Anda di halaman 1dari 8

ANALISIS PETIKAN CERPEN MENGGUNAKAN TEKNIK IMEJAN

Cerpen

: Sepunya Cinta Ramadan

Penulis

: Ibnu Ahmad al-Kurauwi

Akhbar Utusan Malaysia, 07 Ogos 2011 (Khamis)


Rujuk Lampiran 1-1
1.

Ilham yang dimandulkan oleh hangat subuh itu menarik perhatian saya ke kotak e-mel
setelah sekian lama tidak berusik. (perenggan 2; baris 3)
Menurut konsep dan definisi teori kajian imejan atau juga dikenali sebagai teori imej
makna, perkataan hangat ini boleh dianalisis berdasarkan kepada imej yang merujuk
kepada maksud panas oleh penutur dan pendengar. Begitu pun kata hangat juga boleh
membawa maksud meriah. Bagi pemikiran, pengalaman dan tahap pelajaran individu
dari konteks sambutan, penutur dan pendengar juga akan merujuk maksud kata hangat
ialah berita panas atau berita terkini yang sedang diperkatakan dalam masyarakat.
Dalam bidang politik, juga kata hangat akan membawa kepada pergolakkan dan
semangat membara. Contohnya, Pilihan raya umum sedang hangat dirasakan
menjelang hari pembuangan undi. Manakala kata hangat juga dalam pemikiran yang
lain dianggap sebagai semangat yang berkobar-kobar, berapi-api, sengit, dan
meruncing dalam konteks perdebatan. Jika kata hangat ini diberi kata ganda akan
menjadi hangat-hangat,. Contoh ...hangat-hangat tahi ayam. Maksud yang cuba
disampaikan oleh penulis dalam penulisan di atas menyatakan kepanasan subuh itu
menarik keinginannya untuk membuka emel yang belum dibacanya sejak sekian lama.

2.

............tangan saya gatal melarikan tetikus ke sebuah e-mel bertajuk "Punya Cinta
Ramadan". (Perenggan 3: baris 7)
Kata gatal dalam ayat di atas ialah kata adjektif yang cuba digunakan oleh penulis
yang membawa makna keinginan tangannya untuk menggerak-gerakkan tetikus
komputer. Dalam kajian teori imejan makna gatal pada masyarakat penutur dan
pendengar juga memberi gambaran sebagai miang. Pada segelintir masyarakat
terutamanya penutur dan pendengar yang berpelajaran rendah dan penutur orang tua
juga memberi gambaran perkataan gatal boleh merujuk kepada seorang perempuan
atau pemuda yang tergila-gilakan seorang gadis atau pemuda. Perkataan gatal juga

pada asalnya memberi gambaran tentang gatal pada anggota badan akibat terkena
sesuatu yang miang dan gigitan serangga dan nyamuk.
3.

Novel kecil yang lahir daripada rahim penerbit yang besar. Ghairah melayan ke
semua e-mel tahniah yang datang. (perenggan 3: baris 10)
Bagi individu yang mempunyai tahap pemikiran yang rendah, perkataan lahir hanya
merujuk kepada kelahiran seseorang bayi iaitu manusia. Begitupun maksud yang ingin
disampaikan oleh penulis dalam petikan di atas membawa makna keluaran atau
terbitan. Persepsi yang lain bagi penutur dan pendengar yang berpendidikan akan
menambah gambaran dan makna tambahan, perkataan lahir juga boleh membawa
maksud lahiriah yang bermaksud luaran, nyata, maujud, jasmaniah. Contoh ayat; Pada
lahirnya, ia baik hati tetapi batinnya siapa yang tahu. Makna yang lain bagi perkataan
lahir dalam konteks politik dan pentadbiran boleh membawa makna mengadakan dan
mewujudkan. Contoh ayat Dato Seri Najib telah melahirkan corak baharu dalam
pentadbirannya.

4.

Hampir sahaja saya tewas dan lemas dalam pencarian, namun akhirnya saya temui
jawapannya dalam novel ustaz 'Punya Cinta Ramadan' itu," tambahnya lagi.(perenggan
8: baris 2 )
Perkataan tewas di atas, penulis cuba memberi maksud gagal dalam pencarian.
Manakala makna menerusi teori Imejan memberi gambaran, kata

tewas

boleh

membawa maksud kalah dalam peperangan. Masyarakat penutur dan pendengar juga
akan menjadikan perkataan tewas sebagai kiasan kepada makna gugur atau terkorban
dalam pertempuran atau peperangan. Apabila kata tewas diberi imbuhan akan memberi
gambaran makna yang berbeza. Contoh ayat; Pasukan Malaysia tewas kepada
pasukan Syria dalam perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam malam tadi.
Perkataan tewas akan digunakan untuk menggambarkan kekalahan pasukan Malaysia
dalam perlawanan bola sepak.
5.

Kepala saya rapat ke skrin mendekat.. ( perenggan 9 : baris 1)


Kata rapat di atas ialah kata adjektif dan bermakna padat,tumpat, kerap, tetal, dan
utuh. Dalam ayat di atas, perkataan rapat yang digunakan oleh penulis membawa
maksud mendekatkan bahagian kepala dengan skrin komputer. Bagi teori imejan kata

rapat juga boleh diberi gambaran sesetengah pihak berdasarkan kepada petikan ayat
tersebut dengan makna yang berbeza iaitu mendekatkan kepala dengan komputer atau
merapatkan kepala hampir dengan skrin komputer. Namun begitu dalam persepsi yang
berbeza, masyarakat penutur dan pendengar memberi gambaran perkataan rapat juga
merujuk kepada kawan yang paling akrab, mempunyai hubungan erat dan mesra.
Contoh ayat ; Hubungan ibu dan kakak sangat rapat.
....................bersambung

6.

Saya jatuh cinta, ustaz," ( perenggan 10: baris 2

Bagi setiap individu yang mendengar perkataan ini sudah sinonim dan pernah
mengucapkannya kerana secara umumnya perkataan yang terkandung dalam ayat ini
biasa didengar. Dalam konteks teori imejan dalam masyarakat penutur dan pendengar,
kata jatuh cinta membawa makna menyukai dan menyayangi seseorang. Dalam petikan
ayat ini pula penulis cuba menggambarkan kata jatuh cinta bermaksud mencintai
seseorang disampaikan kepada ustaz yang mendengar keluhannya. Begitupun dalam
konteks yang lain perkataan jatuh membawa makna dan gambaran berbeza dalam
masyarakat. Jatuh boleh dimaksudkan gugur yang merujuk kepada orang, dan benda
yang jatuh. Kata jatuh juga boleh membawa makna luruh dan daun yang guru.
Dalam konteks masyarakat perniagaan perkataan jatuh boleh membawa makna
kejatuhan nilai saham dan harga barangan . Contoh ...harga saham Down Jones jatuh
ke paras paling rendah berbanding ringgit. Bagi kata jatuh dalam gambaran pemikiran
tinggi bermakna tumbangnya sesebuah kerajaan seperti kejatuhan negeri Melaka
kepada Portugis. Manakala dalam konteks pemikiran masyarakat penutur dan
pendengar juga menggunakan kata jatuh bersinonim dengan terbenam, tenggelam,
turun, masuk bagi matahari . contoh terbenam matahari.....masuknya matahari.
7.

....ulas wanita itu membandingkan dirinya. (perenggan 11:6)


Dalam teori imejan juga perkataan ulas membawa makna berbeza. Dalam petikan di
atas penulis cuba menggunakan perkataan ulas sebagai maksud mengulas atau
memperkatakan sesuatu daripada percakapan yang telah didengar.

Segelintir

masyarakat penutur juga memberi gambaran perkataan ulas bermaksud sarung bantal,

sarung tilam, sampul bantal, dan sampul bantal. Bagi penutur dan pendengar yang
biasa mendengar perkataan ulas akan memberi gambaran kata ulas bermakna isi buah
seperti durian,limau seperti dalam contoh ayat; Ayah memakan beberapa ulas durian
yang dibeli di pasar pagi tadi. Dalam perkamusan dan penambahan kata terbitan akan
membawa maksud yang lain termasuklah berulas, mengulas, seulas, berulas,
mengulas, ulasan, pengulasan dan pengulas.
8.

"Wadi kami umpama Wadi Ustaz Baihaqi yang tandus......(perenggan 12:1)


Dalam petikan ayat di atas gambaran penulis menggunakan perkataan tandus untuk
menyampaikan makna pertubuhan yang aktif selama ini telah dibubarkan. Hal ini
berbeza dalam konteks teori imejan perkataan tandus memberi makna satu keadaan
tanah lapang yang gersang, kering kontang tanpa sebarang rumput, tumbuhan dan
pokok kayu. Gambaran lain bagi pemikir, penutur dan pendengar berpendidikan tinggi,
kata tandus boleh dimaknakan sebagai kekeringan idea atau ketandusan idea. Contoh
ayat; Pengurus itu tandus idea bagi meningkatkan ekonomi syarikatnya. Dalam
gambaran yang lain kata tandus bersinonim dengan habis langsung: licin-licau, tiada
lagi, hilang, lenyap, pupus, tandas.

9.

Tanggungjawab yang sememangnya berat, apatah lagi saya diberi harapan oleh para
jemaah untuk membawa perubahan kepada wadi kami agar makmur dan berkat.
(perenggan 13:2)
Merujuk kepada teori imejan yang ingin disampaikan oleh penulis, perkataan jemaah
yang digunakan dalam penulisan ayat ini bermakna satu kumpulan masyarakat
setempat atau sebuah persatuan dalam komuniti. Dalam gambaran masyarakat
berpelajaran tinggi dan ahli politik makna yang lain bagi

jemaah bermaksud

sekumpulan menteri yang dilantik untuk mengendalikan kementerian masing-masing.


Contoh ayat : Jemaah Menteri Malaysia akan bersidang pada hari Rabu minggu
hadapan. Mengikut kefahaman masyarakat Islam, perkataan jemaah juga merujuk
kepada satu rombongan orang yang pergi ke Mekah untuk menunaikan fardu haji atau
sekumpulan orang yang menunaikan sembahyang. Contoh ayat, Lebih seratus orang
jemaah muslim telah menunaikan sembahyang di masjid baharu itu.
10. "Maafkan saya kerana menambah beban ustaz dengan e-mel yang berjela ini.......
( perenggan 28:1)

Kata beban ialah satu kata nama yang dimaksudkan oleh penutur dan pendengar
peringkat rendah sebagai kata yang bermakna muatan, isi, kandungan, dan isi barang
dalam sebuah kargo. Bagi penulis makna beban yang ingin disampaikan dalam petikan
di atas satu tanggungjawab ustaz yang semakin berat dengan kiriman emel yang
banyak. Tetapi dalam persepsi yang berbeza, masyarakat penutur dan pendengar juga
memberi makna bagi kata beban bermaksud satu tanggungjawab dan kewajipan, dan
amanah, yang mesti dilaksanakan.

Kajian terhadap lirik lagu asli yang dipilih menggunakan teori imejan. Teori imejan merupakan
satu kajian makna yang berupa imej atau gambaran seseorang tentang perkataan melalui proses
pemahaman yang berbeza-beza mengikut status sosial, iaitu tahap pengetahuan terhadap sesuatu
benda atau makna ungkapan yang didengar apabila ianya diujarkan oleh seseorang untuk tafsiran
melalui pengamatan pemahaman tersendiri. Dalam perbincangan ini, beberapa lirik lagu melayu
asli seperti cenderawasih, patah hati dan sayang musalmah telah dipilh untuk mengunkapkan
imej atau gambaran sesuatu kata yang mungkin mempunyai makna yang tertentu mengikut tahap
kefahaman seseorang dalam melahirkan atau menzahirkan maksud tentang sesuatu lirik lagu
melayu asli yang difahami.
Antara berikut merupakan baris-baris lagu melayu asli yang telah dipilih untuk dikaji dari
sudut kajian makna atau semantik dengan menggunakan teori imejan.

Tuanku putih kilau keemasan


(cenderawasih, rangkap1. Baris 2)
Imej yang ingin ditonjolkan oleh pencipta lagu tersebut berkemungkinan seekor burung yang
mempunyai bulu yang putih bersih dan berkilau-kilauan dan tidak ada burung lain yang dapat
menandingi kecantikan burung tersebut.

Manakala maksud yang ingin disampaikan oleh

pencipta lagu tersebut adalah mengenai seseorang yang mempunyai darjat yang tinggi
berbanding dengan orang lain atau pun rupa paras yang elok dan dipandang mulia oleh
masyarakat sekitarnya.

pandanglah hamba si gagak hutan


(cenderawasih, rangkap1. Baris 3)
Baris ayat seterusnya mungkin membawa maksud yang banyak dan bersifat kefahaman individu.
Imej yang ditonjolkan dalam baris lirik lagu berikutnya ialah seekor burung gagak hutan yang
tinggal di kawasan terpencil di dalam hutan. Gagak digambarkan seekor burung yang sering
dilihat berkeliaran di tempat-tempat yang kotor. Maksud yang ingin disampaikan oleh pencipta
lirik lagu adalah mengenai golongan masyarakat bawahan yang sering diabaikan oleh sesetengah
pihak. Selain itu, maksud lain yang ingin disampaikan ialah gambaran seseorang yang daif atau
miskin yang serba kekurangan juga mengambarkan seseorang yang tidak memiliki wajah yang
tampan atau kacak.

Adumu bercadarkan pintalan gemawan


(cenderawasih, rangkap2. Baris 3)
Baris ayat yang seterusnya memaparkan imej gemawan atau awan yang bermacam-macam rupa.
Imej awan yang dionjolkan untuk memperlihatkan jenis awan yang sangat halus, lembut dan
mempunyai pelbagai-bagai bentuk. Maksud yang ingin disampaikan ialah tentang keselesaan
hidup seseorang yang digambarkan dengan tidurnya yang beralaskan pintalan awan yang
bermacam-macam bentuk. Selain itu, ianya juga mengambarkan seseorang yang tinggi darjatnya
serta mempunyai tempat tinggal yang elok dan selesa.

Tidur hamba beralas reranting hutan

(cenderawasih, rangkap2. Baris 4)


Imej yang ingin digambarkan ialah reranting hutan yang tidak selesa dijadikan alas untuk tidur.
Maksud yang ingin disampaikan ialah mengenai kemiskinan, kedaifan serta ketidakselesaan
hidup.

Selain itu, ianya mengambarkan golongan masyarakat bawahan yang terlalu daif

sehinggakan sanggup beralaskan apa sahaja untuk dijadikan tempat untuk melelapkan mata.
Ianya juga menunjukkan perbezaan antara golongan orang atasan yang hidup dalam kemewahan
dan juga golongan orang bawahan yang daif dan miskin.

Anda mungkin juga menyukai