Anda di halaman 1dari 66

PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015

Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

1
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 3-5, GALERIA PjH
JALAN P4W, PERSIARAN PERDANA PRESINT 4
62100 PUTRAJAYA

No. Tel. : 03 8891 9000


No. Faks : 03 8891 9300
Laman Sesawang : http://politeknik.gov.my
E-mel : webjppoli@mohe.gov.my

© Jabatan Pendidikan Politeknik

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian di dalam buku ini tidak dibenarkan untuk
disalin, disimpan dalam apa-apa bentuk samada cara elektronik, mekanikal, penggambaran
\semula dan perakaman atau apa cara yang memungkinkan untuk diterbitkan semula tanpa
izin daripada Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.

ISBN : xxx-xxx-xxxx-x-x

Diterbitkan oleh:
Jabatan Pendidikan Politeknik
Kementerian Pendidikan Malaysia

Dicetak oleh:Inspirecom
KANDUNGAN
UNIT PERKARA MUKASURAT

1.0
KATA ALUAN PENGARAH 3

2.0
PENGHARGAAN 4

3.0 MATLAMAT

4.0
PENGENALAN 5

5.0 PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

6.0 PENTAKSIRAN DOMAIN PEMBELAJARAN MELALUI


KERJA KURSUS 6

PENTAKSIRAN DOMAIN KOGNITIF (PENGETAHUAN)

PENTAKSIRAN DOMAIN AFEKTIF (KEMAHIRAN INSANIAH) 8

PENTAKSIRAN DOMAIN PSIKOMOTOR (KEMAHIRAN PRAKTIKAL)

7.0
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS 3

8.0
PENUTUP 4

9.0
LAMPIRAN 45
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

1
KATA ALUAN PENGARAH

Kini pelaksanaan Transformasi Politeknik telah memasuki fasa kedua yang telah berlangsung
dari tahun 2013 – 2015. Agenda transformasi politeknik memberikan fokus kepada peng-
hasilan graduan yang berkualiti yang mensasarkan peningkatan kadar employability sehing-
ga 85% menjelang tahun 2020. Antara faktor penting dalam pencapaian objektif tersebut
adalah penjajaran antara tiga aspek utama dalam penawaran sesuatu program pengajian
iaitu kurikulum yang relavan, pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang
berkesan dan pentaksiran yang tepat. Penggunaan pendekatan Outcome Based Educa-
tion (OBE) yang disarankan oleh pihak MQA kepada semua pembekal pendidikan tinggi
di Malaysia memerlukan komitmen yang tinggi dari semua pihak di Jabatan Pendidikan
Tinggi dan Politeknik dalam menjayakan pelaksanaannya. Sehubungan dengan ini, Baha-
gian Pembangunan Kurikulum (BPK) menyahut cabaran ini dengan semangat yang tinggi
demi kepentingan sistem pendidikan di politeknik dan pencapaian objektif untuk menghasil-
kan graduan yang berkualiti bagi mencapai agenda transformasi politeknik. Maka melalui
Panduan Penilaian Kerja Kursus Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan
Elektrik ini disediakan sebagai satu bahan rujukan dalam memudahcara warga Jabatan
Kejuruteraan Elektrik di semua politeknik memahami kaedah penilaian yang betul di dalam
melaksanakan program pengajian yang ditawarkan di jabatan masing-masing. Akhir kata,
saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pegawai – pegawai yang terlibat den-
gan penghasilan buku ini. Semoga ianya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Sekian,
terima kasih.

MOHAMAD BIN ABDULLAH


Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum
Jabatan Pendidikan Politeknik

5
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

2
PENGHARGAAN

Panduan Penilaian Kerja Kursus


Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik ini telah disediakan oleh:

NOORFOZILA BINTI BAHARI


Pensyarah Utama
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
noorfozila@polisas.edu.my

NOOR AZIZAN BIN ITAM


Pengarah
Politeknik METRO Kuala Lumpur (PMKL)
Jabatan Pendidikan Politeknik
naziza1533@gmail.com

NOOR FAZNYZAHUDA BINTI FUAD


Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
Jabatan Pendidikan Politeknik
faznyzahuda.fuad@moe.gov.my

6
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

3
MATLAMAT
Panduan Penilaian Kerja Kursus ini diterbitkan bertujuan untuk dijadikan sebagai satu
bahan rujukan dan garis panduan dalam memudahcara kepada pensyarah yang mengajar
kurikulum program pengajian kejuruteraan elektrik dan khusus kepada pensyarah program
dalam bidang-bidang lain di Politeknik di dalam melaksanakan Penilaian Kerja Kursus,
Sistem Pendidikan Politeknik. Panduan ini akan dikemaskini dan ditambah baik kandungan
panduan ini dari semasa ke semasa.

Panduan ini diharapkan dapat menghasilkan perkara – perkara berikut dengan jayanya:

n menyelaras kefahaman pensyarah mengenai konsep penilaian dan pentaksiran kerja


kursus.

n membantu menyelaras intepretasi pensyarah terhadap kaedah penilaian kerja kursus


di dalam Coursework Assessment Specification Table (AST) yang terdapat di dalam
kurikulum kursus.

n menyelaras perancangan dan pemantauan penilaian kerja kursus melalui Coursework


Item Specification Table (CIST).

Catatan : Bagi program-program dalam bidang-bidang lain, panduan ini boleh dijadikan
rujukan dalam melaksanakan proses pentaksiran kerja kursus program masing-masing.
Antara yang dibincangkan adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam
mentaksir kerja kursus berdasarkan kurikulum.

7
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

4
PENGENALAN
Outcome Based Education (OBE) adalah model pendidikan yang digunapakai oleh Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA) bagi sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Mulai tahun 2011,
MQA melaksanakan sepenuhnya Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dan akreditasi
program melibatkan 9 bidang jaminan kualiti yang juga berkait rapat dengan OBE. Mulai
sessi Jun 2010, sistem pendidikan politeknik telah menawarkan program-program pengajian
yang dibangunkan mengikut konsep Outcome Based Learning (OBE). Pelaksanaan OBE
menitikberatkan empat (4) perkara berikut dilaksanakan dengan sejajar, berkesan dan
mantap bagi memastikan program-program pengajian yang ditawarkan memperolehi status
akreditasi dari MQA iaitu :

a. kefahaman mengenai kurikulum

b. proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas

c. pentaksiran pelajar

d. penilaian dan penambahbaikan program yang berterusan.

Pelaksanaan OBE memberi tumpuan kepada pencapaian hasil pembelajaran oleh pelajar bagi
membolehkan mereka melakukan apa yang dihasratkan dalam sesuatu program pengajian.
Kurikulum program pengajian politeknik dibangunkan mengikut rekabentuk yang digariskan
seperti dalam konsep OBE iaitu Design Down. Ia bermula dengan mengenalpasti objektif
program, hasil pembelajaran pada peringkat program dan akhir sekali hasil pembelajaran
pada peringkat kursus. OBE pada dasarnya adalah perubahan fokus daripada input dan
proses kepada outcomes. Pencapaian outcomes adalah ukuran prestasi pembelajaran
pelajar. Sekiranya outcomes tidak dicapai, maka kita perlu melihat semula input dan
proses pembelajaran. Pendekatan OBE ini juga menitikberatkan pengukuran kemahiran
insaniah (softskills) ke atas pelajar di samping kepentingan proses pembelajaran bagi
peningkatan kebolehan pelajar dari pengetahuan dan kemahiran praktikal. Strategi proses
pembelajaran dan pengajaran adalah amat penting dalam memastikan pelajar mencapai
hasil pembelajaran yang dihasratkan. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan semasa proses
pembelajaran dan pengajaran sama ada di dalam atau di luar kelas perlu menggunakan
kaedah yang pelbagai dan berkesan ke atas pembelajaran pelajar. Pensyarah perlu

8
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

sentiasa memikirkan kaedah terbaik dan berkesan serta melakukan penambahbaikan


semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Bagi mencapai hasil pembelajaran yang
dihasratkan, pelaksanaan OBE memerlukan penambahbaikan dalam pentaksiran pelajar.
Pentaksiran yang dilaksanakan adalah bertujuan mengenalpasti sejauh mana seseorang
pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah dikenalpasti. Pentaksiran tidak lagi tertumpu
kepada tahap pencapaian dalam pengetahuan dan kemahiran praktikal tetapi juga prestasi
dalam kemahiran insaniah. Pelaksanaan OBE ini juga mementingkan proses penilaian dan
penambahbaikan sesuatu program pengajian yang ditawarkan. Penggunaan pendekatan
OBE terhadap pembelajaran pelajar melibatkan empat bidang kerja yang penting bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar dalam program kita iaitu :

a. mengenalpasti dengan jelas apa yang pelajar harus lakukan apabila menamatkan
pengajian mereka (Learning Outcomes)

b. merekabentuk kurikulum, pembelajaran dan pengajaran serta pentaksiran bagi


membolehkan pelajar mencapai hasil pembelajaran (Constructive Alignment)

c. mengumpul data mengenai pencapaian hasil pembelajaran (Outcomes Assessment)

d. menggunakan data pentaksiran untuk melaporkan penambahbaikan program/kursus


(Continual Quality Improvement)

9
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

5
PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
Pentaksiran Kerja Kursus bermaksud pentaksiran tugasan teori dan amali yang dilaksanakan
oleh pelajar di dalam atau di luar bilik kuliah yang memberi hasil kepada keputusan penilaian
keseluruhan. Ianya dinilai berasingan dari peperiksaan akhir. Kerja kursus boleh dilaksanakan
secara individu atau berkumpulan.

Penilaian Kerja Kursus bermaksud kaedah pentaksiran yang dilaksanakan secara


berterusan bagi mengukur hasil pembelajaran pelajar dalam domain pembelajaran iaitu
kognitif, psikomotor dan afektif.

SUMMATIF
(peperiksaan
akhir)

JENIS-JENIS
PENILAIAN
DIAGNOSTIK FORMATIF
(kerja kursus)

Rajah 5.1 : Jenis – Jenis Penilaian

5.1 JENIS PENILAIAN KERJA KURSUS

Penilaian boleh dilaksanakan melalui tiga cara iaitu penilaian secara visual, lisan
dan bertulis. Penilaian secara visual sesuai untuk menilai hasil seni lukisan, seni
grafik atau gambar. Penilaian secara lisan pula adalah penilaian melalui temuduga
atau pembentangan. Manakala penilaian secara bertulis adalah penilaian yang
memerlukan pelajar menjawab soalan secara bertulis melalui kuiz, ujian dan
sebagainya.

10
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Rajah 5.2 : Penilaian Kerja Kursus

5.2 BENTUK PENILAIAN KERJA KURSUS

Terdapat enam bentuk penilaian kerja kursus iaitu Penilaian Kendiri, Penilaian
Rakan Sebaya, Penilaian Pensyarah, Penilaian Pihak luar, Penilaian Secara
Individu dan Penilaian Secara Berkumpulan. Bentuk-bentuk penilaian ini adalah
seperti Rajah 5.3 di bawah.

Rajah 5.3 : Bentuk-Bentuk Penilaian

11
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

5.2.1 Penilaian Kendiri (Self Assessment)

Penilaian kendiri adalah bertujuan untuk :

a. memberi peluang kepada pelajar untuk menilai pencapaian diri.


b. membolehkan pelajar menganalisis pencapaian mereka.
c. menjadikan pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka sendiri.

Bagi menjalankan penilaian kendiri, pelajar perlu mengetahui dengan


jelas tujuan penilaian kendiri dan hasil pembelajaran yang ditetapkan.

Pensyarah bertindak hanya sebagai fasilitator dengan memberi maklum


balas kepada pelajar mengenai kualiti penilaian kendiri mereka.

Contoh penilaian kendiri ialah penilaian berkaitan domain afektif /


kemahiran insaniah pelajar (bergantung kepada kesesuaian kursus).

5.2.2 Penilaian Rakan Sebaya (Peer Assessment)

Penilaian rakan sebaya membolehkan pelajar untuk :

a. menilai rakannya dalam tugasan yang diberi.


b. menjadikan rakannya sebagai sumber untuk memahami,
menyemak dan membandingkan kualiti kerja berdasarkan kriteria
yang telah ditetapkan.

Penilaian rakan sebaya dapat membantu pelajar memperoleh kefahaman


pengetahuan, menggalakkan penglibatan aktif dalam proses penilaian,
meningkatkan penumpuan dan memotivasikan pelajar dalam proses
pembelajaran.

Penilaian rakan sebaya boleh dilakukan semasa aktiviti yang melibatkan


kerja berkumpulan seperti Pembentangan, Kerja Praktikal, Capstone
dan Projek.

12
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

5.2.3 Penilaian Pensyarah

Penilaian pensyarah merupakan aktiviti penilaian kerja kursus pelajar


yang dilaksanakan secara individu atau berkumpulan oleh pensyarah.
Contoh penilaian pensyarah termasuklah penilaian diagnostik.

Penilaian diagnostik (yang juga dikenali sebagai pra-penilaian) memberi


pensyarah maklumat tentang tahap kefahaman pelajar sebelum
memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini juga
memberi maklumat berapa banyak pembelajaran yang telah berlaku
selepas suatu aktiviti pembelajaran selesai. Pensyarah lazimnya membina
konsep-konsep secara jujukan sepanjang kursus.

Penilaian diagnostik bertujuan membantu pensyarah untuk :

a. merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


b. mengesan kesesuaian kurikulum dan peralatan.
d. memperbaiki pencapaian pelajar melalui maklumbalas yang jelas
mengenai kemajuan dan pencapaian mereka.

5.2.4 Penilaian oleh Pihak Luar

Penilaian dilaksanakan oleh pihak luar yang diperakui dan mempunyai


kredibiliti dalam suatu bidang. Tujuan penilaian bentuk ini adalah untuk
mendapat sesuatu pengiktirafan dari pihak luar tersebut. Contohnya,
pemeriksa dari pihak luar (external examiner) dan panel dari pihak
industri.

5.2.5 Penilaian Secara Individu

Prestasi pelajar dinilai secara individu menggunakan instrumen


pentaksiran seperti kuiz dan ujian.

5.2.6 Penilaian Secara Berkumpulan

Pelajar lazimnya akan terlibat dengan aktiviti berkumpulan seperti projek,


perbincangan dan pembentangan. Penilaian kemahiran insaniah seperti
kebolehan bekerjasama dalam kumpulan (teamwork) dan kepemimpinan
(leadership) boleh diukur melalui aktiviti seperti ini.

13
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

5.3 KAEDAH PENILAIAN KERJA KURSUS

Pelbagai kaedah telah dicadangkan bagi mengukur hasil-hasil pembelajaran


kognitif, psikomotor dan afektif. Rajah 5.4 di bawah menunjukkan contoh
kaedah-kaedah penilaian kerja kursus.

Rajah 5.4 : Kaedah Penilaian Kerja Kursus

14
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

6
PENTAKSIRAN DOMAIN PEMBELAJARAN MELALUI
KERJA KURSUS
Pentaksiran kerja kursus mencakupi pentaksiran domain-domain pembelajaran kognitif,
psikomotor dan afektif. Domain-domain pembelajaran ini dinyatakan secara jelas di dalam
Hasil Pembelajaran Kursus [ Course Learning Outcome - (CLO) ] dan Matriks / Pemetaan
Kursus Melawan Hasil Pembelajaran Program [Programme Learning Outcome - (PLO) ].
Kedua-dua hasil pembelajaran ini iaitu CLO kursus dan PLO program, adalah perkara-
perkara yang perlu dicapai oleh pelajar, maka dengan itu ia perlu ditaksir.
Pentaksiran domain-domain pembelajaran ini adalah mengikut Taksonomi Bloom dan
berpandukan carta-carta yang disertakan di Lampiran A, B dan C.
Setiap satu domain pembelajaran ini akan ditaksir menggunakan tugasan pentaksiran
yang dinyatakan secara terperinci melalui Assessment Specification Table (AST) dan akan
menggunakan instrumen pentaksiran yang sesuai.
Jadual Tugasan Pentaksiran dan Instrumen Pentaksiran yang digunakan bagi mentaksir
domain-domain pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif secara umum, diberikan di
Lampiran D.

6.1 Pentaksiran Domain Kognitif (Pengetahuan)

Domain kognitif ini dikenali juga sebagai domain berfikir (thinking) atau domain
pengetahuan (knowledge). Pentaksiran domain ini adalah mengikut aras-aras
Taksonomi Bloom yang ditunjuk di dalam Rajah 6.1 dan berpandukan carta yang
diberikan di Lampiran A.

Berdasarkan Rajah 6.1, domain kognitif disusun mengikut susunan menaik


iaitu dimulai dengan aras rendah iaitu pengetahuan (Know) dan Kefahaman
(Understand) dan diikuti dengan aras tinggi iaitu aplikasi (application), analisis
(analysis), sintesis (synthesis) dan penilaian (evaluation). Bagi setiap aras kognitif
ini terdapat himpunan kata kerja yang berada pada aras tersebut.

15
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Rajah 6.1 : : Domain Kognitif (Thinking – Knowledge) Taksonomi Bloom

Sebarang item yang hendak dibina untuk mentaksir domain kognitif ini haruslah
berpandukan kepada aras kata kerja yang digunakan di dalam pernyataan CLO
kursus. Aras item yang dibina tidak boleh melebihi aras kata kerja CLO tersebut.

16
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Contoh :

6.1.1 Tugasan Pentaksiran dan Instrumen Pentaksiran bagi Pentaksiran


Domain Kognitif

Contoh tugasan pentaksiran dan instrumen pentaksiran yang digunakan
untuk mentaksir domain kognitif adalah seperti yang ditunjukkan di
dalam Jadual 6.1 di bawah.

Jadual 6.1 : Tugasan Pentaksiran, Instrumen Pentaksiran dan Kaedah Pentaksiran

6.2 Pentaksiran Domain Afektif (Kemahiran Insaniah)

Hasil pembelajaran domain afektif adalah hasil pembelajaran yang berkait


dengan kemahiran insaniah. Kemahiran insaniah yang dimaksudkan ialah
Communication Skill, Social Skill & Responsibility, Professionalism, Moral &
Ethics, Entreprenuership, Life-long Learning & Information Management dan
Teamwork / Leadership.

17
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Untuk mentaksir domain afektif atau kemahiran insaniah ini, Rubrik Kemahiran
Insaniah digunakan. Kandungan rubrik ini boleh diubahsuai mengikut kesesuaian
diperingkat politeknik. Rubrik ini disediakan oleh Bahagian Peperiksaan dan
Penilaian (BPN), Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP).

Domain afektif Taksonomi Bloom ini dikenali juga sebagai domain perasaan
(feeling) atau domain sikap (attitudes). Pentaksiran domain afektif ini adalah
mengikut aras-aras Taksonomi Bloom yang ditunjuk dalam Rajah 6.2 dan
berpandukan carta yang diberikan di Lampiran B.

Berdasarkan Rajah 6.2, domain afektif disusun mengikut susunan menaik iaitu
dimulai dengan aras rendah iaitu menerima fenomena (receiving) dan bertindak
kepada fenomena (responding) dan diikuti dengan aras tinggi iaitu menghargai
(valuing), menyusun nilai-nilai (organization) dan menerap nilai-nilai (internalizing).
Bagi setiap aras afektif ini terdapat himpunan kata kerja – kata kerja yang berada
di bawah aras tersebut. Bagi program peringkat diploma, aras domain afektif
yang dominan ialah aras valuing, iaitu aras A3.

Rajah 6.2 : Domain Afektif (Feeling – Attitudes) Taksonomi Bloom

6.2.1 Tugasan Pentaksiran Domain Afektif

Domain afektif boleh ditaksir menggunakan tugasan pentaksiran yang


sama yang digunakan untuk mentaksir domain kognitif. Tugasan
pentaksiran yang berfungsi untuk mentaksir lebih daripada satu domain
pembelajaran dikenali sebagai tugasan ‘serampang dua mata’. Contoh
tugasan seperti ini adalah pembentangan dan projek.

18
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Tugasan pembentangan boleh digunakan untuk mengukur domain


kognitif dimana elemen yang ditaksir adalah kandungan pembentangan
tersebut yang berpandukan skema permarkahan. Pembentangan
berkenaan, pada masa yang sama juga boleh digunakan untuk mentaksir
domain kemahiran berkomunikasi, di mana kemahiran membuat
pembentangan ditaksir menggunakan rubrik kemahiran berkomunikasi.

Begitu juga dengan tugasan projek yang boleh digunakan untuk


mentaksir domain kognitif iaitu kandungan projek dan pada masa yang
sama boleh juga digunakan untuk mentaksir domain kemahiran problem
solving / critical thinking, kemahiran teamworking dan leadership.

Contoh tugasan pentaksiran dan kemahiran insaniah yang digunakan


untuk mentaksir domain afektif adalah seperti yang ditunjukan di dalam
jadual 6.2 di bawah.

Jadual 6.2 : Tugasan Pentaksiran, Kemahiran Insaniah dan Kaedah Pentaksiran

19
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

6.2.2 Rubrik Kemahiran Insaniah


Contoh rubrik kemahiran insaniah yang digunakan untuk mentaksir
domain afektif adalah seperti yang ditunjukan di dalam jadual 6.3 di
bawah.

a. Communication Skill

20
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

b. Social Skill & Responsibility

c. Entreprenuership

21
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

d. Professionalism, Moral & Ethics

22
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

e. Teamwork / Leadership Skill

23
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

f. Life-long Learning & Information Management Skill

Jadual 6.3 : Rubrik Kemahiran Insaniah

6.3 Pentaksiran Domain Psikomotor (Kemahiran Praktikal)

Domain psikomotor Taksonomi Bloom dikenali juga sebagai domain membuat


(doing) atau domain kemahiran praktikal (skill). Pentaksiran domain ini adalah
mengikut aras-aras Taksonomi Bloom yang ditunjuk di dalam Rajah 6.3 dan
berpandukan carta yang diberikan di Lampiran C.

Berdasarkan Rajah 6.3, domain psikomotor Taksonomi Bloom disusun mengikut


susunan menaik iaitu dimulai dengan aras rendah iaitu persepsi (perception)
dan menetapkan (set) dan diikuti dengan aras tinggi iaitu tindakbalas terarah
(guided response), mekanisma (mechanism), tindakbalas kompleks (complete
overt response), adaptasi (adaption) dan keaslian (organization). Bagi setiap aras
psikomotor ini terdapat himpunan kata kerja – kata kerja yang berada pada aras
tersebut.

24
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Rajah 6.3 : Domain Psikomotor (Doing – Skills) Taksonomi Bloom

6.3.1 Tugasan Pentaksiran Domain Psikomotor (Kemahiran Praktikal)

Domain psikomotor (kemahiran praktikal) juga ditaksir menggunakan


tugasan pentaksiran yang tertentu dan berdasarkan rubrik psikomotor
/ kemahiran praktikal yang dibina khusus bagi satu-satu kemahiran
praktikal yang hendak ditaksir.

Jadual 6.3 menunjukkan tugasan pentaksiran, instrumen pentaksiran


dan kaedah pentaksiran yang boleh digunakan untuk mentaksir domain
psikomotor.

25
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Jadual 6.4 : Tugasan Pentaksiran, Instrumen Pentaksiran dan Kaedah Pentaksiran

6.3.2 Rubrik Psikomotor / Kemahiran Praktikal

Untuk mentaksir kemahiran praktikal pelajar, rubrik psikomotor digunakan


untuk mengukur kemahiran praktikal ke atas pelajar. Tujuan penggunaan
rubrik adalah supaya penilaian kemahiran pelajar adalah konsisten dan
adil. Berikut diberikan ciri-ciri suatu rubrik yang baik.

a. Aspek / kriteria kemahiran praktikal di dalam rubrik mestilah


berkaitan dengan kemahiran praktikal yang hendak diukur.
b. Penskoran haruslah munasabah dan skor minimum adalah ‘1’.
c. Penerangan untuk setiap skor perlu jelas.
e. Skor yang mempunyai julat nilai tertentu perlu mempunyai penerangan
tepat dan jelas untuk setiap nilai dalam julat.

26
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Bagi suatu kursus yang ada kerja amali, rubrik psikomotor perlu dibina.
Rubrik psikomotor yang berbeza dibina untuk kerja amali yang berlainan
sekiranya kemahiran yang diperlukan di dalam setiap amali adalah
tidak sama. Sekiranya kemahiran psikomotor yang sama diperlukan di
dalam kesemua kerja amali maka memadai menggunakan satu rubrik
psikomotor yang sama.

Untuk gambaran lebih jelas tentang ciri-ciri rubrik yang baik, disertakan
di Lampiran F, contoh-contoh rubrik psikomotor yang selaras bagi
beberapa kursus Teras Disiplin (Discipline Core) bagi program-program
diploma Jabatan Kejuruteraan Elektrik.

6.3.3 Penilaian Psikomotor / Kemahiran Praktikal

Bagi penilaian psikomotor / kemahiran praktikal ke atas pelajar, markah


penilaian kemahiran adalah 100% berdasarkan rubrik pentaksiran
psikomotor. Namun dari sudut amalan pengajaran dan pembelajaran
di politeknik, pelajar diminta oleh pensyarah untuk menghantar laporan
amali (practical work report) untuk tujuan penilaian. Pada kebiasaannya
laporan amali mempunyai format dan elemen-elemen yang cenderung
kepada penilaian kognitif pelajar sebagai contoh, laporan amali akan
mempunyai bahagian data amali, perbincangan dan kesimpulan.

Untuk mengelak daripada laporan amali menjadi instrumen pentaksiran


yang dinilai 100% melalui penilaian kognitif, maka berikut diberikan
cadangan pembahagian markah di antara penilaian kognitif dan penilaian
psikomotor mengikut tahap pembelajaran pelajar.

Jadual 6.5 : Agihan Markah Penilaian Psikomotor dan Markah


Penilaian Kognitif

27
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

7
PERANCANGAN DAN PEMANTAUAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS

7.1 Konsep Dominan (Peringkat Kursus) Di Dalam Hasil Pembelajaran

a. Kursus di bawah Program Peringkat Diploma

Bagi kursus-kursus di bawah program peringkat diploma, aras-aras dominan


bagi domain pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif ditetapkan pada aras
aplikasi (C3), mekanisma (P4) dan menghargai (A3).

Dominan di sini bermaksud kandungan kursus pada aras C3 adalah melebihi


50%, manakala kandungan kursus pada aras-aras yang lain adalah pada
peratusan yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, kandungan kursus ini tidak
boleh melampaui aras tertinggi yang telah ditetapkan mengikut Matriks Kursus
Melawan Taksonomi bagi program.

Rajah 7.1 menunjukkan taburan aras-aras dan aras dominan bagi setiap hasil
pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif bagi kursus-kursus di bawah
program peringkat diploma.

Rajah 7.1 Taburan aras-aras kognitif, psikomotor dan afektif yang menunjukkan aras
dominan bagi kursus di bawah program peringkat diploma

b. Kursus di bawah Program Peringkat Ijazah Sarjana Muda

Bagi kursus-kursus di bawah program peringkat ijazah sarjana muda, aras-aras


dominan bagi domain pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif ditetapkan
pada aras analisis (C4), tindakbalas kompleks (P5) dan menerapkan nilai-nilai
(A4).

Ini bermaksud kandungan kursus pada setiap aras C4, P5 dan A4 adalah
melebihi 50%, manakala kandungan kursus pada aras-aras yang lain adalah

28
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

pada peratusan yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, kandungan kursus


ini tidak boleh melampaui aras tertinggi yang telah ditetapkan mengikut Matriks
Kursus Melawan Taksonomi bagi program.

Rajah 7.2 menunjukkan taburan aras-aras dan aras dominan untuk setiap hasil
pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif bagi kursus-kursus di bawah
program peringkat ijazah.

Rajah 7.2 Taburan aras-aras kognitif, psikomotor dan afektif yang menunjukkan aras
dominan bagi kursus di bawah program peringkat ijazah sarjana muda

7.2 Implikasi Penetapan Aras Domain Pembelajaran di dalam Hasil


Pembelajaran Kursus [ Course Learning Outcomes (CLO) ] Terhadap
Pentaksiran Kursus

Prinsip aras dominan dan aras tertinggi yang digunapakai semasa penulisan
kandungan kurikulum mempunyai implikasi terhadap pentaksiran kursus.
Ini adalah kerana aras CLO yang telah ditetapkan samada domain kognitif,
psikomotor dan afektif kursus berkenaan akan menjadi rujukan penting semasa
membina item bagi pentaksiran kerja kursus dan peperiksaan akhir. Secara
umumnya, dalam sesuatu kursus aras yang ditetapkan bagi sesuatu CLO
adalah merupakan aras tertinggi bagi domain berkenaan.

Penerangan di bawah adalah berkaitan dengan domain pembelajaran kognitif


sahaja.

Penerangan :

a. Sekiranya aras kognitif tertinggi kursus A ialah C3, maka aras kognitif
paling tinggi bagi item yang dibina dan aras dominan item. Ini bermaksud
pentaksiran kursus melibatkan >50% markah item yang dibina adalah item
pada aras aplikasi (C3). Item yang aras kognitifnya melebihi C3 di anggap
tidak sah (invalid) dan dengan itu tidak dibenarkan.

29
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

b. Sekiranya aras kognitif tertinggi kursus B ialah C4, maka aras kognitif paling
tinggi bagi item yang dibina ialah aras C4 tetapi dominan item masih pada
aras C3. Ini bermaksud >50% markah item yang digunakan untuk mentaksir
kursus adalah soalan pada aras aplikasi iaitu aras kognitif C3. Item pada
aras yang lebih tinggi daripada C4 di anggap tidak sah dan dengan itu tidak
dibenarkan.

7.3 Kaedah Pemantauan Aras Dominan Kursus

Di dalam pentaksiran kerja kursus lazimnya tugasan pentaksiran seperti kuiz,


ujian, pembentangan, end of chapter, essay dan lain-lain kaedah digunakan
untuk mentaksir domain pembelajaran kognitif. Satu kaedah pemantauan pada
peringkat kursus perlu diwujudkan bagi memastikan perkara berikut:

a. Aras kognitif yang dominan bagi kursus di bawah program peringkat diploma
berada pada aras kognitif C3 iaitu aras aplikasi pengetahuan.

b. Markah bagi item-item yang dibina pada aras yang tinggi (iaitu aras C3
dan ke atas) melebihi 50%.

Aras kognitif dominan kursus ditunjukkan melalui aras kognitif dominan item yang
digubal bagi mentaksir satu-satu kursus itu. Bagi memastikan aras kognitif C3
adalah dominan maka peratusan markah item yang dibina pada aras ini mestilah
melebihi 50%. Untuk memastikan peratusan markah item yang dibina pada aras
C3 melebihi 50% maka alat pemantauan seperti Coursework Item Specification
Table (CIST) digunakan untuk merancang dan memantau aras dominan (domain
kognitif) item-item bagi suatu kursus.

CIST adalah jadual yang menetapkan spesifikasi item yang bakal digunakan
untuk tujuan pentaksiran kerja kursus. Melalui CIST, aras item bagi pentaksiran
kerja kursus dapat dirancang supaya dominan pada aras C3 dapat dipantau
dengan cara mempastikan peratusan markah item pada aras C3 melebihi 50%
dan dengan itu dapat menunjukkan bahawa kandungan kognitif kursus adalah
pada aras dominan C3 bagi kursus-kursus peringkat diploma.

30
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Rajah 7.3 : Format Coursework Item Specification Table (CIST)

7.4 Langkah Pengisian Coursework Item Specification Table (CIST)

CIST dibahagikan kepada lima bahagian. Untuk melengkapkan CIST, maklumat


daripada dokumen kurikulum kursus berkaitan dengan Maklumat Kursus dan
Course Learning Outcomes (CLO) serta perkara-perkara berkaitan Bahagian A
sehingga Bahagian D adalah diperlukan.

Berikut adalah penerangan terperinci berkenaan pengisian bahagian A hingga


bahagian E dalam CIST.

