Anda di halaman 1dari 2

KERANGKA LATIHAN DAN PEMBANGUNAN BERASASKAN PERTUMBUHAN

(GOTD)
Pengenalan
DasarWawasan Negara telah menetapkan matlamat pembangunan Negara untuk menjadikan
Malaysia sebagai Negara maju menjelang tahun 2020. Bagi mencapai matlamat tersebut,
kerajaan telah member penekanan kepada semua aspek pembanguna number manusia sector
awam. Justeru itu, sekolah sebagai institusi pendidikan yang diurus dan ditadbir oleh pegawai
perkhidmatan pendidikan juga tidak terlepas dalam melaksanakan DasarWawasan Negara.
Pihak sekolah khususnya PGB sekolah adalah perlu memastikan warga sekolah menjalani
latihan yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

Pembangunan SumberManusia Di Sekolah


Dalam usaha membangunkan kopetensi dan pembelajaran berterusan warga sekolah, pihak
sekolah hendaklah merancang jadual latihan mengikut struktur latihan yang ditetapkan dalam
pekeliling perkhidmatan Bil.6 tahun 2005 (Dasar Latihan Sumber Manusia SektorAwam)
iaitu:
1- Latihan Peringkat Asas dilaksanakan kepada guru-guru yang baruberkhidmat dari awal
perlantikan sehingga tempoh tiga tahun seperti latihan dalaman yang memfokuskan kepada
pengurusan panitia danPdP.
2- Latihan Peringkat Pertengahan melibat kanpembangunan kompetensi dan juga
peningkatan kompetensi kepada guru yang berkhidmat antara tiga hingga sepuluh tahun
melalui kursus dan seminar berkaitan kurikulum, kokurikulum, pengurusan kewangan dan
pengucapan awam.
3- Latihan Peringkat Lanjutan dilaksanakan kepada guru yang telah berkhidmat lebih sepuluh
tahun bertujuan mengukuhkan kompetensi. Pada tahap ini guru digalakkan mengikuti kursus
anjuran IAB, KPM dan INTAN untuk meningkatkan lagi kepakaran dalam matapelajaran
yang diajar.
Di samping itu, pemimpin sekolah juga boleh mengadakan program dan aktiviti untuk
pembelajaran berterusan secara mingguan atau bulanan seperti mengadakan sambutan hari-
hari kebesaran Islam, hari keluarga dan kursus konsultasi di sekolah atau di luar sekolah.
Program sebegini dapat melengkapkan guru-guru dengan sikap (attitude), kemahiran (skills)
dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian dan dapat memotivasi mereka supaya bekerja
dengan lebih tekun dan bertanggungjawab.
Selain itu PGB sekolah perlu melihat keperluan pembangunan profesional guru-
gurunya dari segi kompetensi teras, umum dankhusus agar dapat melengkapkan mereka
sebagai pemimpin kurikulum dan instruksional di sekolah. Di antara pengisian bagi
kompetensi teras ialah memfokuskan latihan pedagogi, metodologi dan coaching &
mentoring. Manakala kompetensi umum pula adalah seperti seminar atau bengkel berkaitan
kepimpinan dan pengurusan pendidikan. Bagi kompetensi khusus akan menumpukan kepada
kesedaran kendiri, kesedaran social dan pengurusan sosial yang bertujuan untuk membentuk
keperibadian dan mewujudkan sikap empati ksebagai seorang guru.
Kompetensi kesedaran kendiri juga perlu didedahkan kepada guru-guru dari semasa
kesemasa kerana mereka akan mengenali emosi dan kesannya, menyedari nilai-nilai penting
dalam kehidupannya serta matlamat hidupnya. Malah mereka akan dapat mengenali dirinya,
tabiat dan keperibadiannya. Mereka mampu menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan
orang dan persekitaran. Mereka juga mengetahui kekuatan dan kelemahan dalaman bagi
membuat satu strategi mencapai apa yang dicita-citakan oleh mereka. Secara langsung
mereka dapat memahami isihati murid-murid mereka dengan lebih mendalam walaupun
tahap pencapaian dan pemikiran murid mereka berbeza antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai