Anda di halaman 1dari 2

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama Pelajar : MUHAMAD ADAM BIN MAT JUSOH


(b) Nama IPG : IPGK TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR
(c) Opsyen : PENDIDIKAN JASMANI 2
(d) Ambilan : JUN 2018
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca :

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: Sutera Dalam Lukisan

2. Pengarang: Abdul Talib Mohd Hassan

3. Tahun
2011
diterbitkan:

4. Diterbitkan oleh: Pelangi Publications Sdn. Bhd


Novel ini memaparkan kisah seorang pemuda iaitu Bujei yang
5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: mengalami kepayahan hidup dan konflik jiwa selepas kematian ibunya,
Fatimah ekoran daripada kebakaran di rumah mereka. Kebakaran
tersebut berlaku apabila bapa tirinya, Harun yang panas baran dan
kejam telah menyepak pelita sehingga akhirnya rumah mereka
terbakar. Bujei tidak mampu menyelamatkan ibunya, malah dituduh
menjadi penyebab kebakaran itu.

Kenangan pahit itu telah menjadikan Bujei atau nama sebenarnya


Mohamad Hafiz, akhirnya telah menjadi sasau akibat sering menjadi
cemuhan, dipandang hina, dan dipermain-mainkan oleh masyarakat
kampung. Bapa tirinya, Harun juga sering menyeksanya malah telah
cuba mengambil peluang untuk merampas hak milik Bujei yang
ditinggalkan oleh arwah ibunya.

Hidupnya keseorangan dan kesepian. Dia selalu pergi ke sungai untuk


bersendirian dan mengingati semula pelbagai kenangan pahit yang
dilaluinya.

Kehadiran Adila yang banyak membantunya memulihkan keyakinan diri


telah beransur-ansur mengubah perwatakan Bujei dan dia mulai
merasai erti kehidupan yang sebenar. Namun banyak dugaan yang
terpaksa diharunginya untuk meneruskan hubungan persahabatan
bersama Adila.
Bujei dibuli dan dipermain-mainkan oleh Alias dan kawan-kawannya.
Alias yang turut menyimpan perasaan terhadap Adila terus menyimpan
dendam terhadap Bujei dan Adila. Satu demi satu rancangan jahat
diatur dalam usaha untuk memiliki Adila. Alias sanggup merayu kepada
Bujei supaya memujuk Adila menerima dirinya. Bujei turut diperdaya
hingga akhirnya dia mempercayai Adila akan mengahwini Alias malah
Adila turut difitnah menghidap penyakit AIDS kerana kononnya terlibat
dalam perbuatan maksiat semasa menuntut di luar negara. Tujuannya
supaya Bujei membenci dan menjauhkan diri daripada Adila.

Kegagalan rancangannya menyebabkan dendam Alias kian membara.


Alias meminta bantuan daripada neneknya yang selalu sahaja menurut
kemahuannya iaitu Opah Arah untuk mendapatkan ilmu pengasih yang
akan mendorong Adila tunduk kepada kehendaknya. Alias akhirnya
telah menjadi tidak siuman.

Adila turut menolak hasrat Faizal yang mahu memujuknya kerana dia
kecewa dengan sikap Faizal yang berkahwin dengan orang lain.

Orang kampung telah melihat perubahan diri Bujei yang menjadi


manusia normal berbanding Alias yang kini telah mengambil alih
tempat Bujei menjadi orang yang tidak siuman.

Apabila yakin dan berpuas hati bahawa Bujei telah kembali normal dan
mampu berdikari, Adila berhasrat untuk kembali ke pangkuan
keluarganya di Kuala Lumpur kerana ditawarkan pekerjaan sebagai
seorang pensyarah di sebuah institut swasta. Sebelum pulang ke Kuala
Lumpur, Adila telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan
isterinya, Mak Lamah tentang keputusannya untuk menerima Bujei
sebagai pasangan hidupnya.

6. Manfaat/ - Berrtanggungjawab
pengajaran yang - Belas kasihan
diperoleh - Hapuskan penganiayan / kezaliman
daripada buku
yang dibaca:

7. Tandatangan:

* mentor hendaklah menghantar soft copy ke email: ahzeck@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai