Anda di halaman 1dari 4

2017062340012 BMMB 3103

Pantun ialah kedah rangkapan yang tertua kepunyaan asal Melayu. Penciptaan
pantun terkandung dalam dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan
rangkap dan dua belas rangkap. Pantun dikenali sebagai hasil kreatif khazanah
silam yang melambangkan genius manusia Melayu yang tinggi nilai sasteranya.
Pantun terdiri kepada beberapa jenis seperti pantun jenaka, pantun kanak-kanak,
pantun teka teki dan pantun peribahasa.

Pantun yang dicipta oleh penulis ialah pantun teka teki . Pantun teka teki ini
bertujuan untuk berseronok dan bersoal jawab dengan seseorang. Pantun teka-teki
yang memerlukan jawapan merupakan alat untuk menggerakkan cara berfikir secara
spontan untuk membina kemahiran berfikir dengan cepat dan tepat. Pantun teka teki
juga melahirkan peribadi kreatif di dalam diri penulis bagi menghasilkan pembayang
dan jawapan yang berkait rapat.

Peribadi kreatif yang dimiliki oleh penulis dalam mencipta pantun teka-teki
berserta jawapan ini ialah penulis mengambil masa yang singkat dalam mencipta
pantun teka-teki. Hal ini kerana kesediaan dan kesungguhan yang ada dalam diri
penulis untuk menyiapkan pantun teka teki tersebut.

Penulis mempunyai corak pemikiran yang luas dalam penghasilan pembayang


dan maksud pantun kerana penulis banyak membaca buku yang mempunyai kosa
kata yang luas. Oleh itu, penulis lebih banyak idea dalam menghasilkan pembayang
dan maksud pantun yang menarik.

Selain itu, penulis dapat melahirkan idea secara spontan kerana penulis
banyak mengkaji bahan-bahan penulisan di sekitarnya seperti pantun bagi
mengembangkan lagi idea dan pemikiran dalam mencipta pantun yang baik dan
berkualiti.

Akhir sekali, penulis kreatif dalam memilih perkataan yang sesuai dengan aras
murid sekolah rendah. Penulis menurunkan aras agar perkataan yang digunakan
boleh difahami oleh murid-murid. Ini menyebabkan murid-murid lebih meminati
pantun dan ingin mempelajarinya.
2017062340012 BMMB 3103

Soalan dan Jawapan Pantun

Soalan

Anak Pak Dolah datang kemari,

Kuih dimakan rendang diberi,

Sedap dimakan di Aidilfitri,

Berwarna hijau tersimpul rapi.

Jawapan

Hening sungguh di pagi hari,

Indah nian suasana Aidilfitri,

Enak di jamah bersama kari,

Ketupat raya nama diberi.

Soalan

Melamar si dara bawa hantaran,

Bawa bunga tanda kenangan,

Ditanam bukan pula tumbuhan,

Disiram bukan pula tanaman.


2017062340012 BMMB 3103

Jawapan

Jalan-jalan di tanah kuburan,

Menabur bunga doa sesaat,

Sudah ajal ketentuan Tuhan,

Berkain putih namanya mayat.

Soalan

Ambil galah tolong jolokkan,

Nangka jatuh ke dalam tangki,

Ampun tuan tolong jawapkan,

Burung ini pandai menyanyi.

Jawapan

Burung nuri burung dara,

Terbang ke sisi taman kayangan,

Bercerita sungguh persis manusia,

Burung kakak tua itu jawapan.

Soalan

Berjalan-jalan di Kota Selayang,

Singgah sebentar di panggung wayang,

Kuda apa yang selalu d tayang,

Pandai menari makin di sayang.


2017062340012 BMMB 3103

Jawapan

Indah sungguh di tepi muara,

Bersama-sama buah hati tercinta,

Kuda bukan sebarang kuda,

Kuda Kepang itulah dia.

Anda mungkin juga menyukai