar-pelajar Melayu lebih memahami
permainan warisan bangsa mereka sendiri. Permainan seperti gasing, batu seremban dan
lain-lain. Mereka juga boleh belajar tentang permainan tradisional dari budaya lain.

Tambahan lagi, sekolah boleh menerapkan budaya dalam pengajaran. Para pelajar
boleh membuat kajian dan tinjauan budaya dalam pengajaran bahasa. Mereka pun boleh
ada permainan bahasa dan budaya dalam pengajaran bahasa. Misalnya, mereka boleh
bermain permainan tradisional, membuat tinjauan mengenai persepsi remaja terhadap
budaya mereka dan persembahan dan penerangan tentang cabang budaya dalam kelas.
Juga boleh membina kurikulum kesenian. Kurikulum kesenian termasuklah
penubuhan kelab-kelab kesenian, kelab tarian, kelab kebudayaan dan sebagainya.
Murid-murid digalakanuntuk menyertai kelab-kelab sedemikian di semua
sekolah yang terdapat di Malaysia. Dengan cara itu, minat pada kebudayaan dapat
dipupuk. Sebagai contoh, murid dari bangsaMelayu belajar tarian india, murid berbangsa
Cina belajar tarian joget, dan murid berbangsaIndia belajar tarian singa. Dari situ, terlihat
kepelbagaian dalam kebudayaan dan itulah yangmenjadi teras kepada bangsa yang
bersatu padu.
MUHAMAD HARIS DANIAL BIN FIZAL
TUTORIAL EDUP3073

Akhir seklai, kerajaan boleh membina sekolah seni. Sekolah seni bukan sekadar
memfokuskan pada satu bidang seni sahaja, tetapi turut melibatkan bidang seni yang
lain seperti seni lakon, seni nyanyian, seni lukisan dan sebagainya. Murid- murid yang
mempunyai potensi dan bakat dalam bidang kesenianaan diketengahkan supaya bakat
mereka akan terus digilap sehingga mencapai satu tahapyang tinggi.

Akhir sekali, badan kesenian negeri boleh menganjurkan lawatan ke luar negara.
Para pelajar boleh melawat ke luar negara sambil belajar. Misalnya, mereka boleh
berinteraksi dengan orang Melayu yang masih rapat dengan budaya. Pelajar-pelajar juga
akan mempelajari budaya orang kampung yang sudah tiada lagi di Singapura. Mereka juga
akan mempelajari cara-cara membuat kuih, ondeh-ondeh, batik, membuat raga dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai