Anda di halaman 1dari 4

GARIS PANDUAN

PENGENDALIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA


PENILAIAN PELAJAR SEMASA
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
(EDISI KEDUA)
Kelulusan Senat – 17 April 2020

PANDUAN UMUM

1. Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan khasnya kepada para


pensyarah yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kursus akademik yang ditawarkan oleh Universiti Sultan
Azlan Shah (USAS).

2. Garis panduan ini adalah terpakai sepanjang tempoh pelaksanaan


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytiharkan oleh kerajaan
Malaysia.

3. Garis panduan ini juga disediakan untuk semua program akademik


yang ditawarkan di USAS sama ada secara mod kerja kursus
sepenuhnya atau mod campuran.

4. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama arahan atau ketetapan


yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa
termasuk Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
(JPT, KPT), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pihak lain yang
berkaitan seperti badan profesional, Education Malaysia Global
Services (EMGS) dan lain-lain.

5. Pengendalian garis panduan ini adalah berdasarkan kepada Kalendar


Akademik USAS yang sedia ada.

1/4

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

6. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan


sepenuhnya secara atas talian (online) sebagaimana arahan yang
dikeluarkan melalui Memo Perhubungan Pejabat Timbalan Naib
Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar bertarikh 17hb Mac 2020
No. Ruj: BIL.(36) DLM. USAS.100 (TNCA)-1.JLD.14.

7. Para pensyarah diminta untuk melaksanakan kuliah berdasarkan


ketetapan jadual kuliah sedia ada. Para pensyarah juga perlu log
masuk (log in) melalui portal staf (virtualcampus.usas.edu.my) atau
Sistem Pengurusan Pembelajaran/Learning Management System
(LMS) bagi tujuan ini.

8. Aktiviti kuliah atas talian boleh menggunakan platform LMS USAS atau
platform lain yang sesuai antaranya Google Classroom, Schoology,
Zoom, Quizziz, Whatsapp.

9. Bagi kaedah pembelajaran jarak jauh (remote learning) seperti


pembelajaran berbentuk tugasan dan pembelajaran kendiri, para
pensyarah diminta untuk mengeluarkan arahan pelaksanaan yang
jelas kepada para pelajar termasuk arahan penyerahan laporan
tugasan bagi tujuan penilaian.

10. Bagi kursus yang mempunyai komponen amali (sama ada sebahagian
atau keseluruhannya), aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh
dilaksanakan melalui video, virtual simulation atau kaedah lain yang
bersesuaian. Para pensyarah juga diminta untuk mengeluarkan arahan
pelaksanaan yang jelas kepada para pelajar termasuk arahan
penyerahan laporan tugasan amali bagi tujuan penilaian.

11. Bukti aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah direkodkan


dengan sistematik termasuk difailkan dalam Fail Kursus. Ini bertujuan
untuk memurnikan sebarang proses audit/penilaian program akademik
yang akan dilaksanakan kelak sama ada oleh pihak JPT, MQA, atau
Lloyd’s Register.

STUDENT LEARNING TIME (SLT) / KREDIT

12. Pengubahsuaian dan perubahan terhadap pembelajaran dan penilaian


pelajar yang memenuhi sekurang-kurangnya 70% hingga 80%
keperluan SLT asal boleh dipertimbangkan sebagai memenuhi
keperluan kredit, mencapai gred pencapaian pelajar dan hasil
pembelajaran minimum yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun,
pertimbangan ini tertakluk kepada kesesuaian bidang kursus dan
badan-badan profesional yang berkaitan.

2/4

PENILAIAN PELAJAR

13. Komponen penilaian kursus akademik sedia ada lazimnya adalah


berdasarkan kombinasi antara Modul Penilaian Berterusan (40%–60%)
dan Modul Penilaian Akhir (60%-40%). Penilaian Akhir juga biasanya
dilaksanakan melalui kaedah Peperiksaan Akhir (Bertulis).

14. Panduan pengendalian peperiksaan semasa PKP ini dinyatakan


seperti berikut susulan Makluman Pengendalian Peperiksaan
Semester II 2019/2020 yang dikeluarkan oleh Bahagian Kemasukan
dan Rekod (BKR) bertarikh 6 April 2020 No. Ruj: Bil.(10) USAS.700
(HEA)-3/7 JLD 2:

a. Tiada peperiksaan akhir dilaksanakan secara fizikal pada


Semester II Sesi Pengajian 2019/2020 dan digantikan dengan
penilaian berterusan sepenuhnya (100%). Pensyarah boleh
mengadakan penilaian berterusan dalam bentuk take-home-
exam, open-book-exam, peperiksaan secara online, tugasan
akhir dan sebagainya bergantung kepada kesesuaian kursus
pengajian dan kaedah secara atas talian yang digunakan.

b. Staf akademik dikehendaki membuat penilaian berterusan


bermula dari minggu ke-9 sehingga minggu ke-16 dan selesai
mengisi markah penilaian akhir pelajar ke dalam sistem
pemarkahan sebelum berakhir minggu ke-17.

c. Sistem pemarkahan sedia ada (40% - 60% kerja kursus dan


60% - 40% peperiksaan akhir) akan ditukarkan kepada 100%
penilaian kerja kursus bagi semester ini untuk melancarkan
urusan pengisian markah.

15. Prinsip utama penggantian peperiksaan akhir dengan lain-lain bentuk


kaedah penilaian ini seharusnya mampu:

a. mengukur pencapaian pelajar secara individu, DAN

b. mengukur pencapaian pelajar berdasarkan hasil pembelajaran


kursus (Course Learning Outcome - CLO) yang telah ditetapkan
dalam Table 4 (silibus kursus), DAN

c. memelihara sebaik mungkin aspek Kesahan (Validity),


Kebolehpercayaan (Reliability) dan Keadilan (Fairness) dalam
pelaksanaan kursus akademik tersebut.

16. Kelonggaran diberi kepada kursus-kursus yang berbentuk hands on


untuk dilaksanakan secara kerja kursus sepenuhnya atau diberi Gred
Sedang Maju (GSM) mengikut kesesuaian kursus berkenaan.
Manakala bagi kursus latihan ilmiah / penulisan akademik juga boleh
diteruskan dengan mod yang sama atau ditukar kepada mod kerja

3/4

kursus. Rekod markah bagi kursus berkaitan hendaklah direkodkan


dan disimpan dengan baik oleh para pensyarah.

17. Kursus-kursus berbentuk hands on yang tidak sesuai diberi penilaian


secara berterusan dan perlu diberikan gred GSM hendaklah
disenaraikan serta diperincikan oleh setiap jabatan dan dimaklumkan
kepada BKR.

18. Markah hendaklah dimasukkan ke dalam Sistem Kemasukan Markah


berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh BKR.

19. Para pensyarah amatlah disarankan untuk menggunakan Template


Excel-CLO USAS bagi tujuan pengukuran CLO kursus akademik
masing-masing.

LATIHAN INDUSTRI (LI)

20. Para pelajar yang telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 70%


hingga 80% daripada tempoh LI, boleh dipertimbangkan sebagai
telah melengkapkan komponen LI. Walau bagaimanapun, perkara ini
adalah tertakluk kepada kesesuaian bidang kursus dan badan-badan
profesional yang berkaitan.

21. Para pelajar yang masih lagi belum melengkapkan sekurang-


kurangnya 70% hingga 80% daripada tempoh LI tersebut boleh
menggantikan LI dengan kaedah atau alternatif lain yang bersesuaian
sama ada melalui program yang melibatkan kerjasama industri dan
penyeliaan dibuat oleh pengamal industri (contoh: projek berasakan
industri) atau kajian kes (case study). Pihak Fakulti akan
mengeluarkan arahan yang terperinci bagi tujuan ini. Walau
bagaimanapun, perkara ini juga adalah tertakluk kepada kesesuaian
bidang kursus dan badan-badan profesional yang berkaitan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Fakulti/Pusat/Jabatan


Pengajian yang berkenaan.

JABATAN PENGURUSAN JAMINAN KUALITI (JPJK)


UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
6 APRIL 2020

4/4

Anda mungkin juga menyukai