Anda di halaman 1dari 74

MASYARAKAT PLURALISTIK ALAM MELAYU

BAB 3

PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURAL


Dua konsep yg sering digunakan untuk menjelaskan ciriciri Asia Tenggara ialah pluraliti dan masyarakat plural (plural society). Pluraliti: Istilah yg digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah (Eropah) yg terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.

Masyarakat Plural (Pluralistik) : Terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yg wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yg hidup terasing daripada kelompok yg lain walaupun tinggal di tempat yg sama (Masyarakat Majmuk)
Penjajahan Barat : menjadi titik pemisah antara Pluraliti dan masyarakat Plural.

Persamaan & Perbezaan


PERSAMAAN Wujudnya sejenis masyarakat pelbagai bangsa seperti Melayu, China, India, Eropah, Jepun dan lain-lain.

Perbezaan
PLURALITI Melalui proses semula jadi tanpa paksaan Datang secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan Para pedagang tidak memerlukan pasport dan visa sebagai pengenalan diri Disertai oleh kaum keluarga Hasilnya mereka berjaya mewujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem PLURALISTIK Berlaku secara paksaan Demi kepentingan ekonomi dan politik British Tidak disertai oleh kaum keluarga Akibatnya hasrat untuk kembali ke tanah air masing-masing tidak pernah padam Hasilnya mereka gagal berasmilasi dengan penduduk, alam sekitar serta sistem

Pluraliti alam Melayu boleh dikaji berdasarkan pluraliti sosial dan alam sekitar. Pluraliti sosial dapat dilihat berdasarkan realiti kehidupan masyarakat yang ada. Pluraliti alam sekitar merujuk kepada keadaan alam sekitar dan muka bumi alam Melayu yang begitu mudah berinteraksi dengan kawasankawasan lain di dunia. Cth: Bunga raya dibawa dari kepulauan Pasifik. Getah dibawa dari Brazil.

PEMBENTUKAN PLURALITI DI ALAM MELAYU

1. Hubungan dengan Cina dan India.


Hubungan antara alam Melayu dengan Cina dan India telah lama berlaku. faktor perdagangan- alam Melayu menjadi persinggahan para pedagang dari kedua-dua benua tersebut. Abad ke-7 Masehi - kewujudan institusi pengajian agama di alam Melayu pada zaman kerajaan Melayu Sri Vijaya. Alam Melayu terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan.

2. Zaman Hinduisme dan Buddhisme.


Hinduisme dan Buddhisme tidak memberi kesan yg besar dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan pengaruh Islam (menurut Syed Muhammad Naguib AlAttas). Bukti: tidak terdapat kitab-kitab yg membincangkan idea-idea besar seperti falsafah, ketuhanan dll yg berasaskan Hinduisme & Buddhisme di alam Melayu, yg ada Cuma kitab-kitab yg bersifat kesenian. Hinduisme & Buddhisme diterima baik di kalangan pemerintah alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme mengukuhkan institusi raja di alam Melayu. Kebesaran raja-raja juga digambarkan menerusi candi-candi yg didirikan.

3. Penjelmaan dari segi material dan nonmaterial

Dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan yg bersifat epistemologikal yg dibawa oleh penjajah Inggeris. Epistemologikal: iaitu asal mula sesuatu ilmu pengetahuan. Perubahan epistemologikal: perubahan dari segi ilmu pengetahuan yg melibatkan cara berfikir dan cara melihat sesuatu yg seterusnya akan melibatkan perubahan terhadap cara memahami sesuatu. Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu pengetahuan di alam Melayu banyak berasaskan epistemologi yg bercorak metafizik atau ilmu yg bersumberkan alam ghaib.

Penjajahan Inggeris
Imperialisme
Menjajah secara fizikal iaitu segala kekayaan muka bumi seperti bijih timah dan emas diambil demi kepentingan ekonomi negara mereka. Oleh itu buruh dari China & India dibawa masuk untuk mengusahakan lombong-lombong & ladang getah.

Kolonialisme
Mereka memperkenalkan sistem sosial, politik dan agama mereka kepada penduduk tempatan. Hasilnya mereka berjaya menjajah dan mengawal kehidupan masyarakat peribumi yang ramai dengan jumlah mereka yang sedikit.

Amalan perubatan perdukunan dan perbomohan yg menggunakan jampi mantera dalam berinteraksi dengan pihak alam ghaib adalah manifestasi yg jelas mengenai ilmu metafizik alam Melayu. Kedatangan Inggeris mengubah epistemologi yg bersifat non-material ini kepada epistemologi fizikal yg bersifat rasional saintifik. Asasnya ialah pembuktian sesuatu material menerusi panca indera dan kemudiannya dipertingkatkan menerusi alat-alat saintifik. Kesannya muncul pelbagai ilmu dan institusi moden, pengenalan kepada ekonomi kapitalis yg berorientasikan pasaran dan birokrasi politik. Kesemua ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.

KEMUNCAK PLURALITI: KESULTANAN MELAYU MELAKA

Zaman empayar Melaka: zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia sehingga digelar The Venice of the East.

Aspek Pemerintahan
Para pegawai istana terdiri drp campuran orang-orang Melayu tempatan dengan bangsa-bangsa asing yg datang berdagang dan menetap di istana. Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka dengan anak pemerintah China dll. Pemerintah Melaka mengambil kira keharmonian di antara kaum. Perlembagaan Melaka yg berasaskan ajaran Islam (Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka) menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka

Aspek Perdagangan
Perdagangan Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yg cekap. Pelaksanaan Undang-undang Laut Melaka menjamin tahap keselamatan yg tinggi kepada ribuan kapal pedagang. Kecekapan kawalan terhadap hasil rempah-ratus yg menjadi tarikan kepada kedatangan pedagang asing.

Kedatangan Pedagang Cina


PEDAGANG CHINA

BERDAGANG MELAKA PUSAT PERANTARA URUS NIAGA BARANG DARI PELBAGAI NEGARA

Perdagangan bijih timah

Dasar luar KMM

Hubungan diplomatik Dengan China

Kedatangan Pedagang India


PEDAGANG INDIA SEBELUM KMM

KMM

LEMBAH BUJANG PELABUHAN ENTERPOT

FAKTOR KEDUDUKAN TM YANG STRATEGIK

PEDAGANG UTAMA

KERAJAAN SRIVIJAYA PUSAT PENYEBARAN AGAMA HINDU

BERKAHWIN DENGAN WANITA BANGSAWAN

Aspek Kependudukan
Zaman empayar Melaka zaman pluraliti. Berlaku penghijrahan secara semulajadi tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak, mereka tidak memerlukan pasport dan visa untuk memasuki sesuatu kawasan. Pedagang Arab, Cina, India dll telah berasimilasi dengan penduduk tempatan dengan baik sekali dan telah mewujudkan kategori masyarakat yg tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba Nyonya dan India Muslim. Empayar Melaka memperlihatkan wujudnya interaksi aktif di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di Melaka.

Aspek Kebudayaan
Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang daripada seluruh pelosok dunia tanpa syarat-syarat yg menyulitkan memungkinkan pelabuhan Melaka berkembang sbg pelabuhan penting dunia. Kemajuan perdagangan dan kemajuan sebagai kota metropolitan memungkinkan Melaka wujud sebagai kota multi-budaya, setiap budaya mempunyai tempat masing-masing.

Konsep Pluralitik
Pluralisme budaya bukanlah suatu fenomena baharu dlm alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (Portugis, Sepanyol, Belanda & British) dgn budaya alam Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak abad ke-5 Masihi lagi. Pertemuan & pertembungan budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yg istimewa dlm alam Melayu, iaitu fenomena kepluralitian budaya

KEDATANGAN PEDAGANG EROPAH


PEDAGANG EROPAH

PORTUGAL, BELANDA, SEPANYOL, PERANCIS DAN BRITAN


MENGUASAI JLN PERDAGANGAN DI TIMUR MENYEBARKAN AGAMA KRISTIAN

TEH,REMPAH & SUTERA

3G Gold Glory Gospel

PROSES ASIMILASI ANTARA GOLONGAN IMIGRAN DAN RAKYAT TEMPATAN


GOLONGAN IMIGRAN DAN PEDAGANG ASING PERDAGANGAN DAN PERKAHWINAN MASYARAKAT TEMPATAN

ASIMILASI

KAEDAH

BERKAHWIN DENGAN PEND. TEMPATAN BERKAHWIN DENGAN GOL. KERABAT DIRAJA DAN PEMBESAR TEMPATAN
MENYEBAR LUAS AKT. PERDG. MEMEGANG JAWATAN PENTING DLM PEMERINTAHAN

PENYERAPAN BUDAYA MASYARAKAT TEMPATAN PENGARUH INDIA PENGARUH CHINA PENGARUH ARAB

INSTUTUSI PEMERINTAHAN ADAT ISTIADAT BAHASA KESUSATERAAN PENDIDIKAN KESENIAN KEPERCAYAAN

PENYERAPAN BUDAYA MASYARAKAT TEMPATAN


PENYERAPAN BUDAYA MASYARAKAT TEMPATAN

INDIA
INSTITUSI PEMERINTAHAN UNDANG-UNDANG ADAT ISTIADAT BAHASA KESUSATERAAN KESENIAN AMALAN KEPERCAYAAN

ARAB
PENDIDIKAN BAHASA KESUSASTERAAN KESENIAN BUDAYA

CHINA
BAHASA

PENGARUH ISLAM
PENGARUH ISLAM

PENDIDIKAN
PENDIDIKAN TERBUKA KEPADA SEMUA PENDIDIKAN TIDAK FORMAL DI MASJID, SURAU & MADRASAH ISTANA SEBAGAI PUSAT PENGAJARAN YANG TERPENTING STATUS DAN PENGHORMATAN TERTINGGI KEPADA KADI, MAULANA, TUAN SYEIKH, IMAM, BILAL & LEBAI PENGAJIAN IS. PD.PRGKT RENDAH DAN TINGGI

BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KESENIAN


BM SEBAGAI LINGUA FRANCA TULISAN JAWI ISTILAH ARAB DLM BM KESUSASTERAAN ERUNSUR ISLAM KITAB KEAGAMAAN ASIMILASI KESENIAN IS. DGN KESENIAN TEMPATAN

BUDAYA
MENGHORMATI TETAMU BERJABAT TANGAN & MENCIUM TANGAN ORG YG LEBIH TUA. ADAB SEMASA MKN AMALAN BERGOTONG ROYONG

Pengasasan Masyarakat Pluralistik


Penjajahan British membawa bersama-sama dasar pentadbiran yg selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan. Prinsip, sistem, struktur dan dasar yg diamalkan dalam pemerintahan mereka jauh berbeza dengan sistem yg ada di alam Melayu. Perubahan epistemologikal yg besar ialah dari segi pemisahan di antara Negara dan Agama. Kesannya di alam Melayu, pemerintahan negara dikawal oleh penjajah manakala agama & adat istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan Melayu.

Sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa di antara tiga unsur penting: Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman diperkenalkan. Berbeza dengan kuasa mutlak raja yg tiada agihan kuasa. Hasil daripada pemerintahan moden itu berkembangnya sistem ekonomi kapitalis yg berasaskan ekonomi perindustrian dan perdagangan. Sistem ekonomi ini bergantung kepada pasaran, modal dan buruh. Perkembangan pesat ekonomi kapitalis inilah yg mendorong kepada kewujudan masyarakat plural di alam Melayu dengan kemasukan bangsa asing yg dibawa oleh penjajah untuk tujuan pengeksploitasian ekonomi dengan segera dan menguntungkan.

MASYARAKAT PLURALITIK : SEMASA ZAMAN PENJAJAHAN

CAMPUR TANGAN BRITISH & KELAHIRAN MASYARAKAT PLURALISTIK


Penguasaan ke atas Melaka: Portugis - 1511, Belanda 1641. Penguasaan British ke atas pelabuhan P.Pinang -1786, Melaka - 1824 & Singapura - 1826. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 - Pembentukan sempadan Kepulauan Melayu di bawah pengaruh British dan Belanda. 1874 - Pengenalan Sistem Residen di Negeri2 Melayu Bersekutu & Sistem Penasihat di NNMTB.

Di Sarawak - Penguasaan keluarga Brooke (18411946. Di Sabah - Pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) -(1881-1946) Dalam proses campur tangan ke atas kerajaan Melayu, kuasa Barat (British) mengiktiraf orang Melayu sebagai Tuan kepada tanah airnya. British berhubung dgn sultan-sultan Melayu untuk mendapatkan persetujuan mereka. Penjajahan - mengakibatkan penentangan tokoh/masyarakat tempatan. Penjajahan British - meninggalkan kesan yg besar dlm politik, demografik & sosioekonomi T.Melayu.

Kewujudan Masyarakat Pluralistik : Kemasukan Imigran Cina


Berkait rapat dengan dasar British mengeksploitasi ekonomi T. Melayu untuk keuntungan yg cepat dan maksimum. Migrasi orang Cina - dari Kwangtung & Fukien - dibawa masuk melalui sistem kontrak buruh, tiket kredit, secara berkumpulan & persendirian. Bertumpu di sekitar P.Pinang hingga ke Singapura (negeri2 pantai barat) 1895-1927 - lebih drp 6 juta org Cina berhijrah ke T.Melayu. 1931 - 34% drp penduduk T.Melayu ialah org Cina. Di Sarawak - org Cina bertumpu di kawasan bandar Sibu, Miri & Bintulu. Di Sabah - SBBU membawa masuk buruh asing spt org Cina, Filipina, Jawa & Jepun - bekerja di ladang tembakau, getah, kelapa, pembalakan & pemeliharaan mutiara.

Kemasukan imigran India


Migrasi orang India - dari India Selatan & dibawa melalui sistem Kangani Bermula pada th 1880-an & pesat pada abad ke-20. 1911- org India - 10% drp penduduk T.Melayu. & meningkat kpd 15% pd th 1921. Mereka bekerja di ladang2 getah, sektor perkhidmatan & kerja raya. Migrasi penduduk Melayu dr Indonesia, Jawa & Sumatera: bekerja dlm sektor pertanian & tinggal di luar bandar. Terdapat juga migrasi penduduk Arab-Parsi & Ceylon.

Dasar Pecah & Perintah British


Imigran yg masih tinggal di T.Melayu membentuk satu masyarakat yg tetap & mengasaskan organisasi sosial masing-masing. Cth: orang-orang Cina membentuk persatuan & pertubuhan sosial masyarakat mereka (Huatuan). British melaksanakan dasar Pecah dan Perintah bagi memudahkan kawalan ke atas imigran tersebut.

Kesan kemasukan imigran


Pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi, pengasingan tempat tinggal dan pengasingan sistem pendidikan Kumpulan etnik menceburi sektor ekonomi yg berbeza: Melayu - nelayan & petani (sektor luar bandar) Cina - perlombongan dan perdagangan India - perladangan dan kerja raya. Sistem Ekonomi Dual /Dualisme Ekonomi: Perkembangan sistem Ekonomi Moden & Ekonomi Tradisional tidak seimbang. Sistem pendidikan: Sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Hubungan kaum baik dalam konteks bercampur tetapi tidak bersatu.

PEMBENTUKAN MASYARAKAT BAHARU

Masyarakat Melayu-Arab Masyarakat Peranakan Cina (Baba dan Nyonya) Masyarakat India Muslim Masyarakat Peranakan Jawi Masyarakat Serani

Masyarakat Melayu-Arab
Pedagang Arab (khususnya dari Hadramaut) yang berhijrah ke Melaka dikenali dengan gelaran Syed. Mereka juga merupakan ulama yang dihormati. Mempunyai hubungan rapat dengan golongan istana, Berkahwin dgn puteri sultan/kerabat diraja. Muncul sbg golongan elit di Tanah Melayu. Golongan Syed hari ini dikenali sebagai Melayu-Arab.

Masyarakat Baba dan Nyonya


Bermula dengan perkahwinan Sultan Melaka dgn Puteri Hang Li Po & juga kedatangan pedagang China. Peranakan anak-anak hasil perkahwinan campur imigran Cina & wanita Melayu. Alami proses akulturasi. Menuturkan dialek Melayu-Baba. Kehidupan dipengaruhi adat & budaya masyarakat Cina & Melayu. Mengekalkan agama asal Buddha.

Masyarakat India Muslim


Hasil perkahwinan campur keturunan India dengan masyarakat tempatan. Masyarakat ini lebih gemar menggunakan bahasa Tamil untuk berinteraksi dlm kehidupan seharian.

Masyarakat Peranakan Jawi


Hasil perkahwinan campur antara lelaki India-Muslim dari India Selatan dengan wanita Melayu di Pulau Pinang. Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan utama. Sebahagian generasi muda dapat memahami & menuturkan Bahasa Tamil.

Masyarakat Serani
Kesan dr penjajahan Portugis di Melaka selama 130 tahun (1511 1641). Terbentuk dari perkahwinan campur orang Portugis dengan penduduk tempatan. Menganut agama Kristian mazhab Roman Katolik. Ada juga yang menganuti agama Islam

Pluraliti Masyarakat Di Sabah dan Sarawak


Sejarah Ringkas Sabah dan Sarawak
Terletak di Kepulauan Borneo bersempadan dengan Kalimantan di bahagian selatan. Dipisahkan dari Semenanjung Malaysia melalui Laut China Selatan. Sarawak pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei sebelum kedatangan James Brook ke Sarawak. dan penguasaan Kompeni Berpiagam Borneo Utara British di Sabah.

sambungan
Selepas Perang Dunia Kedua , Charles Vyner Brook mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan Britain. Selepas Perang Dunia Kedua Kompeni Berpiagam Borneo Utara British telah menyerahkan Sabah kepada Kerajaan Britain pada tahun 1946.

sambungan
Sabah dan Sarawak terus kekal menjadi tanah jajahan British sehingga kedua-dua negeri mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH


MASYARAKAT SABAH

MASYARAKAT BUMIPUTRA

IMIGRAN CHINA FILIPINA INDONESIA

MAJORITI
KAUM KADAZAN DUSUN MURUT BAJAU

MINORITI
BISAYA KADAYUN ORANG SUNGAI SUANG LATUT MELAYU BRUNEI

Masyarakat Bumiputera di Sabah


Kadazan/ Dusun Lotud Rungus Tambanua Dumpas Paitan Idahan Iranun Minokoh Ramanan Mangkaah Orang Sungei Kadayan Tidung Murut Bajau
43

KADAZANDUSUN

RESIDENSI PANTAI BARAT MENANAM PADI DAN MENTERNAK LEMBU

BAJAU

KAWASAN PANTAI BARAT DAYA SABAH MENANGKAP IKAN DAN MENANAM PADI KAWASAN BUKIT RESIDENSI PENDALAMAN HILIR SG. PADASDAN TANAH DATAR TENOM, SOOK DAN KENINGAU MENANAM PADI HUMA, BERBURU DAN MEMUNGUT HASIL HUTAN

PERTEMPATAN DAN KEGIATAN EKONOMI

MURUT

MELAYUBRUNEI ORANG SULUK

KIMANIS,PAPAR DAN PADAS KALIAS BERDAGANG,BERTANI DAN MEMUNGUT HASIL LAUT KAWASAN PANTAI TIMUR DAN UTARA SABAH MEMUNGUT SARANG BURUNG, HASIL HUTAN DAN HASIL LAUT

KEDATANGAN GOLONGAN IMIGRAN KE SABAH


ORANG CINA
FAKTOR KEDATANGAN
BERNIAGA (1882 & 1883) DI KAWASAN KUDAT DAN SANDAKAN GALAKAN OLEH SYARIKAT2 TEMBAKAU(1880AN) PERKEMBANGAN PERUSAHAAN GETAH PD ABAD KE-20

SUKU KAUM
ORANG HAKKA
MELEBIHI 50% TERLIBAT DALAM BIDANG PERTANIAN TERTUMPU DI KAWASAN DESA

ORANG CANTON
KEDUA TERBESAR 1/5 PENDUDUK CINA KAWASAN BANDAR, SANDAKAN, KOTA KINABALU, TUARAN DAN PAPAR

GOLONGAN IMIGRAN
GOLONGAN IMIGRAN

CINA

INDONESIA

INDIA

ORANG INDONESIA
INDONESIA
FAKTOR KEDATANGAN BURUH JAWA (1882)
DI LADANG TEMBAKAU DAN GETAH BURUH(1907) DI STESEN PERCUBAAN PERTANIAN KERAJAAN MENCARI PEKERJAAN SEMENTARA

SEKTOR PENGLIBATAN/ JUMLAH


BURUH 1911: 5510 1921:11223 1931: 10014

ORANG INDIA
INDIA
FAKTOR KEDATANGAN
TERLIBATDALAM SEKTOR PENTADBIRAN, SOKONGAN DAN TEKNIKAL. MENGISI JAWATAN DALAM JABATAN2 KERAJAAN KERANA MASALAH KEKURANGAN KAKITANGAN

SEKTOR
JABATAN2 KERAJAAN; JABATAN AUDIT, PELABUHAN,POS & TELEGRAF,KESELAMATAN, POLIS & PENJARA

KAUM
SIKH, PATHAN, TELEGU, TAMIL, PUNJABI-MUSLIM,

PENGUASAAN BAHASA INGGERIS PROSEDUR PENGAMBILAN BURUH YANG KETAT OLEH KERJN INDIA

PENEMPATAN
SANDAKAN, TAWAU, KUDAT, P. BANGUAY, TELOK MARUDI DAN PANTAI BARAT SABAH

KESAN KEMASUKAN GOLONGAN IMIGRAN KE SABAH

Kadar pertambahan imigran melebihi kadar pertambahan penduduk tempatan menyebabkan nisbah pertambahan penduduk tempatan berubah, terutama selepas 1911. Pada masa kini orang cina merupakan suku terbesar di Sabah dan Labuan selepas suku kaum Kadazan-Dusun.

MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SARAWAK


Terdiri daripa lebih 27 suku kaum dengan masing-masing mempunyai budaya dan dialek yang tersendiri. Antaranya suku kaum Iban, Melanau, Melayu, Bidayuh, Murut, Kayan, Kenyah, Kelabit, Bisaya dan Punan.

PRIBUMI SARAWAK TERBESAR

MELAYU
Melayu Narum Tutong Seru Miri

MELANAU
Seduan Segalang Beliun Bintulu Matu Rejang

IBAN

BIDAYUH

KENYAH
Nyamuk Batu Blah Murik Lirong Sebob Sipeng Berawan Badang Long Kiput
51

Batang Ai Jagoi Lara Skrang Saribas Undup Maloh Lemenak Milikin

PETEMPATAN, KEGIATAN EKONOMI DAN AGAMA

PESISIRAN

PENDALAMAN

MELAYU
PESISIRAN PANTAI & MUARA SG; LIDAH TANAH NELAYAN, PETANI, PENIAGA DAN PEKERJA JABATAN KRJN AGAMA ISLAM

MELANAU
BHGN KE-3 DAN KE-4; HILIR SG OYA 7 SG MUKAH; PERKAMPUNGAN NELAYAN, PEMBUAT SAMPAN & KERJA TANGAN SERTA MENGHASILKAN SAGU AGAMA ISLAM

IBAN
LEMBAH SG BATANG AI, SG SKRANG,SG SARIBAS & SG RAJANG. MENANAM PADI HUMA AGAMA KRISTIAN/ KEPERCAYAAN TRADISIONAL

BIDAYUH
KAWASAN BUKIT DI BAU & SERIAN MENANAM PADI HUMA AGAMA KRISTIAN/ KEPERCAYAAN TRADISIONAL

ORANG ULU
KAWASAN HULU ATAU KUALA SUNGAI AGAMA KRISTIAN/ KEPERCAYAAN TRADISIONAL

KEDATANGAN GOLONGAN IMIGRAN KE SARAWAK

ORANG CINA Golongan terbesar dalam kalangan bukan bumiputera. 29% dari penduduk Sarawak. Penempatan tertumpu di bandar besar. Suku kaum; Hokkien, Foochow, Hakka, Teochew, Kantonis dan Henghua. Bahasa Pertuturan yang paling meluas Mandarin dan Hokkien.

Kedatangan orang China ke Sarawak


Sebelum kedatangan James Brook (1840) Menjalankan aktiviti ekonomi; berdagang, melombong emas dan bercucuk tanam. Jumlah meningkat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. -berasal dari China Selatan(Canton, Fukien dan Kwantung) 1870-an tanaman gambir dan lada hitam mula diusahakan. -ramai orang cina di bawa masuk dari negeri-negeri Selat.

Orang India
Kelompok kecil dalam kalangan masyarakat bukan bumiputera di Sarawak. Terdiri dari; -Orang Sikh dan Punjab yang dibawa masuk oleh James Brook untuk bekerja sebagai polis. -sebilangan kecil orang India Muslim bekerja sebagai pedagang dan penjual kain. Tidak ramai orang India yang datang ke Sarawak untuk bekerja sebagai buruh kerana kedudukan geografi sarawak yang terletak jauh dari benua India

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka


1 2 3 4

Politik
Perlembagaan Pendidikan

Ekonomi

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka - Politik


Demokrasi telah berjalan lancar (terutamanya sejak pilihanraya umum pertama 1955), orang Melayu telah bersatu untuk mendesak British beri kemerdekaan. Parti Perikatan terdiri daripada United Malays National Organization (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC). Pimpinan Parti Perikatan mengamalkan sikap bertolak ansur, mengukuhkan kerjasama kumpulan etnik.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka Politik


Selepas era 1960-an, politik Malaysia berkembang secara dinamik. Peningkatan keahlian kesan kerjasama partiparti politik dalam pakatan pemerintah. Terbukti melalui penubuhan Barisan Nasional pada 1974.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka - Perlembagaan


Perlembagaan merupakan panduan asas kepada pelaksanaan sistem politik & membentuk kontrak sosial (perundingan murni) yg dipersetujui semua kaum. Terdapat dua peringkat kontrak sosial di Alam Melayu: Zaman pluraliti janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. Masyarakat pluralistik hasil daripada syarat British untuk memberi kemerdekaan.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka - Perlembagaan


Teras utama dalam Kontrak sosial; 1. Orang Melayu bersetuju menerima kehadiran orang bukan Melayu dengan persetujuan memberi kerakyatan sebagai satu hak istimewa kepada orang bukan Melayu. 2. Orang bukan Melayu bersetuju ke atas peruntukan hak-hak istimewa orang Melayu. Pembentukan CLC (1949) hasil usaha bersama Tan Cheng Lock dan Dato Onn Jaafar menandakan pemuafakatan antara parti politik utama dlm menyelesaikan isu antara etnik serta menjadi model kpd penggabungan parti politik.

Masyarakat Pluralistik Oleh Penjajah -

Pendidikan
Empat aliran pendidikan iaitu Inggeris, Melayu, Cina dan India. Tiga peringkat: i) Pendidikan British rendah dan menengah yg dihadiri anak-anak bangsawan dan hartawan Cina dan India. ii) Sekolah Melayu peringkat rendah yg dibantu British dengan matlamat menjadikan mereka sebagai petani yang lebih baik. iii) Sekolah vernakular Cina dan India.

SISTEM PENDIDIKAN PRA KEMERDEKAAN

SEKOLAH MELAYU SEKOLAH TAMIL

SEKOLAH CINA

SISTEM PENDIDIDIKAN

SEKOLAH AGAMA

SEKOLAH INGGERIS

Victoria Institution (1893)

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka - Pendidikan


Sistem pendidikan era pascamerdeka berubah kepada corak baharu yang berorientasi unsurunsur tempatan. Sistem pendidikan kebangsaan berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi. Sebagai wadah menyatukan kepelbagaian budaya, nilai dan norma masyarakat untuk membentuk identiti kebangsaan Malaysia.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka - Pendidikan


Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960 matlamat utama menyatukan kanakkanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu. Parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada 1956 bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957:

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka - Pendidikan


i) Sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masingmasing dibenarkan. ii) Sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran. iii) Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku-buku teks yang lain berteraskan Malaysia. iv) Bukan lagi berteraskan negara Cina dan India.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka - Pendidikan


Persetujuan kepimpinan Parti Perikatan terhadap Penyata Razak dan Rahman Talib secara langsung mengiktiraf bahasa Melayu sebagai alat penyatuan tanpa menjejaskan bahasa etnik-etnik lain. Selepas tragedi 13 Mei 1969, pendidikan perlu diseimbangkan. Secara beransur-ansur mulai Julai 1969, kerajaan telah; 1. Melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sbg bahasa pengantar utama di semua sekolah bantuan kerajaan. 2. Merumuskan dasar kuota & biasiswa bagi kemasukan ke universiti. 3. Memperbanyak penubuhan institusi pengajian tinggi.