Rajah 7.3 : Bahagian Rekabentuk Coursework Item Specification Table (CIST)


31
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Bahagian A

1. Bahagian ini memerlukan maklumat yang telah ditetapkan di dalam Jadual


Assessment Specification Table (AST) dan berkaitan dengan perkara berikut:

a. Jenis Assessment Tasks


b. Pemetaan CLO, Topik dan Jenis Assessment Tasks

2. Oleh kerana CIST adalah untuk merancang dan memantau pentaksiran


domain pembelajaran kognitif, maka ‘Assessment Task’ yang berkaitan
dengan pentaksiran kognitif sahaja yang akan disenaraikan di dalam CIST.

Bahagian B

1. Bagi setiap assessment task kognitif yang disenaraikan, bilangan item dan
agihan markahnya perlu ditentukan.

2. Markah bagi sesuatu item haruslah berpadanan dengan aras item tersebut.
Contohnya, item aras C3 secara asasnya, diberi markah lebih tinggi daripada
item aras C1 dan C2.

Bahagian C

1. Memilih General Statement (GS) dan Specific Statement (SS) bagi setiap item.
Maklumat GS dan SS ini boleh didapati daripada silibus pada maklumat
kursus.

Bahagian D

1. Menentukan jenis item iaitu samada item yang akan dibina adalah item
objektif atau item subjektif.

2. Item objektif adalah item yang akan mempunyai satu (1) jawapan yang betul
sahaja.

3. Jenis - jenis item objektif adalah seperti berikut :

a. Beraneka Pilihan (Multiple Choice)


b. Benar / Salah (True / False)
c. Padanan (Matching)
d. Isi tempat kosong (Fill in the blank)

4. Item subjektif terbahagi kepada item struktur dan item karangan (essay).

5. Item struktur adalah item yang memerlukan kepada jawapan yang jelas

32
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

dan ringkas manakala item karangan memerlukan jawapan dalam bentuk


penerangan terperinci dan huraian.

6. Item karangan terbahagi kepada karangan pendek (short essay) dan


karangan panjang (long essay). Karangan panjang memerlukan penerangan
yang panjang dan terperinci yang lazimnya melebihi satu (1) muka surat
manakala karangan pendek memerlukan penerangan yang lazimnya lebih
kurang 0.5 – 1 muka surat sahaja.

Bahagian E

1. Merupakan bahagian di mana jumlah markah dan peratusan bagi setiap aras
kognitif item ditentukan dan merupakan elemen Pemantauan Aras Dominan
Item.

2. Peratusan markah bagi setiap aras kognitif akan menunjukkan aras domain
kognitif yang dominan.

3. Aras C3 hendaklah mencapai peratusan markah lebih besar daripada 50%


untuk menunjukkan bahawa aras domain pembelajaran kognitif kursus
adalah dominan pada aras C3.

7.5 Contoh pengisian CIST dan CIST yang lengkap sebagai rujukan.

33
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

34
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

9
PENUTUP
Pada akhir Fasa Dua Transformasi Politeknik ini, kita telah menyasarkan beberapa intended
outcome atau hasil yang diharapkan. Dengan ini, kita mengharapkan tahun 2015 ini
merupakan tahun untuk Politeknik Malaysia melangkah lebih maju ke hadapan.

Dalam usaha untuk memastikan kualiti akademik dan kebolehdapatan kerja graduan
Politeknik Malaysia berjaya ditingkatkan maka kita telah berjaya mengukuhkan budaya kerja
cemerlang dengan pelaksanaan pendekatan OBE, melalui pelbagai inisiatif strategi proses
pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan juga melalui inisiatif pengukuhan pentaksiran
pelajar. Setakat hari ini, kita boleh berbangga dengan pencapaian beberapa indikator
kejayaan di politeknik melalui pelbagai inisiatif yang telah kita laksanakan.

Namun begitu, semua warga jabatan dan politeknik perlu berusaha keras lagi dan bersama-
sama meneruskan pejuangan bagi memastikan kualiti program pengajian, sistem pendidikan
politeknik mampu memberi kesan yang besar kepada pengajian tinggi negara.

35
LAMPIRAN
A-E
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN A

37
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN B

38
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN C

39
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN D

40
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN D

41
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E1

42
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E2

43
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E3

44
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E4

45
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E5

46
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E6

47
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E7

48
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E8

49
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E9

50
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E10

51
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E11

52
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E12

53
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E13

54
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E14

55
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E15

56
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E15

57
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E16

58
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E16

59
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E17

60
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E18

61
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E19

62
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E19

63
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E20

64
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

LAMPIRAN E21

65
PANDUAN PENILAIAN KERJA KURSUS | 2015
Bagi Program Pengajian Diploma, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

66

Anda mungkin juga menyukai