Anda di halaman 1dari 10

PENGARUH BARAT TERHADAP

KEBUDAYAAN MELAYU

Disediakan oleh :
Anizah binti Saidin
Siti Norfhatihah binti Mohd Sobri
Mohd Khairuddin bin Idris
PENGENALAN
 Kedatangan Barat ke alam Melayu berlaku selepas kedatangan Islam kerana penjajahan.
Kedatangan mereka telah mempengaruhi budaya orang Melayu. Apabila barat menjajah
rantau ini, nilai barat menular dalam masyarakat yang kadangkala bertentangan dengan
ajaran Islam. Pergaulan terlalu bebas, hiburan melampaui batas agama merupakan
pengaruh yang negatif.

 Walau bagaimanapun, terdapat kesan yang positif hasil pengaruh barat misalnya
teknologi moden dalam bidang pertanian, perindustrian dan teknologi yang dapat
mengembangkan ekonomi masyarakat Melayu. Dari segi bahasa, banyak kosa kata yang
terserap yang dapat mengungkapkan pelbagai idea dan maklumat selaras dengan arus
globalisasi.

 Pengaruh Barat terhadap kebudayaan Melayu dapat dilihat dari aspek sosiobudaya,
sosiopolitik dan sosioekonomi.
Implikasi terhadap sosiobudaya
 Kedatangan Inggeris membukan peluang pendidikan yang lebih luas

kepada masyarakat Melayu, khususnya golongan bangsawan yang

kemudiannya dibuka kepada orang awam. Di sekolah, anak-anak orang

Melayu didedahkan kepada kaedah, idea dan kosmologi sains.

 Barat memperkenalkan sistem kekeluargaan yang tidak sesuai diamallkan

oleh masyarakat Melayu yang menganut agama Islam. Contoh : Barat

mengiktiraf berkesedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis dan keibupaan

tunggal. Tetapi, institusi kekeluargaan Islam di negara kita masih utuh

berlandaskan Islam.
 Pengaruh cara berfikir yang dianggap moden dan lebih berfikiran terbuka.

Contoh : Alam semangat dan alam rohaniah masyarakat Melayu


semakin lama semakin terpencil dan berkurangan iaitu seperti
perkara pantang larang, petua dan lain-lain yang dianggap karut.

 Perubahan ini berlaku terutamanya dalam kalangan mereka yang telah


dididik dengan alam sekular sains. Sebab-musabab saintifik telah
menggantikan konsep magis. Ubat-ubatan kimia telah menggantikan jampi
serapah dalam kehidupan harian masyarakat Melayu.
Implikasi terhadap sosiopolitik
 Barat telah memperkenalkan sistem demokrasi. Demokrasi
mengutamakan suara rakyat dan rakyat berkuasa penuh
penentuan pemimpin mereka.

Contoh : Sistem ini telah menghapuskan sistem feudal


Melayu pada zaman itu yang mengamalkan
Pemerintahan Beraja.

 Pelbagai lagi jenis demokrasi diperkenalkan oleh Barat.

Contoh : Sistem Demokrasi Berparlimen diamalkan di


bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan.
Implikasi terhadap sosioekonomi

 Mengamalkan sistem ekonomi secara kapitalis yang menjadikan faedah


(riba) sebagai asasnya.

Contoh : dalam proses hutang, penghutang dikenakan faedah


sebanyak beberapa peratus dari jumlah yang dipinjam. Hal ini
sebenarnya telah menindas penghutang.

 Sistem ekonomi sosialis iaitu produk dan pendapatan menjadi milik


kerajaan.

Contoh : Hal ini bersifat berat sebelah. Oleh itu, undang-undang


buruh ditubuhkan untuk melindungi hak pengusaha agar lebih
saksama.
 Sistem Ekonomi Campuran turut diperkenalkan. Sistem ini
adalah gabungan sistem ekonomi sosialis dan kapitalis.

Contoh : ekonomi masyarakat Melayu, Cina dan India


dibahagikan mengikut bangsa iaitu menggunakan dasar
“pecah perintah”. Ini menyebabkan berlaku jurang
perbezaan.
Rumusan
RUJUKAN
Ratna Roshida Ab Razak et al. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Selangor: McGraw Hill Malaysia Sdn Bhd.

Wazir Jahan Karim. (1992). Women and Culture: Between Malay Adat and
Islam. Boulder: Westview Press.

Anda mungkin juga menyukai