Pada masa yg sama, golongan bukan bumiputera merasa perlu mempertahan budaya warisan dgn menggunakan wadah pendidikan. Masyarakat Cina mempertahan sekolah jenis kebangsaan Cina namun sukatan pelajaran selaras dgn yg ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka - Pendidikan

Masyarakat Pluralistik Oleh Penjajah -

Ekonomi
Semasa penjajahan, British perkenalkan sistem ekonomi moden disamping sistem ekonomi tradisional yg dikekalkan. Kesannya wujud sistem ekonomi dualisme (dua orientasi & tumpuan berbeza bergerak seiringan dgn garis etnik). Ekonomi dualisme mengidentifikasikan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama. 1. Etnik Melayu - sektor ekonomi tradisional; pertanian (spt penanaman padi) & perikanan. 2. Etnik Cina & India - sektor ekonomi moden; perlombongan, perkilangan & perkhidmatan.

Masyarakat Pluralistik Oleh Penjajah -

Ekonomi
Sistem ekonomi moden mendominasi seluruh organisasi pengeluaran terutamanya getah & b.timah. Ekonomi moden berorientasikan budaya bandar dgn asas pasaran bandar, corak pengurusan & teknik organisasi berteraskan bandar. Ia di bawah kawalan British & firma asing, melibatkan kelompok etnik Cina dan India. Sistem ekonomi tradisional - teknik pengeluaran, pemasaran, tenaga kerja serta modal adalah didominasi etnik Melayu berlandaskan budaya Melayu luar bandar.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka -

Ekonomi
Slp merdeka, sistem ekonomi Malaysia berasaskan laissez faire (ekonomi pasaran bebas) legasi penjajah. Di bawah sistem ini; Perkembangan ekonomi ditentukan oleh pasaran antarabangsa. Negara tidak campur tangan. Negara menyediakan infrastruktur yg diperlukan & mengurangkan kadar kemiskinan Kerajaan membataskan kuasa dlm regulasi perniagaan, pengurusan & perbankan bg menjaga pelabur.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka Ekonomi


Rancangan pembangunan ekonomi negara - usaha kerajaan bg mengatasi masalah sosioekonomi & sosiopolitik. i) Rancangan pra merdeka meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960). ii) Perancangan selepas merdeka merangkumi Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) & sebahagian drpd Rancangan Malaysia Pertama (19661970). iii) Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru. iv) Dasar Pembangunan Negara - hingga kini.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka -

Ekonomi
Ekonomi dualisme berasaskan identiti kaum masih kekal. Ekonomi tradisional kadar kemiskinan tertinggi (RRJP2 1991-2000). Ekonomi moden 10% tenaga kerja, didominasi kaum Cina. Dlm sektor ketiga jelas terdapat ketidakseimbangan etnik & jurang semakin luas; 1. Orang Melayu di sektor kerajaan. 2. Orang Cina sektor pengangkutan, perniagaan & kewangan. 3. Orang India - sektor pengangkutan, perkhidmatan awam, perniagaan & kewangan.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka -

Ekonomi
Sehubungan dengan corak taburan perekonomian semasa, jurang pendapatan antara kumpulan etnik (laporan RMK8) masih belum seimbang. Begitu juga bandingan antara kawasan bandar & luar bandar yg luas jurangnya. Isu berkaitan ekonomi memerlukan iltizam yg kuat drpd semua pihak utk merapatkan jurang. Membetulkan kedudukan dimensi ekonomi amat mendesak kerana menjadi asas memupuk kerjasama kumpulan etnik.

Anda mungkin juga menyukai